muhammad ahmad kamal's class | welcome students ... · web view9.7 kod angka - abjad selain data...
TRANSCRIPT
9.0 Pengenalan
Sistem nombor perduaan atau binari adalah sangat penting untuk sistem berdigit. Walaubagaimanapun sistem nombor lain tidak kurang pentingnya. Sistem nombor perpuluhan adalah penting untuk mewakili kuantiti-kuantiti di luar sistem digit. Oleh itu terdapat keadaan di mana nombor perpuluhan perlu ditukarkan ke nombor perduaan. Contohnya apabila menekan nombor perpuluhan pada mesin kira atau komputer, litar di dalamnya akan menukarkan nombor perpuluhan ke nilai perduaan.
Untuk berinteraksi dengan dunia luar, komputer dan semua sistem digit mesti menggunakan sistem nombor perpuluhan sebagai input yang kemudiannya ditukarkan ke nombor perduaan kerana sistem ini sahaja difahami oleh kebanyakan manusia.
Sistem nombor lain yang tidak kurang pentingnya di dalam sistem berdigit ialah nombor perlapanan (oktal) dan nombor perenambelasan (Heksadesimal). Kedua-dua nombor ini boleh digunakan untuk mewakili nombor perduaan yang besar. Sistem nombor ini amat penting untuk memahami asas sistem mikropemproses.
9.1 Sistem nombor perpuluhan atau desimal( Decimal )
Nombor desimal adalah satu sistem nombor yang luas penggunaannya di dalam kehidupan seharian kita. Contohnya untuk mengira wang, kita mesti menggunakan sistem nombor desimal, oleh itu ketika pelajar mula diperkenalkan dengan sistem nombor, sistem inilah yang perlu dipelajari terlebih dahulu.
Apabila menjumlahkan nombor desimal, sebarang hasil setiap digit pada tertib-n yang melebihi 9 perlu ditolak dengan 10. Kemudian kita perlu mengambil digit yang ditolak tadi sebagai pembawa bagi digit tertib –n+1. Apabila menolak, sebarang nombor yang ditolak sepatutnya lebih kecil dari nombor yang ditolak, jika tidak kita perlu meminjam dari digit yang lebih besar.
9.2 Sistem nombor perduaan atau binari ( Binary )
Sistem nombor binari sangat penting dalam komputer berdigit. Sistem nombor ini mempunyai dua digit asas iaitu 0 dan 1 sahaja. Nombor ini ditanda dengan 2 sebagai pembawah pada hujung LSB nombor tersebut.
Contoh 9.2a
1 1 0 1 12 = 24 + 23 + 0 + 21 + 20
= 16 + 8 + 2 + 1
= 2710
Contoh 9.2b
1 1 0 1 . 1 12 = 23 + 22 + 0 + 20 + 2-1 + 2-2
= 8 + 4 + 1 + 0.5 + 0.25
= 13.7510
Apabila mencampur nombor binari, pastikan nombor ini tidak boleh melebihi 1. Sebarang hasil jumlah perlu ditolak dengan 2 jika melebihi 1 dan bakinya itu adalah hasil yang sebenarnya sementara 2 yang telah ditolak tadi jangan pula diabaikan sebaliknya diambil sebagai pembawa untuk pemberat yang lebih besar berikutnya.
Contoh 9.2c
1 0 1 0
+ 1 1 1 1
1 1 0 0 1
Apabila menolak nombor binari, sebarang nombor yang kurang daripada nombor yang hendak ditolak perlu dipinjam dari digit pada tertib yang lebih besar. Perhatikan contoh di bawah :
Contoh 9.2d
1 0 1 0
- 0 1 1 1
0 0 1 1
9.2.1 Penukaran perduaan kepada perpuluhan
Nombor perduaan boleh ditukarkan kepada nilai perpuluhan dengan menjumlahkan semua nilai pada kedudukan dalam nombor perduaan yang mengandungi angka 1.
Contoh 9.2.1(a)
1 0 1 1 0 1 0 12 = 27 + 25 + 24 + 22 + 20
= 18110
Contoh 9.2.1(b)
1 0 1 . 12 = ( 1 x 22 ) + ( 0 x 21 ) + ( 1 x 20 ) + ( 1 x 2-1 )
= 5.5 10
9.2.2 Penukaran perpuluhan ke perduaan
Bagi operasi penukaran perpuluhan ke perduaan pula, semua digit yang berada disebelah kiri titik perpuluhan perlu dibahagi dengan 2 sehingga bakinya sifar. Untuk digit di kanan titik perpuluhan pula perlu didarab dengan 2 sehingga nombor bulat dihasilkan. Bagi kebanyakan aplikasi nombor bulat tidak boleh dicapai, oleh itu kita cuma perlu mendarab sehingga beberapa titik perpuluhan.
Contoh 9.2.2(a)
2 5 = 12 + baki 1
2
1 2 = 6 + baki 0
2
6 = 3 + baki 0
2
3 = 1 + baki 1
2
1 = 0 + baki 1
2
2510 = 1 1 0 0 1 2
Contoh 9.2.2(b)
37 = 18.5 baki 1 ( LSB )
2
18 = 9.0 baki 0
2
9 = 4.5 baki 1
2
4 = 2.0 baki 0
2
2 = 1.0 baki 0
2
1 = 0.5 baki 1 ( MSB )
2
3710 = 1 0 0 1 0 1 2
9.3 Sistem nombor perlapanan / oktal ( Octal )
Sistem nombor oktal sangat penting dalam komputer berdigit. Sistem nombor ini mempunyai lapan digit asas 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. Nombor ini ditanda dengan angka 8 sebagai pembawah pada hujung LSB nombor tersebut.
Contoh 9.3a
1 2 3 48 = (1 x 83 ) + ( 2 x 82 ) + ( 3 x 81 ) + ( 4 x 80 )
= 66810
Apabila mencampur nombor oktal, pastikan nombor ini tidak boleh melebihi 7. Sebarang hasil jumlah perlu ditolak dengan 8 jika melebihi 7 dan bakinya itu adalah hasil yang sebenarnya sementara 8 yang telah ditolak tadi jangan diabaikan sebaliknya diambil sebagai pembawa untuk pemberat yang berikutnya.
Contoh 9.3b
5 6 4 8
+ 7 7 7 8
1 5 6 3 8
Apabila menolak nombor oktal, sebarang nombor yang kurang daripada nombor yang hendak ditolak perlu dipinjam dari digit tertib yang lebih besar.
Contoh 9.3c
6 2 1 8
- 2 6 7 8
3 3 2 8
9.3.1 Penukaran perlapanan ke perpuluhan dan sebaliknya.
Untuk menukarkan nombor perlapanan ke nombor perpuluhan, semua digit didarabkan dengan tertib kuasa-n tersebut.
Operasi menukarkan nombor perpuluhan ke nombor oktal, semua digit yang berada di sebelah kiri titik perpuluhan perlu dibahagi dengan 8 sehingga bakinya sifar. Semua baki adalah jawapan anda. Bagi digit di kanan titik perpuluhan pula perlu didarab dengan 8 sehingga nombor bulat dihasilkan. Bagi kebanyakan aplikasi, nombor bulat tidak boelh dicapai, oleh itu kita cuma perlu mendarab sehingga beberapa titik perpuluhan.
Contoh 9.3.1(a)
372 8 = ( 3 X 82 ) + ( 7 X 81 ) + ( 2 X 80 )
= 2 5 0 10
24.6 8 = ( 2 X 81 ) + ( 4 X 80 ) + ( 6 X 8-1 )
= 20.75 10
Contoh 9.3.2(a)
2 6 6 = 33 baki 2 ( LSB )
8
33 = 4 baki 1
8
4 = 0 baki 4 ( MSB )
8
26610 = 4 1 2 8
Contoh 9.3.2(b)
156.78 10
156 = 19 baki 4 ( LSB )
8
19 = 2 baki 3
8
2 = 0 baki 2 ( MSB )
8
0.78 x 8 = 6.24
0.24 x 8 = 1.92
0.92 x 8 = 7.36
0.36 x 8 = 2.88
156.78 10 = 234 . 61728
9.3.2 Penukaran perlapanan ke perduaan dan sebaliknya.
Penukaran daripada perlapanan ke perduaan dilakukan dengan menukar setiap digit perlapanan kepada nilai 3 bit perduaannya. Kelapan-lapan digit mungkin ditukarkan seperti dalam Jadual 9-1.
