hubungan malaysia-singapura present

29
Kumpulan 7: HURAIKAN FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KERENGGANGAN TERHADAP HUBUNGAN MALAYSIA- SINGAPURA

Upload: khazinatul-asrar

Post on 30-Jul-2015

188 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Kumpulan 7:HURAIKAN FAKTOR

YANG MENYUMBANG KEPADA

KERENGGANGAN TERHADAP HUBUNGAN MALAYSIA-SINGAPURA

Page 2: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Pengenalan• Singapura atau dahulunya dikenali sebagai Temasik adalah sebahagian daripada Kesultanan Melayu Lama, merupakan tanah jajahan kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga dan negara jiran Malaysia yang dihubungkan melalui Tambak Johor dan Gelang Patah.

•Menjadi sebahagian daripada Malaysia pada 16 September 1963, bertujuan untuk membebaskan dirinya daripada belenggu penjajahan Inggeri dan mengatasi masalah Komunis. Singapura berharap pada masa yang sama Malaysia dapat membantunya kerana mempunyai pasukan ketenteraan yang kuat melalui Anglo Malaya Defence Agreement (AMDA).,

•Pada awalnya Tunku Abdul Rahman bimbang untuk mengabungkan Malaysia dengan Singapura kerana politik singapura tidak stabil kerana ancaman komunis, tetapi kerana bimbang pengaruh komunis tersebar ke Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman bersetuju mencantumkan Malaysia dengan Singapura dengan, syarat Sabah dan Sarawak mahu menyertai Malaysia. Penyertaan Sabah dan Sarawak amat penting untuk menyeimbangkan kedudukan kaum Melayu. Penggabungan Malaysia dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum,Hal ini disebabkan oleh ¾ daripada penduduk Singapura adalah berbangsa Cina. Kemasukan Sabah dan sarawak dapat menyeimbangkan kedudukan kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara adalah bumiputera.

Malaysia dapat membantu Singapura membanteras aktiviti komunis.

Page 3: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Sambungan• Penglibatan Singapura dalam gagasan Malaysia telah menimbulkan pelbagai

konflik perkauman antara orang Melayu dan orang Cina. Puncanya disebabkan Lee Kuan Yew memperkecilkan MCA dan mendakwa pemimpin MCA tidak berkaliber serta dilihat sebagai sebuah ‘kelab orang-orang kaya’ yang gagal memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina yang kurang berkemampuan.

• Terdapat juga faktor lain yang menimbulkan konflik, antaranya Ahli terkemuka UMNO seperti syed Jaafar Albar yang merupakan Setiausaha Agung Umno Pusat dan Ali Haji Ahmad yang merupakan Penolong Setiausaha Agung UMNO Pusat tidak puas hati dengan sikap Singapura yang tidak patuh kepada kerajaan Persekutuan dan PAP juga cuba untuk muncul sebagai sebuah kuasa politik yang besar di Malaysia sehinggakan UMNO dipaksa untuk menerima ideologi politik PAP iaitu “Malaysian Malaysia” yang menentang dominasi bangsa Melayu.

• Setelah berdepan dengan pelbagai konflik dengan Singapura, Tunku telah mengambil keputusan untuk memisahkan Singapura daripada Malaysia dengan menandatangani Perjanjian Perpisahan dengan Lee Kuan Yew pada 07 Ogos 1965. Pada 9 Ogos 1965, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Perpisahan Singapura dan Singapura telah keluar daripada Malaysia secara rasmi kemudian menubuhkan republik.

Page 4: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Sambungan…• Walaupun Singapura dipisahkan dari Malaysia, namun masih

wujud kerjasama antara kedua-dua negara ini dalam memenuhi kepentingan bersama terutamanya dalam bidang pertahanan, perniagaan dan perdagangan. Pada masa yang sama, wujud konflik seperti isu harga air, penggunaan ruang udara dan banyak lagi. Konflik tersebut menyebabkan kerenggangan kepada hubungan kedua-dua negara.

