multimedia

23
Isi Kandungan Kandungan Mukasur at Bahagian A 1.0 Pengenalan 2.0 Fungsi Multimedia dalam kurikulum pendidikan 3.0 Manfaat Multimedia dalam Kurikulum Pendidikan 4.0 Penutup 2 2 4 7 Bahagian B 1.0 Pengenalan 2.0 Cara menggalakkan Penggunaan Video 3.0 Manfaat kepada pelajar 4.0 Kesimpulan 8 11 11 14 Rujukan 16 1

Upload: sarahandi-api-abdullah

Post on 24-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Multimedia dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Multimedia

Isi Kandungan

Kandungan Mukasurat

Bahagian A

1.0 Pengenalan

2.0 Fungsi Multimedia dalam kurikulum pendidikan

3.0 Manfaat Multimedia dalam Kurikulum Pendidikan

4.0 Penutup

2

2

4

7

Bahagian B

1.0 Pengenalan

2.0 Cara menggalakkan Penggunaan Video

3.0 Manfaat kepada pelajar

4.0 Kesimpulan

8

11

11

14

Rujukan 16

1

Page 2: Multimedia

Bahagian A

1.0 Pengenalan

Pembelajaran dan pengajaran pada abad ke-21 merupakan satu cabaran yang amat besar kepada

golongan pendidik. Penggunaan teknologi yang meluas dan pendedahan awal kepada para

pelajar oleh ibubapa merupakan salah satu cabaran yang perlu pendidik ambil perhatian. Para

pelajar pada abad ini merupakan mereka yang telah mendapat pendedahan awal mengenai

teknologi sejak dari rumah lagi. Maka penggunaannya bukanlah perkara yang asing bagi mereka.

Sehubungan itu adalah perlu bagi golongan pendidik untuk menerapkan penggunaan multimedia

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menggantikan pendekatan tradisional di dalam kelas.

Golongan pendidik perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam memberi

pengetahuan yang berguna kepada para pelajar.  Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting

bagi pendidik untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia dalam memberi

pengetahuan yang lebih tepat kepada pelajar tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar

supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka.

Multimedia adalah kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus untuk

menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks

bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer.

Dalam tugasan ini dua perkara utama yang akan dibincangkan iaitu fungsi multimedia dan

manfaat multimedia dalam kurikulum pendidikan Negara. Perbincangan mengenai fungsi

multimedia akan memfokuskan kepada guru, pelajar dan juga matapelajaran yang diajar. Diikuti

dengan manfaat multimedia kepada kurikulum pendidikan.

2.0 Fungsi Multimedia dalam kurikulum pendidikan

Kehadiran multimedia dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta

kekangan yang sedia ada wujud dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam pembelajaran

tradisi. Dalam pembelajaran tradisional, kebanyakan bahan yang disampaikan oleh guru adalah

dalam bentuk teks. Malah terdapat juga teks yang panjang dan sukar untuk difahami. Teks isi

pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-

media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik.

2

Page 3: Multimedia

Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan

yang lebih menarik serta mampu meransangkan minda pelajar selain dari faktor ianya tidak

membosankan. Soalan-soalan latihan juga turut dimuatkan selepas setiap bahagian agar pelajar

dapat menilai tahap kefahamannya, di samping memperkukuhkan pembelajaran.

Justeru ini memudahkan guru untuk menyampaikan sesuatu konsep atau teori yang sukar di

dalam kelas. Penggunaan media seperti audio, video, grafik dan animasi misalnya menyebabkan

penerangan mengenai sesuatu perkataan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.

Selain itu, penggunaan media seperti video dan animasi dalam mempersembahkan proses ujikaji

atau eksperiman membolehkan seseorang pelajar memahami dan seterusnya menguasai konsep

yang diperlukan dengan lebih mudah.

Ini seterusnya akan menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan. Guru bertindak sebagai medium utama yang membimbing pelajar dari awal

sehingga akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Guru masih berperanan sebagai

pembimbing dalam aktiviti yang menggunakan media pengajaran sama ada aktiviti dijalankan

secara individu mahupun kumpulan.

