muzik tradisional

5
Lagu rakyat ialaha lagu yang berada di dalam masyarakat sejaka awal lagi. Kadang kala lagu ini tidak diketahui sumber-sumbernya dan siapa penciptanya. Contoh lagu rakyat ialah, Anak Itik Tok Wee dan Anak Ayam. Lagu tradisional dicipta untuk menggambarkan kebudayaan dan nilai- nilai bangsa dan negara. Lagu tradisional dapat memupuk semangat cintakan Negara dan membantu kanak-kanak mengetahui dan mengenali identiti. Lagu tradisional tersebut adalah berunsur jenaka dan mempunyai nilai-nilai nasihat. Muzik rakyat yang juga dikenali sebagai muzik tradisional merupakan muzik yang dimainkan oleh rakyat untuk rakyat. Muzik rakyat atau tradisional ini berkonsepkan persekitaran dengan memasukkan elemen- elemen persekitaran secara spontan dan seiring dengan kehidupan rakyat yang menghasilkan muzik tersebut. Contoh muzik rakyat/tradisional ialah boria dan dikir barat. Muzik-muzik seperti ini boleh digunakan untuk mendodoikan anak. Kepentingan muzik rakyat/tradisional Lagu berasaskan muzik rakyat/tradisional banyak berdasarkan tema persekitaran. Lagu-lagu seperti menggunakan bunyi binatang akan member kanak-kanak ruang untuk mengenal binatang-binatang yang ada pada persekitaran mereka. Muzik rakyat/tradisional dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak kerana kanak-kanak gemarkan irama. Muzik rakyat/tradisional juga membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan dan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Menerusi muzik rakyat/tradisional dan nyanyian, kanak-kanak dapat memperkukuhkan konsep-konsep kendiri yang positif. Muzik rakyat/tradisional merupakan antara perkara pertama yang ditangkapi oleh deria kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memberi respon kepada tepukan tangan, bunyi-bunyia dan suara di sekitar mereka. Muzik rakyat/tradisional membolehkan kanak-kanak mengingati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Selain itu, ianya boleh dikaitkan dengan pembinaan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menggunakan keseluruhan anggota badan mereka dalam bentuk pengajaran bertema sambil menari dalam bulatan atau dalam barisan panjang. Di samping itu muzik rakyat/tradisional juga boleh digunakan untuk mendodoikan anak dan mempunyai nilai-nilai nasihat.

Upload: dyelshon-rubin

Post on 22-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Some notes for muzik tradisional and lagu rakyat Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik tradisional

Lagu rakyat ialaha lagu yang berada di dalam masyarakat sejaka awal lagi. Kadang kala lagu ini tidak diketahui sumber-sumbernya dan siapa penciptanya. Contoh lagu rakyat ialah, Anak Itik Tok Wee dan Anak Ayam.Lagu tradisional dicipta untuk menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa dan negara. Lagu tradisional dapat memupuk semangat cintakan Negara dan membantu kanak-kanak mengetahui dan mengenali identiti. Lagu tradisional tersebut adalah berunsur jenaka dan mempunyai nilai-nilai nasihat.Muzik rakyat yang juga dikenali sebagai muzik tradisional merupakan muzik yang dimainkan oleh rakyat untuk rakyat. Muzik rakyat atau tradisional ini berkonsepkan persekitaran dengan memasukkan elemen-elemen persekitaran secara spontan dan seiring dengan kehidupan rakyat yang menghasilkan muzik tersebut. Contoh muzik rakyat/tradisional ialah boria dan dikir barat. Muzik-muzik seperti ini boleh digunakan untuk mendodoikan anak.

Kepentingan muzik rakyat/tradisionalLagu berasaskan muzik rakyat/tradisional banyak berdasarkan tema persekitaran. Lagu-lagu seperti menggunakan bunyi binatang akan member kanak-kanak ruang untuk mengenal binatang-binatang yang ada pada persekitaran mereka. Muzik rakyat/tradisional dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak kerana kanak-kanak gemarkan irama. Muzik rakyat/tradisional juga membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan dan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Menerusi muzik rakyat/tradisional dan nyanyian, kanak-kanak dapat memperkukuhkan konsep-konsep kendiri yang positif. Muzik rakyat/tradisional merupakan antara perkara pertama yang ditangkapi oleh deria kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memberi respon kepada tepukan tangan, bunyi-bunyia dan suara di sekitar mereka. Muzik rakyat/tradisional membolehkan kanak-kanak mengingati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Selain itu, ianya boleh dikaitkan dengan pembinaan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menggunakan keseluruhan anggota badan mereka dalam bentuk pengajaran bertema sambil menari dalam bulatan atau dalam barisan panjang. Di samping itu muzik rakyat/tradisional juga boleh digunakan untuk mendodoikan anak dan mempunyai nilai-nilai nasihat.

http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/muzik-tradisional.html

Senarai lagu-lagu rakyat masyarakat MelayuDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang amat menggamitkan nostalgia. Kini di Wikipedia bahasa Melayu bertindak untuk mengetengahkan lagu-lagu rakyat yang terkenal yang acap kali diperdendangkan di Alam Melayu. Lagu-lagu rakyat ini mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai negara yang dipenuhi pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut pandang yang positif, lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan diperkayai maksud

Page 2: Muzik tradisional

tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia dapat mengetahui bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar di Alam Melayu.

Definisi lagu rakyat[sunting | sunting sumber]

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia,Malaysia, Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

Senarai lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini adalah:

1. Ala Canggung

2. Ambil Madu Lebah

3. Anak Ayam (lagu rakyat)

4. Anak Itik Tok Wi

5. Anak Ondeng  (a.k.a Lagu Lembu Patah Tanduk)

6. Ayam den lapeh

7. Bapaku Pulang dari Kota

8. Burung Kakak Tua (lagu rakyat)

9. Can Mali Can

10.Dadong

11.Geylang Si Paku Geylang

12.Hello Hello (lagu rakyat)

13.Hijau (lagu rakyat)

14.Inang rodat

15.Jambatan Tamparuli

16.Joget Tari Lenggang  (a.k.a Joget Pahang)

17.Jong Jong Inai

18.Kenek Kenek Odeng

19.Ketipong Payung

20.Kurik Kundi

21.Lemak manis (lagu rakyat)

22.Lenggang Kangkung

23.Menghilir di Sungai Pahang

Page 3: Muzik tradisional

24.Pak Ketipak Ketipung

25.Pak Pung Pak Mustafe

26.Puteri Santubong

27.Rasa Sayang

28.Tepuk Amai-Amai

29.Trek Tek Tek

30.Tualang Tiga

31.Ulek mayang

32.enjit-enjit semut http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_lagu-lagu_rakyat_masyarakat_Melayu

Lagu Tradisi

 

Oleh Nik Arrafi, Muhammad Adam Rosali dan Mohd Nurun Syuhada

Lagu – lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah terlalu tua usianya dan tidaklah dapat dikesan dengan setepatnya bilakah ianya telah bermula. Namun satu andaian yang mungkin boleh dipakai ialah ianya wujud semasa masyarakat Melayu menganuti fahaman animism lagi. Lalu dalam hal ini; lagu-lagu tradisi begini boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama dalam genre puisi.

Serupa juga dengan sastera rakyat ianya berkembang dalam masyarakat Melayu lama kemudian titis-menitis dari satu keturunan kepada satu keturunan secara lisan. Bagaimanapun hingga ke hari ini kita agak cuai dalam mengekalkan kesenian warisan itu sehingga kita tidak begitu sedar lagu-lagu itu pernah wujud dan masih boleh dikesan pada masa ini walaupun ianya sudah terlalu berkurangan.

Kebanyakkan lagu-lagu tradisional ini telah lama dilupakan dan kurang diingati oleh masyarakat sekarang, namun usaha-usaha masih boleh dijalankan. Sepanjang usaha-usaha menjalankan penyelidikan ini bukan sahaja kesukaran yang sedemikian yang akan ditempuhi tetapi lebih banyak dari itu lagi. Antara kesukaran yang dihadapi ialah kebanyakkan lagu yang berkaitan dengan lagu tradisi ialah berkaitan dengan dialek. Maka mungkin kita tidak memahami lagu tersebut dan menghilangkan minat untuk mendalaminya.

Bentuk-bentuk puisi pada lagu tradisi

Amat jelas pada kita bentuk-bentuk yang boleh atau dapat kita golongkan bila melihat kepada kata-kata lagu-lagu itu. Malah bentuk-bentuk itu amat kita kenali dan biasa tegasnya ia tidak menyimpang atau jauh dengan puisi Melayu yang kita ketahui dalam kesusateraan.

