39232707 bbm 3401 nota bahasa melayu tinggi

Download 39232707 Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

If you can't read please download the document

Upload: yusneta-rahman

Post on 29-Nov-2015

200 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU TINGGI - PENGENALAN

BMT - PENGENALANBahasa menunjukkan bangsaMakan MakeMakangManganMelantakMentekedarahMencekikMentongMerarauKudapanMenambul

Bahasa menunjukkan darjatSarapanBreakfastKudapanTea breakIftarSantapDinnerHigh-teaSuper BMT- BAHASA SEBAGAI WAHANA KOMUNIKASITabii dan semula jadiKesediaan akal dan sarafKemampuan pancainderaMelibatkan dua pihakMenggambarkan jati diriTerdapat unsur permainan emosiMenyerlahkan kebangsawananMembabitkan tiga unsur bahasaTatabahasaBudi bahasaParalinguistik BMT UNSUR-UNSUR TATABAHASAFonologi > Sebutan sebutan huruf mengikut nilai bunyiVariasi dialek, pengaruh slanga, sebutan bakuMorfologi > KegramatisanImbuhan Kata sendiSintaksis > Susunan kata-kataFrasa, klausa, ayatSemantik > PragmatikMakna, gaya bahasa, wacana, Sosiolinguistik > DiksiKolokial, rasmi, santun

BMT UNSUR-UNSUR BUDI BAHASAKata sapaanGanti namaSistem panggilanHirarki hormatNeka bahasaSiapa yang dilawan berkomunikasi?Gaya bahasaPerbandinganPertautanPertentanganPerulangan BMT UNSUR-UNSUR PARALINGUISTIKArtikulator TunanetraTunarunguTunawicaraSuara dan intonasiFitur-fitur distingtif dan ciri suprasegmentalJeda, moraGesturMimik mukaPostur Gerak tubuhBMT - KONSEPBMT satu bentuk bahasa yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu.Istilah BMT mendukung pengertian sosial.BMT dianggap sebagai bahasa yang mendukung konsep budaya tinggi.Budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan teknologi.Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard.

Bahasa Melayu tinggi tidak dapat dijelmakan melalui bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan.Bahasa Melayu tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial) BMT bukan istilah linguistik. Tidak ada istilah atau konsep bahasa tinggi atau bahasa rendah. Yang ada ialah ragam atau variasi bahasa (Awang Sariyan;1996).

FILUM BMBahasa AustrisAustroasiaTibet-CinaAustronesiaNusantaraFilipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan PolinesiaMelanesiaMikronesia BM KUNOTiada tarikh pastiJawa Man > 100 000Perak Man > 10 000Bukti kewujudan masyarakat dan budaya MelayuBudaya Melayu Kuno - Kurun 1-5 Masehi Catatan China - 644-645 MasehiPrasasti Kerajaan Melayu Kuno - SriwijayaPrasasti Kedukan Bukit, Palembang 683 MPrasasti Talang Tuwo, Palembang 684 MPrasasti Kota Kapur, Pulau Bangka 686 MPrasasti Karang Berahi, Jambi 686 MTulisan Pallava, Kawi, Rencong pada prasasti

CATATAN BM KUNO PRASASTI KERAJAAN CAM (4 M)Siddham! Ni yang Naga punya putauv,Ya urang sepriy di ko,Kurun ko jemaylabuh nasi svarggah,Ya urang paribhu di ko,Kurun saribu thun davam di naraka,Dengan tujuh kulo ko

(Salam sejahtera! Inilah Nagadewa kepunyaan Raja,Sesiapa yang menghormatinya,Orang itu akan beroleh anugerah dari syurga,Sesiapa yang menghianatinya,Orang itu akan sengsara untuk beberapa lama,Sehingga tujuh keturunannya.)

BM KLASIKSekitar abad ke-14 18 MKerajaan Melayu LamaMelaka, Johor-Riau, Pasai, Aceh, Patani, BugisPrasasti Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)Tulisan India, pengaruh Sanskrit Prasasti Minye Tujuh, Aceh (1380)Tulisan India, mulai terima perkataan ArabPrasasti Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)Tulisan Jawi, BM campur ArabBM dengan pengaruh Sanskrit & ArabBM sebagai bahasa persuratan; sastera kitab, ketatanegaraan, historiografi, syair

Batu Bersurat Terengganu (1303-1387M):

Rasul Allah dengan yang orangbagi merekaada pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma meraksa bagi sekelian hamba Dewata Mulia Raya dibenuakan ini penentu agama Rasul Allah Sallallahu alaihi wa sallama Raja Mendelika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Penentuan itu fardhu pada sekalian Raja Mendelika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka Tuhan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adipertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun sarathan di sensakala baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua.

SURAT SULTAN TERNATE (1521)Al-FattahRaja Sultan Abu Hayat surat datang kepada Mama Raja Portugal, raja (be)sar al-dunia alam samuhanya tuwan basar. Kerana dahulu Raja Portugal manyuruh Francisco Serrao datang dari Muluku binasa dari Ambon. Maka Raja Maluku samuhanya dengar Feringgi ada binasa dari Ambon, maka Raja Tidore dan Jailolo disuruh Ambon samuhanya berhimpah mau bunuh pada Francisco Serrao. Maka Raja Tidore dengar disuruh saudara duwa membawah perauh tucuh buah diambil Francisco Serrao membawah ke Ternate.

BM PRAMODENTidak dapat ditandai dengan tarikh-tarikh khususSekitar zaman penjajahan Belanda dan Inggeris -1824 Perjanjian LondonBahasa Belanda mempengaruhi BM di IndonesiaBahasa Inggeris mempengaruhi BM di MalaysiaMulai menerima kosa kata bahasa Inggeris secara pinjam-terjemahStation > stesenNational > nasionalUniversity > universitiSecretary > setiausahaCommissioner > pesuruhjaya

SURAT de KLERK (1779)Qawluh al-haqq wa kalamuh al-sidqBahawa Gurnadur Jenderal Reynier de Klerk dan sekalian Raden van India berkirim ini surat ikhlas sahabat-bersahabat dan berkasih2an kepada sahabat handai taulannya Paduka Seri Sultan Ratu Muhammad Bahauddin, raja atas tahta kerajaan Palembang, dipohonkan atasnya sihat dan afiat serta daulat dan segala berkat yang boleh membahagiakan pada sendirinya beserta rakyat2nya istimewa pula sahabat-bersahabat pada antara Tuan Sultan dengan kompeni Wolandawi, boleh tinggal tetap dan tegoh hingga zaman yang mutakhirin adanya.BM MODENBermula dengan kebangkitan semangat kebangsaan awal abad ke-20Tidak berkisar di istana sahajaKebangkitan golongan rakyat biasa guru, sasterawan, wartawan, budayawan, pejuang kemerdekaan/ahli politikTulisan Jawi dalam akhbar, majalah, buku, kitab1957 BM dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan (Fasal 152)Penyata Razak BM sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikanPenggunaan tulisan RumiPenerbitan buku teks BM sebagai bahasa moden

BURSA KOMODITI DAN KEWANGANNiaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini berikutan pembelian spekulatif akibat kebimbangan Eropah akan mengalami kemelesetan berganda. Sungguhpun harga telah meningkat beberapa hari sebelum ini, jumlah dagangan masih rendah. Ogos 2010 naik RM 11 untuk ditutup pada RM2, 504 satu tan metrik, September bertambah RM 4 kepada RM 2, 474, Oktober naik RM 5 kepada RM 2, 454, November menokok RM 4 kepada RM 2, 449. Pada pasaran fizikal, Selatan Julai ditutup RM 10 lebih tinggi pada RM 2, 520 satu tan metrik. BMT - ASPEK BAHASAAspek Bahasa - Corak BMT dapat diperincikan melalui empat matra atau dimensi, iaitu:

Bentuk lisan dan tulisanTahap penguasaan lemah, sederhana, fasihTahap penggunaan kolokial, rasmi, kebangsaanMutu bahasa neka, gaya, laras

BENTUK BMTerdapat dua bentuk Lisan dan tulisan

Bahasa Lisan:Bersifat agak bebas temu bual atau wawancara.Bersifat mesra menggunakan kata ganti nama yang mesra.Tatabahasa tidak mementingkan kesempurnaan tatabahasa, memendekkan kata, menggugurkan bahagian tertentu dalam ayat, penggunaan unsur bukan bahasa atau paralinguistik.

Bahasa tulisan:Terkawal dapat dieditBersifat rasmiTatabahasa mementingkan tatabahasa yang sempurna

BAHASA LISANBahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis;

Bahasa lisan subbaku tidak terkawal, mengandungi unsur tempatan atau bersifat individu (ideolek), cth: dialek dan bahasa pasar.

Bahasa lisan umum - ada unsur bahasa basahan, seperti kependekan dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan.

Bahasa lisan terkawal diungkapkan dalam konteks rasmi, menggunakan bahasa terkawal, penggunaan sistem panggilan, tatabahasa dan intonasi. BAHASA TULISANPada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan:

Bahasa tulisan umum tidak mementingkan semua ciri bahasa tulisan tetapi diterima umum kerana ada kelaziman tertentu. Cth penggunaannya seperti dalam akhbar, majalah, risalah, iklan, sepanduk, dan lain-lain.