• Kerenggangan hubungan tersebut digambarkan dengan pelbagai istilah seperti Kembar Siam (Siam Twin), Persaingan Adik Beradik (Sibling Rivalary) atau Pergaduhan Keluarga (Family Quarrel)

• Antara faktor-faktor yang menyebabkan kerenggangan hubungan Malaysia dengan Singapura ialah perbezaan pucuk pimpinan pemimpin, sikap prejudis, sindiran & pandangan sinis Singapura terhadap Malaysia, persaingan ekonomi dan peranan media massa.

Page 5: Hubungan Malaysia-Singapura Present

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KERENGGANGAN

TERHADAP HUBUNGAN MALAYSIA-SINGAPURA

1. Perbezaan Pucuk Kepimpinan2. Sikap Prejudis Dan Curiga3. Sindiran Dan Pandangan Sinis

Singapura Terhadap Malaysia4. Persaingan Ekonomi5. Perbezaan Pendekatan Dasar

Luar6. Provokasi Media

Page 6: Hubungan Malaysia-Singapura Present

PERBEZAAN PUCUK KEPIMPINAN

Pucuk kepimpinan pemimpin Malaysia dan Singapura adalah berbeza dan mempengaruhi dasar luar serta hubungan diplomasi kedua-dua negara.

Pendekatan dalam pentadbiran negara dan cara pemikiran Tun Dr. Mahathir dan Lee Kuan Yew sangat berbeza sepertimana masing-masing berbangsa Melayu dan Cina.

Tun Dr. Mahathir bersikap lebih terbuka dan berlembut dalam menguruskan perkara yang berkaitan dengan hubungan Malaysia-Singapura disebabkan sikap orang Melayu suka mengalah dan lebih menjaga kepentingan Singapura.

Page 7: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Sikap Lee Kuan Yew lebih tegas dan keras dalam pentadbiran, bersikap legalistik.

Singapura tidak begitu bertolak-ansur dengan Malaysia dan sering mendapat kelebihan dalam setiap perundingan yang dilakukan.

Matlamat Lee Kuan Yew untuk meluaskan pengaruhnya di Malaysia serta memperjuangkan kesaksamaan hak tanpa mengira bangsa.

Lee Kuan Yew mempunyai agenda politik yang tersembunyi dan bertujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina.

Page 8: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Tun Dr. Mahathir di dalam banyak perkara menganggap pemimpin-pemimpin Singapura terlalu angkuh dan tidak berlagak sebagai jiran terdekat yang baik.

Walaupun diperingkat awal beliau cuba menjalin hubungan akrab dengan Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong, akhirnya dilanda dengan perbezaan luas dalam pelbagai isu seperti soal harga air, Points of Agreement, CIQ dan lain-lain.

Perbezaan pucuk kepimpinan kedua-dua negara menyebabkan kerenggangan hubungan Malaysia-Singapura.

Page 9: Hubungan Malaysia-Singapura Present

SIKAP PREJUDIS DAN CURIGA

a) Perpisahan yang tergesa-gesa. Timbul perasaan tidak puas hati antara kedua-dua

pihak. Sukar untuk menyelesaikan isu-isu yang tidak

selesai. Isu : air, jambatanb) Malaysia curiga terhadap hubungan Singapura

dengan Israel. Singapura menerima lawatan Presiden Israel, Cahim

Hertzog (1986). Timbul persoalan mengenai komitmen Singapura

terhadap prinsip mensyuarah dan persefahaman ke atas sensitiviti anggota ASEAN.

Page 10: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Lawatan ini ditentang kerana Presiden Israel merupakan

pejuang Ultra Zionis. Malaysia menuduh Singapura : de facto China

ke3 dan Israel ke2.c) Malaysia curiga dengan perbelanjaan

pertahanan Singapura. Singapura mendapatkan latihan kententeraan

daripada Israel. Singapura membelanjakan wang yang banyak

untuk tujuan pertahanan dan ketenteraan. Singapura membeli jet pejuang, kapal selam,

helikopter tempur.

