nota bahasa melayu spm

Upload: tan-teongsheng

Post on 03-Apr-2018

273 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    1/20

    PANDUAN MENULIS PERENGGANPENDAHULUAN

    PENDAHULUAN

    Jenis-jenis pendahuluan :-

    (i) pendahuluan jenis definisi(ii) pendahuluan jenis pendapat(iii) pendahuluan jenis suasana(iv) pendahuluan jenis persoalan(v) pendahuluan jenis peribahasa

    PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

    memberikan takrif makna definisiContoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurutkajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius darisemasa ke semasa.

    PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -menyatakan pendapat seseorang tokohContoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpuncadaripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikansama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yangsama meneruskan pembangunan.

    PENDAHULUAN JENIS SUASANA -menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok denganperlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abangyang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak matakusempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

    PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajukContoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka.

    Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkanseseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang ituboleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhikecemerlangan ?

    PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengantebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanyamengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuahkomuniti.PERENGGANJenis-jenis perenggan:- perenggan deduktif

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    2/20

    - perenggan induktif- perenggan gabungan induktif dan deduktif

    PERENGGAN DEDUKTIFisi penting huraian isi contoh-contohContoh soalan : Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan

    perpustakaan sekolah. Punca pertama, walaupaun pihak perpustakaan telah cuba sedaya upayamendapatkan buku-buku untuk kegunaan pelajar, tetapi kebanyakan buku yang disediakansudah terlalu lama. Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhikeperluan pelajar. lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakkan . Contohnya ,masih tedapat buku-buku yang diterbitkab pada tahun 60-an dan 70-an. Isi Buku yang disediakansudah terlalu lama Huraian Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapatmemenuhi keperluan pelajar. Lagipun tedapat banyak buku yang mengalami kerosakkan ContohContohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an.

    PERENGGAN INDUKTIFhuraian isi contoh-contoh isi pentingContoh soalan : Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Selekoh yang tajam , jalanberlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca terjadinyakemalangan jalan raya . Misalnya, jalan menuju ke Genting Highlandmempunyai banyak selekohyang tajam dan berbahaya kepada pengguna jalan tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa faktoralam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalanraya di negara ini. Huraian Selekoh yang tajam , jalan belopak, cahaya lampu, cahaya matahari,dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya. Contoh Misalnya, jalanmenuju ke Genting Highlands Isi Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalanraya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.

    PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIFisi penting huraian isi contoh-contoh isi pentingContoh Soalan: Mengatasi masalah inflasi. Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan olehkerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Kempen yang dijalankan secarabersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akanmemberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Misalnya , denganmenghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Oleh itu, kempen -kempenyang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapatdisedarkan daripada lena yang panjang. Isi Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan olehkerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Huraian Kempen yang dijalankansecara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akanmemberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Contoh misalnya , denganmenghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Isi Oleh itu, kempen-kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar penggunadapat disedarkan daripada lena yang panjang.

    PENUTUP -Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan -Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan -Gunakan penanda wacana yang sesuaiContoh :-(ii) Kesimpulanya, kita perlulah berhati-hati apabila menerima kedatangan pekerja asing keranapelbagai masalah sosial yang dibawa oleh mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterimabekerja di sini.(iii) Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjadi pengguan yang bijak danbergabung tenaga untuk membanteras inflasi.Ini sejajar dengan wawasan Perdana Menteri kitayang berkeyakinan bahawa inflasi di Malaysia boleh mencapai nilai 0%.(iv) Jelaslah kepada kita bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam usahamembantu kerajaan membendung masalah inflasi merupakan masalah kita bersama. Masalah

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    3/20

    inflasi tidak akan menjadi gawat dan membimbangkan sekiranya semua pihak mempunyaikesedaran.(v) Natijahnya, sektor perindustrian bukan sahaja mendorong pertumbuhan ekonomi negaramalah mengembleng tenaga belia ke arah penerokaan suatu bidang baru . Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung pelbagai masalahnegatif dalam sektor ini untuk menjamin keutuhan dan kejayaannn sektor perindustrian diMalaysia.(vi) Pada keseluruhannya, lawatan sambil belajar itu sungguh berjaya. Menurut beberapa orangahli yang ditemu ramah, mereka sedar bahawa kegiataan penubaan ikan merupakan satu carayang tidak bermoral. Sebaliknya , penternakan ikan di dalam sangkar perlu digalakkan bagimendapatkan hasil yang lumayan di samping dapat mengelakkan keracunan dan pencemaransungai.

    PANDUAN MERUMUSKAN KARANGAN

    Oleh Abdul Ghalib Yunus

    BAHAGIAN merumuskan karangan atau rumusan merupakan soalan yang wajib dijawab olehpelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Soalan ini menguji pemahaman pelajar terhadappetikan yang dikemukakan. Soalan rumusan memerlukan pelajar mengemukakan pendahuluan,isi, dan penutup atau kesimpulan. Isi-isi yang dikemukakan pula mestilah terdiri daripada isi-isitersurat dan isi-isi tersirat. Isi-isi tersurat ialah isi-isi yang terdapat dalam petikan. Manakala, isi-isi tersirat ialah isi-isi yang tidak terdapat dalam petikan tetapi berkaitan.

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    4/20

    PermarkahanMarkah yang disediakan untuk bahagian ini adalah sebanyak 30 markah. Dalam Kertas 2Bahasa Melayu, bahagian merumuskan karangan merupakan bahagian yang penting. Hal inidemikian kerana bahagian ini menguji aspek kemahiran berfikir pelajar daripada peringkat yangpaling rendah, iaitu aras pengetahuan kepada peringkat yang paling tinggi, iaitu penilaian.Keupayaan pelajar menjawab soalan ini dengan baik akan memberi gambaran tentang

    keupayaan pelajar secara keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Penilaian aspek rumusan ini bukan sahaja dinilai dari segi pemberian isi oleh pelajar, tetapi jugadari aspek bahasa seperti penggunaan istilah dan kosa kata yang tepat, susunan frasa dan ayat,penggunaan tanda baca yang betul, kesinambungan ayat yang memperlihatkan penggunaanpenanda wacana yang sesuai, dan susunan isi dan idea yang mengikut urutan.

    Seperti yang telah dinyatakan di atas, bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah, iaitu 20markah untuk bahagian isi, dan 10 markah untuk aspek bahasa. Dalam bahagian isi,pengenalan diperuntukkan sebanyak 2 markah, setiap isi tersurat dan tersirat 2 markah, dankesimpulan juga diperuntukkan sebanyak 2 markah. Ini bermakna rumusan memerlukan 10 isiyang memperuntukkan sebanyak 20 markah.

