proposal hidayah tamrin

49
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA M/S BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Soalan Kajian 7 1.4 Kesignifikan Kajian 8 1.5 Batasan Kajian 9 1.6 Carta Alir 10 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik 11 2.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar 13 2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 15 2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 17 1

Upload: yayan-shunichan

Post on 09-Aug-2015

81 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

ha?

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Hidayah Tamrin

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Soalan Kajian 7

1.4 Kesignifikan Kajian 8

1.5 Batasan Kajian 9

1.6 Carta Alir 10

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik 11

2.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar 13

2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 15

2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 17

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Reka bentuk Kajian 18

3.2 Instrumen Kajian 19

3.3 Sampel kajian 22

3.4 Prosedur Kajian 22

3.5 Analisis Data 23

1

Page 2: Proposal Hidayah Tamrin

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah, syukur

ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga dapat saya

menyempurnakan penulisan ilmiah ini dengan jayanya.Terlebih dahulu saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penyelaras penulisan ilmiah ini iaitu Prof Supli Rahim selaku penyelia di atas

segala bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakan

tugasan ini. Ribuan terima kasih juga kepada Prof Madya Dr Zakaria

BinAbdul Rahman yang merupakan pensyarah penyelidikan dengan

memberi panduan serta tip-tip yang berguna untuk menyiapkan tugasan

ilmiah ini.

Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di UPSI dan juga kepada orang

perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam

menjayakan penulisan ini.Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi,

agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Sekian,terima kasih.

2

Page 3: Proposal Hidayah Tamrin

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di samping itu, ianya

juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang

berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan

Jati,Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Sampel kajian yang akan di gunakan terdiri daripada 36

orang pelajar Tahun 5. Instrumen kajian yang akan digunakan untuk mengukur minat

pelajar terhadap matematik ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah deskriptif, di mana

ujian statistik akan diguna bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian,

menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar merupakan salah satu

cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap matematik. Dalam pemilihan bahan

pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perlu diambil kira dan diberi

perhatian oleh pihak guru.

3

Page 4: Proposal Hidayah Tamrin

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini di

Malaysia. Fokus utama perbincangan ialah tentang minat pelajar dan perkaitannya

dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru-guru matematik. Di dalam bab

ini juga akan dipaparkan pernyataan masalah, soalan kajian, kesignifikan kajian serta

batasannya.

1.1 Pengenalan

Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik dan

progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke

hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung

kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan

untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai

bidang. Oleh itu penguasaan matematik menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia

juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains dan

teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam mata

pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang seperti ekonomi,

kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat berguna

dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan,

arkitek lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para

pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

matematik di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai

murid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik

walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru.

4

Page 5: Proposal Hidayah Tamrin

Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik. Adalah

menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif

dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata

pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah satu

perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha menjayakan

agenda tersebut.

Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar

terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti

di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; “

kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya

lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara

hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah:

_ Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.

_ Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama

lain.

_ Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam

pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja

anda.”

Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guru-

guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi

pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan

penuh keyakinan.

Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami

isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih

bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun

5

Page 6: Proposal Hidayah Tamrin

pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan

kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan

bahan elektronik atau bukan elektronik.

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan

dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu

Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya

dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Antara jenis-jenis BBM

itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio

video.Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif,

tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan

kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja

dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan

variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan

sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan

berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula

mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah

amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan

mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah

bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan

haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.

Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan

betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta

matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72). Selain sebagai bahan

tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru,penggunaan Bahan

6

Page 7: Proposal Hidayah Tamrin

Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi

pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh,

dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996, m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar

yang dapat digunakan oleh guru matematik tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif

dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar matematik atau bahan manipulatif yang biasa

digunakan dalam pembelajaran

matematik termasuklah:

a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai

bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya.

b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas.

c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.

d. Alat permainan dan teka teki matematik.

e. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet

f. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard,

tangram, model geometri kayu ataupun plastik.