Jadual 9-1
Digit Pelapanan 0 1 2 3 4 5 6 7
Persamaan Binari 000 001 010 011 100 101 110 111
Contoh 9.3.2(a)
4 7 28 = 1 0 0 1 1 1 0 1 0 2
4 7 2
5 4 3 18 = 1 0 1 1 0 0 0 1 1 0 0 1 2
5 4 3 1
Bagi operasi penukaran perduaan ke perlapanan, bit-bit dari
Pada nombor perduaan dikumpulkan kepada kumpulan 3 bit bermula daripada LSB. Kemudian setiap kumpulan ditukarkan kepada nilai perlapanan masing-masing (Jadual 9-1).
Contoh 9.3.2(b)
1 0 0 1 1 1 0 1 02 = 1 0 0 1 1 1 0 1 0
4 7 2 8
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DENGAN MEMBUAT SEMUA SOALAN DI BAWAH . SEMAKLAH JAWAPAN ANDA DI HALAMAN BERIKUT . SELAMAT MENCUBA ! ! !
9a-1 Tukarkan 6 1 48 ke nilai perpuluhan.
9a-2. Tukarkan 8 310 ke nilai perlapanan.
9a-3. Tukarkan 2 4.68 ke nilai perpuluhan.
9a-4. Tukarkan 2 5 010 ke nilai perlapanan.
9a-5. Tukarkan nombor perduaan berikut ke nilai perpuluhan :
(a) 0 0 1 1 0 0 2
(b) 0 0 0 0 1 12
(c) 0 1 1 1 0 0 2
(d) 1 1 1 1 0 0 2
(e) 1 1 1 0 0 . 0 1 1 2
9a-6 Tukarkan nombor perpuluhan berikut ke nilai perduaan :
(a) 6 4
(b) 5 0 0
(c) 3 4 . 7 5
(d) 2 5 . 2 5
(e) 27. 1 8 7 5
SUDAH MENCUBA ? BANDINGKAN JAWAPAN ANDA DENGAN JAWAPAN PADA HALAMAN DI BAWAH :
9a-1. 3 9 6 10
9a-2. 1 2 38
9a-3. 2 0 . 7 510
9a-4. 3 7 28
9a-5. (a) 1 210
(b) 310
(c) 2 810
(d) 6 010
9a-6. (a) 1 0 0 0 0 0 02
(b) 1 1 1 1 1 0 1 0 02
(c) 1 0 0 0 1 0 . 1 12
(d) 1 1 0 0 1 . 0 12
(e) 1 1 0 1 1 . 0 0 1 12
9.4 Sistem nombor perenambelasan / heksadesimal.
Sistem nombor heksadesimal sangat penting dalam komputer berdigit. Sistem nombor ini mempunyai 16 digit asas iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E dan F. Nombor ini ditanda dengan 16 sebagai pembawah pada hujung LSB nombor tersebut.
Contoh 9.4a
A B C D16 = (10 x 163 ) + ( 11 x 162 ) + (12 x 161 ) + ( 13 x 160 )
= 4 3 9 8 110
Apabila mencampur nombor heksadesimal, pastikan nombor itu tidak
15. Sebarang hasiljumlah perlu ditolak dengan 16 jika melebihi 15
dan bakinya itu adalah hasil yang sebenarnya. Nombor 16 yang telah ditolak tadi jangan diabaikan tetapi sebaliknya diambil sebagai pembawa untuk pemberat yang lebih besar berikutnya.
Contoh 9.4b
A B C
+ 7 7 7
1 2 3 3
Apabila menolak nombor heksadesimal, sebarang nombor yang kurang daripada nombor yang hendak ditolak perlu dipinjam dari digit pada tertib yang lebih besar.
Contoh 9.4c
6 2 116
- 2 6 716
3 B A16
9.4.1 Penukaran perenambelasan ke perduaan dan sebaliknya.
Seperti sistem nombor oktal, sistem nombor heksadesimal digunakan sebagai kaedah ringkas bagi mewakili nombor perduaan. Agak mudah untuk menukarkan nombor heks ke perduaan. Setiap digit heks ditukarkan perduaan 4 bit yang senilai dengannya.
Penukaran perduaan ke heksadesimal adalah songsangan daripada proses di atas. Nombor perduaan dikumpulkan kepada kumpulan-kumpulan 4 bit dan setiap kumpulan ditukarkan kepada digit perenambelasan yang senilai dengannya.
