noor hidayah binti mohammad maskuri biosfera daratan -

13
BIOSFERA DARATAN Alam sekitar dapat dibahagikan kepada dua, iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran manusia. Kesemua komponen atmosfera (udara), litosfera (batuan) serta pedosfera (tanih), hidrosfera (air) dan biosfera (flora dan fauna) berinteraksi di antara satu dengan lain untuk mewujudkan keseimbangan dinamik. Sekiranya dalam persekitaran fizikal terdapat gangguan melalui sesuatu proses, gangguan itu akan menyebabkan berlakunya tindak balas untuk memperbaiki keadaan. Simmons (1982) menyatakan biosfera adalah permukaan bumi dan bahagian atmosfera yang paling bawah di mana organisma hidup. Manakala Bradshaw & Weaver (1992) menyatakan biosfera ialah persekitaran organisma hidup, dibina oleh interaksi atmosfera-lautan, bumi dan persekitaran-permukaan bumi. Biosfera wujud dalam komponen yang dipanggil habitat yang berfungsi sebagai ekosistem. Ekosistem berinteraksi sebagai tempat tinggal, punca makanan, pengguna dan penghurai. Biosfera adalah semua tempat yang berhampiran dengan kita ataupun semua tempat lain di muka bumi ini di mana ada pelbagai bentuk kehidupan. Biosfera menyediakan oksigen, sumber makanan, perubatan, simpanan air, sumber kayu balak dan pelancongan. Biosfera terbahagi kepada biotik dan abiotik. Kita sebagai manusia sendiri merupakan salah satu komponen biotik selain tumbuhan dan manusia. Istilah biosfera ini menunjukkan kita amat saling bergantung dengan alam

Upload: pismpsainsjan10

Post on 02-Jan-2016

172 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

BIOSFERA DARATAN

Alam sekitar dapat dibahagikan kepada dua, iaitu persekitaran fizikal dan

persekitaran manusia. Kesemua komponen atmosfera (udara), litosfera (batuan)

serta pedosfera (tanih), hidrosfera (air) dan biosfera (flora dan fauna) berinteraksi di

antara satu dengan lain untuk mewujudkan keseimbangan dinamik. Sekiranya dalam

persekitaran fizikal terdapat gangguan melalui sesuatu proses, gangguan itu akan

menyebabkan berlakunya tindak balas untuk memperbaiki keadaan.

Simmons (1982) menyatakan biosfera adalah permukaan bumi dan bahagian

atmosfera yang paling bawah di mana organisma hidup. Manakala Bradshaw &

Weaver (1992) menyatakan biosfera ialah persekitaran organisma hidup, dibina oleh

interaksi atmosfera-lautan, bumi dan persekitaran-permukaan bumi.

Biosfera wujud dalam komponen yang dipanggil habitat yang berfungsi

sebagai ekosistem. Ekosistem berinteraksi sebagai tempat tinggal, punca makanan,

pengguna dan penghurai. Biosfera adalah semua tempat yang berhampiran dengan

kita ataupun semua tempat lain di muka bumi ini di mana ada pelbagai bentuk

kehidupan. Biosfera menyediakan oksigen, sumber makanan, perubatan, simpanan

air, sumber kayu balak dan pelancongan. Biosfera terbahagi kepada biotik dan

abiotik.

Kita sebagai manusia sendiri merupakan salah satu komponen biotik selain

tumbuhan dan manusia. Istilah biosfera ini menunjukkan kita amat saling bergantung

dengan alam sekeliling. Terlalu banyak rantai makanan yang membentuk siratan

makanan yang amat kompleks untuk dirungkai. Semua rantai makanan bermula

dengan autotrof, sama ada tumbuhan ataupun organism.

Antara tiga kumpulan biosfera, manusia mendiami biosfera daratan sebagai

tempat tinggal kita untuk menjalani kehidupan seharian. Setiap apa yang berlaku di

atas muka bumi ini adalah kerana tindakan kita sendiri. Manusia memerlukan apa

yang ada di permukaan bumi. Kita bernafas menggunakan oksigen. Gas karbon

dioksida yang dibebaskan digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis.

