nota sejarah hidayah

32
SISTEM PEMBESAR DI RUSIA Golongan pembesar merupakan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan. Tujuan pelantikan golongan pembesar untuk membantu raja atau maharaja dalam bidang pemerintahan yang merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Mengikut Kamus Dewan pula golongan pembesar bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan. Dalam sistem pemerintahan raja atau maharaja, kedudukan pembesar sangat penting dan berada di lapisan kedua selepas kedudukan raja atau maharaja. Institusi pemerintahan di Russia memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar. Bagi memastikan golongan pembesar sentiasa taat setia kepada raja atau maharaja dan mengawasi tindak tanduk pembesar maka satu badan pemantau telah diwujudkan oleh raja atau maharaja. Jika seseorang pembesar gagal melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan baik, raja atau maharaja mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatannya dan digantikan dengan pembesar lain yang lebih berwibawa dan dipercayai. Kuat atau lemah sesebuah kerajaan atau raja atau maharaja adalah bergantung kepada golongan pembesar yang dipilih dan dilantik oleh raja atau maharaja. Sebab itulah golongan pembesar diibaratkan sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan dalam sesebuah kerajaan. Sistem pembesar yang diamalkan di negara Rusia boleh dibahagi kepada beberapa peringkat iaitu pembesar diperingkat pusat, pembesar peringkat daerah atau wilayah dan pembesar peringkat kampung. Bidang tugas mereka hampir sama tetapi kedudukan serta kuasa mereka yang membezakan di antara golongan pembesar. Sistem Pembesar Di Rusia Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan negara China. Semasa era pemerintahan Moscow dan Dinasti Ramanov sistem pembesarnya terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat daerah dan peringkat kampung. Pentabiran Di Peringkat Pusat. Di peringkat pusat, sistem pemerintahan pembesar melalui Majlis Penasihat Tertinggi (Duma), Majlis Penasihat (Zemskii Sabor) dan jabatan kerajaan (Prikazi). Duma dianggotai oleh golongan bangsawan paling kanan dan bertanggungjawab menyelaras hal ehwal pemerintahan, mengubal dan meluluskan dasar kerajaan, dan sistem kehakiman. Walaubagaimanapun raja masih lagi berkuasa untuk membuat keputusannya. Zemskii Sabor pula dianggotai oleh golongan bangsawan. Bilangan ahlinya antara 40-50 orang dan bidang kuasa mereka lebih rendah berbanding kuasa Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal dan diluluskan oleh Duma. Sistem pembesar di Rusia disusun dengan teliti akan tidak berlaku pertindihan peranan, lebih seragam dan lebih cekap. Oleh itu Duma dan Zemskii Sabor telah dibubarkan dan diganti dengan Majlis Senate pada tahun 1711 semasa pemerintahan Peter The Great. Majlis ini dianggotai oleh 9 ahli dengan dibantu oleh Colleges bagi meringankan beban tugas Senate yang semakin hari semakin banyak tugasnya.

Upload: charles-anthony-prudente

Post on 04-Aug-2015

402 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sejarah Hidayah

SISTEM PEMBESAR DI RUSIA

Golongan pembesar merupakan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan. Tujuan pelantikan golongan pembesar untuk membantu raja atau maharaja dalam bidang pemerintahan yang merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Mengikut Kamus Dewan pula golongan pembesar bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.

Dalam sistem pemerintahan raja atau maharaja, kedudukan pembesar sangat penting dan berada di lapisan kedua selepas kedudukan raja atau maharaja. Institusi pemerintahan di Russia memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar. Bagi memastikan golongan pembesar sentiasa taat setia kepada raja atau maharaja dan mengawasi tindak tanduk pembesar maka satu badan pemantau telah diwujudkan oleh raja atau maharaja.

Jika seseorang pembesar gagal melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan baik, raja atau maharaja mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatannya dan digantikan dengan pembesar lain yang lebih berwibawa dan dipercayai. Kuat atau lemah sesebuah kerajaan atau raja atau maharaja adalah bergantung kepada golongan pembesar yang dipilih dan dilantik oleh raja atau maharaja. Sebab itulah golongan pembesar diibaratkan sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan dalam sesebuah kerajaan.

Sistem pembesar yang diamalkan di negara Rusia boleh dibahagi kepada beberapa peringkat iaitu pembesar diperingkat pusat, pembesar peringkat daerah atau wilayah dan pembesar peringkat kampung. Bidang tugas mereka hampir sama tetapi kedudukan serta kuasa mereka yang membezakan di antara golongan pembesar.

Sistem Pembesar Di Rusia

Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan negara China. Semasa era pemerintahan Moscow dan Dinasti Ramanov sistem pembesarnya terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat daerah dan peringkat kampung.

Pentabiran Di Peringkat Pusat.

Di peringkat pusat, sistem pemerintahan pembesar melalui Majlis Penasihat Tertinggi (Duma), Majlis Penasihat (Zemskii Sabor) dan jabatan kerajaan (Prikazi). Duma dianggotai oleh golongan bangsawan paling kanan dan bertanggungjawab menyelaras hal ehwal pemerintahan, mengubal dan meluluskan dasar kerajaan, dan sistem kehakiman. Walaubagaimanapun raja masih lagi berkuasa untuk membuat keputusannya.

Zemskii Sabor pula dianggotai oleh golongan bangsawan. Bilangan ahlinya antara 40-50 orang dan bidang kuasa mereka lebih rendah berbanding kuasa Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal dan diluluskan oleh Duma.