Bahasa tulisan rapi terancang, tersusun, dan disunting dengan teliti.212121TAHAP PENGUASAANPeringkat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa mengikut konteks dan tahap tertentu.Pengguna bahasa mestilah menguasai tahap kemampuan berbahasa yang berpadanan.Dapat menggunakan neka bahasa dan ragam bahasa mengikut konteks dan bidang.Dua tahap penguasaan bahasa, iaitu tahap budaya dan tahap fungsional.TAHAP BUDAYAPenguasaan bahasa lisan pada tahap budaya mempunyai ciri yang berikut:

Mengandungi unsur tempatan.Mengandungi unsur individu dialek dan ideolek.Pertuturan bersahaja dalam konteks tidak formal.Pertuturan oleh cendekiawan yang biasanya menghilangkan ciri bahasa lisan yang umum, seperti kependekan dan kemesraan.Penggunaan sebutan yang lebih tekal (konsisten).TAHAP FUNGSIONALTahap penggunaan bahasa yang diperlukan oleh pengguna bahasa untuk memenuhi tugas tertentu dalam kehidupan seharian.

Bahasa lisan pada tahap ini bersifat terkawal.Digunakan dalam situasi formal, seperti dalam penyampaian berita di radio atau televisyen.iii.Bahasa tulisan pada tahap fungsional digunakan dalam majalah, jurnal, laporan, catatan minit mesyuarat dan sebagainya.TAHAP PENGGUNAANPenggunaan bahasa yang sempurna memerlukan pengolahan bahasa yang baik.Untuk mencapai kesan yang maksimum, seseorang pengguna bahasa perlu menguasai aspek yang berikut:Kemahiran bahasaPenghayatanPengetahuanPenglahiranPenghujahanKekritisanMekanik Penulisan

MUTU BAHASAMutu bahasa bermaksud kemampuan seseorang menggunakan bahasanya. Kemampuan ini merangkumi ciri yang berikut:

KetepatanKewajaranKematanganKelancaranKeluwesanGayaLarasPENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASADalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat:

Bahasa yang baik, mudah, dan praktis.

Bahasa yang berkesan.

Bahasa yang indah.

BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMUKeintelektualanKeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesanKeupayaan mengungkap kesinambungan dan kerumitan fikiranDicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata dan struktur tatabahasaKesempurnaan Kecendekiaan, kepelbagaian, kelenturan, kepraktisan, keberkesanan, ketertiban, kesederhanaan, ketekalan, keberadaban, keindahanFUNGSI UMUM BAHASA

Diperlihatkan berasaskan dasar dan motif penggunaan

Penglahiran maksud, perasaan, ekspresi, dan penunjang minda.Alat komunikasi.Alat integrasi (penyatuan) dan adaptasi (penyesuaian) sosial.Alat kawalan sosial.

FUNGSI KHUSUS BAHASASebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi, melambangkan kedaulatan negara, seperti yang termaktub dalam para 152 Perlembagaan Malaysia.

Sebagai bahasa perpaduan negara dilaksanakan melalui Dasar Pendidikan Negara.

Sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan, dan bahasa media massa.

Sebagai bahasa ilmu pengetahuan, wahana ilmu, dan sebagai asas tamadun tinggi.

PEMBAKUAN BAHASAUsaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran (Awang Sariyan, 1996: 3).

Meliputi seluruh sistem bahasaSebutanEjaanPeristilahanTatabahasaKosa kata (perkamusan) KONSEP BAHASA BAKU DAN PEMBAKUAN BAHASA

Bahasa baku dan pembakuan bahasa adalah dua istilah yang berkait rapat. Kata baku telah lama wujud dalam kamus Melayu, iaitu telah tercatat dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J. S.Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun 1953. Dalam kamus tersebut, kata baku dijelaskan sebagai:

Yang menjadi pokok, yang sebenarnya.Sesuatu yang dipakai sebagai dasar, ukuran.Bahasa baku pula dimaksudkan sebagai bahasa yang seragam, variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi (Nik Safiah Karim, 1988:1).

Awang Sariyan (1989:38) pula memberi pengertian bahasa baku sebagai satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan keperluan rasmi atau formal.BENTUK PENGGUNAAN BAHASA

Dalam konteks pendidikan bahasa, pemilihan perlu dilakukan untuk menentukan variasi bahasa yang perlu dibakukan. Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi utama, iaitu:

Bahasa terhad (restricted code)

2.Bahasa terbina (elaborated code)

CIRI BAHASA TERHADBersifat ringkasMengandungi kependekan atau singkatanAmat bergantung pada konteksRujukan dibuat kepada perkara atau peristiwa yang dialami bersama oleh anggota masyarakat.Tidak memerlukan huraian yang mendalam dan terperinci tentang sesuatu topik atau perkara yang dibincangkan.CIRI BAHASA TERBINABersifat kompleks.Mempunyai susunan yang teratur dan rapi.Tidak didasarkan kepada latar belakang atau pengalaman yang dialami atau difahami bersama.Setiap topik atau tajuk perbincangan perlu dihuraikan atau dinyatakan dengan terperinci.

Dalam konteks perancangan dan pembakuan bahasa, variasi yang menjadi norma atau ukuran penggunaan bahasa yang baku ialah bahasa terbina.PENGERTIAN BAKU(KAMUS DEWAN 1970)Yang pokok, yang dasar, yang sebenar.

Yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul, dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan, dsbnya.), standard.

Dalam konteks perancangan bahasa, bahasa baku adalah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam suatu kawasan akibat perbezaan sosial dan daerah (kedudukan geografi) yang wujud.

PERANCANGAN KORPUS BAHASA

Perancangan korpus bahasa sebenarnya adalah pembinaan bahasa, dan dalam konteks pembakuan bahasa boleh diteliti melalui beberapa proses, iaitu:

Pemilihan (selection)Pengekodan (codification)Peluasan fungsi (elaboration of function)Penerimaan (acceptance)CIRI BAHASA BAKUSesuatu bahasa itu dianggap bahasa baku (standard) jika mempunyai ciri yang berikut:Bersifat terbukaBersifat stabilBersifat cendekia (intelektual)Bersifat pemersatuBersifat pemisahBerprestijBersifat rangka rujukanKekerapan penggunaanSejarah atau tradisi penggunaanPengaruh penggunaanASPEK PENTING DALAM PEMBAKUAN BAHASASistem ejaanSebutanPeristilahanKosa kata (perkamusan)Tatabahasa6.Laras BahasaSISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYUSistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisantradisi bahasa Melayu.

Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.Zaba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYUSistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman).

Sistem Keselarasan Huruf VokalKeselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku berasaskan syarat yang berikut:

Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan.Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.RAJAH SEGITIGA VOKAL MELAYU

a

eo

ieu

Penjelasan RajahGaris penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola a-i, i-a, a-u, u-a, i-u, u-i, o- e taling , dan e taling o ( 8 pola ).

Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masing-masing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a a, i i, u u, e taling e taling, dan o o ( 5 pola ).

Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a i atau i a dan oleh garis a u atau u a. Pola yang wujud ialah e taling a dan o a ( 2 pola ).

4.Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet i, e pepet u, dan e pepet a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.POLA KESELARASAN HURUF VOKALBil.Suku Kata Suku Kata ContohPraakhirAkhir Tertutupaaparah, asakaialih, balikaubasuh, haluse pepetatelan, kelame pepetipetik, betike pepetutelus, keruhiasilang, bilahiisirih, risikiusibuk, tiruk

uausap, sukatuIpulih, surihuutunduk, luhure talingaserat, dewane talinge talingheret, leceh15. e talingobesok, elokoaborang, sorakoe talingboleh, korek18. ooborong, sorok

Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan ini menetapkan huruf vokal I atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup digunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata praakhir.

Suku kata praakhirSuku kata akhir tertutup

Vokal a, e pepet, i atau ui, uEjaan LamaEjaan KiniPola Ejaan ContohPola EjaanContoh

a e talingaleha ialiha obatoka ubatuke pepete taling lebehe pepet ilebihe pepet otempohe pepet utempuhi e talingpilehi ipilihi otidori utiduru e talinguseku iusiku ountongu uuntung

Tentang pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir.

Suku Kata PraakhirSuku Kata Akhir Tertutup

Vokal e taling atau ovokal e taling atau oPola EjaanContoh

1.e taling e talingleceh, gelek, selekeh

2.e taling - o tempoh, belok, selekoh

3.o e talingboleh, ponteng, celoteh

4.o oobor, corong, borongPOLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKALBil. Pola EjaanContoh Kata Contoh Kata NusantaraInggerisa e talinganeh, awetkabaret, jaketa obarong, calonatom, kontraktore pepet e talinggemblengseteme pepet obendok, jempolgabenor, interkomi e talingimlektiket, kriketi oijon, pilondiftong, transistoru e talingtulen, uletsubjeku oburon, bunglonkupon, konduktora e pepetpakemteater, plastere taling i-hipotesis, objektif

11e taling u petroleum, spektrum12e pepet e pepetdemdem13i e pepetiseng, artikel, filem, dividen14o i fosil, polis15o u bonus, forum16e taling e pepet meter17o e pepet Oktober, brokerEJAAN KATA SERAPAN DARIPADA BAHASA INGGERIS DAN BAHASA EROPAHPenyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya:BIBMContoh Penggunaanaaabstrakaeaeaerialaiaiaileron, aisingauauaudit, automatikb, bbblobi, hobiBagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya.BIBMcarbonjadikarbon bukan kabancartoonjadikartun bukan katunconductorjadi konduktor bukan kondakterdialoguejadi dialog bukan dailoginstitutejadi institut bukan institiutstructurejadi struktur bukan strakcerKata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

BIBMatomtetap atom bukanatumbonustetap bonus bukan bonos, bunusfossiltetap fosil bukan fosel, fusilpistoltetap pistolbukan pestol, pistulEjaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuk-nya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian.

Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku katadikekalkan. Sebagai contoh:Bahasa InggerisBahasa Melayublblockjadibl - blokbrbrakebr-brekchl-chlorophyllkl-klorofilchr-chronologykr-kronologicl-clinickl-klinikcr-creditkr-kreditfr-francjadifr-francgl-glocosegl-glukosagr-gravitygr-gravitikn-knotkn-knotkr-kronekr-kronepl-plumbumpl-plumbumpr-practicalpr-praktisps-psychologyps-psikologipt-ptomainept-ptomainsc-scandalsk-skandalscr-scriptskr-skripsk-skisk-skisn-snookersk-snukersp-spectrumsp-spektrumsph- spheresf-sferaspr-springjadisp-springsq-squadronsk-skuadronst-stablest-stabilstr-structurestr-strukturtr-tragedytr-trageditz-tzartz-tzarSebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh:Bahasa InggerisBahasa Melayuclassjadikelas bukanklasclubkelabklab, klubglassgelasglasgrantgerangranplanpelanplanstampsetemstemPenulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut:Bahasa InggerisBahasa Melayu-lf golfjadi-lfgolf-lt cobalt-ltkobalt-nce science-nssains-nk bank-nkbank-ps forceps-psforseps-rd standard-rdstandard-rm chloroform-rmkloroform-rt consert--rtkonsert-x complex-kskompleks-xt text-ksteks

Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

Bahasa InggerisBahasa Melayu

-ct factjadi-ktafakta-gm paradigm-gmaparadigma-ism materialism-ismematerialisme

Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu,contohnya:

Bahasa InggerisBahasa Melayubureaujadibirobukan bureaucustomkastamkustomdriverdrebardriber, drivermodernmodenmodernpensionpencenpensionstationstesenstation, stasion, stesyenSemua huruf g yang diucapkan j dalam bahasa Inggeris tetap Diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Sebagaicontoh:

Bahasa InggerisBahasa Melayu

agendatetapagenda bukanajendagymnasiumgimnasiumjimnasiumtechnologyteknologiteknolojitragedytrageditrajedi

Huruf g yang diucapkan j mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu.Sebagai contoh:

Bahasa InggerisBahasa Melayu

agentjadiejen, agencollegekolejcontingentkontinjenengineenjin

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa ArabTerdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, iaitu:

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebatidalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh:

sahabatdarurathakimizinkuburzatsabarzalimIstilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh:

hadithkidhibistimalqunutriyaSISTEM EJAAN RUMI BAHARUBAHASA MELAYUPenulisan Kata Dasar - ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain.Contohnya:Keputusan itu adalah tidak adil.Pekerja tanpa izin itu telah pulang.Sungai itu agak dalam.

Penulisan Kata Terbitan - kata dasar yang berimbuhan (sama ada imbuhan awalan, akhiran atau sisipan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain.

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAWALANImbuhan Awalan Kata DasarKata TerbitanAntikaratantikaratAutografautografDwibahasadwibahasaJurumudijurumudiPoliklinikpoliklinikPrasekolahprasekolahProkerajaanprokerajaanSubkategorisubkategoriSwadayaswadayaTatasusilatatasusilaTunakaryatunakaryaBagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah daripada kata dasar hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:

Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas yang lain. Contohnya: Allah Yang Maha Esa

Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya:bersikap antipro dan kontra Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar.Contohnya:se-Nusantarase-MalaysiaPENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAKHIRANKata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut:AkhiranKata DasarKata Terbitan-anminumminuman-ahustazustazah-ismeegoegoisme-kanmasukmasukkan-manbudibudiman-nitabiduanbiduanita-wanhartahartawanPENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAPITANKata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut:Apitan Kata DasarKata Terbitanberananggapberanggapanberkandasarberdasarkandiiiringdiiringidikanumumdiumumkandiperkantingkatdipertingkatkankeansejukkesejukanmeikirimmengirimimekanhadiahmenghadiahkanmemperiisterimemperisterimemper..kanhambamemperhambakanpeanrasaperasaanpenge..anhadpengehadanter..kankataterkatakanPENULISAN KATA TERBITAN YANG BERSISIPANKata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut:

SisipanKata DasarKata Terbitan

-el-tunjuktelunjuk-em-kuningkemuning-er-gigigerigi-in-sambung sinambung

PENULISAN KATA SENDI NAMAKata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata yang diimbuhkan dengannya.1.Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama yang menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya:i.Pakaiannya tersusun di atas meja itu.ii.Mereka berlayar menuju ke selatan.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya:

i.Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral.ii.Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat atau kata nama umum, misalnya:i.Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja.ii.Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama tempat atau nama khas, contohnya:

i.Adiknya tinggal di Kajang.ii.Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan.

PENULISAN KATA GANTI SINGKAT (KLITIK)Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku, mu, dan nya.

Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya:

kaulihatkuamatikautuliskubacakaubisikkudengarkauberikuterimaKata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya, contohnya:

kasihkukasihmukasihnyarindukurindumurindunyatemankutemanmutemannyaBagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda sempang, contohnya:

i.Adakah mereka berdoa kepada-Ku?ii.Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini!iii.Semoga kita mendapat rahmat-Nya, hidayah-Nya, dan petunjuk-Nya.PENULISAN PARTIKELDalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun.Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah, tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang terletak di hadapannya, contohnya:Ejaan LamaEjaan Baharuada-lahadalahbimbing-lahbimbinglahsiapa-kahsiapakahbila-kahbilakahapa-tahapatahPARTIKEL PUN PULA DITULIS DENGAN DUA CARA, IAITU DITULIS SERANGKAI ATAU DITULIS SECARA TERPISAH.Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis secara terpisah. Contohnya:i.Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.ii.Pakaiannya pun tidak terurus.

Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai, iaitu: adapunataupunandaipunbagaimanapunbiarpunkalaupunkendatipunlagipunmahupunmeskipunsekalipunsungguhpunwalaupunPENULISAN KATA GANDA (KATA ULANG)Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan.

Penulisan Kata Ulang Semu:anai-anaibiri-birihati-hatikuda-kudakupu-kupulabah-labahlabi-labitupai-tupailaki-lakiundang-undang

Penulisan Kata Ulang Jamakjawatan-jawatanborang-borangprojek-projekdewan-dewanprogram-programaktiviti-aktivitiPenulisan Kata Ulang Berentakbolak-balikgerak-gerimundar-mandirlauk-paukkuih-muihramah-tamahserba-serbikucar-kacirPenulisan Kata Ulang Berimbuhankeanak-anakanakhir-akhirnyabersiar-siarsegala-galanyakarang-mengarangmenulis-nulisPENULISAN GABUNGAN KATAAda tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara terpisah.i.Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah:air hujanduta besarbalai rayajalan rayabom tanganluar biasamodel lineargaris lintangtengah harinasi minyakGabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah:hidup matiadik kakakibu bapamiskin kayatua mudabesar kecil

Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah:buah hatihati batubulan madupilih kasihdarah mudatangkai jering

Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis secara terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan:

Bentuk DasarBentuk Berulangbalai rayabalai-balai rayaguru besarguru-guru besarkapal lautkapal-kapal lautkertas kerjakertas-kertas kerjaAda beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya.

i.Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai:ambil alihjadipengambilalihananak emasmenganakemaskanlipat gandamelipatgandakantidak adilketidakadilan

ii.Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah ditetapkan sejumlah kata tertentu yang boleh ditulis secara serangkai, dikenali sebagai bentuk yang mantap:

antarabangsapesuruhjayabumiputerasetiausahajawatankuasasukarelakakitangansuruhanjayakerjasamawarganegaratanggungjawabolahragamataharitandatanganiii.Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai:

jawatankuasa jadi jawatankuasa-jawatankuasapesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjayatanggungjawab tanggungjawab-tanggungjawab

iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan:

setiausaha jadi kesetiausahaantanggungjawab penanggungjawabanwarganegara kewarganegaraaantandatangan menandatangani

PENGGUNAAN TANDA SEMPANG ( - )Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, tanda sempang digunakan untuk:i.menulis semua jenis kata ulang (kata ganda):bukit-bukaugunung-ganangsekolah-sekolahkekuning-kuningancita-citakeanak-anakan

ii.memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris:Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan per-timbangan pihak Fakulti.memperjelas ungkapan:ber-evolusiber-revolusi

merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama:anti-Amerikahamba-MuISBN-nyapro-Malaysia

merangkaikan ke- dengan angka untuk penulisan nombor ordinal:ke-24 ( kedua puluh empat)ke-125 ( keseratus dua puluh lima)

merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran an:tahun 60-an (tahun enam puluhan)tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)

Menyatakan hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah:alat-pandang dengarmesin-ketam roda-gigiPEMBAKUAN SEBUTANPengenalanPerancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk:Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal.Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM.

iii.Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan laras bahasa.iv.Secara khusus untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur , dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pemelajaran di peringkat sekolah.

Definisi Sebutan BakuSebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pemelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara, siaran melalui media elektronik.

SEJARAH PEMBAKUAN SEBUTAN BAHASA MELAYUGagasan atau idea pembakuan sebutan bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap, iaitu:

Gagasan mula diketengahkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura dan di Johor Bahru pada tahun 1956.Penekanan terhadap ejaan dan bunyi sebutan juga jelas tercatat dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka (pindaan 1972).Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang sebutan baku melalui bengkel dan seminar sejak awal RMK4 (1981).Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan PLM, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.98Perumusan tentang pedoman sebutan baku dilakukan oleh sebuah jawatankuasa teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar bahasa.Penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan di Malaysia dilaksanakan bermula pada penggal kedua persekolahan dalam tahun 1988.

Dasar Sebutan Baku

Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.

