sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

153
SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN UNTUK SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH MOHAMMAD ZAKRI BIN TARMIDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamtruc

Post on 31-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN UNTUK SEKOLAH MENENGAH ISLAM

HIDAYAH

MOHAMMAD ZAKRI BIN TARMIDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

iii

Khas buat

ISTERI TERSAYANG,

HAZWANI BT SIS

Atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi..

Juga untuk kedua ibubapa tersayang

TARMIDI TAMSIR

Dan

MAIMUNAH ABDUL RAHMAN

Ijazah ini khas buat kalian yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan

kala sukar dan senang...

Page 3: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

iv

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH,

SYUKUR...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH s.w.t

kerana berkat limpah rahmat dan keizinan-NYA, kajian ini berjaya disiapkan. Moga

rahmat dan redha-NYA akan terus menerus menaungi hidup ini, insya-ALLAH.

Selain itu, penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-

tinggi penghargaan kepada penyelia projek ini, P.M Dr Naomie Salim, atas nasihat, idea

dorongan serta tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan.

Terima kasih juga kepada pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah atas

kerjasama dan bantuan yang diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada

kajian ini.

Terima kasih juga kepada kakitangan pejabat pentadbiran lepasan ijazah FSKSM

atas bantuan dan kerjasama yang sangat erat, serta tunjuk ajar yang tidak mengenal erti

lelah, terutama buat kak Lijah dan kak Shidah, hanya ALLAH s.w.t yang mampu

membalas budi baik kali, bantuan kalian akan terus dikenang.

Akhir sekali, buat semua teman seperjuangan yang saling membantu selama dua

tahun ini, terima kasih atas segalanya, hanya ALLAH s.w.t yang mampu membalas jasa

dan bantuan kalian.

Page 4: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

v

ABSTRAK

Proses penilaian prestasi pelajar sangat penting dalam menentukan proses

yang perlu dilakukan untuk memperbaiki tahap prestasi pelajar. Sistem Bantu

Keputusan Sekolah Menengah Islam Hidayah merupakan satu sistem yang

digunakan untuk membuat keputusan untuk pemilihan kepimpinan, sahsiah dan ko-

kurikulum berdasarkan kepada prestasi pelajar, dari segi akademik, sahsiah dan ko-

kurikulum. Ketiga-tiga aspek ini merupakan asas pendidikan yang diamalkan di

sekolah ini. Sistem ini bertujuan untuk membantu pihak pentadbiran sekolah, iaitu

Pengetua, Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah

Pelajar, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan juga Jawatankuasa Khas Sekolah.

Dengan adanya sistem ini, proses kemasukan data dan paparan data dapat dilakukan

dengan lebih mudah oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Pemprosesan maklumat dan

pengeluaran laporan berkaitan dengan prestasi semasa pelajar juga dapat dilakukan

dengan lebih cepat serta dapat mengurangkan kos pemprosesan dengan

menggunakan kaedah pemprograman linear berdasarkan pemberat dengan

mengambil kira prestasi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum pelajar. Dengan ini,

pihak pentadbiran sekolah dapat membuat keputusan berkaitan prestasi keseluruhan

pelajar dengan lebih cepat dan tepat.

Page 5: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

vi

ABSTRACT

The process to evaluate student performance is very important to help the

school administration to improve student achievement. Decision Support System for

Hidayah Islamic Secondary School is the system that will be use to make decision

for student selection for leadership, sahsiah and co-curriculum based on student

performance based on academic, sahsiah and co-curriculum aspect. These three

aspects has become foundation for this school education. This system has been

developed to help the school administration such as Headmaster, Assistant

Headmaster and School Committee. With this system, it will help the parent, student,

and teacher to insert data and reviewing the data in such manner. The information

processing can be faster and it also reduces the processing cost using weighted linear

programming with academic, sahsiah and co-curriculum as a component. With this

system, it helps school administration to make a decision about student performance

faster and cheaper.

Page 6: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Skop Projek

1.6 Kepentingan Projek

1.7 Ringkasan dan Struktur Tesis

1

2

4

5

5

6

7

Page 7: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

viii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

2.2 Teknologi di Sekolah

2.3 Kaedah yang Digunakan

2.4 Sistem Bantuan Keputusan (SBK)

2.4.1 Aspek Dalam Sistem Bantuan

Keputusan

2.4.2 Komponen Sistem Bantuan Keputusan

2.4.3 Unified Modeling Language

2.4.4 Aplikasi Berasaskan Web

2.5 Kajian Terdahulu

2.6 Kajian Keperluan Pengguna

2.6.1 Kajian Kemunasabahan

2.6.2 Analisis Pengguna Sistem

2.6.3 Analisis Strategi

2.6.4 Analisis Teknologi

2.6.4.1 Aplikasi Berasaskan Web

2.6.4.2 PHP

2.6.4.3 Pangkalan Data MySQL

2.6.5 Perbandingan Sistem Maklumat Sedia

Ada

2.6.6 Perbincangan Kelebihan dan

Kekurangan

2.7 Kesimpulan

8

9

11

11

13

14

17

18

19

22

22

26

27

28

28

30

32

32

36

37

3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

3.2 Rekabentuk dan Prosedur

3.2.1 Rangka Kerja Kajian

3.2.2 Metodologi Pembangunan Sistem

3.2.3 Model Prototaip

3.2.4 Pengujian Sistem

38

39

40

42

44

48

Page 8: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

ix

3.3 Rangka Operasi

3.3.1 Rekabentuk Logikal

3.3.2 Rekabentuk Fizikal

3.4 Pendekatan Kajian dan Sumber Data

3.5 Kaedah dan Analisis Data

3.5.1 Proses Pengaturcaraan Linear

3.6 Work Breakdown Structure

3.7 Carta Gantt

3.8 Kesimpulan

50

51

52

56

58

59

61

62

63

4 KAJIAN SISTEM SEMASA

4.1 Pendahuluan

4.2 Latar Belakang Organisasi

4.3 Carta Organisasi

4.4 Model Data Sedia Ada

4.4.1 Penyimpanan Maklumat Pelajar

4.4.2 Proses Sedia Ada

4.4.3 Masalah Sistem Sedia Ada

4.4.4 Pembaikan Terhadap Sistem Sedia

Ada

4.5 Rekabentuk Unified Modeling Language

4.5.1 Rajah Peristiwa

4.5.2 Rajah Kelas

4.6 Kajian Keperluan Pengguna

4.7 Kesimpulan

64

65

67

73

73

77

79

81

82

82

85

85

86

5 PERLAKSANAAN DAN PENGUJIAN SISTEM

5.1 Pendahuluan

5.2 Implementasi dan Pembangunan Sistem

5.2.1 Modul Pengguna

5.3 Pengujian Sistem

5.3.1 Pengujian Sintaksis

5.3.2 Pengujian Kotak Putih

87

88

88

93

93

94

Page 9: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

x

5.3.3 Pengujian Kotak Hitam

5.4 Pengujian Modul oleh Pengguna

5.5 Kesimpulan

96

97

98

6 STRATEGI ORGANISASI

6.1 Pendahuluan

6.2 Perancangan Perubahan Pengurusan

6.3 Perancangan Perubahan Pangkalan Data

6.4 Kesimpulan

99

100

101

101

7 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

7.1 Pendahuluan

7.2 Perbincangan

7.2.1 Kemajuan Pencapaian Projek

7.2.2 Masalah dan Cadangan Pembaikan

7.3 Kesimpulan

102

102

103

103

105

RUJUKAN

LAMPIRAN

106

108

Page 10: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Skala Perbandingan Ala-pasangan 60

4.1 Jadual Organisasi SMIH 2007 68

4.2 Jadual Jawatankuasa Khas SMIH 2007 69

4.3 Masalah Sistem Sedia Ada di SMIH 79

5.1 Ujian Fungsi Bagi Setiap Modul 96

5.2 Keputusan soal selidik pelajar 97

5.3 Keputusan soal selidik guru dan pihak pentadbiran

sekolah

98

Page 11: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

xii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Rekabentuk DSS – Komponen Fungsi 14

2.2 Pengurusan Dialog 15

2.3 Pengurusan Data 16

2.4 Pengurusan Model 17

2.5 Antaramuka SMART 33

2.6 Fungsi Login SMART 34

2.7 Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Slip

Peperiksaan

35

2.8 Contoh Antaramuka SMP UTM Modul

Kewangan Pelajar

35

3.1 Rangka Kerja Kajian 40

3.2 Model Metodologi Prototaip 45

3.3 Rekabentuk Berasaskan Server 52

3.4 Rekabentuk Berasaskan Pengguna 53

3.5 Rekabentuk Pengguna - Server 54

3.6 Rekabentuk Tiga Baris (Three - Tier) 54

3.7 Rekabentuk Empat Baris (Four - Tier) 55

4.1 Carta Organisasi SMIH 2007 67

4.2 Contoh Pembahagian Pangkalan Data

Mengikut Tingkatan

74

Page 12: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

xiii

4.3 Contoh Penyimpanan Pangkalan Data

Peperiksaan

74

4.4 Contoh Penyimpanan Markah Peperiksaan 75

4.5 Contoh Laporan Peperiksaan yang dijana 76

4.6 Fasa Pemprosesan data sehingga kepada pihak

Lembaga Pengelola

78

4.7 Rajah Peristiwa untuk Ibu Bapa dan Pelajar 83

4.8 Rajah Peristiwa untuk Guru 83

4.9 Rajah Peristiwa untuk Pihak Pentadbiran SMIH 84

4.10 Rajah Peristiwa Admin Sistem 84

5.1 Rajah Carta Antaramuka Pengguna 92

5.2 Rajah Hirarki Pengujian Kotak Putih 95

Page 13: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Rajah Kes Guna 108

B Rajah Kelas 109

C Rajah Jujukan 110

D Manual Pengguna 111

E Borang Soal Selidik Sistem Pentaksiran Pelajar

Musleh

128

F Borang Rumusan Aktiviti Ko-Kurikulum 138

Page 14: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Islam Hidayah merupakan sebuah sekolah menengah

swasta yang telah mengamalkan sistem persekolahan yang memasukkan nilai

sahsiah dan nilai moral dalam mendidik pelajarnya. Dalam membuat penilaian

berkaitan pelajar, ia menekankan aspek akademik, sahsiah, serta aspek ko-

kurikulum.

Untuk membolehkan sekolah ini bersaing dan berkemampuan seperti

mana sekolah-sekolah yang diiktiraf, ia memerlukan satu sistem yang dapat

membantu dalam membuat keputusan dengan lebih cepat dan efisien. Ini akan

dapat membantu pihak sekolah dan pihak lembaga untuk melihat perkembangan

akademik pelajar sekolah tersebut, berdasarkan spesifikasi yang mereka

inginkan, serta perkembangan dalam bidang ko-kurikulum yang mana ianya telah

menjadi satu keperluan dalam bidang pendidikan masa kini.

Pihak pengurusan SMIH, iaitu Pengetua, ketua guru akademik, ketua

guru sahsiah, ketua guru ko-kurikulum dan guru-guru panitia untuk setiap mata

pelajaran merupakan antara individu yang memerlukan keputusan segera,

Page 15: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

2

berkaitan dengan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Dengan menggunakan

kaedah konvensional, guru-guru yang berkaitan, memerlukan usaha dan masa

yang lebih untuk memproses data dan mengeluarkan hasilnya kepada pihak

pentadbiran sekolah. Selain itu, kos pentadbiran juga tinggi, kerana untuk

memproses keseluruhan maklumat berkaitan dengan akademik, sahsiah dan ko-

kurikulum, memerlukan kos yang tinggi untuk setiap satu bahagian.

Satu sistem pemantauan yang bertujuan untuk memantau setiap aspek ini

masih belum diwujudkan lagi, dan sistem sedia ada, terpisah antara satu bahagian

dengan bahagian yang lain, dan tiada satu sistem pemantauan untuk memantau

keseluruhan aspek yang ditekankan ini.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Sistem membuat keputusan yang digunakan sekarang adalah berdasarkan

kepada kaedah konvensional, dan ianya melambatkan serta memerlukan setiap

guru dalam sekolah untuk membuat laporan untuk bahagian mereka, dan

memerlukan persediaan yang rapi, dan ini akan mengurangkan kadar

keberkesanan keputusan yang dibuat kerana lambat menerima laporan daripada

para guru

Pihak pentadbiran sekolah, memerlukan keputusan berkaitan dengan

prestasi peperiksaan, prestasi ko-kurikulum, dan prestasi sahsiah pelajar.

Keputusan yang akan dibuat adalah pemilihan kepimpinan pelajar, untuk wakil

pelajar, pengawas, pembimbing rakan sebaya, komanden muda dan naqib atau

naqibah. Keseluruhan proses untuk mengeluarkan keputusan secara menyeluruh

sangat mengambil masa, dan memerlukan kos yang tinggi. Lebih-lebih lagi

apabila keputusan segera perlu dibuat, pihak pentadbiran sekolah tiada maklumat

yang terbaru, dan hanya membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat yang

Page 16: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

3

terdapat dalam simpanan mereka. Ini akan menyukarkan pihak pentadbiran

membuat keputusan terbaik untuk sesuatu situasi yang terdesak.

Berdasarkan sistem sekarang, untuk bahagian akademik, guru-guru akan

memasukkan markah pelajar ke dalam fail Excel dan kemudiannya memproses

data ke dalam bentuk laporan peperiksaan. Ianya adalah sistem penyimpanan

data secara desktop based, dan bukannya dalam bentuk berasaskan web. Ianya

juga tidak mempunyai kebolehan untuk memproses keseluruhan data secara

automatik dan memaparkan hasilnya secara terus.

Setiap kali selepas peperiksaan, guru-guru terpaksa membuat pengiraan

markah, dan membuat pengiraan prestasi pelajar berdasarkan kelas, dan

kemudiannya perlu membuat pengiraan prestasi untuk setiap tingkatan, dan

akhirnya, membuat perbandingan prestasi antara setiap ujian dan peperiksaan,

dan kemudiannya membuat perbandingan mengikut tahun.

Proses ini mengambil masa yang lama, dan sangat tidak efektif sekiranya

pihak pentadbiran sekolah menginginkan keputusan prestasi pelajar secara real-

time, dan perlu untuk membuat keputusan dengan cepat dan segera, kerana

mereka perlu menunggu keputusan daripada guru, dan perlu mengikut subjek,

dan sekiranya memerlukan keputusan secara keseluruhan, ia mengambil masa

yang lebih lama.

Begitu juga untuk penyimpanan maklumat berkaitan sahsiah dan ko-

kurikulum, guru-guru akan memasukkan data ke dalam sistem pangkalan data

dalam bentuk yang sama, dan juga, memerlukan guru yang berkaitan untuk

membuat pemprosesan maklumat, sebelum hasilnya diberikan kepada pihak

pentadbiran sekolah. Ini memberikan masalah apabila pihak pentadbiran perlu

memilih pelajar yang berkebolehan dalam sesuatu bidang, tapi maklumat

berkaitan pelajar tersebut tidak dikemas kini, dan akhirnya, pelajar yang kurang

berkebolehan yang dipilih. Ini membantutkan usaha pihak pentadbiran sekolah

untuk membuat keputusan dan pemilihan dalam masa yang singkat.

Page 17: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

4

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pihak Pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan

untuk pentadbiran sekolah menggunakan kaedah konvensional, dan perlu

berdasarkan kepada aspek akademik, sahsiah, dan juga kurikulum pelajar. Oleh

itu, dengan adanya sistem pemantauan pelajar ini diharapkan ianya mampu untuk

memudahkan pihak Pentadbiran untuk membuat keputusan dengan lebih cepat

dan efektif.

Secara dasarnya, sistem ini perlu membantu Pihak Pentadbiran Sekolah

Menengah Islam Hidayah menjawab untuk beberapa pertanyaan berikut:

1. Apakah permasalahan dan peluang yang ada di dalam perkongsian

maklumat akademik, sahsiah dan ko-kurikulum pelajar antara pihak

pentadbiran sekolah dengan guru-guru? Dan apakah permasalahan

perkongsian antara pihak sekolah dengan ibu bapa?

2. Apakah bentuk sistem yang dapat membantu pihak pentadbiran

Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan pemilihan

kepimpinan dengan lebih baik?

3. Adakah sebuah sistem yang dapat membantu pihak pentadbiran

sekolah untuk memantau prestasi akademik, sahsiah dan ko-

kurikulum pelajar dan membuat keputusan pemilihan kepimpinan

dengan lebih cepat dan lengkap?

Page 18: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

5

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Membina satu sistem bantu keputusan bagi Pihak Pentadbiran Sekolah

Menengah Islam Hidayah (SMIH) membuat keputusan tentang pemilihan

kepimpinan pelajar, yang berdasarkan kepada aspek akademik, sahsiah dan

kurikulum. Ia mencakupi beberapa sub objektif seperti berikut:

1. Mengkaji dan menganalisis keperluan dan kehendak pihak

pentadbiran sekolah dalam penyimpanan data dan pengeluaran

laporan prestasi akademik, ko-kurikulum serta sahsiah pelajar.

2. Mengkaji dan menganalisis keperluan dan kehendak pihak sekolah

dalam penyediaan laporan dan maklumat berkaitan untuk membuat

keputusan.

3. Mereka bentuk Sistem Bantu Keputusan Pelajar Sekolah Menengah

Islam Hidayah (SMIH).

4. Membangunkan sistem yang akan dapat membantu pihak

pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan

dengan menggunakan teknologi berasaskan web.

5. Menilai dan menganalisis sistem yang telah dibangunkan sama ada

ianya memenuhi keperluan dan kehendak pihak pentadbiran SMIH.

1.5 SKOP PROJEK

Sistem yang akan dibangunkan adalah sistem yang dapat merangkumi

aspek berikut:

1. Membangunkan model prototaip Sistem Bantu Keputusan untuk Sekolah

Menengah Islam Hidayah, meliputi aspek akademik, sahsiah dan ko-

kurikulum.

Page 19: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

6

2. Membantu pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah

membuat penilaian perkembangan prestasi pelajar.

3. Membantu pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah

membuat keputusan berdasarkan kepada prestasi pelajar dalam bidang

akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.

4. Menyediakan keperluan pengurusan dalam sekolah termasuk pengetua,

penolong kanan, dan guru-guru yang berkaitan.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan utama projek ini dilakukan adalah untuk memudahkan serta

mempercepatkan proses kemasukan dan analisis maklumat peperiksaan pelajar,

maklumat sahsiah dan maklumat ko-kurikulum untuk pihak guru serta pihak

pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Kepentingan utama kajian ini adalah untuk memudahkan serta

mempercepatkan perhubungan antara guru-guru, ibu bapa, dan murid, dan pihak

pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah mampu untuk

menilai dan membuat keputusan dengan lebih cepat, dengan adanya sistem yang

akan dibangunkan, tanpa perlu untuk menunggu pemprosesan maklumat yang

mengambil masa dan juga memerlukan kos yang tinggi.

Selain itu, pihak guru-guru juga mampu untuk menjimatkan masa untuk

memasukkan data berkaitan dengan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum

menggunakan aplikasi web yang membenarkan kemasukan data dari pelbagai

tempat tanpa perlu memasukkan data ke dalam satu komputer sahaja, dan data

tersebut boleh terus dicapai oleh ibu bapa dalam masa yang singkat.

Page 20: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

7

Sistem ini akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah untuk

menguruskan pangkalan data pelajar, dan pengurusan sistem dengan lebih

berkesan. Selain itu, ia juga dapat membantu pihak sekolah untuk menguruskan

pengetahuan di dalam sekolah, dengan cara tidak meninggalkan aspek yang

menjadi teras sekolah.

1.6 KESIMPULAN BAB

Secara dasarnya, bab ini menerangkan mengenai keperluan, dan

kepentingan kajian ini dijalankan, serta skop kerja yang perlu dilakukan. Selain

itu, ia juga menerangkan mengenai gambaran dan kaedah kerja yang perlu

dilakukan untuk mencapai matlamat projek. Diharapkan agar projek ini dapat

membantu pihak pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah, di samping

membantu pihak guru, ibu bapa dan murid.

Page 21: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Sistem Maklumat merupakan satu keperluan pada masa ini, dalam pelbagai

bidang, telah mula menggunakan teknologi dan inovasi berasaskan komputer. Sistem

maklumat merupakan apa-apa yang bertulis, berdasarkan metode elektronik, atau

grafik berasaskan maklumat komunikasi. Asas kepada sistem maklumat adalah

perkongsian dan pemprosesan maklumat dan ide. Komputer dan teknologi

komunikasi telah menjadi keperluan kepada komponen sistem maklumat (Barron’s,

2000).

Sistem maklumat, berdasarkan kepada kamus McGraw-Hill, 2003, ialah cara

yang digunakan untuk berkomunikasi daripada satu individu kepada individu yang

lain, menggunakan cara yang ringkas seperti komunikasi lisan, sistem kad, sistem

optikal, atau sistem berasaskan komputer untuk membuat proses penyimpanan,

pencarian, dan penerimaan maklumat.

Sistem maklumat pelajar pula, merupakan aplikasi perisian untuk kegunaan

pendidikan dalam menguruskan maklumat pelajar. Sistem maklumat pelajar

mempunyai fungsi untuk memasukkan markah ujian pelajar, dan markah tugasan,

Page 22: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

9

mengira kedatangan pelajar, dan menguruskan data berkaitan dengan pelajar yang

menjadi keperluan kepada sekolah. Ia juga dikenali sebagai Sistem Maklumat

Pengurusan Pelajar (Student Information Management System, SIMS, SIM) atau

Sistem Rekod Pelajar (Student Records System, SRS) (www.answers.com, 2006).

Sistem ini bergantung kepada saiz dan skop keperluan, pakej yang

diimplementasikan untuk mengurus maklumat pelajar. Fungsi yang biasanya dibuat

oleh sistem maklumat pelajar adalah untuk menyokong penyelenggaraan maklumat

individu dan kajian maklumat mengenai dua perkara, iaitu menerima pertanyaan

daripada pelajar dan juga menerima proses pengurusan sekolah.

Sistem maklumat pelajar yang lebih efisien dan lebih banyak fungsinya

kepada pihak pengurusan, ialah sistem yang membantu membuat keputusan

(Decision Support Systems). Sistem membantu keputusan (Decision Support

Systems) merupakan kelas kepada sistem maklumat berasaskan komputer yang

mempunyai fungsi sistem berasaskan pengetahuan (Knowledge Based Systems) yang

menyokong aktiviti membuat keputusan.

