nota kemahiran hidup tahun 4 bab 04

13
47 Unit 4 Reka Bentuk dan Teknologi ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK B A B Pengenalan 1. Terdapat pelbagai perkakas dan peralatan elektrik dan elektronik yang digunakan kehidupan sehari-harian seperti kipas, lampu, radio, televisyen, dan komputer. 2. Kita perlu mengetahui tentang elektrik dan elektronik serta bagaimana peralata elektronik itu berfungsi. 3. Peralatan elektrik hanya akan berfungsi apabila terdapat arus elektrik m Contoh peralatan elektrik 1 Penghasilan Projek Elektrik 1. Terdapat beberapa aspek asas elektrik yang perlu kamu ketahui, iaitu: a. komponen asas elektrik dan elektronik. b. alatan tangan yang digunakan. c. litar siri dan litar selari. Pastikan kamu mendapat bimbingan daripada guru sebelum menggunakan sebarang alatan elektrik. Kecuaian semasa menggunakan alatan elektrik dapat mendatangkan bahaya seperti kecederaan dan mungkin juga kematian.

Upload: uder-ahmad

Post on 07-Jul-2015

2.989 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

B A B

Reka Bentuk dan Teknologi

4Pengenalanelektronik itu berfungsi.

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

1. Terdapat pelbagai perkakas dan peralatan elektrik dan elektronik yang digunakan dalamkehidupan sehari-harian seperti kipas, lampu, radio, televisyen, dan komputer.

2. Kita perlu mengetahui tentang elektrik dan elektronik serta bagaimana peralatan elektrik dan 3. Peralatan elektrik hanya akan berfungsi apabila terdapat arus elektrik melaluinya.

Contoh peralatan elektrik

Unit 1 Penghasilan Projek Elektrik1. Terdapat beberapa aspek asas elektrik yang perlu kamu ketahui, iaitu: a. komponen asas elektrik dan elektronik. b. alatan tangan yang digunakan. c. litar siri dan litar selari.

Pastikan kamu mendapat bimbingan daripada guru sebelum menggunakan sebarang alatan elektrik. Kecuaian semasa menggunakan alatan elektrik dapat mendatangkan bahaya seperti kecederaan dan mungkin juga kematian.

47

Mengenal Pasti Nama, Fungsi, dan Simbol KomponenKomponen Simbol Fungsi M engeluarkan cahaya apabila arus mengalir melalui filamen mentol

Mentol

M enutup dan membuka litar M elengkap dan memutuskan litar

Suis

M embekalkan voltan

Bateri

M enukar isyarat elektrik kepada isyarat bunyi

Buzer

Komponen/Alatan Tangan

Fungsi Menanggalkan penebat wayar Memotong wayar

Penjalur wayar

M encengkam batang silinder M emotong dawai M emegang dan membentuk dawaiPlayar gabung

M encengkam batang silinder M emotong dawai M emegang benda kerja yang kecilPlayar muncung tirus

48

Komponen

Fungsi M engetat dan melonggarkan skru berlurah (mata rata)

Pemutar skru mata rata

M engetat dan melonggarkan skru mata PhillipsPemutar skru Phillips

M embenarkan arus elektrik mengalir melaluinyaWayar

M enghubungkan sambungan litar

antara wayar dengan wayar yang lainPenyambung

M emutar skru kecil dan memeriksa sama ada terdapat arus elektrik melaluinyaPena ujian

Tempat khas untuk meletakkan mentol

Pemegang mentol

Membuat lubang kecil

Gerimit

Tempat meletakkan bateri positif (+) atau negatif (-)Pemegang bateri

Pastikan sambungan dilakukan dengan teliti dan sempurna. Ketatkan bahagian sambungan supaya tidak longgar. Sambungan yang tidak sempurna menyebabkan mentol tidak bernyala.

49

Contoh Memotong, Menjalur, dan Menyambung Wayar pada Mentol1. Alatan dan bahan yang diperlukan: a. wayar. b. penjalur wayar. c. mentol 3.8 V. d. pemutar skru. e. pemegang mentol. 2. Lakukan langkah kerja yang berikut:

a.

Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan.

b.

Potong dua utas wayar sepanjang 15 cm setiap satu.

c.

Jalurkan penebat getah pada hujung wayar dengan menggunakan penjalur wayar.

d.

Pintalkan hujung wayar.

e.

Pasang wayar pada pemegang mentol dengan melonggarkan skru, kenakan wayar pada skru, dan ketatkan skru menggunakan pena ujian.

50

Jenis-jenis Litar Elektrik dan Elektronik1. Litar merupakan suatu sambungan antara komponen elektrik dengan wayar yangmembolehkan arus elektrik mengalir melaluinya.

2. Terdapat dua jenis litar, iaitu: a. litar siri. b. litar selari. Litar Siri 1. Litar siri ialah sambungan komponen elektrik dan elektronik yang membolehkan arus mengalir dalam satu cabang atau saluran. 2. Jika salah satu daripada komponen di dalam litar siri rosak, mentol tidak akan menyala dan tidak berfungsi. 3. Pastikan setiap komponen berada dalam keadaan yang baik untuk menguji litar siri.

Sambungan litar siri

Contoh litar siri satu mentol dua bateri

Litar Selari 1. Litar selari mempunyai sambungan peralatan atau komponen yang membenarkanarus melaluinya lebih daripada satu saluran atau cabang.

2. Litar selari membenarkan arus elektrik melaluinya walaupun salah satu daripadamentol tidak berfungsi kerana terdapat cabang lain yang membenarkan arus melaluinya. 3. Setiap rumah menggunakan litar selari sebagai penyambung litar perkakasan elektrik.

51

Sambungan litar selari

Contoh litar selari dua mentol dua bateri

Perbezaan antara Litar Siri dan Litar Selari bagi Litar Dua MentolSituasi Keadaan normal Litar Siri Kedua-dua mentol malap Mentol tidak menyala Kedua-dua mentol menyala sama terang Litar Selari Cahaya mentol kurang terang Mentol menyala Mentol menyala dengan terang

Tanggalkan satu mentol Tambahkan bateri

Menyambung Litar Siri 1. Bahan dan alatan yang diperlukan: a. papan litar. b. pemegang mentol. c. wayar. d. suis pisau. e. dua biji mentol. f. penjalur wayar. g. pena ujian. h. pemutar skru mata rata.

52

2. Lakukan langkah kerja seperti yang berikut:

a.

Perhati dan fahamkan lukisan projek litar siri.

b.

Susun dan atur komponen pada papan litar. Pasangkan pemegang bateri, pemegang mentol, dan suis pisau pada papan litar.

c.

Potong wayar mengikut panjang yang diperlukan antara komponen. Potong dan jalurkan wayar dengan penjalur wayar.

d.

Sambungkan wayar pada tamatan setiap komponen.

e.

Pasang kedua-dua mentol dan bateri.

f.

Sambung suis pisau dan perhatikan nyalaan mentol.

53

Menyambung Litar Selari 1. Bahan dan alatan yang diperlukan: a. papan litar b. pemegang mentol c. wayar d. suis pisau 2. Lakukan langkah kerja yang berikut: e. f. g. h. dua biji mentol penjalur wayar pena ujian pemutar skru mata rata

a.

Perhati dan fahami lukisan projek litar selari.

b.

Susun dan atur komponen pada papan Pasang pemegang litar. bateri, pemegang mentol, dan suis pisau pada papan litar.

c.

Potong wayar mengikut panjang yang diperlukan antara komponen. Potong dan jalurkan wayar dengan penjalur wayar.

d.

Sambungkan wayar pada tamatan setiap komponen.

e.

Pasang kedua-dua biji mentol dan bateri.

f.

Sambungkan suis pisau dan perhatikan nyalaan mentol.

54

Perbezaan antara Litar Siri dengan Litar Selari 1. Litar siri dan litar selari berbeza dari segi: a. cara sambungan litar dilakukan. b. jalan atau cabang aliran arus dalam litar. c. fungsi peralatan atau komponen dalam litar.

1Berdasarkan penerangan tentang Menyambung Litar Siri dan Menyambung Litar Selari, rekodkan hasil uji kaji tersebut dengan melengkapkan jadual yang berikut. 1.4 (a) Aras 2

Uji Kaji Cara litar disambung. Lukiskan.

Litar Siri

Litar Selari

Papan litar

Papan litar

Nyalaan mentol

Mentol 1 Kecerahan yang sama

Mentol 2 Kecerahan yang sama

Mentol 1 Kecerahan yang sama

Mentol 2 Kecerahan yang sama

Kefungsian litar: a. Tanggalkan

satu mentol

Kedua-dua mentol tidak menyala

Mentol yang satu lagi tetap menyala

b. Tambah satu mentol

Kecerahan ketiga-tiga biji mentol adalah sama tetapi malap

Kecerahan ketiga-tiga biji mentol tetap sama

55

I

Namakan alatan tangan dan komponen di bawah.

1.4 (a) Aras 1

1.

2.

3.

Pen ujian 4. 5.

Penjalur wayar 6.

Playar kacip

Pemegang mentol II

Suis pisau

Mentol1.4 (a) Aras 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

cahaya 1. Mentol menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga _______________ . Suis 2. _______________ digunakan untuk melengkap dan memutuskan litar elektrik. penjalur wayar 3. Penebat wayar perlu dikeluarkan dengan menggunakan _______________ . selari 4. Dalam litar _______________, mentol-mentol yang lain tetap menyala walaupunterdapat satu mentol yang rosak.

Pena ujian 5. _______________ digunakan untuk menguji kewujudan arus elektrik. bateri 6. Tenaga elektrik dapat dibekalkan atau diperoleh daripada _______________ . siri 7. Litar _______________ tidak sesuai digunakan untuk pendawaian di rumah. bateri 8. Pemegang _______________ digunakan untuk mengisi bateri dalam litar. 56

III

Lukis satu hasil kerja projek elektrik berdasarkan bahan dan alatan yang berikut. Kemudian, namakan projek tersebut. 1.4 (a) aras 2

Bahan Mentol Pemegang mentol Bateri Pemegang bateri Wayar Suis Papan dan kayu beroti Pemutar skru Penjalur wayar

Alatan

Tukul Warrington Penyedut minuman Paku dan gam kayu Gergaji puting Dawai

1

12345678901234567890123456789012123456789012345678901234567890121234567890123

4

Nama projek:

Lampu tidur 57

Jawab semua soalan. 1. Simbol yang berikut digunakan untuk 6. Yang manakah gambar rajah litar selari? A A suis. B mentol. 2. 7. Pilih pernyataan yang benar. I Suis pisau dapat digunakan untuk memotong wayar. II Suis digunakan untuk memutuskan litar. III Suis membenarkan arus elektrik melaluinya jika ditutup. IV Suis menghasilkan tenaga cahaya. A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV 8. _______ digunakan untuk mengawal aliran arus elektrik dalam litar. A Bateri C Wayar B Suis D Mentol 9. Apakah yang akan berlaku jika suis dibuka? A Litar akan terputus dan arus tidakdapat mengalir

C D

C bateri. D wayar.

B

Peralatan yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah A pemegang bateri.

B penjalur wayar. C suis pisau. D pemegang mentol. 3. Alatan tangan yang ditunjukkan di bawahialah

A playar gabung. C playar kacip. B pena ujian. D pemutar skru. 4. Mentol yang manakah dapat menyala? I. III. A I dan II B II dan III II. IV. C D III dan IV I dan IV

B Litar akan bersambung untuk membenarkan arus mengalir C Litar terputus tetapi arus tetap dapatmengalir D Litar bersambung tetapi arus tidak dapat mengalir

5. Alatan yang berikut digunakanuntuk memotong wayar kecuali A playar gabung.

B pena ujian. C penjalur wayar. D playar kacip.

10. Perkakas rumah yang berikut menggunakan kuasa elektrik kecuali A kipas siling. C radio. B televisyen. D dapur gas. 58