pemisahan singapura assignment

30
BIL. SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGENALAN 3 2. IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA 3. 4. REAKSI SINGAPURA TERHADAP KONSEP PERSEKUTUAN MALAYSIA 5. PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA 6. 7. KONKLUSI 8. RUJUKAN 9. LAMPIRAN SENARAI KANDUNGAN:

Upload: muhammad-haniff

Post on 19-Jun-2015

2.462 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

pengajian malaysia semester 2 d KUIS 2013

TRANSCRIPT

Page 1: pemisahan singapura assignment

BIL. SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 32. IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA3.4. REAKSI SINGAPURA TERHADAP KONSEP PERSEKUTUAN

MALAYSIA 5. PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA6.7. KONKLUSI8. RUJUKAN9. LAMPIRAN

SENARAI KANDUNGAN:

Page 2: pemisahan singapura assignment

PENGENALAN:

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan.

JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

1Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 dan setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar:Eropah dan Asia,namun banyak usaha dan formula yang harus dicapai untuk penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.Ternyata,kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan,melalui rundingan meja bulat tidak seperti Negara jajahan lain.

Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga kaum utama: Melayu.Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka.Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam pembentukan Malaysia kemudiannya.

Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat yang telah bertambah akibat pertambahan populasi penduduk.Selain itu,pelbagai rentetan dan peristiwa yang terdiri dari faktor politik,sosial dan ekonomi telah berlaku.

Artikel ini pertamanya membincangkan idea pembentukan Malaysia,selepas itu, proses

pembentukan Malaysia. Kemudian ia akan menganalisa reaksi Singapura terhadap konsep

1 Asnarulkhadi Abu samah dan Jayuim A.Jawan 1997.KENEGARAAN MALAYSIA.Malaysia Serdang:.Penerbit Universiti Putra Malaysia

Page 3: pemisahan singapura assignment

persekutuan Malaysia. Akhirnya, artikel ini turut membincangkan implikasi dan senario tentang isu

Singapura dalam pembentukan Malaysia sehiinggalah pemisahan Singapura dari Malaysia.

IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA:

*2Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan YTM Tunku Abdul Rahman semasa Majlis Makan Tengahari di hotel Adelphi,Singapura.Ucapan ini dibuat dihadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara.

*Dalam ucapan tersebut ,Tunku Abdul Rahman telah melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British,iaitu Singapura,Borneo Utara(Sabah),Sarawak dan Brunei.

*Pertemuan dengan Lee Kuan Yew di Singapura diadakan pada bulan Januari 1961 dengan Senu Abdul Rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah,Sarawak dan Brunei pada tahun 1960 dan dengan Perdana Menteri British ,Harold Mac Millan di London pada awal tahun 1961.

*Sebenarnya idea penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah pernah dibincangkan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.Misalnya,pada abad ke-19,pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.Lord Brassey pernah mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan wilayah jajahan mereka di Borneo,negeri-negeri melayu dan Negeri –negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan.

*Perdana Menteri Singapura,Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik.Namun dalam tempoh tersebut,cadangan ini tidak mendapat perhatian Kerajaan Perikatan di Tanah Melayu.

* Penggabungan kecil yang hanya melibatkan Singapura dan Tanah Melayu tidak dapat diterima oleh Perseketuan Tanah Melayu kerana fenomena ini akan melibatkan ancaman kepada politik Tanah Melayu .Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majority Melayu yang wujud pada waktu itu.

2 James Ongkili (1967),The Borneo Response to Malaysia,1961-1963,Singapura:Malaysia(1982),sejarah dan Proses Pembangunan,Kuala Lumpur:Persatuan Sejarah.

1961

Page 4: pemisahan singapura assignment

• 1961:

• -Idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman(27 mei)

• -Kertas putih diisytiharkan secara rasmi(nov)

• -Faktor2 penganggotaan Singapura dalam persekutuan Malaysia

• 1962:

• -Reaksi Singapura terhadap kosep Persekutuan Malaysia

-Proses pembentukan Malaysia

• 1963:

• - Pengisytiharan Malaysia(16 September)

• 1964:

• -Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew bersama UPP(Parti Rakyat Singapura) telah mencetuskan rusuhan.Lebih2 lagi mereka memperjuangkan persamaan hak dan kempen’Malaysia untuk orang Malaysia’.(21 Julai)

• 1965:

• -Pemisahan Singapura (9 Ogos)

Page 5: pemisahan singapura assignment
Page 6: pemisahan singapura assignment
Page 7: pemisahan singapura assignment
Page 8: pemisahan singapura assignment
Page 9: pemisahan singapura assignment
Page 10: pemisahan singapura assignment
Page 11: pemisahan singapura assignment
Page 12: pemisahan singapura assignment
Page 13: pemisahan singapura assignment
Page 14: pemisahan singapura assignment
Page 15: pemisahan singapura assignment
Page 16: pemisahan singapura assignment
Page 17: pemisahan singapura assignment
Page 18: pemisahan singapura assignment
Page 19: pemisahan singapura assignment
Page 20: pemisahan singapura assignment
Page 21: pemisahan singapura assignment
Page 22: pemisahan singapura assignment
Page 23: pemisahan singapura assignment
Page 24: pemisahan singapura assignment
Page 25: pemisahan singapura assignment
Page 26: pemisahan singapura assignment
Page 27: pemisahan singapura assignment
Page 28: pemisahan singapura assignment