nasihat indah buat diri

14
Nasihat Indah Buat Diri Tidakkah kita sedar, itu tanda cinta dan sayang? Kerna cinta, aku penat keranaMu Ya Allah Tidak teringinkah aku? Aku Juga Punya Cerita Ketika hatimu disentuh Cinta Cinta itu.... Terkadang sangat sulit untuk diterjemah, namun boleh dibuktikan... Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan Kenapa Sombong Dengan Tuhanmu? Saudariku, Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Aurat Kematian..... Aku merenung seorang diri Mohd. Ikram Bin Jabilin

Upload: mohd-ikram-jabilin

Post on 16-Jul-2016

290 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Nasihat Indah Buat Diri

TRANSCRIPT

Page 1: Nasihat Indah Buat Diri

1 | P a g e

Nasihat Indah Buat Diri…

Tidakkah kita sedar, itu tanda cinta dan sayang?

Kerna cinta, aku penat keranaMu Ya Allah

Tidak teringinkah aku?

Aku Juga Punya Cerita

Ketika hatimu disentuh Cinta

Cinta itu.... Terkadang sangat sulit untuk diterjemah, namun boleh dibuktikan...

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Kenapa Sombong Dengan Tuhanmu?

Saudariku, Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Aurat

Kematian..... Aku merenung seorang diri

Mohd. Ikram Bin Jabilin

Page 2: Nasihat Indah Buat Diri

2 | P a g e

Pendahuluan

Bismillahirrahmaanirrahim…

إ ال ح ل ح إ ن ن إ ح ح د ود , ح ح ل ح ل إ د د , ح ح ل ح إ يد د , ح ل ح د د , إ يح د د وإ إ ل إ ن , أح ل د إ

د ح ل إ إ ح ل . أحعل ح اإيح ح ح ي ح اإ , اح د ح اإ ح ح ح د ل إ ل ح ح ل , اح د د إ ن ح ح ن

أح ل ح د د إ ن إاح ح ح أح ل ح أح ل ح د , اح د ح إ ل ح ح ح ل ح د ن أح ن ح وح د اد د عح ل د د د ح ن ح

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan

kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal

perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menye-

satkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya

petunjuk. Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi dengan

benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi

Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

يد ان إ ح أح ح ح ح تنقد آ ح أح ل د ل إ ن تح د تد ن ح ح تدقح تإ إ ح ن ن د ل إ د ح ح

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa

kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama

Islam.” (Ali „Imran: 102)

يل ح ح ح ح ح ح إ ح س ح ل س إ ل ح حقح د ل ان إ وح ن د د تنقد اين اد أح ح ح جح ح إ زح ل

يل د ح ح ح ن ثإ وإجح إ ح ح تنقد ح إ ح ا كح اد ح ان إ ن إ ن ح احول ح اح إ إ تح ح اح

ح قإ عح ح ل د ل كح ح ن وح

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri

yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan dari-pada keduanya Allah

memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada

Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan

(peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan menga-

wasimu.” (An-Nisaa‟: 1)

يد ان إ ح أح ح ح ح تنقد آ ح قد اد ن ح ح ل إ ل أحعل ح اح د ل اح د ل د ل إ ل ح إ قح ل ح

ح د إ إ ح ح ل ود د ح د ل اح د ل وح د اح د ن ز ح زح حقح ل ح ظإ ح ل عح

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan

yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu

dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah

mendapat kemenangan yang besar.” (Al-Ahzaab: 70-71)

Page 3: Nasihat Indah Buat Diri

3 | P a g e

ح ل د أح ن

إ كإ ح اد ال ح إ إ ح ل ح ح إ ن ح ل إ ح ح ل ح , ن د وإ ح ح ن , د ح ن س ح ل د ال

اد

ثح تد ح كد ن , د ل ح ثح س ح عح ة د ل ح كد ن , إ ل عح س ح كد , ح حاح ة إ ل اين وإ إي ح حاح س ح

Amma ba‟du: Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur‟an) dan

sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara

adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama)

adalah bid‟ah, setiap bid‟ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Buku kecil ini merupakan hasil karya yang pada asalnya ditulis di dalam blog penulis sendiri.