Dalam kajian ini, sistem yang akan dibangunkan adalah sistem yang mampu

menyokong aktiviti membuat keputusan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah

Menengah Islam Hidayah, supaya ia mampu membantu pihak Lembaga Pengelola

membuat keputusan berdasarkan keperluan dan kehendak mereka. Sistem yang akan

membantu dan dibina adalah Sistem Bantuan Keputusan (SBK).

2.2 TEKNOLOGI DI SEKOLAH

Teknologi mempunyai potensi yang besar untuk membuat revolusi kepada

sekolah. Berdasarkan kepada matlamat pendidikan, iaitu membina pendidikan

seumur hidup, pelajar sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat harus diberikan

Page 23: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

10

peralatan untuk menguruskan pembangunan berterusan dalam bidang teknologi dan

maklumat di sekolah dan dalam masyarakat.

Komputer telah menjadi satu keperluan dalam meningkatkan potensi dan

prestasi pelajar, berdasarkan kepada kandungan pembelajaran yang mereka akan

gunakan. Peranan cikgu bukan sahaja sekadar meletakkan komputer ke dalam kelas,

tetapi apabila pelajar merasakan tanggungjawab untuk mempelajari pendidikan

komputer (Sin Lee Eng, 2003).

“The change occurs only to the extent to which a shift of responsibilities to

the learning occurs” (Hannafin & Savenye, 1993).

“... visual stimulation (predominant in computer-assisted instruction -- SL

Gan) is probably not the main access route to non-verbal reasoning. Body

movements, the ability to touch, feel, manipulate, and build sensory awareness of

relationships in the physical world, are its main foundations. Computing skills in the

first category help increase productivity in the work environment, and more general

skills such as word processing and data management are useful to most people. In

fact, such basic computing skills have come to be regarded as the essentials of

computer literacy. I am of the opinion that they should be included at some point in

the school curriculum.” – Dr Gan Siowck Lee

Berdasarkan kepada keperluan inilah, maka dapat dinyatakan bahawa,

teknologi perlu bergerak seiring dengan pendidikan, agar pelajar tidak ketinggalan

dalam pembelajaran lebih-lebih lagi dari aspek teknologi, agar mereka mampu

menggunakan teknologi untuk kebaikan diri mereka sendiri.

Page 24: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

11

2.3 KAEDAH YANG DIGUNAKAN

Dalam membina sesuatu sistem, perlunya ada kesinambungan dan kajian

keperluan pengguna. Selain itu, ia memerlukan perancangan yang rapi, agar sistem

yang dibina mampu digunakan oleh pihak berkenaan, dan menjadi sistem yang

mampu memberi manfaat, dan mampu membuat keputusan kepada pihak Lembaga

Pengelola Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Aspek yang ditekankan dalam kajian ini, ialah bagaimana untuk memenuhi

kehendak dan keperluan pihak Lembaga pengelola berkaitan dengan akademik,

sahsiah dan ko-kurikulum. Untuk mengenal pasti dan memberikan hasil yang terbaik,

sistem yang akan dibina, akan menggunakan kaedah Sistem Bantuan Keputusan,

SBK (Decision Support Systems, DSS), dengan menggunakan teknologi aplikasi

berasaskan web, dan menggunakan model Unified Modelling Language, UML.

2.4 SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN (SBK)

Little (1970) mendefinisikan SBK sebagai “satu set prosedur berasaskan

model untuk memproses data dan membuat pertimbangan bagi membantu seseorang

pengurus dalam membuat keputusan.” Bermaksud, sistem yang dibangunkan,

mestilah mampu untuk memproses data yang ada. Selain itu, ianya perlu menjadi

sistem yang mudah, berkesan dan mudah untuk diselenggarakan, supaya ianya

mudah untuk digunakan sebagai medium komunikasi. Dengan menggunakan

teknologi komputer, ia akan lebih memudahkan, serta menjimatkan masa, tenaga,

dan kos dalam menyediakan maklumat berbanding kaedah konvensional.

Page 25: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

12

Sprague (1980) pula memberikan definisi SBK sebagai “sistem berasaskan

komputer yang membantu atau menyokong pembuat keputusan dalam

menyelesaikan masalah tidak berstruktur secara interaksi terus dengan data dan

model analitikal”.

Gorry dan Scott-Morton (1971) mendefinisikan SBK sebagai “sistem

berasaskan komputer yang interaktif, yang mana membantu pembuat keputusan

menggunakan data dan model-model untuk menyelesaikan masalah tidak

berstruktur.”

Keen (1980) mengaplikasikan istilah SBK kepada situasi di mana satu sistem

akhir boleh dibangunkan hanya dengan proses penyesuaian dalam pembelajaran dan

penilaian. Dengan definisi ini, ia menunjukkan bahawa perlunya ada integrasi antara

pengguna SBK, orang yang membangunkan SBK, dan sistem itu sendiri perlu

bersesuaian, dan mengikut kehendak dan keperluan pengguna SBK.

Bonczek et al. (1980) mendefinisikan SBK sebagai satu sistem berasaskan

komputer yang mengandungi tiga komponen yang berinteraksi: satu sistem bahasa

(satu mekanisme yang menyediakan komunikasi antara pengguna dengan komponen-

komponen lain dalam SBK), satu sistem pengetahuan (tempat penyimpanan

pengetahuan domain masalah yang terkandung dalam SBK, sama ada dalam bentuk

data atau prosedur), dan satu sistem pemprosesan masalah (penghubung antara dua

komponen tersebut dan mengandungi satu atau lebih kebolehan manipulasi masalah

umum yang diperlukan dalam membuat keputusan). Konsep yang disediakan oleh

definisi ini adalah penting dalam memahami struktur SBK dan sistem pakar serta

pertalian antara kedua-dua teknologi tersebut.

Ariav dan J Zinberg (1985) pula menyatakan, bahawa rekabentuk SBK yang

berguna adalah yang menggabungkan lima aspek, iaitu persekitaran, fungsi,

komponen, pengaturan, dan sumber data. Dengan adanya gabungan kelima-lima

aspek ini, model SBK yang dibangunkan, akan mampu berfungsi dengan lebih

berkesan dan efisien.

Page 26: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

13

2.4.1 ASPEK DALAM SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN

Secara dasarnya, menurut Ariav dan J Zinberg (1985), terdapat lima aspek

dalam Sistem Bantuan Keputusan yang perlu ditekankan, iaitu aspek persekitaran,

aspek fungsi, aspek komponen kepada sistem, aspek pengaturan, dan aspek sumber

kepada sistem itu sendiri.

Aspek persekitaran yang dimaksudkan ialah entiti dan suasana di luar

daripada SBK yang dibina, yang akan memberikan kesan kepada sistem yang dibina,

dan ianya akan memberikan kesan tanpa dapat dikawal oleh sistem itu sendiri.

Aspek yang kedua, ialah aspek fungsi, serta objektif sistem kepada

persekitaran yang akan memberikan kesan kepada persekitaran tersebut. Ia tertumpu

kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh sistem tersebut, dan matlamat sistem itu

sendiri. Ia dinyatakan juga sebagai sesuatu yang boleh diukur dan boleh dinilai.

Aspek komponen SBK pula merupakan elemen-elemen yang dikenal pasti

perlu ada di dalam sempadan sistem. Dua asas yang biasa dinyatakan adalah

pembahagian tenaga kerja dan pembahagian segmen mengikut kepakaran.

Aspek pengaturan pula, lebih memfokuskan kepada perhubungan di antara

komponen-komponen di dalam sistem dan juga antara elemen-elemen persekitaran.

Asas pengaturan perlu menjurus kepada keseimbangan antara kerjasama dan autoriti.

Secara keseluruhannya, adalah lebih baik sekiranya ianya tidak mempunyai sandaran

yang kuat antara satu dengan yang lain.

Aspek sumber kepada sistem ialah elemen yang perlu dititik beratkan

pembangunan dan penggunaan sistem. Sumber yang boleh digunakan, adalah

termasuk individu, data mentah, peralatan, teknik-teknik dan sebagainya.

Page 27: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

14

2.4.2 KOMPONEN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN

Dalam membina SBK, terdapat tiga komponen penting yang perlu diambil

kira, iaitu pengurusan dialog antara pengguna dengan sistem, kedua ialah pengurusan

data, dan yang ketiga adalah pengurusan model. Rajah di bawah menunjukkan

perhubungan antara komponen SBK.

Rajah 2.1: Rekabentuk DSS – Komponen Fungsi

Pengguna Pengurusan Dialog

Pengurusan Model

Pengurusan Data

Komponen Sistem Bantuan Keputusan

Pangkalan Data Luar dan Sistem Luar

Page 28: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

15

Komponen dialog antara pengguna dengan sistem, (Pengurusan Dialog) perlu

mempunyai kebolehan untuk menyokong antaramuka pengguna, pengawalan dialog,

dan juga penterjemah permintaan (request transformer). Antara muka pengguna

merupakan komponen yang digunakan untuk memudahkan pengguna untuk

menggunakan sistem, tanpa perlu untuk memahami apa yang dibuat oleh sistem, dan

cuma perlu memasukkan input dan menggunakan hasil yang dikeluarkan.

Pengawalan dialog pula, digunakan untuk mengenal pasti asas dan dasar keperluan

pengguna dan kemudiannya menyelenggarakan pengawalan tersebut. Manakala

penterjemah permintaan pula berfungsi untuk menterjemahkan antara bahasa

pengguna kepada bahasa sistem, dan juga sebaliknya, menterjemahkan bahasa sistem

kepada bahasa pengguna, supaya pengguna boleh memahami hasil dan keperluan

sistem.

Rajah 2.2: Pengurusan Dialog

Komponen kedua, iaitu pengurusan data pula berfungsi sebagai komponen

untuk menyimpan, menerima dan memanipulasi data yang juga merupakan asas

kepada SBK. Tanpa pengurusan data yang berkesan dan efisien, sesuatu SBK tidak

akan mampu berfungsi dan memberikan hasil yang terbaik. Komponen pengurusan

data mempunyai fungsi sebagai pangkalan data dan Sistem Pengurusan Pangkalan

Data (Databased Management Systems, DBMS), alamat data untuk mengekalkan

definisi dan deskripsi data daripada sumber dan jenis data yang digunakan, fungsi

pertanyaan data untuk mendapatkan data yang diperlukan dan juga untuk memproses

Pengurusan Model

Penterjemah Pertanyaan

Pengurusan Data

Pengawal

Pengguna Antaramuka Pengguna

Page 29: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

16

data, dan akhir sekali, sebagai fungsi persembahan data untuk memudahkan

pengguna melihat data-data lama, sumber luar, dan sebagainya.

Rajah 2.3:Pengurusan Data

Komponen ketiga pula, adalah pengurusan model. Ia meliputi sistem

pengurusan berasaskan model (Mode Base Management System, MBMS),

implementasi model, pemproses arahan permodelan, dan antara muka pangkalan

data. MBMS berfungsi untuk menerima, mengeluarkan, memperbaharui, dan

penstrukturan semula data. Implementasi model pula berfungsi sebagai pengawalan

model dan penghubung antara model apabila ianya diperlukan. Pemproses arahan

permodelan pula berfungsi untuk menerima dan memproses arahan permodelan dan

menghubungkannya dengan MBMS dan juga implementasi permodelan. Antara

muka pangkalan data pula berfungsi sebagai penerima data daripada DMBS, dan

menyimpan hasil model di dalam pangkalan data untuk pemprosesan seterusnya.

Fungsi Pertanyaan

Pangkalan Data dan DMBS

Pengurusan Model

Alamat Data

Pangkalan Data Luar

Persembahan Data

Pengurusan Dialog

Page 30: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

17

Rajah 2.4: Pengurusan Model

2.4.3 UNIFIED MODELING LANGUAGE (UML)

Unified Modeling Language, UML merupakan ialah bahasa untuk

menganalisis dan mereka bentuk model berasaskan objek, yang diperkenalkan oleh

Grady Booch, Ivar Jacobson, dan James Rumbaugh, pada tahun 1995, dan pada

November 1997, Object Management Group (OMG) telah menerima pakai model ini

secara rasmi sebagai standard untuk semua pembangun sistem berasaskan objek.

UML memberikan standard dalam metodologi rekabentuk untuk

menerangkan lebih jelas mengenai pembangunan model berasaskan objek, dengan

menggabungkan metode membuat diagram, termasuk Grady Booch, teknik

memodelkan objek oleh Rumbaughs, dan use case yang dibangunkan oleh Ivar

Jacobson.

Antaramuka Pangkalan

Data

Pengurusan Data

MBMS

Pemproses Arahan

Implementasi Model

Pengurusan Dialog

Page 31: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

18

Dalam UML, terdapat dua bahagian, iaitu Structural Diagram dan Behavioral

Diagram. Structural Diagram merupakan diagram-diagram yang menerangkan

struktur sistem yang akan dibangunkan, menerangkan mengenai data yang akan

digunakan, dan perhubungan yang akan dibina di dalam sistem. Ia termasuklah Class

Diagram, Object Diagram, Deployment Diagram, Component Diagram, dan

Composite Structure Diagram.

Behavioral Diagram pula merupakan penerangan mengenai analisis yang

telah dijalankan, dan menerangkan perhubungan antara objek. Ia juga menyokong

memodelkan keperluan fungsi-fungsi yang akan dibangunkan di dalam sistem. Di

dalam Behavioral Diagram, terdapat diagram use case, diagram sequence, diagram

activity, diagram collaboration dan diagram state chart.

2.4.4 APLIKASI BERASASKAN WEB

Aplikasi web merupakan satu aplikasi yang semakin banyak digunakan, dan

kebanyakan organisasi menggunakan aplikasi berasaskan web sebagai salah satu

pilihan perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Aplikasi berasaskan web

merupakan satu aplikasi di mana ianya di layari menggunakan pelayar web daripada

perhubungan atas talian, seperti internet atau intranet.

Aplikasi berasaskan web sangat popular kerana pelayar web boleh menjadi

pelanggan, dan tanpa perlu memasukkan perisian tertentu untuk melayari sesuatu

web. Kebolehan untuk menambah baik dan penyelenggaraan yang mudah,

menambah lagi populariti aplikasi berasaskan web ini. Aplikasi web semakin

digunakan untuk menghantar e-mel, jual-beli atas talian, forum, perbincangan atas

talian, dan berbagai lagi fungsi, memudahkan pengguna untuk mencapai dan

melayari fungsi-fungsi ini, sangat membantu menjadikan aplikasi web bertambah

popular.

Page 32: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

19

Akan tetapi, untuk membangunkan aplikasi berasaskan web ini, ia

memerlukan pembangun aplikasi ini untuk merancang dan memilih strategi

pembangunan. Antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam pembangunan

aplikasi berasaskan web daripada Rockwell, 2001, adalah pelayan web yang akan

digunakan, serta bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan untuk mereka bentuk

aplikasi web.

Pelayan web yang terdapat sekarang, terdapat beberapa jenis, bergantung

kepada kehendak pelanggan. Antaranya, yang biasa digunakan, adalah Internet

Information Server (IIS) yang diperkenalkan oleh Microsoft, WebSphere Application

Server daripada IBM, dan juga aplikasi sumber terbuka daripada Apache Server.

Pemilihan pelayan perlu juga bergantung kepada kos pembangunan sistem, dan

kehendak pelanggan.

Dalam pemilihan bahasa pengaturcaraan untuk membina dan mereka bentuk

aplikasi berasaskan web juga terdapat beberapa pilihan iaitu ASP yang biasanya

menggunakan pangkalan data SQL server, PHP yang menggunakan pangkalan data

MySQL, XML, C#, Java dan lain-lain lagi. Semua bahasa ini menggunakan bahasa

asas yang sama, iaitu Hyper Text Markup Language (HTML).

2.5 KAJIAN TERDAHULU

Dalam sistem maklumat sekolah yang telah dibangunkan, ia merangkumi

beberapa aspek yang penting, seperti perancangan untuk membina sistem, sistem

penilaian prestasi dan sebagainya. Kajian terdahulu mampu menjadi petunjuk tentang

sistem yang akan dibangunkan, dengan mengambil kita aspek-aspek yang telah

dikaji, dan ditekankan oleh kajian sebelum ini.

Page 33: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

20

Berdasarkan kajian oleh Chong (2001), Perancangan Sistem Maklumat

Sekolah Menengah Bestari, menyatakan bahawa, adalah sangat penting budaya

sesuatu sekolah ditekankan dan diambil kira dalam membuat pelan perancangan

sistem maklumat dan perancangan infrastruktur sekolah menengah bestari

persendirian cina. Atas sebab ini, dia telah menekankan aspek kebudayaan dalam

perancangannya, dan untuk mencapai matlamat itu, dia telah melakukan proses temu

ramah, kaji selidik, dan pemerhatian terhadap pelajar, guru, dan pihak pengurusan

sekolah tersebut. Oleh itu, sangat perlu untuk ditekankan aspek kebudayaan dalam

pelan perancangan sistem maklumat sekolah, agar sistem yang dibangunkan, mampu

untuk mencapai matlamat sekolah dan pihak pengurusan.

Dalam kajian oleh yang dijalankan oleh Sin (2003), terhadap dua buah

sekolah yang terdapat di Johor Bahru, iaitu sekolah bestari dan sebuah sekolah biasa

(bukan bestari), beliau membandingkan penggunaan dan perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology, ICT)

kepada kedua-dua buah sekolah ini. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di kedua-dua buah sekolah,

dengan mengambil kira aspek perbezaan pola penggunaan teknologi, dan tahap

literasi serta kesedaran komputer. Kedua-dua aspek ini, telah cukup menjadi rujukan

kajian ini, kerana ianya mampu untuk menjadi rujukan dan membantu dalam

pembentukan polisi bagi penggunaan ICT di peringkat nasional, negeri dan sekolah.

Kajian ini penting, seperti kajian yang dilakukan oleh Chong (2001), untuk

membuktikan lagi keperluan untuk mengenal pasti aspek budaya dalam membuat

pelan perancangan sistem maklumat sekolah.

Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Chendu (2003), Perancangan

Sistem Maklumat bagi Sekolah Menengah Kebangsaan: Kajian Kes Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Rini, pula membuat kajian, berasaskan aspek yang

berbeza, iaitu menekankan perbezaan keperluan pengguna, kepada tiga kumpulan,

iaitu pihak pengurusan atasan, kumpulan pengurusan pertengahan dan kumpulan

pelaksana. Pihak pengurusan atasan adalah merupakan pengetua sekolah, kumpulan

pengurusan pertengahan, merupakan penolong kanan akademik, penolong kanan hal-

ehwal pelajar penolong kanan kurikulum dan semua ketua panitia. Kumpulan

pelaksana pula, merupakan guru-guru subjek, selain daripada guru yang termasuk

Page 34: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

21

dalam kumpulan pengurusan atasan dan kumpulan pengurusan pertengahan. Chendu

telah membuat kajian berdasarkan empat kaedah, iaitu soal selidik, temu bual,

pemerhatian, dan analisis prosedur dan dokumen berkaitan. Kajian ini menunjukkan,

bahawa selain daripada aspek budaya, aspek peringkat kumpulan pengurusan juga

perlu diambil kira sebagai salah satu aspek dalam membuat perancangan sistem

maklumat pelajar. Ia dapat membantu mengenal pasti skop kerja setiap peringkat,

dan juga mengenal pasti, keperluan dan kehendak setiap kumpulan guru.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Mohamed Sabil (2001), Sistem Maklumat

Pelajar Sekolah (SMART), pula menyatakan bahawa perlunya satu sistem untuk

membuat penyimpanan data pelajar, kerana apabila bilangan pelajar bertambah,

maka maklumat berkenaan pelajar juga akan bertambah, dan ini memerlukan storan

yang lebih besar, dan menggunakan sistem manual, ia akan memberikan masalah

storan kepada pihak sekolah, dan juga akan menimbulkan masalah pengemaskinian

maklumat dan juga masalah kehilangan maklumat. Projek ini menyediakan prototaip

untuk membangunkan sebuah perisian pengurusan rekod pelajar, bagi mengatasi

masalah storan. Ia mengandungi enam modul utama, iaitu Modul Pendaftaran

Pelajar, Modul Rekod Individu, Modul Senarai Pelajar, Modul Kelas, Modul

Laporan dan Modul Penyelenggaraan Sistem. Dengan adanya sistem ini, ia mampu

memberikan kemudahan kepada pihak guru dan juga pihak sekolah untuk

menguruskan maklumat pelajar dengan lebih efisien dan berkesan, serta lebih cepat

berbanding kaedah manual.

Hasan Basri (2002), pula menyatakan bahawa, dalam situasi teknologi masa

kini, teknologi ini mampu digunakan untuk membantu proses pembelajaran para

pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kemampuan penggunaan

komputer dalam menguji tahap kefahaman pelajar berdasarkan kepada prestasi

mereka serta membangunkan perisian yang berkaitan dengan situasi tersebut.

Berdasarkan kaedah manual, ia hanya tertumpu kepada penerangan dari pensyarah

dan pelajar cuba memahami konsep yang diajar, dan tiada kajian untuk mengukur

tahap kefahaman pelajar masih kurang dilakukan. Oleh itu, diharap kajian ini,

mampu membantu pihak berkenaan untuk menilai prestasi pelajar menggunakan

perisian yang telah dibangunkan.

Page 35: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

22

Manakala kajian yang dibuat menggunakan SBK oleh Yong (2002), untuk

Penilaian Prestasi Guru Sekolah Rendah, untuk membantu penilaian prestasi guru,

menggunakan kaedah model AHP, Analytic Hierarchy Process untuk memilih dan

mempertimbangkan kriteria yang diperlukan.

2.6 KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA

Kajian keperluan pengguna sangat penting, untuk menentukan fungsi dan

keperluan yang perlu ada dalam sistem yang akan dibangunkan. Kajian keperluan

pengguna yang baik, merupakan kajian yang menyeluruh, meliputi analisis

kemunasabahan (feasibility analysis) , iaitu dari segi aspek teknikal, ekonomi dan

juga organisasi. Selain itu, perlu juga dibuat kajian mengenai pengguna yang akan

menggunakan sistem ini (stakeholder), dan juga teknik yang akan digunakan untuk

membuat kajian ini, serta kajian mengenai teknologi yang akan digunakan.

