nilai murni

12
1 FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI __________________________________________________ BSS3073 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN ________________________________________________________________ ANALISIS NILAI MURNI DALAM MODAL INSAN MENERUSI CERITA BAYAN BUDIMAN NAMA: SITI ZULAIKHA BINTI RAZALI NO MATRIK: D20131063051 NAMA PENSYARAH : NORAZIMAH BINTI ZAKARIA TARIKH SERAHAN: APRIL 2015

Upload: zulaikha

Post on 17-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

modal insan

TRANSCRIPT

  • 1

    FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

    __________________________________________________

    BSS3073

    KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL

    INSAN

    ________________________________________________________________

    ANALISIS NILAI MURNI DALAM MODAL INSAN MENERUSI

    CERITA BAYAN BUDIMAN

    NAMA: SITI ZULAIKHA BINTI RAZALI

    NO MATRIK: D20131063051

    NAMA PENSYARAH : NORAZIMAH BINTI ZAKARIA

    TARIKH SERAHAN: APRIL 2015

  • 2

    1.0 PENGENALAN

    Menurut Kamus Dewan (2005), modal bermaksud sesuatu yang digunakan untuk

    mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Ia juga bermaksud kelebihan yang dimiliki.

    Pengertian lain ialah sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk mengembangkan harta.

    Manakala maksud insan ialah manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang dicipta oleh

    Tuhan. Pembinaan insan yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan

    masyarakat yang dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.

    Definisi modal insan ialah modal yang digagaskan dan dihebahkan serta dibentang

    di peringkat institusi- institusi pengajian tinggi awam dan swasta agar mahasiswa-mahasiswa

    dapat menjanakan satu bentuk gerak kerja yang dilihatkan sebagai aset penting negara.

    Disebabkan itulah,golongan intelek merumuskan bahawa mahasiswa-mahasiswa di Malaysia

    khususnya adalah golongan sasaran utama dalam menjayakan rencana ini memandangkan

    daya pemikiran yang dinamik, progresif dan eksklusif yang ada pada mereka. Dengan

    itu,mereka diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tanpuk pemerintahan

    negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan. Pembinaan insan yang

    tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang dapat

    memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.

    Berdasarkan buku Hikayat Bayan Budiman, terdapat beberapa nilai murni yang boleh

    dikeluarkan berdasarkan cerita-cerita di dalam buku hikayat ini. Dan berdasarkan nilai murni

    ini dapat dikaitkan dengan unsur-unsur modal insan bagi memperkasakan lagi masyarakat

    masa kini.

  • 3

    2.0 Analisis Nilai Murni dalam Modal Insan.

    1) Baik hati

    Nilai murni yang terdapat di dalam Hikayat Bayan Budiman ialah baik hati. Baik hati

    bermaksud bersikap baik, penyayang dan suka menolong tidak kira makhluk, bangsa, agama

    atau lain-lain. Sikap baik hati ini dapat dilihat pada watak burung bayan di dalam cerita

    Bayan Yang Dicabur Bulunya Oleh Istri Saudagar. Walaupun burung bayan ini telah

    dizalimi tetapi masih lagi sanggup menolong orang yang menzaliminya.

    Contohnya seperti di dalam cerita pertama hikayat iaitu cerita bayan yang dicabut

    bulunya oleh isteri saudagar. Di dalam cerita ini menceritakan seekor burung bayan yang

    disayangi oleh seorang saudagar telah dizalimi oleh isteri saudagar tersebut kerana burung

    bayan ini telah menceritakan perihal buruk yang dilakukan oleh isteri saudagar kepada

    tuannya. Oleh kerana sakit hati dan dendam terhadap burung bayan maka isteri saudagar telah

    mencabut semua bulu yang terdapat pada badan burung bayan berkenaan. Maka burung

    bayan berkenaan telah melarikan diri dan bersembunyi di sebuah tempat untuk mendapatkan