Page 11: Hubungan Malaysia-Singapura Present

d) Singapura pernah menggambarkan Malaysia sebagai ancaman mereka.

Melalui kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbunyi : (Bilveer Singh, 1985)

Melalui kenyataan ini, secara tersirat Singapura telah mendedahkan siapa ancaman bagi mereka.

“ancaman terbesar Singapura adalah datangnya daripada seseorang yang lebih besar daripada kita”

“your neighbours are not your best friends wherever you are.”

Page 12: Hubungan Malaysia-Singapura Present

e) Singapura curiga dengan sifat kesetiaan orang Melayu.

Singapura tidak mengambil orang Melayu Singapura sebagai tentera mereka.

Hal ini jelas melalui kenyataan Goh Chok Tong :

Maka, kalau Singapura berperang dengan negara jiran (Malaysia, Indonesia), sudah pasti tentera Melayu tidak mahu berperang terutamanya apabila mereka adalah satu rumpun.

“...yang menyamakan Singapura yang mudah diserang seperti negeri kecil Kuwait di mana telah ditakluki oleh negara jirannya Iraq dalam bulan Ogos 1990...”

Page 13: Hubungan Malaysia-Singapura Present

SINDIRAN DAN PANDANGAN SINIS SINGAPURA

TERHADAP MALAYSIA •Lee Kwan Yew (LKY) sering memandang rendah dan tidak menaruh kepercayaan kepada org Melayu.•Beliau turut menggelarkan orang Melayu sbg “Melayu miskin”, “gerun orang asing” dan Melayu malas.

•LKY turut mendakwa bahawa negara2 rumpun cemburu kepada Singapura kerana org Cina Singapura rajin.•LKY juga dgn sengaja cuba membangkitkan isu sensitif dengan mengatakan bahawa Malaysia mempunyai masalah dengan kaum Cina Malaysia disebabkan mereka berjaya dan kerja kuat.

Page 14: Hubungan Malaysia-Singapura Present

• LKY berkata:

• “Jiran Singapura iaitu Malaysia dan Indonesia kedua-duanya mempunyai masalah dengan penduduk keturunan Cina mereka. Org Cina Malaysia dan Indonesia berjaya. Mereka bekerja kuat dan sebab itulah mereka dipinggirkan secara sistematik.”

• Memang diakui bahawa org Cina lebih rajin drpd orang Melayu berikutan sikap org Melayu yang kurang maju dan tiada penambah nilai dalam aspek2 tertentu.

• Tetapi Singapura tidak boleh meletakkan Malaysia sbg subjek untuk diperlekehkan kerana ianya hanya mengeruhkan keadaan.

• Sikap LKY yang menyentuh sentimen orang Melayu ini menyebabkan timbulnya sentimen perkauman.

Page 15: Hubungan Malaysia-Singapura Present

• Selain itu, turut berlaku sindiran balas antara Singapura dan Malaysia, terutama semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir dan LKY.

• Tun Dr. Mahathir muncul sbg nasionalis Melayu yang paling dominan dlm era 60-an yg memperjuangkan nasib orang Melayu.

• Kelantangannya dlm memperjuangkan nasib orang Melayu menyebabkan LKY mengecam beliau sebagai “Ultra Malay”.

• Ungkapan ini memberi keresahan kepada orang Melayu, takut sekiranya Mahathir memperkenalkan polisi yg terlalu kemelayuan sehigga menyekat kebebasan berekonomi dan berpolitik org bukan Melayu.

Page 16: Hubungan Malaysia-Singapura Present

• LKY turut mengkritik dan mengecan Tun Dr. Mahathir yg memperlekehkan penggantinya yang beliau pilih sendiri utk memegang jawatan PM Malaysia.

• LKY turut membidas pemimpin Malaysia yg bertelagah antara satu sama lain kerana ini akan memberi peluang kpd negara2 luar untuk campur tangan di Malaysia.

• LKY turut mengkritik dasar pemilihan pemimpin melalui proses pilihanraya di Malaysia.

