nasihat buat salaf dan khalaf-uzar

Upload: hakim-miswan

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Nasihat Buat Salaf Dan Khalaf-UZAR

    1/5

    NASIHAT BERGUNA BUAT

    SALAFI & KHALAFI MALAYSIA

    ( Diterbitkan oleh METRO AHAD, 24 Dis 06 dengan versi artikel)

    Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

    ( dengan sedikit tambahan)

    SOALAN

    soalan saya ustaz, ilmuan kaum tua dan kaum muda sekarang masih lagi berbeda

    pendapat hatta pada masalah yang furu'. mereka masih berfikiran sempit dan tidakmahu mengambil pengajaran atas dasar taqlid yang pernah dianuti masyarakatislam dahulu. bagaimana ustaz peranan para ilmuan muda ini untuk mendapattempat dalam bidang intelektual sekarang?

    -hidayah-

    JAWAPAN

    Sedar atau tidak sedar, perselisihan dan perbezaan pendapat antara golongan yangmengkaji dan mengamalkan agama Islam di Malaysia menjadi semakin hangat. Ia

    semakin mendapat perhatian ramai apabila muncul di akhir-akhir ini golongankelas pertengahan dari masyarakat yang suka mendapatkan sesuatu hukum besertadengan dalil-dalilnya, tanpa hanya mendengar halal' atau haram' dan kemudianmenurutinya dengan selesa. Dengan pertambahan golongan masyarakat yangsebegini, maka pendapat mazhab Syafie yang sudah biasa didengari dan dikutitanpa banyak soal sejak turun termurun sudah mula dibuka untuk perbandingandengan pandangan-pandangan lain, demi mendapatkan satu hukum yang benar-benar selesa dipegang oleh golongan ini. Secara tidak lansgung, tindakan ini dilihatamat negatif oleh sebilangan golongan dan kelompok masyarakat yang lain, iaitudalam keadaan mereka sudah amat selesa dengan satu pegangan itu sejak sekianlama tiba-tiba muncul perbincangan terhadap pegangannya. Hal seperti ini

    menjadikan perang mulut berlaku dan perdebatan dari jauh' dan dekat juga tidakkurang banyaknya.

    Hasil tinjauan dan pengamatan sederhana saya, mendapati adakalanya perdebatanini bertukar kepada perdebatan sihat kepada yang sebaliknya. Hasil dari itu, sayaingin mengambil peluang di ruang ini bagi berkongsi nasihat yang ebrguna buatsahabat-sahabat dari kedua-dua aliran. Diharap mereka sudi untuk membacanyatanpa prejudis.

    Bagi saya, peranan golongan ilmuan muda hari ini antaranya :-

  • 7/29/2019 Nasihat Buat Salaf Dan Khalaf-UZAR

    2/5

    a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-duakumpulan dengan baik

    b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.

    c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.

    d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benarmewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yangtelah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu',Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-Aziz dan Al-Umm.Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwayang mewakili mazhab Syafie.

    e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama laindan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidakmampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.

    Justeru, eloknya ilmuan muda dan dewasa meneliti di mana punca temu dantembung antara dua aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua merekabertemu dalam banyak perkara, terutamanya, bertemu dalam niat baik yang ingindisumbangkan kepada masyarakat..

    Kaum Mudayang di namakan juga salafi', tajdid', sunnah' atau dicop jugasebagai wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat'dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ;

    iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yangdipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran ataupendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yangdikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yangdijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh RasulullahSAW.

    Kaum Tua atau dikenali sebagai Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhabSyafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannyakurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan carataqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam

    masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyaratyang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalamhingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akanmunculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukandalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satumazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapatulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak alim.

    Niat mereka ini lebih elok jika kita sedari dari asyik berbicara tentang perselisihanmereka. Selain itu, akibat peselisihan yang semakin buruk, muncul tuduhan darikedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin menyesatkan danmemecah belahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara satu sama lainsebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah silap.

  • 7/29/2019 Nasihat Buat Salaf Dan Khalaf-UZAR

    3/5

    Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cumamereka berbeza dalam target bentuk pergerakan, penentuan keutamaan danpendekatan.

    Peranan Penyokong

    Malangnya dengan di'api'kan oleh penyokong masing-masing yang kurang 'ilmu' danpenghayatan, maka pertembungan menjadi serius, titik selisih menjadi utamamenenggelamkan hasrat murni dan titik persamaan. Hinggakan guru-guru keduakumpulan yang pada asalnya cukup lunak dan berbaik, menjadi keras, tuduhmenuduh berlaku, remeh meremeh, balas membalas, lebih amat malangnyabanyak pula si 'guru' yang bertindak balas bukan dalam isu yang sebenar, tapihanya akibat mainan mulut si anak murid atau penyokong yang suka menokoktambah bagi menyedapkan perisa, kononnya orang sana menyebut itu ini.