Nasihat-nasihat ini pada asalnya adalah ditujukan khusus buat diri penulis yang sering lalai di

dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. Setelah sekian lama, penulis berfikir

untuk mengumpulkan dan menukarkan dalam bentuk e-book agar dapat dikongsikan dengan

lebih meluas bagi mereka yang merasakan adanya manfaat.

Tulisan ini ditulis bukan berdasarkan kaedah sastera tetapi berdasarkan kata hati (apa yang

terlintas ketika itu) dan buah fikiran. Oleh itu, tidak dinafikan akan terdapat kesalahan-

kesalahan tatabahasa dan sebagainya. Jika terdapat hadis-hadis, penulis akan semak

berdasarkan perisian hadis dan jika tidak terjumpa, penulis akan mengikut takhrij hadis laman

web ahli sunah dan meletakkan sumber rujukan. Perlu dikhuatiri amaran Nabi SAW bagi

mereka yang mendustakan perkataan baginda SAW dengan ancaman yang keras:

عح حين كح حاح ح ل أل د ح ح ي قل ح ح د ح ل ح ح ح ن اين وإ إ ل ح"Barangsiapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia menempati tempat duduknya dari

neraka." (Riwayat Muslim)

Gambar-gambar pula penulis perolehi daripada pelbagai sumber di internet. Semoga Allah

memberikan hidayah dan kebaikan kepada yang membuatnya.

Penulis sentiasa insaf bahawa yang memiliki kesempurnaan hanya Allah SWT. Oleh itu,

penulis memohon nasihat-nasihat yang baik daripada para pembaca terhadap karya ini jika

terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan untuk tujuan penambahbaikan. Hanya kepada

Allah kita menyembah dan meminta pertolongan.

Wallahua‟lam.

Penulis

Mohd Ikram Bin Jabilin

Shah Alam, Selangor

28 September 2013

Page 4: Nasihat Indah Buat Diri

4 | P a g e

Tidakkah kita sedar, itu tanda cinta dan sayang?

Terkadang orang marah apabila ditegur,

Ditegur kerana kita nampak dia berbuat maksiat,

Maksiat kepada Allah ditakuti mengundang kemarahan Allah,

Maksiat kepada Allah ditakuti terkena ancaman Allah SWT.

Terkadang orang tidak selesa jika dinasihati,

Dikatakan busy body, “ahhh… sibuk ajaa..”

Tapi sedarkah itu tanda cinta tanda sayang?

Menyingkap satu hadith nabi yang mulia SAW,

"Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya

sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri". [1]

Sedang, antara kebaikan yang paling agung ialah,

Melihat saudaranya sendiri berada di jalan yang lurus..

Aku tidak suka dimurkai Allah,

Aku tidak suka mendapat ancaman neraka Allah,

Demikianlah juga,

Aku tidak suka saudaraku dimurkai Allah,

Aku tidak suka saudaraku mendapat ancaman azab Allah..

Renungkanlah, sukakah kita melihat orang yang dicintai disakiti?

Tidakkah kita sedar, itu tanda cinta dan sayang?

___________________________________________________________________________

Nota Kaki:

[1] Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya

Page 5: Nasihat Indah Buat Diri

5 | P a g e

Kerna cinta, aku penat keranaMu Ya Allah*

Cinta itu penat..

Tanda cinta, sanggup lelah kerananya..

Bayangkan insan yang cintakan harta..

Terkadang, walau sakit sanggup begadang mencari harta...

Semuanya semata kerna cinta...

Hayati pula sang pengekor jawatan..

Lelah berkempen..

Walau bahaya mendatang,

Sanggup diredah kerna cinta...

Lain pula pencinta syahwat..

Tatkala berjauhan, peritnya hati menahan rindu..

Bila bersama, beratnya hati untuk berpisah..

Lelah menahan bebanan hati..

Nah..

Cuba kita ungkapkan pula bagaimana andai cintakan Allah dan Rasul?

