motivasi penglibatan pelajar uthm …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/rosmahalil_azrol...mangsa...

43
MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM TERHADAP AKTIVITI KESUKARELAWAN ROSMAHALIL AZROL BIN ABDULLAH Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2017

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM TERHADAP AKTIVITI

KESUKARELAWAN

ROSMAHALIL AZROL BIN ABDULLAH

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2017

Page 2: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

iii

Teristimewa Untuk yang tersayang

Ibu,

Puan Siti Hasiah binti Awang

dan

Isteri,

Habibah binti Syed Mohd Abd. Aziz

Tidak ketinggalan, buat

Anak-anak tersayang

Hana Rusydina binti Rosmahalil Azrol

Rizq Hilmi bin Rosmahalil Azrol

Hayfa Rayna binti Rosmahalil Azrol

Page 3: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan berkatNya, dapat saya

menyiapkan kajian ini.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia, Dr. Mohd

Hasril bin Amiruddin yang telah banyak menyumbangkan masa, nasihat serta

bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Ribuan terima kasih juga kepada Dr.

Zulida binti Abdul Kadir dari Pusat Pengajian Bahasa yang turut membantu memberi

sokongan.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada ibu, Puan Siti

Hasiah binti Awang, Isteri , Habibah binti Syed Mohd Abd Aziz serta ahli keluarga

yang lain yang penuh dengan kesabaran memberikan dorongan dan inspirasi serta

menjadi kekuatan buat saya untuk menyiapkan kajian ini.

Terima kasih diucapkan kepada kepada rakan – rakan pelajar Ijazah Sarjana

Pendidikan Teknik dan Vokasional MBV (pesisir), staf – staf Fakulti Pendidikan

Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan

penyelidikan ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, penyelidikan

dan laporan projek ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Untuk semua, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas setiap jasa

baik kalian. Terima kasih.

Page 4: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji motivasi penglibatan pelajar terhadap

akiviti kesukarelawan. Kajian ini melibatkan 399 orang responden dari Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal

selidik adaptasi daripada Teori Fungsi Katz (1960) dan diubahsuai berdasarkan

Volunteer Function Inventory (VFI) yang dibentuk oleh Clary. Satu set borang soal

selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang

diperlukan. Dapatan dianalisis melalui komputer menggunakan perisian IBM SPSS

Statistics (Statistical Packages for Social Sciences) Version 22.0 for Windows bagi

mendapatkan jumlah peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian rintis telah

dijalankan dan didapati nilai Alpha Cronbach adalah 0.835. Hasil kajian mendapati

fungsi pemahaman (min=5.41) paling dominan mempengaruhi persepsi responden

terhadap aktiviti kesukarelawan. Walaupun terdapat perbezaan min bagi pelajar

lelaki dan perempuan, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina

untuk kesemua fungsi motivasi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perkaitan

di antara tahun pengajian dengan fungsi motivasi. Namun, dapatan kajian mendapati

terdapat hubungan positif yang rendah antara fungsi motivasi dengan pencapaian

akademik pelajar. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk

meningkatkan lagi penghayatan dan kelestarian dalam aktiviti kesukarelawan.

Page 5: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

vi

ABSTRACT

This descriptive study aimed to investigate students’ motivation in a volunteer

activity. The study involved 399 respondents from University Tun Hussein Onn

Malaysia. The instrument used was a questionnaire adapting from Functional Theory

by Katz (1960) using Volunteer Functions Inventory (VFI) developed by Clary. A

questionnaire distributed to the respondents to obtain information and data that are

required. The findings were analyzed by computer using IBM SPSS Statistics

(Statistical Packages for Social Sciences) Version 22.0 for Windows to get the

percentage, frequency, mean and standard deviation. A pilot study was conducted

and found the Cronbach-Alpha was 0.835. The study indicated ‘Understanding” has

the highest mean with (mean=5.41) are the most dominant influence towards

volunteer activity. Indeed results showed a difference mean between male and

female respondents, however there was no significant relationship between gender

and functions of motivation. Result also showed that there is no relationship between

year of study to functions of motivation. Even though, the study found a low positive

relationship between functions of motivation and academic achievement. In

addition, recommendations were made also to improve a total comprehension and

sustanability towards volunteers activity.

Page 6: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 6

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Kerangka konsep kajian 8

1.7 Skop kajian 9

1.8 Batasan kajian 10

1.9 Kepentingan kajian 10

1.10 Definisi istilah 12

Page 7: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Teori dan kajian lepas 18

2.3 Motivasi dalan kesukarelawan 20

2.4 Fungsi motivasi berdasarkan Volunteer

Function Inventory (VFI)

22

2.4.1 Nilai 23

2.4.2 Kerjaya 23

2.4.3 Sosial 24

2.4.4 Pemahaman 24

2.4.5 Peningkatan 25

2.4.6 Perlindungan 25

2.5 Kesukarelawan di negara-negara maju 26

2.6 Kesukarelawan di Malaysia 27

2.7 Peranan Kementerian Pendidikan Tinggi 30

2.8 Kurikulum kesukarelawan di Universiti

Awam(UA)

33

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka bentuk kajian 36

3.3 Populasi dan sampel kajian 37

3.4 Instrumen kajian ( Kesahan dan

kebolehpercayaan)

38

3.5 Kajian rintis 42

3.6 Prosedur kajian 43

3.7 Kaedah analisis data 45

3.8 Rumusan 47

Page 8: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

ix

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 48

4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 48

4.3 Ujian Kenormalan 49

4.4 Analisis dapatan demografi responden 49

4.4.1 Jantina 50

4.4.2 Umur 50

4.4.3 Pencapaian akademik 52

4.5 Analisis persepsi pelajar terhadap aktiviti

kesukarelawan

53

4.6 Analisis perbezaan penglibatan antara pelajar

lelaki dan perempuan

54

4.7 Pengujian dan keputusan hipotesis 55

4.7.1 Pengujian hipotesis hubungan

antara tahun pengajian dengan

fungsi motivasi

56

4.7.2 Pengujian hipotesis hubungan

antara pencapaian akademik

dengan fungsi motivasi

58

4.8 Rumusan 60

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan Kajian 61

5.2.1 Persoalan Kajian 1: Apakah

persepsi pelajar dari sudut fungsi

motivasi terhadap aktiviti

kesukarelawan?

