norhasniza binti mohd zohir @ suhaimi - fp.utm.my · borang pengesahan status tesis judul: kajian...
TRANSCRIPT
KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUSTACMAL
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
NORHASNIZA BINTI MOHD ZOHIR @ SUHAIMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUSTACMAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NORHASNIZA BINTI MOHD ZOHIR @ SUHAIMI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI (1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
KAMPUNG TELUK JAWA, MK PDG. HANG, PM DR SULAIMAN BIN KADIKON
06570 ALOR SETAR, Nama Penyelia
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh :______________________________________ Tarikh : ___________________________
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
Penyelidikan, atau Laporan Sarjana Muda(PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan :______________________________________
Nama Penyelia : PM DR SULAIMAN BIN KADIKON
Tarikh :______________________________________
KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUSTACMAL
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
NORHASNIZA BINTI MOHD ZOHIR @ SUHAIMI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : _____________________________________________
Nama Penulis : NORHASNIZA BINTI MOHD ZOHIR @ SUHAIMI
Tarikh : ____________________________________________
iii
DEDIKASI
Terisitimewa buat ayahanda dan bonda tersayang
MOHD ZOHIR @ SUHAIMI B. HJ ABD RAHMAN
KHALIJAH BT ALI
Terima kasih diatas segala pengorbanan, kasih sayang, sokongan, doa dan harapan serta galakan yang tidak pernah putus buat anakanda.
Buat adinda-adinda yang dikasihi
NURHIDAYAH BT MOHD ZOHIR @ SUHAIMI
MOHD HAFIZUDIN B. MOHD ZOHIR @ SUHAIMI
Sokongan dan harapan kalian menjadi penguat semangat buat diri ini dan semoga kalian menjadi insan berguna kelak.
Pendidik yang dihormati
PM DR SULAIMAN B. KADIKON dan semua para pendidikku
Sekalung terima kasih diatas segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.
Jasa kalian amat bernilai buat diriku.
Sahabat seperjuangan yang diingati selalu
ZAIRINA BT ZULKIFLEE CHANDRA dan sahabat-sahabat yang lain
Bantuan, gurau senda dan latah kalian terlalu istimewa dalam hidupku.
Terima kasih atas segala memori yang tercipta antara kita dalam menempuh liku-liku kehidupan di menara gading ini..
Semoga kejayaan mengiringi langkah kita…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya serta
selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW akhirnya laporan Projek
Sarjana Muda dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Dr.
Sulaiman b. Kadikon selaku penyelia yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan
bimbingan sepanjang proses penulisan laporan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada pihak Syarikat Air Johor (SAJ),
Encik Nur Firdaus b. Mohd Daud, Ketua Unit Kualiti Jabatan Pengeluaran SAJ dan pihak
Institut Pengurusan Alam Sekitar Dan Sumber Air (IPASA) Universiti Teknologi
Malaysia, Profesor Madya Dr Abdull Rahim b. Mohd Yusoff, Pengarah IPASA kerana
sudi meluangkan masa dan memberikan kerjasama dalam kajian ini. Terima kasih atas
segala maklumat yang diberikan.
Ucapan terima kasih juga kepada Cik Rahimah bt Abdullah, Penolong Pegawai
Sains, Makmal Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Awam diatas segala tunjuk ajar dan
pertolongan yang telah diberikan.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih yang teristimewa buat keluarga tersayang,
ayah, ibu dan adik-adik yang sentiasa memberikan galakan dan dorongan semangat serta
doa restu yang dikirimkan dari jauh. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kalian.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah
membantu dalam memberikan idea, cadangan dan sokongan dalam menyiapkan kajian
ini. Semoga Allah SWT melipat gandakan pahala amalan kalian seterusnya dikurniakan
kejayaan di dunia dan akhirat.
v
ABSTRAK
Kajian kualitatif yang telah dibuat ini adalah satu kajian tentang kualiti air
mustacmal menurut perspektif Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti air
mustacmal menurut perspektif Islam dan mengkaji kualiti air musta
cmal yang dihasilkan
dalam kehidupan serta melihat kesan air mustacmal dalam kehidupan. Kajian dijalankan
dengan menggunakan kaedah temubual dan ujikaji makmal terhadap beberapa parameter
tertentu. Tiga jenis sampel air mustacmal telah diuji dimakmal berdasarkan parameter
yang telah ditetapkan oleh Syarikat Air Johor. Hasil ujian makmal menunjukkan bahawa
bacaan setiap parameter adalah tinggi. Oleh itu, kualiti air mustacmal yang dihasilkan
setiap hari melalui aktiviti seharian dapat memudaratkan kesihatan manusia dan dapat
menjejaskan kualiti air sungai. Hidupan yang tinggal di dalam sungai juga turut terganggu.
