nota kuliah tafsir maudhuiyy siri ke-65.pdf

6
 1 JANJI ALLAH KEPADA KAUM MUKMININ: KEMENANGAN BERSYARAT (Memahami pesan Ilahi dalam ayat 38-41 surah al-Hajj)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             38. Sesungguhnya Al lah Membela orang y ang beriman. Sungguh, Allah tidak Menyukai setiap orang y ang berkhianat dan kufur nikmat. 39. Diizinkan ( berperang) bagi or ang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha Kuasa menolong mereka i tu, 40. (iaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang  benar, hanya kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa. 41. (iaitu) orang-orang y ang j ika Kami Beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Upload: angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Post on 14-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

7/27/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/nota-kuliah-tafsir-maudhuiyy-siri-ke-65pdf 1/6

1

JANJI ALLAH KEPADA KAUM MUKMININ:KEMENANGAN BERSYARAT(Memahami pesan Ilahi dalam ayat 38-41 surah al-Hajj)

                                                                                                                                

                                                                                                                                                                                                                                                                  

38.  Sesungguhnya Allah Membela orang yang beriman. Sungguh, Allah tidak Menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat.

39.  Diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya

mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha Kuasa menolong mereka itu,

40.  (iaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang

 benar, hanya kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” Seandainya

Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yanglain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah

ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama

Allah. Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.

41.  (iaitu) orang-orang yang jika Kami Beri kedudukan di bumi, merekamelaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan

mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Page 2: Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

7/27/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/nota-kuliah-tafsir-maudhuiyy-siri-ke-65pdf 2/6

2

Latar Penurunan Ayat

Ketika masih di Makkah (sebelum Hijrah), umat Islam menjadi golongan minoriti yanglemah, ditindas dan dianiaya oleh kaum Quraisy. Kebuasan kaum musyrikin itu

semakin hari semakin menjadi-jadi, mereka menghalang siapa sahaja daripada menganut

Islam, mengganggu umat Islam beribadah, malah telah begitu berleluasa melukai danmencederakan mereka sehingga ada yang mati terdera. Rasulullah s.`a.w. sendiri tidak terkecualiti dari disakiti dengan pelbagai bentuk penganiayaan. Kenangan pahit zaman

Makkah itu diabadikan dalam surah al-Anfal:26, “ Dan ingatlah ketika kamu masih

(berjumlah) sedikit, lagi tertindas di bumi (Makkah), dan kamu takut orang-orang (Makkah) akan menculik kamu…”.  Betapapun keinginan mereka untuk bertindak balas,

namun belum ada keizinan Tuhan. Mereka tetap disuruh bersabar, menahan diri daripada

melawan kerana belum tiba masanya. Demikianlah pesanTuhan ketika itu, tunggu!

Jangan lawan dahulu, “….Tahanlah tanganmu (dari berperang), laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat!...” ( Al- Nisa’:77 ). Bertindak sebelum masanya hanya akan lebih

menyusahkan diri.

Janji Pembelaan Ilahi

Untuk sementara begitulah kehendak Tuhan. Tetapi akan tiba saatnya mereka diizinkan

melawan, dan Tuhan berjanji akan membela kaum mukminin. Memang tidak mungkinTuhan membiarkan keimanan dan kebenaran bertarung melawan kekufuran dan

kebatilan, tanpa pembelaan-Nya. Tuhan Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan

 jiwa manusia. Seteguh manapun iman mereka, sekuat manapun keyakinan mereka,masih ada kemungkinan mereka gentar berhadapan dengan kebatilan yang tampak gagah,

dan masih ada kemungkinan mereka lemah berhadapan dengan kepalsuan yang tampak 

mempesona. Kerana itu sebelum mereka diizinkan mengangkat senjata, Tuhan

mengumumkan komitmen pembelaan-Nya. Memang Tuhan tidak menghendaki kaummukminin tertindas dan terdera, kecuali selama tempoh sementara bersiap untuk 

melawan, sementara bersedia untuk berjuang dan berjihad. Pengumuman pembelaan

Ilahi itulah yang termuat dalam ayat 38, “Sesungguhnya Allah Membela orang-orang  yang beriman…”, janji pembelaan yang disertai pernyataan kebencian Tuhan terhadap

mereka yang bersifat khianat dan kufur. Pernyataan Tuhan tentang kebencian-Nya

terhadap mereka yang bersifat demikian membawa implikasi kesudahan yang pasti, iaitukehancuran.