    Suka saya nasihatkan si murid agar mengingati kembali bab 'An-Namimah' iaitumengadu domba yang amat dicela oleh Islam. Guru mana yang tidak marah'apabila dilaporkan oleh si anak murid bahawa orang sana mengatakannya mengajarajaran yang tidak benar, sesat, hujah cetek, menolak Usul Fiqh, tak mengetahuihadith dan lain-lain. Malah lebih buruk apabila kritikan hujjah merebak kepadakritikan peribadi, rupa wajah dan lain-lain.

    Nabi SAW bersabda :

    Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat al-Bukhari)

    Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram"oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agartidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan,memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik niat baik'kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng.

    Saya kerap berjumpa, pertempuran hujjah si 'guru', tetapi ia sebenarnya adalahhasil 'mulut' si anak murid, maka bertempurlah si 'guru' tanpa fakta yang sebenar

    tentang pihak sebelah sana, amat malang dan membuang masa. Inilah akibatkesimpulan sendiri dari kedua-dua belah pihak, sehingga mengadakan perkara yangtiada.

    Peranan Syaitan

    Dalam keghairahan menegakkan hujjah, pendekatan, keutamaan yang diletak olehkumpulan dan perjuangan masing-masing, ramai yang tidak sedar bahawa Syaitanbertapak semakin hebat dalam diri. Sedarkah kita bahawa Syaitan pastimelontarkan rasa keakuan, ego, sombong, rasa diri alim kerana hujjah mantap?.Ketika itu, secara sedar atau tidak, sekiranya hujjah di pihak lain adalah benarsekalipun , ianya tetap akan dilihat salah, sekaligus menolaknya dengan pantas,sambil merujuk ke guru masing-masing untuk mencari hujjah tambahan.

  • 7/29/2019 Nasihat Buat Salaf Dan Khalaf-UZAR

    4/5

    Kerap juga saya dengari di kalangan penyokong-penyokong ini merujuk kepada gurumereka sambil berkata "Ust , bagaimana saya nak jawab hujjah mereka yang ini,yang itu dan lain-lain" . Sedarkah kita bahawa kemungkinan hujjah itu benar?.Tetapi dalam hal ini, si penyokong seolah-olah sudah pasti ianya salah, cumamereka kurang mahir menacri hujah menolaknya sahaja. Sang guru pula akan rasa

    tercabar apabila hujjahnya dipatahkan lalu dengan begitu bersemangat pulamembawa buah' baru untuk dilontarkan kepada orang sana'.

    Jika ini berlaku, tiada lagi usaha mencari kebenaran tulen, yang ada hanyalahusaha menunjukkan ke'alim'an masing-masing. Adakalanya, belum pun sesuatuhujah orang sana' diamati sehingga habis ayat-ayatnya, telah digelengkan kepala,ditertawakan, diberikan senyuman sumbing tanda hinaan terhadap hujah oranglain.

    Nabi SAW menyebut :

    " Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia" (Riwayat Muslim)

    Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadith di atas :-

    "Rasa ujub' atau keajaiban diri yang menyelubungi individu ketika diseliputinikmat ( termasuk nikmat ilmu)"

    Inilah yang pasti berlaku dalam pertempuran hujjah yang diapikan oleh parapenyokong ini. Perlekehan akan berlaku, lalu timbulah ayat-ayat seperti " tak habismengaji lagi tu" , " hidung masih berhingus nak berhujjah". " ni mesti tak fahambahasa arab dengan baik ni" , "depa ni bukan reti ilmu hadith" dan banyak lagi darikedua-dua belah. Sihatkah ini? Benarkah perjuangan kebenaran yang didokongiatau telah terseleweng sedikit demi sedikit?.

    Semoga Allah memberi rahmat buat kita semua dan mengampunkan saya dalamkesilapan pengamatan saya yang amat sederhana. Maaf buat semua jika iamengguris anda tanpa hak. www.zaharuddin.com

    Izinkan ana memberi sedikit komen berkaitan perdebatan atau polemik antara kaum tua dan kaum muda. jika sekadar

    perbezaan dalam manhaj tafhim fiqah atau khilaf, maka sejak dahulu lagi terdapat perbahasan ilmiah bagi mencari

    kesimpulan atas sesuatu hukum atau nas. manakala suasana pada zaman itu adalah di bawah naungan sistem

    ketuanan Islam (khalifah)serta mengikut adab-adab dalam ikhtilaf. manakala jika terdapatnya banyak pandangan, maka

    Khalifah berkuasa memutuskan satu2 pandangan yang perlu diikuti oleh ummah pada masa itu.

    apa yang membimbangkan adalah terdapat agenda lain di sebalik polemik tersebut yang harus dilihat dari perspektif

    aqidah dan pemikiran Islam.

    manakala suasana sekarang, zuruf atau waqi'nya adalah berbeza. beberapa perbezaan yang ketara adalah :

