muzik pelbagai budaya dan pendidikan muzik di malaysia

10
MUZIK PELBAGAI BUDAYA DAN PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA Oleh Ariputhiran A/L Narayaanan Pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program muzik Eropah yang hanya fokuskan teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal Barat. Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupan dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Sejak sekolah rendah lagi diperkenalkan dengan alat-alat muzik barat seperti rekorder, kibod dan alat-alat perkusi barat yang lain. Selain itu pelajar-pelajar yang mempelajari muzik barat dianggap lebih elit dan eksklusif dibandingkan dengan pelajar yang tidak belajar muzik barat.Keadaan ini telah menyebabkan sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dianggap tidak penting oleh golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri. Zaharul Lailidin Saidon (14:2009) menyatakan, “amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Ini dapat diperhatikan di semua peringkat instutusi pembelajaran muzik formal, daripada rekabentuk kurikulum sehinggalah ke pendekatan pengajaran yang digunakan di bilik darjah atau dewan kuliah”.

Upload: ariputhiran-narayanan

Post on 18-Jun-2015

1.710 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik Pelbagai Budaya Dan Pendidikan Muzik Di Malaysia

MUZIK PELBAGAI BUDAYA DAN PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA

Oleh

Ariputhiran A/L Narayaanan

Pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model

program muzik Eropah yang hanya fokuskan teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal Barat.

Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupan

dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat

dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Sejak sekolah rendah lagi diperkenalkan

dengan alat-alat muzik barat seperti rekorder, kibod dan alat-alat perkusi barat yang lain.

Selain itu pelajar-pelajar yang mempelajari muzik barat dianggap lebih elit dan eksklusif

dibandingkan dengan pelajar yang tidak belajar muzik barat.Keadaan ini telah menyebabkan

sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dianggap tidak penting oleh

golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri. Zaharul Lailidin Saidon

(14:2009) menyatakan, “amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan

berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Ini dapat diperhatikan di semua

peringkat instutusi pembelajaran muzik formal, daripada rekabentuk kurikulum sehinggalah

ke pendekatan pengajaran yang digunakan di bilik darjah atau dewan kuliah”.

Oleh yang demikian, esei ini membincangkan muzik pelbagai budaya (multicultural music)

dan muzik dunia (world music) serta isu-isu tentang pendidikan muzik di Malaysia.

Terdapat kekosongan besar atau ‘lohong’ dalam interaksi seni dan budaya dalam

kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Senario ini wujud sejak zaman

penjajahan lagi. Dimana, penjajah memang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide

and rule) untuk memudahkan mereka mengeksploitasi kekayaan ekonomi. Dasar ini

menyebabkan tiada interaksi yang sebenar berlaku dalam aspek seni dan muzik dalam

kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Interaksi seni dan muzik ini sepatutnya

wujud selaras dengan interaksi sosial dalam masyarakat Malaysia. Dimana, interaksi seni dan

muzik pelbagai budaya tidak berkembang hebat setanding interaksi sosial yang sedia ada

dalam masyarakat Malaysia.

Page 2: Muzik Pelbagai Budaya Dan Pendidikan Muzik Di Malaysia

Dalam konteks perpaduan dan interaksi pelbagai budaya ini, seni dan muzik

merupakan satu media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat dan

dapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya. Pembelajaran muzik

pelbagai budaya, dapat menambahkan sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar-

pelajar dan juga masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Sikap toleransi inilah yang

menjadi akarumbi kepada perpaduan yang diidam-idamkan oleh pemimpin negara dan

masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, pemahaman dan penghayatan setiap elemen

pelbagai budaya dalam masyarakat Malaysia sangatlah penting. Tetapi matlamat tersebut

menjadi tandatanya kerana, masih terdapat pelbagai halangan untuk mewujudkan satu

masyarakat Malaysia yang betul-betul tahu dan faham tentang budaya setiap etnik dan kaum

di Negara kita.

Masih terdapat masyarakat Malaysia yang belum mengenal dan faham pun tentang

seni dan budaya etnik lain. Ketidaksefahaman inilah yang menjadi punca kepada pergolakan

yang sekali-sekala melanda di Negara kita. Menurut Dr.Suseela Pensyarah Kanan Fakulti

Pengurusan Pendidikan, Polisi Dan Perancangan, Universiti Malaya,

“It’s because of people’s poor understanding of other culture and lack of learning

from each other that misunderstanding occur”( New Sunday Times, 1 Mar 2009)

Kekangan dalam pemahaman pelbagai budaya (multicultural) ini hanya dapat diatasi

melalui pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Jadi,

pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus diperkembangkan lagi

untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia.

Tetapi, terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensembel

muzik Cina dan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik

tradisional lain di Malaysia. Malah muzik tradisional lain, khususnya muzik Cina dan India

menerima nasib yang sama seperti muzik tradisional Melayu yang hanya menjadi bahan

Page 3: Muzik Pelbagai Budaya Dan Pendidikan Muzik Di Malaysia

kajian, penyelidikan dan persembahan untuk tujuan akademik sahaja. Seperti kata Johan

Othman,

“While ethnic music, especially of the Malays [Makyong for example] is mostly

confined within the academia [for study, research and practical performance] and function

within the tourism industry as a showcase product, Chinese and Indian sacred and secular

music are performed at various rituals and temple rite.” (Johan Othman, 2002: Wacana Seni,

Cultural Decentralization Within A Post-Colonial Territory: Movements In Malaysian

Musical Culture, Jilid 1,84)

Muzik pelbagai budaya ini hanya dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti persembahan

Kementerian Pelancongan sekadar memperagakan dan menunjukkan kepelbagaian dan

kekayaan seni dan budaya negara kita kepada pelancong asing sahaja. Tambahan pula,

warisan seni dan muzik setiap etnik di negara kita hanya dipelajari, diamalkan dan berkisar

dalam komuniti masing-masing sahaja. Dalam erti kata yang sebenar, tiada pengadunan

berlaku dalam konteks muzik pelbagai budaya di negara kita. Hanya beberapa individu yang

hebat seperti Ramli Ibrahim, yang dapat mempelajari dan membawa seni tarian India

Barathanaatiyam, ke suatu tahap yang tertinggi di dalam konteks seni dan muzik pelbagai

budaya ke persada dunia!

