nota etika penyelidikan

7
1 Apakah yang dimaksudkan dengan etika penyelidikan? Langkah- langkah yang perlu diambil oleh seseorang penyelidik agar etika dalam penyelidikan dipatuhi. Isu Etika penyelidikan: Penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah penggumpulan data dalam sesetengah kajian pula menyentuh rahsiah, emosi, hak, hal peribadi, dan kebenaran subjek kajian. Responden mempunyai maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh diketahui oleh orang lain. Apabila didedahkan atau diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pihak-pihak tertentu, pengkaji perlu mengetahui etika penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian. Etika diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Ethos’ yang bermaksud budi perkerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik berkenaan konsep nilai ‘baik’,’tidak baik’, ’betul’ dan ‘salah’. Konsep yang disebut ini menjadi perhatian dalam kehidupan seharian manusia termasuk para professional termasuk peguam, doctor, guru dean lain-lain termasuklah penyelidik. Pengkaji perlu melihat dua perkara utama dalam etika penyelidikan: 1. Aspek-aspek penting dalam etika penyelikan a) Penyertaan sukarela:responden adalah subjek sukarela. Pengkaji boleh NOTA: ETIKA MENJALANKAN PENYELIDIKAN

Upload: quiah89

Post on 23-Dec-2015

98 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Etika Penyelidikan

1

Apakah yang dimaksudkan dengan etika penyelidikan?

Langkah- langkah yang perlu diambil oleh seseorang penyelidik agar etika dalam penyelidikan dipatuhi.

Isu Etika penyelidikan:

Penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah penggumpulan data dalam sesetengah kajian pula menyentuh rahsiah, emosi, hak, hal peribadi, dan kebenaran subjek kajian. Responden mempunyai maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh diketahui oleh orang lain. Apabila didedahkan atau diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pihak-pihak tertentu, pengkaji perlu mengetahui etika penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian.

Etika diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Ethos’ yang bermaksud budi perkerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik berkenaan konsep nilai ‘baik’,’tidak baik’, ’betul’ dan ‘salah’. Konsep yang disebut ini menjadi perhatian dalam kehidupan seharian manusia termasuk para professional termasuk peguam, doctor, guru dean lain-lain termasuklah penyelidik.

Pengkaji perlu melihat dua perkara utama dalam etika penyelidikan:

1. Aspek-aspek penting dalam etika penyelikan

a) Penyertaan sukarela:responden adalah subjek sukarela. Pengkaji boleh menyediakan borang jaminan kajian dan surat persetujuan menjadi reponden.

b) Penentuan diri:pengkaji perlu mengetahui individu yang responden mempunyai hak untuk menilai maklumat kajian sebelum membuat keputusan sebelum memutuskan untuk mengambil bahagian atau tidak.

c) Kecerdasan fizikal dan psikologi/mental:pengkaji beusaha untuk

NOTA: ETIKA MENJALANKAN PENYELIDIKAN

Page 2: Nota Etika Penyelidikan

2

memastikan keselamatan responden terjamin.

d) rahsiah peribadi:

Jenis rahsia peribadi (Diener dan Grandall,1978)

kepekaan maklumat yang diberi-merujuk kepada darjah keperibadian atau potensi ancaman atau ugutan terhadap responden setelah maklumat didedahkan.

keadaan persekitaran responden-persekitaran khas responden seperti tempat tinggal, kenderaan, tempat bekerja, dan tempat-tempat yang sering dilawati yang berkaitan dengan kewangan dan hak harta benda.

keupayaan menyebarkan maklumat- keupayaan sesuatu maklumat responden disebarkan.

e) Identiti pengkaji: perlu diberitahu kepada responden secara ikhlas dan jujur sebelum meminta kebenaran responden untuk mengambil bahagian dalam kajian.

f) Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak mengenali siapakah subjek kajian yang membekalkan data atau maklumat kajian. Pengkaji perlu merahsiahkan segala maklumat yang dibekalkan oleh pembekal maklumat.

g) Perjanjian sulit: Segala maklumat responden haruslah dirahsiahkan.

h) Pembelotan:kejadian pecah amanah harus dielakkan oleh pengkaji.

i) Pengabui mata dan penipuan:Pengkaji harus memberitahu maklumat yang benar dan mengelakkan maklumat palsu.

j) Hak cipta:Pengkaji menggunakan hasil kerja pengkaji lain dengan kebenaran bertulis.