2.6.1 KAJIAN KEMUNASABAHAN (FEASIBILITY ANALYSIS)

Secara dasarnya, analisis kemunasabahan ini merupakan analisis yang

menunjukkan sama ada kajian yang dilakukan boleh diguna pakai, dan munasabah

untuk dibangunkan. analisis kemunasabahan meliputi beberapa aspek, iaitu analisis

kemunasabahan teknikal, analisis kemunasabahan ekonomi dan juga analisis

kemunasabahan organisasi, untuk melihat sama ada sistem yang akan dibangunkan

mampu memberikan impak positif kepada SMIH dan mampu menjadikan SMIH

salah satu institusi yang lebih mantap dari segi pentadbiran sekolah.

Page 36: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

23

ANALISIS KEMUNASABAHAN

UNTUK SISTEM MAKLUMAT PELAJAR HIDAYAH

1. KEMUNASABAHAN TEKNIKAL

a. Kelaziman terhadap aplikasi yang akan dibangunkan adalah

Pertengahan (Familiarity with application - Middle)

Pembangun sistem mempunyai pengalaman yang sedikit dalam

pembinaan sistem menggunakan aplikasi web untuk pihak sekolah, tetapi

mempunyai kebolehan membangunkan sistem.

Terdapat beberapa aplikasi berasaskan web untuk sistem maklumat

sekolah di dalam internet yang boleh dijadikan sebagai contoh.

Pembangun sistem mempunyai pengalaman menggunakan sistem

maklumat pelajar dalam tahap universiti.

b. Kelaziman terharap teknologi adalah rendah (Familiarity with

technology - Low)

Pembangun sistem pernah membangunkan sistem berasaskan aplikasi

web, dan juga pernah membangunkan sistem menggunakan aplikasi yang

lain seperti Visual Basic, Borland C++ dan Visual C++.

Untuk membangunkan sistem, perancangan awal menggunakan

pemprograman dan pangkalan data yang menggunakan sumber terbuka

(open source) seperti PHP dan MySQL, kerana produk dan peralatan

untuk membangunkannya boleh dimuat turun secara percuma dari

internet akan tetapi memerlukan sedikit masa untuk belajar penggunaan

pembangunan aplikasi yang lebih maju.

Page 37: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

24

c. Saiz Projek – Sederhana (Project size - Middle)

Saya menjangkakan saiz projek ini adalah kecil.

Saya merancang untuk membina sistem yang lebih lengkap pada masa

hadapan, dengan lebih maklumat yang mampu diproses dan dijana oleh

sistem.

Risiko untuk projek ini dijangka rendah.

d. Kesesuaian untuk sistem yang akan dibangunkan dijangka lebih baik.

(Compability of the new systems should be good)

• Sistem sedia ada di SMIH telah menggunakan aplikasi Microsoft Access,

oleh itu, ianya mampu diadaptasikan daripada pangkalan data sedia ada,

dan diubah kepada bentuk borang yang memudahkan lagi tugas guru dan

pihak pentadbiran.

2. KEMUNASABAHAN ORGANISASI

Daripada perspektif organisasi, projek ini dijangka mempunyai risiko yang

sederhana. Sistem yang akan dibangunkan adalah sistem pemantauan pelajar iaitu

pembinaan sistem daripada kaedah manual kepada aplikasi berasaskan web yang

akan memudahkan perhubungan antara guru-guru, pihak pentadbiran sekolah,

pihak Lembaga Pengelola, dan ibu bapa serta pelajar.

a. Johan Projek (Project Champion) :

Pn Hajah Kamaliah Nordin, Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah

b. Pengurusan Senior (Senior Management):

Lembaga Pengelola SMIH, PIBG SMIH, Pihak pentadbiran SMIH

menyokong pembangunan sistem ini.

Page 38: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

25

c. Pengguna (Users):

Pengguna utama adalah ibu bapa dan pelajar, selain itu, pihak pentadbiran

sekolah, dan guru-guru. Pengguna ini menyokong pembangunan sistem ini

untuk memudahkan capaian dan kemasukan data pelajar.

d. Lain-lain pengguna (Other Stakeholders):

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMIH, dan Lembaga Pengelola SMIH, serta

pihak Kementerian Pelajaran Negeri Johor menyokong pembangunan sistem

ini untuk memudahkan mereka memantau prestasi akademik, sahsiah dan ko-

kurikulum pelajar dari semasa ke semasa.

3. KOMEN TAMBAHAN:

a. Dengan menggunakan sistem berasaskan web, ia akan memudahkan banyak

pihak, terutama sekali pihak ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran

sekolah khasnya. Ini kerana pemprosesan data yang lama sebelum ini mampu

disingkatkan dengan menggunakan sistem yang akan dibangunkan, dan

membantu pihak pentadbiran membuat keputusan dengan lebih cepat dan

tepat berdasarkan maklumat yang diperlukan.

b. Saya menjangkakan perlunya diberikan latihan untuk individu yang akan

menyelenggarakan sistem supaya sistem dapat dikemas kini dari semasa ke

semasa.

Page 39: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

26

2.6.2 ANALISIS PENGGUNA SISTEM (STAKE HOLDER ANALISIS)

Analisis stakeholder, merupakan aspek yang penting, untuk mengenal pasti

fungsi dan keperluan yang dikehendaki oleh pihak stakeholder. Selain itu, analisis

stakeholder juga dapat membantu dalam menentukan fungsi yang berlainan untuk

stakeholder yang berlainan. Sebagai contoh, untuk pengguna biasa, fungsi yang

mampu dicapai adalah terhad, dan untuk bahagian pentadbiran, fungsi yang lebih

perlu dimasukkan ke dalam sistem tersebut.

Stakeholder utama yang akan menggunakan sistem ini adalah ibu bapa dan

pelajar sendiri. Ibu bapa dan pelajar akan menggunakan sistem untuk melihat

maklumat asas yang dimasukkan, sama ada ianya tepat atau tidak. Selain itu, ibu

bapa juga boleh melihat keputusan peperiksaan pelajar setiap kali selesai sesuatu

ujian. Selain daripada markah peperiksaan, ibu bapa juga dapat melihat

perkembangan pelajar dalam aspek sahsiah dan ko-kurikulum, dengan fungsi ini

dapat dilihat menggunakan sistem yang akan dibangunkan.

Stakeholder yang kedua, ialah guru-guru. Guru merupakan stakeholder yang

penting, kerana mereka yang akan memasukkan maklumat pelajar, berkaitan dengan

markah peperiksaan, dan maklumat lain, seperti maklumat ko-kurikulum, sahsiah,

dan juga maklumat berkaitan sistem pentaksiran pelajar Musleh (SPM). Sistem yang

akan dibangunkan meliputi kemasukan data pelajar dari bidang akademik, sahsiah,

ko-kurikulum dan juga SPPM.

Stakeholder yang ketiga, adalah pihak pentadbiran sekolah. Pihak

pentadbiran sekolah termasuklah pengetua sekolah, penolong kanan, guru panitia

mata pelajaran, ketua guru bahagian PMR Excellence Project (PEP), ketua guru

bahagian SPM Excellence project (SEP), dan ketua guru bidang matematik,

kemanusiaan, syariah, dan teknikal dan vokasional.

Berdasarkan kepada analisis stakeholder yang telah dikenal pasti, dapatlah

dibuat kesimpulan, bahawa sistem yang akan dibangunkan, adalah merupakan sistem

yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahap pengguna yang berlainan, iaitu

Page 40: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

27

pengguna tahap satu, iaitu ibu bapa dan pelajar itu sendiri, tahap kedua, iaitu guru-

guru, dan tahap ketiga, iaitu pihak pentadbiran sekolah.

2.6.3 ANALISIS STRATEGI

Analisis strategi merupakan analisis yang dilakukan untuk mengenal pasti

kekurangan sistem sedia ada, dan keperluan yang perlu dimasukkan ke dalam sistem

yang akan dibangunkan. Strategi sangat penting, untuk memastikan bahawa sistem

yang akan dibangunkan, mempunyai kelebihan berbanding sistem sedia ada, dan

juga mampu untuk memperbaiki kelemahan sistem yang sedia ada, dengan

memasukkan elemen-elemen yang diperlukan oleh pengguna.

Antara strategi yang boleh digunakan ialah, dengan melihat sistem sedia ada

di Sekolah Menengah Islam Hidayah, mengenal pasti elemen dan fungsi yang

penting untuk dimasukkan ke dalam sistem yang akan dibangunkan, dan mengenal

pasti elemen tambahan daripada sistem sedia ada.

Selain itu, kajian terhadap sistem sedia ada di pasaran, seperti sistem yang

terdapat di sekolah yang lain, atau sistem yang digunakan oleh pengguna yang

hampir sama seperti kolej-kolej, dan juga sistem yang digunakan oleh universiti

tempatan. Dengan membuat kajian dan perbandingan terhadap fungsi yang terdapat

dalam sistem tersebut. Selain itu, kajian ini penting untuk memasukkan maklumat

yang tidak terdapat dalam sistem sedia ada di SMIH. Ini akan membantu pihak

sekolah untuk mengemaskinikan maklumat sedia ada, dan memasukkan tambahan

maklumat yang sepatutnya ada.

Page 41: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

28

2.6.4 ANALISIS TEKNOLOGI

Analisis teknologi meliputi teknologi yang akan digunakan dalam

pembangunan sistem, iaitu teknologi penyimpanan data, iaitu sistem pengurusan

pangkalan data yang akan digunakan, aplikasi yang akan digunakan, dan fungsi yang

akan dibangunkan. Teknologi yang akan digunakan adalah teknologi berasaskan

web. Aplikasi berasaskan web ini menggunakan perisian PHP, pangkalan data

MySQL, dan server Apache

2.6.4.1 KELEBIHAN APLIKASI BERASASKAN WEB

Aplikasi berasaskan web telah diguna pakai sekian lama. Ia mempunyai

kelebihan dan kekurangan tersendiri berbanding sistem aplikasi desktop. Menurut

Fowler (2004), terdapat beberapa kelebihan menggunakan aplikasi berasaskan web;

i. Tidak memerlukan proses instalasi

Aplikasi berasaskan web boleh dilayari menggunakan komputer peribadi

milik individu atau syarikat menggunakan pelayar web seperi Internet Explorer,

Mozilla Firefox, Netscape dan sebagainya. Berbeza dengan aplikasi desktop, yang

memerlukan proses instalasi untuk menggunakan aplikasi tersebut. Dengan

menggunakan aplikasi berasaskan web, ia akan memudahkan organisasi dan

pengguna yang terlibat untuk menggunakan sistem, tanpa perlu untuk membeli dan

membuat proses instalasi terlebih dahulu. Selain itu, aplikasi berasaskan web juga

boleh digunakan oleh multi komputer, dan tidak bergantung kepada satu komputer

sahaja untuk menggunakannya.

Page 42: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

29

ii. Tidak bergantungan kepada sesuatu lokasi atau sesuatu peralatan sahaja.

Aplikasi berasaskan web boleh dicapai oleh pengguna dari komputer yang

mempunyai capaian kepada internet. Ini memudahkan pihak pengguna, sama ada

individu ataupun organisasi untuk melayari aplikasi web yang mereka kehendaki.

Oleh itu, segala proses dan fungsi aplikasi web boleh dilakukan di setiap komputer

yang mempunyai capaian kepada internet.

iii. Memudahkan Integrasi

Aplikasi web boleh memudahkan proses integrasi kerja secara menyeluruh. Ia

membantu pihak organisasi membuat kemas kini maklumat secara berkumpulan, dan

ini akan mempercepatkan lagi proses kemas kini maklumat tanpa pengguna perlu

menunggu giliran penggunaan sistem. Pengguna boleh mengemas kini maklumat di

mana sahaja, selagi mana mereka mempunyai capaian ke internet.

iv. Tidak memerlukan perkakasan khusus

Dengan menggunakan aplikasi web, pengguna boleh mencapai sistem dengan

menggunakan pelayar internet, tanpa perlu mempunyai perkakasan yang khusus

untuk membuat pemprosesan. Selain itu, sekiranya ada pertambahan atau pertukaran,

seperti pengemaskinian fungsi dalam sistem, pengguna tidak perlu menambah

perkakasan yang baru, dan Cuma menggunakan pelayar internet sahaja untuk

melayari sistem yang dikehendaki.

Page 43: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

30

2.6.4.2 PHP (HYPERTEXT PREPROCESSOR)

PHP merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan

secara meluas untuk membangunkan laman web, sejak diperkenalkan pada tahun

1994 oleh Rasmus Lerdorf (Welling, 2005). PHP bermaksud Personal Home Page

Tools, yang bermaksud peralatan membangunkan laman web secara personal. PHP

merupakan bahasa pengaturcaraan yang percuma dan mudah didapati di internet, dan

sehingga 2004, versi terbarunya, iaitu PHP 5.0 telah dilancarkan (Meloni, 2004) dan

telah diguna pakai secara meluas. Selain itu, terdapat juga forum-forum di dalam

internet yang membahaskan mengenai PHP dan cara untuk menggunakan fungsi

yang terdapat dalam PHP, antaranya www.phpforums.net, dan

www.thephpforums.net. Ini memudahkan lagi proses pembinaan laman web

menggunakan aplikasi PHP kerana ramai pengguna PHP sanggup berkongsi

pengetahuan berkenaan dengan PHP.

Terdapat banyak kelebihan yang menjadikan PHP bahasa pengaturcaraan

yang digunakan untuk menghasilkan laman web yang dinamik dan interaktif. Antara

kelebihan yang terdapat jika pengguna menggunakan PHP menurut ialah (Ridruejo,

2002) :

• Mudah dipelajari

PHP menggunakan kod HTML dan juga kod PHP yang tersendiri, dan ianya

boleh diintegrasikan dalam satu bahasa pengaturcaraan yang sama. Oleh itu,

ianya sangat mudah untuk dipelajari dan dengan adanya bantuan daripada

pengguna PHP di internet, ia lebih memudahkan lagi proses pembelajaran PHP.

• Sumber terbuka (open source)

PHP merupakan bahasa pengaturcaraan yang menggunakan sumber terbuka, oleh

itu, ianya boleh dipelajari oleh pelbagai pihak. Sesiapa sahaja boleh

menggunakannya untuk membangunkan laman web, sama ada laman web

persendirian ataupun laman web komersial. Selain itu, bantuan untuk

menggunakannya juga mudah didapati di internet, dengan wujudnya forum

berkaitan dengan PHP.

Page 44: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

31

• Platform yang pelbagai (Multiplatform)

PHP boleh digunakan dalam berbagai-bagai platform pelayan web dan sistem

operasi. PHP boleh digunakan dalam pelayan web seperti Apache, Microsoft IIS

dan juga pelayan Netscape. PHP juga boleh digunakan dalam sistem operasi

Unix, Windows, Linux, OS/2 mahupun MAC OS X.

• Pangkalan Data yang pelbagai

PHP boleh diintegrasikan dengan pangkalan data yang berbeza, seperti MySQL,

Microsoft Access, SQL Server, Oracle, dan sebagainya. Ini akan memudahkan

proses pengurusan pangkalan data yang baik, bergantung kepada fungsi yang

dibangunkan, dan saiz sistem yang dibangunkan.

Selain itu, menurut Meloni (2004), PHP yang semakin berkembang,

mempunyai dua kelebihan utama, iaitu;

• Pantas

Ianya pantas kerana pemprograman menggunakan aplikasi PHP ini, pantas

dan memudahkan proses pengemaskinian fungsi dan sebagainya.

• Fleksibel

Disebabkan PHP merupakan bahasa pengaturcaraan yang bersumberkan

sumber terbuka, maka ianya lebih fleksibel, dan dalam masa yang sama,

ianya tetap pantas dalam membuat pemprograman. akan tetapi, untuk sistem

yang kompleks, pemprosesan data akan menjadi sedikit lambat kerana fungsi

yang dibangunkan terlalu kompleks, dan memerlukan masa untuk

memproses.

Page 45: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

32

2.6.4.3 PANGKALAN DATA MySQL

MySQL merupakan salah satu aplikasi pangkalan data yang selalu digunakan

dalam membuat integrasi menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, kerana ia juga

merupakan pangkalan data yang bersumber terbuka. Ini memudahkan pihak

pembangun sistem untuk membina sistem, kerana ianya tidak memerlukan pengguna

untuk membayar untuk menggunakan aplikasi ini. MySQL merupakan Sistem

Perhubungan Pengurusan Pangkalan Data (RDBMS) yang tahan lasak dan pantas

(Welling, 2005). MySQL juga menggunakan bahasa pertanyaan yang berstruktur

(Structured Query Language, SQL), oleh itu, ianya lebih mudah untuk digunakan dan

difahami oleh pembangun sistem.

Walaupun MySQL adalah termasuk dalam kategori RDMBS, ia mempunyai

beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan aplikasi pangkalan data yang lain

seperti Oracle. Aplikasi ini tidak mempunyai keupayaan untuk menyokong

subqueries dan stored procedures (Bulger, 2004). Selain itu, ianya juga tidak

mempunyai aplikasi untuk menunjukkan perhubungan antara jadual, seperti yang

terdapat dalam Microsoft Access atau SQL Server. Namun begitu, ia adalah

pangkalan data yang sesuai digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi yang

kecil dan sederhana dan akan digunakan untuk pembangunan projek ini.

2.6.5 PERBANDINGAN SISTEM MAKLUMAT SEDIA ADA

Dalam pembinaan sistem yang akan dibangunkan ini, terdapat beberapa

sistem maklumat yang telah dibangunkan oleh pelbagai pihak untuk membantu

pelbagai pihak, terutamanya pihak sekolah. Selain itu, terdapat juga sistem maklumat

yang dibangunkan untuk membantu pihak pentadbiran yang mempunyai struktur

yang sama, seperti di kolej dan juga universiti. Kajian terhadap sistem sedia ada ini

perlu untuk mengenal pasti kelebihan sistem itu, dan juga kekurangan sistem, agar

Page 46: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

33

kelebihan sistem dapat diadaptasikan dan kekurangannya dapat diperbaiki dalam

sistem yang akan dibangunkan.

Berikut merupakan antara sistem berkaitan dengan Sistem Maklumat Pelajar

yang telah dibangunkan oleh pelbagai pihak, untuk kegunaan pengguna yang

mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menguruskan maklumat pelajar.

a. SMART

SMART merupakan Sistem Maklumat Pelajar Sekolah yang telah

dibangunkan oleh Mohd Hazli Mohd Sabil (2001), dengan menyediakan

beberapa modul untuk memudahkan pihak sekolah. Sistem ini

dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic, dan

merupakan aplikasi desktop. Ia mempunyai modul pendaftaran pelajar,

modul rekod individu pelajar, modul senarai pelajar, senarai kelas, modul

laporan dan analisis serta modul penyelenggaraan sistem. Objektif sistem

ini adalah untuk memudahkan proses pengemaskinian data oleh pihak

sekolah, dan memudahkan proses pencarian data berkaitan dengan pelajar.

Rajah 2.5: Antaramuka SMART

Page 47: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

34

Sistem ini juga menyediakan fungsi login untuk memastikan keselamatan

maklumat yang terdapat di dalamnya.

Rajah 2.6: Fungsi Login dalam SMART

b. Sistem Maklumat Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Sistem Maklumat Pelajar (SMP) UTM merupakan contoh sistem maklumat

yang baik, kerana ia menyediakan modul yang lengkap berkaitan pengajian

pelajar universiti, iaitu modul maklumat asas, modul maklumat tempat

tinggal, modul maklumat sejarah pembelajaran pelajar sebelum memasuki

UTM, modul maklumat peperiksaan untuk setiap semester, modul

maklumat pembayaran yuran serta pihak yang memberikan biasiswa

kepada pelajar dan sebagainya. Sistem ini juga mempunyai modul login

yang bagus, kerana ia dapat mencegah penggodam memasuki sistem dan

melihat serta merosakkan maklumat pelajar yang terdapat di dalamnya.

Page 48: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

35

Rajah 2.7: Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Slip Peperiksaan

Rajah 2.8: Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Kewangan Pelajar

Page 49: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

36

2.6.6 PERBINCANGAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Hasil daripada kajian yang dilakukan, setiap sistem mempunyai kelebihan

dan kekurangan masing-masing. Kelebihan setiap sistem boleh dijadikan sebagai

rujukan dalam pembinaan sistem, dan kelemahan yang ada, diperbaiki dan tidak

diulang dalam sistem yang akan dibangunkan. Berikut merupakan kelebihan dan

kekurangan setiap sistem;

i. SMART

Kelebihan

• Sistem ini mampu mengendalikan modul pendaftaran pelajar secara real –

time, dengan kemasukan data pelajar dibuat semasa pendaftaran dilakukan.

• Sistem ini boleh menentukan pengguna tertentu sahaja boleh menggunakan

sistem dengan menyediakan sistem kata laluan.

• Sistem ini juga boleh mengeksport data pelajar ke fail luaran, dan

mengimport kembali data pelajar yang telah dieksport.

• Sistem ini boleh menghantar fail pangkalan data ke komputer pelayan melalui

internet.

• Selain itu, sistem ini juga boleh membuat salinan pendua fail pangkalan data.

Kekurangan

• Sistem ini Cuma untuk proses kemasukan dan paparan data sahaja. Tidak ada

pemprosesan data untuk membuat laporan berkaitan prestasi pelajar.

• Ia tidak mempunyai Modul paparan data untuk pelajar

• Sistem ini merupakan sistem berasaskan dekstop sahaja, kemasukan dan

paparan data tidak boleh dilakukan selain daripada komputer yang

mempunyai sistem sahaja.

• Saiz Storan adalah 1 giga byte sahaja.

Page 50: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

37

ii. Sistem Maklumat Pelajar UTM

Kelebihan

• Sistem ini merupakan sistem atas talian, dengan kemasukan data, dan paparan

data boleh dilakukan di komputer yang mempunyai talian internet.

• Modul sistem ini merangkumi semua keperluan pelajar universiti, seperti

modul maklumat asas, modul maklumat peperiksaan, modul maklumat yuran,

dan sebagainya.

• Sistem ini mudah digunakan, tanpa perlu menggunakan manual untuk

menggunakannya.

• Sistem ini mempunyai fungsi login untuk pelbagai pengguna.