Contoh 9.4.1(a)
9 F 216 = 10 0 1 1 1 1 1 0 0 1 0 2
9 F 2
Contoh 9.4.2 (b)
A B F . 216 = 1 0 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 . 0 0 1 0 2
A B F 2
1011101001102 = 1 0 1 1 1 0 1 0 0 1 1 0
B A 6
= B A 616
11011101011.11 = 1 1 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 . 1 1 0 0
= D E B . C
9.4.2 Penukaran perenambelasan ke perpuluhan dan sebaliknya.
Untuk menukarkan nombor heksadesimal ke nilai perpuluhan, semua digit didarabkan dengan tertib kuasa-n digit tersebut.
Bagi operasi menukarkan nombor perpuluhan ke nombor heksadesimal, semua digit yang berada di sebelah kiri titik perpuluhan perlu dibahagi dengan 16 sehingga bakinya sifar. Bagi digit di kanan titik perpuluhan pula perlu didarab dengan 16 sehingga nombor bulat dihasilkan. Namun begitu bagi kebanyakan aplikasi, nombor bulat tidak boleh dicapai. Oleh itu kita cuma perlu mendarab sehingga beberapa titik perpuluhan.
Contoh 9.4.2(a)
3 5 616 = ( 3 x 162 ) + ( 5 x 161 ) + ( 6 x 160 )
= 8 5 410
3 4 5 .216 = ( 3 x 162 ) + ( 4 x 161 ) + ( 5 x 160 ) + ( 2 x 16-1 )
= 8 3 7 . 1 2 510
Contoh 9.4.2(b)
Tukarkan 4 2 3 10 kepada nilai heksadesimal.
4 2 3 = 2 6 baki 7 ( LSB )
1 6
2 6 = 1 baki 10
1 6
1 = 0 baki 1( MSB )
1 6
4 2 310 = 1 A 7 16
Contoh 9.4.2 (c)
Tukarkan 312.7810 kepada nilai heksadesimal.
3 1 2 = 19 baki 8 ( LSB )
1 6
1 9 = 1 baki 3
1 6
1 = 0 baki 1 ( MSB )
1 6
0.78 x 16 = 12.48
0.48 x 16 = 7.68
0.68 x 16 = 10.88
0.88 x 16 = 14.08
156.7810 = 1 3 8 . C7AE
9.5 Sistem Nombor Bertanda
Nombor bertanda terdiri daripada nombor pelengkap-1 dan nombor pelengkap-2. Bagi semua nombor binari yang positif, nombor pelengkap-1 adalah sama dengan nombor binari. Untuk nombor binari yang negatif, nombor pelengkap 1 adalah songsangan daripada nombor binari tersebut.
Contoh 9.5a
+ 15 = + 0 0 0 0 1 1 1 12 ( pelengkap-1 yang positif )
- 12 = - 0 0 0 0 1 1 0 02 = 1 1 1 1 0 0 1 1 ( songsangan nombor binari )
Bagi semua nombor binari yang positif, nombor pelengkap 2 adalah sama dengan nombor binari. Untuk nombor binari yang negatif, nombor pelengkap 2 adalah songsangan dari nombor binari dan dicampur 1.
Contoh 9.5b
+ 15 = + 0 0 0 0 1 1 1 12 ( nombor pelengkap 2 yang positif )
- 12 = - 0 0 0 0 1 1 0 02 = 1 1111 0100 ( nombor pelengkap 2 –ve )
Aritmetik pelengkap-2
Kes 1 : Kedua-dua nombor adalah positif .
Contoh 9.5c
+ 1210 + ( 1410 )
+ 12 = + 0 0 0 0 1 1 0 02 0 0 0 0 1 1 0 0 P’2
+ 14 = + 0 0 0 0 1 1 1 02 0 0 0 0 1 1 1 0 P’2
0 0 0 1 1 0 1 0 P’2
Kes 2 : Nombor positif lebih besar dari nombor negatif.
Contoh 9.5d
-1210 + ( 1410 )
-12 = - 0 0 0 0 1 1 0 02 1 1 1 1 0 1 0 0 P’2
+14 = + 0 0 0 0 1 1 1 02 0 0 0 0 1 1 1 0P’2
1 0 0 0 0 0 1 0P’2
Sebarang pembawa yang terhasil iaitu bit yang ke 9 perlu diabaikan.
Kes 3 : Nombor negatif positif lebih besar dari nombor positif.
