nilai murni

2
Tulis empat nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Ah Meng seorang budak yang baik hati. Dia suka menolong orang, terutama orang cacat dan orang tua. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, Ah Meng ternampak seorang lelaki buta ingin melintas jalan. Ah Meng segera memimpin tangan lelaki buta itu dan membantunya melintas jalan. Di samping itu, Ah Meng sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutama ibu bapa, saudara-mara dan jiran tetangga. Dia sangat menyayangi kedua-dua ibu bapanya kerana mereka sangat berjasa kepadanya, seperti mendidik, membesar dan menyediakan segala kemudahannya. Selain itu, Ah Meng melayan rakan-rakannya dengan mesra. Sikap peramah dan baik hatinya itu telah menyebabkan dia disenangi oleh ramai orang.

Upload: claire-mitsuko

Post on 11-Jul-2015

2.064 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nilai murni

Tulis empat nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ah Meng seorang budak yang baik hati. Dia suka menolong orang, terutama orang cacat dan orang tua. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, Ah Meng ternampak seorang lelaki buta ingin melintas jalan. Ah Meng segera memimpin tangan lelaki buta itu dan membantunya melintas jalan. Di samping itu, Ah Meng sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutama ibu bapa, saudara-mara dan jiran tetangga. Dia sangat menyayangi kedua-dua ibu bapanya kerana mereka sangat berjasa kepadanya, seperti mendidik, membesar dan menyediakan segala kemudahannya. Selain itu, Ah Meng melayan rakan-rakannya dengan mesra. Sikap peramah dan baik hatinya itu telah menyebabkan dia disenangi oleh ramai orang.

Page 2: Nilai murni

Berdasarkan petikan, kita haruslah bersikap murah hati

dengan menolong orang terutama orang cacat dan orang tua.

Selain itu, kita sepatutnya bertindak dengan segera seperti

memimpin tangan buta lelaki dan membantu mereka melintas

jalan. Di samping itu, kita perlulah berbudi bahasa dengan

sentiasa menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua kerana

mereka berjasa kepada kita. Akhir sekali, kita wajarlah beramah-

tamah seperti melayan rakan-rakan kita dengan mesra.