Makanan yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan disimpan dalam daun, batang,

Page 2: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

akar dan sebagainya dimakan oleh herbivor seperti lembu untuk memperolehi

tenaga untuk kehidupan dan pembesarannya.

Setiap proses yang berlaku ini melibatkan tenaga kimia dalam aliran tenaga

di dalam siratan makanan. Tenaga yang ada akan semakin berkurang kerana

proses semulajadi ini berlaku.

Namun, pernahkan kita terfikir bahawa terdapat beberapa tindakan

akal kita sebagai manusia yang telah mengganggu sistem biosfera ini. Terdapat

beberapa isu alam sekitar yang sering kita dengar seperti aktiviti pembalakan tidak

terkawal, kepupusan flora dan fauna serta pemburuan spesies terancam. Malaysia

sebenarnya tidak terkecuali daripada isu-isu ini. Baru-baru ini kita diperdengarkan

mengenai isu pembalakan tidak terkawal yang berlaku di negeri Kedah. Banyak

pokok balak yang ditebang sesuka hati tanpa kawalan dan tanpa penguatkuasaan.

Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana pokok balak dan hutan amat

penting dalam usaha memelihara keseimbangan ekosistem untuk biosfera daratan

ini.

Hakikatnya, isu biosfera daratan ini telah lama wujud. Jika kita selusuri

sejarah pada masa lampau, kita dapat mengetahui mengenai kewujudan hidupan

gergasi yang dikenali sebagai dinasour. Dinasour dikatakan pupus akibat bencana

alam di mana pada waktu itu terdapat sebuah meteor yang amat besar telah

menghentam bumi dan mengakibatkan spesies dinasour ini mati dan mengundang

kepupusan. Kesannya pada masa kini kita tidak berpeluang lagi untuk melihat

spesies ini kerana biosfera daratan ketika itu musnah dihentam meteor.

Jika di Malaysia pula, kemusnahan biosfera daratan pula sudah bermula

sejak zaman penjajahan lagi. Beberapa kawasan hutan telah musnah kerana

perancangan pembinaan pelabuhan seperti ni kawasan Klang, Selangor. Pada

zaman penjajahan tersebut perlabuhan ini dikenali sebagai Port Swettenham.

Apabila Malaysia mendapat kemerdekaan, pihak kerajaan telah mula mengambil

berat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di negara ini.

Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia

adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil

Page 3: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar

telah bermula sejak zaman penjajah lagi.

Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah

menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan

keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat. Keuntungan dari pelaburan itu

adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka.

Secara umumnya, Malaysia merupakan negara yang kaya dengan hutan

hijau tropika. Dalam satu perjanjian, Malaysia bersetuju untuk mengekalkan 50%

kawasan hutannya sebagai hutan simpan. Hutan tropika jauh lebih berharga

berbanding dengan hutan sederhana dan hutan-hutan lain. Kajian oleh Tabung

Hidupan Liar Dunia menunjukkan bahawa hutan tropika mengandungi antara lima

hingga 20 kali ganda spesis, pokok berbanding dengan hutan sederhana.

Atas sebab prihatin terhadap alam sekitar, Malaysia telah memperkenalkan

satu usaha murni dalam memastikan kelangsungan hidupan alam sekitar. Malaysia

mula mempromosikan Rizab Biosfera yang dijalankan di Tasik Chini di negeri

Pahang.

Kedudukan geografi Tasik Chini, Pahang

Tasik Chini merupakan sebuah tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia.

Tempat ini memang popular dalam kalangan pelancong sebagai pusat pelancongan

semulajadi. Namun, pada akhir 1990-an, kedatangan pelancong didapati merosot

dan ini menjejaskan komuniti yang menawarkan ekopelancongan, terutama orang

Page 4: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

asli. Laporan mengatakan bahawa Tasik Chini terjejas kerana aktiviti manusia

seperti pertanian ladang, perlombongan dan pembalakan. Justeru, kerajaan telah

mengambil langkah bijak dengan mengisytiharkan Tasik Chini sebagai Rizab

Biosfera untuk beberapa aspek penting. Hal ini termasuklah dalam mempakej

pelancongan, modal sosial, modal ekonomi dan modal budaya setempat.

