negara bangsa perancis

7
Negara bangsa Perancis dibina dengan pengabungan seluruh wilayah-wilayah Frankish. Pada peringkat awalnya, wilayah-wilayah Perancis didiami oleh suku Celt dan digelar sebgai Gaul oleh Rom. Apabila empayar Rom runtuh orang gasar dan german telah telah memasuki Tanah Perancis iaitu orang Visigoth, Burgundians dan Franks. Namun suku Franks yang telah Berjaya menyebarkan budayanya kepada seluruh penduduk Perancis. Dengan ini, suku Franks menjadi kaum yang dominan, Raja Louis telah menjadikan Paris sebagai pusat pentadbiranya dan disinilah beliau memulakan usaha-usaha menyatukan semua wilayah Frank dibawah kuasanya.Setelah kematian Raja Louis empayarnya, telah berpecah kepada beberapa wilayah yng diketuai oleh Count. Apabila Perancis diserang oleh orang Norman Rollo iaitu seorang bangsawan, Norman yang berpengaruh elah dilantik sebagai Vassal raja Perancis dan diberi tanah subur di utara, negaranya di samping berkahwin dengan Puteri Perancis. Tindakan ini adalah untuk menyatukan negra Perancis dengan orang Norman dan beliau Berjaya membawa zaman kegemilangan Perancis. Penubuhan republik Perancis diketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette, dihukum mati, bersama beribu-ribu warga Perancis yang lain ketika Pemerintahan Ganas. [6] Setelah berlalunya beberapa skim kerajaan yang tidak tahan lamanya, Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja Empayar Perancis Pertama (1804–1814). Sepanjang beberapa peperangan, bala TAJUK: Negara bangsa SUB TOPIK: Negara kesatuan dan negara persekutuan WAKTU PENGAJARAN : 4 WAKTU SKOP KAJIAN: England dan Perancis (abad ke-16-18) HASIL PEMBELAJARAN: membincangkan sistem pemerintahan negara republik dan negara persekutuan

Upload: kulasingam-kula

Post on 24-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Negara bangsa Perancis

Negara bangsa Perancis dibina dengan pengabungan seluruh wilayah-wilayah Frankish. Pada peringkat awalnya, wilayah-wilayah Perancis didiami oleh suku Celt dan digelar sebgai Gaul oleh Rom. Apabila empayar Rom runtuh orang gasar dan german telah telah memasuki Tanah Perancis iaitu orang Visigoth, Burgundians dan Franks. Namun suku Franks yang telah Berjaya menyebarkan budayanya kepada seluruh penduduk Perancis. Dengan ini, suku Franks menjadi kaum yang dominan, Raja Louis telah menjadikan Paris sebagai pusat pentadbiranya dan disinilah beliau memulakan usaha-usaha menyatukan semua wilayah Frank dibawah kuasanya.Setelah kematian Raja Louis empayarnya, telah berpecah kepada beberapa wilayah yng diketuai oleh Count. Apabila Perancis diserang oleh orang Norman Rollo iaitu seorang bangsawan, Norman yang berpengaruh elah dilantik sebagai Vassal raja Perancis dan diberi tanah subur di utara, negaranya di samping berkahwin dengan Puteri Perancis. Tindakan ini adalah untuk menyatukan negra Perancis dengan orang Norman dan beliau Berjaya membawa zaman kegemilangan Perancis.

Penubuhan republik

Perancis diketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette, dihukum mati, bersama beribu-ribu warga Perancis yang lain ketika Pemerintahan Ganas.[6] Setelah berlalunya beberapa skim kerajaan yang tidak tahan lamanya, Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja Empayar Perancis Pertama (1804–1814). Sepanjang beberapa peperangan, bala tenteranya menakluki kebanyakan tanah besar Eropah, sementara kerabat dirajaBonaparte dilantik sebagai raja negeri-negeri baru yang bernaung dalam empayar tersebut. Kira-kira sejuta warga Perancis terkorban sepanjang perang Napoleon.