CIRI SEBUTAN BAKU1.Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan.Nada suara yang digunakan semasa bercakap hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti kata rai dan linguistik.

PENYEBUTAN BUNYI VOKALVokal < a > diucapkan [ a ] pada sebarang kedudukan, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata.Vokal < e > yang melambangkan < e > taling dan < e > pepet diucapkan [ e ] atau [ ] mengikut bunyi asal sesuatu kata itu.3.Vokal < i > dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi [ i ] bukannya bunyi [ e ].4. Vokal < o > dalam sebutan baku diucapkan [ o ] dan bukannya [ ]. Bagaimanapun, untuk melafazkan beberapa kata pinjaman dalam bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain, vokal < o > boleh dibunyikan [ ].5.Vokal < u > yang melambangkan bunyi [ u ] diucapkan bunyi [ u ] juga, dan bukannya bunyi [ o ].

PENYEBUTAN BUNYI DIFTONG

Ada tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu/ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong ini dilafazkan sebagai satu kesatuan bunyi.

Huruf diftong / ai / dilafazkan dengan bunyi [ ai ] pada semua kedudukan (suku kata terbuka), contohnya pan.dai, hai.ran.

Huruf diftong / au / dilafazkan dengan bunyi [ au ] pada semua kedudukan ( suku kata terbuka), misalnya sau.da.ra, ha.ri.mau.

Huruf diftong / oi / dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ i ] bagi kata jati bahasa Melayu (suku kata terbuka), contohnya:se.poi, do.doi, dan ka.loi.

PENYEBUTAN BUNYI KONSONANSemua huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. Contohnya:

Konsonan Awal Tengah Akhir

b ba.suh sa.bun ja.wab c cu.kai cu.cuk Mac d de.wan pa.da wu.jud f fi.kir na.fas a.rif gga.ji ja.ga beg h ha.ti ma.hu mu.rah

PENYEBUTAN DUA KONSONAN DENGAN SATU NILAI BUNYI

Kata yang mengandungi gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi, sama ada terletak di awal, di tengah atau di akhir kata, contohnya:Huruf Awal Tengah Akhir

gh ghai.rah magh.rib ba.ligh kh kha.bar a.khir ta.rikh ng nga.nga si.nga - ny nyi.or su.nyi - sy syah.du i.sya.rat -PENYEBUTAN KONSONAN DENGAN TIGA NILAI BUNYITerdapat satu konsonan yang boleh diberikan tiga nilai bunyi, sama ada hadir di awal, di tengah atau di akhir suku kata, contohnya:

Huruf AwalTengahAkhir

k ka.mi la.ki ? - - ba.la? - ta .zimPENYEBUTAN KATA DASARKata dasar disebut berpandukan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang sama, iaitu pola V V yang menerbitkan V-VK, KV-K, dan KV-VK, contohnya:PolaSukuKata Pemenggalan Sebutan Kata Suku KataV-KV isi i.si [ i.si ] V-KVK ikan i.kan [i.kan] VK-KV inci in.ci [ in.ci ] VK-KVK angkat ang.kat [ang.kat] KV-KV lama la.ma [ la.ma ] KV-KVK dalam da.lam [ da.lam ] KVK-KV tampi tam.pi [ tam.pi ]KVK-KVK canggih cang.gih [ cang.gih ]PENYEBUTAN KATA TERBITANKata terbitan pada dasarnya disebut mengikut pola pemenggalan suku kata yang berdasarkan pola ejaan, VK-, KV, dan KVK. Bagaimanapun, terdapat beberapa variasi penyebutan kata-kata yang berawalan tertentu.

i.Kata terbitan dengan bentuk awalan beR, peR, teR, meN, peN, di-, ke- atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan atau awalan di-,ke- atau se- dengan kata dasar yang dengan huruf vokal atau diftong dilafazkan dengan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:EjaanSebutanbernyanyi[ ber.nya.nyi ] menunggu [ me-nung.gu ]penyanyi[ pe.nya.nyi ]dihantar[ di.han.tar ]keadaan[ ke.ada.an ]seekor[ se.e.kor ]tertulis[ ter.tu.lis ]peragut[ pe.ra.gut ]Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga, contohnya:EjaanSebutanmengarah[ men.nga.rah ]mengikut[ me.ngi.kut ] pengedar[ pe.nge.dar ]pengundi [ pe.ngun.di ]

Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan, contohnya:

EjaanSebutan

mengepam[ me.nge.pam ]mengepos[ me.nge.pos ]mengetin[ me.nge.tin ]pengecat[ pe.nge.cat ]pengelap[ pe.nge.lap ]pengecas[ pe.nge.cas]

Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-, mempeR-, dipeR-, teR-, menteR- atau diteR-dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara, iaitu:

a.sebutan mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan.b.sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk awalan dengan bentuk dasarnya. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang pertama.EjaanSebutanberangkat[ be.rang.kat ] atau[ ber.ang.kat ]berekor[ be.rekor ] atau[ ber.e.kor ]perelok[ pe.re.lo? ] atau[ per.e.lo? ]memperelok[ mem.pe.re.lo? ] atau[ mem.per.e.lo? ]diperelok [ di.pe.re.lo? ] atau[ di.per.e.lo? ]terangkat[ te.rang.kat ] atau[ ter.ang.kat ]

Kata terbitan dengan akhiran an, i-, dan kan atau partikel lah, -kah, -tah atau kata ganti singkat ku, -mu dan nya dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu pola pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:EjaanSebutantajaan[ ta.ja.an ]menjalankan[ men.ja.lan.kan ]jemputlah[ jem.put.lah ]bilakah[ bi.la.kah ]siapatah[si.apa.tah ]milikku[ mi.lik.ku ]

Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhir dengan bunyi hentian glotis [ ? ] yang menerima akhiran an atau i dilafazkan dengan dua cara, iaitu:Bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata KV-KVK.Bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi hentian glotis sebagai penutup suku kata akhir kata dasar. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara penyebutan yang pertama.KataSebutanejekan[ e.je.kan ] atau [ e.je?.kan ]keelokan[ ke.e.lo.kan ] atau [ ke.e.lo?.kan ]masakan[ ma.sa.kan ] atau [ ma.sa?.kan ]memasuki[ me.ma.su.ki ] atau[me.ma.su?.ki ]SEBUTAN KATA SERAPAN BAHASA INGGERISCara penyebutan kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki setiap huruf dilafazkan mengikut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu.

Vokal a dilafazkan dengan bunyi [ a ] juga, bukan dengan bunyi [ e ], [ e ], [ E ], [ ei ], dan sebagainya. Contohnya:

EjaanSebutan

album[ al.bum ]data[ da.ta ]popular[ po.pu.lar ]radio[ ra.dio ]

MINGGU 7Vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [ e ] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan bunyi pepet [ e ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ E ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya:EjaanSebutankabaret[ ka.ba.ret ]sen[ sen ]telefon[ te.le.fon ]sel[ sel ] atau [ sEl ]beg[ beg ] atau [ bEg ]

Vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [ e ] juga pada semua kedudukan, sama ada terbuka atau tertutup. Contohnya:EjaanSebutanartikel[ ar.ti.kel ]meter[ me.ter ]sistem[ sis.tem ]4. Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada semua kedudukan, termasuklah kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya. Contohnya:EjaanSebutandinamo[ di.na.mo ]idea[ i.dea ]firma[ fir.ma ]krisis[ kri.sis ]

5.Vokal o dilafazkan dengan bunyi [ o ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ O ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber.EjaanSebutanbom[ bom ]hormon[ hor.mon ]ekonomi[ e.ko.no.mi ]sos[ sOs ]kos[ kOs ]

6.Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong [ yu ] dalam bahasa sumbernya. Contohnya:EjaanSebutanindustri[ in.dus.tri ]kurikulum[ ku.ri.ku.lum ]unik[ u.nik ]unit[ u.nit ]7.Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ ai ] dan bukan dengan bunyi [ e ] atau seumpamanya pada semua kedudukan kata dalam bahasa Melayu:EjaanSebutanaileron[ ai.le.ron ]aising[ ai.sing ]trailer[ trai.ler ]8.Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [ au ] dan bukan dengan bunyi [ o ] atau [ O ] pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam bahasa Melayu. Contohnya:EjaanSebutanaudit[ au.dit ]automatik[ au.to.ma.tik ]autograf[ au.to.graf ]

9.Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ Oi ] dalam bahasa Melayu, contohnya:EjaanSebutankonvoi[ kon.voi ]koboi[ ko.boi ]boikot [ boi.kot ]

10.Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi vokal tunggal dalam bahasa Melayu, contohnya:KataSebutandiesel[ di.sel ]protein[ pro.tin ]zoologi[ zu.lo.gi ]erobik[ e.ro.bik ]

11.Huruf konsonan g dilafazkan bunyi [ g ] dan bukannya [ j ] dalam bahasa Melayu:EjaanSebutanagenda[ a.gen.da ]agensi[ a.gen.si ]strategi[ stra.te.gi ]tragedi[ tra.ge.di ]

12.Huruf gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkan sepenuhnya, contohnya:EjaanSebutandeskriptif{ des.krip.tif ]drama[ dra.ma ]klasik[ kla.sik ]struktur[ struk.tur ]

13.Gugus konsonan dengan / s / sebagai konsonan akhir, seperti /ks/, /ns/, dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau di akhir suku kata, contohnya:EjaanSebutanambulans[ am.bu.lans ]forseps[ for.seps ]insurans[ in.su.rans ]sains[ sains ]

14.Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis (atau bahasa Eropah yang seumpamanya) yang diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan mengikut sebutan asal dalam bahasa sumber, contohnya:

Kata/ungkapanSebutanad hoc[ Ed.hOk]esprit de corps [ es.prit.de.kOp ]ex officio[ eks.e.fi.syio ]vis--vis[ vi.ze.vi ]

SEBUTAN KATA SERAPAN BAHASA ARABKaedah penyebutan kata serapan daripada bahasa Arab ada dua, iaitu:i.cara sebutan yang tidak tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati.ii.cara sebutan mengikut bunyi asal dalam bahasa sumber.

