nota pemasangan struktur lindungan pertanian kursus skm pekerja ladang pertanian tahap 1

16
ad BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME Y-050-1 PEKERJA LADANG PERTANIAN AGRICULTURAL FARM WORKER TAHAP / LEVEL SATU (1) NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE M 10 PEMASANGAN STRUKTUR LINDUNGAN NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT 01.06 PASANG STRUKTUR BINAAN MENGAWAL PERSEKITARAN OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES PASANG STRUKTUR BINAAN MENGAWAL PERSEKITARAN MENGGUNAKAN PELAN TAPAK, BESI PAIP GI DAN KOMPONEN PENYAMBUNG, TOOL-KIT, KLIP, DAWAI, BENANG, PITA PENGUKUR, PLASTIK LUTSINAR POLIETHELENA, BESI PELUBANG DAN PENIMBANG AIR SUPAYA TAPAK STRUKTUR

Upload: suhaimi-sobrie

Post on 07-Aug-2015

591 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

Pekerja Ladang Pertanian

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

ad BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEETKOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

Y-050-1

PEKERJA LADANG PERTANIANAGRICULTURAL FARM WORKER

TAHAP / LEVEL SATU (1)

NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE

M 10PEMASANGAN STRUKTUR LINDUNGAN

NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT

01.06PASANG STRUKTUR BINAAN MENGAWAL PERSEKITARAN

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES

PASANG STRUKTUR BINAAN MENGAWAL PERSEKITARAN MENGGUNAKAN PELAN TAPAK, BESI PAIP GI DAN KOMPONEN PENYAMBUNG, TOOL-KIT, KLIP, DAWAI, BENANG, PITA PENGUKUR, PLASTIK LUTSINAR POLIETHELENA, BESI PELUBANG DAN PENIMBANG AIR SUPAYA TAPAK STRUKTUR DITANDA MENEPATI PELAN, LUBANG TIANG DISEDIAKAN, STRUKTUR DIBINA MENEPATI PELAN BINAAN DAN BAHAN LINDUNGAN DIPASANG KEMAS.

NO KOD / CODE NO. Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 1 Drp : 12

Page 2: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 2 drp : 12

1.0 STRUKTUR LINDUNGAN / BINAAN MENGAWAL PERSEKITARAN

1.1 Definisi dan pengertian struktur lindungan / binaan mengawal persekitaran

Struktur ini dibina untuk mewujudkan persekitaran yang terkawal, tanaman berkeadaan sihat, pengeluaran hasil lebih cepat, berkualiti tinggi, bersaiz seragam dan menguntungkan.

1.2 Jenis-jenis struktur lindungan

Terdapat beberapa jenis struktur rumah hijau tropika berpersekitaran semula jadi yang biasa digunakan untuk pengeluaran sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Struktur tersebut terbahagi kepada beberapa jenis :

i. Struktur rumah kalis hujan. Struktur binaan berbumbung plastik lutcahaya poliethelena yang berfungsi untuk melindungi tanaman daripada titisan hujan.

2

Page 3: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 3 drp : 12

ii. Struktur rumah kalis serangga Struktur binaan ditutup sepenuhnya dengan jaring kalis serangga

untuk mengawal kemasukan serangga

iii. Struktur rumah kalis hujan dan kalis seranggaStruktur binaan berbumbung plastik lut cahaya dan dinding ditutup dengan jaring kalis serangga untuk melindungi tanaman daripada titisan hujan dan mengawal kemasukan serangga.

3

Page 4: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 4 drp : 12

iv. Struktur rumah teduhanStruktur binaan tanpa dinding dibina sebagai teduhan. Jaring hitam, susunan kayu atau daun-daun kering boleh digunakan sebagai atap. Fungsi binaan ini ialah sebagai peneduh semasa kerja-kerja pemasuan semula, semaian, pengerasan anak semaian dan/atau penyediaan media campuran dilaksanakan.