Contoh 9.5e
+1210 + ( -1410 )
+12 = + 0 0 0 0 1 1 0 02 0 0 0 0 1 1 0 0 P’2
- 14 = - 0 0 0 0 1 1 1 02 + 1 1 1 1 0 0 1 0 P’2
1 1 1 1 1 1 1 0 P’2
Kes 4 : Kedua – dua nombor adalah negatif.
Contoh 9.5f
-1210 + ( -1410 )
- 12 = - 0 0 0 0 1 1 0 02 1 1 1 1 0 1 0 0P’2
- 14 = - 0 0 0 0 1 1 1 02 +1 1 1 1 0 0 1 0P’2
1 1 1 1 0 0 1 1 0P’2
Contoh9.5g
-1110 - ( - 1910 )
-11 = - 0 0 0 0 1 0 1 12 1 1 1 1 0 1 0 1P’2
-19 = - 0 0 0 1 0 0 1 12 - 1 1 1 0 1 1 0 1P’2
0 0 0 0 1 0 0 0P’2
Abaikan bit yang ke 9.
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DENGAN MEMBUAT AKTIVITI DI BAWAH .
SEMAKLAH JAWAPAN ANDA DI HALAMAN BERIKUT. SELAMAT MENCUBA ! ! !
9b-1 Tukarkan nombor perduaan berikut kepada nombor perpuluhan :
a) 001100
b) 000011
c) 011100
d) 111111
e) 11100.011
f) 110011.10011
9b-2 Tukarkan nombor perenambelasan berikut ke nombor perpuluhan :
a) D52
b) ABCD
c) 67E
d) F.4
e) 888.8
f) EBA.C
9b-3 Tukarkan nombor perduaan berikut kepada nombor perenambelasan :
a) 1001.1111
b) 10000.1
c) 110101.011001
9b-4 Tukarkan nombor perpuluhan bertanda berikut kepada nombor pelengkap-2.
a) +13
b) +110
c) – 25
9b-5 Tukarkan nombor pelengkap-2 berikut kepada nombor perpuluhan bertanda .
a) 0111 0000
b) 0001 1111
c) 1101 1001
SUDAH MENCUBA ? BANDINGKAN JAWAPAN ANDA DENGAN JAWAPAN PADA HALAMAN DI BAWAH :
9b-1a) 12
b) 3
c) 28
d) 63
e) 28.375f) 51.59375
9b-2a) 3410b) 43981c) 1662
d) 15.52e) 2184.5f) 3770.75
9b-3a) 9.F
b) 10.8
c) 35.64
9b-4 a) 0000 1101b) 0110 1110c) 1110 0111
9b-5a) + 12
b) +31
c) –39
9.6 Kod Perpuluhan Terkod Perduaan ( BCD – Binary Coded Decimal )
Jika setiap digit bagi nombor perpuluhan diwakili oleh nilai perduaannya ini akan menghasilkan satu kod yang dikenali sebagai kod perpuluhan terkod perduaan ( diringkaskan sebagai BCD ). Oleh kerana digit perpuluhan mempunyai angka terbesar iaitu 9, 4 bit diperlukan untuk mengkodkan setiap digit.
Terdapat berbagai jenis kod BCD, contohnya kod 7421, 6311, 5421 , 5311, 5211, 4221, 3321, 2421 dan 8421. Walaubagaimanapun kod yang paling popular digunakan ialah kod 8421. Sila rujuk Jadual 9-2 yang menunjukkan beberapa contoh kod BCD.
Jadual 9-2 Kod-kod BCD 4 bit
Desimal
5421
5311
4221
3321
2421
8421
7421
0
0000
0000
0000
0000
0000
0000
0000
1
0001
0001
0001
0001
0001
0001
0001
2
0010
0011
0010
0010
0010
0010
0010
3
0011
0100
0011
0011
0011
0011
0011
4
0100
0101
1000
0101
0100
0100
0100
5
1000
1000
0111
1010
1011
0101
0101
6
1001
1001
1100
1100
1100
0110
0110
7
1010
1011
1101
1101
1101
0111
1000
8
1011
1100
1110
1110
1110
1000
1001
9
1100
1101
1111
1111
1111
1001
1010
9.6.1 Menukarkan kod BCD 8421 ke perduaan dan sebaliknya.
Adalah mustahak untuk mengetahui bahawa kod BCD bukanlah satu sistem nombor perduaan. Ia sebenarnya adalah satu sistem perpuluhan dengan setiap terkod dengan nilai perduaan. Untuk menjelaskannya, marilah kita lihat beberapa contoh kod BCD.