Izin Berperang

Ayat 39 mendeklarasikan izin melawan, “ Di izinkan (berperang) bagi orang-orang yang 

diperangi, kerana sesungguhnya mereka dizalimi...”. Umat mukminin berhak 

mengistiharkan perang atas asas “kerana mereka telah dizalimi”. Demikianlah justifikasi

moral yang mengesahkan tindakan berperang. Kaum mukminin bukan pihak yangmenceroboh, tetapi sebaliknya, merekalah pihak yang diceroboh dan dizalimi. Memang

itulah hakikatnya, kaum Musyrikin Makkah telah mendera orang-orang beriman,

termasuk Nabi s.`a.w. sendiri sehingga memaksa Junjungan s.`a.w. berhijrahmeninggalkan kampung halaman yang sangat dicintai. Diriwayatkan bahawa ketika

Rasulullah s.`a.w. melangkah meninggalkan Makkah, Junjungan s.`a.w. menoleh sambil

 berkata, “Demi Allah, sesungguhnya engkaulah bumi Allah yang paling aku cintai, dan

Page 3: Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

7/27/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/nota-kuliah-tafsir-maudhuiyy-siri-ke-65pdf 3/6

3

sesungguhnya engkaulah bumi Allah yang paling Allah cintai. Kalaulah tidak kerana

 pendudukmu mengusirku, aku tidak keluar meninggalkanmu!”. Sementara itu sahabat

 pendampingnya, Abu Bakr al-Siddiq r.`a. pula diriwayatkan berkata, “Mereka telahmengusir nabi mereka, inna li ‘Llahi wa inna ilayhi raji`un, pasti mereka akan binasa!”.

Memang kebinasaan tidak mungkin dapat dihindari apabila umat mukminin diizinkan

melawan, di samping mereka juga diberikan jaminan perlindungan dan pertolonganAllah, “ Dan sungguh, Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka itu.”. Kekuatan manayang mampu berhadapan dengan umat yang mendapat jaminan pertolongan Allah Yang

Maha Perkasa?

Demikianlah perang yang  justified  dan cukup beralasan. Umat mukminin berperang

demi misi agung kemanusiaan, demi umat beragama seluruhnya, demi kebebasan

 ber`aqidah dan kebebasan beribadah. Selain itu mereka juga bangkit demi hak kaum

teraniaya untuk bertindak balas membela diri. Justeru, mereka telah dizalimi dengan pengusiran dari kampung halaman sendiri, tanpa alasan selain kerana mereka berkata,

“Tuhan kami ialah Allah!” (ayat 40), kata paling benar, paling mulia, paling suci dan

 paling wajar diucapkan. Mengusir orang semata-mata kerana pendirian yangdiekspresikan lewat kata-kata tersebut jelas suatu kezaliman yang mutlak, tanpa ragu.

Mereka diusir semata-mata kerana `aqidah, bukan kerana sebab-sebab lain yang

melibatkan kepentingan peribadi atau perebutan harta duniawi.