• Beliau mengatakan bhwa pemimpin di Malaysia tidak berkualiti kerana orang yang rendah taraf pendidikan pun boleh jadi pemimpin, asalkan dipilih secara majoriti oleh rakyat.

Page 17: Hubungan Malaysia-Singapura Present

• Sikap LKY yang merendah-rendahkan dasar negara jirannya dan masuk campur dalam hal dalaman negara ini telah menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin di Malaysia.

• Tun Dr. Mahathir turut mengecam tulisan LKY yang mengatakan bhw berpegang teguh kepada agama, terutamanya agama Islam akan menghalang proses integrasi kaum dan pembangunan negara.

• Tun Dr. Mahathir mengatakan:“Jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di

Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kpd matlamat ini. Itulah sikap Lee Kwan Yew. Beliau langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.”

Page 18: Hubungan Malaysia-Singapura Present

PERSAINGAN EKONOMI

• Baik Singapura mahupun Malaysia, masing-masing mahukan keuntungan dan kelebihan. Keadaan ini menyebabkan persaingan dan menambahkan keretakan sedia ada.

• Bagi Singapura,pembinaan pelabuhan mengancam ekonominya kerana kapal besar akan berpindah ke Malaysia dan mengurangkan pendapatannya.

• Singapura telah melaksanakan Penambakan laut untuk meningkatkan semula ekonomi.

• Walau bagaimanapun, usaha Singapura tersebut menimbulkan prejudis kepada Malaysia kerana menganggap Singapura sengaja melakukannya untuk mengalihkan kapal-kapal besar ke republiknya.

Page 19: Hubungan Malaysia-Singapura Present

• Pembinaan Pelabuhan Tg.Pelepas (PTP) di Johor telah berjaya menyaingi pelabuhan Singapura dari segi pengendalian kontena serta mengurangkan kepentingan pelabuhan di Singapura yang tersibuk di dunia.

• Singapura berasa terancam dengan kemampuan PTP kerana menjadi pesaing utama untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda.

Page 20: Hubungan Malaysia-Singapura Present

• Pembangunan pesat di Malaysia menyebabkan Singapura rasa kurang senang kerana bimbang ekonomi Singapura merosot.

• Perasaan terancam menjadi semakin menebal menerusi idea Projek Jambatan Indah yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir.

• Singapura menolak cadangan tersebut disebabkan untuk menjaga kepentingan ekonomi dan keselamatan pertahanan negaranya.

Page 21: Hubungan Malaysia-Singapura Present

PERBEZAAN PENDEKATAN DASAR LUARMalaysia

•mengamalkan sikap, berdiplomasi, lembut dan fleksibel semasa berurusan dengan Singapura.•mengutamakan sentimen kejiranan dan semangat setia kawan

Singapura•lebih kepada penyelesaian secara formal dan juga sering mencadangkan agar isu-isu yang timbul itu di bawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( International Court Of Justice).•sering melihat hubungannya dengan Malaysia lebih kepada bentuk yang legalistik tanpa menimbang perasaan kejiranan terhadap Malaysia•merasakan bahawa Malaysia sebagai saingan utama mereka•tidak ingin menerapkan pendekatan “Win-win Situation” dalam menguruskan sesuatu isu•Menjadi hak Singapura untuk mengekalkan kedaulatan dan keselamatan mereka

Page 22: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Aspek PertahananSm all country syndrome bermaksud berpegang kepada konsep mencari keseimbangan kuasa.

menjalinkan hubungan diplomatik dengan

Israel

mengambil keputusan untuk menerima beberapa penasihat ketenteraan Israel bagi mewujudkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang kuat dan disegani di rantau Asia Tenggara

meniru sistem pertahanan Israel

kerana Israel merupakan negara

kecil di timur tengah yang berjaya

mempertahankan diri daripada ancaman

orang arab dari Libya dan Syria.