    Untuk aspek bahasa pula, markah yang disediakan sebanyak 10 markah. Pemberian markahpula adalah bergantung kepada jumlah markah isi yang diperoleh. Jika pelajar memperolehmarkah isi sebanyak 20 markah, markah maksimum aspek bahasa yang boleh diperoleh adalahsebanyak 10 markah. Hal ini bermakna, untuk aspek bahasa, markah yang diperuntukkanadalah separuh daripada markah isi. Walau bagaimanapun, pelajar tidak semestinyamemperoleh separuh daripada markah isi itu secara automatik. Sebaliknya, aspek bahasaseperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca, dan sebagainya akanditeliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberi.

    PerengganDari segi binaan perenggan pelajar bebas menulis rumusan sama ada dalam satu, dua, tiga, atauempat perenggan. Sebenarnya, tidak ada satu peraturan yang khusus tentang bilangan

    perenggan. Bilangan perenggan yang berbeza antara pelajar, sebenarnya tidak menjejaskanmarkah. Namun demikian, pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat (4)perenggan seperti yang di bawah ini:

    Perenggan 1 -- PengenalanPerenggan 2 -- Isi-Iisi TersuratPerenggan 3 -- Isi-Isi TersiratPerenggan 4 -- Kesimpulan

    Dari segi bilangan perkataan pula, pelajar hendaklah patuh terhadap bilangan perkataan yangdinyatakan dalam soalan. Kebiasaannya, iaitu bermula pada tahun 1994, pelajar dikehendakimenulis rumusan antara 100 hingga 120 patah perkataan. Jika pelajar menulis rumusan melebihi

    jumlah perkataan yang dinyatakan, isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat yang

    selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai. Hal ini sudah tentu akan merugikan pelajar. Oleh halyang demikian, pelajar dinasihati supaya memastikan bilangan perkataan untuk rumusan supayatidak melebihi jumlah yang telah ditetapkan.

    Langkah-Langkah Menulis RumusanDalam menulis rumusan, terdapat beberapa langkah boleh diikuti oleh pelajar. Langkah-langkahini akan membantu pelajar untuk menulis rumusan dengan lebih sistematik. Langkah-langkahuntuk menulis rumusan adalah seperti yang berikut:

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    5/20

    Langkah 1: Pelajar-pelajar perlu membaca arahan dan soalan dengan teliti. Pastikan apakahkata kunci soalan, iaitu aspek atau perkara yang dikehendaki. Tanya diri anda dengan soalan-soalan seperti apa, mengapa, siapa, di mana, bila, dan bagaimana terhadap perkara yangdikemukakan.

    Langkah 2: Setelah membaca arahan dan soalan, dan setelah mengetahui apa-apa yang

    dikehendaki, pelajar hendaklah membaca petikan sepintas lalu yang bertujuan untukmendapatkan kesan atau untuk mengetahui kandungan isi secara keseluruhan. Berdasarkansoalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri tadi, pelajar akan dapat menyusun isi denganmudah.

    Langkah 3: Pada peringkat yang seterusnya, pelajar hendaklah membaca dengan teliti danmenandakan isi-isi yang dikehendaki, iaitu isi-isi tersurat seperti yang dikehendaki dalam soalan.Cara yang paling mudah untuk menanda isi ialah menanda kata kunci isi-isi tersurat yangterdapat dalam ayat atau perenggan. Kebiasaannya, dalam sesuatu petikan itu terdapat 5hingga 8 isi-isi tersurat.

    Langkah 4: Kemudian, pelajar hendaklah menyusun kata-kata untuk ayat pendahuluan, ayat-ayat untuk isi tersurat mengikut kepentingan, ayat untuk isi-isi tersirat, dan ayat kesimpulan.

    Semasa menyusun perkara-perkara di atas, aspek-aspek yang berikut perlu diambil perhatiansebelum menulis jawapan sepenuhnya dengan teliti.

    (a) Ayat pendahuluan mestilah mengandungi kata kunci atau perkara yang menjawab soalan dankandungan petikan.(b) Bilangan isi tersurat dan tersirat termasuk susunan, olahan, kesinambungan, dansebagainya. Sebaik-baiknya, pelajar menyediakan isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat mengikutnisbah 4 : 4, 5 : 3 atau 6 : 2.(c) Kesimpulan, iaitu yang berupa cadangan, seruan, kesan, akibat, atau penilaian.(d) Aspek-aspek teknikal seperti bilangan perkataan, penyusunan perenggan, tulisan, dansebagainya.

    Langkah 5: Pada peringkat ini, pelajar perlu menyemak rumusan yang ditulis dari segi ejaan,tanda baca, bilangan perkataan, ketepatan dan bilangan isi, dan sebagainya sebelum menjawabsoalan yang seterusnya.

    Panduan Menulis RumusanOleh sebab rumusan terdiri daripada 4 bahagian yang utama, iaitu pendahuluan, isi-isi tersurat,isi-isi tersirat dan kesimpulan, maka pelajar perlu mengetahui cara-cara menulis dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keempat-empat perkara tersebut.

    PendahuluanUntuk menulis pendahuluan, terdapat format tertentu yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Format

    tersebut ialah pelajar dikehendaki menulis pendahuluan seperti yang di bawah ini:

    (a) Petikan ini menyatakan ...(b) Petikan tersebut membincangkan ...(c) Penulis petikan tersebut memberi komen tentang ...(d) Petikan ini membicarakan ...

    Pendahuluan rumusan karangan ini hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja. Satu perkara yangperlu diingati oleh pelajar ialah jangan menyalin bulat-bulat perkara atau aspek yang dikehendaki

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    6/20

    seperti yang terdapat dalam soalan. Pelajar sepatutnya mengolah ayat sendiri dan menulispendahuluan berdasarkan isi yang diperkatakan dalam petikan.

    Isi-isi TersuratUntuk menulis isi-isi tersurat, pelajar dikehendaki menyusun ayat yang lengkap dan gramatis satupersatu berdasarkan kata kunci atau isi-isi yang telah ditanda atau dikenal pasti dalam petikan.

    Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil bulat-bulat daripada petikan.Dari segi ayat pula, para pelajar hendaklah memastikan bahawa setiap ayat terkandung isi-isitersurat yang dikehendaki. Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, pelajar hendaklahmenggunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, oleh hal yang demikian, dan olehitu.

    Semasa menulis isi-isi tersurat, pelajar tidak dikehendaki menulis kesemua isi tersurat yangterdapat dalam petikan. Berhubung dengan perkara ini, pelajar dikehendaki menulis 4, 5, atau 6isi tersurat sahaja. Manakala, yang selebihnya adalah untuk isi-isi tersirat. Jumlah isi tersuratdan tersirat mestilah dalam nisbah 4: 4, 5:3, atau 6:2. Sebaik-baiknya, isi tersurat dan tersirathendaklah seimbang, iaitu 4:4.

