munakahat, talaq

8
MUNAKAHAT, TALAQ. PENGERTIAN. Dalam Bahasa Arab : melepaskan atau meleraikan ikatan. Pada istilah syara’ : melepaskan ikatan nikah dari pihak suami dengan lafaz (perkataan) yang tertentu seperti talaq dan sebagainya. DALIL. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 229 ; Maksudnya : Talaq (yang boleh dirujuk kembali) itu hanya dua kali, sesudah itu suami diberi kelonggaran untuk rujuk semula dengan baik atau (kalau tidak ingin rujuk semula) hendaklah dilepaskan dengan baik. Dan sepertimana Hadith Rasulullah : “Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Alah selain dari talaq.” HIKMAT TALAQ. Tidak semua perkahwinan dapat berjalan aman bahagia, malah ada yang sentiasa bergolak dan berselisih faham disebabkan tiada bersefahaman suami isteri. Jadi untuk menyelesaikan masalah- masalah berikut Islam membolehkan suami menceraikan isterinya. ※ Dalam kehidupan suami isteri kadang-kadang terjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka seperti penyakit gila dan sebagainya. Maka Islam sebagai agama yang menghormati kebebasan manusia dan hak perseorangan membolehkan suami isteri berpisah seperti masing-masing tidak terkongkong- kongkong dengan keadaan-keadaan itu. ※ Islan tidak suka melihat umatnya kucar-kacir, malah ingin melihat setiap rumahtangga penganut-penganutnya aman tenteram, rukun dan damai serta bahagia.

Upload: jimoh370

Post on 21-Jun-2015

2.510 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

nota syariah tingkatan enam.

TRANSCRIPT

Page 1: Munakahat, talaq

MUNAKAHAT, TALAQ.

PENGERTIAN.

Dalam Bahasa Arab : melepaskan atau meleraikan ikatan.

Pada istilah syara’ : melepaskan ikatan nikah dari pihak suami dengan lafaz (perkataan) yang tertentu seperti talaq dan sebagainya.

DALIL.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 229 ;

Maksudnya : Talaq (yang boleh dirujuk kembali) itu hanya dua kali, sesudah itu suami diberi kelonggaran untuk rujuk semula dengan baik atau (kalau tidak ingin rujuk semula) hendaklah dilepaskan dengan baik.

Dan sepertimana Hadith Rasulullah :

“Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Alah selain dari talaq.”

HIKMAT TALAQ.

※ Tidak semua perkahwinan dapat berjalan aman bahagia, malah ada yang sentiasa bergolak dan berselisih faham disebabkan tiada bersefahaman suami isteri. Jadi untuk menyelesaikan masalah-masalah berikut Islam membolehkan suami menceraikan isterinya.

※ Dalam kehidupan suami isteri kadang-kadang terjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka seperti penyakit gila dan sebagainya. Maka Islam sebagai agama yang menghormati kebebasan manusia dan hak perseorangan membolehkan suami isteri berpisah seperti masing-masing tidak terkongkong-kongkong dengan keadaan-keadaan itu.

※ Islan tidak suka melihat umatnya kucar-kacir, malah ingin melihat setiap rumahtangga penganut-penganutnya aman tenteram, rukun dan damai serta bahagia.

※ huiyvru

HUKUM TALAQ.

Pada asalnya hukum talaq adalah HARUS. Tetapi boleh berubah kepada keadaan-keadaan tertentu, iaitu :

★ WAJIB.

Page 2: Munakahat, talaq

Apabila terjadi perselisihan suami isteri sehingga hakim berpendapat mereka perlu bercerai.

★ SUNAT.

Apabila suami isteri tidak sanggup untuk menanggung nafkah isteri dengan cukup atau isteri tidak menjaga kehormatannya.

★ MAKRUH.

Suami yang menceraikan isteri yang baik tingkah lakunya, taat kepada agama dan tidak ada apa-apa kesalahan.

★ HARAM.

- Menggugurkan talaq ketika isteri sedang haid dan nifas.- Mentalaq isteri sewaktu suci yang disetubuhi.

RUKUN TALAQ.

1. Suami.2. Isteri.3. Lafaz talaq.4. Niat.5. Wilayah (Kuasa).

SUAMI. - Baligh.- Berakal.- Dengan kemahuan sendiri.

