ms excel-modul-4-1

21
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Modul akses pembelajaran kendiri Modul akses pembelajaran kendiri Microsoft Microsoft Excel Excel Literasi TMK Literasi TMK Sekolah Menengah Sekolah Menengah Program Program

Upload: marhaizan-sulaiman

Post on 21-Jul-2015

181 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ms excel-modul-4-1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Modul akses pembelajaran kendiriModul akses pembelajaran kendiri

Microsoft Microsoft ExcelExcel

Literasi TMKLiterasi TMKSekolah MenengahSekolah Menengah

ProgramProgram

Page 2: Ms excel-modul-4-1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 3: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

MODUL 4

LEMBARAN MARKAH

Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia

1

Page 4: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Nama Modul : Lembaran Markah

Hasil Pembelajaran: Murid seharusnya dapat :

1. Masukkan data ke dalam lembaran markah2. Memasukkan Jadual3. Menyimpan Buku Kerja4. Tutup dan Keluar dari Buku Kerja5. Masukkan Carta dalam Lembaran Kerja6. Gunakan Formula dalam Lembaran Kerja (sum, grading, percentage)

Pengetahuan dan Kemahiran:

1. Tukar saiz Lajur.2. Mencipta Lembaran markah individu yang mudah yang mengandungi

border, menggunakan SUM, tukar markah kepada gred dan guna lookup table.

3. Mencipta lembaran markah kelas yang mengandungi Jumlah markah, gred dan peratus.

4. Mencipta carta daripada lembaran markah individu.

Ringkasan Modul:Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat menghasilkan output seperti yang ditunjukkan di bawah:

2

Page 5: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 1 : Mencipta Lembaran Markah Murid.

1. Taip data di dalam sel seperti yang ditunjukkan di bawah. Ubah lebar lajur untuk sesuaikan dengan kandungan sel

Menukar saiz Lajur.

2. Alihkan kursor di sebelah kanan lajur. Apabila petunjuk bertukar kepada anak panah seperti di rajah, Klik dan seret tetikus sehingga saiz lajur seperti yang dikehendaki

3. Letakkan kursor di sebelah kanan , Apabila petunjuk bertukar kepada anak panah seperti dirajah, Dwi Klik dan sel berkenaan akan disesuaikan dengan lebar kandungan didalam sel secara automatic.

Aktiviti 2 : Menyimpan Lembaran Kerja

3

Page 6: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

1. Menyimpan Lembaran kerja Baru.

Apabila anda selesai menyiapkan kerja anda, anda perlu menyimpan Lembaran Kerja anda. Klik File pada Menu Bar, Kemudian menu “pull down” akan kelihatan. Klik Save As

Kotak dialog Save As akan kelihatan. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyimpan lembaran kerja anda.

a. Pilih destinasi atau folder di mana anda mahu menyimpan lembaran kerja anda

b. Taip nama fail anda.

c. Klik Save.

4

ii. Klik Save As

i. Klik File pada Menu Bar

Page 7: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

2. Simpan lembaran kerja yang sedia ada.Anda boleh menyimpan lembaran kerja yang sedia ada anda dalam beberapa cara:a. Klik File Pada Menu Bar, Kemudian Klik Save.

b. Klik CTRL + S.

c. Guna Save ikon pada Menu Bar.

Aktiviti 3 : Mencipta Border

1. Serlahkan sel yang dipilih untuk mencipta border untuk borang seperti di bawah2. Klik pada sel A5 dan seret tetikus sehingga sel C16 untuk memilih kawasan.

5

i. Lokasi atau folder dimana anda akan menyimpan lembaran kerja anda.

ii. Taip nama fail anda

iii. Klik Save

Page 8: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

3. Klik ikon Borders pada Toolbar Formatting.

Jika ikon Borders tidak dipaparkan pada skrin, Klik View pada Menu Bar, kemudian klik Toolbars, Kemudian Klik Formatting, tanda () akan dipaparkan bersebelahan

Formatting .