Sistem pembesar di Rusia disusun dengan teliti akan tidak berlaku pertindihan peranan, lebih seragam dan lebih cekap. Oleh itu Duma dan Zemskii Sabor telah dibubarkan dan diganti dengan Majlis Senate pada tahun 1711 semasa pemerintahan Peter The Great. Majlis ini dianggotai oleh 9 ahli dengan dibantu oleh Colleges bagi meringankan beban tugas Senate yang semakin hari semakin banyak tugasnya.

Dalam bidang pemerintahan, institusi gereja Kristian Ortodoks juga mempunyai peranan penting dalam bidang keagamaan, ekonomi dan politik. Namum peranan mereka telah dikawal dengan ketat oleh raja Rusia supaya pembaharuan yang ingin dilaksanakan di Rusia dapat dilaksanakan. Raja Peter telah bertindak tidak melantik Patriarch yang baharu pad tahun 1700 malah telah menggantikannya dengan Holy Synod.

Page 2: Nota Sejarah Hidayah

Dalam pengubalan dasar luar, Jawatankuasa Tidak Rasmi atau Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan memberi nasihat kepada raja malah menyokong segala dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah terutama di zaman Alexander I. Beliau juga telah melakukan perubahan dalam pemilihan anggota Duma atau parlimen seperti pemilihan anggota melalui pilihanraya. Semasa pemerintahan Nicholas II, beliau menjadikan Duma sebagai Parlimen Rendah iaitu keanggotaannya dipilih melalui undian oleh rakyat dan bukan dipilih oleh Tsar. Oleh kerana keanggotaannya terdiri daripada pelbagai peringkat dan bangsa maka ini telah menyukarkan Duma untuk membuat keputusan. Akhirnya Duma pertama telah dibubarkan dan Duma Kedua telah ditubuhkan pada Mac 1907.

Diperingkat pusat juga ditubuhkan Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungjawab membantu Tsar dalam menguruskan pentadbiran negara Rusia. Keanggotaan terdiri daripada golongan bangsawan.

Polis Rahsia Khas (Okhrana) juga ditubuhkan di peringkat pusat untuk mengawal penyebaran unsur propaganda yang boleh menggugat pemerintahan Tsar, demontrasi rakyat, mengawal jalan keluar masuk ke Rusia, menjadi pengintip raja atau Tsar dan menangkap golongan pengkhianat kepada Tsar. Penubuhan pasukan ini telah mengukuhkan lagi pemerintahan Tsar terutama di zaman pemerintahan Nicholas I, Alexander II dan Nicholas II.

Pentabiran Di Peringkat Daerah.

Pentadbiran peringkat daerah juga amat penting dalam membantu pemerintahan Tsar di Rusia. Pentadbiran di peringkat daerah di ketuai oleh gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat seperti di zaman pemerintahan Catherine.

Di peringkat daerah juga diwujudkan Majlis Perundangan Tempatan atau Majlis Daerah (Zemstvo). Rakyat diberi kuasa untuk memilih ahli Majlis Daerah. Ahli Majlis Daerah pula akan memilih ahli Majlis Wilayah. Majlis ini berperanan menjaga jambatan, jalan raya, pendidikan, kesihatan awam dan pemilihan pegawai undang-undang.

Pentabiran Di Peringkat Kampung.

Pentadbiran peringkat kampung pula dijalankan oleh Majlis Kampung. Majlis ini juga dikenali sebagai mir atau Komun. Majlis ini berperanan untuk memunggut cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan, menentukan jenis tanaman yang ditanam oleh petani, mengagihkan tanah pertanian kepada petani, memilih di kalangan golongan petani untuk menjadi tentera apabila diperlukan oleh Tsar, mengawal kemasukan pengaruh luar yang boleh mengugat kerajaan pusat dan menjadi pengintip kerajaan daripada berlakunya penentangan

Page 3: Nota Sejarah Hidayah

SISTEM PEMBESAR DI CHINA

Kedudukan

Sistem pembesar di negara-negara Asia Timur termasuk China masih mengamalkan sistem feudal. Berdasarkan sistem ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung kepada sokongan raja atau maharaja. Dalam masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya terhadap raja. Di China, pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat pusat dan pembesar peringkat wilayah. Kebanyakan golongan pembesar ini merupakan mereka yang lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam dalam kurikulum Confucius yang merupakan falsafah moral bagi masyarakat China klasik. Terdapat juga pembesar daripada kalangan golongan bangsawan atau tentera yang dilantik oleh maharaja.

Maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan, golongan terpelajar/sarjana, golongan petani, golongan pertukangan, saudagar/peniaga dan golongan askar. Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing. Golongan bangsawan di China adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharaja sendiri. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.

Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory. Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah. Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal Ehwal Negara. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti Jabatan Awam, Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, Jabatan Upacara serta Adat Istiadat dan Jabatan Penapis.

Golongan sarjana atau gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu pembesar-pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan terpelajar tetapi berkhidmat secara sukarela kepada pembesar wilayah yang dilantik oleh maharaja. Golongan Gentri ini bertindak sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri. Terdapat juga pembesar yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.

Peranan Pembesar di Peringkat Pusat

1. Raja atau maharaja China membahagikan tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas bagi melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara.