ISTERI. - Hendaklah isteri yang sah.- Hendaklah isteri itu masih dalam kekuasaannya walaupun dalam

iddah raj’ie.

SIGHAH. - Sighah yang jelas atau kinayah.- Suami emmahami apa yang dilafazkan.- Menyebut nama isteri.- Dengan senghaja.

NIAT. - Suami berlafaz dengan talaq walaupun tanpa niat.- Tidak jatuh talaq bagi orang yang fakih (mengajar).

WILAYAH. - Suami yang merdeka memiliki 3 talaq atas isterinya.- Lelaki hamba memiliki 2 talaq.- Kuasa menceraikan terletak di tangan lelaki, bukan perempuan.

CARA-CARA MELAKUKAN TALAQ.

Page 3: Munakahat, talaq

† Talaq merupakan suatu perkara yang sensitif dan memberi kesan negatif kepada suami, isteri, anak-anak dan keluarga.

† Oleh itu talaq hendaklah dilakukan dengan berhati-hati.

† Menjatuhkan talaq mengikut cara yang dihalalkan oleh syarak.

† Menggunakan lafaz soreh dan lafaz kinayah (dengan niat).

† Menggunakan surat bertulis dengan niat atau membacanya.

† Melalui wakil yang dapat menyampaikan pesan talaq kepada isteri yang ditalaq.

† Menggunakan isyarat bagi orang yang tidak dapat bercakap atau tidak tahu menulis.

TALAQ DIHARUSKAN RUJUK.

TALAQ RAJ’IE ialah talaq yang membolehkan suami merujuk isteri untuk hidup bersama dalam naungan suami sesudah jatuh talaq TANPA perlu melakukan akad nikah dan mahar yang baru selama masih dalam tempoh iddah.

Syarat-syarat suami merujuk isterinya kembali :© Hanya dibolehkan bagi isteri yang telah disetubuhi.

© Isteri masih dalam tempoh iddah.

© Talaq yang dijatuhkan ialah talaq yang pertama dengan satu talaq atau talaq kedua yang sebelum telah dijatuhkan satu talaq.

© Bukan talaq ketiga, merana rujuk hanya boleh dua kali (dua bilangan talaq). Sementara bilangan ketiga menjadi talaq ba’in.

KESAN DARIPADA TALAQ RAJ’IE.

Mengurangkan bilangan talaq.

Membolehkan suami merujuk isterinya kembali selagi iddah isteri belum selesai.

Tamatnya ikatan perkahwinan apabila isteri selesai menjalani iddahnya dan suami tidak merujuk isterinya kembali.

Isteri yang ditalaq raj’ie dianggap sebagai isteri yang membolehkan suami melakukan perkara-perkara seperti :

1. Menyambung talaq.2. Menziharnya.3. Mengillanya.4. Meli’ankannya.5. Mempusakainya antara suami isteri sekiranya meninggal salah

seorang.

Page 4: Munakahat, talaq

TALAQ BA’IN.

Talaq terus menerus yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kembali dan isteri bebas daripada naungannya.

TALAQ BA’IN SUGHRA.

Talaq yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya untuk hidup bersama dalam naungannya selepas berlaku talaq melainkan dengan akad nikah dan mahar yang baharu.

Talaq yang termasuk dalam talaq ba’in ialah : Talaq raj’ie yang selesai iddah. Talaq keatas isteri yang tidak pernah disetubuhi. Talaq yang dilakukan secara khuluq (tebus talaq). Fasakh (membatalkan akad perkahwinan).

KESAN DARIPADA TALAQ BA’IN SUGHRA.

☆ Haram melakukan istimtak dan berkhalwat selepas talaq itu.

☆ Dapat mengurangkan bilangan talaq seperti talaq raj’ie.

☆ Tidak boleh mempusakai harta antara suami isteri sekiranya salah seorang meninggal dunia.

TALAQ BA’IN KUBRA.

Talaq yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kembali selepas berlaku talaq melainkan bekas isterinya selesai menjalani iddah dengan bekas suaminya dan berkahwin dengan lelaki lain secara sah dan bukan dirancang sehinggalah berlaku perceraian yang sah dan selesai menjalani iddah pula. Dengan itu barulah suami pertama diharuskan bernikah semuala dengan bekas isterinya itu dengan mahar yang baharu.

