nilai murni

9
Kaedah Membuat Ulasan 1.Membaca soalan dan memahami soalan 2.Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada: Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah. 3.Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang ditemui. 4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni 5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih. 6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan 7.Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan. Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan. 8.Contoh pendahuluan: a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah.... b.Antara nilai murni yang didapati ialah..... c.Sebagai seorang murid kita mestilah...... 9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,patutlah ,sepatutnya,hendaklah,sewajarnya dan lain-lain lagi 10.Contoh nilai-nilai murni Adil Bantu-membantu Berdisiplin Belas kasihan Mematuhi peraturan Bermaaf-maafan Bersabar Bertindak pantas Berusaha Bergotong-royong Hormati ibu bapa Kasih-sayang Bekerjasama Membri salam Hargai masa Amanah Rajin Berani Tabah Berdikari Tolong-menolong Bertanggungjawab Murah hati Cekal Tekun Hormati guru Kejujuran Kesopanan Menepati masa Mengenang budi Baik hati Sayang Bertanggungjawab Semangat kejiranan Berhati-hati Toleransi Berterima kasih Berhati-hati Gigih Jimat Ikhlas Kebersihan Kesyukuran Kerajinan Mengakui kesalahan

Upload: uma-navalingam

Post on 29-Sep-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LATIHAN NIALAI MURNI

TRANSCRIPT

Kaedah Membuat Ulasan

1.Membaca soalan dan memahami soalan 2.Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada: Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah. 3.Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang ditemui. 4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni 5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih. 6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan 7.Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan. Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan. 8.Contoh pendahuluan: a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah.... b.Antara nilai murni yang didapati ialah..... c.Sebagai seorang murid kita mestilah...... 9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,patutlah,sepatutnya,hendaklah,sewajarnya dan lain-lain lagi

10.Contoh nilai-nilai murniAdilBantu-membantuBerdisiplinBelas kasihanMematuhi peraturanBermaaf-maafanBersabarBertindak pantasBerusahaBergotong-royongHormati ibu bapaKasih-sayangBekerjasamaMembri salamHargai masaMengikut peraturanPerpaduanRamah mesraSimpatiSemangat kesukananAmanahRajinBeraniTabahBerdikariTolong-menolongBertanggungjawabMurah hatiCekalTekunHormati guruKejujuranKesopananMenepati masaMengenang budiMenjawab salamPersaudaraanRasionalSedia memaafkanpatriotik

Baik hatiSayangBertanggungjawabSemangat kejirananBerhati-hatiToleransiBerterima kasihBerhati-hatiGigihJimatIkhlasKebersihanKesyukuran KerajinanMengakui kesalahanMerendah diriPrihatinRedhaSopanTaat ibu bapa

.

11. Bilangan perkataan antara 50 65 patah perkataan12. Contoh soalan UPSR 2010

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah

Sahabatku Fadhil, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

13. Menyenaraikan semua idea yang diperolehi.Nilai dalam teks(tersurat)Nilai yang ditukar(tersirat)

Menceritakan pengalamanBerkongsi pengalaman/idea

Setiap detik...kami manfaatkanMenghargai masa

Mengunjungi.....tempata bersejarahpatriotisme

Kagum akan keindahan alamMenghargai alam/bersyukur

Meminta kebenaranMenghormati guru

berbarisberdisiplin

Membeli....yang perlu sahajaBijak berbelanja/berjimat

Dipesan oleh ibuPatuh/taat

Membeli cenderamataMengingati kawan/prihatin

14. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat menghargai masa menghormati guru berdisiplin berjimat prihatin

15. Kembangkan idea mengikut petak lajur limaObjekKata bantunilaiKata hubunghuraian

Kita patutMenghargai masadengan Melawat tempat bersejaran

Kita mestiMenghormati gurudanMendengar nasihat

kitamestilahberdisiplindengan beratur

kitahendaklahberjimatdenganMembeli barang-barang yang penting

kitasepatutnyaprihatindenganMembeli cenderamata

16. Membina ayat ulasan

Nilai yang diperoleh ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti melawat dalam negara.Selain itu, kita mesti menghormati guru dan mendengar nasihat mereka agar kita sentiasa selamat.Seterusnya kita mestilah berdisiplin dengan beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan kemalangan.Di samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya membeli barang-barang yang penting sahaja.Akhirnyai,kita sepatutnya prihatin terhadap kawan-kawan dan keluarga dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda ingatan.

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISANLihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.Nilai Murni: mematuhi peraturan.Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.Nilai Murni: bertanggungjawabAyat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.Mengapakah adik menangis? tanya pengawas itu.Nilai Murni: perihatinAyat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.4. Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan, jawab budak itu sambil menangis.Nilai Murni: berterus-terang.Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.5. Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. kata pengawas itu.Nilai Murni: memberi pertolongan.Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.Contoh 1Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.5. Jangan mencuri harta benda orang.6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.Contoh jawapanSebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.Contoh 2Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.JAWAPAN1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.2. Rajin membantu dan ringan tulang3. Pandai menguruskan rumah4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.5. Budaya mengucapkan terima kasih.6. Bersyukur.

Contoh 3Tema : Murid yang bersikap negativeJamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.JAWAPAN1. Kita perlu menepati masa2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain4. Mesti bersikap jujur dan amanah5. Mesti menghormati guruCadangan masa menjawab Bahagian C20 minitMembuat UlasanUlasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.Tidak kurang 50 patah perkataan atau tidak melebihi 50 patah perkataan.Cara Menjawab SoalanBaca dan fahami situasi.Gariskan kata kunci dalam soalan.Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yangterdapat dalam teks.Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataanContoh:Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceriaSenaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikanBangun awal pagi disiplin diriMenolong ibu di dapurBersarapan bersama kasih sayangBersalam menghormati orang tuaRajin / tidak suka membuang masaSuka kepada kebersihanBAHAGIAN C Cara menulis.Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikanIni, kita mestilah(huraian/contoh).Seterusnya, kita haruslah.(huraian/contoh)Di samping itu, kita hendaklah(huraian/contoh)..Selain itu, kita mestilah ...(huraian/contoh).Akhirnya, kita wajarlah.(huraian/contoh)..