Setelah kekalahan terakhir Napoleon pada tahun 1815 sewaktu Perang Waterloo, pemerintahan beraja Perancis dipulihkan, namun dengan batasan perlembagaan baru. Pada tahun 1830, pemberontakan sivil menubuhkan Kerajaan July berpelembagaan yang bertahan sehingga tahun 1848. Republik Kedua yang juga singkat hayatnya tamat pada tahun 1852 apabila Louis-Napoléon Bonaparte mengisytiharkan Empayar Perancis Kedua. Louis-Napoléon diturunkan dari takhta setelah kalah dalam Perang Perancis-Prusia pada tahun 1870 dan rejimnya digantikan oleh Republik Ketiga.

Perancis mempunyai milikan penjajahan dalam pelbagai bentuk, sejak awal abad ke-17 sehingga 1960-an. Pada abad ke-19 dan ke-20, empayar jajahannya di seluruh dunia merupakan yang kedua terbesar selepas Empayar British. Pada zaman kemuncaknya, antara

TAJUK: Negara bangsa

SUB TOPIK: Negara kesatuan dan negara persekutuan

WAKTU PENGAJARAN : 4 WAKTU

SKOP KAJIAN: England dan Perancis (abad ke-16-18)

HASIL PEMBELAJARAN: membincangkan sistem pemerintahan negara republik dan negara persekutuan

Page 2: Negara bangsa Perancis

tahun 1919 dan 1939, empayar jajahan Perancis kedua mencapai tanah seluas 12,347,000 kilometer persegi. Termasuk Perancis metropolitan, jumlah keluasan wilayah di bawah kedaulatan Perancis mencapai 12,898,000 kilometer persegi pada 1920-an dan 1930-an, iaitu 8.6% daripada jumlah tanah di Bumi.

Meskipun menang di Perang Dunia I, Perancis dengan teruknya kehilangan nyawa manusia dan harta benda, menjadikannya kian lemah dalam dekad-dekad seterusnya. Era 1930-an menyaksikan banyak pembaharuan sosial yang diperkenalkan kerajaan Barisan Popular. Apabila Perang Dunia II terletus, Perancis melaksanakan saut siri kempen penyelamatan yang kurang berjaya di Norway, Belgium dan Belanda dari tahun 1939 hingga 1940. Menjelang pencerobohan tiba-tiba pada pertengahan tahun 1940 oleh Jerman Nazi yang disokong Itali Fasis sejak 10 Jun 1940, kepimpinan politik Perancis menolak cadangan Winston Churchill mengenai Kesatuan Perancis-British lalu menandatangani penyerahan Gencatan Senjata Kedua di Compiègne pada 22 Jun 1940. Dasar berpakat dengan musuh yang dibangkang sesetengah pihak, mencetuskan pembentukan Angkatan Pembebasan Perancis di luar Perancis serta penentangan Perancis dalam negara. France dibebaskan dengan usaha bersama Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Angkatan Pembebasan Perancis dan penentangan Perancis pada tahun 1944. KemudianNouvelle Armée Française ("tentera Perancis baru") ditubuhkan dengan bantuan bahan dan kelengkapan buatan Amerika Syarikat secara besar-besaran, lalu menyertai perjuangan bersama pihak Berikat dalam pelbagai pertempuran termasuk kempen Itali.

Republik Perancis Keempat ditubuhkan selepas Perang Dunia II untuk cuba mengekalkan status ekonomi dan politiknya sebagai negara yang dominan. Perancis cuba menguatkan genggamannya pada empayar penjajahannya, tetapi kemudiannya menghadapi masalah. Cubaan mengawal semula Indochina secara tidak bersungguh-sungguh pada tahun 1946 mengakibatkanPerang Indochina Pertama, yang berakhir dengan kekalahan Perancis di Pertempuran Dien Bien Phu pada tahun 1954. Cuma beberapa bulan kemudian, Perancis menghadapi konflik terbaru yang kian ganas dalam jajahan terlamanya, Algeria.