Keputusannya, pencemaran sungai akan berlaku secara tidak terkawal berikutan
penghasilan air mustacmal setiap hari. Bagi menangani permasalahan ini, beberapa
cadangan telah diutarakan untuk mengurangkan penghasilan air mustacmal dan
memastikan kualiti air sungai sentiasa selamat serta dipulihara daripada tercemar.
vi
ABSTRACT
A study of the quality mustacmal water in Islamic perspective was derived by a
qualitative study. The objective of this study was to identify water mustacmal Islamic
perspective and to evaluate the quality of water produced mustacmal water in life and to
observe the effects of water mustacmal in life. The study was conducted using interviews
and laboratory tests on some specific parameters. Three types of water samples were
tested on mustacmal water based on the parameters set by the Syarikat Air Johor.
Laboratory test results showed that the reading of each parameter is high. It shows that
mustacmal water that had been produced everyday through daily routine activities could be
harm to human consumption and will eventually degrade the quality of water in the river.
It also can affect river life. Therefore, the quality of water produced each day mustacmal
through everyday activities can harm human health and can affect water quality and
habitat of animals that live in the river were destroyed. As a result, pollution will occur if
it is not under control by producing mustacmal water production every day. In order to
solve this issue, several suggestions should be done to reduce of producing mustacmal and
to ensure water quality is always safe and conserved from being contaminated.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
TRANSLITERASI ARAB xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pelajar 8
viii
1.6.2 Penjaga 8
1.6.3 Pendidik 9
1.6.4 Pihak-pihak yang Bertanggungjawab 9
1.6.5 Masyarakat Umum 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Takrifan Istilah 11
1.8.1 Kualiti 11
1.8.2 Air Mustacmal 11
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Air Dalam Kehidupan 14
2.2.1 Air Sebagai Agen Penyuci 18
2.2.2 Sifat Fizikal Air 21
2.2.3 Sumber-Sumber Air Sisa 22
2.3 Air Mustacmal Menurut Perspektif Islam 23
2.3.1 Hukum Air Mustacmal Menurut Mazhab 23
2.3.1.1 Air Mustacmal Menurut Mazhab Syafi
ce 24
2.3.1.2 Air Mustacmal Menurut Mazhab Maliki 24
2.3.1.3 Air Mustacmal Menurut Mazhab Hanafi 25
2.3.1.4 Air Mustacmal Menurut Mazhab Hanbali 26
2.3.2 Hukum Air Mengalir Dan Tenang 26
2.3.2.1 Larangan Membuang Air Sembarangan 27
2.3.3 Ukuran Air Dua Kolah 28
2.4 Kesan Air Mustacmal Dalam Kehidupan 29
2.4.1 Pengurusan Air Dalam Kehidupan 33
2.5 Kajian Lepas 36
2.6 Kesimpulan 37
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Instrumen Kajian 39
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 40
3.4.1 Kaedah Temubual 40
3.4.2 Kaedah Dokumentasi 41
3.4.3 Ujikaji Di Makmal 41
3.5 Kesimpulan 41
BAB IV DAPATAN KAJIAN 42
4.1 Pengenalan 42
4.2 Sumber Air Bersih Di Johor 42
4.3 Kadar Penggunaan Air Bersih Di Johor 45
4.4 Kualiti Air Terawat 45
4.5 Hasil Keputusan Ujikaji Sampel Air Mustacmal 46
4.5.1 Air Sisa Restoran 48
4.5.2 Air Basuhan Kereta 50
4.5.3 Air Basuhan Ayam 51
4.6 Kualiti Air Mustacmal Dalam Kehidupan 51
4.7 Kesimpulan 54
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 55
5.1 Pengenalan 55
5.2 Perbincangan 55
5.3 Rumusan 58
5.4 Cadangan 60
5.4.1 Kesedaran Masyarakat 60
5.4.2 Guna Semula Air Mustacmal 61
5.4.3 Pentadbiran Universiti 62
x
5.4.4 Pihak Yang Bertanggungjawab 63
5.4.5 Kawasan Riadah Dan Rekreasi 64
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 65
5.6 Kesimpulan 65
BIBLIOGRAFI 66
LAMPIRAN 72
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
2.1 Penyakit-Penyakit Berkaitan Dengan Air Dan Sanitasi 33
4.2 Klasifikasi Sungai-Sungai Mengikut Piawaian Kualiti
Air Sungai Di Malaysia Berasaskan Jenis Penggunaan 45
4.3 Kelas Kualiti Air Sungai Mengikut Indeks Kualiti Air 45
4.7 Bacaan Tiga Sampel Air Mustacmal 49
xii
TRANSLITERASI ARAB
Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh
Ensiklopedia Islam dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa.