    Isi-isi Tersirat

    Dalam menulis rumusan, pelajar-pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2, 3 atau 4 isi tersirat.Isi-isi tersirat yang hendak dikemukakan mestilah tidak terdapat dalam petikan. Isi-isi tersurattersebut diperoleh melalui pengalaman, pengetahuan, pembacaan, pengaplikasian, penilaian,dan sebagainya. Isi-isi tersirat yang dikemukakan ini dapat membezakan pelajar yang baik,sederhana, dan lemah dalam rumusan karangan. Oleh hal yang demikian, sudah tentulahpelajar yang banyak membaca serta banyak pengalaman dan pengetahuan akan membantumereka untuk menjawab soalan rumusan dengan baik dan cemerlang.

    Seperti isi-isi tersurat, isi-isi tersirat juga hendaklah ditulis dan diolah dengan bahasa yang baikdan lancar. Selain itu, penanda wacana yang digunakan mestilah memperlihatkan kesatuan ayatyang berkesan dan berkesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain. Dalam hal ini,huraian hendaklah matang dan memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik.

    Kesimpulan RumusanPelajar mestilah juga mempunyai kemahiran untuk menulis ayat kesimpulan atau penutuprumusan. Ayat untuk penutup ini mestilah memaparkan kebolehan pelajar untuk menyatakankesan, langkah, usaha, dan sebagainya secara keseluruhan dengan membuat penilaian,cadangan, nasihat, dan sebagainya. Kebiasaannya, format untuk ayat penutup atau kesimpulanadalah seperti yang di bawah ini:

    a) Kesimpulannya, ...b) Oleh itu, ...c) Sebagai kesimpulan, ...

    d) Rumusannya, ...

    e) Sebagai rumusan, ...

    Dalam penulisan rumusan, pelajar kebiasaannya dikehendaki menulis tidak lebih daripada 120patah perkataan. Hal ini bermakna rumusan yang terdiri daripada 120 patah perkataan dan 10 isiitu hendaklah mengandungi 10 hingga 12 patah perkataan dalam setiap ayat seperti yangdigambarkan di bawah ini:

    Bilangan Ayat Isi Bilangan Perkataan1. Pendahuluan 10-12

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    7/20

    2. Tersurat 1 10-123. Tersurat 2 10-124. Tersurat 3 10-125. Tersurat 4 10-126. Tersurat 5 10-127. Tersirat 1 10-128. Tersirat 2 10-129. Tersirat 3 10-1210. Kesimpulan 10-12

    JUMLAH 100-120

    Kesimpulannya, untuk menjawab soalan rumusan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM, pelajarmestilah mengetahui perkara-perkara yang diperlukan serta langkah-langkah yang harus diikuti.Walau bagaimanapun, aspek ini belum menjamin seseorang pelajar itu memperoleh markahyang baik dalam soalan rumusan kerana terdapat beberapa faktor lain seperti teknik menulisrumusan dan pengetahuan yang luas serta kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis perludipunyai oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pada keluaran yang akan datang, akandibicarakan pula teknik menulis rumusan yang berkesan. Semoga tulisan yang dipaparkan ini,sedikit banyak, dapat membantu pelajar untuk menghadapi Kertas 2 Bahasa Melayu di peringkatpeperiksaan SPM.

    Menulis Karangan Menggunakan Teknikyang Mudah

    Oleh Suhaimi Mohd. Salleh

    SEBUAH karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian keranaunsur-unsur yang membina karangan; perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi sertapengetahuan atau pengalaman, berpunca sepenuhnya daripada penulisnya. Sekiranya penulis

    tidak menguasai semua unsur tersebut, karangan berkenaan tidak akan sempurna.

    Karangan persis manusia juga, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah, dan anggota bawahuntuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini demikian kerana setiap karangan perlumempunyai pendahuluan, isi, dan penutup. Anggota-anggota badan manusia itu pula perluberada di tempatnya yang sebenar atau biasa. Demikianlah halnya dengan karangan juga.Bahagian-bahagian karangan berkenaan didirikan oleh perenggan.

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    8/20

    Kegagalan calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk mendapat markah yang tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu banyakdisumbangkan oleh kertas karangan. Pelajar mungkin mempunyai idea, tetapi mempunyaimasalah untuk menyampaikan idea tersebut. Oleh hal yang demikian, pelajar sebenarnyamenghadapi masalah untuk mengarang. Masalah ini timbul disebabkan pelajar tidak menguasaisuatu cara asas atau kemahiran untuk menulis karangan. Pelajar sebaik-baiknya ditunjukkanlangkah atau teknik menulis setiap perenggan supaya mereka dapat menulis karangan denganberkesan.

    Mengetahui Kehendak Karangan

    Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik,pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingindibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar dapat perlumengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk bagi memastikan pelajar menulis isi yang tepatdan terhindar daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.

    Membina PerengganSetiap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu. Untuk pendahuluan dan

    penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Untuk isi, jumlah perenggan bergantungkepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap memadai untuksesebuah karangan ialah tiga atau empat. Satu perenggan hendaklah dibangunkan oleh satu isiutama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, maka jumlah perenggan untuk isi ialah tiga

    juga. Dengan demikian, karangan tersebut biasanya mempunyai lima atau enam perenggan.Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan karangan berkenaan menarik dibaca, malahmenggambarkan bahawa pelajar menguasai teknik penulisan yang berkesan.

    Untuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat yangperlu ditulis. Untuk peringkat PMR, sebaik-baiknya tiga atau empat ayat, manakala untuk SPM,seelok-eloknya dibina lima ayat. Tujuan menentukan jumlah ayat adalah untuk mengimbangkanhuraian dan jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.

    (i) Perenggan PendahuluanPerenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalamperenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya.

    Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayatpengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembacauntuk memahami tajuk dan isi secara umum. Kemudian, diikuti pula oleh dua atau tiga ayathuraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayatpengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegaskepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isinanti.

    Lihat contoh pendahuluan di bawah:(1) Akhir-akhir ini didapati bahawa kualiti air semakin terancam. (2) Banyak kes pencemaran air

    yang dilaporkan berlaku di sana-sini yang sangat membimbangkan kita. (3) Bukan sahaja airsungai atau laut yang tercemar, malah melibatkan air yang diproses diloji pembersihan. (4)Fenomena ini akan mengancam kesihatan dan keselamatan sesiapa yang menggunakan air.(5) Masalah ini terjadi disebabkan oleh sikap anggota masyarakat sendiri yang tidak memberiperhatian terhadap kebersihan sumber alam tersebut.

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    9/20

    Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat pengenalan, manakala ayat (2) hingga ayat (4)ialah ayat huraian. Ayat (5) pula merupakan ayat fokus, yang memberi bayangan paling dekatterhadap inti tajuk, sikap masyarakat merupakan penyebab pencemaran air.

    (ii) Perenggan IsiJumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam satu

    perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pemeriksa mengenal pasti isi utamadan isi sampingan. Penyusuan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih pentingatau yang dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.

    Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi dimulakandengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. Bagi pelajar yang sudah cekapmengarang, ayat topik boleh juga diletakkan di tengah atau bahagian akhir perenggan. Tetapi,untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan pada awal perenggan dandiikuti pula oleh dua hingga empat ayat huraian. Ayat ini mengandungi isi sampingan atausokongan kepada ayat topik, dan boleh dimasukkan contoh yang difikirkan sesuai.

    Contohnya, pelajar boleh menulis satu perenggan isi sebagaimana yang berikut:

    (1) Satu daripada sikap sebilangan anggota masyarakat kita adalah tidak mementingkan aspekkebersihan persekitaran dalam kehidupan sehari-hari. (2) Mereka tidak suka kepada sampah-sarap, tetapi mereka mengambil mudah urusan membuang sampah. (3) Dengan sikap inimereka menjadikan longkang, sungai dan tasik sebagai tong sampah, sebagaimana yang lazimberlaku di perkampungan setinggan. (4) Hal ini bukan sahaja menyebabkan air sungai atautasik tercemar, tetapi juga memudahkan terjadinya banjir kilat kerana laluan air tersekat ketikahujan.

    Ayat (1) merupakan ayat topik, iaitu yang menyatakan isi utamanya, sikap masyarakat yangtidak mementingkan kebersihan. Ayat-ayat berikutnya merupakan ayat huraian, iaitu ayat (2)dan (3) memberi contoh sikap yang dinyatakan, manakala ayat (4) menerangkan kesan daripada

    sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

    (iii) Perenggan PenutupPerenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telahdicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan inidengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang kembaliapa-apa yang telah dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis penutupyang mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan, dan membuat syor. Walaubagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis karangan.

    (a) Menyatakan SemulaMelalui teknik ini pelajar boleh menyebut atau mengulang kembali semua hujah yangdikemukakan sebagai isi utama secara ringkas. Contohnya:

    (1) Sebenarnya banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk membanteraspencemaran air. (2) Namun usaha tersebut tidak banyak membantu kerana sikap masyarakatyang tidak mementingkan kebersihan persekitaran. (3) Projek pembangunan yang rancakdijalankan di sana-sini tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar pula menyebabkanberlakunya hakisan tanah yang teruk yang menjejaskan kualiti air di sungai atau tasik. Keadaantersebut menjadi lebih teruk apabila kebanyakan ahli masyarakat yang tidak mahu mematuhiperaturan yang digubal oleh pihak berkuasa.

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    10/20

    Perenggan penutup di atas memuatkan tiga isi utama karangan yang dinyatakan semula. Isi-isitersebut ialah satu dalam ayat (2), dan dua dalam ayat ayat (3).

    (b) Membuat RamalanKarangan akan ditutup dengan menyatakan tanggapan bahawa sesuatu perkara mungkin terjadiakibat daripada sesuatu masalah. Satu atau dua tanggapan yang difikirkan lojik boleh diberikansecara ringkas. Teknik ini sesuai digunakan untuk beberapa jenis karangan, antaranyaperbincangan, ulasan, dan ceramah Contohnya:

    Dengan wujudnya keadaan-keadaan di atas, pencemaran air sukar untuk diatasi. Sikapsedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius. Pelbagai jenispenyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat dan menjejaskan kesihatanpenduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahajauntuk mengubati pelbagai penyakit tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau lautyang tercemar.

    Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam dua ayat terakhir.

    (c) Memberikan SyorMelalui teknik ini pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang dikiramunasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak sesuaidengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara untuk menyelesaikan sesuatu isu. Halini demikian kerana pelajar telah menyatakannya dalam perenggan isi, walaupun berlainan.Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana yang di bawah ini:

    Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di mana-manasahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap kebersihan dipupuk. Kempen,

    ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari semasa ke semasa sehingga masyarakat dapatmendisiplinkan diri dalam aspek kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal,ditambah atau diubahsuai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas, wajibdilaksanakan untuk memastikan segala program mencapai matlamatnya.

    Unsur-unsur Lain yang Penting

    Kebanyakan pelajar, khususnya golongan pelajar yang lemah, tidak menitikberatkan hal-halteknikal dan unsur tatabahasa tertentu. Selain teknik menulis, hal-hal ini juga sangat perludiberikan perhatian untuk menghasilkan karangan yang berkesan.

    (i) Mematuhi Jenis Karangan dan FormatSesetengah jenis karangan memerlukan pendekatan yang berlainan. Karangan perbincanganperlu diolah secara membincangkan sesuatu isu, seperti tajuk contoh di atas, berbeza daripadakarangan berbentuk cerita atau pengalaman. Manakala karangan yang berformat; surat kiriman,syarahan, ceramah, perbahasan, wawancara, dan seumpamanya, perlu mematuhi format yangtelah ditetapkan.

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    11/20

    (ii) Bahasa yang BerkesanBahasa yang tidak berkesan akan melemahkan karangan walaupun mempunyai isi yang kuat.Unsur utama bahasa yang perlu diberikan perhatian ialah pembinaan ayat serta pemilihan frasadan perkataan yang sesuai. Sebaik-baiknya karangan dibina dengan ayat yang pelbagai jenisatau struktur, iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, ayat songsang, ayat biasa, ayataktif, ayat pasif, dan ayat-ayat lain yang sesuai. Frasa yang dibina perlu mengikut Hukum D-M.Manakala perkataan yang dipilih perlu tepat atau jelas untuk menggambarkan sesuatu, misalnyaperlu dibezakan antara ramai dengan banyak. Imbuhan harus juga digunakan dengan berhati-hati supaya sesuai dengan kata dasar dan maksud yang ingin disampaikan.

    (iii) Ejaan dan Tanda BacaDidapati kebanyakan pelajar mengabaikan aspek ini. Ejaan perlu diberikan perhatian keranasetiap kesalahan ejaan akan dipotong setengah markah sehingga tidak lebih daripada limamarkah untuk keseluruhan karangan. Kesalahan tanda baca termasuklah tanpa penggunaantanda sempang (-) pada kata ganda. Tetapi markah tidak dipotong untuk kesalahan berulang.Banyak pelajar yang tidak menggunakan tanda koma (,), malah tidak menurunkan juga tandanoktah (.) di akhir ayat. Selain itu, tanda-tanda bacaan yang lain seperti noktah bertindih (:),noktah berkoma (;), dan sempang (-) pula tidak dipedulikan langsung. Tanda-tanda ini jikadigunakan di tempat yang tidak sesuai akan menyebabkan ayat yang dibina membawa maksudyang lain, atau salah sama sekali.

