muamalat, jual beli yang sah tetapi haram

2
JUAL BELI YANG SAH TETAPI HARAM. Membeli barang atas belian orang lain atau membeli barrangan orang lain yang masih dalam tempoh khiyar. Menyekat penjual atau pedagang yang dating dari kampong di tengah jalan sebelum mereka masuk ke kota dan mereka tidak tahu harga pasaran semasa di kota. Hal tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mendapat harga yang semurah-murahnya dan dijualnya pula di kota dengan harga setinggi-tingginya. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas : ; Daripada Ibn Abbas Nabi telah bersabda : Janganlah kamu temui orang yang berkenderaan itu (orang yang membawa barang-barang penting ke Bandar) dan tidak menjual orang hadir (Bandar) barang-barang yang dibeli daripada orang desa.) - riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith lain yang diriwayatkan daripada Ibn Umar : ; Sesungguhnya Nabi bersabda : Janganlah orang bandar membeli daripada orang kampong dengan mendakwa bahawa Allah SWT akan meluas rezeki seseorang terhadap yang lain. Membeli barangan dengan harga yang lebih mahal daripada biasa, sedangkan pada hakikatnya ia tidak perlu kepada barangan itu, tetapi niat dan tujuannya itu ialah untuk menyekat atau menghalang orang lain daripada memiliki barangan tersebut. Ini dikenali dengan jual beli tanajasyu, di mana Nabi menegahnya berdasarkan Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar : ; Janganlah kamu mengadakan tanajasyu. (riwayat Bukhari dan Muslim.) Membeli barangan keperluan masyarakat dengan banyak untuk tujuan sorok dan disimpan dengan tujuan untuk dijual dengan harga yang mahal dan mencari keuntungan yang besar, sedangkan waktu itu masyarakat perlukan barangan tersebut. Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan daripada Ma’mar : ; Sesiapa yang menyimpan barang dengan sengaja supaya mahal harganya, maka orang itu telah berdosa. Menjual barang yang digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah 5:2 ;

Upload: jimoh370

Post on 12-Jul-2015

1.484 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muamalat, jual beli yang sah tetapi haram

JUAL BELI YANG SAH TETAPI HARAM. Membeli barang atas belian orang lain atau membeli barrangan orang lain yang masih dalam tempoh khiyar.

Menyekat penjual atau pedagang yang dating dari kampong di tengah jalan sebelum mereka masuk ke kota dan mereka tidak tahu harga

pasaran semasa di kota. Hal tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mendapat harga yang semurah-murahnya dan dijualnya pula di kota dengan harga setinggi-tingginya. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas :

; Daripada Ibn Abbas Nabi telah bersabda : Janganlah kamu temui orang yang berkenderaan itu (orang yang membawa barang-barang penting ke Bandar) dan tidak menjual orang hadir (Bandar) barang-barang yang dibeli daripada orang desa.) - riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith lain yang diriwayatkan daripada Ibn Umar :

; Sesungguhnya Nabi bersabda : Janganlah orang bandar membeli daripada orang kampong dengan mendakwa bahawa Allah SWT akan meluas rezeki seseorang terhadap yang lain.

Membeli barangan dengan harga yang lebih mahal daripada biasa, sedangkan pada hakikatnya ia tidak perlu kepada barangan itu, tetapi

niat dan tujuannya itu ialah untuk menyekat atau menghalang orang lain daripada memiliki barangan tersebut. Ini dikenali dengan jual beli tanajasyu, di mana Nabi menegahnya berdasarkan Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar :

; Janganlah kamu mengadakan tanajasyu. (riwayat Bukhari dan Muslim.)

Membeli barangan keperluan masyarakat dengan banyak untuk tujuan sorok dan disimpan dengan tujuan untuk dijual dengan harga

yang mahal dan mencari keuntungan yang besar, sedangkan waktu itu masyarakat perlukan barangan tersebut. Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan daripada Ma’mar :

; Sesiapa yang menyimpan barang dengan sengaja supaya mahal harganya, maka orang itu telah berdosa.

Menjual barang yang digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah 5:2 ;

Page 2: Muamalat, jual beli yang sah tetapi haram

… ; …dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan …

Jual beli dengan mengatasi tawaran orang lain.

Contohnya : Penjual mengatakan kepada seseorang pembeli, ‘Engkau jual atau pulangkan semua barang itu kepada penjualnya dan engkau dapat membeli barangku dengan harga yang lebih murah.’

Menjual cara tipu.