62

5.2.2 Persoalan Kajian 2: Adakah

terdapat perbezaan penglibatan

antara pelajar lelaki dengan pelajar

63

Page 9: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

x

perempuan dalam aktiviti

kesukarelawan?

5.2.3 Persoalan Kajian 3: Adakah

terdapat hubungan antara fungsi

motivasi dengan tahun pengajian

pelajar dalam melakukan aktiviti

kesukarelawan?

64

5.2.4 Persoalan Kajian 4: Adakah

terdapat hubungan antara fungsi

motivasi dengan pencapaian

akademik pelajar dalam

melakukan aktiviti kesukarelawan?

65

5.3 Kepentingan kajian 66

5.4 Cadangan kajian lanjutan 68

5.5 Kesimpulan 68

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 77

Page 10: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

xiii

SENARAI JADUAL

1.1 Statsitik program kesukarelawan di UTHM 4

3.1 Bilangan populasi dan sampel kajian 38

3.2 Bilangan item soal selidik bagi maklumat demografi 39

3.3 Bilangan item bagi setiap faktor alasan penglibatan 40

3.4 Bilangan item bagi setiap faktor hasil penglibatan 40

3.5

3.6

Kategori Skala Ordinal Tujuh Mata

Hasil ujian kebolehpercayaan keatas instrumen kajian

41

43

3.7 Jadual pemilihan kaedah analisis 46

4.1 Hasil ujian kebolehpercayaan keatas instrumen kajian 49

4.2 Taburan responden berdasarkan jantina 50

4.3 Taburan responden berdasarkan umur 51

4.4 Taburan responden berdasarkan pencapaian akademik 52

4.5 Analisis skor min fungsi motivasi 53

4.6 Analisis skor min perbezaan jantina 55

4.7 Analisis nilai pekali (r) bagi tahun pengajian 56

4.8 Hasil korelasi pearson hubungan pembolehubah

dengan tahun pengajian

57

4.9 Analisis nilai pekali (r) bagi pencapaian akademik 58

4.10 Hasil korelasi pearson hubungan pembolehubah

dengan pencapaian akademik

59

Page 11: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

xv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konsep kajian 8

2.1 Bilangan sukarelawan di seluruh dunia 18

3.1 Carta alir prosedur kerja 44

Page 12: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

xvi

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/ISTILAH

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MTUN - Malaysia Technical University Network

MASKUM - Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia

KPT - Kementerian Pendidikan Tinggi

SP - Sisihan Piawai

UA - Universiti Awam

VFI - Volunteer Functional Indicator

Page 13: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Carta Gantt Projek Sarjana

Lampiran B Borang Pengesahan Pakar

Lampiran C Borang Soal Selidik Volunteer Functional Inventory

Lampiran D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Kajian

Lampiran E Kajian Rintis

Lampiran F Analisis Data

Page 14: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kesukarelawan bermaksud melakukan sesuatu perkara atau aktiviti tanpa

mengharapkan balasan. Ia dilakukan secara sukarela tanpa bayaran atau paksaan oleh

mana-mana pihak. Individu boleh dan berhak untuk melakukan aktiviti

kesukarelawan berdasarkan keperluan semasa tanpa mengira umur, bangsa dan

agama. Sepertimana diterangkan dalam kajian oleh Musick & Wilson (2003) bahawa

kerja kesukarelawan merujuk kepada aktiviti yang dilakukan untuk membantu orang

lain tanpa menjangkakan atau mengharapkan balasan dan bebas sepenuhnya. Dewasa

ini, kesukarelawan dilihat sebagai satu perkara penting dan menjadi ukuran

pencapaian sesebuah bangsa dan negara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengishtiharkan 5 Disember

sebagai Hari Sukarelawan Sedunia. PBB turut mengiktiraf peranan individu, bangsa

dan negara yang komited terhadap aktiviti kesukarelawan. Memetik dari ucapan

Setiausaha PBB pada 5 Disember 2013 sebagai berkata “Berasaskan nilai perpaduan

dan kepercayaan bersama, semangat kesukarelawanan menyeberangi semua

sempadan budaya, bahasa dan geografi. Dengan mengorbankan masa dan kemahiran

tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran berbentuk material, sukarelawan disatukan

oleh tujuan nurani yang sama.”

Seluruh dunia menilai bahawa penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan

sebagai ukuran terhadap pencapaian kemajuan sesebuah bangsa dan negara.

Page 15: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

2

Kebanyakan negara maju mempunyai penduduk yang ramai terlibat dalam aktiviti

kesukarelawan. Beberapa buah negara seperti Australia, Jerman dan Jepun

mempunyai organisasi yang mantap dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, “Di Australia,

terdapat lima juta daripada 28 juta penduduknya mendaftar di dalam program

kesukarelawan di negara tersebut yang dikenali sebagai 'National Volunteer Week'

(Minggu Sukarelawan Nasional).” Di Asia, negara Jepun merupakan contoh terbaik

dalam pemglibatan sukarelawan di mana lebih 26 peratus daripada orang dewasa

Jepun yang dikaji menyatakan bahawa mereka sedang atau pernah terlibat sebagai

sukarelawan. Namun begitu terdapat 48 peratus daripada mereka terlibat dalam

kesukarelaan kerana ia berguna, manakala 33 peratus menyatakan ia dilakukan untuk

menimba pengalaman (Saifuddin Abdullah, 1998).

Malaysia sedang berusaha melahirkan rakyat dan generasi yang

bertanggungjawab terhadap kemajuan bangsa dan negara. Berdasarkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1988, menjelaskan bahawa prinsip

falsafah pendidikan negara menekankan kepada pembentukan negara dan melahirkan

insan yang sempurna dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pada umumnya,

rakyat Malaysia masih kurang memahami kepentingan kesukarelawan dalam

sesebuah masyarakat. Kebanyakan beranggapan bahawa setiap aktiviti perlu

dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab sahaja. (Azizan Bahari, 2011)

menegaskan bahawa walaupun kesukarelawanan mendasari organisasi, agenda

pembangunan belia, dan aneka program berkaitan kepentingan masyarakat ramai,

kepentingan (significance) kesukarelawanan, atau makna dan implikasinya, masih

belum disedari atau difahami sebaiknya.