    1. Ketiadaan System Ketuanan Islam (Khalifah)

    2. Kejahilan Ummat (Bukan Semua)

    3. Kelemahan Ulama (bukan semua)4. Umara Yang Zalim Lagi Fasiq

    5. Kejahilan Mengenai Pokok-Pokok Perundangan Islam Dan Adaabul Ikhtilaf

  • 7/29/2019 Nasihat Buat Salaf Dan Khalaf-UZAR

    5/5

    6. Ancaman Musuh Dalaman : Syaitan

    7. Ancaman Musuh Luaran : Kuffar Amerika Dan Yahudi Serta Qaum Munafiqin & Orientalis

    8. Lain-Lain Factor

    Sebagai para pendakwah, kita haruslah berupaya melihat reality di sebalik polemic tersebut yang kompleks dan berhati-

    hati dalam membuat kesimpulan.

    Merujuk kepada fatwa Dr Yusof Al-Qaradhawi, adalah haram kita membahaskan perkara2 furu dan khilaf sementara

    membiarkan (tidak peduli) akan perkara usul (pokok) seperti aqidah, siyasah dan ibadah.

    Hakikatnya, kita mestilah kembali kepada penghayatan Al-Quran Dan As-Sunnah bagi menyelesaikan masalah umat

    islam. Selain dari itu, kita harus melihat bahawa dalam polemic tersebut, ada aspek yang tidak diberi perhatian iaitu

    serangan kuffar ke atas aqidah dan pemikiran Islam.

    Ia bermula selepas kegagalan perang salib ke atas umat Islam kerana kekuatan aqidah dan naungan dawlah khilafah.

    Maka musuh-musuh Islam merancang untuk melemahkan umat Islam dan menghancurkan dawlah dengan beberapa

    serangan seperti :

    Al-ghazwul fikri & sekularisme

    Golongan wahabi (salafi jadian)

    Serangan budaya

    Serangan fizikal

    Polemic antara kaum muda dan kaum tua juga boleh dilihat sebagai kesinambungan pertembungan antara aqidah haq

    dan bathil. Golongan wahabi mekah yang didokong british dengan berslogankan (kononnya) memerangi bidaah dan

    syirik berusaha menjatuhkan kerajaan Islam Turki yang merupakan Khalifah terakhir umat Islam pada masa itu. Mereka

    bukan sekadar menjadi hamba kuffar Barat pada masa itu, malah sanggup memberontak dan melepaskan diri dari

    umara Muslimin pada masa itu. Selepas itu berdirilah Negara Arab Sawdi yang terus berkiblatkan kepada kuffar

    Amerika syarikat walaupun mereka sering melaungkan slogan tawhid dan bidaah (sebaliknya merekalah yang

    melanggar konsep tawhid dan melakukan bidaah yang besar). Mereka juga menyerang golongan yang berpegang

    kepada ijtihad mazhab dan tasawwuf dengan membidaah dan mentakfirkan umat islam yang lain (tabdie dan takfir).

    Kalau di Negara kita, wahabi perlis mendapat tempat dengan dokongan penguasa (spt shahidan kassim) dan mufti baru

    (asri). Mereka asyik melihat kepada perkara-perkara furu tetapi membiarkan perkara dasar seperti systempemerintahan yang masih secular dan system ekonomi riba dan penindasan ke atas rakyat miskin. Pengkaji melihat

    bahawa pemerintah tempatan membiarkan isu ini bagi menjaga ketentingan mereka (status quo) untuk terus berkuasa.

    Kebenarannya, selepas wahabi (kaum muda) berjaya menjatuhkan ketuanan siyasah umat Islam, maka mereka terus

    mengancam kekauatan umat Islam dengan menyerang pemikiran dan ibadah mereka dengan modal syirik, bidaah dan

    sesat.

    Berdasarkan pandangan ringkas di atas, maka beberapa penyelesaian adalah disyorkan seperti di bawah :

    a) mengajak ummat kembali kepada kefahaman dan perlaksanaan system Islam yang syumul.

    b) Menjajar umat akan adab-adab berselisih faham

    c) Menjelaskan bahawa gejala tabdie dan takfir anjuran pelampau wahabi adalah menyalahi semangat ajaran Islam

    yang suci

    d) Menolah golongan wahabi (bukan salafi) yang menjaja agama atas kepentingan kufar barat dan syaitan.e) Menjelaskan akan bidaah yang sebenarnya iaitu menolak system Islam dan mengekalkan system kufar penjajah

    f) Mengajak umat kembali kepada perpaduan dan mengemblengkan tenaga menolak kepimpinan secular dan

    menggantikan dengan system politik Islam (system Khilafah)

    g) Ulama dan umara Muslimin bersatu memimpin umat ke jalan kebahagiaan berdasrkan ajaran Islam

    h) Lain-lain kaedah yang boleh di putuskan dari masa ke semasa oleh para ulama dan intelek Islam

    Semoga penjelasan ringkas ini memberikan manfaat di dunia dan akhirat. Wallahu alam.