4

Page 5: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 5 drp : 12

2.0 PERALATAN DAN BAHAN KERJA PEMASANGAN STRUKTUR LINDUNGAN

2.1 Jenis peralatan

Peralatan yang perlu disediakan untuk pemasangan struktur lindungan ialah :

i. Tool kitii. Benangiii. Pita pengukuriv. Penimbang air v. Tukul besivi. Gergaji besivii. Pen marker

2.2 Bahan binaan dan komponen binaan stuktur lindungan

i. Pelan tapakii. Besi G.I ¾” dan ½”iii. Komponen penyambungiv. Plastik lutcahaya poliethelenav. Klip spring dan klip PVCvi. Dawaivii. Tali peregang

Pelan struktur lindungan

5

Page 6: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 6 drp : 12

Besi GI (struktur bumbung) plastik lutcahaya poliethelena

Klip spring dan klip PVC (komponen penyambung)

2.3 Keselamatan pengendalian alat

i. Pakai sarung tangan semasa menjalankan aktiviti pemasangan komponen binaan rumah lindungan.

ii. Gunakan tangga (alluminium ladder) yang diletak teguh untuk memasang komponen binaan pada tempat yang tinggi.

iii. Jangan letak alat-alat merata-rata tempat.iv. Pakai pakaian kerja ladang yang selesa semasa menjalankan kerja-

kerja pemasangan.v. Gunakan kaedah yang betul dan selamat apabila memasang klip

spring dan pvc pada komponen binaan struktur untuk mengelak dari kemungkinan berlaku kecederaan.

6

Page 7: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 7 drp : 12

3.0 TAPAK STRUKTUR LINDUNGAN

3.1 Jenis tempat / tapak struktur

Terdapat dua jenis tapak struktur lindungan:

i. Kawasan pamah dan rata.

Kebanyakan kawasan struktur lindungan dibina di kawasan pamah dan rata. Binaan struktur perlu mengambil kira laluan angin, kemudahan infrastruktur seperti jalan dan mata angin.

ii.Kawasan lereng bukit dan teres.

Struktur lindungan yang dibina di kawasan berbukit perlu berpandu kepada keadaan topografi. Teres dan tapak perlu dibina dengan baik untuk mendapatkan kestabilan kedudukan binaan dan sama.

3.2 Aktiviti penyediaan tapak struktur

Aktiviti penyediaan tapak dibuat bermula dengan meratakan tapak, ukur keliling dan membuat penandaan. Berikut adalah aktiviti penyediaan dan penandaan tapak:

i. Pacak satu kayu penanda dititik (a)ii. Ikat benang pada kayu penanda (a) tarik dan sambungkan pada kayu

penanda di titik (b)seperti rajah dibawah.

7

Page 8: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 8 drp : 12

iii. Dari titik (a) ukur 4 kaki kedalam dan pacak satu kayu.iv. Dari kayu itu ukur 3 kaki kearah titik (c).v.Pastikan bahawa jarak (a) - (c) adalah 5 kaki.vi. Ikat dan tarik benang dari pancang kayu ( c ) ke pancang kayu ( g )vii. Ini akan menentukan bahawa benang a-b dan c-g bersudut

900 .Tanda titik itu sebagai tapak tiang struktur A.viii. Ukur jarak 15 kaki dari A ke titik B.Tanda dengan kayu penanda.ix. Ulang langkah kerja iii,iv dan v untuk menentukan benang a-b dan

benang d-e bersudut 900.x.Ukur jarak 10 kaki dari titik B ke titik C dan tentukan benang d-e

bersudut 900 dengan benang f-h.xi. Ukur 15 ka dari titik C ketitik D dan tentukan benang f-h bersudut

900 dengan benang c-g dan jarak antara D dan A ialah 10 kaki.xii. Tentu dan tanda tapak tiang-tiang struktur diantara A-B dan C-

D.Jarak diantara tiang ialah 5 kaki.xiii. Ukur 5 kaki dan tanda tapak tiang diantara A-D dan B-C.

8

Page 9: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 9 drp : 12

4.0 PEMASANGAN STRUKTUR BINAAN LINDUNGAN

Pemasangan struktur binaan dibuat dengan mendirikan tiang, struktur atap dan pengemasan kepada setiap komponen penyambung dan pengikat. Terdapat dua kaedah memasang tiang :

Lubang tiang digali Tiang dipacak

4.1 Aktiviti pemasangan

1. Teknik Lubang Tiang digali

Lubang tiang yang digali boleh dikambus dan dipadatkan atau dikemaskan dengan campuran konkrit. Penyediaan lubang tiang adalah seperti berikut:

i. Ukur saiz lubang 6” x 6” keliling kayu penanda.ii. Gunakan penggali tanda petak lubang mengikut saiz di atas.iii. Alihkan kayu penanda.iv. Gunakan cangkul atau penggali gali lubang tiang sedalam 1.5’.v. Buang tanah ke tepi lubang.

2. Teknik Tiang dipacak

i. Besi G.I ¾” x 10 kaki panjang dipacak tegak ke dalam lubang tiang sedalam 1.5 kaki.

ii. Gunakan penimbang air untuk menentukan tiang tegak bersudut 90 darjah dengan paras tanah.

iii. Sokong dengan kayu penyokong apabila didapati tiang sudah tegak.

iv. Padatkan tanah dipangkal tiang.

Langkah kerja pemasangan

Langkah kerja pemasangan dibuat selepas tiang didirikan dengan kemas. Pemasangan tiang yang tidak selari akan menyukarkan aktiviti pemasangan komponen penyambung yang lain. Adalah penting mendirikan tiang mengikut tanda yang tepat dan selari pada tapak.

Berikut adalah langkah kerja pemasangan komponen struktur lindungan:

i. Semua komponen penyambung struktur pelindung dipasang dan disambung mengikut pelan diberi.

9

Page 10: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 10 drp : 12

ii. Pemasangan dibuat bahagian atas (perabong) terlebih dahulu untuk memastikan kedudukan tepat pada proses penyambungan bahagian bawah kelak.

Pemasangan bahagian atas (perabong)

iii. Semua komponen penyambung diperiksa, diikat dan dipasang dengan kemas.

iv. Atap struktur dipasang dengan sejenis plastik lutsinar 'poliethelena' selepas semua komponen perabong dan alang siap dipasang.

Membuka gulungan plastik lutsinar poliethelena untuk dipasang pada bahagian

atas

v. Pemasangan plastik dilakukan dengan kemas.vi. Jaring kalis serangga boleh dipasang untuk struktur binaan pelindung

serangga. Jaring kalis serangga dipasang dengan kemas.

10

Page 11: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 11 drp : 12

Struktur lindungan yang telah siap dipasang

4.2 Langkah keselamatan semasa kerja memasang struktur binaan

vi. Pakai sarung tangan semasa menjalankan aktiviti pemasangan komponen binaan rumah lindungan.

vii. Pakai pakaian kerja ladang yang selesa semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan.

viii. Gunakan kaedah yang betul dan selamat apabila memasang klip spring dan PVC pada komponen binaan struktur untuk mengelak dari kemungkinan berlaku kecederaan.

ix. Gunakan tangga (alluminium ladder) yang diletak teguh untuk memasang komponen binaan pada tempat yang tinggi.

x. Jangan letak alat-alat merata-rata tempat.

11

Page 12: Nota Pemasangan Struktur Lindungan Pertanian Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian Tahap 1

NO. KOD Y-050-1 / M 10 / KP / 01 Muka : 12 drp : 12

RUJUKAN

1. Kejenteraan Pertanian (Nota Kuliah) Institut Pertanian Semenanjung Malaysia,

1997

2. Manual Latihan Praktikal Penuntut (Nota Kuliah) Institut Pertanian Semenanjung

Malaysia, Jun 1997

3. Kertas Kerja Seminar, Teknologi Tinggi Dalam Pengeluaran Sayur-sayuran.

12