Konsonan
d (dad) ض ‘ (hamza) ء
t (’ta) ط b (’ba) ب
z (’za) ظ t (’ta) ت
‘ (ayn‘) ع th (’tha) ث
gh (ghayn) غ j (jim) ج
f (’fa) ف h (’ha) ح
q (qaf) ق kh (’kha) خ
k (kaf) ك d (dal) د
l (lam) ل dh (dhal) ذ
m (mim) م r (’ra) ر
n (nun) ن z (zay) ز
w (waw) و s (sin) س
h (’ha) ه sh (shin) ش
y (’ya) ي s (sad) ص
Vowel
a fathah panjang a (fathah) َـ
i kasrah panjang i (kasrah) ِـ
u dammah panjang u (dammah) ُـ
xiii
SENARAI SINGKATAN
BOD - Permintaan Oksigen Biokimia
COD - Permintaan Oksigen Kimia
IPASA - Institut Pengurusan Alam Sekitar Dan Sumber Air
LABs - Linear Alkylbenzenes
mg/L - milligram per liter
m3
- meterpadu
pH - Keasidan dan Kealkalian
RA - Radiallahu cAnhu
SAJ - Syarikat Air Johor
SAW - Sallallahualaihiwassallam
SWT - Subhanahu Wa Taala
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Fakulti
Surat Kebenaran Temubual
B Jadual
C Soalan Temubual
D Gambar
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Air merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga dan bernilai
kepada seluruh hidupan di muka bumi ini. Air atau nama saintifiknya hidrogen
oksida (H2O) adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam kehidupan.
Air yang mengandungi hidrogen dan oksida itu adalah sebatian yang paling
banyak di bumi yang menutupi kira-kira 71% daripada permukaan bumi. Air
wujud di bawah tanah, di dataran dan juga di permukaan bumi seperti tasik dan
sungai. Jumlah air di bawah tanah dianggarkan melebihi jumlah air yang didapati
di dalam tasik dan kawasan tadahan air yang lain. (Ensiklopedia Sains dan
Teknologi Kimia, 2002). Firman Allah SWT dalam Surah al-Ancam ayat 99 yang
bemaksud :
“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami
tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka
Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang
menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu
butiran yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-
2
tangkai yang menjuntai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami
keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak
serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan
(perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang
yang beriman.”
Penurunan air dari langit ke bumi dianggap sebagai rahmat dan kasih
sayang daripada Allah SWT terhadap makhlukNya. Nikmat kurniaan Allah SWT
seperti air, udara, tumbuhan-tumbuhan dan haiwan merupakan sebagai pelengkap
kepada kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Manusia diberi hak dan
tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi untuk memakmurkan dan
menguruskannya. Amanah ini perlu dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik
mungkin agar tidak berlaku penindasan dan menjejaskan alam.
Kepentingan air kepada kehidupan dan alam memang tidak dapat
dinafikan. Air diperlukan sebagai kegunaan asasi dan dapat dimanfaatkan bagi
pelbagai tujuan dalam kehidupan seperti minuman, perkilangan, pertanian,
pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah
rata dan rendah serta pelbagai kegiatan lain lagi. Air juga penting dalam
pembangunan rohaniah untuk bersuci bagi membolehkan manusia beribadat
kepada Allah SWT dalam keadaan yang suci dan bersih. Islam amat prihatin
terhadap kebersihan tempat dan tubuh badan.
