tenaga dalam biosfera

19
1 TENAGA DALAM BIOSFERA KUMPULAN 3: MUHAMMAD HELMI SHAH BIN AHMAD ALI NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD KHALID ZAITON BINTI MUHAIMIN MOHAMMAD SALEHUDDIN BIN KASIM 20/8/2013

Upload: ayanurhidayah

Post on 13-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ipg

TRANSCRIPT

KULIAH 6

1TENAGA DALAM BIOSFERAKUMPULAN 3:MUHAMMAD HELMI SHAH BIN AHMAD ALINURHIDAYAH BINTI MOHAMAD KHALIDZAITON BINTI MUHAIMINMOHAMMAD SALEHUDDIN BIN KASIM20/8/2013120/8/20132BIOSFERABiosfera ialah lapisan bumi yang dibina oleh segala benda hidup yang juga disebut sebagai biotik.

Biosfera adalah permukaan bumi dan bahagian atmosfera yang paling bawah di mana organisma hidup. (Simmons 1982)

Biosfera ialah persekitaran organisma hidup, dibina oleh interaksi atmosfera-lautan, bumi dan persekitaran-permukaan bumi. (Bradshaw & Weaver 1992)

20/8/2013BIOSFERA3

20/8/20134BIOGEOGRAFI Kajian biosfera dalam bidang geografi lebih dikenali sebagai BIOGEOGRAFI iaitu satu kajian yang mengkaji tentang hidupan di ruang bumi, terutama dari segi taburan, habitat, gangguan dan sebagainya.

Biogeografi merupakan satu ilmu bagi memahami taburan tumbuhan dan haiwan dahulu dan kini (Brown & Gibson 1983).

20/8/20135ELEMEN BIOSFERASegala hidupan (biotik)-TumbuhanHaiwanManusia

20/8/20136PROSES DALAM BIOSFERA(Biasanya proses biosfera wujud dalam ekosistem yang disebut proses ekologi.

Penjelasan mengenai proses biosfera boleh dilakukan dengan mudah apabila melihat kitaran makanan/rantaian makanan, kitaran tenaga, kitaran nutrien dan banyak lagi, antara proses umum yang terdapat dalam biosfera ialah adalah perpeluhan, penguraian, adaptasi, persaingan, kelahiran, kematian, transpirasi, pengangkutan...20/8/2013ALIRAN TENAGAPerpindahan tenaga daripada satu organisma ke satu organisma yang lain.Berlaku apabila satu organisma memakan organisma yang lain.Interaksi inilah yang memastikan ekosistem dapat terus bertahan.

720/8/2013ALIRAN TENAGA8MATAHARI8% daripada cahaya matahari sampai ke Bumi digunakan oleh tumbuhan hijau.ARAS TROF PERTAMA (PENGELUAR) TUMBUHAN HIJAUDaripada 8% cahaya tersebut, 2% daripadanya digunakan untuk proses fotosintesis. Tenaga lain digunakan untuk proses metabolisma, transpirasi dan pertumbuhan.ARAS TROF KEDUA (PENGGUNA PRIMER)Apabila haiwan memakan tumbuhan, kira-kira 10% daripada biojisim tumbuhan ditukarkan menjadi tisu haiwan (herbivor). Sebahagian besar tenaga (90%) hilang semasa proses-proses respirasi, metabolisma dan pertumbuhan. 20/8/2013ALIRAN TENAGA (sambungan)9ARAS TROF KETIGA (PENGGUNA SEKUNDER) KARNIVOR KECILKira-kira 10% daripada biojisim mangsa ditukar menjadi daging badannya.Sebahagian besar (90%) tenaga hilang dalam proses-proses respirasi, metabolisma dan pertumbuhan.ARAS TROF KEEMPAT (PENGGUNA TERTIER) KARNIVOR BESARKira-kira 10% sahaja dalam kecekapan pemindahan tenaga. Sebahagian besar (90%) tenaga hilang dalam proses-proses respirasi, metabolisma dan pertumbuhan.TENAGA SEMAKIN BERKURANGAN20/8/2013RANTAI MAKANAN &SIRATAN MAKANANRantai Makanan: Suatu aliran tenaga dalam bentuk makanan yang disalurkan daripada tumbuhan kepada haiwan.