Dalam basahnya lisan dan tulisan mengaku cinta....

Sanggupkah berpenat kerananya?

Dunia sangat memenatkan...

Alangkah ruginya jika Allah tak redha ..

Alangkah ruginya jika Allah tak terima ..

Alangkah ruginya..

___________________________________________________________________________

Nota Kaki:

* Diadaptasi daripada tulisan Ustaz Abu Yahya Badrusalam, Cinta itu lelah.

Page 6: Nasihat Indah Buat Diri

6 | P a g e

Tidak teringinkah aku?

Tidak teringinkah aku...

Membuka helaian yang telah lama aku tinggalkan...

Helaian yang menjadi asas kepada perkara yang aku syukuri... [1]

Helaian yang membawa seribu satu kisah...

Helaian yang memberi sinar tatkala kelam...

Helaian yang kalamNya aku yakini...

Aku menyoal diri sendiri...

Sudah berapa lama aku tinggalkan helaian tersebut...

Tidak teringinkah aku membukanya...

Menghayati, memahami, menangisi, menjiwai, meneladani...

Sedang, antara asas perkara yang aku syukuri ada di dalamnya...

Aku syukuri nikmat Iman dan Islam...

Aku menyoal lagi diri sendiri...

Tidak teringinkah aku membuka helaian Al-Quran?

___________________________________________________________________________

Nota Kaki:

[1] Iaitu Islam. Islam itu tertegak dengan Al-Quran dan As-Sunnah

Page 7: Nasihat Indah Buat Diri

7 | P a g e

Aku Juga Punya Cerita

Aku juga punya cerita,

Yang aku lakar pelbagai warna,

Terkadang seindah pelangi,

Kerap kali gelap....kelam... suram... :‟(

Seringkali membelek cerita lampau,

Walau tidak seindah mereka,

Walau tidak dilakar rapi,

Namun, itu cerita aku....

Aku lihat cerita mereka,

Keindahan yang dicemburui,

Seolah pelangi tak pernah pudar,

Punya mentari indah nan dingin...

Walau cerita kita berbeza,

Aku masih mampu tersenyum, :)

Biarlah satu persamaannya,

Biar cerita kita, biar cerita kami, biar cerita anda ........

Mengharap redha Allah, berakhir di wajah Allah ... :‟)

Jangan bersedih, selagi masih ada Allah....

Page 8: Nasihat Indah Buat Diri

8 | P a g e

Ketika hatimu disentuh Cinta

Ketika hatimu disentuh Cinta

Ketika hatimu disentuh cinta...

Bergembiralah andai itu cinta Allah,

Cinta penentu Aqidah,

Cinta pengubat kesedihan,

Cinta sejati kekal selamanya...

Ketika hatimu disentuh cinta...

Tatkala cinta itu cinta dunia,

Berdukacitalah ketika melebihi cinta Allah,

Berdukacitalah ketika mati ditakuti,

Berdukacitalah ketika kaburnya akhirat...

Ketika hatimu disentuh cinta...

Disapa insan tanpa dipaksa,

Peliharalah cinta sebatas syariat,

Peliharalah cinta dengan ketaqwaan,

Peliharalah cinta sesuai sunnah...

InsyaAllah... "Segalanya indah pada saatnya"

Ketika hatimu disentuh cinta...

Buktikan kecintaanmu ....

Andai cinta keada Sang pencipta…

“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah

mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. [1]

…Begitu pula andai cinta kepada si dia…

“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” [2]

Ketika hatimu disentuh cinta...

Biarlah menjadi pemanis iman,

Cinta Allah dan Rasul lebih dari segala,

Cinta insan hanya kerana Allah [3]

Ketika hatimu disentuh cinta.... Jangan bersedih, andai segalanya kerana Allah :')

Wallahua'lam...

___________________________________________________________________________

Nota Kaki:

[1] Ali Imran: 31

[2] Riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih

Sumber hadith: http://drmaza.com/home/?p=1729

[3] "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman:

Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai

seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali kepada

kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka" (Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya)

Page 9: Nasihat Indah Buat Diri

9 | P a g e

Cinta itu.... Terkadang sangat sulit untuk diterjemah, namun

boleh dibuktikan...