Contoh 9.6.1(a)
1 3 7 10 = 10001001 2 ( perduaan )
1 3 7 10 = 0001 0011 0111 ( BCD )
Contoh 9.6.1(b)
Tukarkan 0111 0101 1000BCD ke nombor desimal.
Penyelesaian
0111 0101 1000
7 5 8
0111 0101 1000BCD = 75810
Contoh 9.6.1(c)
Tukarkan 0110 0100 1011BCD ke nombor desimal.
Penyelesaian
0110 0100 1011
6 4 *
* Tidak boleh ditukar kerana nilai 1101 tidak sah dalam kod BCD.
9.7 Kod angka - abjad
Selain data angka, komputer mesti berupaya mengelolakan maklumat bukan angka. Dengan erti kata lain, komputer harus mengenali kod yang mewakili huruf abjad, tanda seruan serta aksara yang khas dan nombor. Kod ini dikenali sebagai kod angka-abjad. Salah satu kod angka-abjad yang akan kita bincangkan ialah kod ASCII.
Kod Piawai Amerika untuk Pertukaran Maklumat ( ASCII ) adalah kod angka-abjad yang paling kerap digunakan pada kebanyakan mikrokomputer, minikomputer dan dalam banyak komputer jenis kerangka utama. Kod ASCII adalah kod 7 bit, jadi ia mempunyai 27 = 128 kemungkinan kumpulan kod. Jadual 9-3 menunjukkan sebahagian senarai kod ASCII.
Jadual 9-3 Kod ASCII
MSB
LSB
Binary
000
001
010
011
100
101
110
111
Binary
Hex
0
1
2
3
4
5
6
7
0000
0
Nul
Del
sp
0
@
P
p
0001
1
Soh
Dc1
1
1
A
Q
a
q
0010
2
Stx
Dc2
“
2
B
R
b
r
0011
3
Etx
Dc3
#
3
C
S
c
s
0100
4
Eot
Dc4
$
4
D
T
d
t
0101
5
End
Nak
%
5
E
U
e
u
0110
6
Ack
Syn
&
6
F
V
f
v
0111
7
Bel
Etb
‘
7
G
W
g
w
1000
8
Bs
Can
(
8
H
X
h
x
1001
9
HT
Em
)
9
I
Y
i
y
1010
A
LF
Sub
.
:
J
Z
j
z
1011
B
VT
Esc
+
;
K
k
1100
C
FF
FS
,
<
L
l
1101
D
CR
GS
-
=
M
m
1110
E
SO
RS
.
>
N
n
1111
F
SI
US
/
?
O
o
Contoh 9.7 (a)
Berikut adalah utusan yang dikodkan dalam kod ASCII. Apakah maksud utusan ini ?
a) 54 4F 4C 4F 45 47
b) 48 45 4C 4C 4F
c) 41 50 41 4B 48 41 42 41 52
Penyelasaian
a) T O L O N G
b) H E L L O
c) A P A K H A B A R
( Rujuk Jadual 9-3 Kod ASCII )
Contoh 9.7 (b)
Seorang pengendali menaip dalam aturcara BASIC pada papan kekunci mikokomputer tertentu. Tentukan kod yang akan dimasukkan ke dalam ingatan bila pengendali menaip ayat BASIC berikut :
GO TO 25
Penyelesaian
47 4F 20 54 4F 20 32 35
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DENGAN MEMBUAT SEMUA SOALAN DI BAWAH . SEMAKLAH JAWAPAN ANDA DI HALAMAN BERIKUT. SELAMAT MENCUBA ! ! !
9c-1 Tukarkan nombor BCD berikut kepada nombor perpuluhan :
a) 1010
b) 0001 0111
c) 1000 0110
d) 0101 0100 0011
e) 0011 0010. 1001 0100
9c-2 Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada nombor BCD :
a) 6
b) 13
c) 99.9
d) 872.8
e) 145.6
9c-3 Kesalahan semasa penghantaran data di dalam sistem digital boleh dikesan
dengan menggunakan bit ………………….. .
9c-4 Kod binari yang menunjukkan nombor dan aksara dikenali dengan kod ………
9c-5 Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada nombor BCD :
a) 10
b) 342
c) 679.8
d) 500.6
SUDAH MENCUBA ? BANDINGKAN JAWAPAN ANDA DENGAN JAWPAN PADA HALAMAN DI BAWAH.
