nabi yunus dan ikan paus

Upload: akocuba2

Post on 30-May-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Nabi Yunus Dan Ikan Paus

    1/2

    Nabi Yunus dan ikan paus.

    Bertahun-tahun lamanya Nabi Yunus a.s menyeru kaumnya agar menyembah Allah s.w.t..

    Tetapi, tidak ada seorang pun yang mempedulikan seruannya itu. Sebaliknya, kaumnya

    itu terus menyembah berhala bagi meneruskan tradisi nenek moyang mereka. Sebagaimanusia biasa, kesabaran Nabi Yunus ada batasnya. Baginda berasa amat marah dengan

    sikap tidak ambil peduli kaumnya itu dan memutuskan untuk meninggalkan negeri

    tersebut.Sebelum meninggalkan kampong halamannya, Nabi Yunus a.s. sempat

    menyampaikan peringatan terakhir kepada kaumnya. Dengan perasaan sedih,kecewa dan

    putus asa, baginda mengingatkan tentang balasan Allah yang akan menimpa kaumnyananti.

    Nabi Yunus a.s. membawa diri sehinggalah baginda tiba di sebuah pelabuhan dan

    menumpang sebuah kapal yang sedang bersiap sedia hendak belayar. Malangnya, kapal

    yang baginda tumpangi itu sarat dengan penumpang dan barang-barang. Setibanya di

    tengah lautan, laut bergelora. Kapal itu hilang keseimbangan. Lalu, terumbang-ambingdilambung ombak yang ganas.

    Untuk menyelamatkan kapal dan juga para penumpangnya, nakhoda kapal terpaksamembuat keputusan untuk mengurangkan muatan kapal tersebut. Maka, beliau pun

    mengarahkan agar kesemua muatan barang-barang dibuang ke dalam laut.

    Akan tetapi, walaupun kesemua barang telah dibuang, namun kapal masih jugatidak seimbang. Sekali lagi nakhoda terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan kapal

    itu. Dengan hati yang amat berat, beliau membuat undi untuk membuang sebahagian

    penumpang ke dalam laut.Takdir Allah s.w.t. telah menentukan segalanya. Nabi Yunus a.s. termasuk dalam

    senarai orang-orang yang akan dicampak ke laut. Pada masa itu barulah Nabi Yunus sedar

    bahawa Allah sebenarnya telah murka kepada baginda, akibat perbuatan bagindameninggalkan kaum dan negerinya. Maka dengan hati yang pasrah Nabi Yunus menerimakeputusan nakhoda itu. Semasa Nabi Yunus hendak dicampak ke dalam laut, Allah telah

    memerintahkan seekor ikan paus yang besar agar menelan tubuh Nabi Yunus.

    Nabi Yunus a.s. terselamat didalam perut kan paus yang sangat gelap. Dalamkeadaan sedemikian itu, tidak ada apa yang boleh dilakukannya kecuali menyesali atas

    segala perbuatannya. Setiap masa baginda memohon keampunan daripada Allah s.w.t.

    sambil mengulang-ulangi doa berikut sepanjang masa;Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya

    adalah aku dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri).

    Allah yang Maha Pengampun mendengar doa Nabi Yunus itu. Lalu, Allah

    mengeluarkan baginda dari dalam perut ikan paus. Baginda didamparkan oleh ikan pauske sebuah pulau. Keadaan baginda pada masa itu sangat lemah. Maka Allah s.w.t.

    menumbuhkan sejenis tumbuhan di pantai pulau itu untuk memulihkan kekuatan baginda

    sehingga kembali sihat seperti sedia kala.Setelah itu, Allah s.w.t. memerintah agar Nabi Yunus berdakwah ke negeri yang

    penduduknya hampir seratus ribu orang. Mereka semua menerima dakwah Nabi Yunus

    dengan hati yang terbuka dan beriman kepada ajaran tauhid yang dibawa oleh baginda.

  • 8/14/2019 Nabi Yunus Dan Ikan Paus

    2/2