nabi nuh, sumeria dan austronesia

Upload: effandi-abu-bakar

Post on 14-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    1/16

    NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA.

    Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kitaakan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria

    dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita

    bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkajibarat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.

    http://1.bp.blogspot.com/-W0DjsyXULhg/UY8_xOZ4fuI/AAAAAAAAA6g/ji1q11A3qIo/s1600/sumeri14.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    2/16

    Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Austronesia

    dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau Theologi,kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang

    menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata.

    Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudahtentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk

    mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

    Seperti yang dikaji ahli sejarah diperkirakan bahawa zaman gangsa dimulai sekitar

    5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi salah satu tonggak sejarah terpenting

    dalam bidang pembuatan logam. Gangsa dipebuat dari peleburan yang kompleksdari tembaga dan timah dan masih di keluarkan hingga sekarang. Di

    kawasanMediteranian logam timah adalah sangat kurang, ini berbeza dengan AsiaTimur dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik

    dari zaman kuno hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantarakawasan Nusantara dan Asia Barat sangat penting pada zaman purba. Tetapi pada

    saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan Austronesiake dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih di dalam

    bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM. Bangsa Pheoniciaternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal

    lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhanNusantara itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk

    pengubatan.

    Kerana zaman keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-

    pedagang dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusanbeberapa ribu tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh

    orang Sumer dan Pheonicia. Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal

    peradaban ini menandakan mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atausetidaknya satu bahasa lingua franca yang difahami bersama .Orang Sumeria

    http://1.bp.blogspot.com/-yjDrimQZMeU/UY89GK8_lxI/AAAAAAAAA50/wXxD2f-sys8/s1600/imagesCAK8RVEY.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    3/16

    sering menyebut orang-orang laut dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan

    dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku atau Malayu/Malaka?).

    Hubungan ini wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato

    menulis bahawa di awal kehidupan, ada dua komuniti yang berbeza

    yang dibaratkan sebagai gembala dan pelaut. Kanaan(Pheonicia) dan Sumeriaadalah bangsa pelaut berorientasikan hilir sekaligus merupakan pembina kota-kotapelabuhan pertama di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang sama

    dengan pelaut-pelaut ulung Austronesia.

    Sumeria merupakan peradaban tertua di dunia termasuk yang pertamamenyumbangkan ilmu-ilmu peradaban seperti; penulisan, irigasi, undang-undang,

    agama, ilmu-ilmu sains (aritmatik, geometri, kalender, senibina), dan sebagainya.Kota-kota Sumeria adalah yang pertama mempunyai sistem pertanian yang

    sistematik sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai

    sejak 3500 SM. Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetapterpelihara hingga era Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah danMediteranian, dan memberi sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan

    Yahudi. Misalnya, dua dari empat sungai taman Eden dalam kitab mereka bernamaTigris dan Euphrates.

    Selain itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraanAkkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal

    yang datang dari laut-laut jauh yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha.

    Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagibahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul

    Malayo-Polinesia. Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak diLuzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan

    http://3.bp.blogspot.com/-XJ9baLqZlEY/UY89N94Xt_I/AAAAAAAAA58/jUB4MOPh4Hg/s1600/sumariangiants.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    4/16

    linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk

    kepada sungai Tigris.

    Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-

    ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun'(

    Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungaiFurat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman denganperkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu

    saya manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME. Di bawah saya

    sertakan sebuah jadual berserta dengan perbandingan diantara bahasa Sumeria

    dengan bahasa Melayu. Saya hanya menyediakan 7 persamaan sahaja sedangkanada berpuluh lagi persamaan yang boleh kita jumpa. Melalui jadual ini kita dapat

    lihat betapa dekatnya persamaan tersebut.

    MELAYU SUMERIA

    AKU GU

    KAMI ME

    SIAPA? ABA?

    AYAH

    AYA

    INI NE

    ORANG UR

    PANAH PANA

    Selain itu bahasa Sumeria tidak sama dengan rumpun Indo-Eropah atau Afro-Asiatik (Mesir, Berber, Semit, dsb) yang terdapat di sekelilingnya, seolah-olah ia

    bahasa asing yang terpulau. Meskipun sudah lama pupus, Paul Kekai Manansala,menjumpai banyak kata-kata Sumer di dalam rumpun Austrik (Asia Tenggara,

    Asia Selatan, Oceania termasuk bahasa Melayu) . Apatah lagi di samping cengkih,

  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    5/16

    Sumer juga menggunakan kerbau Asia, berkemungkinan kerbau ini berasal dari

    jenis Asia Tenggara (kerbau bubalus bubalis carabanesis), seperti yang terlihatpada sigil Sumerian abad ke-3 SM.