Page 4: Muzik tradisional

      i.        Bentuk syair

    ii.        Pantun

   iii.        Puisi Lama

Adalah disedari juga bahawa lagu-lagu ini bukan sahaja dalam bentuk pantun, syair, puisi lama tetapi juga dalam bentuk-bentuk yang lain.

Penjenisan lagu-lagu tradisi

Baik dari segi maksud ungkapan lagu-lagu itu atau ketika bila di mana serta kepada sesiapa lagu itu ditujukan atau dimaksudkan maka kita boleh menyusun jenis-jenis lagu itu sebagai berikut :

      i.        Untuk kanak-kanak

    ii.        Untuk orang dewasa atau muda

   iii.        Digunakan oleh bomoh dalam upacara perubatannya khususnya jampi serapah atau puja-memuja minta pertolongan kepada ‘makhluk halus’ dan hal yang seperti ini adalah jarang atau tidak kedapatan lagi.

Selain itu, dari memahami maksud dalam ungkapan yang terdapat dalam lagu itu, irama lagu itu menjadi penting dalam masyarakat Melayu lama itu. Selalunya lagu-lagu tersebut kalau tidak mengisi upacara-upacara khusus maka ianya akan digunakan atau dinyanyikan untuk berhibur hati. Paling acap kita mendengar lagu yang dinyanyikan oleh ibu-ibu untuk melelapkan mata anak-anaknya yang di dalam buaian. Keseluruhannya kita boleh melihat beberapa hal seperti nasihat, sindiran, suruhan, kelucuan, kecantikan serta lain-lain unsure di dalam lagu-lagu tersebut. Tujuan lagu-lagu itu ialah untuk membawa kearah kebaikan juga.

Fungsi lagu rakyat dalam masyarakat.

Lagu-lagu rakyat yang wujud dalam masyarakat kita mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ada di antara lagu-lagu itu yang digunakan oleh bomoh dalam jampi mentera bagi menyembuhkan pesakit  yang diserang sakit samada sakit ringan mahupun sakit yang berat. Selain itu, lagu-lagu ini digunakan bomoh untuk memagar kampung halaman mengikut kepercayaan aninisme masing-masing.

Bagaimanapun, Berdah (berdikir rebana) dipercayai boleh menghindar sesebuah masyarakat daripada penyakit jika diadakan upacara ini. Berdikir rebana juga menyerikan sesebuah majlis 

Page 5: Muzik tradisional

perkahwinan. Kadang-kala  berdikir rebana digunakan semasa majlis atau upacara pinang –meminang. Biasanya pada waktu ini akan berlaku situasi berbalas pantun.

Lagu rakyat juga dinyanyikan ketika musim menuai atau waktu mengampin padi muda. Rentak menepuk . Dalam pada itu ,Lagu Pujuk Lebah digunakan untuk memujuk lebah supaya tidak menyengat ketika hendak diambil manisan dari sarangnya. Kaedah yang hampir serupa digunakan untuk memujuk ikan kalui supaya timbul dipermukaan air supaya mudah untuk ditangkap kaedah ini distilahkan masyarakat dahulu sebagai “Siul Kalai” .

Lagu-lagu rakyat turut mempunyai pelbagai fungsi seperti untuk memikat anak gadis. Pada masa dahulu,pemuda yang pandai berdikir rebana akan mendapat perhatian  atau menjadi perhatian gadis idaman yang cantik. Orang-orang muda menggunakan lagu-lagu yang sesuai untuk menunjukkan atau memperdengarkan suaranya kepada gadis idamannya. Sewaktu persembahan berlangsung  anak gadis akan mengangkat hidangan untuk orang-orang yang berdikir dan pada ketika itulah gadis atau teruna pendikir akan mencuri pandang.

Lagu rakyat turut menjadi permainan kanak-kanak. Mereka menyanyikan lagu-lagu ketika bermain contohnya permainan “nenek-nenek”. Ibu-ibu  turut menggunakan lagu-lagu sewaktu hendak menidurkan anaknya dalam buaian manakala nenek pula menyanyikannya untuk melelapkan mata cucu-cucunya. Dalam hubungan ini jugalah lagu-lagu rakyat akan dapat digunakan untuk membentuk pekerti yang mulia orang-orang yang mendengarnya.

http://retibasa.blogspot.com/2010/08/lagu-tradisi.html