nilai murni bm thn 5m

1

Click here to load reader

Upload: menulis-dengan-hati

Post on 05-Dec-2015

13 views

Category:

Documents

7 download

DESCRIPTION

ef

TRANSCRIPT

Page 1: Nilai Murni Bm Thn 5m

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. (Buku Teks BM: muka surat : 22)

Pasukan koir sekolah Suzana diumumkan sebagai johan. Suzan dan kawan-kawannya terlonjak-lonjak kegembiraan. Sebagai ketua pasukan, Suzan dipersilakan naik ke pentas. Dia mewakili pasukannya untuk menerima piala pusingan.

Malang tidak berbau. Tanpa disangka-sangka, suasana gembira bertukar menjadi duka. Suzan yang leka kerana terlalu gembira tergelincir semasa menuruni pentas. Dia tersungkur ke lantai bersama-sama dengan pialanya.

“Aduh, sakitnya!” Suzan merintih menahan kesakitan. Murid-murid dan guru-guru yang ada di situ terkejut dan cemas. Masing-masing pandang-memandang.

Mujurlah dalam keadaan cemas begitu, Vincent dan Andrew tidak hilang akal. Mereka yang merupakan anggota Pasukan Bulan Sabit Merah cepat-cepat menghulurkan bantuan.

Vincent dan Andrew segera memberikan pertolongan cemas kepada Suzan. Menurut mereka, tangan Suzan terseliuh. Mereka pun menganduh tangan Suzan yang cedera itu. Kemudian, mereka bersama-sama dengan Cikgu Lim membawa Suzan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. (Buku Teks BM : muka surat : 22)