Aktiviti kesukarelawan juga dilihat sebagai suatu perkara asing yang

dilakukan pada masa tertentu sahaja. Malah di negara ini, aktiviti sebegini hanya

dilakukan oleh kumpulan tertentu sahaja. Terutama melibatkan golongan tua ataupun

dalam konteks kerahan tenaga terhadap kumpulan sasaran tertentu. Ini turut

diperkatakan oleh (Menteri Belia & Sukan) bahawa “Konsep sukarela semakin hari

semakin merosot. Maka itu, kempen kesukarelawan perlu dipupuk kembali, terutama

dalam kalangan ramaja atau generasi muda”.

Di Malaysia kelangsungan aktiviti kesukarelawan adalah tidak konsisten.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mengulas bahawa di negara ini, aktiviti itu

lebih dilihat dan „dicop‟ sebagai untuk mengisi masa lapang semata-mata. Ini berlaku

Page 16: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

3

kerana keterlibatan individu bergantung kepada peristiwa dan motif tertentu sahaja.

Faktor kerahan tenaga berunsurkan arahan oleh pihak tertentu kerap berlaku bagi

mengatasi sesuatu masalah. Bencana alam seperti peristiwa banjir besar di Kelantan

pada Disember 2014 menyebabkan gerakan aktiviti kesukarelawan dilihat amat

menyerlah dan mendapat kerjasama dari semua pihak di seluruh negara.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghimpunkan seramai 50,000

sukarelawan dari seluruh IPT untuk menyertai misi bantuan banjir. Tidak ketinggalan

badan bukan kerajaan (NGO) seperti JASA, IM4U, MEDIA PRIMA dan lain-lain

kumpulan juga turut serta. Kebanjiran sukarelawan untuk membantu mangsa banjir

amat memberangsangkan. Individu, kumpulan dan organisasi turut terlibat

menyumbang tenaga, wang ringgit dan keperluan lain demi meringankan beban

mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja

pembersihan dan membaik pulih kawasan yang dilanda banjir.

Pendedahan pelajar dalam aktiviti kesukarelawan telah menjadi salah satu

agenda penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Tinggi

(KPT) telah menubuhkan Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia

(MASKUM) di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Rektor (Hal

Ehwal Pelajar). Semua sukarelawan ini sentiasa bersiap siaga untuk memberi

bantuan sepanjang masa. Penglibatan pelajar dalam aktiviti ini dilihat sebagai

langkah penting untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, prihatin dan

mampu menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Menurut (Thapa

1999) Institusi pengajian tinggi menyediakan suasana yang kondusif untuk

pembelajaran serta idea-idea baru dan ini boleh menjadi asas bagi tingkah laku

aktivisme. Hasrat ini juga diterjemahkan dalam sasaran Pelan Pembangunan

Pendikan Tinggi Malaysia (PPPTM 2015-2025) untuk melahirkan graduan holistik.

Pelajar-pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut

menyahut saranan ini dengan melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti kemakyarakatan

untuk mendokong semangat kesukarelawan. UTHM melalui Kelab Kesukarelawan

membawa misi untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar IPTA tentang

kepentingan penglibatan dan sumbangan mereka secara bersepadu dalam aktiviti-

aktiviti kesukarelawan samada dalam masa aman ataupun bencana. Aktiviti ini

dilakukan oleh semua pelajar dari pelbagai fakulti dan peringkat pengajian. Menurut

bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) penglibatan pelajar UTHM dalam aktiviti

Page 17: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

4

kesukarelawan adalah meningkat setiap tahun. Berdasarkan sumber tersebut, dapat

dilihat bahawa terdapat kecenderungan positif dalam penglibatan pelajar.

Jadual 1.1: Statistik program kesukarelawan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(Sumber: Pejabat HEP, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

Berdasarkan jadual 1.1 menunjukkan bahawa motivasi penglibatan pelajar UTHM

dalam aktiviti kesukaralewan adalah memberasangkan. Bagi tempoh lima tahun

bermula dari tahun 2011 sehingga 2015 terdapat peningkatan yang ketara daripada

190 bilangan program kepada 382 program yang telah berjaya dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, bersandarkan kepada jumlah enrolmen bilangan pelajar bagi

setiap tahun didapati kadar peratusan penglibatan pelajar dalam program tersebut

tidak banyak berubah iaitu di antara 0.02 peratus hingga 0.03 peratus sahaja. Justeru

itu, kajian secara terperinci perlu dilakukan untuk mengenalpasti faktor motivasi

penglibatan pelajar samada berdasarkan fungsi nilai, pemahaman, penigkatan,

kerjaya, sosial atau perlindungan sepertimana yang diuji secara signifikan oleh

(Clary et al. 1998).

1.2 Latar belakang masalah kajian

Pelajar-pelajar di UTHM terlibat dalam pelbagai bentuk aktiviti kemasyarakatan

yang dianjurkan oleh pihak universiti sepanjang tahun. Umumnya keterlibatan

mereka adalah berpaksikan kepada program yang dirancang dan dikenalpasti oleh

Tahun

2011

2012

2013

2014

2015

Bil. Pelajar

8,350

9,281

10,350

11,067

12,256

Bil. Program

190

201

209

245

382

Program / Pelajar (%)

0.023

0.021

0.020

0.022

0.031

Page 18: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

5

pihak universiti untuk tujuan tertentu. Mereka juga terlibat kerana berasaskan

tuntutan nilai kredit dalam matapelajaran yang ditetapkan terutama bagi subjek

kokurikulum. Namun begitu, seharusnya pelajar - pelajar mempunyai daya motivasi

tinggi untuk menyertai dan melaksanakan aktiviti kesukarelawan. Setiap pelajar

mempunyai faktor motivasi berbeza, samada mereka menyertai aktiviti ini kerana

faktor nilai, kerjaya, pemahaman, sosial, peningkatan atau perlindungan. Ini

dibuktikan dalam dapatan kajian oleh Tajul Arifin Muhamad dan Nadirah Aishah

Mohd Alauddin (2013) menunjukkan bahawa aspek nilai merupakan faktor

motivasi utama yang paling menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan. Oleh

itu, persepsi berbeza dalam kalangan pelajar dapat diterjemahkan dalam bentuk

pemilihan aktiviti kesukarelawan yang disertai dan akan memberi impak yang besar

dalam diri pelajar, organisasi dan masyarakat. Ia juga dapat menentukan kadar

kekerapan keterlibatan berdasarkan program yang bersesuaian dan diminati.