Kekurangan

• Untuk pelajar, tiada fungsi pemprosesan data secara keseluruhan, untuk

melihat prestasi semasa mereka, sama ada bertambah baik atau semakin

berkurangan.

2.7 KESIMPULAN

Secara dasarnya, Bab ini membincangkan mengenai perkara-perkara yang

perlu di ambil kira dan dititik beratkan dalam pembangunan sesuatu sistem, serta

kriteria yang diperlukan dalam membangunkan Sistem Bantuan Keputusan dengan

menekankan pemilihan metode pembangunan sistem dan juga keperluan pengguna.

Ini untuk memastikan sistem yang dibina, mampu memenuhi kehendak pengguna

dan pada masa yang sama, tidak meninggalkan aspek-aspek pembinaan model

sesuatu sistem.

Page 51: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Dalam pembinaan sesuatu sistem yang akan dibangunkan, ia memerlukan

perancangan yang rapi, agar sistem yang dibangunkan merupakan sistem yang

berguna, dan memenuhi kehendak pelanggan. Untuk itu, sesuatu sistem yang ingin

dibangunkan, perlu membuat beberapa penilaian, dan menekankan beberapa aspek,

agar ianya mampu menjadi sistem yang berguna. Untuk menghasilkan sesuatu sistem

yang berguna dan berkesan, ia memerlukan perancangan, dan untuk itu, ia

memerlukan kepada metodologi kajian, agar sistem itu, mampu memenuhi kehendak

pelanggan, dan disiapkan dalam jangka masa yang sepatutnya.

Metodologi kajian, perlu dilakukan, agar setiap sistem itu, mengikut

prosedur, dan melibatkan beberapa aktiviti yang berlangsung sepanjang kajian.

Pemilihan metodologi yang sesuai, akan membantu perlaksanaan pembangunan

sistem yang lebih berkesan, dan mengikut kehendak pengguna, di samping itu, ia

disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Bab ini, akan menerangkan mengenai

metodologi kajian, dengan menerangkan perancangan, prosedur, dan aktiviti yang

dijalankan sepanjang kajian ini dilakukan.

Page 52: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

39

3.2 REKABENTUK DAN PROSEDUR

Pembangunan sistem yang berkesan, bermula dengan perancangan, dan untuk

memulakan perancangan, ia memerlukan maklumat yang berkaitan, sama ada dari

pihak sekolah sendiri dan juga daripada pihak pembangun sistem. Untuk tujuan itu,

maka pembangun sistem perlu untuk mengetahui objektif pembangunan sistem, dan

memastikan sistem apa yang akan dihasilkan.

Semua perancangan pembangunan sistem perlulah disusun dengan rapi, agar

sistem mampu dibangunkan dengan teratur. Kebiasaannya, pembangun sistem akan

menggunakan Kitar Hayat Pembangunan Sistem. ia meliputi empat fasa iaitu fasa

perancangan, fasa analisa, fasa rekabentuk dan fasa perancangan (Dennis, 2005).

Kesemua fasa ini menerangkan secara menyeluruh tentang data dan aplikasi

pembangunan sistem dan boleh digambarkan serta dinilai (Rob, 2002).

Metodologi yang baik akan memberikan garis panduan untuk menyiapkan

semua aktiviti dalam kitar hayat pembangunan sistem, menurut Satzinger (2002) ini

termasuklah model sistem, peralatan yang digunakan serta teknik-teknik khusus yang

digunakan di dalam sistem yang akan dibangunkan. Manakala menurut Dennis

(2005), metodologi merupakan pendekatan secara formal untuk merancang dan

melaksanakan kitar hidup pembangunan sistem seperti kaedah-kaedah yang khusus

dan mampu dicapai.

Pemilihan metodologi perlulah tepat dan berasaskan kepada keperluan dan

beberapa faktor yang perlu diambil kira, iaitu: objektif kajian, skop projek, saiz

projek, jangka masa projek, dan pengguna projek.

Page 53: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

40

3.2.1 RANGKA KERJA KAJIAN

Pembangunan projek melibatkan beberapa langkah, agar ianya dapat

dilakukan dengan sistematik dan berkesan. Langkah pembangunan projek bermula

dengan pemilihan tajuk projek sehinggalah kepada pembangunan sistem dan

penulisan akademik berkaitan dengan projek. Berikut merupakan langkah yang

terlibat dalam pembangunan projek;

Rajah 3.1: Rangka Kerja Kajian

Pemilihan tajuk

Penulisan Proposal

Kajian literatur Membuat kajian sistem yang telah

dibina

Analisa hasil kajian awal

Analisa sistem

Implementasi sistem

Rekabentuk sistem

Pengujian sistem

Penulisan laporan akhir

Pembangunan sistem

Kajian awal

Page 54: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

41

a. Pemilihan Tajuk

Dalam pemilihan tajuk, ia merupakan langkah pertama dalam membina

projek. Pemilihan tajuk sangat penting, kerana ia akan menentukan hala

tuju dan matlamat kajian. Pemilihan boleh dibuat dengan membuat kajian

projek yang telah dijalankan sebelum ini. Selain itu, pemilihan tajuk juga

boleh dibuat daripada cadangan projek terdahulu. Perbincangan dengan

sesuatu organisasi juga boleh membantu dalam pemilihan tajuk

b. Penulisan Proposal

Proposal kajian mengandungi perkara seperti objektif, skop kajian,

keperluan, latar belakang masalah, dan penyataan masalah dibincangkan.

Sekiranya proposal diterima selepas temu duga, kajian boleh diteruskan

atau perlu diubah dan sebagainya.

c. Kajian Awal

Dalam kajian awal, ianya termasuk kajian literatur dan juga kajian

mengenai sistem yang telah dibina. Kajian keperluan pengguna juga

dilakukan pada peringkat ini. Kajian literatur lebih kepada kajian yang

telah dibuat oleh pelajar sebelum ini, dengan mengambil kira kelebihan

dan kelemahan yang telah dilakukan. Begitu juga dengan kajian terhadap

sistem yang telah dibina, dan sistem sedia ada. Ini untuk mengelakkan

kelemahan yang sama diulangi dan kelebihan sesuatu sistem dapat

diimplementasikan ke dalam kajian yang akan dibuat.

d. Analisa Hasil Kajian Awal

Analisa Hasil Kajian Awal didapati daripada kajian awal yang dilakukan.

Hasil daripada kajian awal akan digunakan dalam pembangunan sistem,

iaitu rangka kerja yang seterusnya.

e. Pembangunan Sistem

Rangka kerja pembangunan sistem melibatkan analisis sistem, rekabentuk

sistem, dan implementasi sistem. Hasil Kajian Awal akan dimasukkan ke

dalam sistem yang akan dibangunkan, selain daripada pemilihan

metodologi yang akan digunakan.

Page 55: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

42

f. Pengujian Sistem

Pengujian sistem perlu untuk memastikan sistem yang dibangunkan

mampu mencapai objektif dan matlamat pembinaannya. Dalam rangka

kerja ini, pengujian boleh dilakukan untuk melihat tahap keselamatan

sistem, prestasi pemprosesan sistem, dan tahap kepuasan pengguna

terhadap sistem yang dibangunkan. Sekiranya sistem berjaya mencapai

objektifnya, sistem dikira telah berjaya.

g. Penulisan Laporan Akhir

Penulisan Laporan Akhir merupakan proses terakhir dalam rangka kerja

kajian. Segala maklumat berkaitan kajian akan didokumenkan agar

pengetahuan yang terdapat di dalamnya dapat dikongsi bersama pengguna

yang lain. Manual sistem juga didokumenkan supaya pihak yang

menggunakan sistem boleh mengemas kini dan menyelenggarakan sistem

yang telah dibangunkan.

3.2.2 METODOLOGI PEMBANGUNAN SISTEM

Dalam kebanyakan pembangunan sistem, fasa dan langkah-langkah Kitar

Hayat Pembangunan Sistem diterima pakai secara logik daripada permulaan

pembangunan sistem hingga ke akhir pembangunan sistem. terdapat pelbagai

kategori metodologi pembangunan sistem yang telah diperkenalkan (Dennis, 2005),

iaitu Rekabentuk Berstruktur (Structured Design), Pembangunan Aplikasi Pantas

(Rapid Application Development, RAD), dan Pembangunan Agile (Agile

Development).

Metodologi Rekabentuk Berstruktur merupakan metodologi yang telah

diperkenalkan pada tahun 1980-an, yang merupakan satu metodologi yang

mengadaptasikan langkah demi langkah yang terdapat dalam Kitar Hayat

Pembangunan Sistem. Antara model dalam kategori ini adalah metodologi Air

Page 56: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

43

Terjun (Waterfall Development Methodology), dan kemudiannya, metodologi ini

dikembangkan kepada metodologi Model Selari. Model Air terjun merupakan asas

model metodologi berstruktur, dengan mempunyai empat fasa utama, iaitu fasa

perancangan, fasa analisis, fasa rekabentuk dan fasa implementasi yang dilakukan

secara berjujukan, dan sesuatu fasa perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum fasa

yang seterusnya dilakukan.

Metodologi Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD) pula, telah diperkenalkan

pada 1990-an (Dennis, 2005). Ia menerangkan kekurangan metodologi berstruktur

dengan membuat pembaikan Kitar Hayat Pembangunan Sistem untuk membuatkan

fasa tertentu di dalam sistem dibangunkan dengan lebih pantas untuk pengguna.

Dengan cara ini, pengguna akan dalam memahami mengenai sistem yang akan

dibangunkan dan juga dapat memberikan kekurangan dan keperluan tambahan yang

perlu dimasukkan ke dalam sistem. Ini akan membantu pembangunan sistem yang

selari dengan kehendak dan keperluan pengguna. Teknik dalam RAD lebih

menekankan Analis menggunakan teknik dan peralatan yang tertentu untuk

mempercepatkan lagi proses fasa analisis, rekabentuk dan implementasi seperti

menggunakan peralatan seperti CASE tools, dan rekabentuk aplikasi bersama (Joint

Application Design, JAD). Akan tetapi, masih terdapat masalah dalam menggunakan

RAD, iaitu sekiranya keperluan pengguna tidak didokumenkan, dan bergantung

kepada pengguna untuk memahami sistem yang akan dibangunkan, dan menambah

keperluan sistem dari semasa ke semasa. Dengan ini, ia akan menambahkan lagi

masa pembangunan sistem dan fungsi yang perlu dibangunkan berbanding dengan

kaedah mendokumentasikan keperluan sistem. Antara model dalam RAD ialah

Model Pembangunan Berperingkat, Model Prototaip, dan Model Prototaip

Throwaway.

Kategori terakhir, adalah Pembangunan Agile. Model ini menekankan

metodologi berteraskan pemprograman yang mempunyai beberapa syarat dan

latihan. Dalam model ini, kerja permodelan dikurangkan dengan banyaknya dan

dokumentasi juga dapat dikurangkan. Antara model dalam kategori ini adalah

Extreme Programming (XP), Scrum, dan Dynamic Systems Development Method

(DSDM).

Page 57: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

44

Dalam kajian ini, model yang dipilih adalah model Prototaip daripada

kategori Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD). Ini kerana, model ini lebih mudah

untuk diadaptasikan dengan mendokumenkan keperluan pengguna, dan dalam masa

yang sama, fungsi di dalam sistem boleh ditingkatkan seiring dengan keperluan

pengguna yang berbeza.

3.2.3 MODEL PROTOTAIP

Model Prototaip merupakan model yang melaksanakan fasa analisis,

rekabentuk dan implementasi secara berulang-ulang sehingga sistem yang

dikehendaki siap dibangunkan. Dengan menggunakan metodologi ini, setiap kali

pengulangan terhadap analisa, rekabentuk dan implementasi, pengguna dan

pembangun sistem akan memberikan komen terhadap sistem, untuk menganalisis

kembali, merekabentuk kembali, dan membuat implementasi kembali. Dengan ini,

sistem prototaip akan menambahkan fungsi dan mengurangkan kekurangan sistem

itu. dan akhirnya, sistem yang dibangunkan akan memenuhi kehendak dan keperluan

pengguna. Menurut Dennis (2005), model prototaip yang dibangunkan adalah seperti

berikut;

Page 58: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

45

Rajah 3.2: Model Metodologi Prototaip (Dennis, 2005)

Aktiviti dalam model prototaip ini mempunyai beberapa perkara yang perlu

diambil perhatian. Ini kerana, kebiasaannya, pembangun sistem akan terlupa dan

mengabaikan beberapa perkara penting dalam pembangunan sistem. berikut

merupakan aktiviti yang dilakukan dalam model Prototaip (Dennis, 2005);

a. Perancangan

Perancangan sistem merupakan asas kepada pembangunan sistem. Ia

menentukan kenapa sesuatu sistem itu perlu dibangunkan, dan bagaimana

sistem itu akan dibangunkan. Dalam fasa ini, pembangun sistem akan

menentukan sama ada sistem itu boleh dibangunkan atau tidak, adakah

ianya boleh digunakan oleh organisasi tersebut, dan adakah kos

pembangunannya berbaloi dengan aplikasi yang akan digunakan.

Perancangan

Analisis

Rekabentuk

Implementasi

Prototaip Sistem

Sistem

Implementasi

Page 59: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

46

b. Analisis

Fasa analisis akan merungkaikan persoalan berkaitan dengan pengguna

sistem yang akan dibangunkan, fungsi yang akan dibangunkan, serta bila ia

akan digunakan. Dalam fasa ini, terdapat tiga langkah yang perlu

dilakukan, iaitu Strategi dalam melakukan analisis. Ini untuk membantu

pembangun sistem, dan biasanya memasukkan analisis sistem sedia ada,

dan cara untuk membuat rekabentuk sistem yang akan dibangunkan.

Langkah kedua adalah analisis kajian keperluan pengguna (User

Requirement Analysis). Kajian keperluan pengguna akan membantu pihak

pembangun sistem untuk membuat rekabentuk konsep untuk sistem yang

akan dibangunkan. Langkah ketiga adalah membuat Proposal Sistem, yang

mengandungi analisis, konsep sistem, dan model yang akan dibina. Selain

itu, ia juga akan menentukan sama ada sistem itu perlu diteruskan atau

tidak.

c. Rekabentuk

Rekebentuk sistem akan menunjukkan bagaimana sesuatu sistem itu akan

beroperasi. Ini termasuklah spesifikasi perkakasan, perisian yang akan

digunakan, dan infrastruktur rangkaian. Selain itu, ia juga menunjukkan

antaramuka pengguna, borang dan laporan, dan juga program yang

spesifik, pangkalan data, dan fail yang akan digunakan. Rekabentuk sistem

mempunyai empat langkah, iaitu strategi rekabentuk, rekabentuk arkitek,

pangkalan data dan spesifikasi fail, dan rekabentuk program.

Strategi rekabentuk merupakan strategi yang akan dilakukan oleh

organisasi untuk membina sesuatu sistem, sama ada ianya akan

dibangunkan sendiri, ataupun meminta kepakaran daripada luar untuk

membina sistem itu, atau organisasi cuma membeli perisian yang terdapat

di pasaran.

Rekabentuk arkitek merupakan aspek yang menerangkan mengenai

perkakasan yang akan digunakan, perisian dalam membangunkan sistem,

dan rekabentuk rangkaian yang akan digunakan. Selain itu antaramuka

pengguna juga termasuk dalam bahagian ini, yang akan menunjukkan

Page 60: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

47

bagaimana pengguna akan menggunakan sistem yang akan dibangunkan,

serta borang dan laporan yang akan digunakan oleh sistem.

Pangkalan data dan spesifikasi fail pula merupakan dokumen yang

menerangkan mengenai kaedah penyimpanan data, dan tempat data akan

disimpan.

Rekabentuk program pula merupakan dokumen mengenai program yang

perlu dibangunkan, serta kegunaan dan fungsi setiap program.

d. Implementasi

Fasa terakhir adalah implementasi. Implementasi merupakan fasa yang

paling mendapat perhatian kerana ianya akan menunjukkan hasil sesuatu

sistem. Terdapat tiga langkah dalam fasa ini, iaitu Pembinaan Sistem.

Keduanya, ialah Instalasi Sistem, dan terakhir, Pelan Sokongan sistem.

Pembinaan sistem memastikan sistem dibangunkan dan pengujian sistem

dilakukan untuk memastikan sistem berfungsi seperti yang dikehendaki. Ini

kerana bugs atau kesalahan merupakan masalah yang menelan kos yang

lebih tinggi untuk membetulkannya. Oleh itu, Pembinaan Sistem sangat

penting untuk mengelakkan kos yang lebih tinggi.

Keduanya, adalah Instalasi Sistem. Instalasi merupakan proses menutup

sistem yang lama dan memasukkan sistem yang baru (Dennis, 2005). Ianya

boleh dilakukan secara penukaran terus, atau penukaran secara

berperingkat. Dalam proses ini, adalah sangat penting untuk membekalkan

pengguna dengan manual penggunaan supaya pengguna mengetahui fungsi

dan cara menggunakan sistem, selain membantu pengurusan kerana

perubahan kepada sistem yang baru.

Ketiganya, adalah Pelan Sokongan. Pelan ini secara dasarnya termasuklah

laporan selepas instalasi sistem, sama ada secara formal atau tidak formal.

Ini bertujuan untuk mengenal pasti perubahan yang diperlukan oleh sistem

tersebut.

Page 61: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

48

3.2.4 PENGUJIAN SISTEM

Peringkat pengujian sistem ialah peringkat di mana sistem yang telah

dihasilkan diuji. Pengujian yang dilakukan adalah dari segi kebolehan penggunaan

sistem, keselamatan, tahap prestasi, dan juga pengujian penerimaan pengguna.

Semasa peringkat pengujian, sistem ini mestilah bebas dari sebarang ralat. Jika

terdapat sebarang ralat seperti ralat logik, maka sistem tersebut hendaklah melalui

peringkat pembangunan sistem semula.

Terdapat empat tahap pengujian sistem, iaitu Pengujian Unit, Pengujian

Berintegrasi, Pengujian Sistem, dan Pengujian Penerimaan (Dennis, 2005). Setiap

tahap mempunyai jenis ujian yang boleh dilakukan. Berikut merupakan Tahap

pengujian yang disenaraikan oleh Dennis (2005);

a. Pengujian Unit

Pengujian unit memfokuskan kepada sesuatu unit sahaja. Terdapat dua

kaedah dalam pengujian unit, iaitu Kotak Hitam atau Kotak Putih. Kotak

Hitam lebih digemari kerana setiap kelas menerangkan sesuatu objek.

Pengujian

Kotak Hitam berdasarkan kepada keperluan sistem dan bukannya

berdasarkan kepada penerangan daripada pembangun sistem. Sebagai

contoh, pengujian dilakukan berdasarkan kepada kelas yang telah di

rekabentuk. Pengujian Kotak Putih pula merupakan pengujian berdasarkan

kepada spesifikasi metode yang bergantung kepada setiap kelas. Ini

bermaksud, penguji akan melihat sendiri kod program berdasarkan kepada

kelas yang direka.

b. Pengujian Integrasi

Pengujian Integrasi merupakan pengujian yang berdasarkan kepada set

kepada kelas yang perlu berfungsi bersama tanpa melakukan kesalahan. Ini

memastikan antaramuka dan hubungan antara sebahagian daripada sistem

berfungsi dengan baik. Dalam Pengujian Integrasi, terdapat empat jenis

Page 62: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

49

ujian yang boleh dilakukan, iaitu Pengujian Antaramuka Pengguna,

Pengujian Rajah Peristiwa (Use Case Testing), Pengujian Interaksi, dan

Pengujian Antaramuka Sistem.

Pengujian Antaramuka Pengguna melakukan pengujian dengan cara

menggunakan setiap menu yang ada pada antaramuka tersebut. Pengujian

Rajah Peristiwa pula melakukan pengujian menggunakan setiap rajah

peristiwa untuk memastikan ianya berfungsi, dan kebiasaannya

digabungkan dengan pengujian antaramuka pengguna. Pengujian Interaksi

pula merupakan pengujian terharap setiap proses langkah demi langkah,

dengan cara menguji setiap sub kelas dan membandingkan keputusan

dengan data pengujian. Pengujian Antaramuka Sistem pula merupakan

pengujian pertukaran data dengan sistem yang berlainan. Ini kerana

pertukaran data menjadikan sistem lebih mudah untuk diautomasikan

supaya pengguna dapat memastikan ianya berfungsi dengan baik.

c. Pengujian Sistem

Pengujian Sistem kebiasaannya dilakukan oleh Analis Sistem untuk

memastikan setiap kelas berfungsi dengan baik antara satu dengan yang

lain. Pengujian Sistem mempunyai kesamaan seperti Pengujian Integrasi,

akan tetapi ianya mempunyai skop yang lebih luas. Pengujian Sistem

menguji bagaimana sistem yang dibangunkan memenuhi kehendak dan

keperluan pengguna, bagaimana ianya berfungsi dengan baik apabila

pelbagai fungsi digunakan, dan tahap keselamatan sistem tersebut.

Terdapat lima jenis ujian dalam Pengujian Sistem, iaitu Pengujian

Keperluan, Pengujian Penggunaan, Pengujian Keselamatan, Pengujian

Prestasi, dan Pengujian Dokumentasi.

Pengujian Keperluan memastikan perubahan keperluan yang dikehendaki

dipenuhi. Keduanya Pengujian Penggunaan, menguji bagaimana tahap

kemudahan sistem untuk digunakan. Pengujian Keselamatan pula menguji

tahap pembaikan daripada kerosakan, dan kebolehan untuk capaian sistem

daripada pihak luar. Pengujian Prestasi pula menguji kredibiliti untuk

berfungsi di bawah tekanan yang tinggi dan capaian yang tinggi. Pengujian

Page 63: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

50

Dokumentasi pula menguji tahap ketepatan data berbanding dokumen yang

disimpan.

d. Pengujian Penerimaan.

Pengujian Penerimaan pula dilakukan oleh pengguna untuk menyokong

kumpulan pembangun sistem. tujuan utamanya adalah untuki memastikan

sistem yang dibangunkan telah sempurna dan boleh digunakan. Pengujian

Penerimaan dilakukan dalam dua tahap, iaitu Pengujian Alfa (Alpha

Testing) dan juga Pengujian Beta (Beta Testing). Pengujian Alfa dilakukan

oleh pengguna untuk menunjukkan tahap penerimaan pengguna terhadap

sistem yang telah dibangunkan, dan Pengujian Beta pula menggunakan

data sebenar, untuk memastikan sistem tiada kesalahan dan boleh

digunakan sepenuhnya.

