mte 3107

21
ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT I Profil Diri i 2 Isi Kandungan ii 3 Penghargaan 1 3 Pengenalan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran 2 - 4 4 Peta Pemikir 5 Rancangan Pengajaran Harian Matematik 11 Refleksi 12 Bibliografi 13 Lampiran

Upload: mualim2

Post on 21-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

NM

TRANSCRIPT

Page 1: mte 3107

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

I Profil Diri i

2 Isi Kandungan ii

3 Penghargaan 1

3 Pengenalan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan

Teknik Pengajaran

2 - 4

4 Peta Pemikir

5 Rancangan Pengajaran Harian Matematik

11 Refleksi

12 Bibliografi

13 Lampiran

Page 2: mte 3107

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya

siapkan tugasan ini. Walau pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa saya hadapi,

namun saya akui inilah pahit jerihnya sebelum saya memegang segulung ijazah. Tidak

mudah untuk menghadapi situasi ini berseorangan, namun saya tabahkan hati dan

berusaha untuk memujuk perasaan di lubuk hati saya.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada

semua individu yang telah memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk

meneruskan perjuangan di medan pengajian ini. Paling tidak lupa buat suami tersayang,

Mohd Halim bin Dukimin yang sentiasa memberikan dorongan untuk saya meneruskan

jejak-jejak perjuangan ini.

Terima kasih juga buat kedua-dua ibu dan bapa yang sentiasa mendoakan yang terbaik

buat anaknya ini, juga buat anak-anak tercinta yang selalu memberi semangat di kala ibunya

bertungkus lumus menyiapkan tugasan.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat

pensyarah, Pn. Tg Noor Zima binti Tn. Jaafar atas keprihatinan beliau dan sikap ambil berat

tehadap masalah-masalah yang dihadapi. Terima kasih atas sumbangan idea yang bernas

mahupun pendapat yang jitu serta ilmu yang dicurahkan sepanjang saya menuntut di

semester ini. Sesungguhnya budi baik kalian akan saya kenang hingga akhir hayat saya.

Harapan saya agar dengan terhasilnya tugasan ini, ia dapat melengkapkan syarat pengajian

saya. Apa yang lebih penting, saya berharap agar ianya dapat memberikan sumbangan dan

suntikan semangat kepada saya untuk lebih maju ke hadapan pada suatu hari nanti.

Page 3: mte 3107

PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang

diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan,

konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang

ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran, maka pendekatan adalah merujuk kepada

cara bagaimana sesuatu mata pelajaran yang diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Terdapat beberapa pendekatan yang akan dibincangkan iaitu pendekatan induktif, deduktif,

integratif, eklektik dan tematik.

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan

sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan

Gibson, 1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai

konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.

Pendekatan deduktif adalah jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik

dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan

hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian Seaton, 1982).

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri

yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran

dan pembelajaran. Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan kedah

induktif dan deduktif. Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, diikuti

dengan generalisasai, ataupun guru akan mengakhirinya dengan memberikan contoh untuk

mengukuhkan peraturan atau generalisasi. Hal ini lebih mirip kepada pendekatan induktif.

Selain itu, guru boleh memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi

diikuti dengan contoh dan diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi. Hal ini

lebih mirip kepada pendekatan deduktif

Pendekatan Integratif pula merupakan satu pendekatan yang menggabungjalinkan

beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik agar murid lebih mudah memahami apa

yang sedang disampaikan. Guru sentiasa berusaha mengintegrasikan idea-idea baru dalam

unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid lebih berkesan dan mereka

berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian

Page 4: mte 3107

Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep

atau idea yang besar. Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis,

membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan. Secara keseluruhannya,

pendekatan tematik ini akan memberikan peluang kepada pelajar mengalami pelbagai

pengalaman dalam situasi yang berlainan.