1.Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam bahasa Melayu, contohnya:EjaanSebutansahabat[ sa.ha.bat ]darurat[ da.ru.rat ]izin[ i.zin ]zalim[ za.lim ]

2.Kata daripada bahasa Arab yang asalnya ditulis menggunakan bunyi ain ( ) dan sudah terserap sebagai kata umum tetapi difikirkan perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan mengikut bunyi yang sudah terserap, dan (ii) cara sebutan yang mengekalkan bunyi ain.

EjaanSebutan

alam[ a.lam ] atau [ a.lam ]ilmu[ il.mu ] atau [ il.mu ]ulama[ u.la.ma? ] atau [ u.la.ma? ]

3.Kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu dengan melahirkan bunyi ain itu, contohnya:EjaanSebutansaat[ sa. at ]Jumaat[ ju.ma. at ]kaedah[ ka. e.dah ]

4.Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) dengan bunyi hentian glotis, dan (ii) dengan bunyi geseran rongga tekak bersuara [ ], contohnya:EjaanSebutanrakyat[ ra?.yat ] atau [ ra .yat ]maklumat[ ma?.lu.mat ] atau[ ma .lu.mat ]5.Kata serapan yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam bahasa sumber walaupun ditulis mengikut kaedah umum ejaan Rumi:EjaanSebutankadi[ qa.di ]hadis[ ha.dith ]Ramadan[ ra.ma.dan ]tawaf[ ta.waf ]

6.Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada Rumi dilafazkan mengikut bunyi asal seperti dalam bahasa sumber, contohnya:EjaanSebutanhadith[ ha.dith ]istimal[ is.ti .mal ]qunut[ qu.nut ]BUNYI SENGAU (NASALISASI)Pada umumnya, bunyi sengau atau bunyi nasal terdapat pada vokal yang wujud selepas bunyi nasal, iaitu selepas bunyi [ m ], [n ], [ ny ], dan [ng], contohnya:EjaanSebutanmatang[ ma.tang ]nasi[ na. si ]nyaman[ nya.man ]nganga[ nga.nga ]

Suku kata, sama ada terbuka atau tertutup yang bermula dengan bunyi konsonan [ w ] dan [ y ] (bunyi separuh vokal) yang hadir selepas suku kata terbuka bermula dengan bunyi sengau [ m ], [ n ], [ ny ], dan [ ng ] turut juga menjadi suku kata yang disengaukan, contohnya:EjaanSebutanmaya[ ma.ya ]aniaya[ a.nia.ya ]nyawa[ nya.wa ]menyahut[ me.nya.hut ]

Sebutan Bagi Kata Nama Khas

i.Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa, contohnya:EjaanSebutanMuhammad Hatta[ mu.ham. mad. hat.ta ]Saad bin Said[ sa. ad bin [ sa. Id ]James Bond[ jems bOnd ]Nelson Mandela[ nEl. sen man.de.la ]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa:EjaanSebutanSelangor Darul Ehsan[se.la.ngor da.rul.eh.san ]Bosnia Herze-govina[ bos.nia her.ze.go.vi.na ]New Zealand[ niu.zi.lEnd ]Sunway Lagoon[ sun.wei.le.gun ]

Kata nama khas lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan mengikut sistem sebutan baku bahasa Melayu, contohnya:

EjaanSebutanBank Bumiputra[ bangk.bu.mi.pu.te.ra ]Radio Televisyen[ ra.dio.te.le.vi.syen. me. le.sia] Malaysia

PENYEBUTAN KATA DALAM BENTUK AKRONIMAkronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam BM atau bukan BM) dilafazkan dengan dua cara, iaitu:cara sebutan akronim mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya:EjaanSebutanFelda[ fel.da ] atau (Federal Land Deve-lopment Authority) atau LembagaKemajuan Tanah Persekutuan)UNESCO[ yu.ne.ko ] atau United Nations Edu-cational Scientifis and Cultural Organiasation) atau (PertubuhanPelajaran Sains dan KebudayaanBangsa-bangsa Bersatu)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu cara sebutan singkatan mengikut bunyi huruf Rumi atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya:EjaanSebutanDBP[ di.bi.pi ] atau Dewan Bahasa danPustakaTLDM[ ti.el.di.em ] atau Tentera LautDiraja MalaysiaRTM( ar.ti.em ] atau Radio TelevisyenMalaysiaPEMBAKUAN ISTILAHKonsep Dasar dalam Pembakuan IstilahBeberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah:1.Takrif istilahKata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.

2. Tataistilah dan TatanamaTataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah , temasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya.

Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu, termasuk kumpulan nama yang dihasilkannya.

3.Istilah dan Kata UmumIstilah ialah kata yang penggunaan dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa tetapi boleh menjadi istilah apabila dikaitkan dengan bidang tertentu.

4.Morfem dan Proses PeristilahanMorfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna dan fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah BM dilakukan menggunakan:a. Kata akarb. Imbuhan dan pengimbuhan c. Penggandaand. Penggabungan

5.Bentuk IstilahIstilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan.

6.Bentuk PrototaipIalah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam BM.

7.Paradigma KataIalah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan mahupun yang berbentuk kata gabungan.PEMBAKUAN ISTILAHSumber IstilahIstilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut:

Kosa Kata Umum Bahasa MelayuKosa Kata Umum Bahasa SerumpunKosa Kata Bahasa Asing

TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BMTatacara pembentukan istilah ditentukan berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM (1975) yang bersumberkan:

Kata dalam BM yang lazim digunakan2.Kata dalam BM yang sudah tidak lazim digunakan.3.Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan4.Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan5.Kata dalam bahasa Inggeris6.Kata dalam bahasa asing yang lain7.Pilih sumber terbaik (antara 1-6)

Mengikut Asmah Haji Omar (1981:39), sesuatu istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri khusus, iaitu:

Keringkasan bentukKetepatan maknaKeserasian konsepKemungkinan ditakrifkan dengan mudahKesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik dan tatabahasa yang berkenaanPRINSIP PERISTILAHANSesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas. Oleh itu, untuk menghasilkan istilah yang tepat, istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep dan bukan berdasarkan simbol perkataan. Mengikut Sulaiman Masri (1986: 785-796), antara prinsipperistilahan ialah:KonsepSifat konsepCiriPerhubungan konsepSistem konsepDefinisiPenjelasanSyarat PendefinisianIstilahHubungan konsep dan istilah

KonsepSetiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran. Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan hubungan.

Sifat KonsepKonsep adalah unsur pemikiran yang mengandungi ciri yang biasa kepada sejumlah benda. Agregat ciri konsep dikenali sebagai intensi.

CiriCiri konsep penting untuk membantu penjelasan Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk Tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk Melihat hubungan benda dengan benda adalah Menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan, dan kegunaannya.140140140Perhubungan KonsepDua konsep boleh mempunyai hubungan secara lojik, misalnya: bangunan (genus) rumah (jenis). Dua konsep ini boleh diselaraskan, misalnya rumah sebuah dengan rumah berkembar.

Sistem KonsepKonsep yang berkedudukan selari, misalnya rumah sebuah, rumah berkembar, dan rumah teres mempunyai taraf yang sama dengan kepelbagaian ciri daripada jenis yang sama (sebuah, berkembar, dan lain-lain).

141141141DefinisiDefinisi bermaksud penjelasan sesuatu konsep oleh konsep lain yang berkaitan. Definisi merupakan titik bermulanya kerja peristilahan. Dua bentuk definisi yang sesuai untuk kerja peristilahan ialah intensional dan ekstensional.

Penjelasan

Penjelasan diberikan tentang sesuatu benda atau objek sekiranya definisi yang sempurna belum diperoleh.

Syarat Pendefinisian

Konsep yang digunakan hendaklah sama dalam mana-mana penerbitan lain.Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan.Apabila konsep digunakan dalam bidang yang terhad hendaklah dinyatakan yang istilah tersebut digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja.Definisi hendaklah ringkas.Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang diberi.Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan.143143143IstilahIstilah boleh terdiri daripada kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, keadaan atau ciri sesuatu benda atau objek.

Hubungan Konsep dan IstilahAda beberapa proses pembentukan kata yang digunakan bagi membentuk kata-kata baru dalam sesuatu bahasa:Proses pengimbuhan: menggunakan kata akar atau kata dasar yang diimbuhkan denganimbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau bentuk yang lain.Proses penambahan: memberi penambah kepada kata akar. Proses ini tidak lagi produktif kerana kata atau istilah yang terbentuk melalui proses ini sukar dikenali.

Proses Penggabungan: dibentuk dengan menggabungkan satu, dua atau lebih kata akar atau kata dasar. Kata gabungan ini diberikan pengertian atau konsep tertentu yang berlainandengan makna asal.

Proses Analogi: kata yang dibentuk dengan cara mengkiaskannya dengan sesuatu bentuk kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa itu sejak dahulu lagi.

Proses Pemberian Makna Khusus: sesuatu kata atau istilah itu dibentuk dengan mengambil sesuatu kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa yang berkenaan, dan diberikan makna yang baru, contohnya kata surih, setinggan, rumah haram, sel, dan sebagainya.