3.3 RANGKA OPERASI (OPERATIONAL FRAMEWORK)

Rangka Operasi merupakan aspek yang penting dalam pembangunan sistem,

kerana dalam rangka operasi ini, pembangun sistem akan membuat rekabentuk

fizikal dan juga logikal. Rekabentuk Fizikal merupakan rekabentuk untuk

menerangkan secara fizikal mengenai sistem yang akan dibangunkan, seperti

perkakasan yang diperlukan, perisian yang diperlukan, dan sebagainya. Rekabentuk

logikal termasuklah rekabentuk Rajah Peristiwa, Diagram Kelas, Diagram Jujukan,

Diagram Komunikasi dan sebagainya.

Page 64: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

51

3.3.1 REKABENTUK LOGIKAL

Dalam rekabentuk logikal ianya menerangkan mengenai rajah peristiwa dan

juga diagram aktiviti (Dennis, 2005). Dengan menggunakan model ini, ia dapat

menerangkan sama ada sesuatu proses itu dilakukan menggunakan komputer ataupun

secara manual. Maklumat berkaitan rekabentuk logikal ini akan membantu dalam

rekabentuk Fizikal. Dengan memfokuskan kepada aktiviti logikal terlebih dahulu,

Analis Sistem boleh memfokuskan kepada bagaimana proses dilakukan dalam

organisasi dan bagaimana untuk mengimplementasikannya ke dalam organisasi.

Ia dimulakan dengan mengumpul maklumat daripada pengguna, kemudian

pembangun sistem akan mereka bentuk proses-proses yang dilakukan oleh organisasi

menggunakan diagram aktiviti. Kemudian, pembangun sistem akan mengenal pasti

aktiviti untuk diterjemahkan ke dalam bentuk Rajah Peristiwa. Rajah Peristiwa

merupakan aktiviti yang dilakukan oleh pengguna seperti kemasukan data,

pemprosesan data, paparan data dan sebagainya. Kemudian, Analis Sistem akan

mereka bentuk Diagram Kelas untuk membina model berstruktur dalam mengenal

pasti masalah dalam organisasi.

Untuk permodelan secara logikal, kajian permodelan telah dibuat

menggunakan Unified Modeling Languange. Ini kerana ia memudahkan permodelan

dalam bentuk berasaskan objek (Object-Oriented). Selain itu, ia juga dapat

menerangkan dengan jelas mengenai keperluan dan aktiviti yang dilakukan oleh

pihak sekolah, dan memudahkan proses mereka bentuk fungsi dan keperluan yang

diinginkan oleh pihak sekolah. Selain itu, model diagram kelas juga memudahkan

proses mereka bentuk pangkalan data yang baik.

Page 65: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

52

3.3.2 REKABENTUK FIZIKAL

Objektif kepada rekabentuk fizikal adalah untuk menentukan bahagian

aplikasi yang perlu untuk dimasukkan ke dalam perkakasan yang diperlukan.

Komponen utama dalam rekabentuk fizikal adalah perkakasan dan perisian. Terdapat

tiga prinsip aplikasi yang digunakan pada masa kini, iaitu rekabentuk berdasarkan

pengguna, rekabentuk berdasarkan server, dan rekabentuk berdasarkan kepada

pengguna dan server. Berikut merupakan fungsi dalam setiap rekabentuk;

a. Rekabentuk Berasaskan Server merupakan rekabentuk yang

menjadikan Server sebagai pemproses dan melakukan keempat-empat

fungsi, iaitu melakukan Logik Persembahan, Logik Aplikasi, Logik

Capaian Data dan Logik Penyimpanan Data. Rekabentuk yang mudah

sangat berguna kerana ianya dibina dalam satu komputer sahaja, dan

data juga disimpan dalam komputer yang sama. Akan tetapi,

disebabkan Server yang melakukan pemprosesan, dan disebabkan

penggunaan yang terlalu banyak, Server tidak dapat menampung

pemprosesan yang berlebihan dan memerlukan kos yang tinggi untuk

menambah baik Server tersebut.

Rajah 3.3: Rekabentuk Berasaskan Server

Pengguna Server

Logik Persembahan Logik Aplikasi Logik Capaian Data Penyimpanan Data

Page 66: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

53

b. Rekabentuk Berasaskan Pengguna pula merupakan rekabentuk yang

menetapkan komputer pengguna sebagai pemproses dan Server sebagai

Penyimpan Data sahaja. Ini memudahkan pemprosesan dilakukan

dipihak pengguna. Akan tetapi, ia mempunyai masalah apabila terlalu

banyak capaian yang dibuat terhadap data, hingga akan menyebabkan

lebihan dalam komputer pengguna dan juga rangkaian yang digunakan.

Rajah 3.4: Rekabentuk Berasaskan Pengguna

c. Rekabentuk Pengguna – Server pula merupakan rekabentuk yang

menyeimbangkan pemprosesan antara pengguna dan server dengan

kedua-duanya melakukan fungsi aplikasi yang sama. Kelebihan

rekabentuk ini adalah ianya fleksibel, iaitu mudah untuk menambah

atau mengurangkan simpanan data serta fungsi dalam kedua-dua

bahagian pengguna dan juga Server. Dengan menggunakan rekabentuk

ini, ia akan memudakan proses menambah baik, dan penyelenggaraan

sistem, kerana kemudahan untuk menambah dan mengurang fungsi

antara kedua-dua pengguna dan Server.

Pengguna Server

Penyimpanan Data Logik Persembahan Logik Aplikasi Logik Capaian Data

Page 67: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

54

Rajah 3.5: Rekabentuk Pengguna - Server

Selain itu, rekabentuk ini juga mudah untuk diaplikasikan, kerana

kebolehan untuk membahagikan fungsi antara pengguna dan Server.

Terdapat dua kaedah dalam rekabentuk ini, iaitu gabungan dua baris

(two tier), dan lebih (n-tier). Untuk dua baris, kebiasaannya,

rekabentuk adalah seperti Rajah 3.5, akan tetapi untuk rekabentuk yang

lebih kompleks, rekabentuk tiga baris dan lebih boleh digunakan.

Contoh untuk penggunaan rekabentuk tiga baris adalah seperti rajah 3.6

dan lebih daripada itu seperti rajah 3.7.

Rajah 3.6: Rekabentuk Tiga Baris (Three - Tier)

Pengguna Server

Logik Capaian Data Penyimpanan Data

Logik Persembahan Logik Aplikasi

Pengguna Server

Logik Capaian Data Penyimpanan Data

Logik Persembahan

Logik Aplikasi

Server Aplikasi

Page 68: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

55

Rajah 3.7: Rekabentuk Empat Baris (Four - Tier)

Berdasarkan kepada kajian terhadap ketiga-tiga rekabentuk fizikal yang telah

dicadangkan oleh Dennis (2005), rekabentuk fizikal yang akan digunakan adalah

rekabentuk tiga baris (Three – Tier Architecture). Ini kerana keperluan pihak sekolah

yang menginginkan agar tahap pengguna yang berbeza antara ibu bapa dan pelajar,

guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Oleh itu, berdasarkan keperluan ini, maka

rekabentuk Tiga Baris dipilih sebagai rekabentuk fizikal sistem yang akan

dibangunkan.

Pengguna

Server

Logik Capaian Data Penyimpanan Data

Logik Persembahan Logik Aplikasi

Server Aplikasi

Server Aplikasi

Logik Applikasi

Page 69: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

56

3.4 PENDEKATAN KAJIAN DAN SUMBER DATA

Sistem yang akan dibangunkan, perlu dikaji terlebih dahulu, dan memerlukan

maklumat sebanyak yang mungkin agar sistem yang dibangunkan dapat memenuhi

keperluan dan kehendak pengguna. Kajian secara kualitatif digunakan untuk

membuat kajian bagi pembangunan sistem. Menurut Reaves (1992) pendekatan

kualitatif merupakan penghakiman terhadap kualiti sesuatu objek. Ia memberikan

kelebihan kepada pembangun sistem kerana data yang diterima kebiasaannya sahih

dan boleh diterima kerana ianya dilakukan dalam bentuk temu ramah secara

mendalam dan hasilnya dianggap betul, tepat dan benar. Selain itu, analisis terhadap

dokumen berkaitan juga perlu dilakukan untuk mengenal pasti elemen-elemen yang

perlu dimasukkan ke dalam sistem.

Kaedah temu ramah, merupakan kaedah untuk mendapatkan maklumat yang

berkaitan dengan sesuatu perkara daripada seseorang ataupun sekumpulan orang.

Temu ramah merupakan cara yang paling efektif untuk memahami fungsi dan

peraturan sesuatu perkara (Satzinger, 2002). Temu ramah juga boleh digunakan

untuk mengenal pasti fungsi yang diperlukan, selain daripada data yang akan

digunakan di dalam sistem yang akan dibangunkan.

Selain temu ramah, kaedah analisis dokumen juga boleh dilakukan untuk

mendapatkan fungsi dan data sesuatu sistem yang akan dibangunkan. Dokumen yang

boleh dianalisis adalah seperti borang, manual, laporan, carta organisasi dan

sebagainya. Ia membantu pembangun sistem mendapatkan maklumat berkaitan

sistem sedia ada pada pelanggan dan mengenal pasti maklumat dan fungsi sedia ada.

Dalam membuat kajian terhadap sistem yang akan dibangunkan, kedua-dua

kaedah analisis data ini telah dilakukan. Temu ramah yang dilakukan adalah dalam

bentuk berstruktur dan tidak berstruktur, untuk mendapatkan maklumat. Individu

yang telah di temu ramah adalah seperti berikut;

Page 70: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

57

a. Puan Hajah Kamaliah Noordin

Beliau merupakan Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah sejak ianya

ditubuhkan, iaitu sejak 1996. Beliau merupakan orang yang mengetahui

kehendak dan keperluan sebagai pihak pentadbiran, dan dalam masa yang

sama, ibu kepada pelajar yang bersekolah di SMIH. Ini memudahkan lagi

proses mengenal pasti fungsi yang diperlukan, kerana beliau mempunyai

pengalaman yang luas dalam fungsi yang akan diperlukan.

b. Puan Fauziah Salam

Beliau merupakan Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Pelajar, dan di

bawah pengendalian Bahagian Pembangunan Sahsiah Pelajar termasuklah

Tarbiah Pelajar, Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Syabab

dan Fatayat, dan Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau merupakan individu

yang bertanggungjawab ke atas semua bahagian yang telah disebutkan di

atas, dan beliau sangat membantu dalam mendapatkan maklumat berkaitan

dengan Pembangunan Sahsiah Pelajar.

c. Puan Zunainah Jemenin

Beliau merupakan guru yang bertanggungjawab mengendalikan Bahagian

Komputer, di bawah Bidang Teknik dan Vokasional. Beliau merupakan

guru yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan pengurusan

pangkalan data pelajar. Maklumat teknikal seperti kaedah penyimpanan

data, komputer yang digunakan, dan data yang disimpan di bawah

pengendalian beliau.

d. En Zaidi Jalal

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Multimedia, di bawah bahagian

Jawatankuasa Khas Sekolah. Beliau juga adalah guru yang

bertanggungjawab mengendalikan Bahagian Komputer, di bawah Bidang

Teknik dan Vokasional. Bidang kuasa beliau sama seperti Puan Zunainah,

iaitu menguruskan pangkalan data pelajar.

Page 71: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

58

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai kriteria

pangkalan data yang akan dibangunkan, dokumen berkaitan perlu dianalisis untuk

mendapatkan senarai lengkap berkaitan maklumat yang akan disimpan dan

digunakan. Antara dokumen yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

i. Carta Organisasi Pihak Pentadbiran SMIH 2007

ii. Carta Organisasi Jawatankuasa Khas SMIH 2007

iii. Pangkalan data peperiksaan Sekolah dalam bentuk Microsoft Excel

iv. Borang Soal Selidik Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM)

v. Dokumen Penilaian Aktiviti Ko-kurikulum

vi. Majalah Inspirasi (Majalah Tahunan SMIH) 1998, 1999/2000

2001/2002, dan 2003/2004.

Hasil daripada kaedah pengumpulan maklumat, keperluan pihak sekolah telah

dapat di dokumenkan, dalam bentuk keperluan fungsi, dan keperluan bukan fungsi

yang terdapat dalam Bab 4 (Rujuk Bahagian 4.6 Kajian Keperluan Pengguna).

Keperluan pihak sekolah ini yang akan menjadi asas dalam pembangunan sistem, di

samping pembinaan pangkalan data yang lebih sistematik dan berkesan.

3.5 KAEDAH DAN ANALISIS DATA

Dalam kajian yang dibuat ini, ia menekankan Sokongan Membuat Keputusan

(SBK). Dalam SBK terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan, seperti Proses

Pembuatan Keputusan Berdasarkan Faktor Pemberat (weighted factor) menggunakan

kaedah Pengaturcaraan Linear.

Page 72: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

59

3.5.1 PROSES PENGATURCARAAN LINEAR (LINEAR PROGRAMMING)

Proses pengaturcaraan linear merupakan salah satu kaedah membuat

keputusan dalam bentuk moden metod penyelidikan operasi. Kaedah ini akan

menggabungkan pengiraan secara linear dengan menentukan pemberat yang

diperlukan untuk membuat keputusan. Pemberat ini ditentukan mengikut keperluan

pengguna, yang mana dalam kajian ini, ia melibatkan tiga faktor utama, iaitu

pencapaian akademik, pencapaian ko-kurikulum dan juga pencapaian dalam Sistem

Pengurusan Pelajar Musleh (SPPM). Untuk membuat pengaturcaraan linear ini,

beberapa langkah yang perlu diambilkira, iaitu;

i. Menentukan keputusan yang ingin dibuat, dan juga individu yang

bertanggungjawab membuat keputusan.

ii. Menentukan isu kepentingan dalam membuat keputusan.

iii. Mengenalpasti skala-skala bagi setiap kriteria.

iv. Mendapatkan kriteria yang lain dengan membandingkan dengan kriteria yang

paling penting disetkan sebagai 100.

v. Pemberat yang diperoleh akan dinormalkan iaitu pemberat setiap kriteria

akan dibahagikan kepada jumlah hasil tambah pemberat kriteria.

vi. Mendapatkan setiap skor bagi setiap alternatif berdasarkan kepada formula

yang diberikan.

Persamaan linear yang akan digunakan dalam penentuan keputusan yang

dibuat adalah seperti berikut;

i. Pengiraan senarai terbaik akademik

Jumlah = ((60% x) + (20% y) + (20% z)) / 100

ii. Pengiraan senarai terbaik sahsiah

Jumlah = ((20% x) + (60% y) + (20% z)) / 100

Page 73: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

60

iii. Pengiraan senarai terbaik ko-kurikulum

Jumlah = (((30% x) + (20% y) + (50% z)) / 100 )

Daripada formula di atas, faktor kriteria adalah seperti berikut;

x = markah keseluruhan peperiksaan

y = markah keseluruhan sppm

z = markah keseluruhan ko-kurikulum

Daripada hasil pengiraan tersebut, individu pentadbiran sekolah akan

menyenaraikan kesemua markah peperiksaan, markah sppm dan juga markah ko-

kurikulum, dan disusun mengikut peratus pengiraan senarai terbaik. Senarai ini akan

digunakan oleh pihak pentadbiran untuk membuat keputusan berkaitan pemilihan

kepimpinan sekolah, pemilihan pelapis kepimpinan dan juga tahap prestasi pelajar.

Jadual 3.1: Skala Pengiraan Senarai Terbaik

Skala

Peratus Bil Perkara

x y z Pengiraan

1 Senarai Terbaik keseluruhan 100 100 100 (x + y + z / 100)

2 Senarai Terbaik Peperiksaan 60 20 20 x + y + z

3 Senarai Terbaik SPPM 20 60 20 x + y + z

4 Senarai Terbaik Ko-Kurikulum 30 20 50 x + y + z

Dalam jadual 3.1, ia memaparkan kaedah pengiraan untuk mendapatkan

senarai terbaik bagi keseluruhan dan bagi setiap kategori. Dengan ini, ia dapat

memudahkan pihak pentadbiran membuat keputusan berdasarkan kategori yang

dikehendaki.

Page 74: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

61

3.6 WORK BREAKDOWN STRUCTURE (WBS)

Works Breakdown Structure merupakan kaedah yang digunakan untuk

mengenal pasti fungsi yang akan dilakukan dalam pembangunan sesuatu sistem. Ia

bermula dengan perancangan sehinggalah kepada proses implementasi sistem kepada

pengguna. Dengan membuat kiraan masa yang diperlukan untuk setiap fungsi yang

disenaraikan, ia memudahkan lagi untuk melakukan jangkaan sesuatu sistem itu

dapat disiapkan. Berikut merupakan Work Breakdown Structure untuk kajian ini;

1.0 Perancangan

1.1 Mengenal pasti Nilai sistem yang akan dibangunkan

1.2 Analisis Kemunasabahan

1.2.1 Kemunasabahan Teknikal

1.2.2 Kemunasabahan Ekonomi

1.2.3 Kemunasabahan Organisasi

1.3 Membina Pelan Kerja

1.3.1 Work Breakdown Structure

1.3.2 Jangka Masa Setiap Tugasan

1.3.3 Kebergantungan Tugasan

1.3.4 Tarikh Milestone

1.3.5 Membina Carta Gantt

1.4 Kawalan dan Arahan Projek

1.4.1 Membuat Standard

1.4.2 Dokumentasi

2.0 Analisis

2.1 Strategi Analisis

2.2 Mengumpul Keperluan Organisasi

2.3 Keperluan Rajah Peristiwa

2.4 Membuat Proses Model

2.5 Memodelkan Data

3.0 Rekabentuk

3.1 Memilih Rekabentuk

3.2 Rekabentuk Arkitek

Page 75: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

62

3.3 Rekabentuk Antaramuka

3.4 Rekabentuk Penyimpanan Data

3.5 Rekabentuk Program

4.0 Implementasi

4.1 Pembinaan

4.1.1 Pembinaan Program

4.1.2 Pengujian Program dan sistem

4.2 Instalasi

4.2.1 Strategi Pertukaran Sistem

4.2.2 Pelan Latihan

3.7 CARTA GANTT

Carta Gantt merupakan carta bar secara horizon yang menunjukkan

maklumat tugasan yang sama seperti Work Breakdown Structured. Dalam Carta

Gantt ini, ia menerangkan mengenai semua tugasan yang terdapat dalam

pembangunan sistem yang telah dirancang, kemudian, jangka masa setiap tugasan,

tugasan yang bergantungan dengan tugasan yang sebelumnya, tugasan yang

mempunyai jangka masa yang sama. Selain itu, Milestone projek juga boleh

diletakkan dan juga nama individu yang ditugaskan untuk menyiapkan tugasan

tersebut juga boleh diletakkan pada Carta Gantt. Carta Gantt untuk kajian ini

dilampirkan di Lampiran.

Page 76: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

63

3.8 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan mengenai metodologi yang

terdapat dalam pembangunan sistem. Selain itu, ia juga menerangkan mengenai

pendekatan kajian menggunakan kaedah kualitatif yang akan digunakan dalam

sistem yang akan dibangunkan, kerana kesesuaian dengan skop dan saiz projek yang

akan dibangunkan. Begitu juga dalam pemilihan model logikal dan fizikal yang akan

digunakan, bersesuaian dengan objektif dan skop kajian.

Page 77: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

BAB 4

KAJIAN SISTEM SEMASA

4.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, ianya akan membincangkan mengenai hasil kajian awal,

berkaitan sistem sedia ada yang sedang digunakan, proses yang dilakukan dalam

sistem sedia ada serta kajian mengenai keperluan pengguna berdasarkan kepada hasil

temu ramah, analisis dokumen, dan soal selidik yang telah dilakukan. Analisis yang

dilakukan lebih kepada untuk mengetahui struktur organisasi Sekolah Menengah

Islam Hidayah (SMIH), proses yang dilakukan untuk penyimpanan data,

pemprosesan data, dan hasil yang dikeluarkan. Selain itu, kajian juga dilakukan

untuk mengenal pasti kehendak dan keperluan pihak Pentadbiran SMIH dalam

membuat keputusan mengenai aspek akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.

Page 78: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

65

4.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH merupakan sebuah sekolah swasta

yang mengamalkan sistem pembelajaran akademik dan berteraskan penerapan nilai-

nilai Islam dalam kehidupan seharian dan dalam menjadikan Islam sebagai cara

hidup. SMIH terletak di Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama yang

menghubungkan Senai dengan Kempas.

SMIH telah ditubuhkan pada tahun 1995, dengan mempunyai tiga kelas

sahaja ketika dibuka, iaitu dua kelas tingkatan satu, dan satu kelas tingkatan dua.

Sehingga tahun 2007, sebanyak lapan generasi telah menghabiskan pengajian di

sekolah ini.

SMIH telah mengamalkan sistem pembelajaran dan penilaian pelajar

berdasarkan kepada tiga aspek, iaitu aspek akademik, aspek sahsiah dan juga aspek

ko-kurikulum. Pihak Pentadbiran SMIH terdiri daripada Pengetua sendiri, iaitu Puan

Hajah Kamaliah bt Nordin, dan tiga penolong kanan, iaitu Penolong Kanan

Akademik, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Pelajar, dan Penolong Kanan Hal

Ehwal Pelajar. Kumpulan ini merupakan organisasi yang mentadbir sekolah dan

memantau perkembangan sekolah untuk memastikannya memenuhi kehendak dan

keperluan masyarakat.

Selain itu, terdapat satu Jawatan Kuasa Khas, iaitu Jawatan Kuasa Khas

Sekolah yang akan menangani aspek-aspek selain akademik, pembangunan sahsiah,

dan hal ehwal pelajar. Bidang kuasa setiap daripada Penolong Kanan dan juga

Jawatan Kuasa dilampirkan pada bahagian 4.3

Dari segi akademik, sekolah ini telah berjaya menyaingi sekolah-sekolah

berasrama penuh yang lain, dengan mendapat keputusan yang memberangsangkan

dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan juga Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM).

Page 79: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

66

Untuk mengekalkan nilai-nilai Islam, sekolah ini telah mengajarkan subjek

syariah, seperti Akhlak, Fikah, Sirah, dan sebagainya, untuk memastikan para

pelajarnya mendapat mengekalkan nilai-nilai murni Islam dalam kehidupan mereka.