Selain daripada berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata

pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin, iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran terbit

daripada tema (Guillanme, 2000). Konsep daripada pelbagai bahagian dalam mata

pelajaranwujuddan dikaitkan dengan penggunaan tema. Unit-unit tematik selalu

mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar. Dengan memberi peluang kepada pelajar

untuk memilih beberapa perbincangan individu dan kumpulan kecil akan mewujudkan rasa

kepunyaan dan kemasyarakatan apabila pelajar dapat belajar bersama-sama dan berkongsi

dapatan mereka. Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi merancang unit-unit tematik

Strategi pengajaran pula adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan

teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-strategi pengajaran yang

dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada pemusatan guru, pemusatan murid,

pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti.

Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi yang

berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran langsung

bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan. Ia juga

bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh

termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar.

Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab

untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit

kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk

mereka (Martin et al, 1994).

Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan

dalam strategi berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk

memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah

yang berpusatkan pelajar selalunya kurang berstruktur.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan pelajar

membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab

kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan oleh guru. Akan

Page 5: mte 3107

tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada

pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku,

blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses

kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi

cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu

dapat belajar.

Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi

keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut

kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia

juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran

diadakan.

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau

tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-

apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi

mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka

menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).

Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan

menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif

pengajaran.

Teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan

pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara

khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya

dapat mempercepatkan penanggapan pelajar.

Page 6: mte 3107

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                           : 5 Amanah

Tarikh                           : 31 Mac 2014  (Isnin)

Masa                            : 10.00 pagi – 11.00 pagi ( 1 jam )

Mata pelajaran            : Matematik

Tajuk                            : Bentuk dan Ruang

Subtajuk                      : Bentuk 2 matra

Objektif pembelajaran             : Cari perimeter bagi bentuk 2 matra.

Hasil pembelajaran      : Murid-murid dapat :

i) mengira perimeter berdasarkan bentuk 2 matra

a. segiempat sama dan segiempat sama

b. segiempat tepat dan segiempat tepat

c. segitiga dan segitiga

Nilai murni                   : Yakin, kerjasama

Alat bantu mengajar    : LCD, kad imbasan, lembaran kerja

Page 7: mte 3107

Rancangan Pengajaran Harian

Matematik 5 Amanah

( 1 Jam )

Set Induksi

( 3 minit )

10.00 – 10.03 pagi

Rakaman berkaitan konsep Perimeter dipaparkan di LCD.

Murid menyaksikan rakaman pengenalan tersebut.

Langkah 1

( 7 minit )

10.03 – 10.10 pagi

Murid bersoal-jawab dengan guru berkaitan paparan LCD

itu.

Murid diterangkan dengan lebih jelas berkaitan dengan

konsep Perimeter ke atas bentuk 2D.

Guru turut memberikan contoh-contoh bentuk 2D.

Murid mendengar penerangan guru.

Langkah 2

( 10 minit )

10.10 – 10.20 pagi

Dengan menggunakan paparan LCD juga, guru

menunjukkan beberapa bentuk 2D dan menjelaskan

kepada murid bagaimana untuk mengira perimeter.

Contoh-contoh lain turut diberikan.

Murid membuat kesimpulan apa yang dimaksudkan

dengan perimeter 2D.

Page 8: mte 3107

Langkah 3

( 20 minit )

10.20 – 10.40 pagi

Murid-murid dibahagikan kepada 8 kumpulan, yang terdiri

daripada 4 atau 5 orang murid dalam sebuah kumpulan.

Setiap kumpulan diberikan sekeping kad imbasan yang

dilukis bentuk gabungan 2D. Kad imbasan ini adalah

berbeza dengan kumpulan lain.

Dalam kumpulan, murid-murid berbincang dan seorang

murid menulis jalan kerja mengira perimeter bentuk 2D

tersebut. Kiraan itu ditulis pada lembaran jalan kerja yang

dibekalkan kepada semua kumpulan.

Setelah semua kumpulan siap mengira, wakil daripada

setiap kumpulan akan tampil ke hadapan kelas dan

membentang hasil kiraan mereka. Seorang murid

membuat pembentangan secara lisan, manakala seorang

murid lain melekatkan lembaran kiraan di papan putih.

Pembentangan dijalankan oleh setiap kumpulan.

Guru dan murid sama-sama menyemak jawapan yang

dibentangkan. Penilaian terus dijalankan bagi menentukan

pencapaian objektif pembelajaran murid.

Langkah 4

( 15 minit )

Secara individu, murid-murid diedarkan lembaran kerja

yang berkaitan dengan topik yang diajar pada hari ini.

Murid diberi tempoh masa 10 minit untuk menyelesaikan

semua soalan secara individu.

Guru memantau dan memberi bimbingan kepada murid-

murid yang menghadapi masalah.

Page 9: mte 3107

10.40 – 10.55 pagi

Setelah semua murid menyiapkan lembaran tersebut, guru

membuat perbincangan bersama murid. Murid menyemak

jawapan mereka.

Penilaian dapat dijalankan serta-merta.

Penutup

( 5 minit )

10.55 – 11.00 pagi

Murid diingatkan kembali dengan konsep perimeter, iaitu

mengukur keliling setiap sisi luar bentuk 2D.

REFLEKSI

Page 10: mte 3107

Syukur kepada Ilahi kerana atas rahmat-Nya, akhirnya dapat juga saya siapkan tugasan ini.

Walaupun terpaksa menempuh onak dan duri, saya amat berpuas hati dengan segala apa

yang telah terdaya saya lakukan. Jauh di sudut hati, saya rasakan bahawa diri saya amat

bertuah kerana masih diberi peluang untuk kembali mengejar segulung ijazah, walaupun

sebelum ini saya pernah tertewas dan terkandas hampir satu tahun lamanya.

Walaupun terpaksa mengharung detik-detik yang sukar, ditambah pula dengan kekangan

tugas yang amat mencabar, saya kuatkan semangat, teguhkan tekad, cekalkan hati untuk

meneruskan langkah perjuangan dalam bidang pengajian ini. Cabaran yang paling sukar

untuk dihadapi apabila dalam masa yang sama pada tahun ini saya turut dinaikkan pangkat

untuk menggalas jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan terpaksa berpindah ke SK

Seksyen 6 bagi memenuhi tuntutan tersebut. Ini bermakna tugas yang perlu saya pikul lebih

memerlukan komitmen dan ia merupakan satu tanggungjawab yang besar terhadap sekolah

amnya, dan murid-murid khususnya. Walau bagaimanapun, saya jadikan ini sebagai satu

cabaran yang harus saya hadapi dalam meningkatkan tahap profesionalisme saya. In shaa

allah, jauh di sudut hati saya amat berharap agar segala apa yang akan dilalui selepas ini

dapat saya hadapi dengan redha dan tabah.

Dalam kesibukan ini juga, saya cuba untuk mencuri masa yang terluang bagi memenuhi

tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pelajar PPG. Setelah mendapat tugasan ini,

saya terus mencari sumber maklumat termasuklah dari internet mahupun bahan bercetak

bagi menambahkan pemahaman saya. Perbincangan bersama rakan-rakan turut saya

adakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi pemahaman saya terhadap

kehendak tugasan ini. Saya juga turut berbincang bersama guru-guru Matematik di sekolah

saya bagi menambah idea-idea untuk menghasilkan tugasan ini. Ternyata hasil dari

perbincangan tersebut, sedikit sebanyak ia turut membantu saya dalam menghasilkan

tugasan ini.

Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak pencarian yang telah saya jalankan. Antaranya,

pencarian maklumat dengan melayari kemudahan internet dan juga melalui media-media

bercetak. Hasil daripada pencarian ini, saya menjalankan kajian secara mendalam dengan

menumpukan kepada pendekatan/kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik yang

berpusatkan murid. Selain itu, saya turut memahami teknik-teknik penyoalan dalam menjana

kemahiran berfikir aras tinggi. Saya turut didedahkan dengan rancangan pengajaran harian

serta ciri-cirinya yang berkesan dalam menghasilkan satu pengajaran yang kreatif dan

Page 11: mte 3107

bermakna. Daripada hasil pembacaan dan kajian yang telah saya jalankan, saya telah

menterjemahkannya ke dalam bentuk peta minda. Ia memberikan lebih pemahaman dan

meninggalkan kesan positif yang mendalam ke atas hasil bacaan saya. Ia lebih mudah dan

amat jelas untuk difahami.

Walau bagaimanapun, secara jujurnya saya tidak begitu mahir dalam penggunaan IT amnya

dan memberi sedikit kesulitan kepada saya dalam membina peta pemikir seperti yang

dikehendaki tugasan. Pembinaan peta pemikir tersebut mengambil masa yang agak lama

juga kerana ia memerlukan keupayaan seni kreatif yang tinggi dalam menyusun atur

maklumat-maklumat tersebut. Memandangkan ia memerlukan kemahiran yang tinggi dalam

penguasaan rekacipta dan seni kreatif, ia memberi sedikit masalah kepada saya. Namun

begitu, saya tetap berusaha dengan mempelajarinya daripada rakan-rakan cara untuk

membentuk peta-peta tersebut. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keinginan yang tinggi

serta tunjuk ajar daripada rakan-rakan, akhirnya saya dapat menghasilkan peta-peta

tersebut seadanya bagi saya. Walaupun begitu, saya berasa sungguh berpuas hati dengan

apa yang telah saya hasilkan walaupun mungkin ia sesuatu yang ‘biasa’ bagi kebanyakan

orang lain. Ini kerana ia adalah hasil kerja saya sepenuhnya.

Rentetan daripada ini, saya dikehendaki menjalankan satu pengajaran makro di dalam

kelas. Seorang guru matematik yang berpengalaman turut berada dalam kelas tersebut bagi

menilai pengajaran itu. Saya menjemput En. Mustafa bin Bashah, selaku guru matematik

Tahun 6 juga merangkap Ketua Panitia Matematik di sekolah saya.

Kelas sasaran saya bagi pengajaran makro ini ialah kelas 5 Amanah, dengan bilangan

murid seramai 33 orang. Secara umumnya, murid-murid kelas ini terdiri daripada pelbagai

bangsa dan tahap kecerdasan. Walau bagaimanapun, mereka sangat aktif dan mudah

untuk menerima arahan guru. Tajuk pengajaran yang saya pilih ialah Bentuk dan ruang, iaitu

lebih kepada mengukur perimeter bentuk 2 Dimensi.

Permulaan pengajaran saya dahului dengan paparan di skrin berkaitan dengan perimeter.

Ternyata ia dapat menarik minat murid untuk lebih memahami dengan mendalam. Impak

bunyi dan diselitkan dengan watak-watak kartun dalam set induksi tersebut amat memberi

kesan kepada mereka. Isi pengajaran saya terapkan secara berperingkat agar murid-murid

dapat mengikuti seluruh langkah pengajaran saya.

Teknik yang saya aplikasikan lebih kepada pembelajaran secara koperatif, iaitu salah satu

daripada kaedah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid-murid.

Page 12: mte 3107

Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan

kemahiran penyelesaian masalah matematik. Selain itu, murid-murid juga boleh

bersosialisasi. Menurut Zahrah ( 1996 ), interaksi antara guru dan murid-murid dalam kerja

kumpulan akan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru. Interaksi dua hala

dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan.

Dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan, saya turut menyelitkan aktiviti

berkumpulan murid. Dalam aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada 8 kumpulan yang

terdiri daripada 4 atau 5 orang murid dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan

satu kad yang dilukis bentuk. Murid-murid perlu berbincang bersama ahli kumpulan masing-

masing untuk mengira perimeter bentuk tersebut. Bentuk-bentuk adalah berlainan antara

kumpulan mereka. Seorang murid ditugaskan untuk menulis jalan kira dalam mencari

perimeter, dan seorang wakil kumpulan akan membentangkan jawapan mereka dan

melekatkan kad kumpulan mereka di papan putih. Dalam ativiti sebegini, ia dapat

mewujudkan kerjasama dan kesepakatan antara ahli-ahli kumpulan. Dalam masa yang

sama juga, mereka didedahkan dengan sikap berani mencuba dan menguji tahap keyakinan

diri murid. Sepanjang melakukan aktiviti berkumpulan ini, saya dapat perhatikan bahawa

murid-murid seronok dalam mengira perimeter dan masing-masing tiada masalah dalam

membentang hasil kiraan mereka. Kesemua kumpulan dapat menjawab dengan tepat

mengikut tempoh masa yang diberi.

Bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid-murid, saya turut menyediakan lembaran kerja

yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Murid-murid dapat menjawab kesemua soalan

dengan mudah mengikut tempoh masa yang diberikan. Ia dijalankan secara individu. Murid-

murid berbincang jawapan bersama guru dan jawapan dapat disemak secara serta-merta.

Secara kesimpulannya, objektif dapat dicapai dan isi pengajaran dapat disampaikan dengan

tepat mengikut tempoh masa pengajaran.

Kekuatan dalam pengajaran ini ialah kebolehupayaan murid-murid dalam mengikuti setiap

langkah pembelajaran mengikut tempoh masa yang diberikan. Mereka turut menunjukkan

minat dan keseronokan dalam mengikuti aktiviti berkumpulan dan dapat memberikan

komitmen serta kerjasama yang semaksimumnya sepanjang mengikuti pembelajaran ini.

Antara kekuatan lain ialah dengan penggunaan LCD yang memaparkan isi-isi pengajaran

kepada murid-murid. Penggunaan powerpoint dalam menerapkan isi pelajaran dapat

menarik minat murid untuk mengetahui dan memahami dengan lebih jelas dan mendalam.

Di samping itu, kad-kad imbasan kumpulan yang pelbagai bentuk dan warna turut menarik

tumpuan murid-murid. Penggunaan bahan ini lebih memberi keseronokan kepada mereka.

Page 13: mte 3107

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang turut dikenalpasti sepanjang pengajaran

tersebut. Antaranya ialah penggunaan tempat yang agak terhad. Saya menggunakan

makmal komputer kerana kemudahan LCD dan ia merupakan tempat yang agak tertutup

dan meminimumkan tahap gangguan dari luar. Namun, ia agak tidak sesuai untuk

menjalankan aktiviti kumpulan atas faktor susunan kerusi meja yang tidak begitu efisien.

Tambahan pula dengan adanya set-set komputer di atas meja murid, sedikit sebanyak ia

mengganggu tumpuan murid dan kerja kumpulan dijalankan dalam suasana yang kurang

selesa.

Justeru, bagi penambahbaikan pada masa akan datang, saya perlu mengambilkira suasana

di tempat pembelajaran agar ia memberi keselesaan kepada murid. Suasana pembelajaran

yang selesa dengan penyediaan tempat yang efisien dan kondusif dapat memberikan impak

yang lebih baik kepada murid-murid. Untuk menjalankan aktiviti berkumpulan, saya perlu

merancang susunan kumpulan terutamanya apabila melibatkan murid yang agak ramai

bilangannya. Susunan meja perlu disesuaikan agar murid-murid dapat menjalankan

perbincangan secara dua hala.