Proses Penciptaan: sesuatu kata atau istilah itu dicipta berdasarkan hasil penemuan atau penciptaan.

Proses Akronim: bermaksud singkatan beberapa kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar, misalnya UPM, MARA, Felda dan sebagainya.

Proses Penggemblengan: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggemblengkan dua kata atau lebih dengan menggugurkan sebahagian atau beberapa bahagian pada setiap kata yang digembleng, contohnya tekal (tetap kekal), hakis (habis kikis), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar), dan sebagainya.

146146146Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata: kata atau istilah yang dibangunkan menjadi satu dengan meleburkan fonem dan/suku kata yang sama.

Proses Pembentukan Mengundur: kata atau istilah jenis ini dibentuk daripada kata lain yang telah sedia wujud yang merujuk kepada orang atau pembuat sesuatu pekerjaan.

Proses Peluasan Peraturan Pembentukan Kata: proses ini banyak digunakan dalam penciptaan istilah bahasa Inggeris, misalnya react (reaction), exam (examination), divide (division).

Proses Penyingkatan: melalui proses ini, kata atau istilah dibentuk dengan cara menyingkatkan kata yang panjang, misalnya panggilan untuk benda atau orang ( panggilan kekeluargaan atau pangkat).147147147147Proses Peluasan Makna: kata yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau telah wujud dengan meluaskan maknanya.

Proses Penyempitan Makna: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada tetapi disempitkan maknanya kepada pengertian yang lebih terbatas.

Proses Perubahan Makna: proses ini dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau wujud, sama ada dalam bentuk kata pinjaman atau daripada kata jati bahasa itu sendiri tetapi pengertiannya diubah.Proses Pinjam Terjemah: sesuatu bahasa yang tidak mempunyai istilah atau kata tentang sesuatu benda atau objek akan mengambil atau meminjam kata atau istilah daripada bahasa asing sebelum diterima dan diserapkan dalam bahasa tersebut, diterjemahkan terlebih dahulu dengan kata-kata yang sedia wujud dalam bahasa itu.

Proses Peminjaman Kata: membentuk kata atau istilah melalui proses ini, sama ada daripada bahasa asing atau daripada dialek bahasa itu sendiri.

DEFINISIMengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.

Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73).

PERKAMUSAN

KONSEP DASAR DALAM PERKAMUSANAda tiga konsep penting dalam penciptaan kamus, iaitu tipologi, leksikologi, dan leksikografi.TipologiPengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah (Hartmann, 1972:243).LeksikologiIlmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata).LeksikografiBidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi teknik dn metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna.

SEJARAH PERKAMUSAN MELAYUBerdasarkan sejarah perkembangannya, terdapat tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu:

Kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu.Kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa BMKamus yang dibentuk seperti yang terdapat kiniKAMUS AWAL

Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina.Senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi.Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi.Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun 1622.KAMUS DAN TATABAHASA

David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-Malaicum pada tahun 1931.Tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi deskripsi tatabahasa.William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521 kerana dianggap kamus pertama yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi.Tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and Dictionary of the Malay Language.Winstedt telah menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada tahun 1927.

Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.

Kamus Moden

Usaha yang jelas dalam konteks ini dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus pancabahasa.Penjenisan Kamus Berdasarkan BahasaKamus ekabahasa, contohnya Kamus Dewan.Kamus dwibahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu DewanKamus pancabahasa

Penjenisan Kamus Berdasarkan Struktur KandunganKamus panduanKamus ensiklopediaKamus tersaurusKamus definisiKamus sejarah

156156Penjenisan Kamus Berdasarkan FungsiKamus umumKamus khusus

Penjenisan Kamus Berdasarkan PenggunaKamus pelajarKamus plancongKamus bidang

Jenis-jenis KamusDaftar KataGlosariIndeksKamus SebutanKamus IstilahKamus IdiomDaftar IstilahTesaurusKamus seerti (sinonim)EnsiklopediaKamus pelancongKamus umumTATABAHASA

DefinisiPerkataan tatabahasa atau nahu adalah terjemahan daripad kata grammar. Perkataan grammar pula berasal daripada bahasa Greek yang makna asalnya ialah satu seni bacaan dan penulisan. Kemudian, perkataan ini digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa.

Abdullah Hassan (1993: 1) mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat.

Arbak Othman (1981:1) pula menyatakan ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil oleh ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Peraturan sistem pengucapan inilah yang kita fahami sebagai tatabahasa.

JENIS-JENIS TATABAHASA1.Tatabahasa Sejarawi (historis)

Mempunyai kaitan dengan linguistik historis, iaitu satu cabang kajian bahasa yang melihat perkembangan bahasa mengikut masa dan zaman. Penelitian dilakukan melibatkan beberapa aspek, seperti struktur, perbendaharaan kata, ejaan, dan sebagainya, di samping membincangkan sebab dan akibat perubahan yang berlaku.

Dalam konteks BM, misalnya struktur ayat dalam karya sastera klasik adalah berbeza dengan struktur ayat yang digunakan kini.

Dari segi perkataan, terdapat sesetengah perkataan yang mengalami kehilangan fonem tertentu walaupun maksudnya tidak berubah, misalnya kata sahaya, sahaja, halipan, dan senantiasa yang banyak digunakan dalam karya sastera lama, sekarang dinyatakan sebagai saya, saja, lipan, dan sentiasa.Dari segi sistem ejaan pula, bunyi-bunyi seperti [ O ], [ ], [ ], dan [ ] yang dulunya dieja dengan th, sh, dh, dan dz sekarang menjadi s, sy, d, dan z sahaja.

2. Tatabahasa Tradisional

Adalah sejenis tatabahasa yang tertua. Tatabahasa ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi. Salah satu ciri tatabahasa tradisional ialah berdasarkan satu model bahasa yang dianggap lengkap, ideal, dan baik. Bahasa yang dijadikan model ialah bahasa Greek dan Latin yang telah dikaji oleh Aristotle dan Plato. Aspek tumpuan penganalisisan ialah penggolongan perkataan (parts of speech atau classes of words). Bagi BM, Tatabahasa Zaba tergolong dalam tatabahasa tradisional. Dalam bukunya, Pelita Bahasa Melayu I, Zaba menyatakan tatabahasa yang dihasilkannya adalah berasaskan tatabahasa bahasa Inggeris dan tatabahasa bahasa Arab. Beliau membahagikan perkataan BM kepada lima gologan, iaitu nama, perbuatan, sendi, sifat, dan seruan. Beliau juga mengemukakan aspek pembentukan kata, iaitu penggunaan penambah (imbuhan), membincangkan rangkai kata dan ayat. Semua aspek ini dibincangkan berdasarkan makna, bukan bentuk atau struktur.

3. Tatabahasa Struktural atau Tatabahasa Deskriptif

Tatabahasa ini muncul pada abad ke-20. Antara ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah de Saussure, Bloomfield, Harris, dan Otto Jesperson.Golongan ini berpendapat bahawa struktur bahasa mempunyai pertalian yang rapat antara unit fonem sebagai unit bunyi dengan morfem sebagai unit tatabahasa.

Ahli bahasa Struktural juga menganggap bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari (sewenang-wenang) untuk menyatakan sesuatu keadaan, objek atau konsep yang digunakan dalam komunikasi manusia. Mereka juga memberi keutamaan kepada bahasa lisan daripada bahasa tulisan.

Selain itu, ahli Tatabahasa Struktur juga berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri daripada pertalian struktur yang tersendiri. Oleh itu, kajian bahasa melibatkan beberapa aspek, iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis.

Bidang Fonologi

Bidang ini mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan oleh manusia yang boleh dibahagikan kepada:

a.Fonetik: bidang yang mengkaji segala bunyi dan memberikan lambang atau simbol fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ], misalnya [ ],[ ], [ ], dan sebagainya. Dalam bidang ini juga, kajian dilakukan tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ sebutan. Bunyi-bunyi ini dikelaskan kepada bunyi vokal, konsonan, dan diftong yang dikelaskan pula kepada bahagian yang lebih kecil, seperti nasal, glottal, afrikat, dan sebagainya.

b.Fonemik: bidang ini mempunyai kaitan yang rapat dengan hidang fonetik kerana kedua-duanya mengkaji bunyi bahasa. Dalam bidang ini, data yang dikumpulkan oleh bidang fonetik dikelaskan bunyi-bunyi yang mempunyai persamaan berdasarkan sifat atau ciri yang sama ke dalam sesuatu fonem. Fonem ini ditulis dengan tanda / /, misalnya / cawan/, /baca/ dll.Bidang MorfologiDalam bidang ini, huraian dilakukan tentang morfem dan hubungannya dalam pembentukan kata. Dalam BM, morfem boleh dibahagikan kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Bidang SintaksisBidang ini lebih tertumpu kepada cara pembentukan ayat dan rangkai kata. Ahli Linguistik Struktural menumpukan perhatian kepada perkembangan unsur-unsur dalam ayat (konstituen dalam ayat). Sesuatu ayat dianalisis dengan membahagikannya kepada konstituen, dan setiap konstituen itu dikaitkan pula dengan konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini dikenali sebagai konstituen terdekat.Tatabahasa Transformasi Generatif (TG)Aliran tatabahasa ini muncul pada tahun 1950-an yang dikenali sebagai Transformasi Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structure (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965).

Mengikut tatabahasa ini, semua bahasa dianalisis berdasarkan korpus bagi memudahkan seseorang yang mempelajari bahasa membina ayat yang baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Dua istilah penting yang digunakan dalam tatabahasa ini ialah:a.Competence (kecekapan): kecekapan dan pengetahuan bahasa yang implisit yang ada pada seseorang.b.Perfomance: prestasi seseorang menggunakan bahasa yang diketahuinya mengikut keadaan yang sesuai.