9c-1 a) Tidak sah
b) 17
c) 86
d) 543
e) 32.94
9c-2 a) 0110
b) 0001 0011
c) 1001 1001 . 1001
d) 1000 0111 0010 . 1000
e) 0001 0100 0101. 0110
9c-3 Bit pariti
9c-4 Kod ASCII
9c-5 a) 0001 0000
b) 0011 0100 0010
c) 0110 0111 1001 . 1000
d) 0101 0000 0000 . 0110
TAHNIAH ! ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN. SILA CUBA SEMUA SOALAN DI BAWAH DAN SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUT. SELAMAT MENCUBA SEMOGA ANDA BERJAYA !
SOALAN 1
a) Apakah yang dimaksudkan dengan kod ASCII ?
b) Merujuk kepada jadual kod ASCII , dapatkan nombor perenambelasan untuk perkataan berikut :-
i) E1002 SIS DIGIT
ii) LOT 654
iii) X – Y = Z
c) Berikut adalah utusan yang dikodkan dalam kod ASCII. Apakah maksud utusan ini ?
100 1000 100 0101 100 1100 101 0000
SOALAN 2
a) Tukarkan nombor desimal berikut ke nombor BCD
i) 35
ii) 98
iii) 170
b) Tukarkan kod BCD berikut ke nombor desimal.
i) 1000 0110
ii) 0011 0101 0001
c) Campurkan nombor-nombor BCD berikut :
i) 0011 + 0100
ii) 0010 0011 + 0001 0101
iii) 1000 0110 + 0001 0011
iv) 0100 0101 0000 + 0100 0001 0111
SOALAN 3
a) Apakah maksud istilah-istilah berikut :
i) Kod angka- abjad
ii) Bit tanda
iii) Digit
b) Campurkan nombor bertanda berikut :
0100 0100 + 0000 1011 + 0000 1110 + 0001 0010
c) Selesaikan masalah penolakan nombor bertanda berikut :
0000 1000 - 0000 0011
1000 1000 - 1110 0010
SOALAN 4
a) Tukarkan nombor perenambelasan ke nombor desimal.
i) E 516
ii) B 2 F 816
b) Selesaikan masalah berikut :
i) D F16 + A C16
ii) 8 416 - 2 A16
iii) C 316 - 0 B16
iv) 0100 0101 0000 BCD + 0100 0001 0111 BCD
SUDAH MENJAWAP KESEMUA SOALAN ? BANDINGKAN JAWAPAN ANDA DENGAN HALAMAN DI BAWAH .
PENILAIAN KENDIRI
SOALAN 1
a) Kod ASCII ialah kod piawai Amerika untuk pertukaran maklumat. Ia adalah kod angka abjad yang terdiri daripada nombor , huruf dan tanda-tanda bacaan. Kod ini paling kerap digunakan pada kebanyakan sistem komputer.
b) I) 45 1002 20 53 49 53 20 44 49 47 49 54
ii) 4C 4F 54 20 36 35 34
iii) 58 20 59 3D 5A
c) 100 10002 = 4816 = H
100 01012 = 4516 = E
100 11002 = 4C16 = L
101 00002 = 5016 = P
SOALAN 2
a) (i) 3 5 (ii) 9 8 (iii) 1 7 0
0011 0101 1001 1000 0001 0111 0000
b) (i) 1000 0110 (ii) 0011 0101 0001
8 6 3 5 1
c) (i) 0011 3 (ii) 0010 0011 23
+ 0100 +4 +0001 0101 + 15
0111 7 0011 1000 38
(iii) 1000 0110 86 (iv) 0100 0101 0000 450
+0001 0011 + 13 +0100 0001 0111 + 417
1001 1001 99 1000 0110 0111 867
PASTIKAN BIT KE 4 TIDAK MELEBIHI 9 ATAU NILAI BDC TIDAH SAH.
SOALAN 3
a) (i) Kod angka abjad ialah kod yang terdiri daripada nombor, huruf dan tanda-tanda bacaan.
(ii) Bit tanda ialah bit yang paling kiri sekali bagi nombor binary yang menentukan nombor tersebut positif (logik 0) atau negatif (logik 1).
(iii) Digit ialah simbol yang digunakan untuk menyatakan kuantiti.
b) 0000 0100 68
+0000 1011 +27
0100 1111 95
+0000 1110 +14
0110 1101 109
+0001 0010 + 18
0111 1111 127
c) 8 - 3 = 8 + ( -3 ) = 5
0000 1000 ( 8 )
+1111 1101 (-3 ) P`2
1 0000 0101 (+5 ) Abaikan bit ke 9
-120 - (-30 ) = -120 + 30 = -90
1000 1000 (-120) P`2
+0001 1110 ( 30 )
1010 0110 ( -90 )
SOALAN 4
a) (i) E 5 16 = ( E x 16 ) + ( 5 x 1 ) = 2 2 910
(ii) B 2 F 8 16 = ( B x 4096 ) + ( 2 X 256 ) + ( F x 16 ) + ( 8 x 1 ) = 4581610
b) (i) D F + A C = 1 8 B16
(ii) 2 A = 0010 10102 = 1101 01102 P`2 = D 616
8 4 + D 6 = 1 5 A16 ( Abaikan 1 )
(iii) 0 B = 0000 10112 = 1111 01012 P`2 = F 516
C 3 + F 5 = 1B 816 ( Abaikan 1 )
(iv) 1000 0110 0111 BCD
Mulakanlah unit ini dengan tenang dan yakin anda boleh ! ! !
Selamat mencuba , semoga anda berjaya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
Janganlah bengang !!! Ini baru permulaan. Berbincanglah dengan pensyarah anda o. k………
Fahamkan contoh – contoh seterusnya ! ! !
LSB
MSB
�
�
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
Sekiranya anda masih kurang jelas tentang apa yang dibincangkan, jangan segan- segan untuk berjumpa dengan pensyarah anda untuk penjelasan….
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
Jangan terus ke input seterusnya , jika anda masih kurang faham ! ! ! …..…….
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
�
Tahniah ! kerana anda berjaya menjawap kesemua soalan……
�
�
�
�
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
Oleh kerana anda berjaya menjawap kesemua soalan dengan yakin. Marilah kita teruskan ke input selanjutnya ! ! !
�
�
�
Terdapat banyak lagi kod-kod angka-abjad yang lain. Cuba anda cari kod angka abjad yang lain dan bezakannya dengan kod ASCII !!!
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
Bagaimana ? Adakan anda memahami semua input yang disampaikan ?
�
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN KENDIRI
� EMBED MS_ClipArt_Gallery ���
�
�
�
�
Desimal�
5421�
5311�
4221�
3321�
2421�
8421�
7421�
�
0�
0000�
0000�
0000�
0000�
0000�
0000�
0000�
�
1�
0001�
0001�
0001�
0001�
0001�
0001�
0001�
�
2�
0010�
0011�
0010�
0010�
0010�
0010�
0010�
�
3�
0011�
0100�
0011�
0011�
0011�
0011�
0011�
�
4�
0100�
0101�
1000�
0101�
0100�
0100�
0100�
�
5�
1000�
1000�
0111�
1010�
1011�
0101 �
0101�
�
6�
1001�
1001�
1100�
1100�
1100�
0110�
0110�
�
7�
1010�
1011�
1101�
1101�
1101�
0111�
1000�
�
8�
1011�
1100�
1110�
1110�
1110�
1000�
1001�
�
9�
1100�
1101�
1111�
1111�
1111�
1001�
1010�
�
Menukar data atau maklumat kepada kod ASCII dengan menggunakan jadual kod ASCII.
Menukarkan kod BCD 8421 kepada nombor perduaan dan sebaliknya.
Menerangkan kod BCD 8421.
Menyelesaikan masalah dengan menggunakan nombor pelengkap 2 bagi operasi tambah dan tolak.
Menukarkan nombor perenambelasan kepada nombor perduaan dan sebaliknya.
Menukarkan nombor perpuluhan ke nombor perlapanan dan sebaliknya.
Menukarkan nombor perlapanan ke nombor perduaan dan sebaliknya.
Menukarkan nombor perlapanan ke nombor perduaan dan sebaliknya.
Menyatakan sistem nombor perpuluhan, perlapanan, perduaan dan perenambelasan.
Mengetahui dan memahami sistem-sistem nombor perpuluhan, perduaan, perlapanan dan perenambelasan serta menukar dari sistem ke sistem lain.
unit 9:
