nilai 23 ting 4

8

Click here to load reader

Upload: shuhaida-mohamed

Post on 29-Jun-2015

89 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nilai 23 Ting 4

TINGKATAN : 4 Murni

BIDANG PEMBELAJARAN : Nilai Berkaitan dengan Patriotisme

NILAI PEMBELAJARAN : Sanggup Berkorban untuk Negara

TAJUK : Rakyat Setia Negara Gemilang

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar akan dapat

1. Kognitifi. menghuraikan cara untuk memupuk

semangat pejuang sehingga sanggup menghadapi cabaran yang berbahaya.

2. Afektifi. mengamalkan nilai untuk menjadi rakyat

Malaysia yang mempunyai semangat patriotik.

3. Psikomotor

i. menunjukkan cara untuk memupuk semangat pejuang.

PENDEKATAN : i. Pemupukan Nilai

ii. Pembelajaran Kooperatifiii. Pembelajaran Aktif

TEKNIK : Perbincangan, projek

BAHAN BANTU MENGAJAR : 1. Kertas mahjung dan marker pen

2. Paparan slaid

3. Lampiran 1 : Gambar Tugu Negara

4. Lampiran 2 : Kad Tugasan

5. lampiran 3 : Set soalan pengukuhan

Page 2: Nilai 23 Ting 4

PELAKSANAAN

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set induksi(10 min)

Set induksi ini bertujuan untuk menggalakan pelajar berfikir apa yang akan mereka lakukan apabila mereka dewasa dan apakah cita-cita mereka mempunyai nilai sanggup berkorban untuk Negara.

Setiap pelajar dikehendaki menyatakan cita-cita mereka masing-masing dan memberi alasan mengapa mereka memilih cita-cita tersebut.

Aktiviti 1(10 min) Tafsiran gambar

1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil

2. Guru mengedarkan gambar tugu Negara.

3. Pelajar perlu membincangkan apakah yang mereka faham berkaitan gambar tersebut.

4. Pelajar diminta menjawab soalan berkaitan ganbar tersebut.a) Mengapakah Negara di dunia membina tugu peringatan?b) Apakah yang patut dilakukan oleh masyarakat untuk membangkitkan semangat sanggup berkorban untuk Negara?

Rujuk lampiran 1

Aktiviti 2(10 min)

Menghargai tokoh yang telah sanggup bekorban untuk Negara.

1. Setiap kumpulan diminta mencari seorang tokoh yang telah mengharumkan nama Negara.

2. Wakil setiap

Page 3: Nilai 23 Ting 4

kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan mereka.

Aktiviti 3(7 min)

Peranan /sumbangan pelajar terhadap Negara.

1. Pelajar diminta berbincang dalam kumpulan mengenai peranan pelajar kepada Negara bagi membuktikan pelajar sanggup berkorban untuk Negara.

Penilaian(3 min)

1. Pelajar dikehendaki untuk membuat buku skrap tentang latar belakang dan sumbangan salah seorang individu yang telah dipilih.

2. Pelajar juga dikehendaki menjawab soalan yang diedarkan sebagai kerja rumah.

Rujuk lampiran 2 dan 3.

LAMPIRAN 1

Page 4: Nilai 23 Ting 4

LAMPIRAN 2

Page 5: Nilai 23 Ting 4

Sediakan sebuah buku skrap berkaitan dengan latar belakang dan sumbangan salah seorang tokoh yang telah sanggup berkorban untuk Negara. Setiap kumpulan terdiri dariapda 5 orang pelajar sahaja. Hasil kerja anda perlu di hantar pada 1 Mac 2011.

LAMPIRAN 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti

Page 6: Nilai 23 Ting 4

Pengorbanan seorang wira

Pada 3 Jun 1971, Pasukan Perisikan Khas yang terdiri daripada Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja telah ditugaskan untuk membuat tinjauan pergerakan musuh di kawasan Ulu Kinta, Perak. Kumpulan ini dihantar kerana terdapat maklumat dan tanda-tanda yang menunujukkan terdapatnya pergerakan pengganas Komunis di sekitar kawasan tersebut.

Setelah sepuluh hari meredah hutan belantara, Kapten Chandran dan kumpulannya akhirnya Berjaya menjumpai kesan-kesan musuh. Daripada andaian yang dibuat, Kapten Chandran mendapati kesan tersebut masih baru, lantas beliau mengambil keputusan untuk terus menjejaki kesan-kesan tersebut.

Setelah hampir empat jam Kapten Chandran dan kumpulannya menjejaki kesan tersebut, tanpa mereka sedari mereka telah hampir dengan kedudukan musuh. Kehadiran Kapten Chandran dan kumpulannya telah disedari oleh sentari musuh, lantas Kapten Chandran dan kumpulannya terus mara merapati kedudukan musuh sambil melepaskan tembakan balas (yang dianggarkan berkekuatan seramai 40 orang). Dalam pertempuran yang sengit itu, dua orang anggota kumpulannya telah tercedera akibat tembakan senjata musuh.

Akibat kejadian ini, semagat Kapten Chandran semakin berkobar-kobar, lantas beliau mara sambil melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah kedudukan musuh. Malangnya tanpa disedari tubuhnya telah ditembusi beberapa butir peluru musuh lalu meragut nyawanya. Beliau terkorban di medan pertempuran. Sungguhpun beliau mempunyai kumpulan yang kecil, namun atas sebab keberaniaan beliau dan kumpulannya, mereka mampu menghuru-harakan musuh yang berkekuatan tiga kali ganda besarnya daripada kumpulannya.

Hasil daripada siasatan selepas pertempuran tersebut Pasukan Keselamatan mendapati bahawa kedudukan musuh yang diserang oleh Kapten Chandran dan kumpulannya merupakan kawasan perkhemahan kekal musuh dan mempunyai sistem pertahanan yang kukuh. Atas keberanian dan pengorbanan itu, beliau telah dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah perkasa(S.P).

(sumber:Berita Tentera Darat Malaysia:Mendiang Kapt. V. Mohan Chandran 123, daripada http://maf.mod.gov.my/bm/)

Jawab soalan di bawah ini.

a) Apakah semangat yang ditunjukkan oleh Kapten Chandran setelah melihat dua anggita kumpulannya tercedera akibat tembakan senjata musuh?

Page 7: Nilai 23 Ting 4

b) Mengapakah Kapten Chandran dan rakan-rakannya rela berkorban di medan pertempuran itu?

c) Pingat S.P dianugerahkan kepada sesiapa yang menunjukkan keberanian dan pengorbanan yang paling luar biasa untuk Negara. Selain Kapten Chandran, siapakah lagi penerima anugerah Pingat S.P? Apakah jasa serta pergorbanan mereka.