nota exam pendidikan seni visual

5
Pendidikan Seni Visual : Mencorak dan Rekaan Sistem pendidikan di Malaysia berkembang sejajar dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya Don, 2005). Sejajar dengan usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, Kurikulum Pendidikan Seni Visusl bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Dari segi kandungan, pengetahuan asas dalam seni visual mencakupi bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, kraf tradisional manakala asas seni reka meliputi aspek unsur, prinsip dan struktur. Antara lain, subjek ini menegaska kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Murid-murid perlu kreatif dalam pembelajaran mereka. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). ”Creatiity is a matter of talent – there is nothing you can do about it except get creative people” (de Bono, 1996) Oleh yang demikian, peranan guru haruslah berkesan ke arah merancang, menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Dalam konteks ini, guru akan dapat mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi membentuk pelajar yang celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa. 1.0 Mencorak Dan Membuat Rekaan

Upload: as

Post on 30-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota exam seni ku

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA EXAM Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Seni Visual : Mencorak dan Rekaan

Sistem pendidikan di Malaysia berkembang sejajar dengan perubahan masa dan

keperluan masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang

digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi

meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya Don, 2005). Sejajar dengan

usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu, Kurikulum Pendidikan Seni Visusl bertujuan membentuk keperibadian generasi

Malaysia yang celik budaya kesenian.

            Dalam konteks Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi

pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.  Dari segi

kandungan, pengetahuan asas dalam seni visual mencakupi bidang menggambar, membuat

rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, kraf tradisional manakala asas seni reka

meliputi aspek unsur, prinsip dan struktur. Antara lain, subjek ini menegaska kegiatan dalam

proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Murid-

murid perlu kreatif dalam pembelajaran mereka. Menurut Kementerian  Pendidikan Malaysia

(2000) pengajaran dan pembelajaran  akan lebih berkesan  dengan aktiviti kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif (KBKK).

”Creatiity is a matter of talent – there is nothing you can do about it except

get creative people” (de Bono, 1996)

Oleh yang demikian, peranan guru haruslah berkesan ke arah merancang, menyampai dan

menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Dalam konteks ini, guru akan dapat

mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi membentuk pelajar yang celik seni dan menghargai

budaya warisan bangsa.

1.0        Mencorak Dan Membuat Rekaan

Bidang mencorak dan membuat rekaan adalah sebahagian daripada pengetahuan asas

dalam subjek seni visual. Bidang ini secara umumnya memberi ruang dan peluang kepada pelajar

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu

rekaan yang berlainan. Manakala mencorak pula ialah proses menghasilkan struktur susunan

ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Dalam bidang seni visual,

corak kerapkali meliputi aspek semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan. Dari

segi bahan yang dihasilkan, objek yang kerapkali dihasilkan adalah seperti kerusi, meja, rumah

Page 2: NOTA EXAM Pendidikan Seni Visual

dan sebagainya. Pada kebiasaannya, bahan-bahan yang dihasilkan berbentuk geometri yakni

seperti bulat, segi tiga dan segi empat.

kepentingan Mempelajari Corak Dan Rekaan Dalam Membantu

            Pembelajaran  Dan Perkembangan Kanak-kanak

Dalam bidang seni visual kepentingan membuat corak dan rekaan adalah perkara yang

sewajarnya berlaku. Secara prinsipnya, kepentingan aspek ini adalah bersandarkan citarasa dan

keinginan seseorang pengkarya seni ingin melihat hasil seninya cantik dan menarik. Sebagai

seorang manusia biasa, kita suka akan sesuatu yang cantik, menarik dan mengiburkan. Begitu

jugalah hakikatnya dengan hasil seni yang akan bakal kita hasilkan. Mengikut Mohd. Zaihidee

(2007) (dalam modul) kepentingan membuat corak dan rekaan adalah bertujuan mencantikan

bahagian atau permukaan luar sesuatu objek. Kedua, corak yang dihasilkan turut bertindak

sebagai elemen hiasan yang menarik. Ketiga, corak disifatkan sebagai nilai estetik yang tidak ada

tolok bandingnya dalam hasil karya seni.

