nilai murni

Upload: sis-lavender

Post on 05-Mar-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mikroteaching

TRANSCRIPT

Kesopanan dan kesusilaanKedua konsep ini terangkum dalam prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku kesopanan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam keperibadian dan kehidupan bermasyarakat. Sifat dan amalan Nilai-nilai murniNilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara sifat- nilai-nilai murni yang menyeluruh adalah seperti berikut:

Amanah" Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya." Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas." Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja.

Tanggung Jawab" Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan." Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur." Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan;" Bersedia untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara." Tidak mengkhianati kepentingan organisasi/institusi/ awam dalam menjalankan tugas.Ikhlas" Berhati mulia dengan melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan." Niat dalam melaksanakan tugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaanNya." Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.Benar" Jujur dalam melaksanakan tanggung jawab." Bercakap benar dan menepati janji." Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan." Bertindak berasaskan profesionalisme." Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas." Sanggup terima teguran dan nasihat.Sederhana" Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkah laku;" Menjamin perseimbangan diri dan tugasan.

Tekun" Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan tugas dan kehidupan." Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki taraf hidup." Berusaha gigih menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih" Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan kehidupan seharian." Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup." Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas." Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan." Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.Berdisiplin" Menepati masa dan janji." Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang." Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

Bekerjasama" Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan tugas." Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebahagian daripada usaha mempertingkat semangat kerjasama." Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama." Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi." Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.Berperibadi mulia" Bertimbang rasa dan bertolak ansur." Menghormati sesama insan." Sentiasa memulakan 'pertanyaan" dengan tujuan untuk menolong.Bersyukur" Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk sebagai seorang anggota masyarakat." Bersikap positif dan ingin berusaha lebih gigih." Menghayati budaya kerja bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama." Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;" Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;" Berkhidmat sebagai ibadah." Memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama.

Bermuafakat" Bermuafakat membawa berkat; slogan yang harus dipegang oleh rakyat Malaysia." Dengan muafakat sesama manusia akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin.Bertoleransi" Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.Bertimbang rasa" Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.

Bersatu padu" Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Beretika" Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.Tidak mementingkann diri sendiri" Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nila-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.Tidak ada perasaan ncuriga dan prasangka" Perasaan curiga dan syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni.

Dengan adanya budaya dan elemen di atas dalam kehidupan bermasyarakat maka perpaduan akan terus teguh dan negara akan terus aman.

http://huraiannilaimurni.blogspot.my/

SENARAI RUJUKANPenyunting: Che Ani Mad, Mohomad Amin Md Idris,Mohd Rushdi Idrus & Muhd. Iskandar Zulkarnain Muhd SuhaimiISBN 983-2870-71-2RM22.40

Keusahawanan Pelancongan: Potensi dan Isu-Isu Semasa merupakan koleksi rencana yang memuatkan perbincangan berdasarkan sebahagian daripada hasil kajian yang terpilih. Buku ini memberi tumpuan kepada isu semasa yang menjadi rintangan dan cabaran dalam bidang keusahawanan pada era liberalisasi dan globalisasi.Isu dan topik kajian diberi perhatian menyeluruh bagi melengkapkan pengetahuan para pembaca, khususnya para usahawan berfikir sambil menyediakan asas yang kukuh kepada keperluan untuk berjaya dalam bidang keusahawanan pelancongan. Ia sangat sesuai dibaca dan dikaji oleh para pelajar, usahawan, ahli akademik, penggubal polisi dan pembaca umum.Susunan bab di dalam buku ini telah diatur dengan teliti bagi memudahkan para pembaca. Para usahawan diharapkan mampu untuk membina kefahaman yang mendalam dan berkesan melalui perkaitan antara artikel. Selain itu, terdapat ciri-ciri motivasi yang cuba disalurkan melalui artikel yang dimuatkan agar meninggalkan kesan kepada para pembaca.Mohd Rosli Mohamad (2013), Entrepreneurial Network Organisation in Theoryand Practice, Entrepreneurial Education and Entrepreurship in Malaysia, inMohamad Dahlan Ibrahim, Ghazali Ahmad and Mohd Rafi Yaacob (eds), UMKPublisher,

Mohd. Rosli dan Norbani Che Ha(2003), Keusahawanan, Organisasi danInovasi, Rahmah Ismail Ali dan Mohd. Shukri Haji Noor (eds.), DimensiEkonomi Pembangunan: Teori & Realiti. Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi,

TitleKeusahawanan pelancongan: potensi & isu-isu semasaAuthorAni Mad (Che.)PublisherPenerbit Universiti Utara Malaysia, 2004Original fromthe University of MichiganDigitized7 Oct 2008ISBN9832870712, 9789832870715Length119 pages Title:Usahawan cemerlang : tip dan panduan keusahawananPersonal Author:Saat Sulaiman, 1974-Series:Siri motivasi dan kecemerlangan UtusanPublication Information:Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2008Physical Description:238 p. ; 22 cm.ISBN:97896761211899789676121185Subject Term:Entrepreneurship