muhammad najmuddin bin karim a143439 · web viewahkir sekali, melalui karnival bimp, saya telah...

7
MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439 LAPORAN HHHC 9701 PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN Pendahuluan (HHHC 9701) Keusahawanan adalah aktiviti sebagai seorang usahawan, yang boleh ditakrifkan sebagai yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi. Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat . Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber- sumber manusia , kewangan , dan teknologi , serta sumber alam semula jadi . Objektif (Karnival Business Is My Passion (BIMP)) Menjadi satu medium untuk mahasiswa/i meneroka teknik penting dalam bidang keusahawanan. Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan sesuatu aktiviti mengikut kreativiti dan acuan mereka sendiri. Melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran generik yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan. Perjalanan Projek (Karnival BIMP)

Upload: others

Post on 24-Jan-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

LAPORAN HHHC 9701 PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Pendahuluan (HHHC 9701)

Keusahawanan adalah aktiviti sebagai seorang usahawan, yang boleh ditakrifkan sebagai yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta sumber alam semula jadi.

Objektif (Karnival Business Is My Passion (BIMP))

Menjadi satu medium untuk mahasiswa/i meneroka teknik penting dalam bidang keusahawanan.

Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan sesuatu aktiviti mengikut kreativiti dan acuan mereka sendiri.

Melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran generik yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan.

Perjalanan Projek (Karnival BIMP)

Karnival BIMP (Business Is My Passion) telah diadakan pada 16-20 Disember 2013 yang lalu di Pusanika,UKM. Perancangan bermula pada awal bulan Oktober dan saya telah memegang tugas sebagai Pengarah Protokol.Berikut merupakan antara tugas-tugas yang telah saya laksanakan:1)membuat jualan sepanjang minggu Karnival BIMP2)menyediakan teks ucapan MC sempena majlis penutup dan ceramah keusahawanan3)menganjurkan ceramah keusahawanan dan mencari penceramah yang sesuai untuk memberi pendedahan berkaitan keusahawanan dan pengurusan. 4)menyediakan aturcara majlis penutup dan memastikan majlis penutup berjalan lancar.

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Bagaimana Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan dicapai melalui pelaksanaan Karnival BIMP ?

Melalui Karnival BIMP terutamanya semasa ceramah keusahawanan,saya telah terdedah kepada peluang-peluang yang mampu diterokai untuk mengubah gaya hidup mahasiswa/i di samping dapat mengubah persepsi sebahagian masyarakat yang berpandangan bahawa kerja makan gaji sahaja dapat menjamin kelangsungan hidup mereka. Saya telah berurusan dengan Tuan Zakir (penceramah)ketika saya terlibat dalam penganjuran ceramah keusahawanan. Ini telah menunjukkan kemampuan saya dalam mengurus dan melaksanakan projek yang berasaskan pengurusan dan keusahawanan.

Dari segi pengurusan pula,saya selaku Pengarah Protokol telah bekerjasama dengan AJK-AJK Protokol yang lain untuk memastikan salah satu aktiviti semasa Karnival BIMP iaitu Ceramah Keusahawanan berjalan lancar dan mencapai matlamat. Lampiran 1 menujukkan poster ceramah keusahawanan tersebut.

Lampiran 1

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Di samping itu,saya juga telah mempelajari untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan yang dilakukan sepanjang minggu Karnival BIMP berlangsung. Pelbagai kerenah pelanggan dapat dilihat dan masalah-masalah juga dikenal pasti dan cara penyelesaian juga diiktiarkan. Berikut merupakan pautan video yang menunjukkan saya dan ajk-ajk yang lain memikirkan strategi yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi iaitu kekurangan pelanggan. Video ini menunjukkan saya mampu dalam mengenalpasti masalah dan membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah. Saya juga berkemahiran dalam menjana idea perniagaan dengan memikirkan alternatif atau strategi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jualan harian. https://www.youtube.com/watch?v=veaiQpUzLAY&feature=youtu.be

Ahkir sekali, melalui Karnival BIMP, saya telah mempelajari cara-cara yang betul untuk memastikan program berjalan lancar dan belajar asas-asas perniagaan. Selain itu,saya juga belajar untuk menggunakan kemahiran keusahawanan dalam melaksanakan Karnival BIMP.

Lampiran 2:Penglibatan semasa ceramah keusahawanan

Lampiran 3: Penyediaan makanan di gerai jualan

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Lampiran 4: Pembuktian video

http://www.youtube.com/watch?v=kXl54caKH1k&feature=youtu.be

http://www.youtube.com/watch?v=v06vUebTsKI&feature=youtu.be

MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN KARIM A143439

Refleksi

Melalui Karnival BIMP yang telah saya laksanakan, saya lebih terdedah kepada asas-asas keusahawanan dan pengurusan untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan ahli pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat

Saya juga berharap pengalaman yang saya perolehi dalam penglibatan Karnival BIMP ini dapat digunakan pada masa akan datang sama ada semasa penganjuran program-program pada semester yang akan datang atau digunakan semasa bekerja nanti.