    KAEDAH MENCATAT ISI-ISI PENTING

    PENULISAN KARANGANKaedah ini , memerlukan anda mengemukakan beberapa soalan tentang tajuk yangdikemukakan.Contoh soalan : Rumah anda dimasuki pencuri . Beberapa barang berharga dan wang tunaitelah dicuri. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kejadian itu kepada pihak polis.(a) Bilakah anda menyedari kehilangan barang-barang tersebut ?(b) Bilakah tarikh dan masa kejadian tersebut berlaku?(c) Di manakah rumah anda?(d) Apakah barang-barang yang dicuri?(e) Berapakah taksiran harga barang-barang yang hilang?(f) Bagaimanakah pencuri dapat masuk ke rumah?(g) Siapakah orang yang anda syaki?

    Setelah membina soalan , jawablah soalan-solan tersebut semasa menyusun isi dan menuliskarangan.

    KAEDAH KATA TANYA- Bertujuan untuk menggerakkan dan memandu anda berfikir dengan pantas. Apa yang perluanda ingat ialah :(a) Siapa?(b) Apa?(c) Di mana?(d) Bila?

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    12/20

    (e) Bagaimana?(f) Mengapa?Contohnya :Siapa Siapakah ahli sains negara yang dimaksudkan?Siapakah yang memberi dorongankepadanya? Apa Apakah bidang sains yang diceburinya?Apakah keistimewaannya?

    AhliSainsNegara Di mana Di manakah dia belajar ?Di manakah dia dilahirkan? Bila Bilakah diadipilih sebagai ahli sains negara? Bagaimana Bagaimanakah dia boleh menjadi ahli sains negara? Mengapakah beliau dipilih sebagai ahli sains negara ?

    KAEDAH KRONOLOGIKaedah ini lebih mementingkan rentetan waktu sama ada mengikut pusingan jam, hari,minggu,bulan, tahun, dan sebagainya.Kaedah ini akan memudahkan kita mengingat kembali sesuatuperistiwa yang berlaku.Contoh:Pukul 8.00 pagi - Pendaftaran pesertaPukul 8. 30 pagi _ Majlis perasmianPukul 9.00 pagi _ Ketibaan Y.A.B Perdana MenteriPukul 9.10 pagi - Majlis ucapan bermula Ucapan pengerusi majlis- Ucapan pengerusi sambutan- Ucapan Y.A.B Perdana Menteri

    - Penyampaian hadiahPukul 11.00 pagi - Melawat pameranPukul 12.00 tengah - Majlis bersurai Hari

    KAEDAH ARISTOTALKaedah ini agak lebih mencabar dan sesuai digunakan untuk mengembangkan isi-isi yangmemerlukan perbincangan lanjut.Contoh : Tajuk Kepupusan Haiwan Definisi :

    Apakah yang dikatakan kepupusan haiwan?Apakah contoh haiwan yang pupus? Perbandingan :Apakah perbezaan dan persamaan antara haiwan yang dilindungi dengan haiwan yang tidakdilindungi? Perkaitan : Apakah sebab-sebab kepupusan haiwan?Apakah langkah-langkah yangdiambil untuk menanggani masaalh ini?Apakah masalah yang akan timbul? Kemungkinan :

    Apakah yang mungkin berlaku?Apakah yang tidak mungkin berlaku? Bukti : Apakah yang pernah

    diperkatakan oleh tokoh-tokoh penting dalam negara dan luar negara tentang perkara ini?

    KAEDAH PETA FIKIRAN/MINDA-Berdikari-Tidak menyeleweng-bertatatertib Bersih-Tidak rasuah-Tidak khianat/Dengki Moral yang tinggi- BCA- Berani membuat keputusan-Menjalankan tugas Dengan gigih dan ikhlas- Menghadapi Krisis dengan Amanah Luhur dan murni tenang- Tegas Cekap Jujur kepada diri, rakan, Mahir Dan organisasi- Berpandangan jauh Berpengalaman Berkeyakinan Penghasilan mutu kerjaya Yang tinggi

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    13/20

    Karangan Sebagai PengukurKeintelektualan Pelajar

    Oleh Nawi Ismail

    SALAH satu aspek yang diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) sama ada disekolah rendah atau di sekolah menengah ialah karangan. Sesuai dengan tahap usia pelajar,bentuk soalan, tahap kesukaran, dan panjang pendek karangan adalah berbeza-beza antara satuperingkat dengan peringkat yang lain. Demikian juga halnya dengan cara karangan dinilai. Walauapa pun kaedah penilaian dilakukan, pelajar seharusnya sedar atau disedarkan oleh gurubahawa penilai atau pemeriksa karangan sebenarnya menilai tahap keintelektualan penulisnyaberdasarkan isi karangan, cara persembahannya, dan bahasa yang digunakan oleh mereka.

    Sebelum menulis karangan, lazimnya, pelajar akan memikirkan beberapa isi karanganberdasarkan tajuk yang ditetapkan atau yang dipilih. Sesetengah pelajar ternyata berupayamengutarakan isi karangan yang bernas dan menepati kehendak soalan. Walaupun demikian,terdapat juga pelajar yang tidak mampu berbuat demikian, sebaliknya mereka mengemukakan isiyang kurang bernas, kurang tepat, atau bercampur aduk antara isi yang relevan dengan perkarayang gagal memahami kehendak soalan. Kelompok ini mengetengahkan isi karangan yangmenyeleweng atau hampir menyeleweng. Kecenderungan yang sedemikian ternyatamenggambarkan kecetekan daya pemahaman mereka. Berdasarkan hal yang sedemikian,

    jelaslah bahawa kekuatan atau kelemahan daya fikir pelajar dapat dinilai berdasarkan isikarangan yang dikemukakan.

    Sebagai contoh, sila fahami tajuk karangan yang di bawah ini dan perhatikanlah isi-isi yangdikemukakan oleh penulisnya.

    Soalan:Kesesakan lalu lintas di pusat-pusat bandar banyak menimbulkan masalah kepada orang ramai,khususnya penghuni kota. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku dancadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

    Yang berikut ialah isi karangan yang dikemukakan oleh Pelajar A.

    Faktor kesesakan:

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    14/20

    Penduduk kota suka bersaing membeli kereta.Pemandu bas memandu laju dan mengganggu kenderaan yang lain.Harga kereta rendah dan orang ramai mampu membelinya.

    Penduduk kota tidak tahu menggunakan prasarana yang disediakan.

    Cadangan mengatasinya:Mengadakan kempen memandu cermat.Menambahkan kenderaan awam di bandar-bandar besar.Menggalakkan orang ramai mengamalkan perancangan keluarganya.