Talaq yang termasuk dalam talaq kubra ialah TALAK TIGA SEKALIGUS ATAU BERPERINGKAT-PERINGKAT.

KESAN DARIPADA TALAQ BA’IN KUBRA.

Hilang perkara yang dihalalkan kepada suami isteri secara seentak.

TALAQ BA'IN

BA'IN KUBRA.BA'IN SUGHRA

Page 5: Munakahat, talaq

Ditegah daripada mempusakai harta dari suami atau isteri jika salah seorang meninggal dunia.

Tidak ada talaq lagi selepas talaq tiga.

Suami tidak boleh rujuk semula kepada bekas isterinya melainkan isterinya telah berkah win lain dan diceraikan tanpa dirancang.

CARA MENJATUHKAN TALAQ 3.

1. TALAQ SEWAKTU IDDAH.

Menjatuhkan talaq tiga itu tiga kali pada masa yang berlainan seperti suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya kemudian dalam masa iddah ditalaq satu lagi kemudian masa iddah kedua ditalaqnya lagi dengan satu talaq.

2. TALAQ – KAHWIN – TALAQ – KAHWIN.

Suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya kemudian selepas selesai iddah dikahwininya semula kemudian ditalaqnya lagi. Setelah selesai iddah dikahwininya lagi kemudian ditalaqnya lagi.

3. MENGGUNAKAN PERKATAAN TALAQ TIGA.

Suami menjatuhkan talaq, seperti :

“Saya talaq awak dengan talaq tiga.”

ATAU,

“Saya talaq awak, saya talaq awak, saya talaq awak.”

Dengan cara diulang-ulang perkataan tersebut berturut-turut tiga kali.

suci.

haid.

suci.

haid.

suci.

Satu Talaq.

Dua Talaq.

Tiga Talaq.

DALAM MASA IDDAH.

Page 6: Munakahat, talaq

Beberapa pendapat mengenai perkara di atas :

Boleh jatuh talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga.

Tidak jatuh talaq sama sekali. Sabda Rasulullahyang bermaksud :

“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak menurut perintah kami maka pekerjaan itu ditolak.”

Jatuh talaq satu dan berlaku hukum-hukum talaq satu. Seperti sabda Rasulullah :

“Sesungguhnya Rakanah telah menjatuhkan talaq ke atas isterinya dengan talaq tiga pada tempat yang satu kemudian beliau merasa terlalu sedih terhadap perceraian itu, maka ….

Nabi s.a.w bertanya : “Bagaimana cara kamu menggugurkan talaq itu?”Rakanah menjawab : “Talaq tiga pada satu masa.”Nabi bersabda, “Sesungguhnya talaq yang demikian itu talaq …..”

ISTISNA DALAM TALAQ.

Mengurangkan maksud yang telah terdahulu dengan perkataan yang kemudian.

Contohnya, “Engkau ku talaq tiga, eh dua.”

Hukumnya TIDAK SAH dengan syarat :

Berhubung perkataan yang pertama dengan yang kedua, tidak diselangi perkataan yang tidak bersangkut paut dengan talaq atau diam yang lama.

Kalimah yang kedua tidak menghabisi maksud kalimah yang pertama, contohnya “Engkau tertalaq tiga melainkan satu gugur atau jatuh dua talaq.”

Tetapi sekiranya suami berkata, “Engkau tertalaq tiga melainkan tertalaq tiga.”Hukumnya gugur talaq tiga kerana kalimah kedua ‘melainkan tiga’ menghabiskan maksud kalimah pertama ‘engkau tertalaq tiga.’

TAKLIQ TALAQ.

★ Lafaz yang digantungkan atau dikaitkan dengan sesuatu yang lain, andainya sesuatu itu diperolehi atau dilakukan maka gugurlah talaq tersebut.

★ Contoh :

1. “Kalau awak keluar dari rumah ini tanpa mendapat kebenaran dariku maka gugur talaqmu.”

Page 7: Munakahat, talaq

2. “Kalau awak balik ke rumah ibu bapamu maka gugur talaqmu.”