Rizab Biosfera merupakan satu pendekatan pembangunan yang

mengimbangi kesejahteraan ekologi, sosial dan ekonomi (UNESCO, 1996).

Pendekatan ini dijalankan untuk mengurangi kehilangan kepelbagaian biologi,

meningkatkan taraf hidup penduduk lingkungan rizab, memperkasakan kedudukan

sosial dan menjamin kelestarian alam sekitar.

Di Malaysia, pembangunan berdasarkan pendekatan Rizab Biosfera telah

dirintis oleh Tasik Chini. Tasik ini mempunyai beberapa keistimewaan dari segi

ekologi, budaya dan komuniti. Namun begitu, tasik ini berdepan dengan beberapa

ancaman, kesan daripada tindak balas atau rencana pembangunan yang kurang

menepati kehendak dan kesesuaian ekosistem kawasan ini.

Rizab Biosfera mengandungi dua perkataan asas iaitu rizab dan biosfera.

Perkataan rizab bererti simpanan sesebuah kawasan yang mempunyai asset dan

sumber yang amat penting kepada semua masyarakat dunia. Kata biosfera pula

bererti bahagian dari kehidupan dan semua hal ini mewakili kehidupan di planet ini.

UNESCO menggunakan istilah ini kerana dapat difahami dan diterjemahkan oleh

banyak negara. Secara ringkasnya, Rizab Biosfera adalah kawasan khusus yang

menggalak penghuninya mengamalkan penggunaan sumber alam secara lestari

(Tsaur et al. 2006). Matlamat pengurusan kawasan Rizab Biosfera pula adalah untuk

melindungi nilai dan cirri semulajadi, memulihara nilai istimewa dan keunikan

sesuatu kawasan, melindungi habitat dan mengawal aktiviti yang merosak dan

mengancam kawasan perlindungan.

Jika kita seorang yang beragama Islam, sepatutnya kita sedar bahawa

terdapat tiga hubungan penting yang perlu kita pelihara. Hubungan tersebut ialah

hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan terhadap alam

sekitar. Planet Bumi merupakan tempat tinggal kita. Ini menjadi kewajipan kita untuk

memelihara kebersihan dan keseimbangan alam sekitar. Contoh termudah ialah

agama Islam menuntut kita menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah

Page 5: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

merata-rata. Ini kerana apabila berlaku banjir, kebiasaannya aliran air tidak dapat

mengalir dengan lancar kerana terdapat banyak sampah sarap yang menyekat

aliran air. Ini akan menyebabkan masalah banjir kerap berlaku dan kesannya,

manusia akan mengalami masalah untuk menjalankan aktiviti seharian. Justeru,

pengenalan konsep Rizab Biosfera ini adalah sejajar dengan tuntutan agama Islam

dalam usaha memelihara hubungan antara manusia terhadap alam sekitar.

Rizab Biosfera Tasik Chini ini memberi kepentingan dalam mengekalkan

kepelbagaian biologi di hutan Malaysia ini. Terdapat 200 spesies burung dan 240

spesies ikan di sekitar tasik ini. Tasik ini memiliki kekayaan flora dan fauna dan

sumber biologi seperti 51 spesis tumbuhan jenis hutan rendah, 15 spesis tumbuhan

hutan paya air tawar, dan 87 spesis ikan air tawar.

Tasik ini juga dapat menjana ekonomi Malaysia yang semakin popular

sebagai salah satu destinasi ekopelancongan. Aktiviti ini memberi kesan yang besar

terhadap perkembangan ekonomi orang asli sekitarnya. Mereka dapat menjual kraf

tangan dan pelbagai jenis sajian makanan kepada pelancong. Selain itu juga,

terdapat kawasan sekitarnya yang telah berkembang menjadi ladang kelapa sawit

yang menjadi sumber ekonomi kepada komuniti tempatan. Mereka juga menjual

beberapa hasil hutan sebagai sumber pendapatan.

Kerajaan mula melibatkan masyarakat tempatan dalam pelbagai program

pembangunan ekonomi seperti perladangan kelapa sawit dan ekopelancongan.