7

Page 8: Proposal Hidayah Tamrin

1.2 Pernyataan Masalah

Matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan

pelajar.Hampir semua pelajar menganggap Matematik adalah suatu sujek yang sukar dan

abstrak. Para guru juga merasakan pengajaran Matematik sebagi suatu cabaran besar.

Mengapakah keadaan begini berlaku?

Adakah isi kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehingga dianggap hanya

sesuai untuk segolongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja? Atau adakah cara

penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan matematik sukar dan kurang

diminati oleh kebanyakan pelajar? Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi

suatu pengalaman yang berbentuk 3B, iaitu membosankan, membingungkan dan

memberatkan pelajar kita.Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar

dan berat kepada guru. Pendidikan matematik pada peringkat sekolah rendah dan

menengah bercorak pendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep matematik

yang abstrak, namun begitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas

dan diperlukan dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik

sepatutnya dijadikan sebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua

pelajar. Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap matematik ini terjadi,

mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat. Para guru sentiasa berusaha mencari

rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam

diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran,

serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan,

pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajar dapat

dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isi pelajaran

tertentu. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat

berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan

Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik

penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

8

Page 9: Proposal Hidayah Tamrin

Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara

berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin,

1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis Bahan Bantu Mengajar

dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya.

Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri

berikut:

a. Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan.

b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.

c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam

penggunaannya.

d. Dibuat dengan perincian yang tepat.

e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang.

f. Rupa bentuk dan warna yang menarik

g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah

h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.

i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.

j. Fleksible dan pelbagai guna.

k. Operasinya mudah

l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan semasa

demonstrasi dalam kelas.

Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran

yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran

seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang

mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau

kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang

oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983, m.s. 90). Dalam konteks pengajaran

Matematik, keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan

pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria

9

Page 10: Proposal Hidayah Tamrin

tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai Bahan Bantu Mengajar

digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980, m.s. 165).

Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar

yang lebih berkesan dan boleh membantu aktivitiaktiviti pembelajaran agar tidak

membebankan guru dan murid. (Abdul Rahman, 1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar

merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan

menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi peranan Bahan Bantu Mengajar ialah

untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi,

menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar

dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup

Hashim, 1998, m.s, 287).

.1.3 Soalan Kajian

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba mengenalpasti

perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini.

1. Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan

minat pelajar tahun lima terhadap matematik.

2. Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat

mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik

10

Page 11: Proposal Hidayah Tamrin

1.4 Kesignifikan Kajian

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajaran. Dalam

konteks pelajaran matematik KBSR khasnya, penggunaan Bahan Bantu Mengajar

memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru

merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk menyampaikan

konsep matematik dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat

memberikan kesedaran kepada guru-guru matematik khususnya dan pihak-pihak lain agar

memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepentingan Bahan

Bahan Mengajar dalam pengajaran matematik.

Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden

sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya Bahan Bantu

Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar.

Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat:

a. membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung

dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada pelajar yang

dibimbing.

b. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang

pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan kreatif dalam

pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yang sesuai dengan minat pelajar yang

dibimbing.

c. Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar kepada

pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara dan Kementerian

Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti

menganjurkan kursus yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan

pengetahuan tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru-guru

matematik khasnya.

11

Page 12: Proposal Hidayah Tamrin

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanyalah difokaskan kepada mata pelajaran Matematik Tahun Lima

sahaja.Respondennya terdiri dari pelajar-pelajar Tahun Lima, 2009 yang sedang belajar

di Sekolah Kebangsaan Jati, Jelapang, Ipoh, Perak. Sekolah ini adalah merupakan sebuah

sekolah rendah yang terletak kira-kira 20 km dari bandar Ipoh. Pelajarnya adalah terdiri

dari anak-anak penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu melayu,india

dan cina . Pemilihan yang dibuat adalah secara rawak. Responden yang akan dijadikan

sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahan asas yang sama.

Memandangkan sekolah yang dipilih adalah terhad kepada sebuah sekolah sahaja maka

segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi hasil dari penyelidikan ini adalah hanya

boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja.

