nota bab 1-mikroekonomi

Upload: amalinaibrahim

Post on 13-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pengenalan kepada ekonomi

TRANSCRIPT

NOTA BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1. Pengertian EkonomiEkonomi- ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad

Sumber -sumber terhad : Buruh, Usahawan, Tanah, Modal,(SE = BUTM)I.Buruh:

- Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia.

- Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

- Terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir

- Ganjarannya ialah upah

- Contohnya, doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain.

II.Usahawan :

- Individu yang menggabungkan buruh,tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

- Orang yang menanggung risiko yang tidak boleh diinsurankan.

- Ganjarannya adalah untung.

- Contohnya, pengusaha, peniaga, peruncit dan pemborong.

III.Tanah :

- Alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan.

- Penawarannya adalah terhad.

- Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran.

- Ganjarannya adalah sewa

- Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.

IV.Modal :

- Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

- Dapat mempercepatkan proses pengeluaran.

- Terbahagi kepada dua kumpulan modal iaitu:

a) modal fizikal yang terdiri daripada loji, jentera dan peralatan

b) modal kerja yang terdiri daripada wang tunai, stok dan bahan mentah.

- Ganjarannya adalah faedah.

- Contohnya, Mesin, kilang dan jentera

2. Unit Ekonomi(UE = FIK)I.Firma

- Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

II.Isi Rumah

- Unit penggunaan dalam ekonomi yang terdiri daripada seorang individu, sekumpulan individu, atau sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah.

III.Kerajaan

- Unit pentadbiran negara yang merancang projek-projek infrastruktur dengan menggunakan sumber-sumber yang terhad untuk memaksimumkan kebajikan rakyat.

3.Masalah Ekonomi(ME = KPKL)Unit-Unit EkonomiKekuranganPilihanKosLepas

Isi RumahPendapatan atau wang yang terhad(kehendak tidak terhad)

Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku rujukanMemilih barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan

Samada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukanBarang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik

Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan

FirmaFaktor pengeluaran yang terhad (Buruh,Tanah ,Modal)

Memilih Keluaran yang memaksimumkan keuntungan

Samada memilih mengeluarkan tv atau radioOutput kedua terbaik yang terpaksa dilepaskanKos lepas bagi tv adalah radio

KerajaanSumber hasil kerajaan terhadMemilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikanSamada memilih membina hospital atau sekolahProjek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan

Kos lepas bagi hospital ialah sekolah

4. Jenis-Jenis Barang (JB = PAE)I. BarangPercuma

- Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah)

- penawaran tidak terhad

- tiada bayaran

- tiada kos lepas

- Contoh : matahari,udara,angina

II. BarangAwam

- disediakan oleh kerajaan

- penawaran terhad

- tiada pengecualian untuk menggunakannya

- ada kos lepas

- Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis

III. BarangEkonomi

- dikeluarkan oleh pihak swasta

- penawaran terhad

- ada bayaran

- ada kos lepas

- Contoh :kereta,perabot

Contoh Soalan1) Bezakan air mineral dengan air hujan2) Huraikan ciri -ciri barang awam3) Bezakan jalan raya dan lebuh raya

5. Masalah Asas Ekonomi (MAE = ABBU)Terdapat Empat Masalah Asas Ekonomi:I)Apa Yang Hendak Dikeluarkan-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaranII)Berapa Yang Hendak Dikeluarkan-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaranIII)Bagaimana Hendak Dikeluarkan-penentuan cara pengeluaran barang-cara yang paling cekap, sama ada intensif buruh atau intensif modal-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kosIV)Untuk Siapa Dikeluarkan- penentuan corak agihan barang-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna

CONTOH SOALAN:

6.Sistem Ekonomi(SE = KPCI)Ciri-ciriSistem Ekonomi

KapitalisPerancangan PusatCampuranIslam

Pemilikan sumberSumber dimiliki oleh individu dan swastaSumber dimiliki oleh kerajaanSumber dimiliki oleh individu dan kerajaanSumber dimiliki oleh Allah s.w.t / tuhan

Pembuat keputusanKeputusan ekonomi dibuat oleh pihak swastaKeputusan ekonomi dibuat oleh pihak kerajaanKeputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaanKeputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan Islam mengikut hukum syarak

PilihanIndividu bebas memilih barangan dan pekerjaanPilihan individu terhad kerana pilihan dibuat oleh kerajaanIndividu bebas memilih tetapi sesetengah barangan adalah dikawal oleh kerajaanIndividu bebas memilih barangan dan pekerjaan yang halal