    pelindungan. Saudagar yang baru sahaja sampai ke rumah setelah pulang dari kedai terkejut

    kerana mendapati burung bayannya telah mati akibat di makan kucing. Hal ini kerana

    terdapat bulu-bulu yang bersepah di permukaan tanah. Disebabkan tahap kemarahan saudagar

    yang tidak tertahan maka isterinya telah dituduh membunuh burung bayan tersebut dan telah

    dihalau keluar dari rumah. Isteri saudagar yang sedang berdukacita itu telah pergi ke makam

    seorang syekh dan berdoa supaya disatukan semula dengan suaminya. Burung bayan yang

    mendapat kembali bulunya melihat perihal isteri tuannya itu, maka dia telah menyamar

    sebagai roh syekh dan memberitahu kepada isteri tuannya jika mahu kembali kepada

    suaminya maka segala bulu yang terdapat di muka dan kepala haruslah dicukur. Dengan itu,

  • 4

    maka isteri saudagar itu menurut perintah si bayan. Setelah dicukur maka isteri saudagar

    kembali ke makam syekh tersebut. Burung bayan yang bersembunyi akhir keluar dari tempat

    persembunyiannya dan isteri saudagar tersebut amatlah marah dan sedih. Kerana simpati,

    burung bayan tersebut memberitahu bahawa akan menyatukan semula isteri saudagar itu

    bersama suaminya. Setelah panjang semula rambut isteri saudagar, kembalilah mereka ke

    rumah saudagar dan burung bayan menceritakan semuanya kepada saudagar. Saudagar

    menyesal kerana telah menghalau isterinya dan akhirnya mereka kembali bahagia semula.

    Berdasarkan kepada nilai murni yang terdapat di dalam cerita di atas, dapat dikaitkan

    bahawa nilai baik hati dapat membantu pelajar untuk menerapkan sikap modal insan dalam

    diri. Sikap baik hati ini akan membentuk pelajar untuk menjadi pelajar kelas pertama yang

    akan menjana kejayaan negara pada masa akan datang.

    2) Kesetiaan

    Nilai kedua pula adalah kesetiaan. Kesetiaan membawa maksud keteguhan hati

    terhadap sesuatu perkara atau seseorang. Sikap setia amat penting dalam diri kerana dapat

    membentuk sikap atau perihal kita agar menjadi lebih baik. Contohnya di dalam cerita

    Taifah.

    Cerita ini mengisahkan tentang seorang hamba yang bernama Taifah yang ingin

    berbakti kepada Raja Tabaristan. Taifah telah diberikan ganjaran dan berbuat bakti kepada

    raja. Sehinggalah pada suatu hari, raja telah murka kerana Taifah telah mengucapkan kata-

    kata yang membuatkan raja marah. Walaupun raja telah muka kepada Taifah, tetapi Taifah

    tetap setia berbuat bakti kepada raja. Pada suatu malam, raja Tabaristan telah terlihat

    kesetiaan Taifah iaitu sanggup mengorbankan anaknya demi kepentingan rajanya. Oleh itu,

  • 5

    raja Tabaristan telah menganugerah dan harta serta menggangap Taifah sebagai saudaranya

    sendiri.

    Melalui nilai kesetiaan ini, pembentukan modal insan dalam diri dapat dilakukan

    dengan baik. Sekiranya pelajar mempunyai nilai-nilai kesetiaan ini, maka peribadi mereka

    akan menjadi lebih baik dan masalah sosial, ekonomi atau sebagainya akan berkurangan

    sekiranya setiap pelajar ditanamkan dengan sikap insaniah ini.

    3) Kejujuran

    Niali yang ketiga ialah kejujuran. Kejujuran bermaksud sikap amanah, bercakap

    benar, ikhlas dan bertanggungjawab. Nilai kejujuran ini harus ada dalam setiap individu

    kerana hal ini merupakan salah satu sifat Rasulullah yang harus diikuti terutamanya yang

    beragama islam. Contohnya di dalam cerita Serimala dan Pandai Emas.