4. Sebarai pilihan borders akan kelihatan. Pilih ikon All Borders.

5. Buku Kerja dipaparkan seperti yang ditunjukkan di bawah.

6. Simpan Buku Kerja Anda.

6

Ikon Borders

Ikon All Borders

Page 9: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 4: Memasukkan Formula

1. Untuk mengetahui Jumlah Markah Murid, klik tetikus anda di dalam sel B15. Kemudian klik pada ikon Auto Sum pada toolbar.

2. pull down menu akan dipaparkan dan pilih Sum.

3. Apabila anda memilih Sum, Lembaran Kerja anda akan kelihatan seperti berikut :

7

Serlahkan sel B6 sehingga B14

Formula ( =SUM(B6:B14) ) akan dipaparkan di dalam sel B15 dan pada formula bar

Page 10: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

4. Klik pada sel B6, klik dan seret tetikus ke sel B14. Formula di dalam sel B15 dan pada formula bar akan berubah :

Maksud formula diatas, jumlah daripada sel B6 sehingga B14.

5. Tekan Enter. Jumlah markah murid akan dipaparkan di dalam sel B15.

6. Masukkan formuka ke dalam sel B16 dan tekan Enter.

Jumlah markah di dalam sel B15 dibahagi dengan jumlah markah maksima untuk 8 subjek.

7. Klik pada sel B16 dan kemudian klik ikon peratusan pada toolbar formatting untuk menukarkan nombor kepada peratus.

8

=SUM(B6:B14)

=B15/(8*100)

Page 11: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

8. Lembaran Kerja anda akan kelihatan seperti di bawah

9. Simpan Lembaran Kerja anda.

Aktiviti 5: Menentukan Gred

1. Taip nombor seperti yang ditunjukkan di bawah pada sel yang betul

Sel E5: taip 0Sel E6: taip 40Sel E7: taip 60

Sel E8: taip 70Sel E9: taip 80Sel F5: taip ESel F6: taip DSel F7: taip CSel F8: taip BSel F9: taip A

9

Page 12: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

2. Klik sel C6 dan isikan formula ini:

=VLOOKUP(B6;$E$5:$F$9;2) dan tekan kekunci ‘Enter’.

(Formula ini akan mencari gred untuk markah dalam sel B6 dan carian untuk nilai gred dari jadual gred dalam sel E5 hingga sel F9, rujuk bantuan mengenai penggunaan Fungsi VLOOKUP,minta guru anda jika perlu)

3. Salinan formula dari sel C6 ke sel C7 hingga C13

a. Klik sel C6.

b. Alih kursor ke sudut kanan bawah sel C6 untuk menukar kursor kepada tanda tambah (Lihat rajah seperti yang ditunjukkan di bawah):

c. Klik dan seret kursor ke sel C13. d. Apabila anda memegang butang tetikus, kandungan sel C6 akan disalin

ke selC7 hingga sel C13.

4. Cetak lembaran kerja anda.

10

Tanda Tambah

Page 13: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 6: Menghasilkan Borang Markah Ujian Bulanan Kelas

Dalam Microsoft Excel, sebuah buku kerja boleh mengandungi lebih daripada satu lembaran. Dalam aktiviti sebelum ini, anda telah menghasilkan satu borang markah individu dalam sheet 1. Untuk borang markah ujian bulanan kelas, guna lembaran baru.

1. Klik ikon Sheet2 pada bahagian bawah lembaran kerja anda seperti yang ditunjukkan di bawah. Lembaran baru akan dipaparkan.

2. Untuk menukar orientasi halaman dari Portrait kepada Landscape.

a. Klik File pada menu bar dan sub menu file akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

11

Page 14: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

b. Klik Page Setup. Tetingkap Page Setup akan dipaparkan. Klik butang Landscape. dan Klik OK.

