nilai murni

5
Kita hendaklah… Kita haruslah… Kita mestilah… Kita digalakkan Kita disaran agar… Kita sepatutnya… Kita sewajarnya… Kita perlu… Kita diingatkan… Kita dinasihati agar Sarah budak yang bijak. Dia sentiasa mendapat tempat pertama di kelasnya., Namun begitu Sarah tidak sombong. Rakan-rakannya tertarik akan sikapnya itu. Selain itu, Sarah menjagai barangan miliknya sebaik mungkin. Jadi, barangnya tahan lama dan kelihatan baru. Sarah juga amat menjagai tingkah lakunya. Tutur katanya sopan agar tidak menyakiti hati rakan-rakannya. Di samping itu, dia gemar membasuh pakaiannya sendiri. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya. Dia sedar bahawa ibunya memang sentiasa sibuk dengan pelbagai kerja di rumah. Jika ada masa terluang, dia pasti membaca buku. Bagi dirinya, membaca sangat penting jika ingin menjadi insan yang berjaya. Penanda wacana Tafsiran nilai Frasa hubung Penjelasan (contoh (c),sebab (s) /akibat(a) Merendah diri justeru Disenangi sesiapa sahaja (a) Selain itu Cermat agar Tahan lama (c) Seterusnya Bersopan santun demi Menjagai maruah diri (s) Di samping itu berdikari untuk Meringankan beban keluarga (a) Akhir sekali Menghargai masa jadi Masa terisi dengan perkara yang berfaedah (a) Kita hendaklah merendah diri justeru kita akan disenangi sesiapa sahaja. Selain itu, kita wajarlah cermat menggunakan barangan peribadi seperti yang dilakukan Sarah agar barang itu tahan lama. Seterusnya, kita haruslah bersopan santun demi menjagai maruah diri dan tidak menyakiti hati orang lain. Di samping itu, kita perlulah berdikari seperti Sarah yang membasuh pakaiannya sendiri untuk meringankan beban kerja ibunya. Akhir sekali, kita hendaklah menghargai masa dengan melakukan perkara yang berfaedah jadi masa akan terisi dengan perkara yang berfaedah.

Upload: sofie

Post on 09-Aug-2015

292 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nilai Murni

Kita hendaklah… Kita haruslah… Kita mestilah… Kita digalakkan Kita disaran agar…

Kita sepatutnya… Kita sewajarnya… Kita perlu… Kita diingatkan… Kita dinasihati agar

Sarah budak yang bijak. Dia sentiasa mendapat tempat pertama di kelasnya.,

Namun begitu Sarah tidak sombong. Rakan-rakannya tertarik akan sikapnya itu. Selain itu,

Sarah menjagai barangan miliknya sebaik mungkin. Jadi, barangnya tahan lama dan

kelihatan baru. Sarah juga amat menjagai tingkah lakunya. Tutur katanya sopan agar tidak

menyakiti hati rakan-rakannya. Di samping itu, dia gemar membasuh pakaiannya sendiri. Dia

tidak mahu menyusahkan ibunya. Dia sedar bahawa ibunya memang sentiasa sibuk dengan

pelbagai kerja di rumah. Jika ada masa terluang, dia pasti membaca buku. Bagi dirinya,

membaca sangat penting jika ingin menjadi insan yang berjaya.

Penanda

wacana Tafsiran nilai Frasa hubung

Penjelasan

(contoh (c),sebab (s) /akibat(a)

Merendah diri justeru Disenangi sesiapa sahaja (a)

Selain itu Cermat agar Tahan lama (c)

Seterusnya Bersopan santun demi Menjagai maruah diri (s)

Di samping itu berdikari untuk Meringankan beban keluarga (a)

Akhir sekali Menghargai masa jadi Masa terisi dengan perkara yang berfaedah (a)

Kita hendaklah merendah diri justeru kita akan disenangi sesiapa sahaja. Selain itu,

kita wajarlah cermat menggunakan barangan peribadi seperti yang dilakukan Sarah agar

barang itu tahan lama. Seterusnya, kita haruslah bersopan santun demi menjagai maruah diri

dan tidak menyakiti hati orang lain. Di samping itu, kita perlulah berdikari seperti Sarah yang

membasuh pakaiannya sendiri untuk meringankan beban kerja ibunya. Akhir sekali, kita

hendaklah menghargai masa dengan melakukan perkara yang berfaedah jadi masa akan

terisi dengan perkara yang berfaedah.