Seterusnya penggunaan multimedia berfungsi sebagai pembelajaran arahan murid. Ini bermakna

media pengajaran boleh berfungsi tanpa kehadiran guru sebagai pemudahcara. Pelajar boleh

belajar melalui proses pembelajaran tanpa panduan guru. Pembelajaran arahan murid juga

dikenali sebagai pengajaran kendiri. Pembelajaran arahan murid ialah satu sistem pengajaran

yang sisi kandungannya telah dirancang, disusun dan disediakan dengan rapi supaya murid dapat

belajar dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran secara bersendirian. Isi kandungan

matapelajaran disusun mengikut urutan dan langkah-langkah pembelajaran. Murid boleh

mengikuti langkah-langkah itu mengikut kadar kecepatannya belajar.

Pelajar dibimbing secara terancang oleh media pengajaran yang digunakan mengikut

kemampuan murid itu sendiri. Media yang digunakan dalam situasi ini ilah media yang lengkap

dengan tujuan, objektif pembelajaran, cara menggunakan media melalui tutorial yang disediakan

secara terperinci tentang sesuatu topik dan akhir sekali pelajar boleh menilai pencapaian sendiri

melalui latihan yang disediakan dalam pakej media yang digunakan.

3

Page 4: Multimedia

Guru tidak perlu berhadapan dengan pelajar setiap masa. Penggunaan pelbagai media seperti

pengajaran terancang, modul, buku kerja, perisian, video dan tutorial dapat membantu guru

melaksanakan pengajaran mengikut kadar kebolehan dan kecepatan seseorang pelajar secara

individu untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Pelajar boleh memilih sendiri cara

belajar dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada guru untuk proses pembelajaran.

3.0 Manfaat Multimedia dalam Kurikulum Pendidikan

Menggunakan multimedia dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran juga dikatakan

menggalakkan pelajar untuk menjadi seorang yang mampu berfikir secara kritikal,

menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari dan menyusun maklumat,

bermotivasi dalam pembelajaran dan sebagainya. Ianya juga menggalakkan pembelajaran aktif

berlaku di samping pembelajaran secara kolaboratif dan juga kooperatif. Ini seterusnya

menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan di dalam kehidupan sebenar khususnya

di dalam kerjaya profesional mereka kelak.

Apabila para pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara aktif, mereka

akan mendapati proses pembelajaran lebih menyeronokkan serta memberi kepuasan berbanding

proses pembelajaran yang dilalui secara pasif. Dalam keadaan yang sedemikian, proses

pembelajaran seseorang pelajar akan ditingkatkan sama ada secara kendiri mahupun melalui

kerjasama di kalangan ahli dalam kumpulan. Persekitaran pembelajaran sebegini juga mampu

menyediakan pelajar dalam menangani proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi

sama ada dari sudut interaksi mahupun tingkah laku.

Multimedia juga mampu untuk membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran sesuatu

matapelajaran yang merangkumi:

i. Ujikaji

Penggunaan media seperti video dan animasi dalam mempersembahkan proses ujikaji atau

eksperiman membolehkan seseorang pelajar memahami dan seterusnya menguasai konsepyang

diperlukan dengan lebih mudah. Selain dari itu, sebarang aktiviti dalam ujikaji sepertitindakbalas

bahan kimia juga boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa wujudnyakerisauan akibat

penggunaan bahan kimia yang merbahaya atau proses kerja yang mungkin memudaratkan

kesihatan.