Permintaan terhadap air sering meningkat dari semasa ke semasa adalah
hasil daripada pertambahan penduduk dan pembangunan ekonomi yang pesat.
Namun demikian, terdapat segolongan manusia tidak menghargai kepentingan air.
Pengabaian dan pengurusan air yang tidak bijak akan dapat menjejaskan kualiti
air. Kualiti air yang tercemar akan menyebabkan pencemaran. Pencemaran bukan
hanya memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan kesihatan malah turut
memberi kesan kepada spesis yang menggunakan alam sebagai habitatnya.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Air adalah sumber bersama. Pembangunan jangka panjang bagi air
memerlukan pengurusan sumber yang menyeluruh. Sebaliknya, dalam era
pembangunan dan globalisasi kini, terdapat segolongan manusia yang tidak
bertanggungjawab dalam menguruskan sumber air dengan sebaik mungkin.
Aktiviti pembuangan sampah ke dalam sungai atau mencampakkan sisa-sisa
toksid ke dalam laut dapat menyebabkan air tercemar dan amat merbahaya jika
digunakan. Air yang tercemar boleh membunuh ikan-ikan dan haiwan lain yang
meminumnya serta menyebabkan habitat haiwan musnah. Perbuatan tidak
bertanggungjawab ini bukan sahaja menyekat peluang rezeki para nelayan
malahan telah mengancam keselamatan hidup kerana tidak selamat lagi untuk
menggunakan air tersebut bagi tujuan kegunaan harian seperti bersuci, mandi, dan
sebagai air minuman.
Selain daripada itu, negara juga telah digemparkan dengan virus kencing
tikus atau leptospirosis yang tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus
seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis yang menyebabkan air
tercemar. Penyakit kencing tikus mula mendapat perhatian ramai apabila telah
meragut beberapa nyawa yang disyaki dijangkiti bakteria melioidosis dan
leptospirosis sehingga orang ramai bimbang berkunjung ke pusat rekreasi seperti
sungai dan air terjun. Perunding motivasi dan pendakwah, Mohd Zawawi Yusoh
berkata, “Faktor kebersihan perlu dititikberatkan dan diamalkan dalam setiap
aktiviti yang dilakukan. Kebersihan diri adalah ciri penting untuk membentuk
personaliti Muslim cemerlang. Persekitaran yang bersih turut merangkumi
kawasan hutan dan sungai. Jangan biarkan sungai tercemar kerana ia akan
mengakibatkan berlakunya pencemaran dan keracunan air.” (Harian Metro, Ogos
2010)
4
Namun, tanpa disedari bahawa air yang digunakan setiap hari juga boleh
menjejaskan kualiti air sungai dan terjadinya pencemaran. Penggunaan air setiap
hari pada kuantiti yang amat tinggi melalui aktiviti memasak, membasuh
peralatan dapur, membasuh pakaian, mandi, membasuh lantai rumah dan
membasuh kenderaan. Menurut Abdul Rahman Mahmud, Ketua Unit Penilaian
EIA, Jabatan Alam Sekitar Kedah, sebanyak 81% air yang digunakan oleh setiap
isi rumah akan bertukar menjadi air sisa basuhan manakala 19% akan bertukar
menjadi air sisa kumbahan setelah selesai digunakan. Bukan sahaja isi rumah
yang menghasilkan air sisa basuhan sebaliknya premis-premis perniagaan seperti
pasar ikan, kedai dobi, pusat mencuci kenderaan dan restoran juga menghasilkan
air sisa basuhan pada kuantiti yang banyak setiap hari. (Dewan Kosmik, Mac
2010)
Penghasilan air sisa basuhan atau air mustacmal menurut Islam yang dapat
merubah warna, bau dan rasa air akibat daripada percampuran bahan-bahan
seperti cecair pencuci dan sabun keatas air dapat menjejaskan kualiti air bersih.