Cinta itu...

Terkadang sangat sulit untuk diterjemah,

Semua boleh mengaku cinta,

Aku sendiri boleh mengaku cinta,

Sepasang kekasih boleh mengaku cinta,

Namun...

Cinta perlu dibuktikan,

Sepasang kekasih dengan pelbagai macam ragam,

Semuanya kerana mahu membuktikan kecintaan mereka,

Percayakah mereka jika sekadar mainan di bibir?

Cinta Allah dan Cinta Rasul...

Aku mengaku, "Aku cinta Allah, aku cinta Rasul",

Tapi adakah cukup sekadar pengakuan di mulut?

Sedang, ungkapan cinta itu bukan sekadar manisnya kata-kata di mulut...

Hayati kata-kata Allah SWT...

"Katakanlah,’Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad),

niscaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian" [1]

Pembuktian Cinta Allah ada dengan mengikuti Nabi SAW,

Sangat dusta bagi mereka yang mengaku Cinta Allah,

Tetapi menolak Nabi SAW [2]

Sedang, antara cara pembuktian cinta Rasul, [3]

Taat kepada perintahnya

"Kami dengar, dan kami patuh"

Wahai diri,

Benarkah pengakuanmu selama ini?

Atau hanya sekadar omongan kosong...

Wallahu'alam

___________________________________________________________________________

Nota kaki:

[1] Ali Imran : 31

[2] Rujuk tafsir Ibn Kathir, surah Ali Imran: 31

[3] Untuk lebih info, baca artikel "Bukti Cinta Rasul SAW"

http://www.assalafy.org/mahad/?p=571

Page 10: Nasihat Indah Buat Diri

10 | P a g e

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Terkadang aku lemah,

Jiwa luntur,

Semangat kian pudar,

Tatkala tenggelam dalam ujian,

Jalan dihadapan terasa kelam... gelap,kosong!!

“Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” [1]

Lantas terlintas difikiran kalam yang terindah,

Pengubat jiwa yang lemah... Menerangi jalan yang hampir malap,

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa

hikmah” [2]

Umpama udang disebalik batu,

Bagaikan serampang dua mata,

Disebalik setiap cubaan,

Pasti ada hikmah,

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” [3]

___________________________________________________________________________

Nota kaki:

[1] Ar-Ra'd: 28

[2] Shaad: 27

[3] Alam Nasyroh: 5

Page 11: Nasihat Indah Buat Diri

11 | P a g e

Kenapa Sombong Dengan Tuhanmu?

Bila insan ego terhadap penciptanya,

Kebenaran di depan mata dibakul sampahkan,

Sombong, angkuh, takabur..

Persis Sang Iblis Laknatullah...

Iblis sedar Allah Maha Kuasa,

Iblis sedar Allah yang menciptakannya,

Iblis sedar dia tidak mampu menandingi penciptanya,

Iblis sedar aka n syurga dan neraka,

Iblis sedar segala-galanya...

Namun...

Ego, takabur, angkuh meranap segala,

"Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis;

ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" [1]

“Saya lebih baik daripadanya,

Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. [2]

Wahai diri...

Ambillah iktibar dari Al-Quran,

Ambillah iktibar yang Allah kisahkan,

Ambillah iktibar kekafiran Iblis,

Sombong itu menolak kebenaran... [3]

Tahu tetapi angkuh,

Tahu tetapi sombong,

Tahu tetapi ego,

Siapa kita untuk angkuh terhadap yang Maha Kuasa?

___________________________________________________________________________

Nota kaki:

[1] Al-Baqarah: 34

[2] Al-A‟raaf: 12

[3] “Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar

biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai

baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan

menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“

(HR. Muslim no. 91)

Page 12: Nasihat Indah Buat Diri

12 | P a g e

Saudariku, Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Aurat?

Saudariku...

Apa yang menghalangimu untuk menutup aurat?