Kajian oleh Ekerdt (1986) menyatakan bahawa majoriti daripada kaum lelaki

lebih gemar menjalankan kerja-kerja sukarelawan manakala hasil kajian Knauft

(1992) pula mendapati kumpulan wanita adalah tinggi berbanding lelaki. Penglibatan

sukarelawan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti di Malaysia adalah semakin

meningkat. Namun tidak dapat dipastikan perbezaan jelas antara kumpulan lelaki

atau perempuan menjadi dominan dalam kesukarelawan. Justeru itu, kajian terhadap

perbezaan jantina dalam kalangan pelajar UTHM perlu dilakukan bagi

mengenalpasti kumpulan sasaran sebenar yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.

Tempoh pengajian di UTHM bagi program sarjana muda adalah selama 8 semester

atau 4 tahun pengajian secara sepenuh masa. Pengajian di universiti pada tahun

pertama sehingga keempat adalah berbeza dari sudut pengalaman dan kematangan

seseorang pelajar. Pelajar tahun pertama umumnya kurang pengetahuan dan

pengalaman dalam aktiviti kesukarelawan berbanding pelajar tahun akhir. Walaupun

begitu, menurut Ellis (1996) penglibatan mahasiswa tahun satu dalam aktiviti

kesukarelawan adalah lebih tinggi berbanding dengan penglibatan mahasiswa yang

berada dalam tahun akhir pengajian. Justeru itu, adalah penting untuk menilai

perbezaan motivasi individu berdasarkan tahun pengajian kerana ia mampu

membuktikan samada pengalaman dan kematangan pelajar UTHM mempengaruhi

motivasi dalam kesukarelawan atau sebaliknya.

Pelajar UTHM mempunyai latar belakang sains dan kejuruteraan yang baik

dan mampu memberi sumbangan besar terhadap pembangunan masyarakat.

Page 19: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

6

Pencapaian akademik yang tinggi dalam kalangan pelajar mempengaruhi

pertimbangan terhadap kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan.

Pelajar yang cemerlang mampu berfikiran jauh dan prihatin terhadap keperluan dan

tuntutan semasa oleh masyarakat. Kajian oleh Astin & Sax (1998) menyatakan

bahawa penglibatan mahasiswa dengan aktiviti sukarelawan mampu meningkatkan

tahap pencapaian mereka daripada aspek kurikulum dan ko-kurikulam, malahan

mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu komuniti

sekeliling yang berada dalam keadaan yang memerlukan. Manakala kajian yang

dijalankan oleh Haski-Leventhal et al., (2008) pula menunjukkan bahawa mahasiswa

universiti yang melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan mempunyai gaya

kehidupan yang lebih berdisiplin dan kebanyakan mereka dilihat mampu mengurus

masa dengan lebih sistematik. Namun begitu, tidak dapat dipastikan samada

kecemerlangan akademik mampu mendorong pelajar UTHM terlibat secara aktif

dalam aktiviti kesukarelawan.

Sebagai sebuah universiti yang berfokus kepada bidang kejuruteraan dan

teknikal, pelajar UTHM mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik berbanding pelajar

IPTA lain dalam mengukur pengaruh motivasi penglibatan terhadap aktiviti

kesukarelawan. Justeru itu, kesedaran mengenalpasti keutamaan pilihan fungsi

motivasi penting bagi memastikan bentuk program kesukarelawan adalah relevan

dan lestari. Sejajar dengan kajian Sharififar, Jamalian, Nikbakhsh dan Ramezani

(2011) menyatakan faktor motivasi adalah penting dalam memupuk minat serta

komitmen sukarelawan. Tambahan pula, kelangsungan aktiviti kesukarelawan

seharusnya lestari dan memberi impak bukan hanya kepada warga kampus malah

individu luar dalam kelompok masyarakat. Seterusnya ia dapat diteruskan untuk

jangka masa panjang oleh generasi masa hadapan.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa peratusan penglibatan pelajar universiti

dalam aktiviti kesukarelawan semakin meningkat. Namun begitu, perbezaan persepsi

dan keutamaan pelajar terhadap faktor motivasi samada berdasarkan fungsi nilai,

kefahaman, kerjaya, sosial, peningkatan atau perlindungan masih menjadi persoalan.

Page 20: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

7

Selain itu, keterlibatan pelajar dari sudut perbezaan jantina, pencapaian akademik

dan tahun pengajian turut menyumbang kepada wujudnya ketidakseimbangan dalam

aktiviti kesukarelawan. Faktor-faktor ini perlu dikaji secara terancang supaya setiap

aktiviti dapat dilaksana secara sistematik, menyeluruh dan memberi impak kepada

diri pelajar, organisasi dan masyarakat. Oleh yang demikian peningkatan bilangan

program aktiviti kesukarelawan di UTHM tidak menggambarkan keterlibatan

pelajar dengan jelas tanpa merujuk kepada perkara-perkara yang dinyatakan.

Sehubungan dengan ini, untuk memastikan kelestarian dan penghayatan

terhadap kesukarelawan diberi perhatian maka pengkaji ingin menyelidik dan

mengukur sejauhmanakah fungsi motivasi yang terdiri daripada nilai, sosial, kerjaya,

pemahaman, peningkatan dan perlindungan mempengaruhi aktiviti kesukarelawan

dalam kalangan pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Secara khusus objektif kajian adalah untuk:

i. Mengenalpasti persepsi pelajar dari sudut fungsi motivasi (nilai, pemahaman,

kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan) terhadap aktiviti

kesukarelawan.

ii. Mengenalpasti perbezaan penglibatan antara jantina di dalam aktiviti

kesukarelawan.

iii. Mengenalpasti hubungan antara fungsi motivasi dengan tahun pengajian

pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan.

iv. Mengenalpasti hubungan antara fungsi motivasi dengan pencapaian akademik

pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan.

Page 21: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

8

1.5 Persoalan Kajian

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang berikut :-

i. Apakah persepsi pelajar dari sudut fungsi motivasi (nilai, pemahaman,

kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan) terhadap aktiviti

kesukarelawan.

ii. Adakah terdapat perbezaan penglibatan antara pelajar lelaki dengan pelajar

perempuan dalam aktiviti kesukarelawan?

iii. Adakah terdapat hubungan antara fungsi motivasi dengan tahun pengajian

pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan?

iv. Adakah terdapat hubungan antara fungsi motivasi dengan pencapaian

akademik pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan?

1.6 Kerangka Konseptual

Kerangka konsep kajian yang diadaptasi daripada Teori Fungsi Katz (1960) dan

diubahsuai berdasarkan Volunteer Function Inventory (VFI) yang dibentuk oleh

Clary et al. pada tahun 1998.

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

Pelajar UTHM:

Jantina

Tahun pengajian

Pencapaian akademik

Fungsi Motivasi:

Nilai

Pemahaman

Kerjaya

Sosial

Peningkatan

Perlindungan

Aktiviti

kesukarelawan

Page 22: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

9

Rajah 1.1 menggambarkan kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini.

Fungsi motivasi (nilai, pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan)

merupakan pembolehubah bebas yang dihubungkait dengan aktiviti kesukarelawan.

Hasil kajian ini akan dapat memperlihatkan hubungan faktor motivasi pelajar

berdasarkan perbezaan jantina, tahun pengajian dan pencapaian akademik terhadap

penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini menfokus kepada pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang

menyertai aktiviti kesukarelawan. Pembolehubah yang digunapakai adalah daripada

VFI (Volunteer Functional Indicator) oleh Clary et al (1998) merangkumi fungsi

nilai, pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan. Fungsi-fungsi

tersebut diukur terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kewujudan perbezaan persepsi, jantina dan

hubungan fungsi motivasi antara tahun pengajian dan pencapaian akademik pelajar

dalam melakukan aktiviti kesukarelawan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk kajian kes institusi secara tinjauan, di

mana kajian hanya dijalankan di dalam UTHM menggunakan persampelan secara

rawak. Kajian dijalankan ke atas pelajar-pelajar program ijazah sarjana muda dari

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik (FKEE), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

(FKMP), Fakulti Perniagaan dan Teknologi Pengurusan (FPTP), Fakulti Pendidikan

Teknikal dan Vokasional (FPTV), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

(FSKTM) dan Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi).

Page 23: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

10

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang

merupakan salah sebuah universiti awam (UA) di Malaysia. UTHM juga merupakan

salah sebuah universiti yang berfokus kepada bidang sains kejuruteraan dan

teknikal dalam kluster Malaysia Technical University Network (MTUN). Maka

kajian ini hanya melibatkan pelajar - pelajar yang mempunyai latarbelakang

pendidikan sains kejuruteraan dan teknikal sahaja selaras dengan matlamat

penubuhan MTUN. Oleh itu kajian ini adalah berbeza dengan kajian-kajian lain

yang melibatkan semua pelajar samada dari bidang sains sosial, kejuruteraan dan

lain-lain bidang pengajian.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting dan akan memberi manfaat kepada semua pihak termasuk:

1.9.1 Pelajar

Pelajar dapat memahami motif penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti

kesukarelawan berdasarkan persepsi dan keutamaan yang sesuai. Penghayatan dan

kefahaman yang tinggi terhadap kesukarelawan dapat membentuk graduan holistik

yang cemerlang dalam akademik dan mampu menyumbang ke arah pembangunan

negara. Motivasi yang kuat dalam kalangan pelajar mampu mempertingkatkan

penyertaan dalam aktiviti kesukarelawan dan akan mempengaruhi rakan-rakan lain.

1.9.2 UTHM

Hasil penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak Universiti untuk mengenalpasti

sasaran yang tepat berdasarkan bentuk aktviti yang sesuai. Perkara ini dapat

Page 24: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

11

mengelakkan pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit. Sekiranya tidak diberi

perhatian, aktiviti yang dijalankan akan menjadi sia-sia dan tujuan sebenar tidak akan

tercapai.

1.9.3 Masyarakat

Inisiaf ke arah melahirkan masyarakat yang bekerjasama dan saling bantu membantu

menjadi agenda penting dalam pembentukan sebuah negara. Semangat

kesukarelawan diterapkan dalam setiap warganegara Malaysia yang berbilang kaum

demi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Justeru itu, kajian ini amat bermakna

dalam konteks kesedaran penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan oleh pelajar.

Hubungan baik antara semua kaum dapat diperkukuhkan melalui aktiviti

kesukarelawan seterusnya dapat menjamin kesejahteraan negara.

1.9.4 Kementerian

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga dapat menilai pencapaian graduan di

negara ini berdasarkan penglibatan pelajar. KPT dapat merancang polisi dan

pendekatan yang sesuai berdasarkan keperluan di semua Institut Pengajian Tinggi di

Malaysia. Disamping itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga memperoleh

manfaat bersama untuk mengenalpasti kecenderungan golongan muda dalam

kegiatan kemasyarakatan. Dengan ini pihak KBS mampu mendekati pelajar dan

golongan muda dalam bentuk aktiviti kemasyarakatan yang diminati dan berfaedah.

Sekaligus dapat mengelakkan gejala sosial dalam kalangan belia.

Page 25: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

12

1.10 Definisi Istilah

Definisi operasi atau istilah adalah merupakan pengertian atau makna bagi sesuatu

perkataan atau ayat tertentu:

1.10.1 Motivasi

Motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan

mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Pelajar

yang bermotivasi tinggi biasanya mempunyai dorongan yang kuat dan mantap untuk

terus berminat dengan apa yang disampaikan hasil dari rangsangan-rangsangan yang

kuat iaitu menerusi insentif dan motif. Insentif dalam pengajaran dan pembelajaran

sering disampaikan dalam bentuk ekstrinsik seperti markah, gred, wang, pujian,

penghargaan, tanda bintang dan sebagainya. Motif pula timbul akibat dorongan

semula jadi atau kecenderungan individu yang menggerakkan individu untuk

bertindak bagi mencapai sesuatu matlamat walaupun dalam tempoh yang lama.

Dalam konteks kajian ini motivasi difokuskan kapada enam fungsi iaitu nilai,

pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan. Enam fungsi ini adalah

merujuk kepada Volunteer Function Inventory (VFI) yang dibentuk oleh Clary et al.

pada tahun 1998.

1.10.1.1 Nilai

Individu menjadi sukarelawan bertujuan untuk menyatakan atau bertindak terhadap

nilai-nilai murni dan kemanusiaan. Apabila seseorang pelajar terlibat dengan aktiviti

sukarela, pelajar tersebut dengan sendirinya akan membentuk rasa simpati dan sifat

tolong-menolong sesama manusia. Nilai murni seperti inilah yang perlu ada dalam

diri setiap pelajar agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah

memiliki modal insan yang cemerlang.

Page 26: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

13

1.10.1.2 Kefahaman

Sukarelawan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan semasa serta

kemahiran yang sering digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Gonzalez (2009)

mendapati bahawa fungsi pemahaman adalah penting sebagai sumber inspirasi

individu terlibat dalam kesukarelawan. Faktor ini merupakan satu proses

pembelajaran jangka panjang dan ia dilihat menjadi faktor individu penglibatan

seseorang sukarelawan (Yoshioka et. al., 2007).

1.10.1.3 Kerjaya

Sukarelawan mempunyai matlamat mendapatkan kerjaya yang berkaitan dengan

pengalaman melalui aktiviti kesukarelaan. Kemahiran yang dperolehi seperti

kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja sebagai satu pasukan, kebolehan

menjanakan pendekatan yang lebih inovatif dalam menghadapi cabaran dapat

memberikan sumbangan kearah keberkesanan organisasi ditempat kerja.

1.10.1.4 Sosial

Kesukarelaan membolehkan individu itu untuk mengukuhkan hubungan sosial

mereka. Menurut (Kanter, 1997) bahawa kesan positif aktiviti kesukarelawan

terhadap individu dan organisasi adalah tidak dapat dinafikan. Penglibatan

kesukarelaan sebenarnya dapat menyokong, memudahkan dan memperkukuhkan

persekitaran tempat kerja dalam sesebuah organisasi. Turut disokong oleh (Crouter,

1984) bahawa penglibatan individu dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan

ditempat kerja dan ianya lebih berkesan.

Page 27: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

14

1.10.1.5 Peningkatan

Pembangunan serta peningkatan psikologi seseorang diperolehi melalui aktiviti

kesukarelaan. Menurut Maslow (1970), individu bertindakbalas untuk menenuhi

keperluan yang ada. Jika keperluan ini dicapai maka ia tidak lagi dapat memberi

ransangan. Individu akan dirangsang dengan keperluan yang baru bagi memotivasi

diri. Teori Maslow mencadangkan bagi setiap organisasi yang ingin menarik peserta

sukarela dan meningkatkan kesetiaan sukarelaan hendaklah peka kepada keperluan

majoriti ahli.

1.10.1.6 Perlindungan

Individu dapat mengurangkan perasaan negatif seperti rasa bersalah dan mengatasi

masalah peribadi melalui aktiviti sukarela. Kajian oleh Sieber (1974) mengenalpati

terdapat empat dimensi positif yang diperolehi oleh individu dalam aktiviti

kesukarelawan. Pertama ialah dengan memperolehi tahap keistimewaan, kedua

status keselesaan, ketiga pengukuhan status peningkatan dan keempat personaliti

individu. Pengalaman semasa penglibatan dalam kegiatan kesukarelaan dapat

membina kemahiran yang amat berguna yang dapat meningkatkan prestasi ditempat

kerja. Dengan kebolehan yang ada ini membolehkan individu membantu organisasi

untuk mencapai matlamat di samping yang sama dapat mengurangkan perasaan

ketidakpuasan ditempat kerja.

1.10.2 Penglibatan pelajar

Penglibatan pelajar membawa maksud kekerapan seseorang melibatkan diri dalam

pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Berhubung kajian ini,

proses penglibatan pelajar boleh dipertingkatkan dari sudut nilai, kejaya, pemahaman,

sosial, peningkatan dan perlindungan. Contoh penglibatan seperti penyoalan,

Page 28: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

15

melibatkan pelajar dalam aktiviti, permainan dan sebagainya. Pihak yang terlibat

dalam menganjurkan aktiviti perlu sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan

pelajar supaya penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti tidak sia-sia.

1.10.3 Aktiviti Kesukarelawan

Kesukarelawan merupakan aktiviti yang dilakukan secara sukarela dan ikhlas tanpa

mengharapkan upah atau pelbagai bentuk imbuhan. Ia juga dilakukan tanpa paksaan

oleh mana-mana pihak. Dalam konteks ini pelajar secara rela hati bertindak

melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang mampu memberi faedah kepada

diri sendiri dan pihak lain. Sukarelawan sangat penting kerana mereka

menyumbangkan kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan tenaga (Dorsch et al.

2002).

Page 29: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sejak bermulanya tamadun manusia, individu dalam sesebuah masyarakat

mempunyai suatu ciri atau sifat yang berunsurkan kesukarelawanan. Dalam

kehidupan manusia perlu bermasyarakat dan saling bergantung antara satu sama lain

sehingga mampu melahirkan ramai sukarelawan. Ringkasnya kesukarelawanan

memberi takrifan bahawa perbuatan memberi atau kemahuan untuk melakukan

sesuatu untuk kebaikan orang lain (Ward dan Parr, 2006). Okun dan Michel (2006)

pula menyatakan bahawa kesukarelawanan adalah bertujuan untuk membantu orang

lain atau organisasi tanpa paksaan dan tanpa memperoleh sebarang bentuk upah atau

pampasan. Menurut Lindenmeier (2008), kesukarelawanan adalah aktiviti kebajikan.