Kandungan dan bahan pencemar yang terdapat di dalam air mustacmal ini sudah
tentu akan menjejaskan sungai sebagai sumber utama kehidupan manusia kerana
bahan-bahan kegunaan harian ini sudah semestinya mengandungi bahan kimia
dan bahan aktif. Penghasilan air mustacmal daripada aktiviti harian akan mengalir
keluar melalui paip sinki dapur, paip saluran dari bilik mandi dan tempat
membasuh kenderaan. Kesemua air mustacmal ini akhirnya akan mengalir ke alur
air seperti longkang atau parit dan seterusnya dialirkan ke sungai. Sekiranya air
mustacmal yang dilepaskan ke alur air tanpa sebarang rawatan akan memberikan
kesan terhadap kualiti air dan menyebabkan pencemaran air sungai serta boleh
menjejaskan kesihatan.
Masalah berkaitan air mustacmal yang berpunca daripada lebih 10,000
pusat cuci kenderaan yang dianggarkan beroperasi di negara ini, dikenal pasti
antara punca pencemaran sumber air dan hidupan laut yang boleh menyebabkan
kanser. Ia berikutan penggunaan 'snow wash' mengandungi bahan kimia Linear
5
Alkylbenzenes (LABs) tanpa sebarang sekatan atau larangan, malah hampir 95
peratus daripada pusat cuci kenderaan langsung tidak dilengkapi sistem aliran dan
rawatan sisa air, sebaliknya terus disalurkan ke longkang atau sungai. Pakar
Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti Putra Malaysia (UPM),
Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria berkata, “Kurangnya kesedaran dan sikap
bertanggungjawab menguruskan lebihan air menyebabkan sisa basuhan dibiarkan
mengalir ke longkang, sungai dan laut. Kesan penggunaan bahan kimia tanpa
kawalan itu kini pada tahap sangat membimbangkan, sekali gus memerlukan
pihak berkuasa melakukan sesuatu dengan segera, terutama kerana hasil laut
adalah antara makanan utama rakyat negara ini. Sangat membimbangkan, kajian
ke atas tisu kupang di beberapa kawasan perairan negara menemui bahan LABs,
benzo (a) pyrene dan benz (g,h,i) perylene, iaitu sejenis hidrokarbon aromatik
yang paling berbahaya kepada kesihatan manusia. Ia boleh menyebabkan
kemusnahan sistem endokrin dan punca kanser kerana bahan karsinogenik adalah
penyebab kanser. Situasi sama berlaku kepada hidupan laut lain dimakan
manusia.” (Berita Minggu, Dis 2009)
Oleh itu, masalah pencemaran air sungai dan kualiti air terjejas yang
berpunca daripada air mustacmal mampu menjejaskan kesihatan manusia. Pihak-
pihak yang bertanggungjawab kurang prihatin dan peka terhadap sistem
pengurusan dan pengaliran air mustacmal yang akhirnya dapat memberikan kesan
negatif bukan sahaja kepada manusia malahan alam sejagat juga. Air mustacmal
perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan ke sungai agar kualiti air tidak
terjejas dan merbahayakan kesihatan. Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air
ini adalah penting untuk kehidupan generasi masa hadapan agar mereka dapat
menjalani kehidupan dengan sempurna dan sihat.
6
1.3 Penyataan Masalah
Setiap tahun Malaysia mengadakan sambutan Hari Air Sedunia yang
diraikan pada setiap 22 Mac. Hari Air Sedunia menekankan betapa pentingnya air
untuk kehidupan. Usaha memanfaatkan air dapat meningkatkan taraf kehidupan
yang sihat sejahtera dan dapat mengelakkan dari segala kekotoran, pencemaran
dan penyakit.
Pelbagai pihak telah mengambil inisiatif untuk menjadikan air sebagai
sumber alam yang sentiasa bersih dan selamat digunakan dalam semua aktiviti
kehidupan manusia. Mereka perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab
dalam pengurusan air mustacmal agar kualiti air berada pada tahap yang selamat
dan tidak menjejaskan kesihatan.
Pengkaji melihat bahawa penghasilan air mustacmal sangat banyak setiap
hari melalui pelbagai aktiviti. Sekiranya setiap pengguna menggunakan 208 liter
air sehari untuk pelbagai tujuan di rumah, maka sekurang-kurangnya telah
menghasilkan sebanyak 168.5 liter sehari air mustacmal atau 5054 liter air
mustacmal seorang bagi setiap bulan. (Dewan Kosmik, Mac 2010). Adakah kualiti
air mustacmal yang terhasil daripada pelbagai aktiviti itu boleh mendatangkan
kesan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar? Masalah yang lebih besar akan
berlaku sekiranya kuantiti dan kualiti air mustacmal tidak diberi perhatian yang
sewajarnya dalam menguruskan kehidupan.
Berdasarkan kepada permasalahan ini, maka pengkaji terdorong untuk
membuat kajian tentang tahap kualiti air mustacmal menurut perspektif Islam.
Pengkaji mendapati bahawa kuantiti penggunaan air yang banyak akan
menghasilkan air mustacmal yang banyak juga dan seterusnya mampu
menyebabkan pencemaran.
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
` 1.4.1 Mengenalpasti air mustacmal menurut perspektif Islam.
1.4.2 Mengkaji tahap kualiti air mustacmal yang dihasilkan dalam kehidupan.
1.4.3 Melihat kesan air mustacmal dalam kehidupan.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah air mustacmal menurut perspektif Islam?
1.5.2 Apakah tahap kualiti air mustacmal yang dihasilkan dalam kehidupan?
1.5.3 Apakah kesan air mustacmal dalam kehidupan?
1.6 Kepentingan Kajian
Penggunaan air adalah sangat penting untuk pelbagai aktiviti dalam
kehidupan. Kualiti air perlu diberi keutamaan dalam penggunaan air. Penggunaan
air dalam kuantiti yang banyak akan menghasilkan kuantiti dan kualiti air
mustacmal yang banyak juga dan akan dapat menjejaskan kesihatan.
8
Hasil penyelidikan ini diharap dapat menunjukkan bahawa penghasilan air
mustacmal setiap hari dalam kehidupan akan dapat memberi kesan kepada
manusia, haiwan dan alam serta dapat menyebabkan pencemaran air. Oleh itu,
secara tidak langsung adalah diharapkan agar penggunaan air dapat dilakukan
dengan bijak dan sempurna bagi mengelakkan pembaziran dan kualiti air
tercemar.
Penyelidikan ini sangat penting khasnya kepada pengkaji dan secara
umumnya kepada setiap lapisan masyarakat antaranya kepada :
1.6.1 Pelajar
Pelajar telah didedahkan dengan pengetahuan berkaitan air mustacmal
sejak diperingkat awal lagi. Oleh itu adalah diharapkan kepada golongan ini agar
dapat menggunakan air dengan sebaiknya bagi mengelakkan penghasilan kuantiti
air mustacmal yang banyak. Pengurusan air dengan betul akan dapat mengelakkan
daripada terjadinya pembaziran dan akan menjadikan persekitaran bersih serta
kesihatan terjamin.
1.6.2 Penjaga
Penjaga atau ibu bapa adalah pendidik pertama bagi anak-anak. Mereka
adalah orang pertama yang memberikan pengajaran kepada anak-anak dalam
pengurusan diri. Mereka juga perlu menjadi contoh teladan kepada anak-anak.
Penyelidikan ini diharap dapat membantu dalam melatih dan mengajar anak-anak
agar menguruskan air dengan kuantiti yang sedikit bagi memastikan kualiti air
9
sentiasa terjamin dan bersih. Selain itu dapat juga mendisiplinkan anak-anak
untuk menguruskan air dalam pelbagai aktiviti.
1.6.3 Pendidik
Pendidik atau guru merupakan orang kedua terdekat selepas ibu bapa
dalam usaha untuk mendidik anak-anak sama ada di peringkat rendah atau tinggi.
Penyelidikan ini diharap dapat membantu warga pendidik untuk memberi
pendedahan kepada anak-anak berkaitan kepentingan air, air mustacmal,
pengurusan dan penggunaan air dengan betul serta pencemaran air.