2. Dalam pemerintahan dan pentadbiran pusat, maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).

3. Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausaha agung yang dipilih oleh maharaja China.

Peranan Sekretariat Agung: a) Membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam pentadbiran pusat.b) Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam 6 badan kementerian.

Page 4: Nota Sejarah Hidayah

4. Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi. Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi ialah :

a. Dibahagikan kepada enam kementerian.b. Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu. Sangschu akan dibantu

oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya.

5. Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri daripada Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang, Lembaga Hukuman, dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.

a. Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan mewakili 4 bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan akaun pertanian atau tanaman. Kementerian ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja, serta menguruskan perbelanjaan negara dengan baik.

b. Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian ini juga menguruskan hal ehwal agama Buddha dan Taoisme. Anggotanya terdiri daripada golongan cendekiawan. Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada maharaja sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.

c. Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan pegawai, pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

d. Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di setiap provinsi.

e. Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal beberapa gudang dan kilang. Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja pembinaan, mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan, komunikasi laut dan darat, penyelarasan timbangan, dan mengawal pengeluaran barangan tertentu dari kawasan pergunungan dan tasik di China.

6. Maharaja China menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Ciri-ciri Lembaga Penapis :

(a) Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan pentadbiran.

(b) Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.

(c) Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah.

Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang ‘curang’ terhadap maharaja. Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja untuk mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan maharaja untuk mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar berkenaan.Justeru jelas menunjukkan bahawa pembesar pusat amat berperanan untuk mengukuhkan kedudukan maharaja.

Page 5: Nota Sejarah Hidayah

Peranan Pembesar di Peringkat Wilayah

1. Dalam pentadbiran pembesar di peringkat wilayah, sering kali kalangan tentera dilantik sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada dalam keadaan aman dan tenteram serta mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Selain golongan tentera, terdapat juga golongan sarjana atau official gentri/ Shan-shin diberikan peranan untuk mengetuai pentadbiran di wilayah. Secara umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.

2. Dalam pentadbiran semasa Dinasti Ching (Manchu) Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai bendahari amal di wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-undang jenayah dan bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi Pengawal Garam dan Pegawai Bijirin. Manakala, Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan.

3. Dalam melaksanakan tugasnya memegang amanah “mandat dari syurga”, maharaja amat bergantung kepada kekuatan angkatan tentera. Oleh itu jawatan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

4. Justeru pembesar wilayah juga dilantik dalam kalangan bijak pandai (gentry) yang telah lulus pendidikan Confucius. Keistimewaan pembesar wilayah:

a) Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat.

b) Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan dan menjalankan perintah mahajara.

c) Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka. d) Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh empayar atas arahan maharaja.e) Menjaga keamanan dan ketenteraman di wilayah-wilayah masing-masing.f) Menghantar hasil, cukai atau wang kepada kerajaan pusat.

Page 6: Nota Sejarah Hidayah

SISTEM BERMAHARAJA DI CHINA

Konsep Raja/Maharaja

Sistem pemerintahan beraja atau maharaja merupakan satu sistem pentadbiran yang meletakkan raja/maharaja pada kedudukan teratas dalam hierarki politik dan struktur sosial serta menjadi kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan. Dalam hubungan ini, kedudukan mereka sebagai seorang individu yang paling berkuasa adalah amat penting dalam masyarakat. Seseorang raja atau maharaja mempunyai peranan yang cukup besar dan secara peribadi merupakan perlambangan kepada kedudukan kerajaan. Seseorang raja/maharaja yang berwibawa dan disegani seharusnya berupaya mengekalkan kesejahteraan rakyat daripada sebarang bentuk ancaman sama ada secara fizikal mahupun bencana alam. Kejayaan seseorang raja/maharaja mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial. Keadaan ini menjadikan seseorang raja/maharaja sebagai penentu kepada hala tuju sesebuah kerajaan. Kejayaan seseorang raja/maharaja mengekalkan kuasa menandakan kejayaan peribadi seseorang raja/maharaja dan seterusnya menjamin kedudukan raja atau maharaja kekal di puncak kekuasaan.

Sistem Pemerintahan Kemaharajaan di China

Di negara China, kewujudan sistem maharaja dikatakan bermula sejak zaman Dinasti Hsia yang dianggap sebagai dinasti pertama dan berkekalan sehingga tahun 1911. Antara dinasti yang wujud lanjutan daripada Dinasti Hsia ialah Dinasti Shang (1750 SM), Dinasti Chin, Dinasti Sung, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Ming dan Dinasti Ching (Manchu).

Pemerintahan bercorak maharaja di negara China berakhir dengan berlakunya Revolusi pada tahun 1911. Sehubungan itu, walau sekerap mana sekalipun penggantian dinasti berlaku namun kedudukan maharaja sebagai pemerintah tertinggi tetap terpelihara. Maharaja kekal kedudukannya sebagai tonggak terpenting dalam kerajaan selagi berupaya mengekalkan mandat dari syurga. Maharaja China menjalankan pelbagai peranan dalam memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah di negara China sehingga kejatuhan Dinasti Manchu pada 1911.

Kedudukan Maharaja

Memerintah Berdasarkan Ajaran Confucius

Dalam mengabsahkan kedudukan maharaja dalam sistem pemerintahan di negara China, ia haruslah dilihat melalui kombinasi beberapa aspek terutamanya antara falsafah Confucius dan kepercayaan masyarakat terhadap perkembangan politik semasa yang melibatkan maharaja dengan kerajaan yang ditadbir serta hubungannya dengan kesejahteraan masyarakat pada ketika itu.

Konsep Manadat Dari Syurga

Kedudukan politik seseorang maharaja adalah dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of haeven atau mandat dari syurga. Konsep ini secara langsung meletakkan maharaja sebagai wakil syurga atau anak syurga (Tuhan) dan ia memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada seseorang maharaja.Konsep ini juga menjelaskan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada maharaja tersebut satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.Dalam hal ini, ahli falsafah terkenal China, Kung Fu-Tze menyatakan bahawa, “sesiapa (maharaja) yang berjaya mendapat mandat dari syurga akan berjaya menjadi maharaja, namun sekiranya mandat tersebut ditarik balik, ia (maharaja) akan dianggap sebagai penjenayah dan harus digulingkan”. Justeru bagi mengekalkan legitimasinya, seseorang maharaja harus memastikan kehidupan rakyat sentiasa berada dalam keadaan tenteram, harmoni dan makmur. Sekiranya maharaja tersebut gagal, maka mandatnya dianggap telah ditarik balik dan harus digantikan dengan seseorang yang lain yang mendapat mandat baru dari syurga.

Page 7: Nota Sejarah Hidayah

Kedudukan Maharaja Dalam Susun Lapis

Dalam susun lapis masyarakat pula, maharaja berada pada kedudukan tertinggi dalam sistem feudal. Justeru dalam mengekalkan kedudukannya, maharaja membahagikan negara China kepada dua bahagian, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah. Bagi membantu maharaja di peringkat pusat, golongan sarjana yang berpendidikan dan lulus peperiksaan awam dalam ajaran Confucius bertanggungjawab membantu dalam menggubal dasar-dasar awam serta melaksanakan arahan maharaja ke peringkat bawahan.Golongan ini mendapat status yang tinggi di istana serta berpengaruh dalam kalangan rakyat disebabkan pengetahuannya dalam ajaran Confucius. Di peringkat wilayah pula, pentadbiran lam dipertanggungjawabkan kepada golongan warlord atau hulubalang. Golongan ini membentuk pentadbiran sendiri di peringkat wilayah. Jarak yang jauh di antara peringkat pusat dan wilayah, memudahkan mereka membentuk sistem pencukaian, tentera dan pentadbiran sendiri.

Kedudukan seseorang maharaja semakin diperkukuhkan melalui falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan kesetiaan kepada maharaja sebagai keperluan kepada masyarakat selain isteri taat kepada suami dan anak taat kepada ibu bapa. Ajaran Confucius yang kemudianya menjadi ideologi politik dalam pembentukan sistem pentadbiran dinasti di China secara tidak langsung memperkasakan lagi kedudukan seseorang maharaja sebagai pemerintah. Sejak zaman dinasti-dinasti awal lagi, ajaran Confucius menjadi pegangan dalam pemerintahan. Ia membentuk satu aliran falsafah yang utama di China dan seterusnya menjadi asas kepada kebudayaan masyarakat tempatan di negara berkenaan sehingga kedatangan orang-orang Barat.

Peranan Maharaja di China

1. Politik

Ketua pemerintah

Dalam sistem pemerintahan Maharaja merupakan ketua pemerintah tertinggi negara yang berkuasa mutlak. Maharaja berkuasa penuh dalam semua aspek yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Segala perintah maharaja rakyat tidak boleh engkar dan jika engkar rakyat boleh dijatuhkan hukuman yang berat. Maharaja China juga sebagai ketua perundangan, eksekutif, & kehakiman. Untuk melicinkan pentadbiran Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi.Terdapat 6 orang pembesar kanan. Maharaja juga menubuhkan jabatan khas iaitu Jabatan Penapis sebagai mata dan telinga dan maharaja.

Melantik golongan pembesar

Maharaja China mempunyai peranan yang sangat besar dalam urusan melantik golongan pembesar sama ada di peringkat pusat atau wilayah. Golongan pembesar yang akan dilantik oleh maharaja ini perlu lulus dalam peperiksaan awam China yang diadakan diperingkat pusat, wilayah dan kampung. Maharaja perlu melantik golongan pembesar yang benar-benar boleh menjalankan tugas mereka kerana kuat atau lemah seseorang maharaja itu bergantung kepada mereka. Golongan pembesar ini dianggap sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan untuk menunjukkan betapa pentingnya golongan ini. Mereka akan membantu maharaja dalam pemerintahan sama ada diperingkat pusat atau wilayah. Memerintah berdasarkan prinsip Confucianisme.

Mengikut ajaran Confucius, “sesiapa berjaya mendapat mandat dari syurga akan berjaya menjadi pemerintah yang baik dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang aman serta makmur”. Sekiranya bencana alam berlaku menunjukkan bahawa maharaja yang memerintah tidak lagi mempunyai mandat dari syurga dan dianggap sebagai penjenayah. Maharaja mesti memerintah negara berdasarkan prinsip-prinsip anjaran confuciannisme.

Page 8: Nota Sejarah Hidayah

Menggubal undang-undang

Maharaja China juga berperanan dalam pengubalan undang-undang yang akan digunakan di negara China. Setiap arahan atau kata maharaja akan menjadi undang-undang. Kedudukan maharaja adalah mengatasi undang-undang. Sistem perundangan yang digubal akan memastikan kedudukan maharaja terjamin sebagai pemerintah berkuasa mutlak dan untuk memastikan negara sentiasa aman dan selamat. Maharaja juga menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh.