.1        Kepekaan Pengamatan

Hasilan karya seni seseorang pengkarya boleh diterjemahkan melalui ketelitian dan

kepekaan pengamatannya dalam menghasilkan karya seni. Aspek ketelitian dan kepekaan yang

tinggi bagi seseorang pengkarya seni dapat ditonjolkan melalui pengamatan yang tinggi ke atas

aspek seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Pengamatan dari segi garisan yang

merupakan cantuman satu siri titik yang boleh dalam bentuk tebal, nipis, berbulu, putus-putus,

bergeriggi dan sebagainya merupakan unsur yang penting dalam kerja melukis dan menggambar.

Melalui kaedah ini, garisan yang dibuat bagi tujuan menulis, melakar, membuat jalinan gambar,

membuat rupa dan membentuk merupakan elemen penting dalam hasil karya. Teknik-teknik

koyakan, tamplan, kolaj, gosokan, cetakan dan capan yang digunakan berupaya menghasilkan

unsur seni yang menarik. Sebagai seorang guru kita wajar menanam kepentingan aspek-aspek ini

Page 3: NOTA EXAM Pendidikan Seni Visual

agar pelajar (kanak-kanak) dapat mempelajari sesuatu yang bernilai berhubung dengan karya

seni.

Dari segi warna, pemilihan warna dalam kategori warna asas, sekunder dan tertier amat

penting bagi membentuk warna-warna yang sesuai. Melalui usaha ini, seseorang pengkarya seni

dapat mempraktikkan kepekaan pengamatan yang tinggi dalam karya mereka.

3.2       Kognitif

Kepentingan mempelajari corak dan rekaan dari segi kognitif sememangnya perkara yang

sangat penting. Pada peringkat kanak-kanak tahap kognitif pelajar mudah diasuh dan senang

meniru serta akur dengan arahan. Melalui pendekatan teori-teori seperti Teori Gestalt dan Teori

Sosial-Interaksi Piaget berhubung dengan kognitif kanak-kanak menunjukkan proses dalaman

minda kanak-kanak mudah memahami sesuatu objek atau material yang seterusnya

mempengaruhi kapasiti mereka mempelajari sesuatu. Dalam bidang seni visual, teori gestalt

bukan sahaja meliht kepada produk atau hasil kerja kanak-kanak tetapi memberikan penekanan

yang tinggi ke atas proses penghasilan produk (hasil seni) itu sendiri.

Dalam seni visual, elemen ini amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk

sampai kepada penghasilan hasil seni yang baik. Oleh itu, guru haruslah memberi penekanan

kepada proses di dalam pengajaran dan haruslah menggalakkan para pelajar agar tidak

mementingkan hasil kerja seni semata-mata. Penilaian kerja para pelajar (kanak-kanak)  juga

harus dimasukkan elemen proses dan bukannya hanya menilai hasil karya yang sudah siap

sahaja. Dalam konteks pengajaran, guru harus lah sedar bahawa setiap rangsangan yang

diperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para pelajar.

Page 4: NOTA EXAM Pendidikan Seni Visual

Mempelajari corak dan rekaan adalah  salah satu  cabang Pendidikan Seni Visual (PSV)

yang berkaitan  aktiviti-aktiviti  perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan

ini merangkumi penerokaan kesan seni dalam kehidupan  dengan alat-alat yang sesuai. Kegiatan

ini berkait rapat dengan kemahiran mereka cipta hasil karya seni. Fokus kegiatan seni mereka

akan memperkembangkan  persepsi visual murid dan kesedaran terhadap unsur-unsur seni

seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

4.0      Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa aspek-aspek seperti kepekaan

pengamatan, kognitif dan kreativiti  sememangnya penting bagi menjayakan proses membantu

pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak (pelajar) di sekolah. Namun begitu, peranan guru

dan pihak sekolah lainnya turut sama  penting dalam proses membantu pembelajaran pelajar.