Peperangan bagi umat mukminin adalah murni demi prinsip asasi bahawa `aqidah wajib

dilindungi dan dipertahankan. Kebebasan `aqidah dan kebebasan ibadah adalah prinsip

yang kudus dan kerananya harus sentiasa dihormati dan didaulatkan. Segala bentuk  pencabulan terhadap prinsip tersebut harus dilawan, termasuk dengan perlawanan

 bersenjata di medan perang. “Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian

manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani,

 gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnyabanyak disebut Nama Allah…”. Demikianlah cara Allah mencegah pencabulan

terhadap kesucian prinsip kebebasan ber`aqidah dan beribadah (yang disimbolkan

dengan tempat-tempat beribadat), dengan membangkitkan kaum mukminin memerangigolongan yang sewenang-wenang mencabul prinsip tersebut. Hanya perang yang dapat

menyelamatkan tempat-tempat ibadat ( sawami`, biya`, salawat  dan masajid ) dari

kehancuran. Nama Allah yang banyak disebut di dalamnya tidak lagi dapatmenginsafkan golongan manusia pengganas, dan tidak lagi dapat mencegah mereka dari

kebiadaban menghancurkan rumah-rumah ibadat.

Umat mukminin harus berperang demi agama, tetapi keizinan berperang diawali dengan jaminan pembelaan dan pertolongan Tuhan terhadap mereka. Ini bererti bahawa mereka

yang dibela dan ditolong Tuhan pasti akan menang kerana Tuhan Maha Berkuasa

memenangkan mereka. Jika memang demikian, lalu untuk apa diizinkan perang? Dan

untuk apa diwajibkan berjihad? Bukankah Tuhan Maha Perkasa melindungi agama-Nyatanpa memerintahkan umat mukminin berperang, menyabung nyawa dan mengalami

derita cedera-luka, malah ramai yang gugur di medan tempur?. Memang Allah Maha

Berkuasa melaksanakan kehendak-Nya (membinasakan musuh-musuh agama-Nya) tanpasusah-payah, tanpa menumpahkan walau setitik darah kaum mukminin. Tetapi tentu ada

hikmah, sebab tersirat di balik perintah berperang, bahawa Tuhan tidak menginginkan

agama ini didukung oleh orang-orang malas, mereka yang hanya ingin bersantai, yang

Page 4: Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

7/27/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/nota-kuliah-tafsir-maudhuiyy-siri-ke-65pdf 4/6

4

merasa cukup dengan mendirikan solat dan membaca al-Kitab serta menadah tangan ke

langit ketika menghadapi bahaya pencerobohan.

Memang orang mukmin harus menunaikan solat, harus membaca al-Kitab dan

 bermunajat kepada Allah setiap saat, ketika senang dan ketika susah. Tetapi ibadat-

ibadat tersebut semata-mata belum cukup melayakkan mereka menjadi pendukung agamaAllah. Ibadat-ibadat tersebut hanyalah sebahagian daripada bekalan yang perludisiapkan sebagai kekuatan tambahan untuk mengharungi medan perjuangan. Senjata

fizikal harus sepadan dengan senjata musuh, sementara taqwa adalah senjata spiritual

yang hanya ada pada kaum mukminin. Demikianlah kehendak Allah, bahawa pembelaan dan pertolonmgan-Nya tersalur menerusi daya lawan kaum mukminin. Hanya

dengan kemampuan bertarung di medan perang segala potensi kekuatan terpendam yang

mereka miliki akan tumbuh perkasa dengan sempurna. Tuhan Menghendaki agar para

 pendukung agama-Nya memaksimumkan seluruh kekuatan yang dikurniakan-Nyakepada mereka. Sesungguhnya misi penyiaran dan pendaulatan agama Allah adalah

amanah berat yang hanya dapat dipikul oleh umat yang kuat, umat berdaya juang yang

terbina dalam keperitan rebah bangun di kancah pertarungan.

Memang bukan kehendak Tuhan menghadiahkan kemenangan mudah. Justeru,

kemenangan mudah dan segera yang dihadiahkan tanpa susah payah kepada orang-

orang yang berbudaya santai tidak akan meledakkan kekuatan terpendam di pedalamandiri mereka. Selain itu kemenangan segera dan mudah akan segera dan mudah pula

hilangnya kerana ia akan dirasakan sebagai suatu yang murah, dapat diraih tanpa

membayarnya dengan pengorbanan yang mahal. Kemenangan segera dan mudah jugatidak akan kekal lama kerana ia tidak akan mampu dipertahankan oleh mereka yang

tidak terlatih dan teruji dalam hempas-pulas perjuangan. Demikianlah hikmah di

sebalik sukar dan lambatnya kemenangan bagi umat silam, generasi yang dizalimi dan

diusir dari kampung halaman tanpa alasan selain kerana mereka berpendirian “Tuhankami ialah Allah!”. 

