kajian tindakan 4 musim

19
ABSTRAK Kajian ini dilakukan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah mengingati dengan tajuk yang berkaitan kejadian empat musim. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui analisis jawapan pelajar tentang soalan kejadian empat musim, didapati pelajar menghadapi kekeliruan untuk menentukan kedudukan bumi, urutan kejadian musim dan tarikh pada setiap musim. Intervensi yang digunakan iaitu teknik membuat kincir angin dan menulis cerita berdasarkan kata kunci pada setiap sayap kincir angin. Kincir angin ini dikenali sebagai “Kincir Angin Mac Donald”. Kincir angin tersebut dikaitkan dengan bulan Mac yang merupakan tarikh pada kedudukan bumi yang pertama. Teknik ini membantu pelajar memahami, mengingati dan merasa seronok apabila membuat kincir angin dan menulis cerita yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Justeru itu, teknik ini sangat berkesan kerana ia melibatkan aktiviti “hands oniaitu membuat kincir angin dan menulis cerita . Jadi objektif utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 4 Kualiti, SM All Saints, Likas meningkatkan kemahiran menguasaan kejadian empat musim. 1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya mula mengajar mata pelajaran Geografi pada Tingkatan 4 dan 5 semenjak 16 tahun yang lepas. Semasa menanda kertas 2 , Bahagian A soalan struktur nombor 6 atau 7 mata pelajaran Geografi, saya dapati ramai pelajar Tingkatan 4 tidak dapat memberikan jawapan yang tepat pada soalan yang berkaitan dengan kejadian empat musim. Soalan struktur tersebut melibatkan 10 markah, didapati kebanyakan pelajar hanya berjaya mendapat 5 markah ke bawah. Malah beberapa pelajar memberi jawapan yang kosong pada soalan tersebut. Masalah juga kelihatan di kertas 1 (Soalan Objektif), saya dapati ramai pelajar tidak dapat memberi jawapan yang betul bagi soalan yang berkaitan dengan kejadian empat musim. Faktor yang menyebabkan masalah ini berpunca daripada pelajar keliru dalam menentukan kedudukan bumi, kejadian musim dan tarikh pada setiap musim. Maka palajar juga turut keliru menjawab soalan yang berkaitan dengan kedudukan matahari pada

Upload: chong-mui-ling

Post on 02-Dec-2015

322 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

kajian tindakan tentang kejadian 4 musim

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan 4 Musim

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah mengingati dengan tajuk yang berkaitan kejadian empat musim. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui analisis jawapan pelajar tentang soalan kejadian empat musim, didapati pelajar menghadapi kekeliruan untuk menentukan kedudukan bumi, urutan kejadian musim dan tarikh pada setiap musim. Intervensi yang digunakan iaitu teknik membuat kincir angin dan menulis cerita berdasarkan kata kunci pada setiap sayap kincir angin. Kincir angin ini dikenali sebagai “Kincir Angin Mac Donald”. Kincir angin tersebut dikaitkan dengan bulan Mac yang merupakan tarikh pada kedudukan bumi yang pertama. Teknik ini membantu pelajar memahami, mengingati dan merasa seronok apabila membuat kincir angin dan menulis cerita yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Justeru itu, teknik ini sangat berkesan kerana ia melibatkan aktiviti “hands on” iaitu membuat kincir angin dan menulis cerita . Jadi objektif utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 4 Kualiti, SM All Saints, Likas meningkatkan kemahiran menguasaan kejadian empat musim.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya mula mengajar mata pelajaran Geografi pada Tingkatan 4 dan 5 semenjak 16 tahun yang lepas. Semasa menanda kertas 2 , Bahagian A soalan struktur nombor 6 atau 7 mata pelajaran Geografi, saya dapati ramai pelajar Tingkatan 4 tidak dapat memberikan jawapan yang tepat pada soalan yang berkaitan dengan kejadian empat musim. Soalan struktur tersebut melibatkan 10 markah, didapati kebanyakan pelajar hanya berjaya mendapat 5 markah ke bawah. Malah beberapa pelajar memberi jawapan yang kosong pada soalan tersebut. Masalah juga kelihatan di kertas 1 (Soalan Objektif), saya dapati ramai pelajar tidak dapat memberi jawapan yang betul bagi soalan yang berkaitan dengan kejadian empat musim.