    Soalan ini berkehendakkan pelajar menulis beberapa faktor yang menyebabkan berlakunyakesesakan lalu lintas dan selanjutnya mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasimasalah ini. Walaupun Pelajar A memahami soalan tersebut, isi-isi yang dikemukakannya ituadalah lemah. Isi-isi tersebut tidak kukuh, kurang berkaitan, atau sukar dikaitkan dengan isu yangdiperkatakan. Pemaparan isi-isi yang sedemikian secara tidak langsung memperlihatkankelemahan pemikiran pelajar berkenaan untuk mengutarakan isi-isi yang lebih kukuh. Hal inidemikian berpunca daripada kurang latihan, di samping kecetekan pengetahuan pelajar

    berkenaan tentang isu yang ingin diperkatakan, iaitu kesesakan lalu lintas. Bagi menuliskarangan tersebut, pelajar seharusnya dapat memikirkan isi-isi seperti yang berikut:

    Faktor kesesakan:

    i. Pelbagai pusat pentadbiran, pengajian, perniagaan, terdapat di bandar.ii. Peningkatan taraf hidup rakyat; rakyat mampu membeli kenderaan.iii. Perkhidmatan awam yang kurang sempurna; orang awam kurang berminat.iv. Pembinaan infrastruktur di bandar yang kurang terancang.

    Cadangan mengatasinya:

    i. Memindahkan pusat-pusat tersebut ke luar bandar.ii. Mengadakan lebih banyak sistem transit aliran ringan (LRT).iii. Menggiatkan kempen berkongsi kereta dan kempen menggunakan perkhidmatan

    awam.

    Sesetengah pelajar pula mampu mengemukakan isi karangan yang tepat tetapi gagalmenghuraikan dengan menarik dan berkesan. Perhatikanlah penyampaian salah satu isikarangan yang di atas oleh Pelajar B.Salah satu faktor berlakunya kesesakan lalu lintas ialah pertambahan jumlah kenderaan dibandar-bandar besar. Ini disebabkan kenderaan yang dicipta dengan pelbagai bentukmenarik minat pengguna untuk memiliki kenderaan. Alat-alat moden yang canggih yangdigunakan oleh sesebuah kenderaan memudahkan cara pengendalian kenderaan tersebut.Ini menyebabkan para pengguna mahir dan pandai memandu kenderaan sendiri. Lebihmemburukkan lagi keadaan jika sesebuah keluarga itu memiliki kenderaan lebih daripadasebuah. Oleh sebab negara kini sedang menuju arus pemodenan rakyat berlumba-lumba untukmenaikkan taraf hidup masing-masing agar dapat membeli kenderaan sendiri.Berdasarkan petikan di atas, ternyata bahawa isi yang dikemukakan oleh Pelajar B adalah tepat,iaitupertambahan bilangan kenderaan menyebabkan kesesakan berlaku. Isi tersebutdikemukakan dalam ayat pertama. Namun, huraian isi tersebut tidak munasabah. Perhatikanlahbahagian yang berhuruftebal dalam petikan di atas. Idea Pelajar B bahawapenciptaankenderaan yang pelbagai bentuk dan penggunaan peralatan canggih memudahkan kenderaan

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    15/20

    dikendalikan ternyata tidak lojik untuk dikaitkan dengan kesesakan lalu lintas. Hanya dua ayatterakhir dalam petikan yang di atas ada sedikit kaitan dengan isi berkenaan tetapi pendekatannyapula kurang sesuai. Jika demikian, pembaca dan lebih-lebih lagi pemeriksa sudah pastimelabelkan penulis berkenaan kurang menguasai perkara yang ditulis, kurang bijakmengembangkan idea, dan tidak dapat menyusun maklumat yang sememangnya tidak seberapa.Tegasnya, kemiskinan maklumat, kecetekan idea, dan ketidakmatangan pelajar berkenaantergambar dalam petikan karangan yang di atas.Isi bagi karangan ini sewajarnya disampaikan seperti yang berikut:Pertambahan bilangan kenderaan di bandar-bandar besar merupakan salah satu faktorberlakunya kesesakan lalu lintas. Perkara ini berlaku kerana kemajuan negara pada hariini secara tidak langsung menyebabkan taraf hidup rakyat semakin meningkat. Oleh halyang demikian, lebih ramai yang dapat memiliki kenderaan sendiri, malah ada yangmemiliki lebih daripada sebuah kenderaan. Pertambahan kenderaan yang berlaku secaraberterusan sudah pasti mengakibatkan berlakunya kesesakan, terutama pada waktukakitangan awam pergi dan pulang dari tempat kerja. Tegasnya, pertambahan kenderaanyang tidak seimbang dengan pertambahan jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintassukar dielakkan.Melalui karangan juga kebijaksanaan penulis tentang soal-soal kebahasaan dapat dinilai yangantaranya termasuklah dari aspek binaan ayat sama ada gramatis atau tidak akan tergambardalam karangan. Pembaca dapat juga meneliti kualiti ayat yang digunakan untuk menyampaikan

    idea sama ada terdapat kepelbagaian, berkesinambungan ataupun tidak.Selain itu, penguasaan kosa kata seseorang penulis turut tergambar dalam karangan yangdihasilkan. Pelajar yang memiliki kosa kata yang banyak akan mempelbagaikan penggunaannyauntuk menjadikan karangan lebih menarik. Sebaliknya, pelajar hanya akan mengulang-ulangkosa kata yang sama, jika penguasaan kosa katanya terhad. Kecenderungan yang sedemikiansecara tidak langsung mencerminkan kuantiti dan kualiti pembacaan seseorang pelajar.

    Aspek lain yang dapat dinilai dalam karangan pelajar termasuklah penguasaan tatabahasa,pemahaman tentang peraturan pengejaan, dan penggunaan tanda baca. Di samping itu,karangan yang terhasil dapat juga dijadikan alat pengukur keperibadian penulisnya, terutama darisegi kesungguhan menyiapkan karangan, kekemasan, dan ketelitian.Berdasarkan penjelasan yang di atas, dapatlah dikatakan bahawa karangan merupakan salahsatu cara yang berkesan untuk mengukur tahap pemilikan ilmu pengetahuan pelajar tentangsesuatu isu. Di samping itu, kematangan pemikiran dan tahap penguasaan berbahasa pelajar

    tergambar juga dalam sesebuah karangan. Bagi menghasilkan karangan yang mantap, menarik,dan berkesan, pelajar seharusnya menguasai ilmu kepengarangan dan ilmu kebahasaan, disamping mempunyai maklumat tentang perkara yang ingin diketengahkan. Ketiga-tiga aspekinilah yang menjadi fokus penilai untuk menentukan tahap keintelektualan seseorang pelajar.