12

Page 13: Proposal Hidayah Tamrin

1.6 Carta Alir

FAKTOR LUARAN

FAKTOR DALAMAN

BAHAN BANTU

MENGAJAR

PERSEKITARAN

PERANANGURU/IBU

BAPA PAAPABAPA

BAPA

MOTIVASI

DIRI SENDIRI

KESIHATAN

KRITERIA PEMILIHAN

BBM

TEPAT DENGAN

TAJUK

SAIZ MUDAH DILIHAT& MENARIK

MINAT PELAJAR

MUDAH DISIMPAN

TAHAN LAMA/EKONOM

I

PELBAGAI PENGGUNAA

N

13

Page 14: Proposal Hidayah Tamrin

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Dalam bab ini,akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji

sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Minat yang mendalam dalam mata

pelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam

bidang matematik. Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu

Mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik

Minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam

matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik,

sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya

terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak akan menyiapkan kerja atau

latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada di dalam kelas mahu pun di

rumah dan sebagainya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah matematik Baharudin Omar,

Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris

(tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003, m.s. 12) ,

menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik adalah

berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itu susah.

Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri untuk

menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Adnan Khamis

(1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannya menunjukkan bahawa pelajar

tidak suka belajar matematik kerana matematik merupakan satu mata pelajaran yang

sukar dan membosankan. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar mempelajari matematik

secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajar hilang minat untuk belajar matematik. Kesannya

pencapaian terhadap matematik kurang memuaskan. Sementara itu, Crow dan Crow

(1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s 18 ) pula menyatakan minat sebagai punca

kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat

14

Page 15: Proposal Hidayah Tamrin

yang sedia ada pada seseorang disertai dengan motivasi, akan meningkatkan daya

usahanya untuk mempertingkatkan lagi minat dalam sesuatu perkara.

Pendapat ini disokong oleh Russel (1968, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop,

2003, m.s. 11) yang mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti yang

memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktivitiaktiviti

seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalah

dipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yang

bersungguh-sungguh dipercayai boleh memampasi kekurangan beberapa poin di dalam

kecerdasan. Perkara ini boleh dipertingkatkan dengan penyertaan dan dorongan ibu bapa,

guru-guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran.

Kajian yang dijalankan oleh Dungan dan Thurlow (1989, dalam Ismail Abd.Hamid,

1999, m.s. 21) mendapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkan pelajar

meminati mata pelajaran matematik iaitu apabila mereka memahami mata pelajaran itu,

apabila mereka mendapat markah yang tinggi atau pengalaman berjaya menyelesaikan

masalah dalam matematik, apabila mereka meminati guru yang mengajar matematik dan

apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai, menarik dan

menyeronokkan.Sementara itu, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis

(1986, m.s. 43) pula berpendapat bahawa minat seseorang memainkan peranan yang

penting dalam mempelajari matematik. Menurut beliau, matematik merupakan satu mata

pelajaran yang kompleks dan berturutan dari mudah kepada sukar. Pelajar perlu memberi

tumpuan sepenuhnya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya konsep yang

diajar dapat difahami dan digunakan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Biasanya pelajar yang memperolehi markah yang baik adalah mereka yang memberikan

tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berminat dalam mata pelajaran ini. Kegagalan

pelajar membuktikan bahawa penguasaan mereka lemah dan kurang meminati subjek

tersebut. Menurut George (1990, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s. 23) minat yang

tinggi dalam matematik memainkan peranan penting terhadap pencapaian pelajar dalam

matematik. Dapatan kajiannya menunjukkan 72% pelajar menunjukkan minat yang

sangat sedikit dalam matematik dan dengan itu kebolehan mereka dalam matematik

15

Page 16: Proposal Hidayah Tamrin

sangat mengecewakan. Apabila pelajar hilang minat terhadap matematik, mereka

mungkin secara automatik hilang kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

Kekurangan minat akan mengarah kepada kegagalan.

Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk melihat sejauh

mana hubungan minat terhadap pencapaian dalam matematik. Beliau menggunakan 80

orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains lebih berminat

terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehi pencapaian yang

tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yang mempengaruhi

pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadap matematik moden

dengan pencapaian dalam matematik.

2.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar

Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu

menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar,

seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya

dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan

tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :

1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting

dalam pembelajaran mereka.

2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran

dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya.

3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajarpelajar dan oleh itu

menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara

lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan

pelbagai.

16

Page 17: Proposal Hidayah Tamrin

5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan

kata.

6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan

seorang pelajar.

7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan

sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan

oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan

diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah

melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan

segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan

pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks,papan

tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan

dalam pengajaran dan sebagainya.

Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s.18 ),

mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan

kesan positif seperti;

1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran.

2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.

3. Membantu mencapai objektif pengajaran.

4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya

tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa

menyampaikan pelajaran.

b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.

c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.

17

Page 18: Proposal Hidayah Tamrin

d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada

pelajar.

e. Menjimatkan masa pengajar.

f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983, dalam

Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan Bahan Bantu

Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi

pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.

2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar

Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian tidak

sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang digunakan

oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Beberapa

kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai. Di sini diturunkan

beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan digunakan sewaktu

pengajaran pembelajaran.

Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 12), telah

menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media pengajaran.

Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman pelajar itu

sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan haruslah kemas kini, tepat,

tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang jelas, saiz penglihatan dan warna

harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan ciri fizikal seperti selamat digunakan,

mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak, ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-

bahan ini adalah lebih baik jika boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua

aspek ini amat berguna kepada guruguru kerana beliau banyak menekankan cara

pemilihan yang tepat.

18

Page 19: Proposal Hidayah Tamrin

Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990, dalam

Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan seperti

berikut:

1. tepat dengan tajuk

2. tahan lama dan ekonomi

3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar

4. mudah disimpan

5. kepelbagaian penggunaan.

Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar juga

telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Kajian

Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan

realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang

kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau

mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu pelajar

dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan

menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pula adalah sebagai

kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberi beberapa ciri

pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut tidak

semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama pelajar dengan bimbingan

guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati, boleh digunakan lebih dari satu

mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan mudah diganti, mudah disimpan dan

tidak merbahaya.

19

Page 20: Proposal Hidayah Tamrin

2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer dapat

meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Menurut kajian yang telah

dijalankan oleh Jonassen (1996, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s.

75), para pelajarnya yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai

motivasi yang tinggi untuk belajar. Terdapat banyak perisian pendidikan matematik yang

mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi

dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta

menerima maklum balas daripadanya.

20

Page 21: Proposal Hidayah Tamrin

BAB 3

METODOLOGI

Bab ini akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untuk

dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajar yang

perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah Kebangsaan Jati.

Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian, sample kajian, instrumen kajian, ,

prosedur kajian dan analisis data.

3.1 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians.

Oleh yang demikian, satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk mendapatkan

maklumat-maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk tinjauan (survey)

telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalam proses kajian ini. Kaedah

tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti ini kerana ia mengkaji tentang

minat responden terhadap tajuk persoalan yang dikemukakan. Selain itu ia hanya

melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat daripada responden-responden

yang terlibat sahaja. Kajian ini menumpukan perhatian untuk mengkaji perkaitan di

antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat.

Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para penyelidik.

Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh

dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa memerlukan

kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identiti responden dapat

dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan berkaitan tanpa

kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang longgar akan

menghasilkan tahap perolehan yang rendah. Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk

mendapatkan data melalui kaedah lain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran

yang akan dihadapi. Oleh itu penggunaan soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian

21

Page 22: Proposal Hidayah Tamrin

kerana ianya dianggap paling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab

persoalan yang telah ditimbulkan pada awal kajian ini.