Page 2: Nilai Murni

Pak Ali dilahirkan buta. Namun begitu dia tidak pernah menyesali nasib

yang menimpa dirinya. Walaupun menyedari kekurangan dirinya itu, Pak Ali

tidak mahu menyusahkan orang lain. Oleh itu, dia memasuki Pusat Latihan

Orang Kurang Upaya untuk mencapai impiannya dan mengubah masa

depannya. Pak Ali sudah mampu tersenyum. Dia sudah boleh membuat

bakul sendiri. Dia menjaja hasil kerja tangannya itu ke serata tempat.

Sepanjang kerjayanya itu, Pak Ali tidak pernah ditimpa kemalangan

lantaran sikapnya yang sentiasa berhati-hati. Hasil jualan bakul-bakul itu,

Pak Ali mampu menyara keluarganya. Pak Ali cuba menyediakan apa

sahaja yang diperlukan anak-anaknya. Dia mahu anak-anaknya berjaya

dalam pelajaran.

Penanda wacana Tafsiran

nilai Frasa hubung

Penjelasan

(contoh (c),sebab (s) /akibat(a)

Selain itu

Seterusnya

Di samping itu

Akhir sekali

Page 3: Nilai Murni

Arif baru sahaja mendapat buku-buku teks yang dipinjamkan oleh pihak

sekolah. Menyedari buku-buku itu bukan miliknya, dia segera membalut

buku-buku dengan sampul plastik. Dia berjanji pada dirinya sendiri untuk

menjagai buku-buku itu sebaik mungkin. Dia sentiasa cermat

menggunakan buku-bukunya. Namun begitu, dia tidak keberatan

berkongsi buku teksnya jika ada rakannya yang tidak membawa buku. Arif

juga sering bersaing dengan rakan-rakannya untuk mencapai kejayaan.

Rakannya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, India dan Sikh.

Mereka begitu mesra dan saling menghormati.

Penanda wacana Tafsiran

nilai Frasa hubung

Penjelasan

(contoh (c),sebab (s) /akibat(a)

Selain itu

Seterusnya

Di samping itu

Akhir sekali

Page 4: Nilai Murni

Rafie baru sahaja mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba keluar dari bilik dan

terus masuk ke dalam bilik abang yang ketika itu pergi bekerja. Abang kerap kali

mengingatkan Rafie agar tidak masuk ke dalam biliknya. Rafie masuk ke dalam

bilik abang dan mengambil cenderamata yang berada di atas meja. Ketika leka

melihat cenderamata itu tiba-tiba ibu memanggil Rafie. Rafie terkejut hingga

terlepas cenderamata itu dan pecah di atas lantai. Emak memarahi Rafie lalu

menyuruhnya membersihkan cenderamata yang pecah.

Apabila abang pulang, Rafie menceritakan apa yang berlaku. Rafie juga

memohon maaf kepada abang atas kesalahan yang dilakukan. Abang

memaafkan Rafie walaupun abang sedih kerana cenderamata itu adalah

pemberian kawan abang yang baru pulang dari luar negara. Rafie berjanji tidak

akan mengambil barang-barang kepunyaan abang tanpa kebenaran. Emak

menasihati Rafie agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Emak juga

mengucapkan syabas kepada abang kerana memaafkan Rafie yang melakukan

kesalahan.

Penanda wacana Tafsiran

nilai Frasa hubung

Penjelasan

(contoh (c),sebab (s) /akibat(a)

Selain itu

Seterusnya

Di samping itu

khir sekali

Page 5: Nilai Murni

Aisyah selalu mengulangkaji pelajaran pada waktu malam kerana dia sangat

mengambil berat tentang pelajarannya. Aisyah juga mempunyai hobi walaupun

sibuk mengulangkaji pelajaran. Hobi Aisyah adalah mengumpul lencana sekolah. Dia

memiliki 100 keping lencana yang disimpan di dalam almari yang berkunci. Lencana-

lencana yang dikumpulkannya diperoleh serata Malaysia. Aisyah bertukar-tukar

lencana dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat penanya. Selain itu, Aisyah

juga akan menyimpan lebihan duit belanja sekolahnya untuk membeli lencana yang

diminati.

Hasil daripada hobi Aisyah itu, dia memiliki pelbagai lencana dan mempunyai

ramai kawan. Melalui hobinya mengumpul lencana-lencana itu, Aisyah dapat

mengetahui berbagai-bagai maklumat dan slogan utama sekolah-sekolah lain. Dia

amat gembira kerana hobinya membuahkan banyak kelebihan yang berguna

kepadanya. Namun begitu, dia tetap mengutamakan pelajarannya. Dia bercita-cita

menjadi seorang juruterbang wanita yang hebat.

Penanda wacana Tafsiran

nilai Frasa hubung

Penjelasan

(contoh (c),sebab (s) /akibat(a)

Selain itu

Seterusnya

Di samping itu

Akhir sekali