Faktor yang menyebabkan masalah ini berpunca daripada pelajar keliru dalam menentukan kedudukan bumi, kejadian musim dan tarikh pada setiap musim. Maka palajar juga turut keliru menjawab soalan yang berkaitan dengan kedudukan matahari pada garisan lintang, perbezaan tempoh masa siang dan malam di hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa salah satu strategi untuk meningkatkan penguasaan pelajar menentukan kedudukan bumi, urutan kejadian musim dan tarikh ialah melalui teknik yang dikenali Kincir Angin Mac Donald telah diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 4 Kualiti untuk mengatasi masalah menjawab soalan yang berkaitan dengan kejadian empat musim.

2.0 FOKOS KAJIAN

Page 2: Kajian Tindakan 4 Musim

Berdasarkan masalah pelajar Tingkatan 4 Kualiti yang lemah dalam menguasai kemahiran menjawab soalan kejadian empat musim, kajian saya berfokus kepada teknik membuat kincir angin dan menulis cerita yang berdasarkan kata kunci pada kincir angin. Kajian ini adalah penting bagi pelajar tingkatan empat untuk menentukan kedudukan bumi, urutan kejadian musim dan tarikh.

Pelajar diberi gambaran secara visual tentang kedudukan matahari dan bumi mengedar mengeliling matahari mengikut orbitnya. Maka satu kincir angin telah dibuat iaitu matahari terletak di tengah-tengah kincir angin, terdapat empat sayap kincir dengan warna yang berkaitan dengan musim serta terdapat kata kunci pada setiap sayap kincir angin. Kajian juga disertai dengan satu cerita yang direka dengan berdasarkan kata kunci pada setiap sayap kincir angin.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF UMUM

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menguasai kejadian empat musim melalui teknik kincir angin Mac Donald dalam kalangan pelajar 4 Kualiti dan melihat sejauh manakah pembelajaran melalui membuat kincir angin dan menulis cerita berdasarkan kincir angin dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap soalan kejadian empat musim.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

i. Pelajar dapat menentukan kedudukan bumi mengeliling matahari secara tepat.

ii. Pelajar dapat menentukan urutan kejadian musim dan tarikh pada setiap musim.

iii. Pelajar dapat meningkatkan minat, motivasi dan keyakinan diri semasa menjawab soalan peperiksaan Geografi SPM.

iv. Pelajar dapat memperolehi markah cemerlang dalam peperiksaan Geografi SPM.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 48 orang pelajar Tingkatan 4 Kualiti yang menghadapi masalah pembelajaran kerana kadar penerimaan maklumat adalah agak lemah dan mereka merupakan satu-satunya kelas tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Geografi sebagai mata pelajaran pilihan. Analisis peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan hanya 29.0% pelajar lulus mata pelajaran Geografi. Ini menunjukkan mereka kurang keyakinan diri dan minat.

Page 3: Kajian Tindakan 4 Musim

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data

Langkah Dan Tarikh

Cara penilaian Kumpulan sasaran

Tujuan

Langkah 123/4/2013

Memeriksa lembaran kerja

48 orang pelajar 4K

Mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. (Lampiran 1)

Langkah 216/5/2013

Analisis Lisan 48 orang pelajar 4K

Analisis lisan dijalankan secara rawak seramai 10 orang untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.

Langkah 39/7/2013

Ujian Pra 48 orang pelajar 4K

Saya menjalankan Ujian Pra ke atas 48 orang pelajar 4K, untuk melihat tahap kemahiran menguasai kejadian empat musim. (Lampiran 2)

Langkah 410/7/2013

Perlaksanaan teknik menulis cerita berdasarkan kincir angin semasa P & P

48 orang pelajar 4K.