Falsafah Pendidikan SMIH adalah seperti berikut:

“Proses pendidikan yang berteraskan Tauhid bai membina dan melahirkan

Insan Rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan

membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut

oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu,

menyeluruh dan berterusan”

Pihak Pentadbiran SMIH merupakan satu organisasi yang mentadbir dan

membuat keputusan berdasarkan kepada kehendak dan keperluan semasa. Mereka

perlu membuat keputusan berdasarkan aspek akademik, sahsiah dan ko-kurikulum

pelajar. Lembaga Pengelola terdiri daripada ibu bapa pelajar yang mempunyai

kepakaran dalam mentadbir dan membuat keputusan.

Page 80: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

67

4.3 CARTA ORGANISASI

Berikut merupakan carta organisasi Sekolah Menengah Islam Hidayah untuk

tahun 2007. Carta organisasi ini merupakan carta yang mewakili pihak pentadbiran

tertinggi Sekolah Menengah Islam Hidayah, iaitu Pengetua, Penolong Kanan

Akademik, Penolong Kanan Sahsiah Pelajar, dan Penolong Kanan Hal Ehwal

Pelajar, serta Jawatankuasa Khas Sekolah. Carta ini juga menunjukkan bidang kuasa

setiap Penolong Kanan dan juga Jawatankuasa Khas Sekolah.

Rajah 4.1: Carta Organisasi SMIH 2007

PENGETUA

Penolong Kanan Akademik

Jawatankuasa Khas Sekolah

Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

Page 81: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

68

Jadual 4.1: Jadual Organisasi SMIH 2007

ORGANISASI

SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR 2007

PENGETUA

Puan Kamaliah Noordin

PENOLONG KANAN

AKADEMIK

Puan Norimah Abd Karim

Bidang Bahasa

Bidang Matematik & Sains

Bidang Kemanusiaan

Bidang Ilmu Wahyu

Bidang Syariah

Bidang Teknikal & Vokasional

Unit Penilaian & Peperiksaan

Unit Jadual

Pusat Sumber

PENOLONG KANAN

PEMBANGUNAN SAHSIAH

PELAJAR

Puan Fauziah Salam

Tarbiah Pelajar

Disiplin

Bimbingan & Kaunseling

Persatuan Syabab & Fatayat

Majlis Perwakilan Pelajar

PENOLONG KANAN

HAL EHWAL PELAJAR

Puan Shahidah Sheikh Ahmad

Keluarga Penyayang

Kebajikan Pelajar

Sukan & Permainan

Kelab Persatuan

Asrama

Keceriaan

SPBT

Unit Pelajar Luar / Antarabangsa

Page 82: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

69

JAWATANKUASA KHAS

SEKOLAH

Pentadbiran Sekolah (JPS)

Kurikulum Sekolah (JKS)

Pembangunan. Sahsiah Pelajar Sekolah

(PSP)

Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Keselamatan Sekolah (JKKS)

Lembaga Tatatertib Sekolah

Tarbiah Guru

Sijil Pentaksiran Pelajar (SPPM)

Kedai SMIH

Kebajikan Guru

Multimedia

Keceriaan

Jadual 4.2: Jadual Jawatankuasa Khas SMIH 2007

AHLI JAWATANKUASA KHAS SEKOLAH 2007

JAWATANKUASA

PENTADBIRAN

SEKOLAH (JPS)

Pengerusi

Timbalan

Pengerusi

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Norimah Abd Karim

Pn Fauziah Abdul Salam

Pn Shaidah Sheikh Ahmad

Pn Zuraidah Aman

Pn Suhana Majid

Pn Nor Rashidah Md Jadi

Pn Kartini Buyong

En Masdinizam Shamsuddin Shukor

Page 83: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

70

JAWATANKUASA

KURIKULUM

SEKOLAH (JKS)

Pengerusi

Timbalan

Pengerusi

Setiausaha

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Norimah Ab Karim

Pn Norhawanis Samion

Pn Kartini Buyong

Pn Norhayati Tahir

Pn Wan Noraini Wan Hamzah

Pn Zanaria Selamat

Pn Siti Suhaila Tasmon

Pn Nor Rashidah Md jadi

JAWATANKUASA

PEMBANGUNAN

SAHSIAH

PELAJAR (PSP)

Pengerusi

Timbalan

Pengerusi

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Fauziah Abdul Salam

En Masdinizam Shukor

En Shahruddin Zaniel Abildin

Pn Jamilah Yacob

Pn Hamizah Othman

Pn Zunainah Jemenin

Pn Normah Mohamad

Pn Nurul Huda Abu Hasan

JAWATANKUASA

HAL EHWAL

PELAJAR (HEP)

Pengerusi

Timbalan

Pengerusi

Setiausaha

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Shaidah Sheikh Ahmad

Pn Suzana Yusof

En Norkamarul Kalam Zulkifli

En Ezaidin Norman

En Mohd Sazali Maa'rof

En Zaidi Jalal

En Omar Danial

En Mohd Hafiz Che Hasan

Pn Zuraidah Aman

Pn Suharti Selamat

Page 84: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

71

JAWATANKUASA

LEMBAGA

TATATERTIB

SEKOLAH

Pengerusi

Timbalan

Pengerusi

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Fauziah Abdul Salam

Pn Norimah Ab Karim

Pn Shaidah Sheikh Ahmad

Pn Zuraidah Aman

En Masdinizam Shamsuddin Shukor

JAWATANKUASA

TARBIAH GURU

Pengerusi

Penyelaras

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Suhana Abdul Majid

Pn Norimah Ab Karim

Pn Fauziah Abdul Salam

Pn Shaidah Sheikh Ahmad

Pn Zuraidah Aman

JAWATANKUASA

KESELAMATAN

SEKOLAH

Pengerusi

Penyelaras

d

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

En Zainuddin Yatimin/

En Norkamarul Kalam Zulkifli

Pn Shaidah Sheikh Ahmad

Pn Norimah Ab Karim

Pn Fauziah Abdul Salam

Pn Zuraidah Aman

Pn Seri Juli Emas Wati Adnan

Pn Siti Suhaila Tasmon

Pn Hamizah Othman

Pn Norizah Mohd Salleh

JAWATANKUASA

KEDAI SMIH

Pengerusi

Penyelaras

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

En Mohd Iswan Mansor

Pn Siti Shamtidar Boahari

Pn Fazliaton Mansor

Cik Hawa Renddan

Page 85: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

72

PANEL PENILAI

KOPERASI

Ketua Pn Siti Suhaila Tasmon

Pn Shaidah Sheikh Ahmad

Pn Zuraidah Aman

Pn Norizah Mohd Salleh

JAWATANKUASA

SISTEM

PENTAKSIRAN

MUSLEH (SPPM)

Pengerusi

Penyelaras

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Zanaria Selamat

Pn Norimah Ab Karim

Pn Fauziah Abdul Salam

Pn Shaidah Sheikh Ahmad

JAWATANKUASA

KEBAJIKAN

GURU

Pengerusi

Penyelaras

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Norhawanis Samion

Pn Norizah Mohd Salleh

Pn Siti Suhailah Tasmon

En Ezaidin Norman

En Mohd Hafiz Che Hasan

Cik Muhaini Mahusin

JAWATANKUASA

SUKAN

Pengerusi

Penyelaras

Setiausaha

Pn Kamaliah Noordin

En Ezaidin Norman

En Omar Danial

JAWATANKUASA

MULTIMEDIA

Pengerusi

Penyelaras

Jawatankuasa

Pn Kamaliah Noordin

Pn Zunainah Jemenin

Cik Sharifah Talha Syed Zaid

Cik Muhaini Mahusin

En Zaidi Jalal

SISTEM KUALITI Pengerusi

Penyelaras

Pn Kamaliah Noordin

Pn Zanaria Selamat

Page 86: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

73

WAKIL GURU

DALAM PIBG

Pn Zuraidah Aman

En Mohd Iswan Mansor

En Zaidi Jalal

4.4 MODEL DATA SEDIA ADA

Daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa perkara telah dapat

dikenal pasti, model data sedia ada, dan proses yang perlu dibuat untuk mendapatkan

hasil akhir. Proses yang berlaku, dipecahkan mengikut beberapa bahagian, iaitu

bahagian markah peperiksaan, yang melibatkan guru-guru, bahagian yang

melibatkan pentadbiran sekolah, dan juga bahagian yang melibatkan Lembaga

Pengelola SMIH.

4.4.1 PENYIMPANAN MAKLUMAT PELAJAR

i. Bahagian Pangkalan Data Peperiksaan.

Dalam bahagian peperiksaan, semua guru terlibat, kerana setiap guru akan

memasukkan data maklumat markah peperiksaan ke dalam pangkalan data

yang disediakan. Pangkalan data sedia ada adalah dalam bentuk Microsoft

Access. Pangkalan data ini disimpan di sebuah komputer sahaja, dengan

pembahagian pangkalan data mengikut kelas.

Page 87: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

74

Rajah 4.2: Contoh Pembahagian Pangkalan Data Mengikut Tingkatan

Secara asas, rekabentuk pangkalan data ini adalah dalam bentuk fail (folder).

Setiap fail mewakili tingkatan, sebagai contoh, semua kelas dalam tingkatan

tiga akan dimasukkan ke dalam fail tingkatan tiga (rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.3: Contoh Penyimpanan Pangkalan Data Peperiksaan

Dalam setiap fail pula, terdapat pangkalan data berbentuk Microsoft Excel.

Setiap pangkalan data Excel ini mewakili setiap kelas dalam tingkatan

tersebut. (rujuk Rajah 4.2).

Page 88: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

75

Rajah 4.4: Contoh Penyimpanan Markah Peperiksaan

Data markah yang disimpan, dalam bentuk Microsoft Excel, untuk setiap

kelas, pula dipecahkan kepada kepingan-kepingan (sheet) Setiap kepingan

mewakili satu mata pelajaran, dan dalam setiap kepingan, terdapat pula

pecahan yang mewakili ujian. Ini menyukarkan penyimpanan data, dan ada

kemungkinan data markah yang disimpan tidak seragam. (rujuk Rajah 4.4)

Setelah kesemua data markah dimasukkan untuk setiap subjek, laporan

peperiksaan akan dikeluarkan menggunakan perisian Microsoft Word, dengan

dihubungkan kepada pangkalan data Microsoft Excel, dan dicetak

keluar.(Rujuk Rajah 4.5)

Page 89: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

76

Rajah 4.5: Contoh Laporan Peperiksaan yang dijana

ii. Pangkalan Data Ko-kurikulum dan Sahsiah

Pangkalan data untuk ko-kurikulum juga disimpan dengan kaedah yang sama

seperti kaedah penyimpanan data peperiksaan. Akan tetapi, pihak sekolah telah

mendapat arahan daripada pihak Kementerian Pelajaran, untuk membuat

penilaian ko-kurikulum pelajar menggunakan penilaian daripada kementerian,

oleh itu, pangkalan data yang baru, masih belum dibina lagi, dan skop ini akan

Page 90: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

77

dimasukkan dalam pangkalan data semasa pembinaan sistem yang akan

dibangunkan.

iii. Pangkalan Data Sahsiah

Pangkalan Data Sahsiah juga disimpan dalam bentuk yang sama seperti kaedah

penyimpanan data peperiksaan. ia termasuklah simpanan terhadap maklumat

berkaitan Rekod badan beruniform, rekod disiplin pelajar, rekod Majlis

Perwakilan Pelajar, rekod Tarbiah, dan juga rekod kaunseling pelajar.

4.4.2 PROSES SEDIA ADA

Untuk mendapatkan hasil akhir, iaitu laporan keseluruhan berkaitan dengan

akademik, sahsiah dan ko-kurikulum, terdapat beberapa fasa. Fasa pertama ialah

kemasukan data oleh guru-guru setiap subjek, kemudiannya, fasa pemprosesan

laporan oleh guru-guru mentor, kemudiannya, fasa pemprosesan dan analisis data

peperiksaan, sahsiah dan ko-kurikulum oleh guru-guru panitia, dan akhir sekali, fasa

membuat keputusan oleh pihak pentadbiran SMIH.

Page 91: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

78

Rajah 4.6: Fasa Pemprosesan data sehingga kepada pihak Lembaga Pengelola

Dalam fasa kemasukan data oleh guru-guru, setiap guru akan memasukkan

data markah ke dalam pangkalan data Microsoft Access setiap pelajar, mengikut

kelas, begitu juga dengan kemasukan data sahsiah, yang akan dimasukkan oleh guru-

guru mentor, dan data ko-kurikulum pelajar yang dimasukkan oleh guru-guru

tertentu.

Dalam fasa pemprosesan oleh guru mentor, mereka akan mengeluarkan

laporan peperiksaan setiap ujian atau peperiksaan, dengan menggunakan Microsoft

Word, dan memberikannya kepada ibu bapa pada hari penyerahan laporan ujian,

yang diadakan selepas setiap ujian atau peperiksaan. Laporan ini menunjukkan

prestasi pelajar dalam ujian atau peperiksaan tersebut.

Fasa pemprosesan dan analisis data oleh guru panitia pula, berlaku apabila

guru panitia, iaitu guru yang bertanggungjawab untuk satu-satu pelajaran, atau ketua

setiap pelajaran. Mereka akan membuat laporan pelajaran secara keseluruhan,

Fasa Kemasukan

data oleh guru

Fasa pemprosesan laporan oleh guru mentor

Fasa Pemprosesan dan Analisis

data oleh guru panitia

Fasa Membuat Keputusan oleh

Lembaga Pengelola

Page 92: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

79

dengan membuat statistik dan sebagainya, selepas semua guru selesai memasukkan

data markah peperiksaan. Laporan yang dibuat juga termasuk perbandingan statistik

antara ujian tersebut, dengan statistik ujian yang sebelumnya, untuk melihat

perkembangan atau penurunan graf. Untuk pemprosesan data sahsiah dan ko-

kurikulum, proses yang sama diulang.

Fasa membuat keputusan oleh Pihak Pentadbiran SMIH pula, merupakan

proses untuk membuat keputusan setelah laporan keseluruhan prestasi pelajar

diberikan kepada mereka. Selepas itu, mereka akan membuat keputusan berdasarkan

laporan yang dibuat. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh membuat keputusan

berdasarkan polisi dan sebagainya berkaitan laporan tersebut.

4.4.3 MASALAH SISTEM SEDIA ADA

Setelah membuat proses temu bual dengan pihak pentadbiran, beberapa

masalah sistem sedia ada telah dikenal pasti. Masalah-masalah ini dipecahkan kepada

tiga tahap pengguna, iaitu ibu bapa, guru-guru dan juga pihak pentadbiran sekolah,

iaitu Pengetua dan Penolong Kanan. Masalah pengguna ini telah disenaraikan dalam

bentuk jadual seperti berikut;

Jadual 4.3: Masalah Sistem Sedia Ada di SMIH

Pengguna Masalah

Ibu Bapa

dan Pelajar

• Sukar mendapat maklumat terbaru mengenai pelajar ,berkaitan

dengan prestasi peperiksaan mereka, prestasi ko-kurikulum,

dan juga prestasi sahsiah pelajar.

• Maklumat laporan yang disimpan oleh ibu bapa dalam bentuk

salinan keras, dan sekiranya maklumat itu hilang, sukar untuk

mendapatkan maklumat itu kembali.

Page 93: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

80

• Ibu bapa yang tinggal jauh, seperti di Selangor, Kedah, dan

luar negara seperti Singapura dan Brunei, sukar untuk

mendapatkan laporan prestasi pelajar, kerana laporan dihantar

melalui surat, dan ini akan mengambil masa serta kos yang

lebih tinggi.

Guru-guru • Guru-guru memasukkan maklumat mengenai pelajar ke dalam

pangkalan data yang disimpan dalam satu komputer sahaja.

Guru mempunyai masalah sekiranya mereka tidak pergi ke

sekolah, dan maklumat diperlukan segera, mereka tidak boleh

memasukkan maklumat tersebut ke dalam sistem sedia ada.

• Menjadi kesukaran sekiranya terdapat ramai guru yang ingin

memasukkan data pada satu masa yang sama, kerana mereka

terpaksa menunggu giliran mereka untuk memasukkan

maklumat pelajar.

Pihak

Pentadbiran

• Pihak pentadbiran sukar mendapat maklumat terbaru mengenai

prestasi pelajar dalam masa yang singkat, dan memerlukan

pemprosesan maklumat yang masa dan tenaga yang banyak.

• Sekiranya guru yang bertanggungjawab tidak dapat hadir ke

sekolah, dan maklumat segera diperlukan oleh pihak

pentadbiran, maklumat tidak dapat dicapai dengan segera.

Page 94: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

81

4.4.4 PEMBAIKAN TERHADAP SISTEM SEDIA ADA

Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dikenal pasti, satu rekabentuk

sistem yang akan dibangunkan telah dikenal pasti. Ia meliputi keperluan dan

kehendak pihak pentadbiran SMIH dalam memudahkan perhubungan antara pihak

ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Secara dasarnya, terdapat

beberapa pembaikan yang perlu dimasukkan ke dalam sistem yang akan

dibangunkan, iaitu:

a. Membina satu sistem yang mampu dicapai menggunakan aplikasi

berasaskan web.

b. Sistem yang akan dibangunkan perlulah menyokong kemasukan data

daripada platform yang berlainan. Ini akan memudahkan pihak guru

untuk membuat kemasukan data pelajar ke dalam sistem.

c. Sistem ini mampu menyokong penyemakan maklumat pelajar berkaitan

maklumat pelajar, maklumat prestasi peperiksaan, maklumat prestasi

sahsiah dan juga prestasi ko-kurikulum, untuk memudahkan pihak ibu

bapa dan guru menyemak prestasi semasa pelajar.

d. Sistem ini mampu memproses maklumat berkaitan dengan prestasi

semasa pelajar, iaitu melibatkan laporan seperti gred purata setiap mata

pelajaran, gred purata setiap kelas dan sebagainya.

e. Sistem ini mampu membuat senarai pendek pelajar terbaik dari

pelbagai aspek, iaitu aspek akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.

Page 95: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

82

4.5 REKABENTUK UNIFIED MODELING LANGUAGE

Untuk membuat rekabentuk sistem sedia ada, bahasa yang digunakan adalah

Unified Modeling Language. Bahasa ini mampu menyokong rekabentuk model

berasaskan objek. Ini memudakan pembangun sistem mengenal pasti fungsi yang

perlu dimasukkan, rekabentuk sistem, rekabentuk pangkalan data dan sebagainya.

Dalam kajian ini, ia melibatkan rajah peristiwa (use case) dan juga rajah kelas (class

diagram)

4.5.1 RAJAH PERISTIWA (USE CASE)

Berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak sekolah, dan pemerhatian

serta analisis yang telah dibuat, rajah peristiwa telah dihasilkan, dengan

mengasingkan fungsi mengikut keperluan pengguna. Ini kerana ia memudahkan

pihak pembangun untuk mengenal pasti fungsi yang perlu dimasukkan ke dalam

sistem yang akan dibangunkan.

Aktor yang telah dikenal pasti adalah ibu bapa dan pelajar, guru-guru, pihak

pentadbiran SMIH dan Admin sistem iaitu penyelenggara sistem. Manakala rajah

peristiwa utama yang telah dikenal pasti ialah Papar Maklumat, Kemasukan Data,

Papar Laporan, Papar Laporan Tahunan, Kemasukan Data Asas Pelajar, dan Papar

Data Subjek. Selain itu, terdapat juga sub rajah peristiwa, seperti yang terdapat pada

Rajah 4.6, Rajah 4.7, Rajah 4.8 dan Rajah 4.9.

Page 96: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

83

Ibubapa

Pelajar

Papar Maklumat Asas Papar Maklumat AlamatPapar Maklumat Penjaga

Papar Maklumat SPPM

Papar Maklumat Sukan

Papar Maklumat Kelab Sukan

Papar Maklumat Persatuan

Papar Maklumat Ko-KurikulumPapar Maklumat

Rekod MPP

Rekod Tarbiyah

Rekod Badan Beruniform

Maklumat Rekod Disiplin

Rekod Kaunseling

Papar Maklumat Sahsiah

Rajah 4.7: Rajah Peristiwa untuk Ibu Bapa dan Pelajar

Kemasukan Data Peperiksaan

Kemasukan Data Ko-Kurikulum

Kemasukan Data Sahsiah

Kemasukan Data SPPM

Kemasukan Data

<<include>>

<<include>>

<<include>>

<<include>>

GuruPapar Maklumat

Rajah 4.8: Rajah Peristiwa untuk Guru

Page 97: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

84

Papar Laporan TahunanPIhak Pentadbiran

SMIH

Papar Laporan

RAJAH 4.9: Rajah Peristiwa untuk Pihak Pentadbiran SMIH

Papar Data SubjekKemasukan Data

Papar Laporan Tahunan

Papar Laporan

Admin

Papar MaklumatKemasukan Data Asas Pelajar

Rajah 4.10: Rajah Peristiwa Admin Sistem

Page 98: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

85

4.5.2 RAJAH KELAS

Rajah Kelas merupakan rajah yang menerangkan kelas dan perhubungan

antara kelas yang akan kekal secara konsisten di dalam sistem. Rajah Kelas

termasuklah Kamus data dan juga fungsi untuk setiap kelas serta perhubungan antara

sesuatu kelas dengan kelas yang lain. Rajah Kelas dimasukkan ke dalam Lampiran

B.

4.6 KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA

Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk membantu pihak pentadbiran

SMIH dalam menguruskan sistem akademik, sahsiah, dan ko-kurikulum dengan

lebih berkesan, teratur dan memuaskan hati pihak-pihak yang terlibat, terutamanya

pihak pentadbiran SMIH. Selepas membuat sesi temu ramah dengan pihak

pentadbiran sekolah, iaitu Puan Hajah Kamaliah dan juga Penolong Kanan,

keperluan yang dikenal pasti, terbahagi kepada dua bahagian, iaitu keperluan dari

segi fungsi sistem, dan juga keperluan dari segi bukan fungsi.

i. Keperluan Fungsi

a. Sistem ini perlulah menyokong sistem kemasukan data peperiksaan, data

sahsiah dan juga data ko-kurikulum.

b. Sistem ini perlulah menyokong penyemakan maklumat pelajar berkaitan

maklumat asas pelajar, maklumat prestasi peperiksaan, maklumat sahsiah

pelajar, dan juga maklumat ko-kurikulum pelajar.

c. Sistem ini membolehkan pencetakan laporan secara terus dari sistem yang

dibina, tanpa perlu memasuki aplikasi yang lain.

Page 99: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

86

d. Sistem ini membenarkan pembetulan data dilakukan pada masa yang

ditetapkan.

e. Sistem ini mampu membuat senarai pendek pelajar terbaik untuk:

i. Senarai pendek pelajar terbaik dari aspek akademik

ii. Senarai pendek pelajar terbaik dari aspek sukan

iii. Senarai pendek pelajar terbaik dari aspek sahsiah

iv. Senarai pendek pelajar terbaik dari aspek ko-kurikulum

v. Senarai pendek pelajar terbaik keseluruhan

ii. Keperluan Bukan Fungsi

a. Sistem ini beroperasi dengan menggunakan aplikasi berasaskan web, dan

boleh di capai di mana-mana tempat.

b. Sistem ini akan mempunyai capaian yang bertingkat untuk tahap pengguna

yang berbeza.

c. Sistem ini mampu menampung kapasiti pengguna yang lebih daripada 30

orang pada satu-satu masa.

4.7 KESIMPULAN

Secara dasarnya, bab ini menerangkan mengenai hasil awal yang didapati

daripada kajian awal, iaitu proses sedia ada yang dilakukan oleh pihak sekolah

sebelum membuat laporan kepada pihak Lembaga pengelola, bentuk pangkalan data

yang sedia ada, keperluan pengguna kepada sistem yang akan dibangunkan.

Page 100: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

BAB 5

PELAKSANAAN DAN PENGUJIAN SISTEM

5.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, ia akan membincangkan mengenai pembangunan program

yang telah dirancang, meliputi bahasa pengaturcaraan yang digunakan, antaramuka

yang terdapat dalam sistem, dan juga kajian yang boleh dilakukan selepas ini untuk

menambah baik sistem yang telah dibangunkan. Selain itu, manual penggunaan

sistem juga akan dilampirkan bersama, meliputi fungsi untuk tahap pengguna yang

berbeza. Selain itu, dalam bab ini juga akan dibincangkan mengenai pengujian yang

dijalankan, dan laporan mengenai penerimaan pengguna terhadap sistem yang

dibangunkan.

Page 101: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

88

5.2 IMPLEMENTASI DAN PEMBANGUNAN SISTEM

Pembangunan sistem merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan

projek yang dibangunkan menepati kehendak dan keperluan pengguna. Ianya

melibatkan bahasa pengaturcaraan yang digunakan. Ia akan menterjemahkan hasil

daripada kajian awal keperluan pengguna berkaitan sistem yang dibangunkan.

Bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah html,

php dan menggunakan pangkalan data MySQL. Bahasa html digunakan untuk

memaparkan maklumat berkaitan, manakala bahasa pengaturcaraan php pula

digunakan untuk memproses data yang dimasukkan, dan yang dipanggil dan

dipaparkan dalam antaramuka pengguna.

5.2.1 MODUL PENGGUNA

Dalam merekabentuk sistem ini, terdapat beberapa modul yang telah

dibahagikan mengikut keperluan pengguna telah dibangunkan. Modul-modul ini

mempunyai fungsi yang berlainan antara satu dengan yang lain, kerana tahap

keperluan pengguna yang berbeza. Modul pengguna yang telah dibangunkan adalah

seperti berikut;

1. Modul Paparan Maklumat Pelajar

Modul paparan maklumat pelajar membenarkan para pelajar melihat

maklumat berkaitan diri mereka di sekolah. Selain itu, modul ini juga

mempunyai 4 sub-modul, iaitu;

Page 102: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

89

a. Sub-Modul Paparan Maklumat Asas

Sub-Modul ini memaparkan maklumat asas berkaitan pelajar.

Maklumat seperti nombor kad pengenalan pelajar, nama

pelajar, kecacatan, dan sebagainya.

b. Sub-Modul Paparan Maklumat Penjaga

Sub-Modul ini memaparkan maklumat penjaga pelajar, iaitu

nama ibu bapa atau penjaga, alamat penjaga, dan sebagainya.

Ini dapat membantu pihak pelajar untuk melihat maklumat

penjaga mereka.

c. Sub-Modul Paparan Maklumat Peperiksaan

Sub-Modul Paparan Maklumat Peperiksaan ini, akan

memaparkan maklumat keputusan peperiksaan pelajar, dengan

membuat pilihan yang dikehendaki. Pelajar perlu memilih

tahun, dan jenis peperiksaan yang mereka inginkan, kemudian,

sistem akan memaparkan maklumat keputusan peperiksaan

yang dikehendaki.

d. Sub-Modul Paparan Maklumat SPPM

Sub-Modul ini memberikan paparan maklumat SPPM pelajar,

berdasarkan kepada tahun yang dipilih.

e. Sub-Modul Paparan Maklumat Ko-Kurikulum

Sub-Modul ini memaparkan maklumat ko-kurikulum pelajar,

seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian

Pelajaran. Borang akan diisi oleh guru yang terlibat, dan

pelajar boleh memaparkan maklumat berkaitan dalam sub-

modul ini.

Page 103: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

90

2. Modul Kemasukan Data Pelajar

Modul kemasukan data pelajar digunakan untuk memasukkan

maklumat yang berkaitan dengan pelajar yang berada di bawah

pengawasan guru tertentu. Modul ini mempunyai tiga sub-modul

untuk memasukkan maklumat pelajar, iaitu;

a. Sub-Modul Kemasukan Data Peperiksaan

Sub-modul ini akan memudahkan pihak guru untuk

memasukkan data peperiksaan pelajar. Modul ini akan

membenarkan guru memilih kelas dan subjek yang diajar. Dan

kemudiannya, guru perlu memilih jenis peperiksaan yang akan

dipilih sebagai maklumat jenis peperiksaan. Dan kemasukan

data peperiksaan akan dimasukkan mengikut kelas dan subjek

yang telah dipilih. Kelas dan subjek ini bergantung kepada

kelas dan subjek yang diajar, guru yang tidak mengajar kelas

atau subjek yang sama, tidak akan mampu memasukkan

maklumat peperiksaan untuk kelas dan subjek tersebut.

b. Sub-Modul Kemasukan Data SPPM

Sub-modul ini akan membenarkan guru memasukkan data

sppm pelajar, dengan senarai pelajar adalah berdasarkan

kepada program mentor-mentee di sekolah. Hanya mentor

kepada pelajar sahaja akan dapat memasukkan data ke dalam

sistem.

c. Sub-Modul Kemasukan Data Ko-Kurikulum

Sub-modul ini akan memudahkan pihak guru untuk

memasukkan data ke dalam sistem dengan berdasarkan kelas

pelajar. Guru akan memilih kelas, dan senarai pelajar kelas

Page 104: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

91

tersebut akan disenaraikan, dan guru perlu memilih pelajar

yang akan dimasukkan data.

3. Modul Sistem Bantu Keputusan

Modul Sistem Bantu Keputusan ini mempunyai tiga sub-modul, iaitu

sub-modul untuk kepimpinan, sahsiah dan juga ko-kurikulum. Modul

ini akan memaparkan maklumat senarai pelajar yang terbaik bagi

kategori yang dipilih, dan juga berdasarkan kepada tigkatan yang

dipilih. Ia juga mampu memaparkan maklumat senarai keseluruhan

pelajar, tanpa mengikut tingkatan. Ini memudahkan pihak pentadbiran

dalam memaparkan senarai pelajar yang berkaitan. Sub-Modul untuk

Modul Sistem Bantu Keputusan adalah;

a. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Kepimpinan

b. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Sahsiah

c. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum

Antaramuka yang dibangunkan adalah berdasarkan modul-modul yang telah

disenaraikan di atas. Untuk melihat maklumat berkaitan, setiap pengguna perlu login

ke dalam sistem, berdasarkan kepada tahap pengguna, iaitu Pelajar, Guru, dan

Admin. Carta antaramuka pengguna adalah seperti berikut;

Page 105: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

92

STRUKTUR REKABENTUK ANTARAMUKA

<<Window>> Menu Utama

<<Window>> Menu Admin

<<Window>> Menu Pelajar

<<Hyperlink>> Menu Guru

<<Hyperlink>> Kemasukan Data

Peperiksaan

<<Hyperlink>> Kemasukan Data

Musleh

<<Hyperlink>> Kemasukan Data Ko-Kurikulum

<<Hyperlink>> Paparan Maklumat Asas

Pelajar

<<Hyperlink>> Senarai Terbaik

Kepimpinan

<<Hyperlink>> Paparan Maklumat

Penjaga Pelajar

<<Hyperlink>> Paparan Maklumat Peperiksaan Pelajar

<<Hyperlink>> Paparan Maklumat

SPPM Pelajar

<<Hyperlink>> Paparan Maklumat Ko-

Kurikulum Pelajar

<<Hyperlink>> Paparan Maklumat Kemasukan Data

<<Button>> Submit

<<Button>> Submit

<<Button>> Submit

<<Hyperlink>> Senarai Terbaik

Kepimpinan

<<Hyperlink>> Senarai Terbaik

Kepimpinan

Rajah 5.1: Rajah Carta Antaramuka Pengguna

Page 106: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

5.3 PENGUJIAN SISTEM

Dalam bahagian ini, ia akan menerangkan mengenai pengujian sistem yang

dilakukan. Ini penting untuk memastikan pembangunan sistem yang telah dilakukan

menepati kehendak dan keperluan pengguna. Selain itu, ia juga perlu untuk

memastikan sistem yang dibangunkan tidak mempunyai masalah dan mampu

berfungsi mengikut keperluan.

Di dalam fasa pengujian, sistem akan diuji dari aspek pengesahan (validation)

dan penentusahan (verification). Penentusahan sistem akan melihat samada sistem

menepati spesifikasi. Pengesahan sistem pula akan melibatkan pengujian samada

sistem menepati seperti apa yang pengguna mahu dan jangkakan (Sommerville,Ian.

1998).

Strategi untuk pengujian sistem ini adalah seperti berikut;

i. Pengujian Sintaksis

ii. Pengujian Kotak Putih

iii. Pengujian Kotak Hitam

5.3.1 PENGUJIAN SINTAKSIS

Pengujian sintaksis merupakan pengujian yang dilakukan dengan

menggunakan fungsi compile. Fungsi ini boleh diadaptasikan dalam bahasa

pengaturcaraan php, kerana apabila sesuatu sintaksis yang salah, ia akan dipaparkan

dalam browser, dan pengaturcara perlu membetulkan masalah tersebut.

Page 107: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

94

Proses ini ulang mengikut modul yang dibangunkan, dan dengan cara ini,

kesalahan sintaksis tidak lagi berlaku apabila sesuatu modul yang telah siap

dibangunkan. Hasil daripada ini, sistem yang dibangunkan akan dapat digunakan

oleh pengguna.

5.3.2 PENGUJIAN KOTAK PUTIH

Pengujian kotak putih dilakukan untuk memastikan kod aturcara diuji. Proses

pengujian kotak putih bertujuan untuk mengesan sebarang kesalahan logik aturcara

dan memastikan setiap fungsi di dalam modul memberikan hasil seperti yang

diperlukan. Ia akan menguji kelas sistem untuk melihat elemen utama yang terdapat

di dalamnya.

Dalam menjalankan pengujian kotak putih ini, kaedah yang dijalankan adalah

seperti berikut;

i. Membahagikan proses pengujian kepada modul-modul yang dibangunkan.

ii. Membahagikan modul kepada sub modul

iii. Membahagikan sub modul kepada fungsi atau unit yang terdapat dalams etiap

sub modul. Dengan ini, pengujian akan dijalankan menggunakan pendekatan

Bottom-Up.

Page 108: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

95

Rajah 5.2: Rajah Hirarki Pengujian Kotak Putih

(Pengujian peringkat unit dan fungsi)

- Semak maklumat pelajar

- Semak maklumat penjaga

- Semak maklumat peperiksaan

- Semak maklumat sppm

- Semak maklumat ko-kurikulum

- Carian Kelas dan Subjek Pelajar

- Kemasukan Data Peperiksaan

- Kemasukan Data SPPM

- Kemasukan Data Ko-Kurikulum

- Senarai Maklumat Pelajar Terbaik Kepimpinan

- Senarai Maklumat Pelajar Terbaik Sahsiah

- Senarai Maklumat Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum

- Pilih attribut pelajar

(Pengujian peringkat Modul)

- Modul Paparan Maklumat Pelajar

- Modul Kemasukan Data Pelajar

- Modul Sistem Bantu Keputusan

Modul Utama SISTEM - Login Pengguna - Menu Utama

(Pengujian peringkat intergrasi sistem)

Page 109: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

96

5.3.3 PENGUJIAN KOTAK HITAM

Pengujian kotak hitam merupakan pengujian sistem terhadap fungsi yang

dibangunkan, samada ianya memenuhi keperluan yang telah ditetapkan. Dalam

kaedah pengujian ini, sistem yang dibangunkan akan dijalankan, dan ianya akan

menguji sama ada fungsi yang dibangunkan memenuhi keperluan dan kehendak

pengguna atau tidak. Pada peringkat ini, sistem sepatutnya mampu berfungsi

sepenuhnya, kerana tiada lagi ralat sintaksis yang wujud.

Untuk itu, setiap fungsi akan diuji, dan disemak terhadap spesifikasi

keperluan sistem. Output bagi setiap fungsi perlulah memenuhi keperluan yang telah

ditetapkan di dalam spesifikasi keperluan. Jika fungsi yang dibangunkan tidak

memenuhi spesifikasi, ianya perlu diubah semula, agar memenuhi spesifikasi yang

telah diersetujui bersama. Jadual di bawah menunjukkan ujian yang dilakukan

terhadap fungsi yang terdapat dalam setiap modul.

Jadual 5.1 : Ujian Fungsi Bagi Setiap Modul

Bil. Modul Fungsi

1. Modul Paparan

Maklumat Pelajar

- Papar maklumat asas pelajar

- Papar maklumat penjaga pelajar

- Papar maklumat peperiksaan pelajar

- Papar maklumat sppm pelajar

- Papar maklumat ko-kurikulum pelajar

2. Modul Kemasukan

Data Pelajar

- Senaraikan pelajar mengikut kelas yang diajar oleh

guru tertentu

- Kemasukan data peperiksaan mengikut subjek,

tahun, dan jenis peperiksaan

- Proses dan masukkan gred pelajar ke dalam

pangkalan data

Page 110: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

97

3. Modul Sistem Bantu

Keputusan

- Senaraikan maklumat pelajar mengikut kategori

- Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik

kepimpinan

- Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik

sahsiah

- Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik ko-

kurikulum

5.4 PENGUJIAN MODUL OLEH PENGGUNA

Pengujian modul juga perlu dibuat oleh pengguna, untuk mengenalpasti

masalah-masalah yang timbul semasa proses penggunaan sistem dijalankan. Aspek-

aspek pengujian termasuklah penilaian, komunikasi, capaian, dan antaramuka. Untuk

pengujian modul ini, seramai 10 responden telah dipilih, terdiri daripada pelajar, dan

5 orang bagi pihak guru dan pihak pentadbiran sekolah.

Jadual 5.2 : Keputusan soal selidik pelajar

Bil Perkara Bilangan Ya

Bilangan Tidak

1 Aplikasi Pelajar

a. Boleh membantu pelajar memaparkan maklumat

berkaitan dengan mudah dan cepat

b.Semua unit boleh dicapai

c. Paparan maklumat memudahkan pelajar

8

10

7

2

0

3

2 Capaian

a. Mudah

b.Cepat

c. Jelajah

9

10

7

1

0

3

3 Antaramuka

Page 111: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

98

a. Ikon mencukupi

b. Persembahan menarik

c. Mengikut piawaian

5

6

6

5

4

4

Jadual 5.3: Keputusan soal selidik guru dan pihak pentadbiran sekolah

Bil Perkara Bilangan Ya

Bilangan Tidak

1 Aplikasi Untuk Guru

a. Paparan untuk kemasukan data adalah mudah

b.Semua markah direkodkan dengan betul

c. Proses kemasukan data adalah mudah

3

4

3

2

1

2

2 Capaian

a. Mudah

b.Cepat

c. Jelajah

5

5

3

0

3

2

3 Antaramuka

a. Ikon mencukupi

b. Persembahan menarik

c. Mengikut piawaian

2

3

4

3

2

1

5.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, implementasi dan pengujian sistem adalah sangat

penting, untuk memastikan bahawa sistem yang dibangunkan menepati kehendak

dan keperluan spesifikasi pengguna. Ini penting, agar pengguna dapat memahami

dan menggunakan sistem ke tahap optimum. Dengan memenuhi kehendak dan

keperluan ini, ia akan dapat membantu pihak sekolah menambah nilai dalam

pengurusan maklumat pelajar.

Page 112: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

BAB 6

STRATEGI ORGANISASI

6.1 PENDAHULUAN

Dalam pembinaan sesuatu sistem untuk sesuatu organisasi, perkara yang

penting adalah strategi dalam mengimplementasikan sistem yang telah dibangunkan

ke dalam organisasi. Aspek ini sangat penting untuk memastikan bahawa sistem

yang dibangunkan, mampu untuk digunakan secara optimum oleh organisasi.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam proses implementasi sistem

ke dalam organisasi. Terdapat beberapa pelan dalam membuat implementasi sistem

ke dalam organisasi, iaitu;

1. Perancangan perubahan pengurusan

2. Perancangan perubahan pangkalan data

Page 113: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

100

6.2 PERANCANGAN PERUBAHAN PENGURUSAN

Perubahan pengurusan yang dilakukan adalah perubahan pengurusan secara

terus. Ini bermaksud, penggunaan sistem baru akan digunakan secara terus, dan

sistem yang lama tidak akan digunakan lagi. Perubahan jenis ini adalah yang paling

mudah, dan ringkas. Akan tetapi, ia juga merupakan cara perubahan yang paling

berisiko tinggi, kerana sebarang permasalahan dengan sistem yang baru yang tidak

dapat dikesan ketika proses pengujian akan menggangu pengurusan pihak sekolah.

Sekolah Hidayah merupakan sekolah yang sentiasa memperbaiki sistem

pengurusan pangkalan data, dan staf di sekolah ini sentiasa mengikuti perkembangan

teknologi. Oleh itu, pelan perubahan daripada sistem sedia ada adalah lebih mudah

dan murah, kerana ianya hanya melibatkan perubahan penggunaan teknologi yang

dibangunkan.

Untuk mencapai objektif perubahan pengurusan ini, terdapat beberapa

langkah-langkah yang perlu dilakukan, agar staf sekolah dapat menggunakan sistem

ini ke tahap optimum.

1. Mengadakan kursus pendek mengenai sistem

Sebagai permulaan, perancangan perubahan dan perpindahan teknologi

dari sistem sedia ada kepada sistem yang dibina, adalah dengan

mengadakan taklimat secara kursus pendek kepada staf-staf, guru-guru

dan pihak pentadbiran sekolah. Dengan ini, teknologi dapat difahami oleh

pihak sekolah, dan akhirnya, ianya dapat digunakan secara menyeluruh

selepas penyerahan sistem.

Page 114: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

101

2. Menyediakan manual pengguna sistem

Manual penggunaan sistem juga sangat penting, untuk membantu pihak

sekolah mendapatkan maklumat dokumentasi yang diperlukan, seperti

kamus data, arah aliran sistem, fungsi yang dibenarkan, dan kekangan

yang terdapat dalam sistem. Ini dapat memudahkan pihak sekolah untuk

menggunakan sistem dan merujuk kepada manual sekiranya terdapat

masalah dalam penggunaan sistem.

6.3 PERANCANGAN PERUBAHAN PANGKALAN DATA

Pangkalan data yang digunakan oleh sistem ini adalah pangkalan data

berasaskan web, iaitu MySQL, manakala untuk sistem sedia ada di sekolah, ia

menggunakan perisian Microsoft Excel. Proses kemasukan data menggunakan

kaedah kemasukan semua maklumat ke dalam sistem menggunakan fungsi yang

telah dibangunkan.

6.4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai strategi organisasi

dalam mengadaptasikan sistem yang baru dibangunkan untuk menggantikan sistem

sedia ada. Perancangan ini sangat penting, untuk memastikan pengguna, iaitu pihak

sekolah dapat memahami keperluan pembangunan sistem, dan memahami fungsi dan

kekangan sistem, agar ianya dapat digunakan secara optimum.

Page 115: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

BAB 7

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

7.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, ia akan membincangkan mengenai pencapaian kajian, masalah

dan halangan sepanjang pembangunan sistem ini. Selain itu, bab ini juga

membincangkan cadangan yang mampu dibuat untuk menambah baik dan

mempertingkatkan lagi kecekapan sistem.

7.2 PERBINCANGAN

Dalam membangunkan sistem ini, terdapat beberapa perkara yang perlu

diambil berat, kerana ia mempunyai impak yang besar dalam pembangunan sistem.

Perkara yang paling penting, adakah pembangunan sistem ini menepati kehendak dan

keperluan pengguna, dan mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Ini penting, kerana

sebagai pengguna, mereka memerlukan fungsi yang memenuhi keperluan dan

Page 116: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

103

kehendak mereka, supaya sistem yang dibangunkan, mampu digunakan secara

optimum, dan berkesan.

7.2.1 KEMAJUAN PENCAPAIAN PROJEK

Secara keseluruhannya, pencapaian projek ini menepati kehendak dan

keperluan asas pihak sekolah, dengan mencapai objektif, dan skop kajian. Tujuan

kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan satu sistem yang mampu

membantu pihak pentadbiran sekolah menguruskan maklumat pelajar, disamping

mempunyai fungsi untuk membantu membuat keputusan berdasarkan aspek

akademik, sahsiah dan juga ko-kurikulum. Berdasarkan keperluan dan kehendak

pihak sekolah, objektif kajian telah tercapai dan mampu digunakan oleh pihak

sekolah untuk menguruskan maklumat pelajar, berdasarkan aspek akademik, sahsiah

dan ko-kurikulum.