Penentu hargaHarga ditentukan oleh mekanisme hargaHarga ditentukan oleh kerajaanHarga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaanHarga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan yang berlandaskan prinsip Islam

PersainganFirma bebas bersaing dan mempunyai daya usaha yang tinggiTiada persaingan untuk mendapatkan sumberBerlaku persaiang antara pengeluar, kerajaan akan campur tangan jika persaingan tidak sihat.Berlakunya persaingan yang sihat

MotifMatlamat firma untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan kos pengeluaran yang minimumMatlamat kerajaan untuk memaksimum kebajikan rakyatMatlamat firma untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan kerajaan untuk memaksimum kebajikan rakyatKeuntungan yang berpatutan (bukan riba) dan kebajikan masyarakat dipentingkan

Contoh negaraDiamalkan oleh Amerika Syarikat, Britian, Hong KongDiamalkan oleh Cuba, Korea Utara, RussiaDiamalkan oleh Malaysia, Jepun, SingapuraDiamalkan oleh Iran, Arab Saudi, Pakistan

7.Sebab Kerajaan Campur Tangan (KCT = KAPSEM)I.Untuk mencapaiKestabilan ekonomi

II.Untuk mengeluarkan barangAwam

III.Untuk agihanPendapatan yang lebih setara

IV.Untuk mengurangkan kesanSampingan negative

V.Untuk mencapai pembangunanEkonomi yang mantap dan seimbang

VI.Untuk mengawalMonopoli

8.Cara Kerajaan Campur Tangan (CCT = BACSU)I.PengeluaranBarangAwam secara langsung

II.MengenakanCukai

III.MemberiSubsidi

IV.MenguatkuasakanUndang-undang dan peraturan

9. Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Oleh Sistem EkonomiMasalah asas ekonomiSistem Ekonomi

KapitalisPerancangan PusatCampuranIslam

Apa yang hendak dikeluarkanBarang dan perkhidmatan yang diminta oleh penggunaBarang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui badan perancangan pusatnyaBarang swasta dikeluarkan oleh pihak swasta manakala barang awam dikeluarkan oleh kerajaanBarangan halal yang diminta oleh pengguna

Berapa yang hendak dikeluarkanDitentukan oleh mekanisme hargaDitentukan oleh badan perancangan pusatDitentukan oleh mekanisme harga dan kerajaanDitentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan dengan berlandaskan prinsip Islam

Bagaimana hendak dikeluarkanBerdasarkan kepada kos pengeluaran yang minimum dan boleh mendatangkan keuntungan yang maksimumKaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakatKaedah yang mendatangkan keuntungan yang maksimum (pihak swasta) dan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat (kerajaan)Kaedah yang mendatangkan keuntungan yang maksimum (pihak swasta) dan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat (kerajaan)

Untuk siapa dikeluarkanMengikut agihan pendapatan. Golongan yang kaya akan mendapat lebih banyak barangan berbanding golongan miskin. Agihan pendapatan adalah tidak setaraBarang diagihkan secara sama rata kepada semua rakyatBarangan swasta dibahagikan mengikut agihan pendapatan manakala barangan awam untuk semua golongan terutama orang miskinSemua golongan baik yang kaya atau yang miskin dapat memiliki barangan keperluan asas kerana kepentingan masyarakat dan keadilan sosial diutamakan

10. Kebaikan dan Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis dan Perancangan PusatSistem EkonomiKelebihanKelemahan

Sistem Ekonomi Kapitalisa) Pilihan barangan yang banyak

b) Daya usaha individu yang tinggi

c) Ekonomi berkembang maju

d) Kecekapan dalam penggunaan sumbera) Agihan pendapatan yang tidak seimbang

b) Tiada pengeluaran barangan awam

c) Wujudnya kuasa monopoli

d) Berlakunya ketidakstabilan ekonomi

e) Berlaku persaingan yang tidak sihat antara pengeluar

f) Kebajikan masyarakat diabaikan

g) Berlakunya kesan luaran yang negatif

h) Sumber diagihkan dengan cara yang salah

Sistem Ekonomi Perancangan Pusata) Agihan pendapatan lebih setara

b) Kebajikan masyakat diutamakan

c) Barangan awam dapat disediakan

d) Pembaziran sumber daripada persaingan yang tidak sihat dapat dikurangkana) Pilihan individu terhadap barangan terhad

b) Sistem pentadbiran yang birokratik

c) Daya usaha individu yang rendah

d) Ketidakcekapan dalam agihan sumber

y