Siratan Makanan: Beberapa rantai makanan yang bergabung membentuk hubungan makanan.1020/8/2013CONTOH RANTAI MAKANAN11

Habitat: Sawah PadiPokok Padi Tikus Ular Helang(Pengeluar Pengguna Primer Pengguna Sekunder Pengguna Tertier)20/8/2013CONTOH SIRATAN MAKANAN12

Habitat: Sawah Padi**Berapakah bilangan rantai makanan yang bergabung untuk membentuk siratan makanan di atas?20/8/2013CONTOH SIRATAN MAKANAN(SAMBUNGAN)13Setelah dikira kira, terdapat 6 rantai makanan dalam siratan makanan di atas.

1.Pokok padi burung pipit ular helang2.Pokok padi tikus ular helang3.Pokok padi belalang burung pipit ular helang4.Pokok padi tikus ular helang5. Pokok padi tikus helang6.Pokok padi belalang ayam ular helang20/8/2013APAKAH KEPENTINGAN SIRATAN MAKANAN?Memastikan kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis/tiada, haiwan tersebut akan terdedah kepada risiko kepupusan. Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.

1420/8/2013APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA SESUATU ORGANISMA TERHAPUS?

Punca: Pembalakan tidak terkawal, pemburuan, keracunanJika salah satu organisma tiada, maka aliran tenaga dalam biosfera tidak dapat dialirkan ke organisma lain. Hal ini kerana organisma kedua mengalami ketiadaan makanan dan seterusnya mengurangkan bilangan organisma tersebut. Organisma ketiga dan seterusnya juga akan menjadi berkurang kerana ketiadaan makanan.

1520/8/201316

ALIRAN TENAGAContoh ekosistem: TASIK20/8/201317Aliran tenaga yang berlaku dalam siratan makanan tasik boleh dijelaskan seperti berikut:

ALIRAN TENAGA: EKOSISTEM TASIKTenaga (haba) dari matahari diterima oleh tumbuhan hijau (keladi, teratai, lumut, alga). Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis yang dijalankan apabila tumbuhan menghasilkan glukosa iaitu makanannya. Matahari bertindak sebagai pembekal utama tenaga asas.

Tenaga kimia yang disimpan dalam bentuk glukosa tadi seterusnya akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trof ini, zooplankton (pelbagai hidupan seni) berperanan sebagai pengguna primer.20/8/201318Tenaga kimia dalam zooplankton (pengguna primer) ini pula berpindah kepada pengguna sekunder (ikan-ikan kecil dan cacing) apabila haiwan berkenaan memakan zooplankton tadi. Tenaga kimia yang dipindahkan ini digunakan untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.ALIRAN TENAGA: EKOSISTEM TASIK(SAMBUNGAN)Seterusnya tenaga kimia yang disimpan di dalam pengguna sekunder pula akan dipindahkan / berpindah ke pengguna tertier (ikan-ikan yang lebih besar) apabila ikan-ikan ini memakan ikan-ikan kecil dan cacing/ ulat. Dalam konteks ini, sekali lagi tenaga kimia yang dipindahkan itu berfungsi untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.20/8/201319

**Kesimpulan - aliran dan perpindahan tenaga dari satu tingkat pengguna ke tingkat pengguna yang seterusnya hanya akan berlaku apabila berlakunya proses makan dan memakan serta penguraian dan pereputan oleh organisma pengurai.Akhirnya, tenaga kimia yang terdapat di dalam pengguna tertier akan berpindah / dialirkan kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria, fungi dan protozoa apabila ianya menguraikan segala pengguna yang telah mati dan reput daripada tumbuhan dan haiwan yang terdiri daripada pengguna primer, sekunder dan tertier. Bahan organik yang reput ini akan menambahkan nutrien dalam tasik tersebut. Nutrien-nutrien tadi akan digunakan kembali oleh tumbuhan autotrof untuk tumbesaran.ALIRAN TENAGA: EKOSISTEM TASIK(SAMBUNGAN)20/8/2013