4

Page 5: Multimedia

Kos penyelenggaraan atau pelaksanaan ujikaji yang mahal juga dapat ditangani menerusi

penggunaan aplikasi multimedia yang sebegini. Program multimedia seperti ini juga

membolehkan para pelajar memilih bahan kimia,reagen, kepekatan, isipadu bahan kimia dan

sebagainya mengikut keperluan individu. Ini bermakna walaupun setiap pelajar mungkin

menggunakan program yang sama tetapi mereka boleh menghasilkan keputusan yang berasaskan

keperluan dan kreativiti merekasendiri.

ii. Bahan Sejarah

Belajar sejarah juga menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan bantuan multimedia

Bahan-bahan sejarah boleh direkabentuk bagi menghasilkan persembahan secara lebih hidup

dengan menggabungkan konsep gambar sebenar, animasi 3D dan sebagainya. Pelajar juga boleh

melihat video keadaan sebenar tanpa perlu bergerak atau melawat ke lokasi sebenar yang

mungkin memerlukan perbelajaan yang lebih tinggi. Ini secara tidak langsung membolehkan

seseorang pelajar meletakkan diri mereka dalam situasi yang lebih mudah untuk memahami

sesuatu perkara yang telah lama berlaku.

iii. Sumber Rujukan Elektronik

Sumber rujukan elektronik merupakan contoh penggunaan multimedia yang paling meluasd

igunakan. Ensaiklopedia, tutorial interaktif, buku elektronik dan sebagainya merupakan beberapa

contoh bagaimana multimedia boleh digunakan sebagai sumber rujukan elektronik. Dengan

bantuan sumber rujukan elektronik, seseorang pelajar boleh mencari sesuatu maklumat yang

diperlukan dengan lebih mudah. Penggunaan kata kunci atau frasa membolehkan maklumat yang

diperlukan diperolehi dengan segera dengan rujukan tambahan turut disediakan sama sebagai

sokongan. Kebanyakan aplikasi sumber rujukan elektronik juga menyediakan komponen

multimedia yang boleh memberi maklumat secaralebih hidup melalui penggunaan kesan bunyi,

suara, gambar, video dan animasi.

iv. Pendidikan Permainan dan Hiburan

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin menarik sekiranya ia diselang

selikandengan elemen-elemen yang menghiburkan serta mampu memikat hati pelajar. Ini

dapatdiperolehi menerusi aplikasi multimedia pendidikan yang menggunakan pendekatan

berhibur sambil belajar ataupun bermain sambil belajar. Permainan yang berbentuk penerokaan

5

Page 6: Multimedia

misalnya mampu merangsang pemikiran pelajar dalam proses pencarianmaklumat atau

penyelsaian masalah. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu ilmu pengetahuan yang

bermakna boleh dipindahkan semasa seseorang pelajar bermain. Inijuga menjadikan proses

belajar sesuatu yang menyeronokkan dan bukan lagi dianggapsesuatu yang membebankan.

Manfaat daripada penggunaan multimedia boleh dilihat sebagai sumber pengalaman dan

maklumat, medium penyampaian mesej yang jelas dan pengajaran yang lebih tersusun. Media

bolh memperkayakan pengalaman pelajar melalui rakaman peristiwa salinan seperti video, filem,

televisyen mahupun internet. Sesuatu topik yang diajar menjadi lebih dekat dengan pelajar.

Perkara yang berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan atau dipindahkan ke dalam bentuk

video dan di bawa ke bilik darjah. Jika pelajar tidak pernah melihat salji, filem yang

menunjukkan musim sejuk dari luar Negara dapat memberikan satu suasana yang membolehkan

murid seakan-akan mengalami sendiri peristiwa tersebut.

Media pengajaran juga boleh bertindak sebagai sumber maklumat dan boleh dijadikan bahan

rujukan kepada pelajar. Dewasa ini laman web digunakan secara meluas dalam kalangan pelajar

untuk mencari maklumat berkaitan dengan topik tertentu. Proses memuat naik maklumat hyga

dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Manfaat yang seterusnya adalah multimedia mampu untuk menjadi medium penyampaian mesej

yang jelas. Media sebagai mediyn yang membantu guru bagi menyampaikan pengajaran kepada

pelajar. Multimedia digunakan untuk memudahkan guru dan pelajar berinteraksi dalam

hubungan dua hala untuk menghasilkan tindakbalas. Penyampaian maklumat oleh guru kepada

murid menjadi lebih berkesan dengan menggunakan gambar atau symbol yang lebik konkrit,

gambar yang lebih besar atau juga penggunaan video interaktif.