Yang dimaksudkan dengan transformasi dalam konteks ayat ialah menerbitkan atau menukarkan sesuatu ayat asas (kernel sentences) kepada ayat yang lebih pelbagai atau sebaliknya, atau transformasi kepada ayat yang lain.

Analisis bahasa yang dilakukan oleh ahli TG ini bertujuan menghasilkan rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan berbahasa penutur jati. Rumus-rumus ini ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur Frasa (rumus dasar) terdiri daripada rumus yang dapat menerbitkan ayat permulaan yang menjadi ayat dasar. Rumus transformasi pula terdiri daripada rumus-rumus yang dapat mengubah struktur dalaman serta memperluas unsur dalam ayat atau frasa melalui proses pengguguran, penyusunan semula, dan peluasan.UNIT-UNIT BAHASA DALAM ANALISIS TATABAHASAUnit-unit bahasa yang diberikan tumpuan dalam analisis bahasa ialah perkataan, frasa, klausa, dan ayat.

PerkataanPerkataan boleh didefinisikan sebagai bentuk bebas yang terkecil, boleh hadir bersendirian, bermakna dalam rangkai kata dan ayat. Perkataan dalam BM boleh dibentuk melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan penggabungan. Dari segi bentuk, perkataan dalam BM boleh dibahagikan kepada kata selapis, kata berlapis, kata majmuk, dan kata ganda.

FrasaDalam BM, satu atau lebih perkataan boleh membentuk frasa. Dalam BM, ada empat frasa, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS).

KlausaKlausa merupakan unit terbesar dalam ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Dalam BM, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis; i.Klausa bebas (ayat besar)ii.Klausa terikat (ayat kecil.atau anak ayat)

AyatAyat yang lengkap terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam BM, jenis-jenis ayat pada umumnya boleh dibahagikan kepada empat jenis bergantung pada intonasi dan tujuannya, iaitu:Ayat PenyataAyat TanyaAyat PerintahAyat Seruan

Dari segi struktur, ayat BM boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

Ayat Selapis

Ayat Berlapis

Ayat Berkait

Ayat Bercampur

Ayat Ringkas

BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMUCiri Bahasa Ilmu

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Mengikut Nik Safiah Karim (1986: 14), yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi, iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code). Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa ilmu tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam suasana yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina, pengguna BM perlu menguasai ragam bahasa dan laras bahasa.Mengikut Asraf (1986: 69-73), ciri bahasa Melayu yang menjadi asas bahasa ilmu mestilah:

Bukan loghatBukan bahasa pasarBukan bahasa orang yang baharu belajar bahasa MelayuBukan bahasa budakBukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa.

Ciri Khusus Bahasa IlmiahTingkat bahasa rasmiNada formal dan objektifSudut pandangan orang ketigaRagam pasifIstilah khususWacana pemaparanNada bersahajaKata membazirAyat majmukBantuan ilustrasi

LARAS BAHASA DAN ASPEK KAJIAN LARAS BAHASADefinisi Laras Bahasa

Nik Safiah Karim (1982: 629) menyatakan laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut.

Abdullah Hassan (1997: 248) pula menyatakan laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat pertama.

Ure dan Ellis (1977) menjelas laras sebagai pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu.

Edward A.D. (1969) menyatakan laras bahasa sebagai bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain.

Hymes dan Gumperz (1980:216) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai gaya percakapan dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza, maka situasi pun turut berbeza, begitulah sebaliknya.

Kesimpulan: laras bahasa adalah penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidang penggunaannya.ASPEK KAJIAN LARAS BAHASASesuatu laras bahasa boleh dianalisis dari segi:

Ciri-ciri keperihalanCiri-ciri linguistik

Ciri-ciri Keperihalan

Ure dan Ellis (1977) membahagikan ciri keperihalan kepada dua, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.

Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan sesuatu anggota masyarakat.

Situasi Persekitaran

Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Antara aspek persekitaran yang dapat menghasilkan kemunculan laras bahasa yang berlainan ialah:

Cara penyampaian

Perhubungan sosial dan peribadi

Bahan yang diperkatakan

Fungsi sosial perlakuan bahasaCiri Linguistik

Penganalisisan sesuatu laras dari sudut linguistik boleh diteliti daripada beberapa dimensi atau matra, iaitu:

1.Leksis

2.Tatabahasa

3.Gaya bahasa

4.Kohesi Faktor-faktor Kewujudan Laras Bahasa

Laras bahasa ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Terdapat beberapa faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa, iaitu:

i.Bangsaii.Jantinaiii.Status Sosialiv.Pendidikanv.Kerjaya/Profesionvi.Bidang/Disiplin ilmuFaktor Kewujudan Kepelbagaian Laras

Mengikut Dell Hymes (1966), faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa ialah:

i.Pemulaii.Penerima iii.Bentuk Mesejiv.Cara Penyampaianv.Jenis Bahasavi.Tajuk/Judulvii.Latar

Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah style.Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.

Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya.

GAYA BAHASA

CIRI-CIRI GAYA BAHASASesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi tiga unsur, iaitu:

KejujuranKesantunanMenarik

Kejujuran bermaksud:

Sanggup melakukan pengorbanan demi menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur.Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul dalam berbahasa.Menggunakan bahasa yang jelas dan mengelakkan kekaburan.Menyatakan sesuatu dengan tepat.

Kesantunan:Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud:Memberi penghargaan atau menghormati pihak yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca.Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan kata-kata.Menyampaikan sesuatu dengan jelas dari segi:Kejelasan:- ketatabahasaan- hubungan dengan fakta yang diungkapkan- urutan idea secara logis- penggunaan kiasan dan perbandinganKesingkatan:- menggunakan kata secara efisien.- mengelakkan penggunaan kata yang sinonim.- menghindari tautologi.

182182182MenarikSesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik itu dapat diukur dari segi kewujudan unsur-unsur yang berikut:

BervariasiMengandungi humor yang sihatMempunyai pengertian yang baikMempunyai kekuatan (vitalitas)Penuh dengan daya khayal atau imaginasiJENIS-JENIS GAYA BAHASAGaya bahasa boleh dibahagikan kepada:

Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa.

2.Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa.

3.Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat.

4.Gaya bahasa retorik.

5.Gaya bahasa kiasan.Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bukan Bahasa

Berdasarkan pengarangBerdasarkan masaBerdasarkan medium atau wahanaBerdasarkan subjek atau perkaraBerdasarkan tempatBerdasarkan khalayakBerdasarkan tujuanGaya Bahasa Berdasarkan Acuan BahasaGaya bahasa berdasarkan pilihan kataGaya bahasa berdasarkan nadaGaya bahasa berdasarkan struktur kalimatGaya bahasa berdasarkan makna (langsung atau tidak langsung)

Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan KataGaya bahasa rasmiGaya bahasa tidak rasmiGaya bahasa percakapan atau lisanGaya Bahasa Berdasarkan NadaGaya yang sederhanaGaya mulia dan bertenagaGaya menengah

Gaya Bahasa Berdasarkan Struktur KalimatKlimaksAntiklimaksParalelismeAntitesisRepitisi (perulangan): epizeuksis, tautotes, anafora, epistrofa, simplok, mesodiplosis, epanalepsis, dan anadiplosis.

Klimaks

Gaya bahasa yang mengandungi urutan idea atau fikiran yang semakin penting dan meningkat jika dibandingkan dengan gagasan sebelumnya. Contohnya:

Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna mereka tidak akur dengan perjuangan kita tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam ini kita perjuangkan.

2.Kesengsaraan membuahkan kesabaran, kesabaran pengalaman, dan pengalaman harapan.

Antiklimaks

Dihasilkan melalui penggunaan ayat yang berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat:

Contohnya:

Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan, kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan pendapat secara bebas tidak mungkin wujud.

Paralelisme

Gaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran dalam penggunaan kata atau frasa yang mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil daripada induk ayat, contohnya:

1.Bukan sahaja perbuatannya itu harus dikutuk tetapi juga harus dibanteras.

2.Baik golongan kaya mahupun golongan miskin, harus dihukum jika bersalah.

Antitesis

Gaya yang mengandungi gagasan yang bertentangan dengan menggunakan kata atau golongan kata yang berlawanan, contohnya:

Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dan kemajuan negara.

2.Manusia merancang, tuhan yang menentukan.EpizeuksisPerulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang ipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya:

1.Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan.

2.Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai bahan, fikirnya. Tidaklah memadai dengan hanya menyatakan keharuan kerana melihat laut dan nelayan.GAYA BAHASA PERULANGAN

Tautotes (Tautologi)

Perulangan pengucapan kata yang sama secara berulang-ulang dalam susunan biasa (konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya. Yang diulang ialah idea tanpa sebarang penekanan atau penjelasan terhadap pengucapan itu, contohnya:

Ia termenung, termenung mengenangkan orang yang jauh.