3.2 Instrumen Kajian

Instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik ini untuk mendapatkan maklumat-

maklumat mengenai kajian. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A

mengandungi 16 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dengan minat pelajar. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan data

mengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam menarik

minat mereka. Manakala Bahagian B, 6 item berkisar mengenai jenis-jenis Bahan Bantu

Mengajar yang dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran

Matematik. 4 item lagi berkenaan dengan ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar. Antara ciri-

cirinya ialah kesesuaian Bahan Bantu Mengajar dengan isi kandungan yang diajar oleh

guru, manakala kejelasan pula untuk mendapatkan maklumat mengenai adakah Bahan

Bantu Mengajar itu dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya ciri menarik

memberi erti dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada Bahan Bantu

Mengajar berkenaan. Ciri kekemasan pula, sama ada bahan itu kemas dan utuh dari segi

binaannya, iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti. 6 item lagi

mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatian pelajar bila

digunakan.

Dalam kajian ini, jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar diklasifikasikan kepada 6

kumpulan seperti berikut:

1. bahan bercetak: buku rujukan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

2. bahan bukan bercetak: gambar, poster, lukisan, gambarajah, peta dan sebagainya.

3. bahan 3 Dimensi: model, spesimen, bongkah dan sebagainya.

4. bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP), Projektor slaid, filem bergerak dan

sebagainya.

5. sistem audio: radio, perakam pita audio, piring hitam dan sebagainya.

6. system video/TV/komputer: perakam pita video, rencana, dokumentari, program TV

Pendidikan, perisian dan sebagainya.

22

Page 23: Proposal Hidayah Tamrin

Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjah persetujuan

reponden terhadap setiap item yang digunakan. Responden dikehendaki memilih dan

membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4 nilai skor. Skala dan

skor adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah.

Jadual 3.1

Skala Pemeringkatan Likert

Aras Persetujuan Skor

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Setuju ( S ) 3

Sangat Setuju (SS) 4

Jadual 3.2

Analisis skor bagi min.

Skor Min Petanda

1.00 – 2.00 Sangat Negatif

2.01 3.00 Negatif

3.01 – 4.00 Positif

4.01 – 5.00 Sangat Positif

Min yang didapati akan menunjukkan keputusan pernyataan sama ada ke arah positif atau

ke arah negatif. Jika min menunjukkan ke arah positif, maka pernyataan tersebut diterima

dan sebaliknya. Seterusnya dapatan akan dibincangkan hasil dari analisis data. Hasil

daripada perbincangan dan dapatan maka boleh dikemukakan untuk memperbaiki

keadaan sedia ada ke arah yang lebih baik. Analisis inferensi, Ujian Korelasi Pearson

digunakan bagi menentukan hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan

Bantu Mengajar oleh guru. Penyelidik menggunakan aras signifikan 0.01 sebagai

panduan bagi menunjukkan hubungan positif atau negatif.

23

Page 24: Proposal Hidayah Tamrin

Kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah pula ditentukan melalui nilai pekali

korelasi ( r ) yang dihasilkan. Pekali korelasi ( r ) hasil darab momen Pearson boleh

mengambil sebarang nilai di antara -1 hingga +1. Nilai pekali 1 samada positif atau

negatif menunjukkan hubungan sempurna. ( Mohd Majid Konting, 2000, m.s.469 ) Pekali

korelasi positif menunjukkan hubungan yang mengikut arah yang sama. Manakala nilai

pekali negatif yang signifikan menunjukkan hubungan yang berlawanan. Nilai pekali

negatif yang tidak signifikan menunjukkan tidak ada hubungan. Semakin besar nilai

pekali korelasi bagi faktor-faktor yang dikaji, semakin kuat hubungan di antara faktor-

faktor itu.

Jadual 3.3 menunjukkan penentuan pekali korelasi berdasarkan sumber yang

dipetik daripada Best dan Khan ( 1989, dalam Muriatun Mohd Said, 1998, m.s.21 ).