Melalui multimedia, segala maklumat dapat diperjelas kepada murid dan memudahkan mereka

memahami konsep dan maklumat disampaikan kerana penggunaan teks, gambar, animasi, muzik

dan bunyi dapat memberikan penjelasan yang lebih baik. Proses pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan media pengajaran lebih berkesan dan mendatangkan hasil yang lebioh baik

kerana penggunaan multimedia melibatkan pancaindera seperti mendengar, melihat, merasa dan

menyentuh.

6

Page 7: Multimedia

Multimedia juga membantu guru untuk menyediakan bahan pengajaran yang lebih tersusun.

Guru menyalurkan maklumat epada pelajar mengikut langkah demi langkah yang telah

dirancang rapi dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran. Penggunaan multimedia dalam

proses pengajaran dan pembelajaran membantu guru untuk menarik minat pelajar agar dapat

menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pengajaran dan pemnbelajaran. Seseorang guru

memerlukan media sebagai pembantu bagi menyalurkan maklumat. Contohnya, penerangan

tentang kawasan gurun dapat dibantu melalui gambar atau video kawasan gurun.

4.0 Penutup

Sebagai kesimpulannya, multimedia memainkan peranan yang penting kerana pelajar

memerlukan satu pembelajaran yang menarik bagi memastikan proses menimba ilmu dalam

kalangan mereka lebih berkesan. Oleh itu, guru-guru perlu menggunakan pengajaran yang

berorientasi penggunaan multimedia agar proses pengajaran dan pembelajaran itu mudah dan

cepat dperoleh para pelajar. Sehubungan itu, kemahiran yang tinggi juga diperlukan bagi

menggabungkan pelbagai media tersebut di dalam satu produk multimedia terutamanya dalam

bidang pendidikan. Ini kerana aspek-aspek seperti reka bentuk grafik, pemilihan audio, cara

mempersembahkan animasi, pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira dalam

membangunkan sesebuah produk multimedia agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan lebih berkesan.

Bilangan Perkataan: 1601

7

Page 8: Multimedia

Bahagian B

1.0 Pengenalan

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistic

berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media

(seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang demikian,

penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi

motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu

membawa unsur realistic atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung

akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata. Penggunaan

video dalam pengajaran merupakan salah satu inovasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang dilihat dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar di dalam

kelas.

Pada zaman yang serba canggih ini, media pengajaran semakin rancak diterapkan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran, seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Penggunaan audio

dan video telah dikenali sebagai salah satu saluran komunikasi dan menjadi asas kepada bidang

teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, seseorang guru mendapat faedah dan

kemudahan kerana media pengajaran menjadi cabang dalam membantu guru meningkatkan

minat dan kefahaman murid-murid terhadap pembelajaran.

Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran semakin meluas dan media merupakan

salah satu saluran komunikasi dalam pembelajaran. Manakala mesej pengajaran yang

disampaikan pula menarik dan sedikit sebanyak dapat meransang pemikiran, perasaan, minat dan

perhatian pelajar. Justeru, dua isu utama yang akan dibincangkan dalam tugasan ini iaitu cara

untuk merangsang guru mengaplikasikan video dalam pengajaran dan impak penggunaan video

kepada pelajar.

Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada apabila ianya

digunakan secara sendirian apatah lagi apabila diintegrasikan bersama di dalam sesebuah

aplikasi multimedia atau laman web pendidikan. Berikutnya merupakan sebahagian daripada

8

Page 9: Multimedia

kelebihan penggunaan video di dalam aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

i. Maklumat Lebih Realistik

Video mampu mempersembahan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai

keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka

berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

ii. Mampu Merangsang Pelbagai Deria

Video juga merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain (seperti audio,

grafik dan sebagainya). Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses

penyampaian sesuatu mesej kerana media yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan

pelbagai media mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.

iii. Memudahkan Proses Pengulangan

Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang

boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu proses kerja

di makmal boleh dirakamkan dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila

masa yang diperlukan. Pelajar juga boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk

kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan.