    Mungkin ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh

    Nusantara. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara terutama

    Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalamsenibina rumah atau bangunan yang dibina mereka. Anda tidak percaya? Sebagai

    contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan.Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati.

    Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung sepertiMinangkabau. Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun

    atap melengkung indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan.

    Bentuk rumah dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau

    kapal. Model atap tersebut menggambarkan perahu yang digunakan PuangBuralangi pada masa berlayar ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologiToraja, Puang Buralangi adalah manusia pertama yang diciptakan Tuhan.

    http://1.bp.blogspot.com/-h2vFY6COzZE/UY8_mCsN46I/AAAAAAAAA6Q/7hFBOpQ6ku0/s1600/rumah%20adat%20batak.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-b6KnkDMc2UQ/UY88UHlAY8I/AAAAAAAAA4U/MKxC-JP_FOk/s1600/13517242681526266744.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-h2vFY6COzZE/UY8_mCsN46I/AAAAAAAAA6Q/7hFBOpQ6ku0/s1600/rumah%20adat%20batak.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-b6KnkDMc2UQ/UY88UHlAY8I/AAAAAAAAA4U/MKxC-JP_FOk/s1600/13517242681526266744.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    6/16

    Buralangi diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan didaerah yang disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana.

    Pongko itu berada di daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap keutara. Tidak ada kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya

    China, Wallahhualam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjirbesar yang meneggelamkan daerahnya. "Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi

    menggunakan perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan

    dalam bentuk atap rumah.

    Kemegahan rumah Nias ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.

    Terdapatnya versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh

    Stephen Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in theEast: Benua yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk

    dibincangkan. Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-

    http://2.bp.blogspot.com/-UsR1OUoUaAE/UY8_oyquNxI/AAAAAAAAA6Y/zU6wiQVL_JY/s1600/r-adat-nisel.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-heiD90wYOoM/UY8_gy_csnI/AAAAAAAAA6I/GspZGZbrJew/s1600/rumah-tongkonan-tana-toraja2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-UsR1OUoUaAE/UY8_oyquNxI/AAAAAAAAA6Y/zU6wiQVL_JY/s1600/r-adat-nisel.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-heiD90wYOoM/UY8_gy_csnI/AAAAAAAAA6I/GspZGZbrJew/s1600/rumah-tongkonan-tana-toraja2.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    7/16

    paut dengan masa lalu sejarah kita yang misterius ini. "Karakter khas mitologi di

    kawasan Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita banjir," kataOppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini sangat penting kerana

    ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus kita baca dan faham

    jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Nusantara. Kisah banjir ini yangmenjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban tertua di dunia berasal

    dari kawasan Nusantara, terutama dari wilayah Pentas Sunda, yang sekarang sudahtenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan. Bukti lain yang digunakan

    Oppenheimer adalah pemetaan genetik.

    Pentas Sunda atau Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayahIndonesia dan Malaysia sekarang. Sebelum dipisahkan oleh laut kerana Zaman Ais

    berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo masihmenyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan

    wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belumtenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari

    ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan palingtua di dunia. "Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh

    melakukannya," kata Oppenheimer.

    Apabila Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula

    berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke

    seluruh dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnyasampai Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan

    melalui Selat Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalankaki, tidak perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab

    itulah peradaban Sumeria, 5.000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban

    orang-orang bertutur bahasa Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup

    bahasa-bahasa di Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara. Selama ini ahli sejarahmenyatakan di Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik

    ketenteraan sudah cukup maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atauCity -state. Roda, adalah salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di

    dunia, juga sudah diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pundigunakan, iaitu dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.

    Namun apa yang lebih memeranjatkan, Oppenheimer melihat beberapa penemuan

    dari Sumeria menunjukkan adanya persamaan dengan kebudayaan atau teknologimasyarakat Austronesia. Persamaan benda-benda Neolitik yang muncul di Asia

    Tenggara dan Mesopotamia sekitar 7.500 tahun lalu juga menjadi salah satu bukti.

    Tembikar yang ditemukan di Ur, yakni salah satu kota tua Sumeria, menunjukkanbeberapa persamaan dengan tembikar kelompok masyarakat Austronesia di Asia

  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    8/16

    Tenggara seperti penggunaan cat warna merah. Begitu juga, dengan penemuan

    patung-patung dengan cacah atau tato yang mirip dengan cacah kita. Seni membuatcacah alias tato itu adalah ciri-ciri khas Austronesia. Tidak hanya teknologi yang

    disebarkan para penduduk Nusantara ribuan tahun silam ke berbagai penjuru dunia,

    tetapi juga mitologi kisah banjir. Sebagai contoh Epik Gilgamesh, iaitu kisah banjirbesar Sumeria yang memiliki pesramaan dengan banjir Nuh, menurut

    Oppenheimer, bertitik-bertolak dari kisah tenggelamnya Dataran Sunda di wilayahNusantara dahulu kala.

    Sejak dua abad yang lalu, cerita banjir Nabi Nuh adalah satu-satunya legenda

    tentang banjir besar yang dikenali dunia mutakhir. Munculnya mitologi banjir

    besar, yang sebahagian kisahnya sangat mirip kisah Nabi Nuh, dalam duniamoden apabila tablet-tablet tulisan huruf paku, semacam buku dari kerajaan

    Sumeria, ditemukan di Irak oleh Hormuzd Rassam pada 1853. Tablet-tablet itupertama kali diterjemahkan oleh arkeologis Inggeris, George Smith, pada awal

    1870. Tablet itu berisi kisah Gilgamesh, seorang Raja Sumeria. Dalam cerita itu,

    Gilgamesh bertemu dengan Utnapishtim di negeri timur yang mengakutelah selamat dari banjir besar yang melanda negerinya kerana dia sempat

    naik perahu besar. Dalam perahu itu, ia membawa semua benih yang bolehditanam. Setelah beberapa hari, ia melepaskan burung untuk mengetahui apakah

    sudah nampak ada daratan. Arkeologis Inggeris lain, seperti Sir Leonard Woolley,

    pada 1929, menyimpulkan bahawa kisah Utnapishtim dan banjir Nuh itu adalah

    sama. Namun hanya Allah yang lebih mengetahui samaada kisah itu dan orang itu

    adalah sama seperti yang dikhabarkan dari al Quran.

    http://2.bp.blogspot.com/-htiDp1EC4DI/UY89AA2rWjI/AAAAAAAAA5s/iqeePa24aWo/s1600/sumerian+pottery.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    9/16

    Tetapi tidak boleh tidak kita juga harus mengikuti perkembangan jumpaan buktisemasa. Dalam pengkajian dan pencarian akan Bahtera Nabi Nuh, saya yakin dunia

    telah mengiktiraf bahawa bahtera yang dijumpai di puncak gunung Ararat adalah

    bahtera Nuh yang asli. Jikalaupun ia bukan bahtera Nuh, kita juga mendapatkepastian bahawa sememangnya pernah berlaku suatu banjir yang maha besarsuatu ketika dahulu, yang dapat menjelaskan mengapa boleh ada kapal purba diatas

    puncak gunung. Jika benar bahawa bahtera tersebut adalah bahtera Nabi Allah Nuhmaka kita makin dekat dengan konklusi bahawa Nabi Nuh sebenarnya berasal

    dari tamadun Pentas Sunda yang telah tenggelam! Mengapa saya berkatasedemikian? Adakah saya naik kerasukan? Oh...tidak anda jangan terburu-buru

    kerana masih banyak yang harus kita bincangkan, jangan lari, saya bukan gilaisim...:)

    http://1.bp.blogspot.com/-RFNjx5IRApg/UY88rCrS59I/AAAAAAAAA5E/yyamN-ZKFLE/s1600/gilgamesh1.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    10/16

    Sebenarnya para pembaca sekalian baru-baru ini (2010), gabungan pengkaji

    arkeologi dan antropologi dari dua negara, iaitu China dan Turki, seramai 15

    orang, yang juga merakam filem dokumentari tentang tapak kapal Nabi Nuh ASitu, telah menemukan bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil

    berupa serpihan kayu kapal, dan paku.

    Hasil kajian makmal NoahsArkMinistriesInternational, China-Turki, setelah

    melakukan ujian material fosil kayu oleh ahli tanaman purba, menunjukan bukti

    yang amat-amat mengejutkan, yakni fosil kayu Kapal Nabi NuhAS sebenarnya berasal dari kayu jati yang ada di Pulau Jawa!

    Saintis China ini menemukan bukti yang memeranjatkan dunia Arkeologi!

    Mereka telah meneliti ratusan sample kayu purba dari berbagai negara, danmemastikan, bahawa fosil kayu jati yang berasal dari kawasan Jawa Timur dan

    Jawa Tengah 100 peratus tepat dengan sample fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS.Mereka meyakini 99 peratus, bahwa tapak kapal di Gunung Ararat, Turki adalah

    merupakan fosil Kapal Nuh yang ribuan tahun lalu terdampar di puncak gunung

    http://1.bp.blogspot.com/-JaRJmZK3EZ0/UY882qhTN1I/AAAAAAAAA5c/Zevp1_qoGT0/s1600/kapal-perahu-nabi-nuh-2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-nJt8NRThE98/UY8856oGQeI/AAAAAAAAA5k/Nice6XS9YrQ/s1600/kapal-perahu-nabi-nuh-25+(1).pnghttp://1.bp.blogspot.com/-JaRJmZK3EZ0/UY882qhTN1I/AAAAAAAAA5c/Zevp1_qoGT0/s1600/kapal-perahu-nabi-nuh-2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-nJt8NRThE98/UY8856oGQeI/AAAAAAAAA5k/Nice6XS9YrQ/s1600/kapal-perahu-nabi-nuh-25+(1).png
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    11/16

    itu, setelah banjir besar menenggelamkan dunia dalam peristiwa mencairnya glisier

    di kedua-dua kutub. Daripada kajian ini maka jelas kepada kita bahawa misteridunia dan rahsia Allah itu tidak semudah yang kita sangka. Rupa-rupanya ada

    sebab mengapa Allah swt menempatkan umat Islam teramai di duniadi

    Kawasan Nusantara! Rupanya tanah bertuah ini adalah tanah para Nabi sebelumkewujudan Bani Israel. Samaada hipotesis saya ini benar atau tidak hanya Allah

    yang maha mengetahui.

    Inilah pohon kayu Jati yang terkenal di Nusantara.

    Namun kisah ini tidak berakhir disitu. Berbalik kepada topik banjir besar, yanglebih memeranjatkan lagi bahawa kisah Utnapishtim atau banjir Nuh ini bukanlah

    satu-satunya kisah tentang air bah besar. Beberapa kisah yang serupa mulai ter-identifikasi di seluruh dunia dan ini memeranjatkan para sejarawan. Ini semua

    dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Nabi Nuh mungkin berasal dari Nusantara.

    Di Wales misalnya, sebuah negeri kecil yang pemerintahannya menyatu denganEngland ada kisah mengenai tasik Llion yang menyembur dan membanjirkan

    seluruh daratan kecuali Dwyfan dan Dwyfach. Mereka selamat dengan kapal tanpatiang dan kembali mendiami Pulau Pridain (Britania). Kapal itu berisi sepasang

    binatang dari setiap makhlukyang hidup.

    Di Tahiti, misalnya, ada kisah banjir setinggi gunung, selama sepuluh hari. Apa

    yang jelas ia bukan tsunami, yang mungkin sudah dikenali di daerah itu, keranalamanya sampai 10 hari. Manakala suku Ami, salah satu suku pribumi di Taiwan,memiliki ciri yang sama dengan dongeng di Tibet-Burma dan Austro-Asiatik di

    India Timur. Kisahnya tentang banjir yang singkat, menyelamatkan diri dengan

    kotak kayu, mendarat di gunung, dan pembiakan orang yang selamat. Tetapi ada

    sesuatu yang merunsingkan saya, Ianya adalah mengenai asal usul-Nabi Nuh itusendiri. Seperti yang anda tahu perbincangan ini adalah untuk mencari titik mula

    http://3.bp.blogspot.com/-6aLm-ezoe9k/UY88cW3tQGI/AAAAAAAAA4k/j8I-kL-ZFgM/s1600/hutan-jati-hijau.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    12/16

    perkaitan diantara Orang Sumeria dengan Nusantara. Persoalannya disini sama ada

    benar ataupun tidak Nabi Nuh itu rumpun Austronesia? Jika benar maka misteripersamaan bahasa diantara Sumeria dan Nusantara Austronesia telah terjawab.

    Mereka adalah daripada Induk bangsa yang sama.

    Para jiggers dan readers sekalian, sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawaSumeria mempunyai satu lagenda mengenai kedatangan seorang penditaberbentuk makhluk dua alam dari timur. Makluk ini jika dilihat pada Plate-

    plate tinggalan mereka ianya berbentuk seakan-akan reptilian seperti biawak

    atau ikan serta burung, namun sejak kali pertama saya melihatnya saya percaya

    ianya adalah NAGA!Menurut riwayat pendita ini datang dari arah laut di timurdengan berenang dari lautan Hindi. Dalam lagenda mereka juga pendeta ini

    dikatakan pendatang dari Dilmun atau Eden yakni tanah bertuah ini bertujuanuntuk mengajar sesuatu ilmu spritual kepada orang-orang Sumer. Dalam legenda

    Babilon, kedatangan imigran Nusantara dirakam dalam kisah tujuh orang penditayang datang dari laut (Timur) membawa berbagai pengetahuan baru. Kisah seperti

    ini juga terdapat di Hindukush (pusat peradaban Indus kuno) dan dimuatdalam Buku Kematian Mesir kuno.Seperti yang telah saya paparkan sebelum iniOppenheimer telah memberikan satu senarai yang panjang mengenai mitos-mitosmasyarakat Mesopotamia dan Asia Barat secara umumnya yang dipercayai berasal

    dari Asia Tenggara atau Nusantara.

    Pendita dari timur ini bernama Annunaki!

    http://1.bp.blogspot.com/-N5-SOhD2uUM/UY88uYwQqHI/AAAAAAAAA5M/k_45KAPVOQ4/s1600/anunnaki.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    13/16

    Dalam lagenda ini juga pendatang dari timur ini sering digambarkan sebagai

    sesuatu yang baik dan positif namun ada juga gambaran yang negatif. Menurutpengkaji, terdapatnya konflik yang wujud diantara dua kelompok pendatang yang

    singgah di Sumeria ini. Dalam the Book of Enoch, dua kelompok pendatang dari

    timur ini dikatakan telah berperang sesama mereka. Sebagai contohnya dalamtradisi lagenda masyarakat Yahudi pertelingkahan berlaku kerana faktor perebutan

    hak perdagangan dan perniagaan yang tidak jujur. Hal ini menunjukkan bahawapendita dari timur ini juga turut memperkenalkan konsep perdagangan dan

    perniagaan kepada mereka.

    Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan siput cowry dan lingkaran siput

    yang dikerat sebagai matawang Sumeria awal sepertimana yang digunakan

    oleh masyarakat Austronesia. Apa yang lebih mengejutkan ialah cara ia

    digunakan juga sama dengan orang Austronesia iaitu ianya ditebuk lubang dandijadikan sebagai rantai atau gelang untuk dibawa ketika membeli. Persamaan ini

    tidak boleh dikatakan sebagai kebetulan kerana bangsa lain di sekitar Mesopotamia

    tidak mempunyai matawang seperti itu. Sehingga sekarang para pengkaji masih

    bingung apakah barangan yang didagangkan orang Sumer dengan Dilmun.Namun produk kayu atau balakadalah salah satu komoditi yang dapat

    dipastikan.

    http://4.bp.blogspot.com/-Uzt3nghLJH8/UY88iI768WI/AAAAAAAAA40/XPWBKhrEnAQ/s1600/cowrie-shell-1827-p.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    14/16

    Siput yang dikerat hujungnya.

    Dalam catatan Yahudi kuno ada menyatakan tentang hubungan perdagangandiantara para pedagang Pheonicia yang membawa kayu dinamakan Almug dari

    sebuah tempat yang jauh ketimur. Menurut catatan itu lagi perjalanan untuk sampaike tempat tersebut mengambil masa selama tiga tahun dengan menaiki kapal.

    Para pengkaji moden telah cuba mencari jawapan apakah yang dimaksudkan

    dengan kayu Almug tersebut dan kebanyakan dari mereka mengatakan iaadalah kayu Jati atau Gaharu atau mana-mana jenis kayu wangi yang lain

    yang berasal dari kawasan tropika. Perdagangan kayu-kayuan ini berkemungkinan

    besar adalah permulaan kepada munculnya perdagangan rempah ratus dari timur.Apa yang pasti dalam banyak petitih-petitih kuno Asia Barat, Dilmun digambarkan

    sebagai sebuah tempat yang penuh dengan kayu-kayu wangi dandinamakan The Land of Aromatics.