Justeru, secara umumnya, kesukarelawanan boleh didefinisikan sebagai kerja tidak

berbayar yang dilakukan dengan sokongan organisasi (Finkelstein dan Brannick,

2007). Selain itu, sukarelawan sangat penting kerana mereka menyumbangkan

kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan tenaga (Dorsch et al. 2002).

Aktiviti sukarelawan bukan bertujuan untuk mendapatkan sumber kewangan

atau menambah pendapatan. Tetapi ia dapat memberikan dorongan yang kuat kepada

seseorang yang mempunyai motivasi dan kepercayaan dalaman untuk menyalurkan

bantuan kepada orang lain. Pada masa yang sama dapat memberi kepuasan kepada

diri sendiri. Aktiviti yang berunsurkan kesukarelaan dapat memenuhi hasrat ini bagi

individu yang menjiwai perkara seumpama ini. Individu ini akan terus berusaha

melakukannya hari demi hari malah berlarutan dari minggu ke minggu sehingga

Page 30: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

17

bertahun lamanya. Mereka beraggapan selagimana hasil positif dapat dilihat dan

dirasai oleh masyarakat, maka itu menjadi dorongan untuk meneruskannya tanpa had

waktu tertentu. Sejak tahun 1985, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah

mengishtiharkan bahawa tarikh 5 Disember merupakan Hari Kesukarelawan

Antarabangsa yang diraikan oleh jutaan sukarelawan di seluruh dunia. Ia adalah

sebagai sebagai bentuk penghargaan atas sumbangan individu dan badan-badan

sukarelawan sedunia. Pada majlis sambutannya tahun 2015, Setiausaha Agung PBB,

Ban Ki-moon, telah menekankan nilai sumbangan para sukarelawan kepada

pembangunan dari aspek ekonomi dan sosial. Petikan beliau adalah seperti berikut;

“Berasaskan nilai perpaduan dan kepercayaan bersama, semangat kesukarelawanan

menyeberangi semua sempadan budaya, bahasa dan geografi. Dengan mengorbankan masa

dan kemahiran tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran berbentuk material, sukarelawan

disatukan oleh tujuan nurani yang sama.”

Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa kesukarelewan merupakan suatu

aktiviti yang diiktiraf oleh seluruh masyarakat di dunia. Selain itu, ia turut

menyumbang ke arah pembangunan ekonomi dan sosial. Sepertimana Kajian

Eurobarometer (2006) dan sumber data daripada Johns Hopkins Comparative Non-

profit Sector Project (2007) telah menganggarkan bahawa sejumlah 140 juta orang

sukarelawan sepenuh masa sedunia telah menghasilkan pendapatan sebanyak USD

400 billion, iaitu kira-kira 7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK)

dunia. Sumber dari Institute for Volunteering Research (2007) turut menyatakan

bilangan sukarelawan adalah yang ke sembilan terbesar di dunia.

Page 31: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

18

(Sumber: The Johns Hopkins Center for Civil Society Studies)

Rajah 2.1 : Bilangan sukarelawan di seluruh dunia

2.2 Teori dan Kajian lepas

Berhubung dengan faktor keterlibatan seseorang individu dengan kerja-kerja

kesukarelawanan, hasil kajian yang dijalankan oleh Nichols & King (1999)

mendapati bahawa majoriti individu yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan

adalah disebabkan oleh keinginan yang tinggi untuk membantu masyarakat. Hasil

kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Jago & Deery (2002)

yang mendapati bahawa kebanyakan individu yang terlibat dengan kerja-kerja

sukarelawan adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asas

masyarakat yang memerlukan. Dapat difahami bahawa keterlibatan dalam kerja-kerja

sukarela bermula dari faktor dalaman individu berasaskan sikap. (Ajzen dan Fishbein,

1980) menekankan konsep persepsi kendiri dengan menjelaskan, seseorang individu

yang berhasrat untuk mengubah sikap perlu melibatkan berbagai aspek dalam

Page 32: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

19

kehidupannya. Aspek-aspek tersebut perlulah sangat penting dan terlalu peribadi

hingga dapat mendorong kepada perubahan sikap. Teori fungsi membawa

pendekatan kepada perubahan perilaku atau sikap individu yang dikemukakan oleh

(Katz, 1960).

Teori ini digunakan sebagai landasan kepada kajian ini yang akan meneroka

tindakan individu terhadap melakukan aktiviti kesukarelawan. Sikap wujud bersama

manusia sejak dilahirkan. Sikap adalah nur atau cahaya dan roh yang ada dalam jasad

manusia. Menurut (Katz, 1960), sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang

individu dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak.

Sikap adalah sesuatu yang terhasil daripada perasaan, kepercayaan atau pemikiran

seseorang terhadap objek psikologi. Clary, Snyder & Stukas (1996) dalam kajinnya

pula mendapati bahawa seseorang individu terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan

adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat sosial dan psikologi yang berbeza-beza.

Dalam kajian oleh (Hutchison, 2003) manusia mempunyai sikap keprihatinan

terhadap orang lain, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, mencari

pengalaman baru dalam kehidupan, kesedian untuk memenuhi keperluan bagi

masyarakat yang mengalami kegagalan dalam kehidupan dan bertujuan untuk

meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri mereka.

Terdapat banyak perkara yang dapat memotivasikan sukarelawan dan ianya

dipengaruhi oleh jenis penglibatan dalam aktiviti dan organisasi. Individu yang

bergelar sukarelawan berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan sosial

serta perkembangan emosi. Kajian Sharififar, Jamalian, Nikbakhsh dan Ramezani

(2011) menyatakan faktor motivasi adalah penting dalam memupuk minat serta

komitmen sukarelawan. (Chacon, Perez, Florez & Vecina, 2011) turut menekankan

bahawa faktor motivasi dan motif sukarelawan adalah penting bagi mengatur strategi

dalam menentukan faktor pengambilan, pembahagian tugas, latihan dan lain-lain

perkara berkaitan aktiviti kesukarelawan. Sebagai garis penyelidikan masa hadapan,

struktur kategori nilai-nilai motivasi ini perlu diteroka dengan lebih mendalam

kerana ianya akan membantu untuk mendapatkan jawapan yang kukuh terhadap nilai

motivasi yang menjadi faktor sukarelawan melibatkan diri.