Kemenangan Yang Tertangguh 

Dalam tafsir  al-Zilal-nya, Sayyid Qutb menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan

yang menyebabkan tertangguhnya kemenangan bagi kaum mukminin:

  Kemenangan tertangguh kerana persediaan umat mukminin belum cukup matang, belum cukup siap dan belum maksimum sehingga andainya diberi kemenangan

ketika itu, kemenangan itu tidak akan bertahan lama kerana mereka tidak akan

mampu mempertahankannya

  Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum mencurahkan seluruhtenaga keupayaannya dan belum mengorbankan segala yang dimilikinya

sehingga tidak tersisa lagi sesuatu yang berharga, sehingga semua yang ada,yang mahal dan yang murah sudah diserahkan untuk membiayai perjuangan di

 jalan Allah.

  Kemenangan tertangguh sehingga umat mukminin menggunakan kekuatanterakhirnya, lalu dengan begitu mereka menginsafi bahawa tanpa pertolongan

Page 5: Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

7/27/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/nota-kuliah-tafsir-maudhuiyy-siri-ke-65pdf 5/6

5

Allah, kekuatan mereka semata-mata tidak akan membawa kemenangan.

Sesungguhnya kemenangan akan dikurniakan setelah mereka menggunakan

kekuatan terakhir dan kemudiannya menyerahkan segalanya kepada Allah.

  Kemenangan tertangguh agar umat mukminin mempereratkan lagi hubungan

dengan Allah, sehingga pada saat menempuh derita perang mereka benar-benar merasakan bahawa sesungguhnya tidak ada lagi tempat untuk mengadu danmeminta selain hanya Allah Yang Maha Esa. Hubungan erat dengan Allah inilah

yang akan menjamin istiqamah mereka nanti apabila Allah Berkenan

mengurniakan kemenangan, bahawa mereka tidak akan menyeleweng dari

kebenaran, keadilan dan kebaikan yang kerananya Allah memenangkan mereka.

  Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum benar-benar tulus dalam perjuangan dengan niat murni semata-mata kerana Allah dan dakwah agama-

 Nya. Mungkin masih ada dalam kalangan mereka yang berjuang kerana motif-motif lain yang tidak murni: mungkin untuk meraih kepentingan tertentu,

mungkin kerana dorongan emosi marah semata-mata, atau mungkin untuk mencari  glamour  sebagai jaguh pertarungan atau lain-lain sepertinya, sedang

Allah Menghendaki agar setiap orang berjuang semata-mata kerana-Nya dan di jalan-Nya. Pada suatu ketika Rasulullah s.`a.w. pernah ditanya tentang seorang

yang berperang kerana dorongan gejojak emosi, seorang lagi berperang untuk 

mempamerkan keberanian, dan seorang yang lain berperang untuk menonjol-nonjolkan diri, siapakah di antara mereka yang berjuang di jalan Allah?

Rasulullah s.`a.w. menjawab, “Siapa yang berjuang agar Kalimat Allah terjulang

tinggi, dialah yang berjuang di jalan Allah.”

  Kemenangan tertangguh kerana masih ada sisa kebaikan pada pihak musuh yang

diperangi. Tuhan menghendaki agar sisa kebaikan itu lenyap sama sekali, danhanya tinggal kejahatan sepenuhnya, barulah akan ditimpakan kehancuran total

tanpa ada sisa kebaikan yang turut terkorban.