Walaubagaimanapun, pada masa kini kesedaran tentang kepentingan warisan muzik

tempatan yang kaya dengan pelbagai budaya (multicultural) telah wujud dalam kalangan

pendidik. Menurut Prof. Tan Sooi Beng,

“Increasing numbers of educators realize that there is a need to introduce their own

traditional music ( including the music of minorities) as well as the music of South East Asia

and other part of the world to the young through the music curriculum.” (Dr.Tan Sooi Beng,

2008 : A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music and

Page 4: Muzik Pelbagai Budaya Dan Pendidikan Muzik Di Malaysia

Multiculturalism in Malaysian Education. Education In The Asia Pasific Region: Issues,

Concerns And Prospects, volume 11, Chapter 18, 249)

Usaha ini patut disanjungi dan dipuji oleh pendidik-pendidik muzik di Negara kita

kerana usaha tersebut telah meningkatkan muzik etnik berbilang kaum di tanahair kita di

persada dunia.

Pelbagai kajian dan projek telah dijalankan mengenai muzik etnik di tanahair kita

oleh pengkaji-pengkaji seperti Patricia Matusky, Tan Sooi Beng dan Ghouse Nasaruddin .

Mereka telah menghasilkan literatur yang terbanyak dalam muzik tempatan. Untuk

memartabatkan dan merealisasikan warisan muzikal tradisional dan pelbagai budaya di

negara kita. Menyedari kekosongan dan kekurangan ini , Kementerian Pelajaran Malaysia

telah mengambil langkah yang bijak dengan memberi kepentingan kepada Muzik Tradisional

dan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah menengah. Dalam objektif

sukatan pelajaran sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan

target pencapaian pelajar seperti berikut:

“setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah, pelajar berkebolehan

bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensemble muzik konvensional dan

tradisional dengan mengamalkan teknik yang betul”( Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik

Sekolah Menengah, 2003)

Objektif Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada

anak-anak kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional dan

tradisional lain selain daripada muzik konvensional iaitu muzik Barat. Usaha ini telah

memberi pengiktirafan kepada muzik tradisional tempatan amnya, dan muzik tradisional lain

khususnya muzik taradisional etnik-ernik lain di Malaysia seperti ensemble muzik Cina dan

ensemble muzik India. Dengan erti kata lain KPM telah memberi peluang kepada anak-anak

Page 5: Muzik Pelbagai Budaya Dan Pendidikan Muzik Di Malaysia

kita mengenali dan mempelajari muzik tradisional tempatan yang teridiri daripada pelbagai

budaya (multicultural) dan pelbagai etnik.

Ini telah diterapkan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah. Iaitu,

di bawah aspek 2.3 Pengalaman Ensembel Muzik Tradisional, 2.3.1 Penyertaan Dalam

Ensembel Muzik Tradisional dinyatakan bahawa, Pihak sekolah boleh memilih Ensembel

Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik India dan

ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan untuk mengajar pendidikan

muzik tempatan. Terdapat banyak buku dan video untuk mengajar muzik-muzik tempatan.

Banyak bahan rujukan ensembel tradisional kompang, gamelan dan caklempong telah

dibangunkan dalam bentuk buku panduan, audio dan video. Namun bahan-bahan yang

dihasilkan dalam ensembel muzik tradisional Melayu tidak mencukupi. Selain daripada

ensembel muzik tradisional tempatan, tiada buku panduan, audio ataupun video bagaimana

cara untuk belajar dan mengajar ensembel muzik tradisional lain, khususnya ensembel muzik

tradisional India dan Cina. Dimana, kaum India dan Cina merupakan komponen kaum utama

dalam masyarakat Malaysia yang kaya dalam nilai seni, muzik dan budaya.

Terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensembel muzik Cina

dan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional lain

di Malaysia. Penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum ini harus dimantapkan lagi dalam

pendidikan muzik di Malaysia. Zaharul Lailidin Saidon (2009:18) menyatakan,

“penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum merupakan sesuatu yang digalakkan sebagai

manifestasi prinsip bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang didokong oleh

kerajaan. Oleh itu, kurikulum pendidikan muzik di institusi pendidikan formal perlu turut

menjelmakan dan mempraktikkan perinsip yang sama.”

Page 6: Muzik Pelbagai Budaya Dan Pendidikan Muzik Di Malaysia

Kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui

pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Seruan ‘1

Malaysia’ hanya akan menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan di

antara berbilang kaum dan pelbagai budaya (multicultural) di negara kita. Persefahaman

dan perpaduan pelbagai budaya seharusnya ditanam dan dipupuk pada generasi muda dari

peringkat persekolahan lagi. Seruan ‘1 Malaysia’ ini hanya akan menjadi kenyataan

apabila wujud persefahaman dan perpaduan di antara berbilang kaum dan pelbagai

budaya (multicultural) di negara kita. Persefahaman perpaduan inilah yang menjadi

impian setiap rakyat Malaysia yang inginkan kebahagian dan keharmonian tanahair

tercinta.

Oleh yang demikian, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk dapat

memenuhi manifestasi kerajaan dengan membantu dan mengisi kekosongan dalam

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran alat-alat ensembel muzik pelbagai budaya

untuk memartabatkan warisan muzik pelbagai budaya di tanahair kita.