iv. Meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman

seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa

memerlukan tenaga pengajar disamping mereka sepanjang masa.

v. Mampu Meraih Emosi dan Mengubah Sikap

Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi seseorang

dengan lebih mudah berbanding penggunaan imej atau media lain yang statik sifatnya. Sebagai

9

Page 10: Multimedia

contoh, dalam proses menyampaikan mesej mengenai bahaya peperangan, paparan video yang

memaparkan keadaan mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi kesan kepada emosi

penonton dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara tidak langsung boleh

mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas.

vi. Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar

Walaupun sifat asas sesuatu klip video digital adalah dinamik tetapi ianya mampu dikawal

menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian. Para pelajar boleh memainkan

video, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klip-klip video digital yang disediakan

mengikut keperluan dan tahap kemahiran masing- masing. Ini secara tidak langsung

membolehkan sesuatu proses pembelajaran dilakukan mengikut keperluan dan tahap penerimaan

pelajar dan bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata.

vii. Membentuk Kemahiran dengan Lebih Pantas dan Berkesan

Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti kemahiran menggunakan perisian

komputer, kemahiran melakukan ujikaji, kemahiran mengendalikan peralatan dan sebagainya,

demonstrasi atau tunjuk ajar secara langsung amat diperlukan. Ini bagi membantu proses

membina kefahaman dan seterusnya membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video

digital boleh digunakan bagi membantu dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih

pantas dan berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video mengikut

keperluan dan tahap kefahaman masing-masing.

viii. Menjimatkan Masa, Tenaga dan Perbelanjaan

Proses penyediaan elemen video digital biasanya memerlukan perkakasan atau perisian khas

yang agak mahal harganya. Namun demikian dari segi jangka panjang, ianya merupakan satu

pelaburan yang bijak kerana ianya mampu menjimatkan sama ada dari aspek masa, tenaga dan

juga kos perbelanjaan. Masa persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang

misalnya boleh diringkaskan kerana klip-klip video yang berkaitan dengan keperluan telah

disediakan lebih awal. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas dan

mudah menerusi penggunaan video digital yang ditayangkan. Penerangan yang panjang lebar

serta sesi demonstrasi yang meleret-leret juga tidak diperlukan lagi. Ini adalah kerana proses

10

Page 11: Multimedia

penerangan menerusi video yang menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara

latar mampu memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar.

2.0 Cara Mengalakkan Penggunaan Video

Dalam menggalakkan guru untuk menggunakan aplikasi video dalam pengajaran, guru perlulah

terlebih dahulu diberikan pendedahan kepada penggunaannya di dalam kelas. Guru juga perlu

mengetahui mengenai kebaikan menggunakan video di dalam kelas. Pada masa yang sama guru

perlulah dilatih untuk mengintegrasikan penggunaan video di dalam kelas. Perubahan teknologi

yang berlaku dengan pantas pada hari ini memerlukan institusi sekolah membuat persediaan dari

segi pengetahuan dan kepakaran berkaitan dengan pelaksanaan e-Pembelajaran dalam sekolah

masing-masing.

Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru yang terlibat perlu diberi latihan melalui beberapa

kursus tentang pengetahuan dan kemahiran penggunaan peralatan berteknologi yang disediakan

oleh Kementerian Pendidikan. Selain itu, guru-guru juga perlu diberi pendedahan meluas tentang

kaedah penggunaan aplikasi Internet seperti e-mel, ‘newsproup’, protokol perpindahan fail dan

‘telnet’ dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan ini boleh diperluaskan melalui

kursus-kursus Internet sama ada kursus jangka panjang atau jangka pendek dan dikendalikan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Latihan dan Perkembangan Staf, Jabatan

Pendidikan Teknikal. Ini adalah kerana melalui kursus-kursus sebegini lebih ramai guru

berpeluang untuk menimba pengetahuan dan kepakaran tentang aplikasi Internet dan seterusnya

boleh mengendalikannya.

