sejarah ting 4

19
1

Upload: harin-krysa

Post on 06-Dec-2015

102 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

exam

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah ting 4

1

Page 2: sejarah ting 4

2

SPM SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015)

TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur

tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:

(i) 2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19)

(ii) 2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20)

PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK/KONSTRUK

Format Aspek/Konstruk Markah Masa

1. Pengenalan 1. Memahami 5 Markah 10 minit

2. ISI Dan HURAIAN 2. Memahami 30 Markah 50 minit

3. Menganalisis 15 Markah 20 minit

4. Mengaplikasi 10 Markah 15 minit

5. Menilai 10 Markah 15 minit

6. Mencipta 10 Markah 15 minit

7. Menjana Idea 10 Markah 15 minit

8. Nilai / Iktibar / Patriotisme 5 Markah 10 minit

3. Kesimpulan 9. Merumus 5 Markah 10 minit

Jumlah Keseluruhan 100 Markah 2 jam 40 minit

Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan

20 minit lagi untuk menyemak jawapan anda.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 3

1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah serta bahan bercetak yang berkaitan dengan tajuk.

2. Pastikan anda menulis nombor soalan.

3. Jawapan mesti ditulis dengan ayat yang lengkap. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.

4. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan.

Contoh soalan. Jelaskan latar belakang gerakan nasionalisme.

Contoh jawapan. Latar belakangan gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat….

5. Jawapan perlu ditulis dalam struktur ayat lengkap.

6. Sebaiknya satu isi merangkumi fakta, huraian dan contoh.

7. Mengaikan isi denga isi berikutnya menggunakan penanda wacana.

8. Jawpan KBAT perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis.

9. Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret.

Page 3: sejarah ting 4

3

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPESIFIK

Soalan 1: Pengenalan [5 Markah]

(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan mencetuskan gerakan

untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.

Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penjajahan oleh

kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia

penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.

Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah. Contohnya sejak abad

ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharajalela,

Rentap dan Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.

Soalan 2: Memahami [15 markah]

Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan

(i) Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak pada abad ke-19.

Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan

British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British

di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British

terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini,

penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.

Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana

Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap

British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan

bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan

pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti

perlombongan dan perdagangan bijih timah . Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem

cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British

juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan

mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk

tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah

yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan penduduk tempatan.

British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya

masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,

iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat

tempatan.

Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British telah mengambil

kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk

mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk menjaga hal ehwal

daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati

dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.

Page 4: sejarah ting 4

4

Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang

British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin

tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan memberikan

kerjasama dalam menentang British.

Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat nasionalisme

(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang dunia kedua

Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah

memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah

meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar

diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini

mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan

kebencian penduduk tempatan terhadap British.

Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang diperkenalkan

pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan

bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.

Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.

Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang

untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke

Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran

dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam

bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian

padi yang tidak dimajukan oleh British.

Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu

tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta

kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah

meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar

bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang

Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme

Melayu.

Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak

Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk

menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama

dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan

makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah

Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan

menekan kehidupan orang tempatan.

Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah

membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu,

PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa

sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang

Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu

di Perak, Johor, dan Pahang.

Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong

penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain

idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.

Page 5: sejarah ting 4

5

Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan kesedaran semangat

kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk

membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas

Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang

dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas. Dalam

tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia

dan akhirat, disamping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan

dalam majalah al-Manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama.

Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di

Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah

Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini

telah melahirkan ramai golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar British.

Soalan 3: Memahami [30 markah]

Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang Pentadbiran British

1.0 Tanah Melayu

1.1 Penghulu Dol Said di Naning.

Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824.

Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British

menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka

iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua

kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan tindakan

Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828.

Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan British yang

mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak tindakan British yang meletakkan

Naning didalam wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British kepada Melaka.

Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said yang menolak untuk membayar

ufti kepada Melaka telah menyebabkan British menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun

1831. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai 150 tentera British

yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.

Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah mendapat bantuan daripada

Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh.

Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning. British

telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian dengan

tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa

menyerah diri kepada British pada Febuari 1833. Oleh itu

1.2 Tok Janggut di Kelantan

Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila British memperkenalkan

Sistem Penasihat British di Kelantan. Selain itu, pihak British telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima

pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka.

Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah sistem cukai yang

telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem

cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir

Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun

Page 6: sejarah ting 4

6

1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak

serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah

Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku

Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi menentang Tok Janggut.

Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang

H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada Mei 1915

di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan

perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang

dilakukan oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan

kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat tempatan supaya jangan berani menentang British.

1.3 Dato Maharajalela di Perak

Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan dibantu oleh semua pembesar dan sultan.

Sebab-sebab penentangan ialah residen J.W. W Birch memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang

terkandung dalam Perjanjian Pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang menghapuskan hak

mereka. Para pembesar menolak pengguasaan British terhadap kawasan mereka Sebab yang ketiga para pembesar

menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan menggunakan hamba.

J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu.

Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di

Durian Sebatang untuk menentang undang- undang British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor,

Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W. W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak

British dengan 500 orang tentera melancarkana serangan terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato Sagor

melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam, Seputum

dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri Ngah Ibrahim , syahbandar dan

laksamana telah dibung negeri ke Pulau Seychelles.

1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa

menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300 penduduk kampong telah berkumpul dan

membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan

pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan. Kemuncak kemarahan

rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala

Berang. Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.

Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk

menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British menghantar tiga pembesar untuk

menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.Ini

memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.

Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan

penduduk tempatan dengan membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang

polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke

Makkah.

1.5 Dato Bahaman di Pahang

Pada tahun 1888, Dato’ Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang lain bangkit menentang Residen

British pertama di Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato’ Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British

yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti system kehakiman, pungutan hasil tanah,

sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis luar.

Page 7: sejarah ting 4

7

Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa

Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu

menentang British selama lima tahun.

Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, Pada

1891-menyerang British kerana menangkap anak buahnya, pada 1892- menyerang dan menawan semula Lubuk

Terua, 1894- Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895- Akibat

tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.

Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan

Kelantan Dato’ Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap

di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik

oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht.

Dato’ Bahaman kemudiannya meninggal di sana.

1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan

Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri

Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal. Kedua-duanya telah menentang kemasukan

British di Sungai Ujong. Malah Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British

pada 21 April 1874. Dato’ Syahbandar juga menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul Rahman yang

mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka.

Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang

bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama British, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman berjaya

mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato’ Syahbandar Abdullah

Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan

menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan

jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dengan itu, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh

Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.

2.0 Sarawak

2.1 Rentap

Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban

di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga

Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.

Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas

dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka

diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa

berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

2.2 Linggir

Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan

menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James

Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan

pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

Page 8: sejarah ting 4

8

2.3 Syarif Masahor

Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Gapur berlaku

kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal

ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun

1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.

Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching. Bagaimanapun,

tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei

kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh

Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

3.0 Sabah

3.1 Mat Salleh

Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British

(SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah

Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja

mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat

perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya,

gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun

1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.

Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini

dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal

dunia pada 31 Januari 1900.

Soalan 4a: Menganalisis [10 markah]

(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad ke 19.

Penghulu Dol Said

Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar 1/10 hasil sebagai ufti kepada Melaka.

Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie.

Dato’ Maharaja Lela

Sultan Abdullah dan Dato’ Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan bantahan terbuka terhadap campur

tangan British di Perak. Dato’ Maharajalela juga berjaya membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan lain

yang lebih besar ialah berjaya membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch.

Dato’ Bahaman

Dato’ Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato’Bahaman menyerang dan berjaya

menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

Tok Janggut

Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh dan berjaya menawan

daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram

telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Haji Abdul Rahman Limbong

Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang tanpa menghiraukan

peraturan tanah British. Beliau juga bersama penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada tahun

1928. Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Page 9: sejarah ting 4

9

Rentap

Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir James

Brooke dari kawasanya.

Mat Salleh

Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang melakukan serangan mengejut terhadap Kubu

SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB terpaksa menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan

menyerahkan Tambunan kepadanya.

(ii) Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad ke-19.

Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke-19 ialah kejayaan Dato

Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa ini, penduduk Melayu untuk sama-sama menentang

British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan British

terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India.

Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat melalui kejayaan Dol Said

dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said

mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan

tentera British seramai 150 orang.

Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya telah

memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat Salleh dan berjanji akan menyerahkan Tambunan.

Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya mencabar British. Keberkesanan

perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak polis yang diarahkan menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya.

Malah beberapa pembesar tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya mendudukinya.

Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan keberkesanan pada tahap

awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh

British. Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925.

Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya kerana berjaya menyerang

British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga

berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.

Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari

Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujung serta Penghulu Gemencheh telah

berjaya mengalahkan 150 orang tentera British.

Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Syarif

Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching

bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.

Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB. Mat

Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

Dato’ Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British dan mengarahkan

pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.

Page 10: sejarah ting 4

10

Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang dan menguasai Kuala

Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat

tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.

Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala Telemong dan tanah milik Tengku

Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala

Berang dan telah berjaya mendudukinya.

(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan

Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning British telah menghantar tenteranya

untuk menakluki Naning pada tahun 1831 tetapi dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832,

seramai 1200 orang tentera telah dihantar oleh British sekali lagi menyerang Naning dan berjaya mengalahkan

penghulu Dol Said.

Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak

dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum

dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah dan

yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.

Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa masuk pasukan tentera

dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada

bulan Mei 1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum

digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk tempatan

yang menentang British.

Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama sultan Terengganu dan

menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa

sahaja yang menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala

Telemong dan berjaya mengorbankan seramai 11 orang penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong

ditangkap dan dibuang ke Makkah.

Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar kampung Rentap dan

menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur ke Bukit Sadok.

Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh apabila beliau membuat

perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB

telah menamatkan penentangan terhadap British di Sabah.

Soalan 4b: Menganalisis [10 markah]

(i) Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat nasionalisme di

negara ini.

Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di negara ini dapat dilihat melalui

penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah

menjaga kepentingn sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah

kawasan penempatan khas bagi orang melayu di Singapura.

Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan ini

ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan

diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung

Tanah Melayu.

Page 11: sejarah ting 4

11

Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk membincangkan nasib orang

melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.

Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah ditubuhkan oleh

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan

Melayu. Selain itu untuk menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan

persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.

Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhanKesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun

1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM bertujuan menggalakkan perpaduan di

kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama dengan Jepun menghalau

British, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan

menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.

Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan kemunduran orang

Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri, Resolusi kongres dengan

menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah

dan akhir sekali orang melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.

(ii) Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang Melayu dalam

persatuan.

Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan orang Melayu. Persatuan

Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada

1934 yang dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan ahlinya

berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah

menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu

Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor

(1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk

menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi,

pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah persatuan separa politik yang

dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya

untuk menggalakkan perpaduan dikalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung dan meningkatkan tahap

pendidikan orang Melayu.

Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah ditubuhkan Persatuan ini

dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan

Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.

Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih terdapat cawangan Persatuan

Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Walaubagaimanapun, kegiatannya

mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai

rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Page 12: sejarah ting 4

12

Soalan 5a: Mengaplikasi [10 markah]

(i) Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke 19 dalam memupuk

semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat nasionalisme

adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup berjuang untuk kedaulatan negara.

Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat nasioanilsme

dengan menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem dan drama agar menjadi tatatpan rakyat Malaysia

hari ini.

Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang menarik dan kreatif di

muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin tempatan

Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan pemimpin tempatan juga

mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena

sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat nasionalisme dengan

memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan menengah agar dapat

mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.

Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuang-pejuang terdahulu serta

menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Seterusnya,

menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara keamanan yang sudah

sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita juga wajar mencontohi

sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak walaupun mereka tidak

mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa berusaha untuk

mempertahankan kedaulatan negara.

Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi sehingga kini tidak akan

tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini kita dapat

memupuk semangat cintakan negara.

(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan negara. Berikan

alasan anda.

Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu mempertahankan kedaulatan

negara, ini kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia seterusnya mendorong

kepada semangat setia negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban untuk negara.

Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar

dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan

orang.

Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama antara rakyat Malaysia

yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.

Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum. Perpaduan antara kaum akan

dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang dirancang akan tercapai.

Page 13: sejarah ting 4

13

Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada ajaran agama masing

masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang dan mudah diuruskan.

Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan melengkapkan diri dengan segala

ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran seperti ilmu komputer, sains dan teknologi.

Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.

Soalan 5b: Mengaplikasi [10 markah]

(i) Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang boleh dicapai oleh negara melalui media

massa untuk mengekalkan kedaulatan negara

Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan kedaulatan negara.

Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum dengan lebih cepat.Malahan

maklumat berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat di peroleh dan di akses dengan lebih mudah sama ada

melalui media sosial, internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan hebahan umum.

Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada umum. Hampir 90%

maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian,

kebanyakan rakyat Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk mendapatkan

berita terkini.

Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian

berita, rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya disampaikan dengan menggunakan bahasa

Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini.

Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam mengekalkan keamanan

negara. Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat

menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat keberanian dan

kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui program-program radio atau siaran rancangan televisyen.

(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.

Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat

cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara.

Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian.

Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu

dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta

dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.

Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi

panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai

rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi

menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.

Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman

penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan dan

sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga

Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan

penyatuan bangsa.

Page 14: sejarah ting 4

14

Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan

kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya

mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.

Soalan 6 : Menilai [10 Markah]

(i) Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan tidak berjaya. Berikan hujah anda.

Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan menentang penjajah itu gagal

namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan tersebut telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat

tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu .Contohnya perjuangan Dato’ Maharajalela, Pandak Lam, Pandak

Indut, Dato, Sagor dan Seputum sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka telah menunjukkan semangat

setia negara yang mendalam kerana sanggup berkorban untuk bangsa dan tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan

mampu kita perolehi pada 31 Ogos 1957

Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang

penjajahan British telah menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said

menentang British pada 1831 mendapat bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Ramai

dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan

Malaysia negara yang aman dan makmur walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan.

Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa. Buktinya perjuangan

sehingga ke titisan darah yang terakhir yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat

Salleh dan Rentap sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini yang telah

diaplikasi oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee

Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.

Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya mencetuskan kebimbangan pihak

penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin dan kemudian akur untuk membebaskan Tanah

Melayu daripada belenggu penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini yang akhirnya

menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional yang

boleh dipasarkan di luar negara.

Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan mampu melahirkan ramai

pemimpin negara yang mampu bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan antarabangsa

seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela nasib mangsa yang terlibat

dengan kemalangan kapal terbang MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perdana

Menteri lantang untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan

politik yang stabil di Malaysia pada hari ini?

Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil

di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat

memahami perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.

Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan kerjasama dalam masyarakat.

Contohnya, menulis berita mengenai aktviti gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai

kaum di negara ini.

Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi kesedaran tentang

kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan

politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara pelbagai kaum

Page 15: sejarah ting 4

15

Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyemarak api

perkauman. Sebaliknya penulis boleh membantu mengekalkan politik yang stabil melalui bahasa. Contohnya,

memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu

merupakan bahasa kebangsaan dan alat penyatuan antara kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152.

Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan cinta akan bangsa dan negara

terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang

peristiwa penting negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan. Ini penting agar rakyat tidak

melupakan sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini.

(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, apakah tema

penulisan yang akan anda pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?

Berikan alasan anda.

Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, tema penulisan yang akan

saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia

terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan

makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan yang ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh kaum-kaum

yang menyambut perayaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal

ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.

Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin

Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa Malaysia

adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena

sukan tetapi slogan ini akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar dalam aspek politik,

ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu

Mohandas dan Magendran yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh!

Semangat ini tentunya akan terus menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.

Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan keistimewaan Malaysia

yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan

Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan dan adat tradisi. Hal ini pasti

menimbulkan semangat kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.

Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah dicipta oleh rakyat

Malaysia akan dikumpulkan dalam ‘Malaysia Boof Of Record’ untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini.

Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama negara dan Datuk Nicol David sebagai

pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat generasi

muda untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.

Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang sering dilupakan setiap

kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di

Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa merasa

bersyukur kerana hidup dalam suasana aman damai dan berusaha untuk menjaga keamanan negara. Untuk itu,

semangat nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar mewangi setiap masa demi kedaulatan negara tercinta.

Page 16: sejarah ting 4

16

Soalan 7: Menjana Idea [10 markah]

7a. Cabaran dan langkah

7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk semangat nasionalisme dalam

kalangan rakyat. [5 markah ]

Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan

perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.

Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana

mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri,

Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme terutama

dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah

negara.

Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan program-program yang

berunsur patriotisme menyebabkan semanagat nasionalisme kurang dihayati.

Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum

masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.

7a (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 Markah)

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat

adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1 Malaysia yang dapat

menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan.

Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum disiarkan.

Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.

Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses maklumat

yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan

nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan

program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.

Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana pelajar

boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.

7b. Sebab dan kesan

7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda pada hari

ini.

Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah disebabkan generasi

muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air . Mereka juga tidak memahami maksud sebenar

patriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media

massa ataupun internet.

Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di samping itu,generasi

muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita. Seterusnya,

kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam

jiwa generasi muda.

Page 17: sejarah ting 4

17

Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat dinafikan bahawa

semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda kini tidak memahami konsep Rukun Negara.

Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya,kurangnya ilmu

pengetahuan turut menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.

7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung.

Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah.

Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang

mementingkan diri sendiri.

Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah

dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut meningkat

dan sukar dibendung.

Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan wujud. Generasi muda juga tidak akan

menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah.Wawasan 2020 turut

tidak akan tercapai.

Soalan 8 : Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]

Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.

Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk

mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga

perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-negara maju.

Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Disamping itu, kita haruslah setia kepada

pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.

Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam

apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling

hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan

menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang

dilakukan.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong

perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa

supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan

keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan

penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah

Soalan 9 : Kesimpulan [5 Markah]

Pengetahuan

Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha masyarakat tempatan penjajahan oleh

kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19

dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan bangkit menentang

penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan

British telah meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Page 18: sejarah ting 4

18

Nilai Murni

Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam mempertahankan tanah air.

Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh. Disamping itu,

memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa

dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi. Akhirnya kesangupan bekorban demi agama, bangsa dan

negara dengan mengetepikan kepentingan diri.

Unsur Patriotik

Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang tinggi dan berkorban

nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi

mewujudkan keharmonian negara.

Harapan dan masa depan

Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga,

supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan

negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan

keamanan.

Page 19: sejarah ting 4

19