Teknik tersebut untuk menambah kefahaman dan penguasaan tajuk kejadian empat musim.

Langkah 517/7/2013

Ujian Pos 48 orang pelajar 4K

Ujian Pos dilakukan untuk melihat keberkesanan teknik tersebut.

Langkah 630/7/2013

Pemerhatian Guru pengkaji Pemerhatian dilakukan sendiri untuk mengenal pasti tahap keyakinan pelajar menjawab soalan.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Langkah 1 : Mengenal pasti masalah pelajar melalui semakan latihan lembaran kerja selepas tajuk kejadian empat musim diajar.

Page 4: Kajian Tindakan 4 Musim

Saya telah memeriksa lembaran kerja pelajar, didapati kebanyakan pelajar tidak menyiapkan latihan. Pelajar yang menyiapkan latihan juga tidak dapat jawapan yang betul.

Langkah 2 : Analisis lisan untuk mengetahui masalah pelajar.

Saya telah membuat analisis secara lisan untuk mengetahui masalah pelajar. Berikut adalah masalah-masalah yang diberikan:

Sukar membuat gambaran visual tentang peredaran bumi mengeliling matahari.

Keliru tentang arah peredaran bumi mengelilingi matahari. Tidak dapat mengingati setiap urutan kejadian musim dan tarikh pada

setiap musim. Kumpulan pelajar “Halus” (Harapan dan Lulus) lemah mengingati

kesinambungan musim demi musim dan tarikh-tarikh pada setiap musim.

Pelajar yang sentiasa gagal akan kehilangan arah tuju mereka dan tidak yakin diri sendiri dalam pelbagai aspek.

Langkah 3 : Perlaksanaan Ujian Pra

Saya telah menyediakan soalan ujian pra kepada 48 orang pelajar Tingkatan 4 Kualiti untuk menentukan kedudukan bumi, kejadian musim dan tarikh. (Lampiran 3). Berdasarkan jadual 2 dibawah menunjukkan bilangan pelajar yang boleh mendapat 7 hingga 10 markah tiada orang, bilangan yang mendapat 5 atau 6 markah hanya 5 orang (10.5%). Seramai 37 orang pelajar yang mendapat markah kurang daripada 5 markah (77.1%), dan 6 pelajar gagal mendapat sebarang markah. Saya membuat kesimpulan bahawa tahap penguasaan kejadian empat musim dalam Unit 5, tajuk 5.1 : Pergerakan bumi dan kesan-kesannya adalah sangat serius.

Jadual 2: Analisis Ujian Pra

Markah Bilangan %

10 0 09 0 08 0 07 0 06 3 6.35 2 4.2

Page 5: Kajian Tindakan 4 Musim

4 7 14.63 5 10.42 19 39.51 6 12.50 6 12.5

Jumlah 48 100%

Langkah 4 : Perlaksanaan teknik mereka cerita berdasarkan kincir angin pada masa pengajaran dan pembalajaran.

i. Pelajar didedahkan teknik menentukan kedudukan bumi, kejadian musim dan tarikh melalui kincir angin yang dibuat oleh saya.

ii. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan, bahan-bahan diedarkan untuk menghasilkan satu kincir angin.

iii. Pelajar diminta untuk menulis cerita berdasarkan kata kunci yang diberi. Beberapa skrip cerita dikongsi bersama dalam kelas.

iv. Pelajar diberikan latihan yang mengaplikasikan teknik di atas sebagai latihan pengukuhan.

v. Pendedahan teknik akan dilakukan secara berulang-ulang sekiranya ada lagi pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tentang kejadian empat musim.

Langkah 5 : Perlaksanaan Ujian Pos

Saya mengedarkan soalan ujian pos kepada pelajar Tingkatan 4 Kualiti untuk menilai tahap penguasaan kejadian empat musim. Jadual 3 menunjukkan bilangan pelajar yang boleh menjawab soalan kejadian empat musim meningkat dengan ketara. Keputusan menunjukkan tiada pelajar yang mendapat markah kurang daripada 3 markah.