Sebagai ketua tentera

Maharaja adalah sebagai ketua tentera dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman negara serta rakyat. Baginda akan dibantu oleh golongan pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keselamatan terutama golongan bangsawan perang dan anggota tentera.

2. Ekonomi

Maharaja perlu memastikan ekonomi negara China sentiasa berkembang dan mampu memenuhi keperluan dalam negara iaitu sesuai dengan pengamalan dasar tutup pintunya. Maharaja menguasai semua hasil ekonomi negara, menentukan dan menguasai semua sistem pungutan cukai negara, terlibat dalam kegiatan perdagangan, menaungi perdagangan Asia Tenggara dalam perdagangan ufti, menentukan sistem sukatan dan timbangan dan sebagainya.

3. Sosial

Ketua agama

Maharaja China juga merupakan ketua agama yang diamalkan di negara China seperti Buddha, Toisme & Confucius. Baginda bertanggungjawab memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama yang dianuti di China dan memastikan kepercayaan agama mereka tidak dicemari oleh pengaruh luar seperti agama Kristian.

Ketua adat istiadat dan adat resam masy China.

Maharaja juga bertanggungjwab untuk memastikan setiap adat istiadat diraja dan adat resam dipatuhi setiap masa seperti adat kow-tow iaitu adat bersujud dihadapan maharaja sebanyak 9 kali tanpa boleh melihat wajah maharajanya. Adat ini mesti dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing yang ingin mengadap maharaja. Maharaja juga perlu memastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa dijaga seperti lambang naga yang hanya boleh dipakai oleh Maharaja dan kerabat diraja sahaja.

Pamerkan diri sebagai pemimpin intelektual bagi seluruh rakyat.

Maharaja bertanggungjawab untuk menjadikan istana sebagai pusat perkembangan ilmu. Oleh itu istana telah dijadikan sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan China untuk memilih kakitangan awam bagi menjawat jawatan tertinggi negara.

Page 9: Nota Sejarah Hidayah

SISTEM BERAJA DI RUSIA

Sistem pemerintah Rusia telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917. Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan empayar Byzantine selepas berlakunya perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469. Sistem pemerintahan di Rusia menggunakan konsep caesaropapism iaitu konsep gabungan unsur keagamaan dan politik yang mengkehendaki rakyat taat setia kepada pemeriantah Rusia.

Gelaran raja/maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran Caesar yang diguna pakai oleh pemerintah empayar Byzantine. Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada tahun 1917. Pada abad ke 16 hingga abad ke-20, pemerintahan beraja di Rusia di bawah Dinasti Romanov iaitu bermula dengan Michael Ramanov (1613-1645), Peter The Great (1682-1725), Catherine I (1725-1727), Tzar Alexander I (1801-1825), Tzar Nicholas I (1825-1855), Tzar Alexander II (1855-1881), dan Tzar Nicholas II (1894-1917).

Sistem beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov selama 304 tahun berakhir semasa pemerintahan Tsar Nikolai II apabila berlaku Revolusi Russia 1917 dan digantikan dengan sebuah parti campuran yang mengaku dirinya sebagai Kerajaan Sementara. Pemerintahan Kerajaan Sementara di bawah Putera Lyvov dan Alexander Kerensky sehingga 25 Oktober 1917. Akhirnya pemerintahan Rusia diambil alih oleh Vlanimir Ilyich Lenin melalui Revolusi Bolshevik.

Kedudukan Raja Rusia

1. Kedudukan Tertinggi

Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur masyarakat. Rakyat perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar merupakan ketua dalam setiap bidang pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa membuat segala keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar rakyat tidak boleh membantah.

2. Berkuasa mutlak

Sebelum Revolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1547, Ivan IV yang lebih dikenali sebagai ”Ivan yang ganas” telah memerintah Rusia dengan menggunakan kuasa mutlak. Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada tahun 1550, menubuhkan badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di Rusia dan berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan (1552) dan Astrakhan (1556). Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolai II (1894-1917) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.

3. Hak Istimewa

Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai hak istimewa dalam masyarakat seperti kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang.

Page 10: Nota Sejarah Hidayah

Peranan Maharaja Russia dalam pemerintahan

1. Ketua Negara

Maharaja Rusia berperanan sebagai ketua negara atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pentadbiran.Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti mana zaman pemerintahan Tzar Nicholas II.

2. Dasar Luar

Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri/hubungan diplomatik. Maharaja Rusia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Eropah Barat termasuk Jerman untuk melatih ketenteraan Rusia. Tsar Alexander I (1801-1825) telah menandatangani satu perjanjian dengan Napoleon pada tahun 1807 iaitu Rusia bebas menjalankan dasar menakluki Turki dan berjaya merampas wilayah Bessarabia pada tahun 1812.

3. Melantik Menteri

Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar juga mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan kedudukannya. Selain itu baginda juga berkuasa untuk memecat menteri yang dianggap menentangnya dalam pemerintahan. Contohnya semasa pemerintahan Tsar Nicholas II. Tsar akan memilih dan melantik menterinya yang benar-benar boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan. Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau penyokong kuat kerajaan. Kuat atau lemah seseorang Tsar itu bergantung kepada golongan menteri ini.

