nota kuliah - kanak-kanak kecacatan pelbagai

8
1 PENGERTIAN PELBAGAI KECACATAN Pelbagai kecacatan membawa maksud “gabungan beberapa jenis ketidakupayaan yang membentuk kesengsaraan kepada individu yang mengalaminya. Individual Disabilities Education Act mendefinisikan kepelbagaian kecacatan sebagai “kecacatan yang wujud pada seseorang individu itu secara seiring atau bersama. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan tidak dapat dimasukkan dalam pendidikan khas kerana mereka mempunyai dua atau lebih ketidakupayaan yang berbeza. Contohnya, kanak-kanak yang menghidap sindrom down dan disleksia secara seiring akan menyebabkan kurikulum pembelajaran mereka tidak dapat digabungkan atau dimasukkan dalam program pendidikan khas Dalam erti kata lain, pelbagai kecacatan bermaksud seseorang yang mempunyai dua atau lebih kecacatan dalam sesuatu masa. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan mempunyai IQ yang rendah, memiliki kemahiran hidup yang terhad, mempunyai masalah koordinasi pergerakan psikomotor, menghadapi masalah deria dan mempunyai masalah masalah kesihatan yang kritikal. Mempunyai pelbagai kecacatan sebagai contoh pekak- buta, spastik- kerencatan mental, terencat akal- cerebrum palsy dan sebagainya.kebiasaannya seseorang yang mempunyai pelbagai kecacatan akan menghadapi masalah dalam kognitifnya atau mental. Mereka mempunyai mobility yang terhad seperti penyesuaian diri terhadap persekitaran, bermasalah pembelajaran kerana hasil dari ketidak upayaan yang pelbagai, susah untuk mengaplikasikan apa yang dilihat dan dipelajari dalam aktiviti seharian kerana kekurangan diri dan pergerakan yang terbatas. Definisi dan ciri-ciri Kerencatan akal kanak-kanak juga ialah yang mempunyai daya pemikiran yang lebih rendah daripada daya pemikiran kanak-kanak normal, mereka mempunyai kebolehan IQ kurang daripada 50. Kepelbagaian kecacatan jugaboleh ditafsirkan sebagai mempunyai kecacatan kognitif yang mendalam atau kurang upaya intelek sebagai contoh, kerencatan akal- buta,kerencatan akal-masalah otot atau tulang dan sebagainya. kelewatan perkembangan sebagai kecacatan Fizikal, kognitif, komunikasi/ pertuturan, sosial, emosi, adaptif iaitu lebih dari 1 kecacatan juga dikenali sebagai pelbagai kecacatan. JENIS-JENIS PELBAGAI KECACATAN Pelbagai kecacatan membawa maksud gabungan dua atau lebih kecacatan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Contohnya kanak yang sindrom down mungkin juga mengalami masalah pendengaran atau penglihatan. Salah satu kecacatan pelbagai yant banyak berlaku di seluruh dunia ialah gabungan kecacatan penglihatan dan pendengaran yang telah diistilahkan

Upload: puworkutara-onslideshare

Post on 03-Jul-2015

788 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

1. Nota Kuliah dan Draft Kerja Kursus. Kerja kursus yg murni sudah dihantar dahulu. 2. Rujukan( ), Footnotes, Biliografi tidak disertakan/dibuka. 3. Anda (pelajar) boleh merujuk tetapi jangan disalin bulat-bulat nanti kelak hasilkerja anda akan dikesan sebagai tiruan.

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai

1

PENGERTIAN PELBAGAI KECACATAN

Pelbagai kecacatan membawa maksud “gabungan beberapa jenis ketidakupayaan yang

membentuk kesengsaraan kepada individu yang mengalaminya. Individual Disabilities

Education Act mendefinisikan kepelbagaian kecacatan sebagai “kecacatan yang wujud pada

seseorang individu itu secara seiring atau bersama. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan

tidak dapat dimasukkan dalam pendidikan khas kerana mereka mempunyai dua atau lebih

ketidakupayaan yang berbeza. Contohnya, kanak-kanak yang menghidap sindrom down dan

disleksia secara seiring akan menyebabkan kurikulum pembelajaran mereka tidak dapat

digabungkan atau dimasukkan dalam program pendidikan khas

Dalam erti kata lain, pelbagai kecacatan bermaksud seseorang yang mempunyai dua

atau lebih kecacatan dalam sesuatu masa. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan mempunyai

IQ yang rendah, memiliki kemahiran hidup yang terhad, mempunyai masalah koordinasi

pergerakan psikomotor, menghadapi masalah deria dan mempunyai masalah masalah kesihatan

yang kritikal.

Mempunyai pelbagai kecacatan sebagai contoh pekak- buta, spastik- kerencatan

mental, terencat akal- cerebrum palsy dan sebagainya.kebiasaannya seseorang yang

mempunyai pelbagai kecacatan akan menghadapi masalah dalam kognitifnya atau mental.

Mereka mempunyai mobility yang terhad seperti penyesuaian diri terhadap persekitaran,

bermasalah pembelajaran kerana hasil dari ketidak upayaan yang pelbagai, susah untuk

mengaplikasikan apa yang dilihat dan dipelajari dalam aktiviti seharian kerana kekurangan diri

dan pergerakan yang terbatas.

Definisi dan ciri-ciri Kerencatan akal kanak-kanak juga ialah yang mempunyai daya pemikiran

yang lebih rendah daripada daya pemikiran kanak-kanak normal, mereka mempunyai

kebolehan IQ kurang daripada 50. Kepelbagaian kecacatan jugaboleh ditafsirkan sebagai

mempunyai kecacatan kognitif yang mendalam atau kurang upaya intelek sebagai contoh,

kerencatan akal- buta,kerencatan akal-masalah otot atau tulang dan sebagainya. kelewatan

perkembangan sebagai kecacatan Fizikal, kognitif, komunikasi/ pertuturan, sosial, emosi,

adaptif iaitu lebih dari 1 kecacatan juga dikenali sebagai pelbagai kecacatan.

JENIS-JENIS PELBAGAI KECACATAN

Pelbagai kecacatan membawa maksud gabungan dua atau lebih kecacatan yang

dihadapi oleh kanak-kanak. Contohnya kanak yang sindrom down mungkin juga mengalami

masalah pendengaran atau penglihatan. Salah satu kecacatan pelbagai yant banyak berlaku di

seluruh dunia ialah gabungan kecacatan penglihatan dan pendengaran yang telah diistilahkan

Page 2: Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai

2

”deafblindness”. Ini adalah kombinasi antara masalah penglihatan dengan masalah

pendengaran. Namun demikian, jarang-jarang berlaku di mana kanak-kanak deafblindness

mengahadpi masalah buta sepenuhnnya dan pekak sepenuhnya. Individu yang mengalami

masalah penglihatan dan pendengaran serentak menghadapi kesukaran untuk menguasai

komunikasi dan bahasa kerana mereka tidak dapat mendengar dan tidak dapat melihat.

Kegagalan menguasai bahasa mengakibatkan mereka merasa sukar untuk berinteraksi dengan

orang lain, mempelajari dan juga menyesuaikan diri kepada persekitaran. Terdapat beberapa

sebab terjadinya deafblindness. Namun para penyelidik mengkategorikan punca deafblindness

kepada dua keadaan iaitu diperolehi sejak dilahirkan (kongenital) dan selepas kelahiran.

Individu yang mendapat deafblindness semasa kelahiran adalah disebabkan jangkitan

semasa dalam kandungan seperti rubela, sindrom genetik dan pengambilan dadah oleh ibu.

Tiga jenis sindrom yang boleh menyebabkan deafblindness iaitu sindorm down atau “trisomy

21”, Sindrom Patau atau “trisomy 13” dan Sindrom CHARGE (mutasi protein-7”. Antara lain

penyebab ialah pengambilan ubata-ubatan dan dadah di kalangan ibu.

Penyebab deafblindness selepas kelahiran boleh terjadi pada pelbagai peringkat

umur. Kedua-dua deria; pendengaran dan penglihatan menghadapi masalah kerana penyakit

tertentu, kecederaan atau faktor umur. Jika deafblindness ini berlaku maka individu yang

mengalami keadaan ini akan menggunakan maklumat dari penglihatan dan pendengaran hasil

pengalaman mereka.

Kanak-kanak deafblindness menghadapi kesukaran dalam komunikasi. Kanak-

kanak deafblindness tidak boleh mendengar dan melihat. Mereka mempunyai persepsi yang

terhad dan sukar mempelajari konsep. Mereka juga sukar menjangkakan apa yang akan

berlaku. Motivasi tidak dapat diberikan kerana sumber motivasi tersebut tidak dapat didengar

dan dilihat.

PUNCA-PUNCA PELBAGAI KECACATAN

Faktor Baka (Genetik)

Menurut ilmu sains, bapa yang normal menghasilkan sperma yang membawa 46

kromosom (23 pasang kromosom) dan begitu juga ibu yang normal menghasilkan telur yang

membawa 46 kromosom ( 23 pasangan kromosom). Kromosom ini membawa gen dominan

dan gen resesif di mana gen resesif membawa dan mengawal penyakit baka. Dalam proses

persenyawaan sperma dan telur, proses mutasi kromosom akan berlaku. Jika salah seorang

pasangan suami isteri mempunyai resesif yang membawa penyakit baka, maka kromosom ke-

21 akan mengalami kelebihan 1 kromosom. Ini menyebabkan anak akan memiliki 47

kromosom dan ini menggambarkan ketidaknormalan, maka anak tersebut mengalami

ketidakupayaan atau kecacatan dan mungkin mempunyai pelbagai kecacatan. Inilah yang

Page 3: Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai

3

dimaksudkan oleh Mohd Sharani Ahmad (2009), “kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti

berlaku akibat daripada baka. Faktor baka ini berlaku dalam dua jenis pewarisan.

Pertamanya, jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mempunyai kecacatan yang tampak

maka mereka pasti mempunyai gen resesif yang membawa penyakit baka keturunan yang

kemungkinan diwarisi oleh anak. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat

dan peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua,

‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa hanya pembawa baka cacat tetapi tidak mengalami

kecacatan secara lahiriah. Dalam situasi ini, kedua-dua pasangan normal yang membawa baka

cacat akan berpeluang mendapat 50% anak cacat pada setiap kelahiran. Jika salah seorang

daripada pasangan normal pembawabaka penyakit maka peluang untuk mendapatkan 25%

anak cacat, 25% anak normal bukan pembawa bawa penyakit dan 50% anak normal yang

membawa baka penyakit. Keadaan ini berlaku pada setiap kali kandungan. Sebagai contoh,

daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka

normal.

Faktor Masa Kelahiran

Salah satu gabungan kecacatan yang dikelasifikasikan sebagai kecacatan pelbagai

ialah gabungan ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran yang disitilahkan deafblindness.

Penyebab kepada wujudnya deafblindness boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu

diperolehi selepas kelahiran dan keadaan kongenital. Keadaan deafblindness bolehberlaku

selepas kelahiran.

Pada sebarang peringkat umur. DeafBlindness yang berlaku selepas kelahiran

adalah disebabkan oleh jangkitan kuman penyakit, kecederaan dan faktor umur. Dalam

kandungan ibu, bayi sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan kuman penyakit-penyakit seperti

rubela, sindrom down dan risiko bahan toksid, nekotin dan alkohol termasuk pengambilan

dadah oleh ibu. Bayi mungkin dijangkiti kuman sebelum dilahirkan maka kanak-kanak akan

dilahirkan dengan kedua-dua kecacatan penglihatan dan pendengaran.

KESAN PELBAGAI KECACATAN TERHADAP PERKEMBANGAN

PERTUMBUHAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak dengan kecacatan pelbagai mempunyai kombinasi dua atau lebih kecacatan

atau ketidakupayaan. Kombinasi ini mungkin kombinasi antara masalah mobiliti fizikal dan

masalah pertuturan, terencat akal dengan masalah pendengaran, masalah penglihatan dan

kecederaan otak dan seumpamanya. Menurut (Byers, 2004), kana-kanak yang mengalami

kecacatan pelbagai juga mempunyai masalah deria rasa, masalah tingkah laku dan masalah

Page 4: Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai

4

sosial. masalah pendengaran (auditory processing) dan mempunyai masalah pertuturan yang

terbatas. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan juga menghadapi masalah menguasai

kemahiran yang baru dan tidak berupaya mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Dari

sudut pendidikan, keupayaan mereka adalah terhad berdasarkan beberapa sudut yang dikaji.

Kebolehan membaca dan menulis (Literacy)

Murid yang mengalami kecacatan pelbagai sebenarnya aktif melibatkan diri dalam

proses PDP literacy dalam kelas. Namun mereka mengalami kesukaran mengikuti pelajaran,

mengalami ketidakupayaan menyerap kemahiran dipelajari terutama kemahiran membaca dan

menulis. Murid perlu diberi sokongan menguasai kemahiran membaca dan menulis. Namun

demikian, murid pelbagai kecacatan boleh membaca perlahan-lahan dengan bantuan teks

bergambar dan illustrasi. Illustrasi, gambar, lukisan dan lakaran amat penting untuk membatu

mereka meningkatkan kefahaman. Gambar juga dapat membantu murid untuk mengenal huruf

dan perkataan. Seterusnya, Murid-murid tersebut juga boleh menulis perkataan mudah

berdasarkan gambar.

Bahasa lisan (Oral Language)

Murid-murid pelbagai kecacatan mengalami kesukaran komunikasi pertuturan dengan

orang lain disebabkan gangguan kognitif dan kecacatan fizikal. Disebabkan masalah ini, murid

pelbagai kecacatan tidak dapat menyampaikan maksud hati mereka kepada orang lain. Murid

yang menghadapi masalah pendengaran dapat memahami apa yang mereka dengar daripada

rakan atau guru. Namun, kadangkala pertuturan mereka adalah sukar untuk difahami maka

terjadilah mis-comunicate.Di kalangan rakan mereka, murid-murid kategori ini menggunakan

sesetengah perkataan yang dapat difahami. Namun kebanyakkan murid pelbagai kecacatan

menggunakan bentuk komunikasi bukan verbal seperti mimik muka (facial expression), gerak

badan (body gesture), gambar (picture) dan objek (object) serta gerakan tangan (sign). Dalam

proses PdP, murid pelbagai kecacatan meperlukan bantuan untuk memahami perkataan

tertentu. Ini boleh kita lakukan dengan penggunaan bahasa lisan yang mudah difahami oleh

mereka. Kefahaman mereka terhadap bahasa lisan dapat diperkukuhkan jika kita dapat

mengutarakan perkataan dalam bentuk isyarat, gambar dan objek.

Matematik

Apa yang kita faham ialah murid pelbagai kecacatan juga mengalami gangguan

kognitif dengan IQ yang rendah berbanding murid normal. Dari sudut syllabus, mereka

memang terlalu jauh ketinggalan. Penerimaan mereka terhadap kemahiran matematik agak

terbatas dan lambat, maka kemahiran yang dapat disampaikan mungkin berkitar kepada sistem

Page 5: Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai

5

nombor dan operasi asas. Murid pelbagai kecacatan juga tidak berupaya menguasai berbentuk

abstrak tetapi tertumpu kepada kemahiran konkrit. Mereka mungkin belajar melalui aktiviti

seperti menggunakan alat bantuan mengajar.

Sesetengah murid pelbagai kecacatan dapat belajar Matematik dengan mengenalpasti

dan memadankan nombor dengan objek.Namun demikian, mereka juga boleh mengaplikasikan

kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Contohnya, dirumah, mereka dapat mengira

bilangan kuih di pinggan, boleh mengira bilangan anak tangga dan boleh menyatakan saiz peti

television samada besar atau kecil. Murid juga dapat belajar mengenalpasti nombor dengan

menggunakan kalkulator atau melakukan langkah dalam membuat penomboran. Contoh lain

ialah yang berkaitan dengan wang seperti urusan jual beli. Sesetengah pelajar yang mengalami

kecacatan pelbagai mungkin boleh belajar mendail 911 ketika kecemasan, tetapi mungkin

terdapat sesetengah pelajar tersebut tidak dapat mencapai kemahiran matematik ini, kerana

mereka tidak dapat mengenalpasti nombor di atas telefon tersebut.

Kemahiran matematik yang mempunyai aplikasi secara langsung dalam aktiviti

seharian, boleh memberikan kesan yang baik ke atas kualiti hidup pelajar dan menjadi

sebahagian daripada kurikulum yang bermakna (Westling & Fox, 2000 dalam Heller, 2005).

Kesannya boleh dilihat terhadap komunikasi, pembelajaran dan perkembangan lain kerana

mereka memerlukan pendidikan yang berbeza daripada program pendidikan khas yang sedia

ada . Sebagai contoh lagi masalah penglihatan dan kerencatan akal memerlukan rancangan

yang sistematik, spesifik dan efektif bagi mengatasi masalah yang dihadapi kanak-kanak

pelbagai kecacatan. Perkembangan persepsi iaitu proses mengumpul dan menggabungkan

asas pengalaman sensori secara berperingkat melalui latihan yang spesifik dan berterusan bagi

menghasilkan sesuatu yang mantap dan matang untuk membantu kanak-kanak ini

MENANGANI KECACATAN PELBAGAI DARI ASPEK PEDAGOGI.

Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan tidak dapat dimasukkan ke sekolah khas

yang tertentu memandangkan mereka mereka mengalami pelbagai ketidakupayaan. Satu

penyelesaian khas perlu difokuskan khusu untuk kumpulan ini.

Kurikulum secara individu

Guru-guru sekolah khas dan guru pemulihan khas telah didedahkan dengan konsep

pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu. Rancangan Pengajaran Individu ini merupakan

salah satu program kurikulum secara individu dan bermakna. Program ini sangat sesuai

diberikan kepada setiap kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan pelbagai. Rancangan

Pengajaran Individu (RPI) ini dapat direka dan disesuaikan dengan minat, matlamat peribadi

dan tahap penerimaan murid pelbagai kecacatan.

Page 6: Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai

6

Menurut Hallahan D.P dan Kauffman, J.M.(1978 ), RPI merupakan satu perjanjian bertulis di

antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak dan cara

bagaimanakeperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah

sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang

murid. RPI ini dibentuk berdasarkan ciri-ciri dan konsep komprehensif, spesifik, kronolgi,

realistik, difahami dan dipersetuji. Antara ciri-ciri penting ialah RPI ini merangkumi aspek

ketidakupayaan murid dan perkhidmatan penempatan di program biasa, vokasional ataupun

pendidikan khas. Objektif RPI juga dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat

diperhatikan dan ditentu-ukur.

Kurikulum Teras Yang Bermakna

Murid-murid pelbagai kecacatan perlu didedahkan dengan kurikulum yang sama

dengan rakan lain yang normal. Berdasarkan (Downing, 2002; Fisher & Frey, 2001). Tanpa

pendedahan tentang kurikulum, murid-murid ini tidak dapat belajar dengan baik

dan tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenalpasti. Bagi menentukan kurikulum yang

bermakna dibina kepada murid-murid tersebut, kumpulan dan pengamal pendidikan

khususnya dalam pendidikan khas perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat dan objektif

dengan menganalisis aktiviti kurikulum yang sesuai.

Pendekatan Pendidikan Kolaborasi.

Kolaborasi bermaksud bekerjasama dan bermuafakat untuk mencapai sesuatu

matlamat. Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang penting dalam pendidikan khas. Bagi

murid yang mengalami kecacatan pelbagai, kolaborasi bersama keluarga dan ahli professional

adalah amat penting. Kolabrasi amat diperlukan untuk memberikan sokongan secara berterusan

kepada murid pelbagai kecacatan supaya mereka juga dapat menikmati kualiti hidup yang baik

dan selesa, dapat dalam bergaul dalam masyarakat seperti mana yang dinikmati oleh kanak-

kanak normal.

Di negara kita, kolaborasi telah pun wujud di antara tiga agensi iaitu Kementerian

Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Kerjasama tersebut

wujud untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan

pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal teruk, kerencatan akal

sederhana dan teruk dan pelbagai kecacatan. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan tidak

boleh ditempatkan untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Page 7: Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai

7

Penglibatan keluarga yang aktif

Memiliki anak dengan pelbagai kecacatan merupakan satu cabaran hebat di kalangan

ibu bapa yang terlibat. Membesarkan dan mengasuh anak pelbagai kecacatan bukanlah perkara

mudah namun ini bukanlah satu bebanan kepada keluarga tersebut. Ibu bapa yang rasional

dengan kehadiran anak pelbagai keupayaan dapat memudahkan tugas mengasuh anak-anak

demikian. Dalam program pendidikan, penglibatan ahli keluarga yang aktif sangat diperlukan.

Keluarga merupakan orang yang yang paling rapat dengan murid-murid tersebut maka mereka

mempunyai pengaruh yang besar terhadap perubahan tingkah laku anak mereka.Ini sangat

penting dan berkesan dalam konsep pembangunan program individu.

Strategi dan modifikasi

Antara lain strategi yang boleh dikenakan kepada kanak-kanak yang mengalami

kecacatan pelbagai ialah intervensi awal. Itervensi ini perlu dilakukan dengan cepat seawal

kanak-kanak memulakan persekolahan. Ini melibatkan banyak pihak seperti ahli terapi, terapi

bahasa dan pertuturan, psikoterapi dan pakar-pakar berkaitan.

Pengurusan Persekitaran.

Pengurusan persekitaran tertumpu kepada pengurusan fizikal bilik darjah yang

kondusif. Sekolah perlu menyediakan peralatan yang baik dengan bantuan teknologi yang

canggih.

Integrasi Sosial.

Integrasi bersama rakan sebaya sangat penting dalam usaha membantu proses

pembangunan sosial kanak-kanak kecacatan pelbagai. Integrasi ini perlu dilaksanakan lebih

kerap. Guru juga perlu memastikan murid-murid berkaiatan mempunyai rasa hormat-

menghormati antara satu sama lain. Guru juga perlu mengintegrasikan rasa bertanggungjawab

di kalangan murid dari sudut kebersihan diri dan kebersihan sekitar.

“MY OPINION”

1. Kanak-kanak pelbagai kecacatan tidak dapat belajar bersama kanak-kanak normal.

Mereka memerlukan ruang khas dan didikan khas berbeza daripada murid normal.

2. Sepertimana kanak-kanak normal, mereka ini juga perlu diberi ruang dan masa untuk

mempelajari sesuatu.

3. Mereka sokongan tambahan daripada pendidik dan pembimbing, ibu bapa sediri dan

masyarakat. Mereka sangat memerlukan perhatian yang lebih daripada kita.

Page 8: Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai

8

4. Golongan pendidik dan ibu bapa menjadi sandaran utama membentuk mereka menjadi

anggota masyarakat.

5. Secara fizikal berbeza namun begitu tidak banyak bezanya dari segi emosi dan hak

menikmati hidup.

6. Panggilan “pelajar OKU” atau murid “orang kurang upaya” kepada mereka sepatutnya

dimansuhkan dan diubah kepada “pelajar khas” atau AMK

( Anggota Masyarakat Khas ).