    Cerita ini mengisahkan tentang Serimala dan Pandai Emas yang berhijrah ke negeri

    lain untuk mencari rezeki. Tiba di negeri tersebut, mereka mendapati bahawa kebanyakan

    penduduk di sana bukan beragama islam. Mereka menyembah patung berhala yang bersalut

    emas. Oleh itu, Serimala dan Pandai Emas telah menyamar sebagai orang yang beragama

    seperti penduduk disitu dan menyembah berhala itu. Ini kerana mereka ingin mencuri patung

    tersebut dan membahagikan hasilnya akan diberi sama rata. Penduduk di situ mula menyukai

    Serimala dan Pandai Emas kerana sikap mereka yang peramah. Pada suatu malam, rancangan

    mereka telah berjaya dan penduduk kampung mulai risau kerana patung berhala mereka

    hilang. Serimala dan Pandai Emas menawarkan diri untuk mencari dan telah diberikan emas

    dan perak untuk perbelanjaan. Satu perkara yang penduduk tidak tahu adalah patung berhala

    itu telah dicuri oleh Serimala dan Pandai Emas dan telah ditanam di satu kawasan. Akhirnya

  • 6

    mereka pulang ke negeri asal mereka. Akan tetapi sikap tamak mula menguasai diri. Pandai

    Emas telah mengambil patung berhala itu tanpa pengetahuan Serimala. Akibat sakit hati,

    Serimala telah membuat satu rancangan untuk membongkar kejahatan Pandai Emas.

    Akhirnya Pandai Emas mengaku bersalah dan mereka tidak lagi menjadi sahabat.

    Pembentukan modal insan dalam diri pelajar boleh dikaitkan dengan nilai kejujuran.

    Menerusi watak Pandai Emas yang tidak jujur dalam persahabatan menyebabkan pertaliannya

    antara Pandai Emas dan Serimala telah terputus. Sikap jujur seharusnya ada dalam setaiap

    diri individu terutamanya pelajar kerana merekalah yang akan menerajui kepimpinan Negara

    suatu hari nanti. Sekiranya tiada sifat jujur, maka nilai masyarakat akan musnah dan Negara

    berkemungkinan akan di timpa musibah dan masalah. Oleh itu, tanamkanlah sifat jujur dan

    amanah bermula dari kanak-kanak lagi supaya dewasa kelak, perwatakannya akan mudah

    dilentur seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    4) Kebijaksanaan

    Nilai yang keempat ialah kebijaksanaan. Maksud seerti yang dapat dijelaskan tentang

    kebijaksanaan ialah sifat dan kemampuan untuk menggunakan pengetahuan, pengalaman,

    akal yang sihat serta wawasan. Orang yang bijak selalunya mempunyai kualiti dalam

    berpengatahuan. Biasanya, orang yang bijak pandai menyelesaikan masalah dan mahir dalam

    hal-hal yang tertentu. Contohnya, dalam cerita Bayan Yang Tidak Menurut Kata Ibubapanya.

    Ceritanya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak telah menemukan tempat

    persembunyian burung bayan. Kanak-kanak tersebut telah menutup tempat laluan burung

    bayan berkenaan. Oleh kerana laluan telah di tutup maka salah seekor burung bayan telah

    mencadangakan bahawa jika budak itu datang semula, semua burung bayan haruslah berpura-

  • 7

    pura mati untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap. Keesokan harinya, budak itu telah

    mendapati bahawa semua burung bayan telah mati. Maka dibunagnya seekor demi seekor ke

    tanah. Setelah itu, burung bayan yang berpura-pura mati itu telah terbang menyelamatkan

    diri. Kerana marah, budak itu telah menangkap burung bayan yang paling tua yang tidak

    sempat menyelamatkan diri. Kerana mahu dirinya selamat, burung bayan tersebut telah

    mencadangkan bahawa dirinya dijual kepada raja kerana burung bayan tersebut memounyai

    ilmu tabib. Maka budak itu telah menjual bayan tersebut kepada raja. Pada permulaannya raja

    tidak mempercayai kata-kata budak itu, tetapi akhirnya penyakit raja telah sembuh. Burung

    bayan telah meminta dirinya dilepaskan, maka dengan sukacitanya raja telah membebaskan

    burung bayan tersebut dan akhirnya hidup aman damai bersama keluarganya.

    Kebijaksanaan boleh diterapkan ke dalam modal insan pelajar. Watak burung bayan

    yang bijak boleh dijadikan contoh dalam proses pembentukan modal insan. Watak bayan juga

    menerangkan tentang kebijaksanaannya ketika hendak di bunuh tetapi memberi alasan supaya

    dijual kepada raja menunjukkan sekiranya ditimpa masalah, orang yang mempunyai

    kebijaksanaan nescaya boleh menyelesaikan masalahnya dengan mudah.

    5) Kasih Sayang

    Nilai yang kelima ialah kasih sayang. Kasih sayang membawa maksud menghargai

    nilai nyawa, menyayangi alam sekitar atau cinta akan negara. Kasih sayang merupakan aset

    penting dalam kehidupan. Tanpa kasih sayang, maka pembentukan manusia itu tidak akan

    sempurna. Kasih sayang merangkumi semua perkara sama ada sayang kepada Allah, rasul,

    ibu bapa, masyarakat mahupun berlainan jantina. Contohnya dalam cerita Putri Membunuh

    Segala Suaminya.

  • 8

    Seorang putera telah pergi berburu ke dalam hutan. Di dalam hutan itu terdapat

    sekumpulan rusa yang hidup matinya berdasarkan kepada undian. Siapa yang terkena undian

    tersebut akan dijadikan korban buruan putera tersebut. Pada suatu hari, salah seekor rusa

    telah terkena undian maut itu. Dengan rasa sedihnya, rusa tersebut telah pulang ke rumah dan

    memberitahu isterinya bahawa sudah sampai masanya untuk dia dijadikan buruan. Isteri rusa

    ini sangat sayang akan suaminya sehingga sangup untuk mengantikan tempat suaminya itu.

    Tiba harinya untuk putera pergi berburu, maka rusa itu telh menunjukkan dirinya. Ketika

    hendak dibunuh, isteri rusa tersebut telah datang dan meletakkan lehernya pada pisau

    sembelihan itu. Kerana kasihan, maka si putera tidak sanggip untuk membunuh rusa tersebut

    dan telah dilepaskan.

    Menerusi cerita diatas mendapati bahawa nilai kasih sayang ini penting dalam

    kehidupan semua individu. Sikap kasih sayang haruslah ada di dalam diri pelajar agar pelajar

    tersebut dapat menjana kesungguhan dan prestasi yang baik sepanjang hidupnya. Jika nilai

    kasih sayang ini tidak ada dalam diri seseorang maka hala tuju hidupnya akan bersimpang

    siur dan tidak mempunyai matlamat yang kukuh.

    6) Hormat- Menghormati

    Nilai yang keenam adalah hormat-menghormati. Makna seerti yang boleh

    menerangkan tentang hormat-menghormati adalah hormat ibu bapa, kerajaan dan Negara,

    patuh undang-undang, hormat ahli keluarga, guru,jiran dan rakan serta hormat kepada

    kepercayaan dan adat resam pelbagai bangsa. Hormat menghormati adalah salah satu sifat

    yang wajib ada dalam perwatakan individu. Jika kita menghormati orang lain maka orang lain

    juga akan menghormati kita. Contohnya di dalam cerita Raja Nur Syah Bermimpi Kawin.

  • 9

    Cerita ini mengisahkan tentang seorang perdana menteri yang hormat kepada rajanya

    iaitu Raja Tur yang memerintah sebuah kerajaan tetapi masih lagi tidak berkahwin. Baginda

    telah bermimpi berkasih-kasihan dengan seorang puteri yang tidak diketahui nama mahupun

    tempat tinggalnya. Oleh kerana rasa hormatnya yang tinggi terhadap rajanya, maka perdana

    menteri itu sanggup untuk mencari puteri yang dimimpikan oleh baginda. Perdana menteri

    tersebut membuat bermacam-macam cara untuk mendapatkan petunjuk dan pada akhirnya

    berjaya menjumpai petunjuk puteri itu melalui sebuah lukisan. Perdana menteri berkenaan

    telah pergi ke negeri puteri tersebut. Akhirnya perdana menteri berjaya menjumpai puteri

    tersebut tetapi berlaku satu masalah iaitu puteri tidak mahu berkahwin. Atas kebijaksanaan

    perdana menteri akhirnya puteri bersetuju untuk mengahwini rajanya.

    Berdasarkan nilai yang didapati di atas, menjelaskan bahawa nilai hormat-

    menghormati penting dalam sebuah masyarakat. Watak perdana menteri yang amat

    menghormati rajanya haruslah diikuti oleh pelajar kerana sebagai orang bawahan atau orang

    yang lebih muda haruslah menghormati orang atasan atau orang yang lebih tua. Jika nilai

    hormat-menghormati disemai ke dalam diri pelajar, nescaya modal insan yang terdapat dalam

    diri mereka akan lebih bercambah dan bergerak kearah yang lebih baik.

    7) Kesyukuran

    Seterusnya, nilai yang ketujuh kesyukuran. Kesyukuran bermaksud berterima kasih,

    menghargai dan mengenang budi. Seseorang yang mempunyai sikap syukur, hatinya

    mengandungi sifat murni dan ikhlas. Contohnya dalam cerita Raja Mansur Syah Dengan

    Tuan Putri Ratna Gemala.

  • 10

    Cerita ini mengisahkan tentang seorang puteri iaitu Putri Ratna Gemala yang

    mempunyai paras rupa yang cantik telah dikahwinkan dengan seorang raja iaitu Raja Mansur

    Syah. Raja Mansur Syah amat menyayangi isterinya tetapi Putri Ratna Gemala bimbang

    kerana suaminya mempunyai seorang gundik bernama Tuan Nila Wati dan amat menyayangi

    gundiknya itu. Untuk menarik minat dan kasih baginda, maka Putri Ratna Gemala cuba

    sedaya upaya untuk mengambil hati suaminya itu. Akhirnya, baginda lebih menyayangi Putri

    Ratna Gemala dan menyerahkan segala takhta kerajaan dan negeri kepada isterinya. Baginda

    sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang berbudi bahasa, lemah lembut dan

    perwatakan yang manis itu. Hal ini membuatkan baginda teramat menyayangi Putri Ratna

    Gemala lebih daripada segalanya.

    Nilai kesyukuran boleh dikaitkan dengan pembentukan modal insan pelajar kerana

    sifat syukur ini mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih menghargai sesuatu sama ada

    benda, keluarga, agama, masyarakat atau sebagainya.

  • 11

    3.0 KESIMPULAN

    Berdasarkan cerita-cerita di dalam Hikayat Bayan Budiman ini, terdapat banyak nilai-nilai

    murni yang boleh dijadikan sebagai pembentukan modal insan dalam diri pelajar. Ini kerana

    setiap pelajar haruslah ditanamkan dengan nilai modal insan, jika tidak pelajar akan menjadi

    pelajar yang tidak cemerlang, tidak berdisiplin dan boleh menjadi masyarakat yang tidak

    seimbang dari segi sosial, ekomoni dan sebagainya. Oleh itu, tanamkanlah nilai modal insan

    dalam diri pelajar agar menjadi pelajar kelas pertama dan mampu untuk menerajui

    kepimpinan pada masa akan datang.

  • 12

    RUJUKAN

    Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor: Dewan Bahasa

    Dan Pustaka.

    Hikayat Bayan Budiman (1993). Jakarta: Balai Pustaka.