  Kemenangan tertangguh kerana kebatilan yang diperangi itu belum terdedahsepenuhnya di mata khalayak massa. Andainya kemenangan diraih dalamkeadaan seperti itu, masih akan ada pendukung-pendukungnya yang tertipu

dengan kebatilan yang belum tampak jelas batilnya itu. Dengan kata lain,

kebatilan tersebut masih mengakar pada segolongan orang innocent yang masih

 belum dapat melihat hakikat. Allah menghendaki agar kebatilan itu terus wujud beberapa lama sehingga ia terdedah sepenuhnya di hadapan semua orang.

Dengan demikian kehancurannya nanti tidak akan disesali oleh sesiapa pun.

  Kemenangan tertangguh kerana iklim persekitaran yang belum cukup bersediauntuk menyambut kebenaran, keadilan dan kebaikan yang dibawa oleh kaum

mukminin. Andainya kemenangan dicapai ketika keadaan masih seperti itu,

sudahnya ia akan ditolak oleh masyarakat yang belum bersedia itu. Biarlah

 pertarungan terus berlangsung sehingga jiwa dan minda masyarakat seluruhnya bersedia menerima kemenangan kebenaran, dan siap untuk mempertahankannya.

Page 6: Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

7/27/2019 Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-65.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/nota-kuliah-tafsir-maudhuiyy-siri-ke-65pdf 6/6

6

Demikianlah antara sebab, di samping sebab-sebab lain yang Allah sendiri yang

Mengetahuinya, mengapa kemenangan masih tertunda, dan kerana itu perjuangan

dengan segala pengorbanan dan deritanya terus berlanjutan dengan keyakinan akhirnyaAllah akan memberikan kemenangan.

Syarat Kemenangan 

Memang janji Allah untuk memenangkan mereka yang menolong (menegakkan) agama-

 Nya adalah suatu kepastian, tetapi kemenangan tidak diberikan tanpa syarat.

Sesungguhnya kemenangan selamanya terikat dengan sejumlah tanggungjawab. Justeru,

kemenangan tidak diberikan kerana kemenangan itu sendiri, tetapi ia diberikan untuk menjadi wahana islah ke arah aktualisasi cara hidup dan tamadun berasaskan nilai-nilai

Ilahiah. Yang dijanjikan kemenangan ialah mereka “… yang jika Kami berikan

kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruhberbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali

 segala urusan.” - (ayat 41)

Demikianlah empat syarat kemenangan: pertama, melaksanakan solat dalam pengertianmengabdi sepenuh dan setulusnya kepada Allah, mempererat hubungan dengan Allah

dan sentiasa menghadap-Nya dengan patuh, merendah dan menyerah. Dengan kata lain,

Allah harus sentiasa didahulukan; kedua, menunaikan zakat  dalam pengertianmelaksanakan tanggungjawab kehartaan (haqq al-mal), mengikis sifat bakhil,

mengenyah sifat tamak, membebaskan diri dari nafsu kebendaan, dan prihatin terhadap

kaum yang lemah (miskin); ketiga, menyuruh berbuat yang makruf  dalam pengertian

memperjuangkan kebaikan, nilai-nilai murni dan mendorong masyarakat mengamalkancara hidup sihat dan bermoral berasaskan nilai-nilai makruf, mulia dan terpuji; dan

keempat, mencegah dari yang mungkar  dalam pengertian komitmen melawan segala

 bentuk kejahatan dan penyelewengan, memperjuangkan perubahan dan pembebasanumat dari budaya bobrok dan bejat.  Kepada Allah-lah kembali segala urusan,

sesungguhnya Allah adalah penentu kesudahan segalanya, memenangkan yang kalah

atau mengalahkan yang menang, tergantung pada syarat-syarat yang telah di tetapkan- Nya, ditepati atau tidak. Demikianlah hakikatnya, bahawa kemenangan selamanya

 bersyarat, di samping ia juga adalah adalah suatu amanah besar yang membawa

tanggungjawab mengisinya dan mempertahankannya.

KDH:26102013.