1.6.4 Pihak-pihak yang bertanggungjawab
Penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang
bertanggungjawab dalam pengurusan air akan bekerjasama dalam memastikan
kualiti air sentiasa bersih dan bebas daripada segala unsur yang boleh
menjejaskan kesihatan. Mereka juga harus mempertingkatkan lagi sistem
pengurusan saliran air dan kemudahan rawatan air dengan sebaik mungkin agar
kualiti air sentiasa terjamin setiap masa. Kerjasama daripada semua pihak adalah
amat penting dalam memastikan kualiti air selamat digunakan dan mengelakkan
terjadinya pencemaran air serta wabak penyakit.
10
1.6.5 Masyarakat umum
Masyarakat umum dapat menjadikan penyelidikan ini sebagai rujukan
dalam pengurusan air dengan betul. Mereka juga akan lebih prihatin terhadap isu
air mustacmal ini dalam kehidupan mereka agar menggunakan air dalam kuantiti
yang sedikit bagi mengelakkan terhasilnya air mustacmal yang banyak yang akan
dapat menjejaskan kesihatan.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di negeri Johor Darul Takzim. Pengkaji memilih tiga
lokasi kajian iaitu sebuah restoran di Stulang iaitu Restoran Tai Son Seafood,
sebuah pusat mencuci kenderaan di Taman Universiti iaitu SCS Car Care dan
sebuah cafeteria di Universiti Teknologi Malaysia iaitu Kafeteria Kolej 9. Kajian
ini juga melibatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan
berkaitan air iaitu Syarikat Air Johor (SAJ) dan Institut Pengurusan Alam Sekitar
dan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia.
Pengkaji memilih lokasi kajian dan jabatan-jabatan berikut adalah kerana
bersesuaian dengan tajuk penyelidikan yang memerlukan kepada sampel air untuk
dibuat ujikaji, dapatan data-data, indeks kualiti dan statistik yang tepat dan betul
berkaitan kualiti air serta pengurusannya. Maklumat diperolehi dengan
mengadakan sesi temubual dan melawat lokasi kajian. Pemilihan tempat dan
batasan kajian adalah disebabkan oleh faktor jarak dan mudah untuk berulang-alik
kerana berdekatan dengan tempat pengajian pengkaji. Oleh itu, dapatlah
memudahkan pengkaji untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan
dalam penyelidikan.
11
1.8 Takrifan Istilah
Istilah-istilah yang digunakan di dalam penulisan ini membawa maksud
tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan pembaca memahami
istilah tersebut supaya tidak terkeliru dengan istilah umum.
1.8.1 Kualiti
Menurut Tesaurus Melayu Moden Utusan (1994:142) kualiti bermaksud
darjah, gred, harga, kedudukan, martabat, mutu, nilai, nisbah, status, taraf, takat
dan tingkat
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan kualiti adalah darjah
kecemerlangan biasanya yang tinggi atau pun mutu. (Kamus Dewan: 2007:833)
1.8.2 Air Mustacmal
Menurut Tesaurus Melayu Moden Utusan, air bermaksud ekstrak, inti,
intisari, isi, jus, konsentrat, kordial, pekatan, perahan, pati atau sari. (Tesaurus
Melayu Moden Utusan:1994:4)
Kamus Pengetahuan Islam mendefinisikan air mustacmal mengikut istilah
ilmu fekah ialah air yang telah digunakan dan kurang daripada dua kolah seperti
air yang telah digunakan untuk berwudhuk. Hukum air jenis ini, suci tetapi tidak
boleh menyucikan benda lain. Apabila dikumpulkan hingga sampai kepada
sukatan dua kolah, maka air itu bertukar menjadi air mutlak iaitu suci dan boleh
12
menyucikan sekiranya ia tidak berubah rasa, bau atau warna. (Kamus
Pengetahuan Islam:1976:241)
Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar (2003:31) pula mendefinisikan air
mustacmal (air yang telah dipakai) iaitu air yang berasal daripada tubuh orang
yang berwudhuk atau mandi; jika banyak maka air itu suci.
1.9 Kesimpulan
Air mustacmal atau air sisa basuhan adalah air yang kualitinya tidak bersih
dan telah bercampur dengan pelbagai bahan lain yang mampu untuk menjejaskan
alam sekitar. Oleh itu peranan dan tanggungjawab daripada semua pihak untuk
menggunakan air dalam kuantiti yang amat sedikit bagi megurangkan terhasilnya
air mustacmal amatlah digalakkan dan dipraktikkan dalam kehidupan.