3. Masukkan data di dalam sel seperti di bawah.

Sel B1 : taip Guru Tingkatan: Pn. Lily PinSel B2 : taip Tingkatan : 1 TanjungSel B3 : taip Ujian Bulan : MAC 2001Sel A5 : taip Bil sel M5 : taip SEJSel B5 : taip Nama sel N5 : taip GredSel C5 : taip BM sel O5 : taip LKSSel D5 : taip Gred sel P5 : taip GredSel E5 : taip BI sel Q5 : taip KHSel F5 : taip Gred sel R5 : taip GredSel G5 : taip AG/M sel S5 : taip JumSel H5 : taip Gred sel T5 : taip %Sel I5 : taip MATSel J5 : taip GredSel K5 : taip GEOGSel L5 : taip Gred

12

Page 15: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

4. Untuk Menukar Saiz Lajur.

a. Tukar saiz lajur A dan B untuk sesuaikan dengan saiz sel. Rujuk aktiviti 1, jika perlu.

b. Untuk Lajur C dan T. Lakukan arahan dibawah.

i. Klik label Lajur C dan seret tetikus sehingga label Lajur T untuk

serlahkan label dari lajur C hingga label lajur T.

ii. Klik Format pada menu bar. Sub menu Format akan dipaparkan.

iii. Klik Column dan kemudian Klik Width.

iv. Tetingkap Column Width akan dipaparkan seperti dibawah. Taip nombor 5 (Untuk nilai aksara dalam satu lajur) dan klik OK.

v. Saiz lajur yang diserlahkan akan dikurangkan kepada 5 aksara.

5. Simpan buku kerja anda.

13

Page 16: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 7: Auto Fill

1. Masukkan data seperti di bawah:

a. Pada sel A6 taip 1

b. Pada sel A7 taip 2

c. Serlahkan Sel A6 dan A7

d. Kemudian letakkan kursor pada sudut kanan bawah sehingga penunjuk akan memaparkan bentuk anak panah silang. Seret Pemegang Auto Fill ke bawah sehingga sel A15.

14

Pemegang Auto Fill

Page 17: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

e. Lepaskan butang tetikus. Sel yang diserlahkan akan bernombor dari 1 hingga 10.

f. Taip nama murid dari sel B6 hingga B15.

g. Taip markah bagi setiap subjek

h. Taip formula di dalam sel D6 untuk mengira gred. Rujuk aktiviti 3 dan 4 jika perlu.

i. Pilih sel D6, Seret pemegang Auto fill ke bawah sehingga sel D15 untuk menyalin formula.

j. Ulang langkah tersebut untuk mencari jumlah dan peratus dalam lembaran markah ini.

2. Simpan kerja anda.

15

Jadual Gred untuk VLOOKUP

Page 18: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 8 : Mencipta Carta

Dalam aktiviti ini, anda akan menggunakan lembaran markah individu untuk membina carta.

1. Klik pada sel A6 , klik dan seret sehingga sel B13.

2. Klik Chart Wizard pada Standard Toolbar.

16

Chart Wizard

Page 19: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

3. Kotak dialog Chart Wizard akan dipaparkan. Carta Palang ialah carta asal. Klik Next.

4. Kotak dialog Chart Wizard akan dipaparkan.

17

Klik Next

Page 20: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

5. Klik tab Series.

6. Taip ‘Markah’ di dalam Kotak Nama.

7. Klik Next dan kotak dialog ‘Chart Wizard – Step 3 of 4 – Chart Options’ akan dipaparkan.

8. Taip Markah Ujian Bulan Ogos di dalam kotak Chart Title, Mata Pelajaran di dalam Kotak Category (X) axis dan Markah di dalam kotak Value (Y) axis. Klik Next.

9. Tetingkap Chart Wizard – Step 4 of 4 – Chart Location akan dipaparkan.

18

i. Tab Series

ii. Taip ‘Markah’

i. Markah Ujian Bulan Ogos

ii. Mata Pelajaran

iii. Markah

Klik Next

Page 21: Ms excel-modul-4-1

TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

10. Pilih As object in : Sheet 1 dan klik Finish.

11. Lembaran markah anda dan carta kini lengkap seperti paparan rajah dibawah:

12. Simpan lembaran kerja anda . Jika anda ingin mencetak carta , klik pada kawasan carta dan kemudian klik File, Print dan OK.

19

i. Lembaran 1

ii. Klik Finish