Jadual 3 : Analisis Ujian Pos

Markah Bilangan %

10 0 09 3 6.38 5 10.47 1 2.16 17 35.45 20 41.64 2 4.23 0 02 0 01 0 00 0 0

Jumlah 48 100%

Page 6: Kajian Tindakan 4 Musim

Langkah 6 : Pemerhatian

Saya telah memerhati secara rawak kepada 10 orang pelajar, didapati pelajar mula ada keyakinan untuk menjawab soalan tentang kejadian empat musim.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan bahawa pelajar amat lemah dari aspek penguasaan kejadian empat musim. Ini kerana mereka kurang berminat pada masa mata pelajaran Geografi kerana mereka seolah-olah dipaksa mengambil mata pelajaran tersebut kerana hanya kelas 4K ditawarkan. Pelajar juga kurang keyakinan diri kerana mereka menganggap diri mereka berada di kelas yang lemah dan tidak berupaya mengambil mata pelajaran Geografi. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab membantu pelajar di kelas 4K .

Saya memberi penerangan tajuk kejadian empat musim dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang direka dan dikenali sebagai kincir angin Mac Doland. Terdapat empat sayap kincir angin. Setiap sayap kincir angin mempunyai warna yang berlainan dan dilabelkan dengan kata kunci tentang kejadian musim, dan tarikh.

i. Warna pada setiap sayap kincir angin membawa maksud tentang kejadian musim. Warna hijau menunjukkan musim bunga, warna merah menunjukkan musim panas, warna coklat menunjukkan musim luruh dan warna putih menunjukkan musim sejuk. (lampiran 3)

ii. Kedudukan sayap kincir angin, warna dan kata kunci:

Kedudukan Sayap

Warna Kata Kunci

Utara Hijau Ekuinoks musim bunga, 21 MacBarat Merah Soltis musim panas, 21 JunSelatan Coklat Ekuinoks musim luruh,23 SeptTimur Putih Soltis musim sejuk, 22 Dis

iii. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan, setiap kumpulan dibekalkan bahan-bahan untuk membuat satu kincir angin. Bahan-bahan seperti 5 kad warna yang terdiri daripada warna hijau, merah, coklat, putih dan jingga. Satu kad keras berukuran 1.5 inci lebar dan sebatang pen marker telah dibekalkan. Setiap kumpulan harus

Page 7: Kajian Tindakan 4 Musim

membuat kincir angin dengan merujuk kepada Kincir Angin Mac Donald yang telah saya reka.

iv. Untuk membantu pelajar mengingati urutan kejadian musim dan tarikh. Saya menulis satu cerita yang menarik berdasarkan kata kunci pada setiap sayap kincir angin.

Contoh cerita : Mac Donald membeli 21 kuntum bunga Ekuinoks. Mac Donald menghadiahkannya kepada Miss Soltis sempena Harijadi yang ke 21, pada hari yang panas. Tiba-tiba kelopak bunga Ekuinoks gugur, hanya tinggal 23 kelopak sahaja. Miss Soltis terasa sejuk, oh..oh! rupa-rupanya sudah pukul 22.00 malam.

Maksud Kata kunci ( perkataan yang digelapkan)Mac = bulan mac21 = 21 hari bulanBunga = musim bungaEkuinoks = kejadian musim

Soltis = kejadian musim21 = 21 hari bulanPanas = musim panas

Ekuinoks = kejadian musimGugur = musim luruh23 = 23 hari bulan

Soltis = kejadian musimSejuk = musim sejuk22 = 22 hari bulan

v. Kemudian pelajar diminta menulis satu cerita ciptaan sendiri dengan berdasarkan kata kunci pada setiap sayap kincir angin. Ini bertujuan pelajar lebih faham, lebih ingat dan lebih berkesan apabila mereka menulis cerita yang direka sendiri. (lampiran 4)

vi. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan menghasilkan kincir angin Mac Donald .(lampiran 3)

vii. Latihan pengukuhan diberikan supaya pelajar dapat applikasi apa yang telah direka oleh diri sendiri.

