mpu 3123 tamadun ana.docx

15
NURUL FARHANA NADIA BT MOHAMAD, 880509115758001 MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) SEMESTER JANUARI 2015 MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA SEMESTER JANUARI 2015 NAMA : NURUL FARHANA NADIA BT MOHAMAD NO. MATRIK : 880509115758001 1 | Page

Upload: nurul-farhana-nadia-mohamad

Post on 16-Dec-2015

144 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

NURUL FARHANA NADIA BT MOHAMAD, 880509115758001 MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) SEMESTER JANUARI 2015

MPU 3123TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIASEMESTER JANUARI 2015

NAMA:NURUL FARHANA NADIA BT MOHAMADNO. MATRIK:880509115758001ALAMAT EMAIL:[email protected] PEMBELAJARAN:OUM TERENGGANU

ISI KANDUNGANHALAMAN1.0 PENGENALAN2.0 CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU DALAM FILEM 2.1 Penempatan Masyarkat Melayu 2.2 Sistem Tulisan, Komunikasi dan Bahasa Diperkenalkan 2.3 Kemajuan Ilmu Pengetahuan 2.4 Wujud Sistem Perundangan 2.5 Jangka Hayat Tamadun 2.6 Wujudnya Sistem Organisasi Sosial3.0 NILAI-NILAI KEMANUSIAAN DALAM FILEM BESERTA CONTOH DAN PERBANDINGAN NILAI KEMANUSIAAN MASA KINI 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.0 ANALISIS SUMBANGAN DAN CONTOH TAMADUN MELAYU DARIPADA FILEM 4.1 4.2 4.3 4.4 4.55.0 PENGAJARAN DARIPADA FILEM BERKAITAN DENGAN SUASANA HARI INI 5.1 5.2 5.3 5.4 5.56.0 KESIMPULANRUJUKAN

1.0 PENGENALANFilem ialah tayangan yang kebiasaannya ditayangkan di pawagam ataupun dewan yang melibatkan jumlah penontin yang ramai. Tayangan filem mengambil masa sekurang-kurangnya 90 minit. Pada zaman dahulu sejarah filem dikenali sebagai Tanah Melayu telah pun bermula pada tahun 1920. Pada masa itu, terdapat beberapa buah filem dokumentari yang telah diterbitkan. Sebenarnya, sejarah perfileman ini bermula pada tahun 1933. Filem pertama yang Berjaya di terbitkan di Tanah Melayu atau Malaya ialah sebuah filem yang diterbitkan oleh Syarikat Motilal Chemical yang diarahkan oleh pengarah filem dari India iaitu BS Rajhans. Filem yang berjudul Laila Majnun adalah sebuah hikayat cinta yang berasal daripada Timur Tengah dan M.Suki yang memegang watak utama iaitu sebgai Majnun. Semenjak daripada pembikinan filem itu, pembikinan filem cereka semakin berkembang pesat.Filem yang akan dikaji ialah filem Pendekar Bujang Lapok. Filem ini adalah sebuah filem melayu yang telah diterbit dan ditayangkan pada tahun 1959 di Malaysia. Filem ini diterbitkan dua tahun selepas kemerdekaan negara. Penerbitannya juga dalam bentuk filem hitam putih yang tanpa warna kerana pada masa itu, tayangan atau filem masih lagi tiada berwarna. Filem ini di arahkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Secara ringkasnya, filem ini mengisah tentang tiga orang kawan baik iaitu Ramlee, Sudin dan Aziz yang telah melihat kehebatan Pendekar Mustar yang telah berjaya menumpaskan dua orang samseng iaitu pekerja penambang perahu di Penambang Sampan Sungai Kemunting. Selepas menyaksikan kehebatan pendekar itu, mereka bertiga mula bertekad untuk mencari pendekar tersebut di Kampung Pinang Sebatang untuk belajar ilmu persilatan daripada Pendekar Mustar tersebut. Mereka berjaya menemui Pendekar Mustar dan mula menuntut ilmu persilatan. Walaupun pada mulanya ujian yang dijalankan kepada meraka gagal, namun seterusnya mereka bertiga berjaya. Semasa menentang samseng-samseng dan ketua mereka iaitu Tauke Sampan, mereka berjaya menewaskan samseng dan berjaya menyelamatkan Rosnah dan atas keberanian mereka bertiga telah mendapat gelaran sebagai Pendekar Bujang Lapok.