Langkah seterusnya adalah sokongan daripada pihak pentadbir dalam penggunaan teknologi

video di dalam kelas. Tanpa adanya sokongan daripada pihak pentadbir dan atasan maka akan

sia-sialah kemahiran yang ada pada seseorang guru. Insentif dan galakkan boleh diberikan

kepada guru yang melaksanakan invosi di dalam kelas semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan guru ingin mempelajari bagaimana untuk menggunakan teknologi

pendidikan dengan berkesan, tetapi mereka kekurangan kerangka konsep, masa, akses komputer

dan sokongan yang diperlukan untuk berbuat begitu.

3.0 Manfaat Kepada Pelajar

11

Page 12: Multimedia

Apa yang diperlukan oleh mereka ialah program pengembangan profesional berterusan dan

terancang, yang diasaskan oleh model teori, berkaitan dengan objektif kurikulum,

menggabungkan aktiviti penilaian formatif dan dipelihara dengan kewangan mencukupi serta

sokongan staf. Semua aspek ini perlu diambil kira jika mereka ingin menggunakan teknologi

dengan berkesan bagi memperbaiki pembelajaran pelajar.

Kemudahan dan faksiliti yang mencukupi juga mampu untuk merangsang guru dalam

menggunakan video semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tanpa kemudahan

yang mencukupi, adalah sukar bagi seorang guru untuk menjalankan aktiviti yang disediakan.

Prasarana ini haruslah disediakan terlebih dahulu dan perlulah dalam keadaan yang boleh

digunakan. Oleh itu penyelenggaraan sistem perlulah dilaksanakan dari masa ke semasa bagi

memastikan kemudahan dapat digunakan.

Penggunaan Video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minda kreatif

pelajar dan membebaskan mereka daripada kongkongan pembelajaran tradisional yang

berpusatkan guru. Di dalam kelas pelajar hanya mendengar input daripada guru dan tiada

komunikasi dua hala berlaku. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang

membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran tradisional.

Aplikasi video terletak dalam kategori konstruktif yang membenarkan seseorang pengguna untuk

terlibat secara lebih aktif khususnya di dalam membentuk (construct) pengetahuan mereka

sendiri semasa menyelesaikan tugas tertentu yang disediakan oleh sistem. Aplikasi video dari

kategori ini semakin digemari ramai kerana ianya didapati lebih berkesan di dalam menyalurkan

pegetahuan yang lebih bermakna kepada pelajar. Pembelajaran berasaskan masalah,

pembelajaran berasaskan kes dan pembelajaran berasaskan projek merupakan beberapa startegi

pembelajaran yang sering digunakan bagi membangunkan aplikasi multimedia pendidikan yang

sedemikian.

Selain itu penggunaan video dalam pengajaran akan memberikan keseronokan kepada pelajar.

Keseronokan belajar akan memberikan motivasi kepada pelajar di sekolah untuk terus mengikuti

proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan nilai moral dalam diri murid dewasa ini

memerlukan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang mampu menimbulkan minat

pelajar. Cara tradisi sudah tentu tidak meninggalkan kesan kepada murid di alaf baru. Inovasi

12

Page 13: Multimedia

dalam pendidikan dapat merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik kerana mereka juga

teruja dengan penggunaan kemajuan teknologi.

Pelajar akan lebih jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan guru kerana penggunaan video

yang lebih jelas akan memudahkan pemahaman pelajar tentang konsep. Sesuatu penerangan dan

gambaran secara menyeluruh dapat diberikan dan dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian

melalui video. Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep. Dengan adanya gabungan teks, grafik,

audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh

guru. Ini kerana pelajar di dalam kelas mempunyai cara pembelajaran yang berbeza, justeru

penggunaan video dapat memberikan peluang kepada semua pelajar untuk belajar dengan lebih

berkesan.

Di samping itu, penggunaan video dalam pembelajaran akan dapat meningkatkan pemahaman

dan pengekalan informasi dalam ingatan. Penggunaan pelbagai media yang dinamik

membolehkan seseorang memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya

menyimpan informasi yang diterima ke ingatan jangka panjang. Elemen-elemen multimedia

yang ditawarkan juga disamping berupaya menarik perhatian ianya juga mampu membantu

seseorang pelajar untuk melakukan proses visualisasi.

Ini secara tidak langsung mampu membentuk kefahaman terhadap sesuatu konsep, proses, idea

dan sebagainya dengan lebih pantas dan jelas. Sifat semulajadi media tersebut yang menyokong

proses interaksi juga turut membantu membentuk persekitaran pembelajaran serta pelajar yang

lebih aktif. Penggunaan video juga di dapati berkeupayaan untukmembentuk kefahaman serta

kemahiran seseorang pelajar pada peringkat yang lebih tinggi. Ini memandangkan pendekatan

berasaskan video yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar dapat membantu dalam

pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks. Ini seterusnya membantu atau memudahkan

proses capaian maklumat tersebut di masa hadapan apabila diperlukan dalam menyelesaikan

masalah atau menangani keperluan yang lain.

Proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia

menerima pelbagai pengukuhan dalam pelbagai bentuk dalam masa yang singkat. Oleh yang

demikian, penggunaan gambar atau imej adalah lebih baik dari teks kerana ia mempunyai nilai

13

Page 14: Multimedia

seni dan berdasarkan pengalaman semulajadi manusia. Menambahkan bunyi-bunyian dan

animasi juga membantu deria penglihatan dan deria pendengaran untuk lebih aktif dalam proses

pembelajaran. Konsep interaktiviti dalam multimedia pula melibatkan pusat otak manusia yang

seterusnya meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan memudahkan para

pelajar untuk mengingat intipati pelajaran yang telah dipelajari.

4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, teknologi kini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek

kehidupan manusia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dunia pendidikan juga

tidak terkecuali dari merasai bahang dari teknologi tersebut dan ianya semakin ketara sejak

akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama

ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring

dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi memastikan sistem pendidikan yang

dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan

masyarakat semasa.

Penggunaan video dapat meningkatkan mutu pengajaran dan seterusnya membina pembelajaran

yang menyeronokkan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Salah satu sifat yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran ialah sifat mudah lupa dan lalai.

Kadang-kadang sesuatu soalan itu mudah, tetapi sifat lupa dan lalai menyebabkan pelajar itu

membuat kesilapan. Untuk membantu supaya pelajar jangan mudah lupa dan lalai, maka aktiviti

penggunaan teknologi multimedia boleh digunakan untuk mereka membuat refleksi tentang

apakah konsep dan kemahiran yang mereka telah pelajari.

Kaedah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan amat penting dalam memberikan

kefahaman kepada pelajar. Jika pelajar tidak faham, mereka akan menjadi lemah dan seterusnya

tidak dapat menguasai pelajaran.  Jadi, wajarlah penggunaan teknologi multimedia ini digunakan

di dalam kelas bagi menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran agar pengajaran menjadi

lebih berkesan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Keberkesanan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah merujuk kepada

kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya

serta kemampuan pelajar sendiri untuk mengakses dan belajar daripada bahan yang disediakan.

14

Page 15: Multimedia

Ini kerana jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, maka guru dan pelajar tidak

dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan e-Pembelajaran

dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Sehubungan itu, masih banyak ruang kosong

yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan video, terutamanya dalam era globablisasi di mana ilmu boleh didapati

hanya di hujung jari sahaja yang memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan.

(2048 patah perkataan)

15

Page 16: Multimedia

Rujukan

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publications:

Bentong

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan Kepada Multimedia , Kuala Lumpur

Norasiah Abdullah, Nur Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009) Teknologi

dalam pengajaran dan pendidikan Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Norizan Abdul Razak (2000) Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa:

menangani perubahan. Dlm. Abdul Rahman Embong (pnyt). Negara pasaran &

pemodenan Malaysia. Hlm.291-304 Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Rosnani Mahmud & Mohd Arif Ismail (2008) Pengintegrasian teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) dalam pembestarian sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia

16