Hasilnya ekonomi orang asli semakin baik kerana banyak peluang pekerjaan yang

disediakan.

Konsep Rizab Biosfera ini memberikan satu signifikan penting kepada budaya

penduduk orang asli sekitarnya. Sejak turun temurun, mereka memiliki cara

kehidupan seharian yang unik. Mereka amat menghormati alam semula jadi yang

dikenali sebagai kepercayaan ‘animisme’. Ini dapat dilihat dalam nyanyian dan tarian

mereka. Jika kawasan ini musnah, warisan bagi kaum orang asli ini juga akan turut

lenyap bersama arus pembangunan moden. Kesannya, mereka masih berpeluang

untuk hidup secara hamonis dan dalam masa yang sama pihak kerajaan sentiasa

menjaga kepentingan mereka.

Page 6: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

Bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran, kawasan Tasik Chini berpotensi

sebagai makmal hidup bagi penggemar alam sekitar. Orang awam dapat menikmati

pembelajaran secara langsung dengan melawat ke kawasan ini. Ekopelancongan

alam dan pendidikan adalah sebahagian aktiviti utama yang membolehkan komuniti

tempatan mengembangkan kemampuan dan ekonomi mereka.

Kita perlu sentiasa peka terhadap setiap perubahan alam sekitar. Aset

semulajadi Tasik Chini semakin pupus disebabkan kegiatan pembalakan yang amat

aktif sebelum ini. Akibatnya, hidupan tumbuahan seperti teratai yang melitupi

permukaan tasik semakin terjejas dan kedalaman tasik semakin berkurang dan

cetek. Apabila masalah ini dapat dikenalpasti, kerajaan segera memperkenalkan

Rizab Biosfera untuk memelihara setiap hidupan biotic di sekelilingnya.

Sambil menyelam minum air. Secara tidak langsung, kerajaan dapat

menyemai dalam diri masyarakat mengenai nilai pentingnya memelihara alam

sekitar ini. Terdapat kelompok yang peka terhadap alam sekitar, lalu Persatuan

Pencinta Tasik Chini telah ditubuhkan setelah konsep ini diperkenalkan. Institusi ini

menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap alam sekitar dan sentiasa

membantu kerajaan dalam menjayakan usaha-usaha untuk melestarikan alam

sekitar.

Kerajaan juga sentiasa melaksanakan tugasnya dalam mentadbir negara. Ini

dapat dilihat apabila kerajaan berperanan aktif melalui program pembangunan

Pantai Timur untuk memajukan Tasik Chini sebagai sumber ekonomi kawasan.

Selain itu, Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia telah

banyak melakukan kajian untuk pembangunan lestasi Tasik Chini. Kerajaan turut

menjalankan kempen kesedaran dan bekerjasama dengan UNESCO untuk

memelihara khazanah bumi ini.

Rizab Biosfera ini amat sesuai bagi mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

Sesiapa sahaja boleh membawa keluarga tercinta untuk bercuti di sini sambil

menikmati keindahan alam semula jadi. Banyak aktiviti boleh dijalankan seperti

boating, jungle tracking, memancing dan berkhemah. Hubungan antara ahli keluarga

akan semakin erat. Secara nilai keharmonian kekeluargaan dapat di pupuk dalam

kawasan hutan ini.

Page 7: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

Aktiviti pembalakan di Baling, Kedah

Pada masa yang sama, Malaysia juga kerap mempunyai masalah aktiviti

pembalakan yang tidak terkawal sejak dulu lagi. Aktiviti ini mampu mengganggu

kestabilan biosfera daratan muka bumi. Ini kerana pokok balak kebiasaannya hidup

di kawasan hutan yang berbukit bukau dan bergunung-ganang. Akar pokok balak

akan mengikat struktur tanah bukit dan gunung. Jadi, jika tiada akar pokok seteguh

ini, maka akan musnahlah bukit dan gunung yang menjadi pasak bumi untuk kekal

teguh.