7.2.2 MASALAH DAN CADANGAN PEMBAIKAN

Dalam pembangunan sesuatu sistem, terdapat kekuatan dan kelemahan yang

menjadikan sesuatu sistem itu tidak mampu mencapai objektif sepenuhnya. Oleh itu,

dalam bahagian ini, perbincangan mengenai permasalahan, dan cadangan untuk

memperbaiki lagi sistem yang telah dibangunkan, agar ianya selari dengan keperluan

dan kehendak pengguna.

Dalam pembangunan sistem ini, terdapat tiga permasalah utama, iaitu sistem

yang dibangunkan, perlu diintegrasikan dengan tiga aspek pembangunan pelajar di

sekolah ini, iaitu aspek akademik, aspek sahsiah dan juga aspek ko-kurikulum.

Page 117: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

104

Sistem yang dibangunkan perlu mempunyai fungsi untuk setiap aspek, agar

pemprosesan maklumat berkaitan keputusan yang akan dikeluarkan, mampu dibuat

dengan berkesan.

Selain itu, permasalahan yang timbul, adalah apabila aspek akademik,

meliputi dua jenis matapelajaran, iaitu matapelajaran yang berdasarkan kepada

silibus Kementerian Pendidikan Malaysia, dan juga silibus daripada pihak sekolah

sendiri, iaitu matapelajaran syariah. Matapelajaran syariah mempunyai pendekatan

yang berbeza dan sistem permarkahan yang berbeza dibandingkan dengan

matapelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Disebabkan perbezaan ini, fungsi

yang merangkumi matapelajaran syariah ini tidak dapat dimasukkan ke dalam sistem

yang telah dibangunkan.

Disamping itu, untuk pemarkahan aspek sahsiah, ia dimasukkan sebagai data

sppm pelajar. Ia meliputi tiga bahagian, iaitu pemarkahan oleh pihak guru,

permarkahan oleh pihak ibubapa dan permarkahan oleh pihak pelajar sendiri.

Bahagian permarkahan oleh pihak pelajar tidak dapat dimasukkan ke dalam sistem,

kerana seorang pelajar perlu memasukkan maklumat sahsiah semua rakan-rakan

sekelasnya, dan ini menyulitkan proses menyimpanan dan pemprosesan data.

Bagi menyelesaikan permasalahan ini, beberapa perkara perlu diambil kira,

iaitu dari segi rekabentuk pangkalan data, pembangunan aplikasi yang lebih dinamik

dan mampu menampung kemasukan data yang banyak, serta sistem yang mampu

membuat identiti unik untuk kemasukan markah sppm oleh pihak pelajar agar

pemprosesan maklumat pelajar dapat dijalankan dengan lebih baik, berkesan dan

pantas.

Page 118: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

105

7.3 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, disepanjang proses pembangunan sistem ini, pelbagai

pengajaran yang dapat diambil. Ini kerana, dalam setiap pembangunan sistem,

pelbagai masalah, kriteria, spesifikasi dan keperluan yang perlu diambil kira.

Kesemua pengalaman ini dapat memberikan pengajaran yang berguna dalam

membangunkan sistem dimasa akan datang.

Antara pengajaran yang dapat diperolehi adalah pendedahan kepada aspek

penting dalam pembangunan sistem. Selain itu, proses penyenaraian maklumat

pelajar terbaik bagi setiap kategori juga sangat penting, kerana jika sebelum ini, ia

dilihat sebagai perkara yang berlainan dan terasing, dengan adanya sistem bantu

keputusan ini, ia diharap dapat mengembangkan lagi pemilihan pelajar terbaik, dan

juga pemilihan pelajar yang akan menjadi kepimpinan sekolah, dari segi akademik,

sahsiah dan ko-kurikulum.

Diharap, dengan pembangunan sistem ini, ia akan dapat membantu pihak

sekolah untuk menguruskan maklumat pelajar, disamping, memudahkan pihak

sekolah untuk mendapatkan senarai pelajar yang terbaik, berdasarkan pemberat yang

meliputi aspek akademik, sahsiah dan juga ko-kurikulum.

Page 119: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

106

RUJUKAN

Ali Bahrami (1999). Object Oriented Systems Development Using The Unified

Modeling Language. Singapore: McGraw-Hill International Editions. 61-317.

Barron’s, (2005). Dictionary of Accounting Terms, Barron’s Educational Series Inc

Accounting Terms information about information system

Freud J. E. (1997). Modern Elementary Statistics Edisi 4. New Jersey: Prentice Hall,

Inc. 29-64.

Hoffer, J.A. et.al (1998). Modern Systems Analysis and Design. United States:

Addison-Wesley.

Marakas, G.M. (1999). Decision Support Systems In The 21st Century. New Jersey:

Prentice-Hall, Inc. 1-30.

McGraw-Hill, 2003, Science and Technology Dictionary definition of information

system, McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms.

Mohamed Najib (1998). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi

Malaysia. 49-61.

Schmuller, J. (1999). Sams Teach Yourself UML In 24 Hours. United States: Sams

Publishing. 1-147.

Satzinger, J.W., Jackson, R.B. dan Burd, S.D. (2000). System Analysis and Design in

a Changing World. United States: Thomson Leaning. 216-257.

Turban, E. dan Aronson, J. E. (1998). Decision Support Systems and Intelligent

Systems. Edisi 5. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc. 71-104.

Page 120: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

107

http://www.ensia.inra.fr/~courtois/fidel/maich/ch11.htm

Methods for appraising performance (dirujuk pada 12 Februari 2008)

http://www.GroteConsulting.com/

How to Create a Performance Appraisal System (dirujuk pada 1 Mac 2008)

http://www.minedu.govt.nz/curriculum/pms/pms1/8devel.htm

The Role of the Board of Trustees (dirujuk pada 15 Februari 2008)

http://www.microscribepub.com/tpas.htm

Teacher Performance Appraisal System for Windows (dirujuk pada 1 Mac

2008)

http://infoteknologi.hypermart.net/tutorial/intro2internet.htm

Pengenalan Internet dan Web (dirujuk pada 3 Februari 2008).

Page 121: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

108

LAMPIRAN A

Rajah Kes Guna

Pelajar

Ibubapa / Penjaga

Pihak Pentadbiran

Pemberitahuan Kemaskini

Papar Maklumat Pelajar

Papar Data Subjek

Admin Sistem

Guru

Kemasukan Data Peperiksaan

Kakitangan

Kemasukan Data Pelajar

Pemilihan Calon Kepimpinan Pemilihan Calon Sahsiah

Membuat Keputusan

Pemilihan Calon Kurikulum

<<extend>> <<extend>> <<extend>>

Page 122: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

109

LAMPIRAN B

Rajah Kelas

gp_smiic_pelajarbhgn_satu_gphbgn_dua_gpbhgn_tiga_gpmarkah_gp_smi

ibp_smiic_pelajarbhgn_satu_ibphbgn_dua_ibphbgn_tiga_ibpmarkah_ibp_smi

p_smiic_pelajarbhgn_satu_pmarkah_p_smi

Ko-Kurikulumic_pelajartahunmarkah_sukanmarkah_kelab_sukanmarkah_persatuan_pelajarmarkah_ko-kurikulum

Alamatic_pelajaralamat_tetapposkod_tetapbandar_tetapno_tel_tetapalamat_suratposkod_suratbandar_suratno_tel_surat

SPPMic_pelajarmarkah_p_smimarkah_gp_smimarkah_ibp_smi

ic_pelajaric_pelajar

ic_pelajar

Peperiksaantahunujiansubjekic_pelajarmarkahgred

Guru

ic_gurunama_guru

kelasname2

Papar Data Subjek()Kemasukan Data Peperiksaan()

Kemasukan Data SPPM()Kemasukan Data Ko-Kurikulum()

(f rom Use Case View)

Ibubapa / Penjaga

ic_bapanama_bapaic_pelajar

Papar Maklumat Pelajar()Papar Maklumat Peperiksaan()

papa()

(f rom Use Case View)

Pelajar

ic_pelajarnama_pelajarjantina_pelajar

agamatarikh_lahir_pelajar

tempat_lahir_pelajarwarganegara

alahankecacatan_pelajarsek_akhir_pelajar

ic_mentornama_mentor

kelas

Papar Maklumat Asas()Papar Maklumat Alamat()

Papar Maklumat Peperiksaan()Papar Maklumat SPPM()

Papar Maklumat Ko-Kurikulum()

(f rom Use Case View)

ic_mentor

Subjekic_gurutahunsubjekkelas

ic_pelajar

ic_guru

ic_pelajar

ic_pelajar

kelas

Page 123: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

110

LAMPIRAN C

Rajah Jujukan

: PelajarLogin:Pelajar Papar Maklumat:

PelajarPapar Laporan

Peperiksaan: PeperiksaanPapar Maklumat

Ko-Kurikulum:KurikulumPapar Maklumat Sahsiah:Sahsiah

Rajah Jujukan Papar Maklumat Pelajar

: GuruLogin: Guru Kemasukan Data:

PeperiksaanKemasukan

Data: SahsiahKemasukan Data:

Ko-Kurikulum

Rajah Jujukan Kemasukan Data Pelajar

Page 124: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

111

: Pihak Pentadbiran

Login:Guru Pilih Subjek: Subjek

Papar Maklumat Subjek

Papar Prestas i Pelajar: Peperiks aan

Rajah Jujukan Paparan Maklumat Subjek

: Pihak Pentadbiran

Keputusan : Peperiksaan

Keputusan : Sahsiah

Keputusan : Ko-Kurikulum

Keputus an : Rekod_Disipl in

Keputusan

Rajah Jujukan Membuat Keputusan

Page 125: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

111

MANUAL PENGGUNA

1.0 PENGENALAN

Sistem Maklumat Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMP SMIH) merupakan aplikasi yang membolehkan pihak sekolah untuk menguruskan maklumat berkaitan pelajar dengan lebih cepat, dan efisien. Ini dapat menjimatkan masa dan kos pengurusan sistem maklumat pelajar.

Secara umumnya, sistem ini mempunyai tiga bahagian utama, iaitu;

1. Bahagian Pelajar

2. Bahagian Guru

3. Bahagian Admin

Untuk menguruskan sistem ini, ia memerlukan seorang analis sistem untuk tujuan menyelenggara dan menguruskan sistem ini. Untuk penggunaan sistem ini, pengguna hanya perlu mempunyai komputer dan sambungan internet. Untuk spesifikasi komputer pengguna, ia perlu mempunyai spesifikasi minimum seperti berikut;

• Pemproses Pentium 4

• 128MB RAM

• 20 GB cakera keras

• Perisian Browser Internet seperti Windows Internet Explorer 6.0 atau Firefox Mozilla 2.0 ke atas.

Page 126: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

112

2.0 LOGIN DAN PENGGUNAAN SISTEM

Untuk memulakan penggunaan sistem, pengguna perlu mendaftar sebagai pelajar, guru, atau staf pihak pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah. Proses login, akan menggunakan nombor kad pengenalan sebagai id unik dan juga sebagai kata laluan. Antaramuka login adalah seperti berikut;

Pengguna perlu memilih tahap pengguna, samada sebagai pelajar atau ibubapa, guru, atau admin. Selepas itu, nombor kad pengenalan dan kata laluan dimasukkan seperti berikut;

Page 127: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

113

3.0 PAPARAN MAKLUMAT PELAJAR

Untuk keperluan pelajar, pelajar atau ibubapa perlu login menggunakan akaun pelajar. Klik pada hyperlink ke login Pelajar. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan seperti berikut;

Dalam antaramuka pelajar, terdapat beberapa hyperlink, iaitu sambungan ke maklumat asas pelajar, maklumat penjaga, maklumat peperiksaan pelajar, maklumat sppm pelajar, dan maklumat ko-kurikulum pelajar.

Page 128: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

114

Dalam antaramuka maklumat penjaga, maklumat penjaga akan dipaparkan seperti berikut;

Dalam antaramuka maklumat peperiksaan, pelajar perlu memilih tahun dan juga jenis peperiksaan yang ingin dipaparkan. Paparan adalah seperti di bawah, pelajar perlu memilih maklumat tahun dan jenis peperiksaan.

Page 129: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

115

Hasil pilihan maklumat tahun dan jenis peperiksaan, paparan yang dikehendaki akan dipaparkan seperti berikut;

Untuk paparan ko-kurikulum pelajar, paparan seperti berikut akan dipaparkan;

Page 130: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

116

4.0 KEMASUKAN MAKLUMAT PELAJAR

Untuk membuat kemasukan maklumat pelajar, pengguna perlu login sebagai guru, klik pada hyperlink ke login guru.

Masukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan pengguna.

Paparan asas guru akan dipaparkan, iaitu senarai kelas yang terdapat di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Paparan ini akan memudahkan pihak guru sekiranya terdapat maklumat pelajar dalam kelas yang tertentu. Pengguna perlu memilih kelas untuk memaparkan senarai pelajar dalam kelas tersebut.

Page 131: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

117

Contoh paparan senarai pelajar untuk pilihan kelas yang dikehendaki

Untuk memasukkan maklumat peperiksaan pelajar, pengguna perlu klik pada Kemasukan Data Peperiksaan. Guru perlu memilih kelas, dan subjek yang diajar. Maklumat ini telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Paparan untuk kemasukan data peperiksaan adalah seperti berikut;

Page 132: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

118

Setelah memilih kelas dan subjek, paparan senarai pelajar untuk kelas tersebut akan dipaparkan. Guru cuma perlu memasukkan markah pelajar, dan kemudian klik butang sumbit.

Sistem akan memproses kemasukan data peperiksaan tersebut, dan memaparkan semula hasil daripada kemasukan yang telah dibuat. Paparan adalah seperti berikut;

Page 133: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

119

Untuk kemasukan data musleh, guru perlu klik pada hyperlink ke Kemasukan Data Musleh.

Kemudian, paparan seperti berikut akan ditunjukkan. Guru hanya perlu memilih pelajar yang menjadi mentee mereka sahaja. Pelajar yang lain, perlu dimasukkan oleh mentor mereka sendiri.

Selepas guru memilih mentee mereka, mereka hanya perlu memasukkan data mengikut spesifikasi yang telah dibuat. Terdapat tiga halaman untuk kemasukan data musleh ini, dan di akhir paparan, guru hanya perlu klik butang submit.

Page 134: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

120

Hasil pemarkahan data musleh akan dipaparkan seperti berikut;

Page 135: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

121

Untuk kemasukan data ko-kurikulum, guru perlu memilih kelas yang dikehendaki, dan paparan kelas akan ditunjukkan.

Guru perlu memilih pelajar yang dikehendaki, dan klik pada butang pilih.

Masukkan markah untuk pelajar tersebut. Kemudian klik submit.

Page 136: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

122

Paparan hasil permarkahan akan dipaparkan seperti berikut;

Page 137: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

123

5.0 PAPARAN SENARAI PELAJAR TERBAIK

Untuk membuat proses senarai pelajar terbaik, pengguna perlu login sebagai admin. Klik pada login admin, dan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

Selepas itu, paparan berikut akan ditunjukkan. Untuk membuat pemilihan senarai terbaik pelajar aspek kepimpinan, klik pada hyperlink Terbaik Kepimpinan.

Page 138: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

124

Paparan berikut akan ditunjukkan, dan pengguna perlu memilih tingkatan, untuk membuat senarai mengikut tingkatan, ataupun memilih keseluruhan untuk membuat senarai keseluruhan pelajar.

Paparan terbaik kepimpinan akan dipaparkan seperti di bawah, dan pengguna perlu memilih dan memasukkan pilihan kepimpinan, dan klik submit.

Page 139: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

125

Paparan mengenai keputusan yang telah dibuat akan dipaparkan.

Untuk membuat senarai terbaik sahsiah, klik pada Terbaik Sahsiah. Paparan berikut akan ditunjukkan. Pengguna perlu memilih tingkatan untuk membuat senarai mengikut tingkatan, ataupun memilih keseluruhan untuk memaparkan senarai terbaik keseluruhan pelajar. Paparan akan ditunjukkan seperti berikut;

Page 140: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

126

Pilih calon untuk sahsiah, dan klik submit.

Paparan pemilihan senarai akan ditunjukkan seperti berikut;

Untuk paparan terbaik ko-kurikulum, klik pada hyperlink Terbaik Kurikulum, dan paparan berikut akan ditunjukkan.

Page 141: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

127

Buat pemilihan tingkatan atau keseluruhan. Dan klik submit. Paparan senarai terbaik ko-kurikulum akan dipaparkan seperti berikut;

6.0 KESIMPULAN

Manual pengguna ini didokumenkan untuk memudahkan pihak sekolah untuk menggunakan sistem dengan lebih efisien dan optimum. Ia juga dapat membantu sekiranya terdapat permasalah dalam sistem yang telah dibangunkan. Secara keseluruhannya, sistem yang dibangunkan mampu untuk memenuhi kehendak asas pihak sekolah. Oleh itu, diharapkan dengan adanya manual penggunaan ini, ia dapat membantu pihak sekolah menggunakan sistem ke tahap optimum.

Page 142: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

ID Task Name Duration Start Finish Predecessors Resource Names

1 Planning 12 days? Tue 12/26/06 Wed 1/10/072 Identify Business Values 1 day? Tue 12/26/06 Tue 12/26/06

3 Analyze Feasibility 1 day? Wed 12/27/06 Wed 12/27/064 Technical Feasibility 1 day? Wed 12/27/06 Wed 12/27/06 2

5 Economical Feasibility 1 day? Wed 12/27/06 Wed 12/27/06 2

6 Organizational Feasib 1 day? Wed 12/27/06 Wed 12/27/06 2

7 Develop Work Plan 4 days? Thu 12/28/06 Tue 1/2/078 Work Breakdown Stru 2 days Thu 12/28/06 Fri 12/29/06 6

9 Duration of task 1 day? Mon 1/1/07 Mon 1/1/07 8

10 Task Dependencies 1 day? Mon 1/1/07 Mon 1/1/07 8

11 Key Milestone Date 1 day? Tue 1/2/07 Tue 1/2/07 10

12 Creating Gantt Chart 1 day? Tue 1/2/07 Tue 1/2/07 10

13 Staffing the Project 6 days? Wed 12/27/06 Wed 1/3/0714 Possible Reporting St 1 day? Wed 12/27/06 Wed 12/27/06 2

15 Staffing Plan 1 day? Wed 12/27/06 Wed 12/27/06 2

16 Staff Allocation 1 day? Wed 1/3/07 Wed 1/3/07 12,15

17 Project Charter 1 day? Wed 1/3/07 Wed 1/3/07 12

18 Control and Direct Projec 5 days? Thu 1/4/07 Wed 1/10/0719 Standardize 5 days Thu 1/4/07 Wed 1/10/07 17

20 Documentation 5 days Thu 1/4/07 Wed 1/10/07 17

21 Managing Risk 1 day? Thu 1/4/07 Thu 1/4/07 17

22 Analysis 16 days Fri 1/5/07 Fri 1/26/0723 Analysis strategy 3 days Fri 1/5/07 Tue 1/9/07 21

24 Gathering business require 3 days Fri 1/5/07 Tue 1/9/07 21

25 Requirements definition us 3 days Wed 1/10/07 Fri 1/12/07 23,24

26 Process modeling 5 days Mon 1/15/07 Fri 1/19/07 25

27 Data modeling 5 days Mon 1/22/07 Fri 1/26/07 26

28 Design 13 days Mon 1/29/07 Wed 2/14/0729 Design selection 5 days Mon 1/29/07 Fri 2/2/07 19,20,27

30 Architecture design 5 days Mon 2/5/07 Fri 2/9/07 29

M T W T F S S M T W T F S S M T 24, '06 Dec 31, '06 Jan 7, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 1

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 143: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

ID Task Name Duration Start Finish Predecessors Resource Names

31 Interface design 5 days Mon 2/5/07 Fri 2/9/07 29

32 Data Storage Design 8 days Mon 2/5/07 Wed 2/14/07 29

33 Program design 5 days Mon 2/5/07 Fri 2/9/07 29

34 Implementation 148 days Thu 2/15/07 Mon 9/10/0735 Construction 134 days Thu 2/15/07 Tue 8/21/0736 Program building 120 days Thu 2/15/07 Wed 8/1/07 30,31,32,33

37 Program and system t 14 days Thu 8/2/07 Tue 8/21/07 36

38 Installation 14 days Wed 8/22/07 Mon 9/10/0739 Conversion strategy 14 days Wed 8/22/07 Mon 9/10/07 37

40 Training plan 1 day Wed 8/22/07 Wed 8/22/07 37

41 Support plan 7 days Wed 8/22/07 Thu 8/30/07 37

M T W T F S S M T W T F S S M T 24, '06 Dec 31, '06 Jan 7, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 2

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 144: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TJan 14, '07 Jan 21, '07 Jan 28, '07 Feb 4, '07 Feb 11, '07 Feb 18, '07 Feb 25, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 3

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 145: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TJan 14, '07 Jan 21, '07 Jan 28, '07 Feb 4, '07 Feb 11, '07 Feb 18, '07 Feb 25, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 4

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 146: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TMar 4, '07 Mar 11, '07 Mar 18, '07 Mar 25, '07 Apr 1, '07 Apr 8, '07 Apr 15, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 5

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 147: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TMar 4, '07 Mar 11, '07 Mar 18, '07 Mar 25, '07 Apr 1, '07 Apr 8, '07 Apr 15, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 6

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 148: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TApr 22, '07 Apr 29, '07 May 6, '07 May 13, '07 May 20, '07 May 27, '07 Jun 3, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 7

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 149: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TApr 22, '07 Apr 29, '07 May 6, '07 May 13, '07 May 20, '07 May 27, '07 Jun 3, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 8

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 150: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TJun 10, '07 Jun 17, '07 Jun 24, '07 Jul 1, '07 Jul 8, '07 Jul 15, '07 Jul 22, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 9

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 151: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TJun 10, '07 Jun 17, '07 Jun 24, '07 Jul 1, '07 Jul 8, '07 Jul 15, '07 Jul 22, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 10

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 152: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TJul 29, '07 Aug 5, '07 Aug 12, '07 Aug 19, '07 Aug 26, '07 Sep 2, '07 Sep 9, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 11

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07

Page 153: sistem bantuan keputusan untuk sekolah menengah islam hidayah

W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M TJul 29, '07 Aug 5, '07 Aug 12, '07 Aug 19, '07 Aug 26, '07 Sep 2, '07 Sep 9, '07

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 12

Project: MCM1112_WBSDate: Mon 3/19/07