Jadual 3.3

Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r)

Nilai ( r ) Kekuatan hubungan

0.00 hingga 0.20 Korelasi boleh diabaikan

0.21 hingga 0.30 Korelasi positif lemah

0.31 hingga 0.60 Korelasi positif sederhana

0.61 hingga 0.80 Korelasi positif kuat

0.81 hingga 1.00 Korelasi positif sangat kuat

-0.00 hingga -0.20 Korelasi negatif boleh diabaikan

-0.21 hingga -0.30 Korelasi negatif lemah

-0.31 hingga –0.60 Korelasi negatif sederhana

-0.61 hingga -0.80 Korelasi negatif kuat

-0.81 hingga -1.00 Korelasi negatif sangat kuat

24

Page 25: Proposal Hidayah Tamrin

3.3 Sampel kajian

Kajian ini untuk meninjau sama ada wujud hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dengan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik oleh

pelajar-pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jati. Sampel dalam kajian ini melibatkan

40 orang responden daripada 120 orang pelajar tahun 5 di sekolah berkenaan. Sampel ini

telah di ambil secara rawak.

3.4 Prosedur Kajian

Bagi menjayakan aktiviti pengumpulan data, beberapa langkah tertentu akan diambil oleh

penyelidik. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yang

berkenaan, seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan pihak sekolah yang telah dipilih.

Langkah pertama yag dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan surat pengesahan

daripada pejabat Fakulti Seni dan Muzik untuk menjalankan kajian tinjauan seperti mana

yang telah dirangkakan. Setelah pengesahan diperolehi, barulah langkah-langkah

selanjutnya dilaksanakan.

Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan), pihak

Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan akhir sekali dari pihak sekolah iaitu Guru Besar

sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Di antara perkara-perkara yang akan

dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialah menerangkan tentang tujuan kajian

ini diadakan, penglibatan responden kajian serta tarikh dan masa soal selidik akan

diedarkan.

Selepas pemilihan dibuat, pihak penyelidik akan memberikan penerangan kepada

responden yang berkenaan tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu

dilengkapkan. Penyelidik akan memberikan penjelasan bagi setiap item soal selidik,

supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh item berkenaan. Set soal

selidik ini akan dikumpulkan semula setelah responden selesai menjawabnya tanpa

menghadkan masa.

25

Page 26: Proposal Hidayah Tamrin

3.5 Analisis Data

Soal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada

responden. Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk

memastikan semua soal selidik dijawab oleh responden mengikut arahan yang diberikan.

Kesemua data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dan inferens dengan

menggunakan pakej perisian SPSS.Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan

hubungan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap pembelajaran

Matematik. Penganalisaan data dibuat dengan mencari % , min dan sisihan piawai. Jadual

analisis skor ditunjukkan seperti di jadual 3.2.

26

Page 27: Proposal Hidayah Tamrin

RUJUKAN

Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1)

m.s. 22 – 26.

Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian

Akademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.

Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita

memahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 –15.

Dale, E. (1969). Audio – Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart

and Winston.

Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan

Penggunaan Video / Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9 Bagi

Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana. UTM.

Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan.

Mohd Nawi Abd Rahman (1998). Kaedah Statistik. Universiti Putra Malaysia.

Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Che Su. (1981). Teknologi di bidang pendidikan. Majalah Widya, November,

Kuala Lumpur: Adabi.

Hassan Abu Bakar. 1990). Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran Bahasa

Malaysia. hlm. 23 – 38. Kuala Lumpur: Printing Sdn. Bhd.39

Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992).Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan

Sains dan Matematik: Satu Tinjauan Awal. Kertas Kerja dibentangkan pada

Seminar Pendidikan Sains dan Matematik, di UTM, 2 – 4 Mei, 1992.

Ismail Abd. Hamid (1999). Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di

Daerah Kulai, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.

Joseph Low Eng Guan. (1994). Kemahiran Berfikir Dalam Matematik. (44, 1994).

Berita Matematiki Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan

Malaysia. M.s. 22 – 34.

Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh

Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada

27

Page 28: Proposal Hidayah Tamrin

Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat, 7 – 8 Dis, 1987.

Kamaruddin Hj Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala

Lumpur: Longman Sdn. Bhd.

Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka

Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.

Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar

Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mahat Ibrahim. (1997). Penggunaan ABM dalam Pengajaran Matematik di kalangan

guru-guru Sek. Ren. Daerah Batu Pahat. Satu kajian. Tesis Sarjana Muda,

UTM. Minat Tentukan Kecemerlangan Matematik (2001-2002). Diperolehi

Ogos19,2003 daripada

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/11_01_02.htm.

Mohd. Najib Ghafar. (1997). Asas Penyelidikan Sains Sosial, Johor:.UTM.

Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan

Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:

Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 –280.

Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri

dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 – 65.

Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah

Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran

Matematik. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanajong Malim, Perak, Malaysia.

Oemar Hamalik.(1982). Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni.

Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap

penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis

Sarjana. UTM.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah

dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Rohani Kasmani. (1999). Tinjauan mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan

ABM dalam pengajaran Matematik di Sek. Men Dato’ Mohd Yunos Sulaiman,

Pekan Nenas, Johor. UTM.

28

Page 29: Proposal Hidayah Tamrin

Tang Ching Tong (1992). Satu kajian mengenai perbezaan sikap dengan pencapaian

dalam matapelajaran matematik moden antara pelajar jurusan sains dan

sastera. Latihan ilmiah. UM.

Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan.

Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

41

29

Page 30: Proposal Hidayah Tamrin

LAMPIRAN A

Borang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar)

Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 aras

persetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan tersebut.

Rujukan pernyataan:

Aras persetujuan Skor

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Setuju (S) 3

Sangat Setuju (SS) 4

Bahagian A

Hubungan minat pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar

STS TS S SS

Contoh: Saya gembira belajar Matematik. 1 2 3 4

1. Saya sangat minat belajar Matematik bila

guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar

semasa mengajar. 1 2 3 4

2. Saya tidak suka belajar Matematik tanpa

Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4

3. Saya rasa bosan belajar Matematik sekiranya guru

tidak menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa

mengajar.

1 2 3 4

4. Saya merasa seronok belajar Matematik

dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4

5. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh

guru menjadi motivasi kepada saya untuk

mengikuti pelajaran Matematik. 1 2 3 4

30

Page 31: Proposal Hidayah Tamrin

6. Saya tidak dapat menumpukan perhatian walaupun

guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar

semasa mengajar. 1 2 3 4

7. Saya berasa seronok belajar Matematik jika guru

menggunakan Bahan Bantu Mengajar 1 2 3 4

8. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan semasa

pengajaran dapat mengekalkan minat saya pada

subjek Matematik. 1 2 3 4

9. Minat saya pada Matematik bertambah bila guru

menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam

pengajarannya. 1 2 3 4

10. Saya berminat membuat latihan Matematik yang

disediakan oleh guru pada lembaran kerja. 1 2 3 4

11. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru

tidak langsung menarik minat saya pada

Matematik. 1 2 3 4

12. Pembelajaran Matematik tidak menarik dengan

penggunaan Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4

13. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru

telah mendorong minat saya untuk lebih rajin

belajar Matematik. 1 2 3 4

14 Pembelajaran Matematik menjadi lebih menarik

dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4

15. Saya minat membuat latihan Matematik yang

terdapat dalam buku rujukan selain yang diberi

oleh guru. 1 2 3 4

16. Saya berjaya menyelesaikan masalah Matematik

apabila guru gunakan Bahan Bantu Mengajar ketika

mengajar. 1 2 3 4

31

Page 32: Proposal Hidayah Tamrin

Bahagian B

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.

17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru

sesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan. 1 2 3 4

18. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru

dapat dilihat dengan jelas. 1 2 3 4

19. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru

menarik perhatian saya. 1 2 3 4

20. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru

kemas dan mudah digunakan. 1 2 3 4

Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan 1 2 3 4

oleh guru semasa mengajar.

Jenis BBM STS TS S SS

21. Bahan bercetak 1 2 3 4

22. Bahan bukan bercetak 1 2 3 4

23. Bahan 3D 1 2 3 4

24. Bahan Tayangan 1 2 3 4

25. Bahan audio 1 2 3 4

26. Bahan video dan komputer 1 2 3 4

*SELAMAT MENJAWAB*

*TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA*

32