Aktiviti pembalakan seterusnya akan mencetuskan barah yang lebih parah

iaitu kepupusan flora dan fauna. Apabila flora dan fauna pupus, akan timbullah

beberapa masalah lain. Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami

kepupusan yang serius, ia turut menjejaskan kitaran kehidupan. Contohnya, haiwan

yang diburu boleh menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi harimau untuk

mengawal populasi rusa dan kijang. Haiwan-haiwan ini terus membiak dan mampu

merosakkan kawasan rumput di sekitarnya.

Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan tanah baru

mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok secara tidak langsung

mencengkam tanah daripada runtuh. Akar-akar ini akan memastikan tanah sentiasa

berada dalam kedudukan semulajadi. Tetapi apabila hutan dan pokok-pokok

digondol, tiada lagi akar-akar yang mencengkam tanah. Apabila tiada lagi sokongan

pada tanah, tanah tidak lagi mampu untuk menampung segala benda di atasnya.

Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh berlaku. Dahulu negara di gemparkan

Page 8: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

dengan tragedi tanah runtuh di Genting Highlands dan Highlands tower. Jika

diperhatikan kawasan sekelilingnya tidak banyak pokok dan ini menyebabkan

hakisan tanah sekaligus tanah runtuh pun berlaku.

Tambahan lagi, apabila flora dan fauna yang sebelum ini menyerikan alam

semulajadi mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata hanyalah

kawasan gersang dan gondol seperti gurun. Malaysia yang kaya dengan pelbagai

jenis spesis tumbuhan dan haiwan serta hutan hujan tropika bertukar menjadi

padang jarak padang terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan

alam semulajadi.

Terdapat pelbagai langkah-langkah yang patut di ambil bagi mengatasi

masalah kepupusan flora dan fauna di Malaysia. Antaranya ialah mewujudkan

sistem pengurusan hutan yang boleh menjamin dan melindungi flora dan fauna

seperti menjalankan penanaman semula contohnya menanam semula pokok kayu

balak yang telah ditebang bagi menggantikannya. Selain itu, dengan menghadkan

kapasiti hutan untuk mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok ditebang.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan utama dalam memperketatkan

undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan haram. Pihak berkuasa perlu

sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh pembalak dan

pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal menghancurkan flora dan fauna.

Dengan mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman

rekreasi, taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi, habitat flora dan

fauna boleh terpelihara.

Malaysia mencadangkan Tabung Penghijauan Dunia diadakan. Program ini

ke arah memastikan 30 % permukaan bumi diliputi tumbuhan hijau pada akhir abad

ini. Ketika ini 27.6 % permukaan bumi diliputi dengan tumbuhan hijau. Matlamat

yang dicadangkan oleh Malaysia sebanyak 2.4 peratus sehingga tahun 2000 dengan

kadar 0.3 peratus setahun adalah memadai. Program ini hanya akan tercapai jika

mendapat kerjasama dari negara maju dalam bentuk modal, kepakaran, teknologi

hijau dan sebagainya. Malaysia sendiri sanggup menetapkan sasaran yang lebih

tinggi. Malaysia akan mengekalkan 50 % kawasan hijau sebagai membuktikan

komitmen negara ini tehadap penghijauan dunia.

Page 9: Noor Hidayah Binti Mohammad Maskuri   Biosfera Daratan -

Konsep Rizab Biosfera adalah satu pendekatan untuk membangunkan

kawasan dengan tetap menjaga kelestarian semula jadi mahupun budaya

komunitinya. Salah satu aktiviti yang boleh menjana ekonomi dan selaras dengan

konsep ini adalah aktiviti pelancongan berwawasan alam sekitar. Tasik Chini dapat

menonjolkan potensinya sejak diwartakan sebagai Rizab Biosfera pada 2009.

Secara kesimpulannya pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan

sesuatu perkara. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam

semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-

baiknya tidak ada lagi yang tinggal untuk generasi yang akan datang. Dunia ini

adalah pinjaman manusia tidak berhak untuk merampas atau meragut kekayaan

dunia dengan sewenang-wenangnya segala pekara yang ingin dilakukan perlu

melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan sebarang ancaman terhadap alam

semulajadi. Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua

jika tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.