mte 3102 (kurikulum pendidikan matematik) - manfaat penggunaan ict dalam p&p math

Upload: nor-atirah-mohd-rapingi

Post on 06-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 MTE 3102 (KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK) - MANFAAT PENGGUNAAN ICT DALAM P&p MATH

    1/5

    Manfaat Penggunaan ICT dalam pengajaran dan

    pembelajaran Metematik

    Sistem pendidikan masa kini telah mengalami perubahan yang sangat pesat.

    Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan dan digunakan supaya pengajaran seorang

    guru itu menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih

    bermakna.Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

    menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam

    bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu

    pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

    (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih

    canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD),

    kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Pada era digital ini, komputer

    digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satunya penggunaan

    Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    (P&P) ialah melalui penggunaan komputer. Tambahan pula di negara kita pengetahuan

    dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga

    digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat

    untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan

    bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh

    mengambil inisiatif untuk membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan

    komputer riba yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.

    1

  • 8/3/2019 MTE 3102 (KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK) - MANFAAT PENGGUNAAN ICT DALAM P&p MATH

    2/5

    Terdapat banyak manfaat yang akan diperoleh melalui penggunaan ICT dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan ICT berupaya

    meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran khususnya

    dalam subjek matematik. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT, murid-murid dapat

    belajar memahami sesuatu konsep itu dengan kaedah yang lebih kreatif. Apabila guru-

    guru menggunakan kaedah sebegini, murid-murid akan lebih bersemangat untuk

    mengikuti sesi pembelajaran pada waktu tersebut. Secara umumnya, murid-murid

    sekolah rendah dalam tahun satu hingga tahun tiga sangat menyukai kaedah

    pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bervariasi oleh guru mereka. Mereka akan

    dapat gambaran yang lebih jelas tentang topic yang sedang diajar oleh guru mereka.

    Mereka juga akan lebih berminat untuk menumpukan perhatian kerana banyak animasi-

    animasi yang boleh menarik minat mereka. Sebagai contoh, untuk mengajar nombor

    bulat, seseorang guru itu boleh menggunakan kelebihannya dalam penggunaan ICT

    untuk menerangkan konsep nombor bulat itu dengan menggunakan persembahan slide

    show. Secara tidak langsung dapat menarik minat murid-murid untuk berusaha

    memahami dan seterusnya menguasai konsep nombor bulat tersebut.

    Selain itu, penggunaan ICT dapat mewujudkan suasana atau persekitaran

    pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Hal ini kerana pelbagai aktiviti

    yang dapat dilaksanakan dengan menggunakan ICT. Aktiviti-aktiviti yang mahu

    dilaksanakan oleh seseorang guru itu hendaklah bersesuaian dengan tahap murid-

    muridnya.

    2

  • 8/3/2019 MTE 3102 (KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK) - MANFAAT PENGGUNAAN ICT DALAM P&p MATH

    3/5

    Antaranya para guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pada

    waktu itu dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kuiz-kuiz matematik yang

    dihasilkan sendiri oleh guru tersebut atau yang terdapat dalam internet. Secara tidak

    langsung, dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara murid-murid dalam kelas

    tersebut. Mereka semestinya akan membuat persedian dan berusaha untuk menjawab

    soalan-soalan yang dikemukan oleh guru mereka sebaik mungkin. Guru tersebut juga

    perlulah bijak menarik minat murid-muridnya dengan soalan-soalan yang kreatif tetapi

    mencabar minda murid-muridnya.

    Seterusnya, melalui penggunaan ICT dalam proses P&P, daya kreativiti dan

    imaginasi seseorang murid itu dapat ditingkatkan. Apabila murid-murid telah

    terdedah dengan kaedah pengajaran yang menggunakan penggunaan ICT oleh guru-

    guru mereka, perkembangan kognitif mereka akan turut meningkat. Pemikiran kognitif

    sangat berkait rapat dengan daya imaginasi dan kreativiti mereka menerima dan

    menyusun maklumat yang telah diterima daripada guru mereka. Sebagai contoh,

    sekiranya guru memberi soalan matematik yang sedikit mencabar dan memerlukan

    mereka untuk berfikir dengan lebih kritis, secara tidak langsung dapat mengembangkan

    daya pemikiran mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif bagaimana untuk

    menyelesaikan masalah tersebut dengan kaedah yang berlainan dan berbeza.

    3

  • 8/3/2019 MTE 3102 (KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK) - MANFAAT PENGGUNAAN ICT DALAM P&p MATH

    4/5

    Melalui penggunaan ICT juga, para guru dapat meningkatkan kemahiran

    mereka dalam bidang ini. Mereka perlulah menguasai kemahiran menggunakan

    computer dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam proses

    P&P. Pada waktu kini, kerajaan telah menyediakan kebanyakkan sekolah dengan alat-

    alat ICT yang lengkap untuk digunakan oleh para guru dalam proses P&P. Antara alat

    ICT yang telah disediakan ialah LCD, CD-ROM, dan computer riba. Para guru perlulah

    mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat-alat ini kerana alat-alat ICT ini sedikit

    sebanyak dapat membantu para guru mengajar dengan lebih efektif. Banyak perkara

    yang boleh guru-guru manfaatkan melalui penggunaan alat-alat ICT ini seperti

    membuat slide show, mencipta permainan dan sebagainya. Guru-guru yang

    berkemahiran tinggi dalam penggunaan ICT ini, mempunyai peluang yang lebih besar

    untuk menarik minat murid-muridnya untuk mengikuti kelas nya itu namun guru tersebut

    perlulah kreatif dalam menggunakan kaedah ini kerana tidak semua murid-murid

    menyukai kaedah ini. Oleh itu, guru tersebut perlulah mencari alternative lain sebagai

    gentian sekiranya kaedah ini tidak berjaya.

    Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan

    pembelajaran banyak manfaatnya. Banyak kajian yang

    telah dibuat menunjukkan bahawa pencarian bahan melalui internet lebih terbuka dan

    memberi peluang kepada murid-murid untuk menerokai bahan terbaru. Para guru

    perlulah diberi pendedahan yang sewajarnya dalam menguasai bidang ICT ini untuk

    memudahkan mereka menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

    dengan sempurna.

    4

  • 8/3/2019 MTE 3102 (KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK) - MANFAAT PENGGUNAAN ICT DALAM P&p MATH

    5/5

    Hal ini kerana tidak semua guru dapat menguasai bidang ini dengan sebaiknya. Selain

    itu juga, pihak sekolah juga perlulah menyediakan alat-alat ICT yang terbaru bagi

    menggantikan ala-alat ICT yang telah rosak atau tidak dapat digunakan lagi.

    Diharapkan dengan penggunaan ICT ini, dapat meningkatkan lagi kefahaman murid

    dalam menguasai sesuatu topik itu dengan lebih mudah di samping mengembangkan

    lagi potensi murid tersebut dalam biudang matematik.

    5