Ketahuilah, sesungguhnya perintah ini datang daripada Rabmu,[1]

Allah, tuhan yang menciptakan dirimu.

Allah, tuhan yang memberikanmu segala macam rezeki,

Allah, tuhan yang hanya Dia yang layak disembah.

Saudariku...

Apa yang menghalangimu untuk menutup aurat?

Tidak pantas bagi seorang yang mengaku muslim menafikan perintah Allah, [2]

Tanda hamba menyembah tuannya,

Lupakah wahai ukhti, sebahagian janjimu semasa bersyahadah?

"Tidak ada Tuhan yang layak diibadahi dengan sebenar-benarnya melainkan Allah?"

Saudariku...

Apa yang menghalangimu untuk menutup aurat?

Ketahuilah, semua perintah Allah SWT adalah untuk kebaikan hambaNya,

Tidaklah Dia ingin menyusahkan hambaNya, tidak sama sekali wahai saudariku,[3]

Walau seribu hikmah tidak ditemui, tidak bermakna ia sia-sia,

Sudah dimaklumi, sang Pencipta mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaannya.

Saudariku...

Apa yang menghalangimu untuk menutup aurat?

Ketahuilah, mata ajnabi yang menatap susuk tubuhmu,

Adalah tatapan yang penuh nafsu,

Hanya keimanan yang dapat membentengi mereka daripada merosakkanmu,

Jagalah dirimu wahai saudariku.

Saudariku...

Apa yang menghalangimu untuk menutup aurat?

Menutup aurat tanda kesopanan, bukan penyiksaan,

Menutup aurat adalah kemuliaanmu, bukan kongkongan,

Ketahuilah, Islam agama yang Indah,

Menjaga penganutnya daripada terjerumus kedalam kerosakan.

Sedarilah, insafilah, hargailah, syukurilah keimanan ini.

___________________________________________________________________________

Nota kaki:

[1] Perintah menutup aurat

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan

kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)

nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan

janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau

ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau

Page 13: Nasihat Indah Buat Diri

13 | P a g e

saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-

putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka

miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)

atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka

memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah

kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

(An-Nur: 31)

[2] Orang beriman itu dengar dan taat

Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-

Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar,

dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(An-Nur: 51)

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang

mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi

mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan

Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.

(Al-Ahzab: 36)

[3] Islam itu mudah

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Al-Baqarah: 286)

“...Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...”

(Al-Baqarah: 185)

“...Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan

menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.”

(Al-Maa-idah: 6)

“... Dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama ...”

(Al-Hajj: 78)

Page 14: Nasihat Indah Buat Diri

14 | P a g e

Kematian..... Aku merenung seorang diri

Kematian..... Aku merenung seorang diri

Sesuatu yang pasti berlaku,

Terkadang yang tua akan pergi dulu,

Sedang tidak pula yang muda akan hidup lama,

Hakikat yang maklum bagi yang bergelar makhluk..

Kematian..... Aku merenung seorang diri

Hari ini baru bertemu dengan si dia,

Esok mungkn bertemu lagi,

Atau mungkin tidak bertemu lagi,

Malah mungkin sesaat lagi,

Atau aku yang pergi dahulu,

Pelik bukan?

Kematian..... Aku merenung seorang diri

Aku merenung kehidupan dunia,

Takut, risau, gementar, bagaimana agaknya di alam lain,

Tatkala jasad sudah tidak bernyawa,

Mata tidak lagi terbuka,

Apa yang akan dirasakan oleh diri ketika itu,

Kematian..... Aku merenung seorang diri

Bersediakah diri?

Tarikh, masa tidak diketahui,

Terlintas fikiran akan kematian,

Mulut lantas beristighfar,

Takut, risau, diri banyak dosa,

Takut, risau, diri tidak sempat bertaubat,

Kematian..... Aku merenung seorang diri

Insan Soleh pasti merindui untuk berjumpa denganMu, Ya Allah,

Tapi, siapalah diri ini,

Hanya insan yang sering tersilap,

Yang sering menagih, mengharap keampunanMu

Kematian..... Aku merenung lagi...