NOTA: ETIKA MENJALANKAN PENYELIDIKAN

Page 3: Nota Etika Penyelidikan

3

Jadual: Prinsip etika penyelidikan:

Prinsip Ciri-ciri

kesamaan Tidak memutar-balikkan data

Humanistik Pertimbangan perasaan dan emosi responden

kebebasan Subjek membuat keputusan

Sulit Maklumat responden tidak didedahkan

ketanpanamaan Nama tidak diberitahu

Keadaan asal reponden Tidak menimbulkan kesan –ve/+ve responden

Kejujuran Data dianalisis dengan tepat dan jujur

Plagiarism Data dipungut sendiri bukan tiruan

2.Kod etika penyelidikan.

Antara kod etika penyelidikan:

• Pengkaji perlu menunjukkan sepenuh identiti dan latar belakangnya kepada responden.

• Tujuan dan prosedur kajian perlu dijelaskan sepenuhnya kepada responden kajian.

• Kajian yang dijalankan mestilah tidak memberi ancaman kepada responden.

• Dapatan kajian perlu dilaporkan secara asli dan ikhlas.

• Rahsia dan kepentingan responden harus dihormati.

NOTA: ETIKA MENJALANKAN PENYELIDIKAN

Page 4: Nota Etika Penyelidikan

4

• Pengaburan mata subjek kajian hanya boleh digunakan sekiranya tidak mendatangkan kesan negatif kepada responden, dimana ia amat diperlukan.

• Subjek kajian mempunyai hak menarik diri daripada mengambil bahagian dan hak untuk berhenti menjadi responden.

Senarai semak prosedur penyelidikan.

• Meminta kebenaran secara bertulis drp pihak dan individu yang akan

dijadikan sebgai responden.

• Menghubungi pihak dan individu responden kajian.

• Menyerahkan garis kasar projek kajian kepada pihak responden untuk menyatakan tujuan prosedur kajian.

• Memberi jaminan kepada pihak responden kajian bahawa segala maklumat mereka adalah sulit.

Reynolds (1979) menyatakan 5 unsur-unsur dalam kod etika penyelidikan:

1) nilai – mengingatkan pengkaji untuk memegang kepada nilai moral tertentu sebelum, semasa dan selepas kajian.

2) kesedaran diri – kesedaran tentang tingkah laku yang dilarang dan tangunggjawab diri terhadap responden kajian.

3) profesionalisme – mengingatkan pengkaji untuk merancang dan menggunakan kaedah kajian yang tidak mendatangkan kesan negative kepada responden.

4) kebolehpercayaan – mebgingatkan pengkaji agar tidak memanipulasikan data dan hasil kajian, serta membuat laporan secara jujur dan ikhlas.

5) panduan disiplin – mengingatkan supaya pengkaji untuk mematuhi peraturan-peraturan penyelidikan, bahawa pengkaji tanpa disiplin akan

NOTA: ETIKA MENJALANKAN PENYELIDIKAN

Page 5: Nota Etika Penyelidikan

5

menghasilka dapatan kajian yang tidak sah.

Etika dan proses penyelidikanPeringkat pemilihan permasalah kajian.

kajian tersebut tidak melanggar nilai-nilai:tidak melanggar norma- norma sejagat.

peniruan kajian lepas tanpa pengiktirafan:menyertakan sumber rujukan.

sifat objektiviti:menentukan tujuan dan hipotesis yang dibuat.

Peringkat menentukan kaedah penyelidikan

memelihara hak privacy dan dignity responden:subjek tidak didedahkan daripada sebarang ancaman maruah mereka.

melindungi mereka daripada sebarang ancaman fizikal dan mental:tidak meninggalkan kesan sosial.

Peringkat penggumpulan data.

penyalahgunaan peranan status pengkaji:menjaga nama baik bidang kajiannya.

Peringkat penganalisisan data

berasaskan tujuan jujur dan berobjektif:tidak mengubahsuai data untuk membuktikan hipotesis.

keselamatan data:identitiresponden tidak didedahkan dan data responden dijaga dengan selamat secara sulit.

Kesimpulan.

NOTA: ETIKA MENJALANKAN PENYELIDIKAN

Page 6: Nota Etika Penyelidikan

6

Isu penyelidikan sering menjadi perkara yang dititikberatkan dalam proses menjalankan kajian. Aspek penting, Kod etika penyelidikan dan langkah- langkah haruslah diambil berat dalam setiap kajian agar kajian yang dilakukan berjalan dengan lancar dan menepati kehendak kajian.

Rujukan:Tuckman, B. W. (1999). Conducting educational research (5th ed.). Ft. Worth, TX:HARCOURTYork, R. O. (1998). Conducting social work research: An experiential approach. Boston:Allyn & Bacon.

NOTA: ETIKA MENJALANKAN PENYELIDIKAN