4. Bertanggungjawab menjaga keamanan

Pemerintahan Rusia bertanggungjawab untuk memulih, menjaga keamanan dan keselamatan seluruh negara Rusia daripada ancaman musuh. Pemerintah Michael Ramanov telah berjaya mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa buah bandar yang berkubu di selatan untuk menentang Tartar dan Turki.

5. Mengetuai ketenteraan

Dasar perluasan wilayah juga mendorong pemerintah Rusia mengawal ketenteraan. Oleh sebab Rusia sering terancam telah menyebabkan pemerintah Rusia memperkuatkan tenteranya seperti mana yang dilakukan oleh Peter The Great. Peter teleh menambah peruntukan ketenteraan sebanyak 2.3 juta rouble pada tahun 1701 kepada 32 juta rouble pada tahun 1710. Peter juga memastikan peruntukkan perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia.Begitu juga dengan pemerintah Yekaterina Agung (1762-1796) yang meluaskan kuasanya ke Poland-Lithuana dan di selatan memerangi wilayah empayar Uthmaniyyah. Alexander II (1855-1881) yang telah memodenkan tentera Rusia berjaya membebaskan Bulgaria daripada pemerintahan Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki (1877-1898).

6. Mengetuai bidang ekonomi

Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya negara bertambah kukuh dan stabil. Semasa Peter The Great, beliau telah menggalakkan pembangunan industri perkilangan membuat senjata, peralatan tentera, pembuatan makanan, sektor pembuatan seperti tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia boleh muncul sebagai pembekal besi utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18.Tzar Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta api bagi memajukan lagi sektor industri di Rusia. Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut memberi tumpuan kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia.

Page 11: Nota Sejarah Hidayah

7. Sebagai ketua agama Kristian

Pemerintah Rusia juga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab memperkukuhkan serta menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks. Pemerintah Rusia perlu memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama. Sebagai contoh pemerintah Peter The Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak menukar agama. Bagi menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan mubaligh Kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran pemerintah.

Page 12: Nota Sejarah Hidayah

RAJA BERKUASA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI PERANCIS

1. Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15M, telah menjadi asas bagi kemunculan pemerintahan mutlak di Eropah pada abad ke-16M dan ke-17M seperti Perancis. Maksud raja mutlak ialah pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen dan segala arahan raja merupakan undang-undang. Raja yang dilantik adalah atas kehendak Tuhan untuk menjadi ketua kepada rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Rakyat tidak boleh membantah perintah raja walaupun raja memerintah dengan zalim.

2. Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di dorong dengan lahirnya idea-idea oleh pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin, Hugo Crotius dan Cardinal Duc de Richelien. Jean Bodin mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat supaya boleh mengawal wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah negara berhak mempertahankan negara dengan membela hukum antarabangsa dan sesiapa yang mencabuli hukum antarabangsa akan dianggap penceroboh. Manakala Cardinal pula, berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak. Untuk menggelakkan daripada berlakunya ancaman atau penentangan maka rakyat tidak perlu diberi pendidikan.

3. Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai antara negara yang terkuat di Eropah menggantikan Sepanyol. Pemerintahan raja mutlak di Perancis dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715) yang dikenali sebagai ‘Grand Monarch’ yang memerintah selama 72 tahun. Semasa pemerintahannya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis.

4. Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur. Bagi memastikan dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan dibantu oleh menteri-menteri yang berwibawa.

5. Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada golongan bangsawan, Huguenot dan institusi-institusi kerajaan. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki mutlak di Perancis. Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya, Raja Louis XIV telah memperkenalkan beberapa dasar seperti:

a) Dasar Dalam Negara

Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama dan juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban (Menteri Ketenteraan).Louis juga menggunakan menteri yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis. Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pentadbiran dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya dengan itu beliau mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah tempat lain. Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan pelukis-pelukis terkemuka mengindahkannya. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar. Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen daripada raja dan dikehendaki tinggal dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan sokongan raja. Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri yang berkebolehan antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere.

Page 13: Nota Sejarah Hidayah

b) Dasar Ekonomi

Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai negara yang makmur . Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan industri baru, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga kebanyakan barangan. Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun perbelanjaan untuk peperangan tempatan semakin bertambah.

c) Dasar Ketenteraan

Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila raja mempunyai kawalan penuh ke atas ketenteraan. Baginda juga menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan.

Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera, menyediakan perumahan dan bekalan makanan kepada golongan tersebut. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.

d) Dasar Agama

Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk menganut agama pilihan mereka telah dibatalkan oleh raja pada 1685.Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu penganut bukan Katolik meninggalkan Perancis dan berhijrah ke England dan Amerika.

e) Dasar perluasan wilayah

Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan Perancis merangkumi Sungai Rhine dengan Perancis menguasai wilayah-wilayah seperti Spanish Netherlands dan United Province.

6. Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah kewangan Perancis dengan mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan, gereja dan hakim.

7. Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan parlimen buat kali pertama pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan. Segala usul yang dibincangkan akan diundi yang akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu, tetapi tidak mendapat persetujuan oleh Raja Louis XIV.

8. Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara) telah diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai “Sumpah Padang Tenis”.

9. Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.

Page 14: Nota Sejarah Hidayah

10. Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa. Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Perancis.

11. Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan, golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang sama untuk semua, menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik. Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di Perancis dikenali sebagai “Hari Ogos”.

12. Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas serta mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak melanggar batas undang-undang.

13. Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja berperlembagaan selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.

14. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah diperintah oleh diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan Undang-Undang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan dihukum tembak atau pancung.

15. Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat gilotin. Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh penyokong parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794. Perancis menjadi aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon Bonaparte pada penghujung tahun 1799.

Page 15: Nota Sejarah Hidayah

RAJA BERKUASA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND

1. Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah. Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan kedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak.

2. Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I.

3. Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara.

4. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak membelakangkan parlimen.

5. Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat.

6. Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja Charles I sebelum Bertukar kepada raja berpelembagaan.

Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak

1. Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku. Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka

2. Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam).

3. Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords.

4. Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.

Page 16: Nota Sejarah Hidayah

5. Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.

6. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).

7. Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.

8. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan golongan puritan.

9. Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka.

10. Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen. Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.

11. Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.

12. Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.

13. Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.

14. Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya.

Page 17: Nota Sejarah Hidayah

15. Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.

Perkembangan Raja Berperlembagaan di England

1. Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688.

2. Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu.

3. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.

4. Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara.

5. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.

6. Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang

7. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.

8. Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja

Page 18: Nota Sejarah Hidayah

PENYATUAN JERMAN

1. Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan masing-masing. Pada awal abad ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah. Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil di Jerman.

2. Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan mereka bersetuju untuk mencantumkan Jerman kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Honaver dan Saxony.

3. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di Amerika.

4. Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.

5. Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.

Proses Penyatuan Jerman

1. Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman, apabila William 1 ditabalkan sebagai Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya Prusia boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke arah tersebut telah dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui penambahan pegawai tentera, rekrut tentera yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.

2. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von Bismark, iaitu seorang junkers (tuan tanah) yang pernah menjadi ahli parlimen (1847), duta Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah menjinakkan ahli-ahli parlimen Prusia supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan William 1, Bismark telah bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan proses penyatuan Jerman .

3. Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.

4. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan. Peperangan pertama Bismark ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk mencapai tujuan tersebut, Bismark telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864. Perang Prusia-Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865. Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala Prusia mengawal Schleswig.

Page 19: Nota Sejarah Hidayah

5. Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria tidak dapat ditakluki. Justeru itu, Bismark mula mendapat sokongan daripada sekutunya di Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan bantuan kepada Rusia ketika Rusia berhadapan dengan pemberontakan di Poland. Manakala di Itali pula, Bismark telah menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia yang dikuasai oleh Austria.

6. Bismark mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk memerangi Austria namun ditentang oleh Parti Progresif yang menguasai parlimen. Bagi mengatasi senario tersebut, Bismark telah bertindak memberikan hak mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan lelaki bangsawan seperti yang diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen.

7. Bagi meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas Austria apabila menghantar tentera ke Holstein pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7 minggu, oleh sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.

8. Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague pada tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan wilayah Venetia diserahkan kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark mengabungkan semua negeri-negeri utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara.

9. Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman. Napoleon III tidak akan menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman. Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula bimbang kebangkitan Prusia sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis menuntut agar negeri-negeri Selatan Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai balasan pertolongan Perancis kepada Prusia mengalahkan Austria.

10. Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan Jerman bersatu dengan Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis supaya tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan misinya Bismark telah melancarkan perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia pada tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.

11. Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta membayar ganti rugi perang sebanyak 3 ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar Jerman yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.

12. Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor (Perdana Menteri). Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.

13. Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk mewujudkan keamanan di dalam dan luar negeri Jerman, membangunkan negara dan mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara Eropah. Bismark juga telah menanda tangani perjanjian 3 kuasa iaitu antara Prusia dengan Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan daripada Perancis menyerang Jerman.

14. Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja. Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan sosial.

Page 20: Nota Sejarah Hidayah

PENYATUAN ITALI

Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke 19. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian Utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih di kuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillio Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Count Camillio Cavour amat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860.

Proses Penyatuan

1. Gerakan untuk menyatukan Itali bermula sejak tahun 1815 oleh kelas Pertengahan Itali.

2. Faktor pertama ialah penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di Itali menyaksikan sistem pentadbiran yang berkesan perlu diwujudkan. Napoleon memperbetulkan undang-undang supaya lebih adil kepada semua kelas. Keistimewaan golongan aristokrat dihapuskan & golongan menengah yang rajin berusaha dinaikkan pangkat yang sama seperti golongan aristokrat.

3. Faktor kedua berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi golongan saudagar, mereka percaya dengan penyatuan Itali, dapat memberi faedah dalam bidang ekonomi. Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat dihapuskan, pasaran lebih luas, pembinaan jalan pengangkutan diseluruh Itali & penyediaan prasarana pelabuhan yang lebih baik. Itali juga dapat menjadi penghubung antara England dengan India apabila Terusan Suez dibuka.

4. Faktor ketiga ialah semangat untuk menyatukan Itali dikuatkan lagi dengan sentimen anti- Austria yang menguasai Lombardy & venetia serta menempatkan tentera di 4 kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua, Peschiera & Legnano.

5. Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830, kemungkinan berperang secara terbuka dengan penjajah Austria agak sukar dilakukan. Mereka yang menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk kongsi gelap. Kongsi gelap yang terpenting ialah Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali penentangan pada tahun 1818 & 1830, namun gerakan tersebut mengalami kegagalan.

6. Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo Benso di Cavour & Guiseppe Garibaldi.