Setelah menjalankan pengajaran makro ini, saya berasa sungguh lega dan amat berpuas

hati dengan apa yang telah dijalankan. Saya amat berterima kasih kepada guru penilai, guru

yang merakam pengajaran saya, juga kepada murid-murid 5 Amanah atas komitmen dan

kerjasama yang telah diberikan sepanjang masa pengajaran tersebut. Saya gembira kerana

isi pengajaran dapat disampaikan dengan baik dan objektif pengajaran saya telah tercapai.

Kesimpulannya, antara masalah-masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan

ini termasuklah kekangan masa, dan kurangnya kemahiran dalam IT.Ini kerana dalam masa

yang sama, banyak program yang telah dirancang oleh sekolah, antaranya Hari Karnival

Keusahawanan, Mesyuarat Agung PIBG, dan tuan rumah Temasya Sukan Prasekolah

peringkat zon dan daerah. Dalam tempoh ini juga, saya turut terlibat dengan Kursus Integriti.

Justeru itulah, banyak masa dan komitmen terpaksa ditumpukan kepada perkara-perkara

tersebut. Walau bagaimanapun, bagi menangani masalah ini, saya telah menyusun jadual

saya agar dapat membahagikan masa antara tanggungjawab di sekolah, di rumah dan

sebagai seorang pelajar PPG. Setiap minit dirasakan amat berharga dan saya

menggunakan peluang yang ada bagi menumpukan perhatian terhadap tugasan yang telah

dipertanggungjawabkan. Bagi menangani masalah kurangnya kemahiran dalam bidang IT,

saya telah meminta tunjuk ajar dan bimbingan daripada suami dan rakan-rakan.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga menghasilkan tugasan ini. Walaupun ianya tidaklah

sehebat dan secanggih seperti orang lain, namun saya tetap berbangga kerana ia lahir dari

hasil usaha saya sendiri.

Page 14: mte 3107

Berdasarkan apa yang telah saya lalui sepanjang penghasilan tugasan ini, dapatlah saya

rumuskan bahawa setiap apa tugasan yang dipertanggungjawabkan haruslah kita

laksanakan dengan sedaya upaya dan semampu yang kita boleh walaupun dilanda badai

taufan. Jadikan ia sebagai satu cabaran dan tekadkan hati serta kentalkan semangat untuk

melakukan yang terbaik. Ini akan memberi tiupan semangat dalam menghasilkan yang

terbaik. Keyakinan diri yang tinggi dapat memberikan kepuasan dalam diri setiap individu.

Justeru, ia dapat membantu perkembangan tahap profesionalime dan akauntabiliti

seseorang. Kesannya, ia memberi banyak manfaat kepada diri dan profesion perguruan.

Dengan ini, maka lahirlah individu yang berketrampilan, bersemangat waja, berkeperibadian

tinggi dan berwawasan.

Setelah selesai melaksanakan tugasan ini, secara tidak langsung saya telah mengkaji dan

mendapat pengetahuan berkenaan dengan strategi/kaedah pengajaran dan pembelajaran

matematik di samping pendedahan tentang teknik-teknik penyoalan dalam menjana

kemahiran berfikir aras tinggi. Ia memberikan saya suatu pengalaman yang baru dan

harapan saya agar pengalaman ini dapat memberikan suntikan semangat dan bekalan

untuk saya melangkah setapak ke hadapan dalam misi merealisasikan impian saya pada

suatu hari nanti. In shaa allah.

Bibliografi

Page 15: mte 3107

Arends,R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co.

Block, J.H. &Anderson,L.W.(1975). Mastery learning in classroom instruction. New

York: Macmillan.

Bloom,B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGraw-Hill Co.

Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Pembelajaran masteri. KL: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasnul Hadi Abdullah Sani. (1993) Fahaman Binaan Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Matematik. Berita Matematik. No.43. ms. 24 – 29.

Ibrahim Md. Noh. ( 1993 ). Rupa bentuk Matematik Dan Implkasi Terhadap Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajarannya Bagi Pelajar Luar Bandar. Berita Matematik. No. 43. Ms 14 - 23