nota kemahiran hidup tahun 4 bab 01

Upload: uder-ahmad

Post on 07-Jul-2015

644 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

B A B

Reka Bentuk dan Teknologi

1

KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL

Unit 1 Peraturan Keselamatan1. Peraturan keselamatan di dalam bengkel disediakan untuk menghindarkan kemalanganselain menyemai sikap bertanggungjawab di kalangan murid-murid.

2. Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada tiga bahagian, iaituperaturan keselamatan am, peraturan keselamatan diri, dan peraturan keselamatan alatan dan bahan.

Peraturan Keselamatan Am1. Dapatkan kebenaran guru untuk masuk atau keluar dari bengkel. 2. Jangan berebut-rebut atau bertolak-tolakan semasa masuk dan keluar dari bengkel. 3. Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel. 4. Buka semua tingkap untuk mendapatkan pengudaraanyang baik dan cahaya yang mencukupi.

5. Labelkan semua alatan dan bahan. 6. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan. 7. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti. 8. Pastikan semua peralatan dan bahan dijaga dengan baik dan sempurna. 9. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

Carta peraturan keselamatan hendaklah disediakan dan dipamerkan di bengkel

Peraturan Keselamatan Diri1. Patuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang masa. 2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek, dan ikat rambut yang panjang. 3. Jika kamu memakai baju berlengan panjang, lipat lengan baju itu atau kancingkan hujung lengan baju itu dengan kemas. 4. Bagi murid-murid perempuan yang bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas danmasukkan bahagian bawah tudung ke dalam apron.

5. Jangan bermain-main atau bergurau senda semasa berada di dalam bengkel. 6. Fahami cara yang betul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru. 7. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan. 8. Cuci tangan dengan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti di bengkel. 9. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera. 1

Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti amali di bengkel amat penting untuk keselamatan

Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untukmenggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru cara-cara menggunakan alatan elektrik. 3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan. 4.Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah, dan mudah terbakar seperti kerosin, petrol, dan cat, serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat. 6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.

Cara yang betul menyimpan alatan di dalam bengkel

Alat Bantuan Kecemasan1. Alat bantuan kecemasan yang biasa terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup ialah petipertolongan cemas dan alat pemadam api.

2. Semua alat bantuan kecemasan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan tidaktersorok. Alat ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa supaya berada dalam keadaan yang baik.

2

3. Di dalam sesebuah peti pertolongan cemas, biasanya terdapat bahan-bahan sepertiantiseptik, garam ammonia, iodin, kain anduh, kain pembalut, kapas, gunting, dan pin keselamatan.

Antara alatan dan ubat-ubatan yang biasanya terdapat di dalam peti pertolongan cemas

4. Alat pemadam api pula amat penting untuk memadamkan kebakaran yang kecil. 5. Cara-cara untuk menggunakan alat pemadam api adalah seperti yang berikut: a. Letakkan alat pemadam api di tempat yang rata. b. Tarik kunci picu. c. Halakan hos ke punca api. d. Tekan picu supaya bahan pemadam api terpancut keluar. e. Semburkan bahan pemadam api itu ke arah punca api sehingga padam.2345678901234567890123456789012123456789012345678901 2345678901234567890123456789012123456789012345678901 2

22222 22222 22222 22222 22222 22222 22222 22222 22222 22222 22222 22222 22222 22222 222

6. Oleh sebab alat pemadam api ini sangat penting,terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya: a. Letakkan alat pemadam api di tempat yang mudah dilihat dan mudah diambil apabila diperlukan.

b. Alat pemadam api perlu diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan alat itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.2345678901234567890123456789012123456789012345678901 123456789012345678901234567890121234567890123456789012 2

Contoh alat pemadam api

Kamu hendaklah sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di bengkel. Jika berlaku kebakaran yang tidak dapat dikawal, jangan panik dan ikutilah pelan kebakaran yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

3

Unit 2

Organisasi Bengkel

1. Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan yang teratur dan sistematik yang perlu dilaksanakan di dalam bengkel. 2. Tujuan organisasi bengkel diwujudkan adalah untuk: a. memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalambengkel. b. membantu guru memastikan bengkel berada dalam keadaan yang teratur dan kemas. c. menentukan kumpulan yang bertanggungjawab memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat.

d. melatih sifat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid. 3. Contoh sebuah organisasi bengkel adalah seperti yang berikut:

Formen (Ketua Kumpulan)

Penolong Formen (Penolong Ketua Kumpulan)

Kumpulan Aktif

Kumpulan Inovatif

Kumpulan Kreatif

Kumpulan Dinamik

Menyapu lantai

Mengelap cermin tingkap

Mengeluar dan menyimpan alatan dan bahan

Menyusun meja dan kerusi

T

AH U K A H

K

AM U ?

Semasa menjalankan aktiviti amali, terdapat lebihan bahan-bahan yang telah digunakan untuk dibuang. Semua bahan yang dibuang disebut sisa. Terdapat beberapa cara untuk melupuskan sisa seperti kambus tanah, insinerator (pembakaran), dan pengkomposan. Setiap kumpulan dalam organisasi bengkel kamu hendaklah memilih salah satu daripada cara pelupusan sisa itu dan dapatkan maklumat lanjut tentangnya untuk dibentangkan kepada kelas.

4

I

Namakan alatan keselamatan yang berikut:

1.1 (a) Aras 1

1.1.

2.2.

Nama alat :

Alat pemadam api

Nama alat :

Peti pertolongan cemas

II

Tuliskan Betul atau Salah pada setiap tindakan yang berikut.

1.1 (a) Aras 1

1. Bermain gam kayu di dalam bengkel semasa menjalankan aktiviti kumpulan. ( Salah ) 2. Menutup semua pintu dan tingkap semasa aktiviti amali sedang dijalankan. ( Salah ) 3. Mencuci tangan dengan air dan sabun selepas melakukan aktiviti amali. ( Betul ) 4. Membuat bising di dalam bengkel sambil bergurau dengan rakan-rakan. ( Salah ) 5. Mematuhi semua peraturan bengkel dan arahan guru. ( Betul ) IIIPerhatikan gambar dan nyatakan akibat yang mungkin akan berlaku. 1.1 (a) Aras1

1.Akibat:

Terkena kejutan elektrik

2.Akibat:

Berlaku kebakaran

3.Akibat:

Mengalami kecederaan

5

IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1.1 (a) Aras 1

melaporkan

menyimpan

membersihkan

membuka

memakai

menyimpan 1. Kita mestilah _____________ bahan yang mudah terbakar di tempat yangselamat.

membuka 2. Sebaik-baik sahaja kita masuk ke dalam bengkel, kita hendaklah _____________tingkap supaya mendapat peredaran udara yang bersih untuk kesihatan dan keselamatan.

melaporkan 3. Jika berlaku kecederaan, kita hendaklah _____________ perkara itu kepada guru dengan segera. memakai 4. Murid-murid dinasihatkan supaya _____________ apron semasa menjalankanaktiviti amali di bengkel Kemahiran Hidup.

membersihkan 5. Selepas menjalankan aktiviti amali, kita perlu _____________ semua peralatandan mengemas kerusi meja sebelum meninggalkan bengkel.

V

Nomborkan cara-cara menggunakan alat pemadam api mengikut urutan yang betul.

1.1 (a) Aras 1

3 1 2 4 VI

Halakan muncung hos ke arah punca api. Letakkan alat pemadam api di atas lantai. Tarik kunci picu. Tekan picu sehingga bahan pemadam api terpancut keluar.1.1 (b) Aras 1

Sediakan carta organisasi bengkel untuk kelas kamu.

6

Jawab semua soalan di bawah. 1. Apakah yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas? A Bahan makanan B Pakaian C Alat solek D Alat bantuan perubatan

B pakai apron ketika menjalankan aktiviti amali. C amalkan sikap bekerjasama semasadi bengkel.

D gunakan semua alatan dan bahan dengan cermat. 7. Antara yang berikut, yang mana bukan tugas formen? A Melaporkan tanggungjawab dan tugas kumpulan kepada guru B Membantu guru mengemas bilik C Mendenda rakan sesuka hati D Merekod kemalangan kecil

2. Apakah tindakan awal yang palingsesuai sekiranya berlaku kecederaan di bengkel?

8. Loceng kecemasan di sekolah akan berbunyi apabila 3. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid A berlaku kebakaran. sebelum memasuki bengkel? B berlaku kemalangan. A Beratur dan membuat bising C berlaku kecurian. B Masuk ke bengkel tanpa kebenaran D waktu belajar tamat. C Beratur di luar sehingga menerima arahan guru 9. Pilih pernyataan yang benar. D Bersedia untuk berebut masuk ke dalam bengkel I Alatan dan bahan boleh dibawa pulang ke rumah. II Bersihkan bengkel selepas 4. Alat pemadam api digunakan apabila digunakan. A berlaku kecederaan. III Simpan alatan yang berbahaya di B berlaku kerosakan. dalam almari. C berlaku kecurian. IV Tutup tingkap dan pintu semasa D berlaku kebakaran. berada di dalam bengkel. C II dan III A I dan II 5. Minyak tanah perlu disimpan di tempat B I dan IV D III dan IV yang selamat kerana A mudah meletup. B mudah terbakar. 10. Antara bahan yang berikut, yang manakah mudah terbakar? C mudah tercemar. I Kerosin III Playar D harganya mahal. II Cat IV Ubat-ubatan 6. Kesemua pernyataan yang berikut A I dan II B I dan IV adalah benar kecuali A bergurau sendalah semasa berada C II dan III D III dan IV di bengkel. 7

A Panggil ambulans B Laporkan kepada guru dengan segera C Memberi mangsa minuman D Maklumkan kecederaan itu di pejabat sekolah