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    16/20

    Teknik Subjek dan Predikat

    Oleh Abdul Ghalib Yunus

    DALAM Kertas 2 Bahasa Melayu, soalan rumusan merupakan soalan yang sukar

    dijawab oleh kebanyakan pelajar. Salah satu puncanya kerana para pelajar tidak

    mempunyai teknik yang berkesan untuk menjawab soalan tersebut. Untuk mengatasikesukaran ini, makalah ini akan membicarakan teknik menjawab rumusan dalam Kertas 2

    Bahasa Melayu SPM. Teknik yang diperkatakan dalam makalah ini adalah mengikut

    pandangan penulis sendiri berdasarkan pengalaman sebagai guru Bahasa Melayu diperingkat SPM dan soalan-soalan rumusan sejak tahun 1993 hingga 1998. Teknik yang

    dimaksudkan ialah Teknik Subjek dan predikat (SP) dan Teknik dengan Perkataan Lain

    (DPL). Namun demikian, dalam keluaran kali ini, penulis akan membicarakan Teknik SP

    sahaja. Manakala , Teknik DPL akan dibicarakan dalam keluaran yang akan datang.

    Teknik Subjek dan Predikat

    Teknik SP ialah satu cara yang digunakan untuk mengenal pasti idea utama yang

    menjawab soalan dan keterangan terhadap idea tersebut. Idea utama yangmenjawab soalan tersebut dikenal sebagai subjek atau fokus isi, manakalaketerangan terhadap idea tersebut dikenali sebagai predikat. Ini bermakna, setiapayat dalam jawapan rumusan mesti mengandungi dua perkara. Teknik SP ini sesuaidigunakan untuk semua jenis rumusan, iaitu rumusan jenis khusus atau rumusan

    jenis umum dan semua ayat yang terdapat dalam rumusan. Di bawah inidikemukakan satu soalan rumusan yang dijawab dengan menggunakan Teknik SP.

    Soalan contohBaca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang peranan

    penyelidikan sains dan teknologi dan halangan-halangannya di Malaysia. Panjangrumusan anda hendaklah antara 100 hingga 120 perkataan sahaja.

    Kemajuan sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam pembangunansesebuah negara. Taraf hidup rakyatakan menjadi lebih tinggi dan majudengan adanya penekanan terhadap bidang sains dan teknologi. Dalam RancanganMalaysia Kelima, sejumlah RM400 juta telah diperuntukkan khas bagi program

    penyelidikan dan pembangunan. Kerajaan menyeru pihak swasta supayamenumpukan perhatian dalam penyelidikan sains dan teknologi denganmenyediakan pelbagai insentif supaya penyelidikan dapat dijalankan dengan lebihberkesan. Penemuan baharu berperanan memodenkan sektor-sektor tertentu dan

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    17/20

    turutmeningkatkan produktiviti dan pendapatan negara. Salah satu sektoryang mendapat faedah ialah sektor pertanian. Corak pertanian tradisional dapatdigantikan dengan kaedah pertanian moden yang lebih sistematik. Ini merupakansatu strategi yang dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup para petani.

    Kemajuan sains dan teknologi juga menyumbang faedah untuk sektor perindustrian.

    Negara kita perlu menghasilkan keluaran baharu yang berkualitidan belumpernah dihasilkan oleh negara lain supaya dapatbersaing di pasaranantarabangsa. Oleh itu, institut seperti SIRIM (Institut Piawaian dan PenyelidikanPerindustrian Malaysia) menggalakkan dan menjalankan penyelidikan perindustriandemi memodenkan teknologi dalam pengeluaran dan pemprosesan barang-barang

    perkilangan. Sumber bekalan tenaga merupakan juga satu faktor yang pentingdalam sesuatu pembangunan, terutamanya sektor perindustrian. Kemajuan sainsdan teknologi membolehkan negara menjanakan sumber tenaga moden sepertitenaga nuklear, tenaga suria, dan kuasa hidro. Sumber tenaga nuklear amatdiperlukan memandangkan bahawa krisis kepupusan tenaga tradisionalseperti

    petroleum, gas cecair asli, dan arang batu semakin serius dan perlu diatasi dengansegera supaya tidak menjejaskan perkembangan aktiviti ekonomi. Kerajaan telahmelipatgandakan usaha untuk mengelakkan krisis ini melalui penubuhan Pusat Atom

    Tun Dr. Ismail (PUSPATI) untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalamteknologi nuklear. Sumber tenaga ini lebih murah daripada tenaga petroleum.

    Teknologi maklumat pula telah memajukan sistem pengurusan dan pentadbiran.Semua urusan ini menggunakan komputer, talian telefon gentian optik, video, dankamera yang menjimatkan masa dan wang serta bebas daripada kelebihan

    perjalanan untuk menghadiri mesyuarat. Satu pencapaian yang membanggakanialah pelancaran MEASAT (Malaysia East Asia Satelite), yang membolehkan kitamengikut berita dengan serta merta. Malah satelit ini berperanan penting dalam

    pengangkutan udara, laut, dan meramalkan fenomena alam. Usaha kerajaan danswasta dalam penyelidikan pasti akan mencapai pembangunan yangmembanggakan dan setanding dengan negara-negara maju yang lain sekiranyarakyat Malaysia sanggup berganding bahu untuk mencapai hasrat tersebut.

    (Diubahsuaikan daripada "Peranan Penyelidikan Sains dan Teknologi"oleh Thyee CheeCong, Dewan Siswa, November 1996)

    (30 markah)

    Langkah 1 - Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali untuk mengetahui perkara-perkara yang dibicarakan. Berdasarkan petikan tersebut, dua perkara yangdiperkatakan ialah 1) Kepentingan penyelidikan sains dan teknologi 2) Kemajuandan

    pembangunan. Ini bermakna subjek (perkara 1) untuk ayat pendahuluan ini ialahKepentingan penyelidikan sains dan teknologi dan predikatnya (perkara 2) ialahKemajuan dan pembangunan. Kemudian, berdasarkan perkara 1 dan perkara 2tersebut, binalah ayat pendahuluan rumusan antara 10 hingga 12 patah perkataan

    seperti di bawah ini:

    Rangka isi-isi pengenalan:

    Bil. Subjek (Perkara 1) Predikat(Perkara 2)1. kemajuan sains dan teknologi pembangunan2. kepentingan penyelidikan sains dan teknologi kemajuan

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    18/20

    Jawapan contoh1. Petikan menyatakan kepentingan kemajuan sains dan teknologi untukpembangunan di Malaysia. (11 patah perkataan).2. Petikan menghuraikan kepentingan penyelidikan sains dan teknologi demikemajuan negara. (10 patah perkataan).

    Langkah 2 - Untuk mendapatkan isi-isi tersurat, tanya diri anda, apakah kehendakrumusan tersebut dengan soalan-soalan seperti "apakah", "mengapakah", dansebagainya. Berdasarkan soalan di atas, soalan rumusan menghendaki andamenyatakan apakah peranan penyelidikan sains dan teknologi dalam pembangunandi Malaysia.

    Langkah 3 - Lihat dan cari dalam setiap perenggan isi yang menjawab soalantersebut. Kemudian kenal pasti "subjek" dan "predikat" isu yang diutarakan.

    Soalan Contoh: Apakah peranan penyelidikan sains dan teknologi dalampembangunan di Malaysia?Berdasarkan baris satu hingga tiga dalam perenggan pertama, subjek isu ialah

    tahap hidup rakyat (perkara 1), manakala predikat isu ialah lebih tinggi danmaju (perkara 2).

    Jawapan Contoh: Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan taraf hidup rakyatakan meningkat lebih tinggi dan maju.

    Rangka isi-isi tersurat:

    Bil. Subjek (Perkara 1) (Perkara 2)

    1. taraf hidup rakyat lebih tinggi dan maju

    2. penemuan baharu pendapatan dan produktiviti3 berkualiti bersaing di pasaran

    4. sumber tenaga moden kepupusan tenaga tradisional

    5 sistem pengurusan menjimatkan masa dan wang

    6 pelancaran MEASAT berita

    Langkah 4: Berdasarkan subjek dan predikat atau perkara 1 dan 2 di atas, pelajardikehendaki membina ayat yang terdiri daripada 10 hingga 12 patah perkataan.

    Lihat ayat-ayat untuk isi-isi tersurat berdasarkan subjek dan predikat di atas dibawah ini:

    1. Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan taraf hidup rakyat akan meningkatlebih tinggi dan maju.2. Hasil penemuan baharu berupaya meningkatkan pendapatan danproduktiviti negara.3. Hasil-hasil keluaran yang berkualiti pula mampu bersaing di pasaranantarabangsa.4. Kemajuan menghasilkan sumber tenaga moden dapat menggantikankepupusan tenaga tradisional.5. Sistem pengurusan dan pentadbiran yang kian cekap dan pantas banyak

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    19/20

    menjimatkan masa dan wang.6. Kejayaan pelancaran MEASAT menyebabkan sesuatu berita diperoleh denganserta merta.

    Langkah 5- Untuk menulis isi-isi tersirat pula, pelajar hendaklah mengemukakan isiyang tidak terdapat dalam petikan dan mesti menjawab soalan rumusan, iaitu

    Apakah peranan penyelidikan sains dan teknologi di Malaysia selain yang dinyatakandalam petikan?

    Rangka isi-isi tersirat:

    Bil. Subjek (Perkara 1) (Perkara 2)

    1 Hanya manusia bertambah tahap kesihatan meningkat

    2 sistem pertahanan serangan musuh

    3. sistem pendidikan diperingkatkan

    4. Jalan raya yang sistematik kesesakan dan kemalangan

    Jawapan contoh:

    1. Kemajuan dalam bidang perubatan menyebabkan hayat manusia bertambahakibat tahap kesihatan yang meningkat.2. Kejayaan mewujudkan sistem pertahanan yang canggih dapat mengelakkannegara daripada diserang musuh.3. Sistem pendidikan negara pula dapat dipertingkatkan dengan penggunaankomputer dan internet.4. Jalan raya yang sistematik dan terancang dapat mengatasi masalah kesesakandan kemalangan.

    Langkah 6 - Kesimpulan sesuatu rumusan hendaklah berdasarkan isi-isi tersurat dantersirat yang dinyatakan. Selain itu, kesimpulan juga hendaklah merujuk isikandungan petikan secara keseluruhan. Sebagai contoh, jika soal rumusanmenghendaki pelajar menyatakan faktor-faktor atau sebab-sebab, atau punca-punca,maka kesimpulan rumusan mestilah menyatakan langkah-langkah yang harusdiambil secara umum oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jika soalan menghendakipelajar menyatakan langkah-langkah, kesimpulannya hendaklah dinyatakan denganmeminta kerjasama daripada semua pihak untuk menanganinya. Selain itu, pelajarmestilah mengenal pasti perkara 1 dan perkara 2 untuk ayat kesimpulan.

    Rangka isi-isi kesimpulan:

    Bil. Subjek (Perkara 1) (Perkara 2)

    1 berganding bahu meningkatkan kemajuan dan pembangunan

    2 usaha kerajaan dan swasta negara maju

    Jawapan contoh:1.Kesimpulan rakyat dan kerajaan hendaklah berganding bahu untuk

  • 7/28/2019 Nota Bahasa Melayu Spm

    20/20

    meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara.2. Rumusannya, usaha pihak kerajaan dan swasta akan menjadikan negara kitasebuah negara maju.

    Langkah 7 - Menulis rumusan sepenuhnya. Pada peringkat ini, pastikan rumusananda supaya menepati bilangan perkataan, bebas daripada sebarang kesalahan

    bahasa, menggunakan penanda wacana yang betul, dan sebagainya.

    Jawapan Contoh:Petikan menghuraikan kepentingan penyelidikan sains dan teknologi demikemajuan negara.

    Kemajuan sains dan teknologi akan menyebabkan taraf hidup rakyat meningkatlebih tinggi dan maju. Hasil penemuan baharu berupaya meningkatkanpendapatan dan produktiviti negara. Hasil-hasil keluaran yang berkualiti pulamampu bersaing di pasaran antarabangsa. Kemajuan menghasilkan sumbertenaga moden dapat menggantikan kepupusan tenaga tradisional. Seterusnya,sistem penguruan dan pentadbiran yang kian cekap dan pantas banyakmenjimatkan masa dan wang.

    Selain itu, kejayaan mewujudkan sistem pertahanan yang canggih dapatmengelakkan negara daripada diserang musuh. Sistem pendidikan negara puladapat dipertingkatkan dengan penggunaan komputer dan internet. Seterusnya,

    jalan raya yang sistematik dan terancang dapat mengatasi masalah kesesakan dankemalangan.

    Rumusannya, usaha pihak kerajaan dan swasta mampu menjadikan negara kitasebuah negara maju.

    (120 perkataan)

    Kesimpulannya, Teknik SP memerlukan pelajar menyatakan dua perkara atau duakata kunci dalam setiap ayat. Berdasarkan kata kunci tersebut, pelajar akan dipanduuntuk membina ayat yang lengkap sama ada untuk pengenalan, isi-isi tersurat, isi-isitersirat, dan kesimpulan. Rasionalnya ialah markah yang disediakan untuk bahagianisi adalah sebanyak 20 markah. Oleh sebab rumusan terdiri daripada 10 ayat, hal inibermakna setiap ayat akan diberikan sebanyak 2 markah, iaitu 1 markah untukperkara 1 (Subjek) dan 1 markah untuk perkara 2 (predikat). Satu perkara lagi yangperlu diingat ialah istilah subjek dan predikat yang digunakan dalam teknik inibukanlah bermaksud sebagai unsur subjek dan predikat dalam ayat. Sebaliknya,subjek dan predikat yang dimaksudkan dalam rumusan ini ialah kata kunci atau intiyang menjadi fokus dalam sesuatu ayat. Akhir kata, semoga teknik ini dapatdimanfaatkan oleh guru dan pelajar demi kejayaan bersama.