Perjuangan Mazzini

1. Mazzini (1805-1872), berasal dari Genoa menubuhkan satu gerakan yang dikenali sebagai Itali Muda ( Young Itali ). Beliau berhasrat menjadikan Itali sebuah kerajaan republik. Gerakan Young Itali cuba bersifat nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan seperti golongan pertengahan, pekerja, buruh, pegawai, petani,pengawai tentera & sebagainya. Pada tahun 1833, dianggarkan 60000 menjadi ahli gerakan ini.

2. Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles Albert.

Page 21: Nota Sejarah Hidayah

Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor

1. Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor (1810-1861), Perdana Menteri dalam kerajaan Raja Victor Emmanuel di Piedmont ( Sardinia).

2. Semasa pemerintahan Raja Charles Albert, Count Camillo Benso tidak terlibat dengan kerajaan tetapi apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki tahkta, Count Camillo Benso de Cavour terlibat secara langsung dalam bidang politik. Pada tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850, beliau menjawat Menteri Pertanian & Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana Menteri Piedmont.

3. Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera, memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan disusun semula & menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa gereja.

4. Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-citanya iaitu menyatukan Itali. Oleh sebab itu, beliau telah menyusun semula tenteranya dengan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang ingin menghalau pemerintah Austria dari Itali .

5. Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimer bagi menentang Rusia. Namun ramalan Count Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia tidak berlaku dan rancangan pertama ini gagal.

6. Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan Perancis akhirnya pada tahun 1858 Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoloen III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.

7. Peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria dapat ditumpaskan di Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria.

8. Kekalahan Austria telah memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena kerana kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri

9. Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan Sardinia kecuali Rom. Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.

10. Seorang lagi tokoh yang terlibat dengan penyatuan Itali ialah Giusepppe Garibaldi (1807-1882) yang berasal dari Nice.Di bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan penggantinya Francis II.

11. Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi pemberontak disana. Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya menguasai Sicily dan Naples.Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.

12. Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom. Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya.

Page 22: Nota Sejarah Hidayah

KERAJAAN PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT

1. Persekutuan berasal daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat.

2. Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu.

3. Walaupun negeri-negeri ini berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi kebebasan untuk mengubal undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan budaya tempatan.

4. Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi 50 buah negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua kerajaan.

PERKEMBANGAN SEJARAH AMERIKA SYARIKAT

1. Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol, Portugis, Perancis, Belanda dan British.

2. John Cobat merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh Sir Humphrey Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan tersebut tidak sesuai untuk pertanian.

3. Pada tahun 1607, Kapt. John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya kerana memiliki kubu-kubu pertahanan di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka dan masalah agama terutama daripada golongan puritan.

3. Pada tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di New Plymounth dan telah mendapat bantuan orang Red Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah menganjurkan ‟Kenduri Kesyukuran” kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai tanda berterima kasih kepada tuhan.

5. Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu telah membuka penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New Hampshire (1630), Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware (1638), Carolina Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York (1664), Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732).

6. Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Paris. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni.

7. Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap membantah dengan melaungkan slogan ‟tiada cukai tanpa perwakilan” dan ini telah membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh.

Page 23: Nota Sejarah Hidayah

8. Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan Boston telah ditutup pada tahun 1774.

9. Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di Philadelphia dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George Washington telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun 1775.

10. Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.

11. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya.

PENGUBALAN PERLEMBAGAAN AMERIKA SYARIKAT

1. Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk merangka perlembagaan seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason.

2. Di bawah perlembagaan ini:

a. Sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkanb. Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan

mata wang.c. Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masingd. Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.

3. Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada 4 Nov. 1789 dan George Washington telah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

4. George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri persekutuan dengan dibantu oleh Thomas Jefferson, Henry Knox, Alexander Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah memperkenalkan sistem cukai yang adil dan seragam antara negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari Philadelphia ke Washington.

5. Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan dan demokrasi rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di Capitol pada tahun 1800.

6. Pada tahun 1812, Perang Inggeris-Amerika telah meletus disebabkan tindakan Britian memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan dasar berkecuali dalam Perang Napoleon. Ini telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika.

Page 24: Nota Sejarah Hidayah

7. Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya ‟doktrin Monroe” yang menekankan konsep ‟Amerika untuk orang Amerika” pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga kepentingan negara daripada pencerobohan kuasa luar terutama Eropah. Amerika juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar doktrin ini.

8. Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada 50 buah negeri melalui 3 cara iaitu pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an, Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini.

9. Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri utara dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya Perang Saudara pada tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan Gabungan Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan oleh masalah hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat.

10. Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April 1861. Pada Sept. 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di Maryland dan di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, Abraham Lincoln telah memberi ucapan termasyhur yang dikenali ‟Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata ‟...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”.

11. Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti lebih ½ juta orang Amerika terkorban, amalan perhambaan dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu semula.

12. Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.

Page 25: Nota Sejarah Hidayah

KERAJAAN KESATUAN PERANCIS

Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuan dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government). Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan sebuah negara yang mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri (kerajaan tempatan).Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara Perancis manakala kerajaan persekutuan telah diamalkan di negara Amerika Syarikat.

Kerajaan Kesatuan Di Perancis

1. Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:

Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di negara Perancis.

Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah pusat memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.

2. Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan berlaku masalah pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini pemerintahan akan dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.

3. Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan segera dapat diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.

4. Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.

5. Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.

6. Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.

7. Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.

Page 26: Nota Sejarah Hidayah

8. Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.

9. Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.

10. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dan sebagainya.