2.Dia menulis sebuah autobiografi tentang sejarah hidupnya.Anafora

Anafora ialah perulangan perkataan pada awal baris atau kalimat, contohnya:

1.Kalau tidak Johar, JohariKalau tidak Johari, HamidKalau tidak, Badariah dan Khamsiah

2.Senang-senang pinjamSenang-senang kata hutangSenang-senang pula serah pada orang

Epistrofa (Epipora)

Perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau ayat secara berurutan, contohnya:

bumi yang kaudiami, itulah kediamanudara yang kauhirup, itulah kehidupankasih yang kausirami, itulah kehidupan

Ketuaan emakkeuzuran emakkeletihan emakSimplok

Perulangan pada awal dan akhir beberapa baris atau kalimat secara berturut-turut, contohnya:

saya tidak pandai menyanyisebarang nyanyi saya nyanyikansaya tidak pandai menarisebarang tari saya tarikan

bukan hidup tanpa cubaanbukan dunia tanpa penderitaan

Epanalepsis

Perulangan pada kata terakhir daripada baris, klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama, contohnya:

Kita gunakan fikiran dan perasaan kitaberceritalah padaku, berceritalah kuberikan semuanya apa yang harus kuberikan

Mesodiplosis

Perulangan di tengah baris atau beberapa ayat secara berturutan, contohnya:

buruh kontrak jangan mencuri masapegawai tinggi jangan mencuri masaAnadiplosis

Perulangan kata atau frasa terakhir dalam klausa atau ayat menjadi kata atau frasa pertama dalam klausa ayat yang berikutnya, contohnya:

dalam air ada wajahdalam wajah ada kenangandalam kenangan ada .

dalam syair ada katadalam kata ada maknadalam makna ada ..GAYA BAHASA RETORIKGaya bahasa yang menggunakan bahasa yang jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya bahasa retorik boleh dibahagikan kepada:

AliterasiAsonansiSusunan songsangElipsisEufemismeLitotes

AliterasiGaya yang menggunakan kata-kata yang dimulai dengan perulangan bunyi konsonan awal secara berturut-turut dalam rentetan kata atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada puisi, contohnya:

kan kubenamkan dadakukaki kananku ke bulankaki kiriku ke mataharikan kuhanyutkan hatiku

dalam memberi dan menerimamomen semanis semulia iniAsonansiGaya bahasa yang menggunakan perulangan bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya:

Melangkah gadis menahan denyutanpandangan terakhir terlempar ke nisansetangkai kemboja gugur perlahanmerangkaklah senja menutup pandangan

Dari darah, dari nanah yang punah di tanahrangka manusia kehilangan nyawa disambar senjatahasil manusia gila perang membunuh mesrabunga merah berkembang indah minta disembahSusunan Songsang (inversi)Susunan songsang atau inversi ialah gaya bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat atau rangkai kata dengan tujuan untuk menimbulkan kesan tertentu. Dari segi susunan ayat, susunan songsang ialah gaya yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu S + P kepada P + S, contohnya:

Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di telingaku.

Sesudah dibelek beberapa kali, dia menyarungkan kembali parang itu.

Terkenang dia akan mimpi semalam. ElipsisTerdapat penghilangan satu kata atau lebih dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui intuisi, orang dapat mengisi tempat yang dikosongkan itu dengan maklumat atau pengertian yang tepat dengan mudah, contohnya:

Siakap senohong, gelama ikan duri

Pinggan tak retak, nasi tak dingin

Ada ubi, ada batas.

Litotes

Gaya yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri, contohnya:

Teratak inilah yang mampu kami peroleh bertahun-tahun lamanya.

Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun kurang.

Kedudukan saya ini tiada ertinya sama sekali

EufemismeSejenis gaya kiasan halus yang biasanya berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan. Dengan cara ini, pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil hati, contohnya:

Mati:meninggal dunia atau menghembuskan nafas yang akhir.Bini:isteri atau orang rumahBerak:ke sungai besarBunting:berbadan dua, hamilHaid:datang bulan, uzur Gaya Bahasa KiasanSejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi yang tersirat bukan yang tersurat. Jenis-jenis gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan berpindah. SimileSejenis gaya bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara satu objek atau konsep lain secara langsung. Perbandingan ini bersifat imaginatif dan eksplisit. Kata-kata perbandingan yang digunakan ialah seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat, laksana, dan lain-lain, contohnya:

Beningnya laksana bulan di langit.Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan mimpi ngeri kepada Fatin.Mukanya merah seperti udang kena bakar.

MetaforaSejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga dianggap paling singkat, padat, dan tersusun. Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan idea tanpa kata perbandingan secara langsung seperti dalam simile, contohnya:

Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan indah merah merona. Ia sebagai tanda layar malam akan dilepaskan tak lama lagi..Kata-kata bapa memukul habis kelakianku sebagai anaknya.Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan menggunung.PersonifikasiSesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang menggunakan kiasan untuk memberi sifat-sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, mahupun tindak-tanduk kepada objek, binatang, idea atau hal yang abstrak, contohnya:

1.Merangkaklah senja menutup pandangan.2.Angin tiba-tiba jadi malas.3.Bulan tersenyum rawan.4.Damai melambainya pulang.

HiperbolaSejenis kiasan yang mengandungi penyataan yang berlebih-lebihan ukuran dan sifatnya atau sejenis bahasa kiasan atau majas yang menyatakan sesuatu menggunakan cara yang sangat berlebihan dengan maksud atau gambaran sebenar. Contohnya:

Lautan api sanggup direnangi.

Kita titis air mata darah.

Bapa duduk di anjung, teringat mak. Sunyi macam hendak gila.

Kamar ini pun bermandikan darah.ParadoksGaya bahasa yang mengandungi penyataan yang bertentangan dengan fakta yang ada secara nyata. Gaya ini digunakan untuk mendapatkan perhatian umum dan memberi tekanan tertentu. Oleh itu, gaya ini lebih mirip kepada ironi. Unsur ini kerap ditemui dalam pepatah dan bidalan, contohnya:

Angin damai membawa api beracun.

Ayam mati kelaparan di kepuk, itik mati kehausan di air.

Yang pahit itu ubat, yang manis itu racun.Bahasa Kiasan BerpindahBahasa kiasan yang tidak menyatakan bandingan tetapi terdapat perpindahan daripada perkara yang dimaksudkan kepada perkara yang dibandingkan. Bahasa kiasan berpindah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:-Kiasan SandarKiasan TerusKiasan Berangkap/BersajakKiasan BerbungaKiasan Pemanis (Halus)Kiasan MelompatKiasan Melarat

Kiasan SandarKiasan yang tidak menyatakan bandingan, sebaliknya terus berpindah kepada benda bandingan itu sendiri, contohnya:1.Mandi kerbau2.Pekak badak

Kiasan TerusBentuk kiasan yang mempunyai makna yang lain daripada makna perkataan itu sendiri, contohnya:Harimau berantai (orang yang sangat garang, bengis).Kutu embun (orang yang selalu pulang lewat malam).Pisau cukur (wanita yang suka mengikis harta lelaki).

Kiasan Berangkap/BersajakKiasan jenis ini menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbeza-beza atau bersajak; selalunya berisi jenaka, contohnya:1.Dulu papan, sekarang besi - 2.Lain dulang, lain kakinya - 3.Hujung bendul dalam semak - .Kiasan BerbungaKiasan yang menggunakan rangkai kata yang indah atau berbunga-bunga, contohnya:Selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya.Adat lama telah reput dimakan usia.Hancur lebur harapannya, tiada bersisa. Kiasan Pemanis (Halus)Kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang kurang elok atau kurang manis jika dinyatakan secara berterus terang, contohnya:1.Pergi ke sungai besar2.Berbadan dua3.Meninggal dunia, kembali ke alam baqa

Kiasan MelompatKiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara atau benda yang asal atau sebenarnya, contohnya:1.Menanak nasi (sebenarnya, memasak beras)2.Menjahit baju (sebenarnya, menjahit kain untuk membuat baju)3.Mencucuk atap (sebenarnya, mencucuk daun untuk dijadikan atap)

Kiasan MelaratKiasan yang makna atau maksudnya sudah menyimpang jauh daripada maksud asal, seolah-olah menjadi perkataan yang mempunyai makna baharu. Sebagai contoh:

Sudah berisi (mulai hamil)

Badan melidi (terlalu kurus)

Tubuhnya membadak (terlalu gemuk)PENYAJIAN LISAN DAN TULISANPenguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa.

Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa.

KESOPANAN BERKOMUNIKASI BERDASARKAN NEKA BAHASA Neka Bahasa

Mengikut Abdullah Hassan (1997:237), neka bahasa ialah jenis-jenis gaya bahasa yang digunakan mengikut taraf penggunaan bahasa dan penuturnya. Jenis bahasa ini dikenali sebagai laras sosial.

Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa istana, dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah, 1993: 155).Jenis-jenis Neka BahasaAbdullah Hassan (1997: 237) membahagikan neka bahasa kepada jenis yang berikut:

Neka BakuNeka IstanaNeka Tempatan (Dialek)Neka BasahanNeka SopanNeka MesraNeka RemajaNeka ManjaNeka KasarNeka Pasar

Pengelasan Bahasa Mengikut NekaPengelasan neka bahasa mengikut taraf penggunaannya boleh dibuat berdasarkan:

Kegunaan rasmi: neka baku dan neka istana.

Kegunaan tidak rasmi: neka tempatan (dialek), neka basahan, neka sopan, neka mesra, neka manja, neka remaja, neka kasar, dan neka pasar.Pemilihan NekaPemilihan neka bergantung kepada keadaan, sama ada rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak formal). Sesuatu keadaan itu dianggap formal jika mempunyai ciri yang berikut:

Tempat yang rasmi

Upacara yang rasmi

Kehadiran rasmi

Tujuan rasmiPenentuan NekaPenggunaan neka yang betul amat perlu diberikan perhatian. Hal ini disebabkan kesilapan memilih atau menggunakan neka yang betul untuk keadaan tertentu dianggap melakukan kesilapan yang serius daripada kesilapan tatabahasa. Dengan kata lain, kesalahan ini berlaku disebabkan pengguna tidak tahu menggunakan tatabahasa sosial (social grammar).Untuk mengelakkan perkara ini daripada