new microsoft powerpoint presentation

Upload: cik-melati

Post on 19-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

Permainan Tradisional Serak Lidi

Pentadbiran dan Pengurusan PJ(PJM 3112)Permainan TradisionalSerak Lidi

Zuriyati binti Yunfisar 5 PISMP BM/PJ/PMAsal Usul Permainan Serak LidiPermainan tradisional Serak Lidi sering dimainkan oleh masyarakat tempatan pada waktu lapang ataupun dijadikan permainan untuk pertandingan. Ia biasanya dimainkan di anjung atau halaman rumah.Sebenarnya permainan ini berasal dari Lampung, Indonesia. Ia terkenal di masyarakat Jawa.

Permainan ini juga dikenali sebagai Genggam Lidi dan Main Bilah.

Walau bagaimanapun, permainan ini agak popular dalam kalangan masyarakat tempatan.

Hal demikian adalah kerana bahan permainan ini murah dan mudah didapati.

Di samping itu, ia membawa keseronokan. Serak Lidi memerlukan peralatan yang ringkas iaitu lidi daun kelapa atau batang buluh yang diraut kecil. Lidi pohon buluh diperolehi dengan membelah batang buluh menjadi tersangat kecil hingga membahayakan pemain. Permainan ini menguji kepakaran pemain mencungkil atau mengambil sebatang lidi yang telah diselerakkan tanpa menggerakkan bilah atau lidi yang lain.Tapak Permainan Serak Lidi

PeralatanSebanyak 105 batang lidi yang berukuran lebih kurang 25 sentimeter panjang, termasuk 5 batang Joker. PemainDua orang dalam satu kumpulan kecil. Permainan ini dimainkan secara berpasangan.- Senarai nama peserta sila rujuk Lampiran 4.Tempoh Masa permainanSelama 15 minit, bermain sebanyak 2 pusingan, 6 minit bagi satu pusingan.

Peraturan PermainanPasangan hanya boleh menggunakan bilah khas untuk mencungkil sebelum menggunakan tangan mengambil lidi.Pasangan dikehendaki mencungkil lidi sebanyak yang mungkin tanpa menggerakkan lidi yang lain.Pasangan yang telah menggerakkan lidi yang lain dikehendaki memberi giliran pasangan yang seterusnya.Setiap warna lidi wakil mata yang berlainan :

Sekiranya pemain tercungkil lidi Joker akan diberi peluang untuk memilih kad.Setiap kad mewakili nasib yang berlainan, sama ada ganjaran atau dendaan.Tempoh masa satu pusingan permainan ini adalah selama 6 minit. Penjaga masa akan meniupkan wisel untuk

Memulakan permainan dan meniup wisel pada minit yang ke-lima. Wisel akan ditiup lagi pada minit yang terakhir.

Pasangan yang memperolehi kutipan mata yang paling banyak dalam pusingan pertama akan memasuki pusingan terakhir.Jika kedua-dua pasangan mendapat mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan dengan bilangan lidi yang dicungkil. Pasangan yang mendapat bilangan lidi yang paling banyak akan digelar pemenang.Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.

Cara BermainUndian dilakukan dengan cara mencabut lidi. Pasangan yang mendapatkan lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dan diikuti giliran berikutnya.Pasangan perlu duduk secara bertentangan. Salah seorang pemain daripada pasangan pertama hendaklah memegang lidi yang disediakan. Keadaan lidi mestilah sama rata dengan menegak. Bahagian pangkal lidi mesti mencecah di atas lantai. Pemain tersebut perlu melepaskan pegangannya pada lidi-lidi. Lidi yang dilepaskan akan bertaburan di lantai.

Pasangan akan menggunakan bilah khas untuk mencungkil keluar lidi. Pasangan dikehendaki mencungkil keluar sebatang lidi tanpa menggerakan lidi yang lain. Sekiranya lidi-lidi yang diselerakkan bergerak semasa proses mencungkil lidi dilakukan, giliran pasangan akan tamat. Pasangan berikut pula akan mengambil giliran. Tetapi, kedua-dua pasangan tersebut boleh mencungkil lidi selagi lidi-lidi yang lain tidak bergerak.

Pasangan yang menerima giliran perlu melalui proses permainan yang sama. Salah seorang pemain daripada pasangan ini akan menaburkan lidi yang selebihnya.Pusingan permainan ditamatkan setelah masa ditamatkan.

Sekian , Terima Kasih