Singapura

Hubungan baik Singapura dan Israel dibuktikan menerusi lawatan Presiden Israel iaitu Chaim Hertzog

ke Singapura pada tahun 1986

Singapura muncul sebagai negara yang mempunyai sistem pertahanan yang terkuat di Asia Tenggara hasil daripada bantuan

Israel.

Page 23: Hubungan Malaysia-Singapura Present

Singapura

menjalin hubungan ketenteraan dengan kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat

Sebuah negara ASEAN telah melanggar perjanjian dalam ZOPFAN (Zone of Peace

Freedom and Neutrality)

Kekuatan pertahanan dan ketenteraan Singapura adalah dua kali ganda dari

Malaysia sebuah negara jiran yang besar

Telah menjemput Amerika Syarikat untuk membuka pangkalan tentera

Page 24: Hubungan Malaysia-Singapura Present

MalaysiaHubungan

Singapura dan Israel

Hubungan Singapura dan

Amerika SyarikatCurigamenggambarkan sikap tidak

sensitif kerajaan Singapura terhadap sensitiviti orang Melayu

Singapura dan serantau

Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara kerana

sikap agresif Israel di Timur Tengah dan kezalimannya ke

atas rakyat Palestin

persepsi Singapura terhadap ancaman yang kononnya datang

dari jiran terdekatnya, dan bukannya dari luar wilayah

serantau

menggelar Singapura sebagai “Israel kedua”

Sedangkan Malaysia pada zaman Dr. Mahathir menjalankan pemerintahan antiBritish

menutup pintu orang Melayu Singapura daripada angkatan

tentera

Menjadikan hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia

semakin renggang

Page 25: Hubungan Malaysia-Singapura Present

PROVOKASI MEDIA

• Hubungan Malaysia Singapura bertambah tegang disebabkan oleh provokasi media massa.

• Pihak media yang sering menggembar-gemburkan isu-isu sensitif di antara Malaysia - Singapura.

• Isu-isu tersebut dihebahkan tanpa merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai. Tindakan ini menimbulkan kemarahan rakyat.

• Kedua-dua negara ini pernah menggunakan media massa untuk melancarkan perang akhbar antara satu sama lain untuk saling memburukkan.

Page 26: Hubungan Malaysia-Singapura Present

• Kedua-dua negara sering menggunakan isu minoriti sebagai wadah untuk diperbesarkan di mana ; Singapura mengatakan bahawa Malaysia telah

meminggirkan kaum Cina di negara itu manakala Malaysia pula menuduh Singapura meminggirkan kaum Melayu di Singapura.

• Menteri Mentor Singapura iaitu Lee Kuan Yew dalam akhbar New York Time pada 1 September 2010 juga melemparkan tuduhan yang mengatakan bahawa Malaysia tidak berlaku adil dan menyisihkan kaum-kaum lain.

Page 27: Hubungan Malaysia-Singapura Present

• Akhbar-akhbar Singapura telah menyiarkan mengenai jambatan baru yang dirancang oleh Malaysia untuk menyambungkan Tambak Johor dengan bahagian Singapura.

• Akhbar Singapura mengatakan projek yang dikendalikan oleh Malaysia selalu mengalami masalah jikalau ada negara lain yang terbabit.

• Jelas bahawa, Singapura memperkecilkan kebolehan Malaysia dalam mengendalikan sesuatu projek yang melibatkan Singapura dan juga mengatakan rancangan yang dikendalikan oleh Malaysia dianggap setengah masak sahaja.

Page 28: Hubungan Malaysia-Singapura Present

PENUTUP• Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura memerlukan persefahaman antara kedua-dua buah negara.

• Namun, persefahaman inilah yang sukar dicapai berikutan masing-masing mempunyai kecenderungan untuk menjaga

dan memelihara kedaulatan negara masing-masing. “…relationship with Malaysia was one of its most important and

complex foreignrelations’. (Lee Hsien Loong , 2002)

…hubungan dengan Malaysia adalah paling penting dan rumit . (Lee Hsien Loong , 2002)

Page 29: Hubungan Malaysia-Singapura Present

SYUKRAN…