Perdebatan mengenai sama ada terus mengawal atau tidak bumi Algeria yang dijadikan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Eropah, merapuhkan lagi negara dan nyaris mencetuskan perang saudara. Pada tahun 1958, Republik Keempat yang lemah memberi laluan kepada Republik Kelima yang bercirikan kedudukan Presiden yang lebih kukuh. Selaku presiden Republik Kelima,Charles de Gaulle berupaya memastikan perpaduan negara sambil mengambil langkah menamatkan perang. Perang Algeri dan Perang Saudara Perancis-Perancis yang terletus di ibu kotaAlgiers, diakhiri dengan rundingan damai pada tahun 1962 yang membolehkan kemerdekaan Algeria.

Page 3: Negara bangsa Perancis

PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT

Persekutuan ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu kerajaan pusat ("persekutuan"). Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang hanya menyebelahi satu pihak.Bentuk kerajaan atau struktur perlembagaan yang didapati dalam sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme yang juga boleh dianggap sebagai lawan kepada satu sistem lain, iaitu negara unitari. Kerajaan Jerman yang merangkumi 16 länder bersekutu dijadikan satu contoh persekutuan, manakala Austria dan Bundesländernya merupakan negara unitari dengan bahagian pentadbiran yang menjadi bersekutu, sementara Perancis pula merupakan negara unitari sepenuhnya, meskipun entiti subnasionalnya kelihatan serupa dengan negeri-negeri kerajaan persekutuan.Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat

Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas koloniBritish selepas Revolusi Amerikadandeklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776. Pada asalnya, struktur politiknya ialahs e b a g a i   s e b u a h gabungan.   T e t a p i   s e l e p a s   d e b a t   y a n g   l a m a   d a n   t e r b e n t u k n y a Perlembagaan Amerika , koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan Penubuhan negara Amerika Syarikat dengan 13 buah negeri kesatuan di pantai timur menyaksikan ledakan imigrasi penduduk dari Eropah.  Para penduduk Amerika Syarikat yang miskin dan imigran yang tidak berharta ini, memerlukan tanah dan aset untuk meneruskan kehidupan.

Bagi para peniaga, pekilang, pengusaha dan golongan hartawan, mereka memerlukan pasaran untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan.  Perpindahan penduduk Anglo-Saxon akan memberikan keuntungan pada dua pihak yang berlawanan darjat, golongan miskin akan memperolehi tanah atau pekerjaan, manakala golongan pengusaha atau hartawan dapat memasarkan barangan dan perkhidmatan pada penduduk miskin yang akan membuka tanah perladangan.  Manifest Destiny dianggap satu wadah yang amat penting , bagi kewajaran untuk kedua-dua belah pihak memperolehi keuntungan yang bermanfaat.  Pihak kerajaan yang berpusat di Washinton pula akan memperolehi keuntungan dari segi percukaian dan memakmurkan negara Amerika Syarikat.  Perkembangan dan perluasan wilayah adalah sesuatu yang amat penting bagi Amerika Syarikat dalam peringkat masa dari tahun 1845 sehingga 1900, setelah

Page 4: Negara bangsa Perancis

berjaya memperolehi kemerdekaan dan menghalau British sebagai penjajah yang menindas anak-anak jajahan.

Kemelesatan ekonomi pada tahun 1818 dan pada tahun 1850, menjadi punca utama menyebabkan perpindahan penduduk berlaku, tekanan kemelesetan ekonomi dan kehidupan yang kesempitan dari segi kewangan di bandar-bandar utama di pantai timur, menyebabkan perpindahan penduduk berlaku. Kawasan-kawasan yang berlaku perpindahan penduduk di pantai barat tidak memerlukan kawangan yang besar untuk dimiliki, ini menyebabkan tekanan untuk berpindah semakin mendesak dan kerajaan Amerika Syarikat melihat situasi ini akan memberikan keuntungan jangka panjang pada tahun-tahun yang mendatang di benua Amerika Syarikat. 