Page 8: Kajian Tindakan 4 Musim

viii. Saya menilai latihan yang telah dibuat oleh pelajar tadi dan memberi kata-kata semangat.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

Saya telah memulakan kajian tindakan ini selepas menyemak lembaran kerja yang dibuat oleh pelajar 4K iaitu pada 23/4/2013. Pada ketika itu saya amat risau kerana mereka satu-satu kelas yang mengambil mata pelajaran Geografi dalam SPM. Pencapaian mereka amat memperaruhi pencapaian mata pelajaran Geografi SPM secara keseluruhan. Justeru itu, saya telah berkesempatan menganalisis masalah pelajar tentang topik tersebut. Saya menjalankan ujian pra pada 9/7/2013. Saya membuat analisis jawapan pelajar untuk mendapat gambaran sebenar tahap penguasaan pelajar. Hasil ujian pra membuat diri saya sangat risau kerana tiada pelajar mendapat 10 markah penuh sebaliknya 6 orang pelajar tidak dapat sebarang markah.

Melihat keseriusan masalah yang dihadapai oleh pelajar di kelas 4K saya telah mengambil ikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini. Pada satu hari apabila saya makan tengah hari di kedai Mac Donald, perkataan Mac memberi idea saya bahawa bulan March ialah kedudukan bumi yang pertama dalam sistem peredaran bumi. Jikalau pelajar dapat mengingat bulan March ialah kedudukan bumi pertama, maka kedudukan bumi yang seterusnya tidak menjadi masalah. Kemudian saya telah menulis satu cerita tentang kisah cinta Mac Danald dan membuat satu bahan bantu mengajar iaitu kincir angin Mac Donald.

Hasil ini telah saya gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas 4 Kualiti. Setelah membuat pendedahan ini saya telah menjalankan ujian pos dengan menggunakan soalan yang sama dengan soalan ujian pra kepada semua pelajar semula pada 17/7/2013. Selepas menganalisis jawapan soalan ujian pos, saya amat gembira kerana ramai pelajar boleh menjawab soalan. Jadual 4 menunjukkan perbandingan keputusan antara ujian pra dan ujian pos. Selepas mengembalikan kertas Ujian Pos kepada pelajar, saya berkesempatan temubual dan memerhati beberapa orang pelajar. Didapati pelajar sangat gembira kerana mereka mendapat markah yang jauh lebih baik berbanding dengan ujian pra. Ramai pelajar selalu menyebut Mac D ! Mac D! Mac D. membeli bunga…..Ini menunjukkan pelajar merasa seronok kerana mereka dapat membuat hubungkait antara pelajaran dengan minat pelajar yang suka berkunjung ke kedai Mac Donald.

5.4 REFLEKSI KAJIAN

i. Teknik membuat kincir angin dan menulis cerita adalah berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar 4 Kualiti menentukan

Page 9: Kajian Tindakan 4 Musim

kedudukan bumi, kejadian musim dan tarikh. Ini dapat dilihat daripada keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos.

Jadual 4 : Analisis keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 5 : Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Jenis Ujian Bilangan pelajar mendapat5 markah ke atas

Peratus

Ujian Pra 5 2.1 Ujian Pos 43 89.6

Beza +38 +87.5

ii. Teknik ini hanya akan berkesan sekiranya pelajar membuat kincir angin Mac Donald dan cuba menulis cerita sendiri. Ini kerana apa yang mereka buat, ia lebih berkesan dan boleh ingat.

iii. Pelajar juga didapati lebih bersemangat dan mempunyai keyakinan serta minat terhadap mata pelajaran Geografi.

6.0 CADANGAN KAJIAN

Saya akan mengekalkan teknik ini untuk pengajaran dan pembelajaran saya pada masa hadapan. Ini kerana teknik membuat kincir angin dan menulis cerita sangat mudah dan berkesan untuk pelajar memahami dan mengingati sesuatu konsep. Bahan bantu mengajar sangat mudah dibuat dan murah, ia juga dapat dikaitkan antara empat kedudukan bumi dan warna sayap kincir menunjukkan musim. Saya berharap dapat menyebarkan kaedah ini kepada semua guru Geografi kerana kaedah ini

Ujian Pra Ujian Pos BezaMarkah Bilangan % Bilangan % %

10 0 0 0 0 -9 0 0 3 6.3 +6.38 0 0 5 10.4 +10.47 0 0 1 2.1 +2.16 3 6.3 17 35.4 +29.15 2 4.2 20 41.6 +37.44 7 14.6 2 4.2 -13.93 5 10.4 0 0 -10.42 19 39.5 0 0 -39.51 6 12.5 0 0 -12.50 6 12.5 0 0 -12.5

Jumlah 48 100% 48 100%

Page 10: Kajian Tindakan 4 Musim

dapat menyampaikan isi pembelajaran secara visual, mudah dan murah. Keadah ini akan digunakan untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga kerana topik kejadian empat musim sentiasa ditanya dalam peperiksaan PMR.

KINCIR ANGIN MAC DONALD DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN KEJADIAN EMPAT MUSIM

PELAJAR KELAS 4 KUALITI

CHONG MUI LING

Page 11: Kajian Tindakan 4 Musim

SM ALL SAINTSPETI SURAT 10520

88805 KOTA KINABALU

2013Lampiran 1 (Lembaran latihan)

1. Berikan jenis pergerakan bumi yang terdapat dalam rajah di atas.

_______________________________________________________ ( 1 markah)

2. Nyatakan tarikh bagi kedudukan bumi berikut:

(i) Kedudukan Bumi I :______________________________________________

(ii) Kedudukan Bumi II :______________________________________________

(iii) Kedudukan Bumi III : ______________________________________________

(iv) Kedudukan Bumi IV : ______________________________________________

(4 markah) 3. Nyatakan kejadian musim pada kedudukan bumi

(i) Kedudukan Bumi I :______________________________________________

(ii) Kedudukan Bumi II :______________________________________________

IIIV

Page 12: Kajian Tindakan 4 Musim

(iii) Kedudukan Bumi III : ______________________________________________

(iv) Kedudukan Bumi IV : ______________________________________________

(4 markah)

4. Tempoh masa bumi mengedar mengelilingi matahari

_________________________________ ( 1 markah)

Lampiran 2 (soalan ujian pra dan ujian pos)

1. Nyatakan tarikh bagi kedudukan bumi berikut:

(i) Kedudukan Bumi I :______________________________________________

(ii) Kedudukan Bumi II :______________________________________________

(iii) Kedudukan Bumi III : ______________________________________________

(iv) Kedudukan Bumi IV : ______________________________________________

(4 markah) 2. Nyatakan kejadian musim pada kedudukan bumi

(i) Kedudukan Bumi I :______________________________________________

(ii) Kedudukan Bumi II :______________________________________________

(iii) Kedudukan Bumi III : ______________________________________________

(iv) Kedudukan Bumi IV : ______________________________________________

IIIV

Page 13: Kajian Tindakan 4 Musim

(4 markah)

3. kedudukan bumi yang manakah apabila kedudukan bumi bersudut tepat pada garisan khatulistiwa.

______________________________________________________________( 1 markah)

4. Tempoh masa bumi mengedar mengelilingi matahari

_________________________________ ( 1 markah)

Lampiran 3

(Gambar Bahan Bantu Mengajar)

Kincir Angin Mac Donald

BBM yang dihasilkan oleh pelajar

Page 14: Kajian Tindakan 4 Musim

Lampiran 4 (Rekaan Cerita oleh pelajar)

Page 15: Kajian Tindakan 4 Musim
Page 16: Kajian Tindakan 4 Musim