    http://1.bp.blogspot.com/-inGaBj3ML2c/UY88eNh_A7I/AAAAAAAAA4s/cL3PBr23R5M/s1600/Fine%20Ancient%20Solomon%20Islands%20Shell%20Money%201.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-jnwxqL7mQXE/UY88aAuvhGI/AAAAAAAAA4c/yxGM8LsuLbc/s1600/D8A9729.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-inGaBj3ML2c/UY88eNh_A7I/AAAAAAAAA4s/cL3PBr23R5M/s1600/Fine%20Ancient%20Solomon%20Islands%20Shell%20Money%201.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-jnwxqL7mQXE/UY88aAuvhGI/AAAAAAAAA4c/yxGM8LsuLbc/s1600/D8A9729.jpg
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    15/16

    Dari sudut keagamaan pula, dalam masyarakat Polinesia, dewi bulan mereka

    dinamakan sebagai Ina atau dalam bahasa Samoa Hina dan Hawai sebagai

    Wahine. Perkataan wanita dan betina juga dikatakan berasal daripada nama ini.

    Apa yang menarik adalah, dalam masyarakat Sumeria Inana merupakan nama bagi

    dewa bulan mereka! Hal ini menunjukkan wujud persamaan yang amat ketara.Tablet yang bertulis nama inana ini ditemui arkeologis dan dipercayai berumur

    lebih 10 ribu tahun. Malah bukan itu sahaja. Kebanyakan daripada mitos kedewaandan nama-nama dewa masyarakat Sumeria adalah mempunyai persamaan dengan

    nama-nama dan kisah dewa dewi orang Polinesia.

    Dewi Innana.

    Sepertimana orang-orang Sumeria yang sangat mahir dalam ilmu cerap bintang,

    konsep ilmu ini juga adalah sama dikalangan masyarakat Polinesia. Hal ini amat

    memeranjatkan para pengkaji barat. Ini mengukuhkan lagi teori bahawa orangNusantara termasuk Polinesia adalah pembawa tamadun kuno ke Sumeria.

    Perhubungan diantara Sumeria dan Nusantara ini sudah pasti berlansung dalamjangka waktu yang amat lama sehinggakan terdapatnya kesan-kesan yang dalam

    diantara kedua-dua bangsa ini seperti kewujudan patung orang Sumeria di Candipenataran dan kewujudan persamaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Sumeria.

    http://1.bp.blogspot.com/-V7fO8PirO6s/UY88oSAOY8I/AAAAAAAAA48/EicF3NhBtR8/s1600/goddess-lg.gif
  • 7/30/2019 NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA

    16/16

    Selain daripada bukti-bukti, keagamaan dan mitos serta kebudayaan terdapat juga

    bukti dari segi anthropologi dan genetic. Saintis yang telah membuat kajianmengenai rangka dan tengkorak orang Sumeria dikatakan bahawa mereka

    mempunyai dahi yang agak luas, tulang hidung yang lebar dan besar serta struktur

    bibir bawah yang tebal. Ciri-ciri ini dikelasifikasikan mereka berada dalamgolongan Astroloid yakni sama seperti tengkorak orang-orang Austrik dan

    Austronesia.

    Nah, saudara pembaca yang budiman sekalian. Daripada perbincangan yang saya

    bentangkan ini maka ada beberapa perkara pokok yang tidak harus kita terlepas

    pandang. Yang pertama adalah adanya hubungan dagang diantara masyarakatNusantara dengan Sumeria sejak awal tamadun itu berasas lagi. Yang kedua adalah

    terdapatnya bukti-bukti yang menyokong bahawa permulaan tamadun selepasbanjir berkemungkinan besar bermula di Nusantara. Hal ini diperkukuhkan dengan

    penemuan penggunaan kayu jati dari Jawa dalam pembinaan bahtera Nabi Nuh.Apa yang penting bahawa kita perlu yakin bahawa semua ini bukanlah suatukebetulan kerana terlalu banyak persamaan yang dapat kita berikan diantara bangsa

    Austronesia Nusantara dengan satu bangsa yang misteri dari Iraq ini yakniSumeria. Namun adakah semua persoalan tentang Sumeria-Nusantara ini akan

    tertutup dan berakhir disini sahaja? Oh tidak tuan puan sekalian, masih banyak lagi

    yang perlu dibongkar, terlalu banyak lagi yang harus dikaji, masih terlalu awal

    untuk kita berpuas hati dengan bukti yang kita ada sekarang. Oleh itu saya sebagaipenulis, menyeru para pembaca yang budiman sekalian supaya bersama-sama

    untuk memecahkan kebuntuan dan misteri ini supaya dapat kita membuka denganlebih luas lagi pintu Alters Terahsia Bangsa Melayu ini. Sekian Wallah hu alam.