Kerajaan Amerika Syarikat juga bimbang dengan perluasan kuasa kerajaan British di British North Amerika ( sekarang Kanada) di utara dan berkemungkinan akan menguasai wilayah Oregon dan kawasan Praire yang subur di tengah benua Amerika Utara.  Serangan ke atas wilayah Florida pula dilakukan bagi mengekang penguasaan kerajaan Sepanyol dan berakhir dengan Perjanjian Onis-Adam pada tahun 1819 yang menghasilkan keputusan untuk menyerahkan wilayah Florida pada Amerika Syarikat.  Perpindahan penduduk dan tekanan perniagaan menyebabkan Amerika Syarikat menyerang puak asli Seminole yang bermula dari tahun 1835 sehingga tahun 1865 ( penduduk asli Seminole dipindahkan ke Mississippi dan imigran Anglo-Saxon merampas tanah dan mengusahakan penanaman kapas) yang menyaksikan kekalahan puak asli Seminole di Florida.  Selaras dengan Doktrin Monroe pada tahun 1822 Amerika Syarikat perlu mengelakkan sedaya upayanya agar tiada sebarang kuasa luar, terutamanya dari Eropah untuk menguasai sebahagian wilayah di Amerika Syarikat. Manifest Destiny dianggap penting dalam memperjuangkan kebebasan Amerika Syarikat dari terkepung dengan kuasa-kuasa penjajahan Eropah di benua Amerika.  Amerika Syarikat perlu menafikan kewujudan sebarang kuasa asing yang bakal melemahkan negara demokratik liberal yang baru ditubuhkan, mencegah unsur-unsur pemerintahan monarki beraja atau kerajaan oligarki. 

Manifest Destiny dikaitkan dengan ajaran agama Kristian untuk menghalalkan tindakan peperangan dan perluasan kuasa ke wilayah Florida, Texas dan Alta California dan termasuklah menyerang Mexico City yang menyaksikan Jeneral Santa Anna menyerah kalah pada tahun 1848.  Takdir ketentuan oleh Tuhan dinyatakan sebagai alasan utama dalam Manifest Destiny bagi meluaskan kuasa Amerika Syarikat, ini sebagai alasan yang menasabah untuk menafikan kekejaman dan penjajahan bentuk baru oleh Amerika Syarikat dalam era tahun 1840an sehingga tahun 1900an.  Amerika Syarikat sedaya upaya cuba mengalihkan perhatian agar tidak disamakan sebagai penjajah yang kejam dengan alasan keagamaan dinyatakan sebagai objektif utama perluasan kuasa.  Penyebaran mahzab Protestan dianggap sebagai menafikan golongan gereja di Vatican dan paderi-paderi yang mendominasikan kehidupan di Mexico yang bermahzab Katholik. Kewajaran bagi pembebasan dari belenggu mahzab Katholik yang dianggap punca kemunduran manusia yang merdeka, digunakan sebagai alasan utama mengwajarkan Manifest Destiny. 

Pembukaan jalan-jalan wagon ( kereta kuda) adalah salah satu punca berlakunya penghijrahan dan Manifest Destiny digunakan sebagai alasan yang relevan untuk perluasan wilayah Amerika Syarikat.Jalan dari Santa Fe ke Los Angeles ( California) yang berada di

Page 5: Negara bangsa Perancis

bawah Mexico ketika itu telah dibuka dan laluan perniagaan ke Asia terbuka luas, jalan utama dari Missourri ke Alta California juga merupakan laluan penting ke pantai barat dari negeri-negeri selatan Amerika Syarikat, ini ditambah lagi dengan jalan utama dari utara Amerika Syarikat ke wilayah Oregon dan British Columbia yang sekali lagi membuka jalan ke Lautan Pasifik.  Perjalanan pertama wagon ( first wagon) pada tahun 1831 dari Amerika Syarikat ke pantai timur benua Amerika Utara adalah landasan utama perluasan kuasa Amerika Syarikat dan kebimbangan penguasaan penjajah asing ( Eropah) atau pengisytiharan kemerdekaan oleh para penghijrah di wilayah Oregon atau lain-lain wilayah di pantai barat, menyebabkan Manifest Destiny mempunyai kewajaran untuk dipraktikkan.

KESIMPULAN

 Inilah yang menjadi alasan utama bagi konsep perluasan wilayah dan menjadi kewajaran untuk Manifest Destiny digunakan sepenuhnya bagi dasar luar Amerika Syarikat yang berkaitan dengan penubuhan sebuah negara yang kukuh.  Penubuhan sebuah negara yang akan menggerakkan teknologi dan kemajuan dunia dan menghasilkan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama.