nota kemahiran hidup tingkatan dua

3
Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Dua Simpan Kira A. Istilah Simpan Kira o Simpan Kira Proses merekodkan urusniaga secara sistematik o Akaun Suatu catatan / rekod ringkas bagi urusniaga yang telah berlaku o Sistem Catatan Bergu Sistem yang merekodkan setiap urusniaga dalam dua akaun dengan amaun yang sama, satu dimasukkan dalam ruang debit dan satu lagi dalam ruang kredit akaun kedua o Urusniaga Suatu aktiviti yang berlaku semasa proses menjual dan membeli barangan dan perkhidmatan o Format Akaun Keadaan yang menerangkan bagaimana sesuatu akaun disediakan o Aset Semua harta bagi perniagaan o Liabiliti Semua tanggunan atau hutang perniagaan kepada pihak lain o Ekuiti Pemilik Semua harta atau modal yang dilaburkan dalam perniagaan o Modal Semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan o Ambilan Pengambilan wang tunai daripada perniagaan o Hasil Semua pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan o Belanja Semua kos yang perlu dibayar oleh perniagaan o Baki Lebihan daripada akaun. Baki h/b ialah baki yang dihantar bawah. Ia biasanya diletakkan di akhir bulan. Baki b/b ialah baki bawa bawah. Ia biasanya diletakkan diawal bulan. B. Ciri-ciri Rekod Perniagaan yang Baik o Merekodkan butir-butir yang penting seperti bila (tarikh), apa urusniaga (butir), dan berapa amaunnya (jumlah) o Mempunyai rekod yang sistematik o Disimpan dengan selamat C. Tujuan Menyimpan Rekod o Sebagai bukti berlaku urusniaga o Untuk kemudahan menyemak semula butiran perniagaan dan urusniaga yang telah dijalankan o Untuk mengetahui berapa jumlah aset yang ada dan tanggungan perniagaan o Memudahkan peniaga mengesan kelemahan bagi sesuatu tempoh perniagaan o Membantu peniaga membuat keputusan dan pembetulan D. Jenis-Jenis Akaun o Akaun Tunai Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga tunai o Akaun Bank Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga kredit

Upload: dz-zain

Post on 04-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota ringkas

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Dua

Nota Kemahiran Hidup Tingkatan DuaSimpan Kira

A. Istilah Simpan Kira

o Simpan Kira 

Proses merekodkan urusniaga secara sistematik

o Akaun 

Suatu catatan / rekod ringkas bagi urusniaga yang telah berlaku

o Sistem Catatan Bergu 

Sistem yang merekodkan setiap urusniaga dalam dua akaun dengan amaun yang sama, satu dimasukkan dalam ruang debit dan satu lagi dalam ruang kredit akaun kedua

o Urusniaga 

Suatu aktiviti yang berlaku semasa proses menjual dan membeli barangan dan perkhidmatan

o Format Akaun 

Keadaan yang menerangkan bagaimana sesuatu akaun disediakan

o Aset 

Semua harta bagi perniagaan

o Liabiliti 

Semua tanggunan atau hutang perniagaan kepada pihak lain

o Ekuiti Pemilik 

Semua harta atau modal yang dilaburkan dalam perniagaan

o Modal 

Semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan

o Ambilan 

Pengambilan wang tunai daripada perniagaan

o Hasil 

Semua pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan

o Belanja 

Semua kos yang perlu dibayar oleh perniagaan

o Baki 

Lebihan daripada akaun. Baki h/b ialah baki yang dihantar bawah. Ia biasanya diletakkan di akhir bulan. Baki b/b ialah baki bawa bawah. Ia biasanya diletakkan diawal bulan.

B. Ciri-ciri Rekod Perniagaan yang Baik

o Merekodkan butir-butir yang penting seperti bila (tarikh), apa urusniaga

(butir), dan berapa amaunnya (jumlah)

o Mempunyai rekod yang sistematik

o Disimpan dengan selamat

C. Tujuan Menyimpan Rekod

o Sebagai bukti berlaku urusniaga

o Untuk kemudahan menyemak semula butiran perniagaan dan urusniaga

yang telah dijalankan

o Untuk mengetahui berapa jumlah aset yang ada dan tanggungan

perniagaan

o Memudahkan peniaga mengesan kelemahan bagi sesuatu tempoh

perniagaan

o Membantu peniaga membuat keputusan dan pembetulan

D. Jenis-Jenis Akaun

o Akaun Tunai 

Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga tunai

o Akaun Bank 

Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga kredit

o Buku Tunai 

Buku akaun yang menggabungkan akaun tunai dan akaun bank dalam satu

o Akaun Ambilan 

Akaun yang merekodkan ambilan wang tunai dari perniagaan

o Akaun Modal 

Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan

o Akaun Aset 

Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta perniagaan. Akaun aset termasuklah

Akaun premis

Akaun kenderaan

Akaun lekapan dan lengkapan

Akaun Alat pejabat

Akaun perabot

o Akaun Hasil 

Akaun yang merekodkan hasil atau pendapatan perniagaan

o Akaun Penghutang 

Akaun yang merekodkan pihak yang berhutang kepada perniagaan

o Akaun Pemiutang 

Akaun yang merekodkan pihak yang memberi hutang kepada perniagaanE. Format Akaun

o Lazimnya akaun disediakan dalam format 'T' atau bentuk 'T'.

o Akaun dibahagikan kepada dua ruang

Page 2: Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Dua

o Ruang disebelah kiri ruang Debit (Dt) dan ruang sebelah kanan

ruang Kredit (Kt).

o Kedua-dua ruang debit dan kredit mempunyai lajur yang berikut:

i. Lajur Tarikh - digunakan untuk mencatatkan tarikh urusniaga berlaku

ii. Lajur butir - digunakan untuk mencatatkan urusniaga yang berlaku

iii. Lajur folio - digunakan untuk mencatatkan nombor rujukan bagi buku catatan pertama agar mudah dikesan

iv. Lajur jumlah - digunakan untuk mencatatkan nilai wang bagi urusniaga yang dinyatakan

Rajah 2 : Lajur-lajur dalam akaunF. Sistem Catatan Bergu

o Sistem catatan bergu bermaksud sistem yang digunakan untuk merekod

urusniaga dalam dua akaun

o prinsip catatan bergu ialah

i. Suatu urusniaga dicatatkan dua kali

ii. Satu catatan didebitkan dan satu catatan dikreditkan

iii. Tarikh dan jumlah mestilah sama

Contoh: Pada 3 Januari, Kedai Perabot Nusantara Enterprise membeli lima buah almari berkaca bernilai RM1500 secara tunai.Akaun Utama Urusniaga dicatatkan di bahagian kredit akaun utama

Akaun Kedua urusniaga dicatakan berlawanan dengan akaun utama di sebelah debit pula

Rajah 4: Akaun Bergu/KeduaG. Buku Tunai

o Buku Tunai ialah buku yang menggabungkan Akaun Tunai dan Akaun

Bank dalam satu buku

o Format Buku Tunai

Rajah 5: Format buku tunaiH. Mengimbang dan menutup akaun

o Mengimbang dan menutup akaun dilakukan untuk suatu tempoh tertentu

seperti suku tahun,setengah tahun atau diakhir tahun

o

o Akaun-akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal)

hendahlah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b

o Akaun ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke

dalam kunci kira-kira

o Akaun-akaun aset hendaklah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b

Rumusan Akaun Bergu Akaun Tunai dan Akaun Bank adalah akaun-akaun yang utama

Rajah 6: Akaun Bergu

Rajah 7: Jenis-jenis Akaun

Rajah 8: Pembahagian jenis-jenis akaunPeringatan:

o Akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal)

hendaklah diimbang dan mempunyai baki h/b dan baki b/b

o Akaun Ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke

Kunci Kira-kira

o Akaun Aset (A. Tunai, A. Bank, A. Perabot, A. Kenderaan, A. Premis &

A. Lekapan) hendaklan diimbang dan mempunyai baki h/b dan b/b

o Akaun Jualan hendahlah ditutup dengan jumlah dipindahkan ke Akaun

Perdagangan

o Akaun hasil yang lain (A. Komisen, Akaun Dividen, A. Faedah diterima

& A. Sewa diterima) hendalah ditutup dengan membawa jumlah ke Akaun Untung Rugi

o Akaun Belian hendaklah dipindahkan jumlahnya ke Akaun Perdagangan

o Alaun Belanja yang lain (A. Sewa, A. Insuran, A. Iklan, A. Kadar

Bayaran & A. Belanja Am) hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke Akaun Untung Rugi