2.0 CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU DALAM FILEM 2.1 Penempatan Masyarakat Melayu Daripada filem Melayu Pendekar Bujang Lapuk terdapat banyak ciri-ciri tamadun melayu. Salah satu daripadanya ialah penempatan masyarakat melayu. Dalam filem ini telah wujudnya kampung-kampung yang mempunyai nama yang unik dan tersendiri. Sebagai contoh, Kampung Pinang Sebatang. Ramli, Sudin dan Aziz telah berusaha mencari kampung Pinang Sebatang untuk mempelajari seni silat daripada Pendekar Mustar. Sepanjang pencarian, mereka melalui beberapa buah kampung. Ini terbukti bahawa pada zaman dahulu pun telah wujud perkampungan-perkampungan yang menempatkan masyarakat yang pelbagai.

2.2 Sistem Tulisan, Komunikasi dan Bahasa DiperkenalkanSelain itu, Tanah Melayu pada masa itu pun telah mempunyai sistem tulisan. Ini terbukti semasa dalam perjalanan pendekar bujang lapok telah menemui sebuah sekolah iaitu Sekolah Umum Buta Huruf, yang mengajar orang-orang tua dan buta huruf. Walaupun sudah berumur, mereka masih berusaha untuk belajar membaca dan mengeja. Mereka terus maju mengikut peredaran zaman yang semakin pesat membangun. Bukan itu sahaja, komunikasi antara mereka juga semakin tinggi, mungkin kerana pergaulan antara kampung sebelah dan juga orang-orang yang datang ke kampung mereka. Sistem bahasa juga telah wujud pada zaman tersebut. Mereka menggunakan bahasa pengantar iaitu bahasa melayu. Ianya penting kerana bahasa yang digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar untuk melakukan pelbagai urusan manakal system tulisan sangat penting untuk merekodkan pelbagai jenis urusan yang telah dijalankan. Dalam filem ini, Pendekar Mustar memerintahkan agar tiga orang bujang lapok tersebut iaitu Ramli, Sudin dan Aziz pergi belajar menulis dan membaca di sekolah buta huruf yang diajar oleh Cikgu Rosnah yang merupkan anaknya sendiri. 2.3 Kemajuan Ilmu Pengetahuan Pada Tamadun melayu dalam filem itu juga, kemajuan ilmu pengetahuan semakin laju. Sebagai contoh ilmu persilatan yang diajar oleh pendekar Mustar. Mereka bertiga sanggup berjalan jauh dan mengembara semata-mata untuk mempelajari ilmu persilatan daripada pendekar Mustar tersebut. Semasa dalam proses belajar ilmu persilatan, Pendekar Mustar mengarahkan Aziz pergi ke perigi buta, Sudin pula ditinggal di sebuah rumah rumah kosong yang using dan telah lama ditinggalkan, manakala Ramlee pula diarahkan pergi ke kubur. Pada mulanya mereka ini gagal menghadapi cubaan-cubaan seperti yang dimahukan oleh guru mereka dan ini terbukti apabila mereka cabut lari semasa ujian dijalankan ke atas mereka kerana perasaan takut yang tinggi. 2.4 Wujud Sistem PerundanganDalam filem ini juga membuktikan pada zaman Tamadun Melayu telah pun wujud sistem perundangan. Contohnya, sudah adanya sistem perundangan semasa aktiviti perahu tambang dijalankan. Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan perahu ini mestilah membayar tambang yang telah ditetapkan. Selain itu juga, orang kaya pada masa itu mempunyai kuasa untuk memberi arahan kepada orang-orang bawahan yang hanya mengikut sahaja apa yang telah ditetapkan oleh orang kaya tersebut. Sebagai contoh telah wujudnya pasar menjadi tempat penduduk kampung berniaga dan membeli barangan yang dijual. Mereka yang tinggal di kampung bersebelahan turut datang ke kampung tersebut untuk membeli barangan keperluan. Kenderaan pada masa itu ialah perahu yang menghubungkan kampung yang berdekatan. 2.5 Wujudnya Sistem Organisasi SosialPada zaman itu telah pun wujud sistem organisasi sosial. Ianya wujud juga disebabkan penduduk yang bertambah ramai dan masyarakat mempunyai susun lapis. Terdapat dua susun lapisan masyrakat yang terbentuk iaitu masyarakat lapisan atasan dan juga masyarakat lapisan bawahan. Sebagai contoh lapisan atasan ialah orang kaya, Manakala lapisan bawahan pula terdiri daripada penduduk kampung. Orang kaya dihormati dan disanjung pada zaman tamadun melayu di dalam filem tersebut. Sebaliknya, orang lapisan bawahan iaitu penduduk kampung sering ditindas dan dibuli.3.0 NILAI-NILAI KEMANUSIAAN DALAM FILEM BESERTA CONTOH DAN PERBANDINGAN NILAI KEMANUSIAAN MASA KINI 3.1 Sikap Penindasan Pada masa dahulu seperti di dalam filem pendekar bujang lapok itu telah pun ada sikap penindasan. Contohnya golongan bangsawan menindas orang-orang bawahan. Situasi ini dapat dilihat semasa penduduk kampung terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran menaiki perahu. Semasa mereka beratur, datang orang kaya yang juga ingin menaiki perahu. Orang kaya itu menolak penduduk kampung yang sedang beratur dan dengan mudahnya dia ingin memotong barisan. Tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya membiarkan sahaja. Berbeza dengan keadaan pada masa kini, perbezaan taraf hidup semakin tidak diendahkan lagi. 3.2 Kepekaan Terhadap IlmuSebagai bukti, walaupun dalam filem ini memaparkan masyarakat melayu yang buta huruf, namun ada usaha yang dilaksanakan untuk memajukan masyrakat kampung iaitu dengan menubuhkan sebuah sekolah Sekolah Umum Buta Huruf yang memberi peluang kepada masyarakat yang buta huruf, tidak tahu mengira dan membaca untuk belajar agar taraf hidup mereka berubah dan meningkatkan masyarakat yang celik huruf.

3.3 Menghormati Orang TuaDalam filem ini menekankan bahawa golongan yang lebih tua wajar dihormati. Sebagai contoh dalam filem ini, tiga pemuda ini sangat bersopan santun dan beradab bila berhadapan dengan Pendekar Mustar. Mereka juga tidak berkelakuan biadap semasa berhadapan dengan orang kaya iaitu, Tauke sampan. Ros pula sangat geram dan memarahi orang kaya itu dengan kata-kata seperti orang tua tak sedar diri kerana dia tidak suka dengan perangai dan sikap orang kaya itu. 3.4 Sikap Pilih BuluSemasa menunggu giliran untuk menaiki perahu awak-awak disitu mendahulukan penumpang wanita yang cantik. Contohnya, wanita cantik mendapat kelebihan semasa ingin menaiki perahu. mereka tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama. Semasa di Jeti, walaupun mereka telah lama menunggu, pekerja-pekerja di jeti tidak menghiraukan rungutan mereka bahkan mereka mendahulukan wanita cantik tersebut yang baru sahaja tiba dan menimbulkan kemarahan mereka-mereka yang telah menunggu lama. 3.5 Sikap Mengampu MajikanSamseng-samseng (pekerja di jeti) menyambut kedatangan majikan mereka. Sekali lagi mereka menolak orang kampung semata-mata untuk memberikan ruang kepada majikan mereka untuk menaiki perahu dahulu. Mereka bermuka-muka dan sibuk mengampu majikan mereka. Pada masa kini masih lagi terdapat segelintir yang masih lagi mengampu majikan mereka untuk mendapat pujian ataupun sesuatu yang lebih baik. 4.0 ANALISIS SUMBANGAN DAN CONTOH TAMADUN MELAYU DARIPADA FILEM 4.1 sekolah umum buta huruf 4.2 4.3 4.4 4.55.0 PENGAJARAN DARIPADA FILEM BERKAITAN DENGAN SUASANA HARI INI 5.1 Kepentingan Ilmu PengetahuanDaripada cerita filem ini banyak menekankan tentang pentingnya ilmu pengetahuan. Seperti tiga bujang lapok yang ingin menuntut ilmumambang daripada Pendekar Mastur juga perlu menulis dan membaca untuk menulis dan membaca jampi serapah yang diajarkan oleh Guru Silat mereka. Oleh kerana mereka tidak tahu membaca dan menulis mahupun mengira, Pendekar Mastur mengarahkan mereka masuk ke kelas Sekolah Umum Buta Huruf yang diajar oleh cikgu Rosnah iaitu anaknya. Sebagai pengajaran, ilmu pengetahuan sangat penting walau di mana sahaja kita berada. Pada masa itu pendidikan dan ilmu pengetahuan sudah dititik beratkan. Oleh yang demikian pada masa kini ilmu pengetahuan adalah sangat penting bagi menjamin kehidupan seseorang. Filem melayu di awal era 60-an telah pun menampilkan visi dan wawasan untuk memajukan negara dan bangsa meskipun dalam bentuk yang ringkas tetapi mudah untu difahami. Kerana kegersangan ilmu juga penduduk kampung Pinang Sebatang menderita keran ditindas oleh sekumpulan samseng (Ahmad Nesfu) yang memonopoli perusahaan perahu yang menjadi pengangkutan awam untuk menyeberangi ke negara luar pada ketika itu. 5.2 Kesabaran Ramlee, Sudin dan Aziz sabar menghadapi cubaan-cubaan yang datang semasa mereka menjalani ujian daripada Tok Guru Silat mereka iaitu Pendekar Mastur. Mereka tidak mempedulikan mambang yang mengganggu mereka. Semasa mereka menjalani ujia di tanah perkuburan, Samseng-samseng telah datang untuk menculik Ros kerana mendapat arahan daripada ketua mereka. Pendekar Mastur dan isterinya diikat manakala Ros pula dibawa lari. Samseng itu melalui tanah perkuburan semasa membawa lari Ros, tetapi mereka hanya berkata cobaan. Akhirnya isteri Pendekar Mastur berjaya menyampaikan yang Ros telah diculik. Mereka bertiga bergegas ke rumah orang kaya itu untuk menyelamatkan Ros. Mereka berjaya menewaskan samseng-samseng dan juga ketua mereka. Pendekar mastur menggelarkan tiga orang pemuda itu sebagai Pendekar Bujang Lapok kerana kejayaan mereka itu. 5.3 5.4 5.56.0 KESIMPULANDaripada kajian yang telah dijalankan atas filem arahan P.Ramlee ini, banyak pengajaran yang boleh diperolehi dan diambil iktibar. Dunia pada hari ini penuh dengan pelbagai pergolakan di mana manusia sekarang begitu materialistic dan sangat menyanjungi kapitalisme. Masyarakat kita kini lebih mengejar kekayaan, harta, pangkat dan juga kuasa yang boleh menaikkan mereka tetapi tanpa sedar ia semakin jauh daripada paksi dan ajaran-ajaran yang sepatutnya seperti melakukan sesuatu kerana Allah dan bukannya kerana perkara lain yang tidak menjamin kebahagiaan di akhirat nanti. P.Ramlee dalam cerita yang dihasilkannya amat menitik beratkan soal ajaran yang baik untuk menjadikan manusia lebih bermoral dan spiritual. Jalan penceritaannya juga banyak mengetengahkan pengisian yang begitu mantap dan gaya penceritaan yang bertamadun. Beliau mengajak masyarakat menuju kepada transformasi naratif dan narration yang begitu berbeza dari apa yang dibawakan oleh pengarah-pengarah daripada india dan Filipina da am era 1950-an.Filem Pendekar Bujang Lapok menggunakan unsure komedi untuk menarik minat penonton-penonton dan juga untuk menyampaikan mesej tentang pentingnya pendidikan dalam kehidupan seharian kita pada hari ini. Malangnya, filem-filem dan rancangan melayu pada masa kini lebih mementingkan kepada tema percintaan dan hanya mennggalkan kesan emosi di kalangan para remaja dan sudah tentu ianya tidak memberikan apa-apa faedah kepada kita semua. Kini dapat dilihat telah berlakunya perubahan pada pemikiran masyrakat melayu. Kesan daripada menonton filem sebegini ialah ia dapat memberi peluang kepada generasi yang mendatang yang menjadi pelapis bangsa untuk mengenali dan menilai sendiri kehidupan dan identity masyarakat kita yang semakin dilanda kepupusan.

10 | Page