Penglibatan dalam aktiviti kesukarelaan didorong oleh sifat altruisme atau

keinginan serta kemahuan untuk melakukan kebaikan kepada orang lain. Altruisme

wujud dari sifat semula jadi manusia serta penerapan nilai-nilai sosial dalam diri

individu. Kajian oleh Baston, Ahmad dan Tsang (2002), altruisme adalah keadaan

Page 33: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

20

motivasi seseorang yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kebahagian

orang lain. Altruisme merujuk kepada sikap atau tingkah laku individu tanpa

mengharapkan sebarang ganjaran luaran. Walaupun tingkah laku altruisme tidak

mengharapkan ganjaran, namun individu akan mendapat faedah lain yang tidak dapat

dilihat atau digambarkan seperti meningkatkan harga diri (self-esteem) serta perasaan

lega dan berpuas hati kerana dapat membantu orang lain (Clary, Synder, Ridge &

Copeland, 1998). Justeru itu, kajian berkaitan motivasi dan motif individu terhadap

aktiviti kesukarelawan berkaitrapat dengan teori psikologi. Dapat difahami bahawa

Teori Fungsi yang dibangunkan oleh Katz (1960) menyatakan bahawa setiap

individu boleh melaksanakan tindakan yang sama atas sebab-sebab yang berbeza.

Teori ini berasaskan kepada teori psikologi yang digunakan dalam kajian terhadap

sukarelawan sejak dari dekad yang lalu (Omoto & Synder, 1995).

2.3 Motivasi dalam kesukarelawan berdasarkan faktor jantina dan umur

Sukarelawan yang dimaksudkan oleh Stukas et al. (2009) ialah individu yang

memberikan bantuan tanpa bayaran kepada mereka yang benar-benar memerlukan

seperti golongan yang kesunyian, sakit, berdukacita dan serba kekurangan. Ini,

secara tidak langsung, akan dapat mencari ruang ketidaksempurnaan yang tidak

diberikan perhatian oleh masyarakat sekeliling. Dalam konteks ini, seseorang

sukarelawan berperanan dalam menghubungkan anggota masyarakat daripada

pelbagai latar belakang. Kewujudan peranan sukarelawan ini telah diterjemahkan

oleh Dolnicar dan Randle (2007) dengan membahagikankan sukarelawan di

Australia kepada enam kumpulan iaitu: “Sukarelawan klasik”, “Sukarelawan

berdedikasi”, “Sukarelawan yang melibatkan diri secara peribadi”, “Sukarelawan

yang terlibat kerana kepuasan peribadi”, “Sukarelawan altruistik”, dan “Sukarelawan

niche”.

Sukarelawan ini diklasifikasikan ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu

mengikut faktor tertentu dan faktor keterlibatan mereka dalam aktiviti kesukarelawan.

Menurut kedua-dua pengkaji tersebut, “Sukarelawan klasik” terdorong untuk terlibat

dalam aktiviti kesukarelawan kerana faktor berbaloi, kepuasan peribadi dan

membantu orang lain. “Sukarelawan berdedikasi” pula menganggap setiap satu motif

Page 34: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

21

untuk melakukan aktiviti atau kerja sukarela sebagai suatu yang relevan, manakala

“Sukarelawan yang melibatkan diri secara peribadi” menyumbangkan masa mereka

kerana mengenali seseorang di dalam organisasi tersebut, seperti anak mereka sendiri.

“Sukarelawan yang terlibat kerana kepuasan peribadi” dan “Sukarelawan altruistik”

pula terlibat dalam kesukarelawanan tulen. Dan akhir sekali, “Sukarelawan Niche”

biasanya mempunyai kurang dorongan atau terdapatnya dorongan tertentu yang

menggalakkan mereka untuk menyumbangkan dan meluangkan masa, seperti untuk

menambahkan pengalaman kerja.

Terdapat banyak laporan ilmiah menyatakan bahawa penglibatan individu

dalam aktiviti kesukarelawan berkait rapat dengan latarbelakang umur dan jantina.

Penglibatan kumpulan pelajar lelaki dalam aktiviti kesukarelawanan mencerminkan

kekuatan elemen nilai dan sosial yang disebabkan oleh keinginan yang tinggi untuk

membantu masyarakat ( Nichols & King,1999). Manakal kajian oleh Ribaric,

Nimac dan Na (2013) menunjukkan bahawa pelajar perempuan tertumpu kepada

fungsi tersebut. Tambahan lagi dapatan kajian oleh Jago & Deery (2002) turut

mendapati bahawa majoriti individu yang terlibat dengan aktivitikesukarelawan

adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asas masyarakat yang

memerlukan.

Kecenderungan terhadap fungsi nilai dan sosial oleh pelajar lelaki bertujuan

untuk memenuhi matlamat sosial dan psikologi. Ini turut dinyatakan oleh Clary,

Snyder & Stukas (1996) bahawa individu yang terlibat dengan aktiviti

kesukarelawanan mempunyai sikap keprihatinan terhadap orang yang memerlukan

bantuan, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan mencari pengalaman

baru dalam kehidupan. bertujuan untuk memenuhi matlamat sosial dan psikologi. Ini

turut dinyatakan oleh Clary, Snyder & Stukas (1996) bahawa individu yang terlibat

dengan aktiviti kesukarelawanan mempunyai sikap keprihatinan terhadap orang yang

memerlukan bantuan, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan mencari

pengalaman baru dalam kehidupan.

Merujuk kepada Ellis (1996) bahawa penglibatan mahasiswa tahun satu

dalam aktiviti kesukarelawan adalah lebih tinggi berbanding dengan penglibatan

mahasiswa yang berada dalam tahun akhir pengajian. Namun dalam satu kajian yang

dilakukan oleh Davila (2009) mendapati bahawa tidak ada perbezaan di antara

kumpulan responden yang dikategorikan kepada enam kumpulan umur dalam

melakukan akitiviti kesukarelawan. Davila (2009) menekankan bahawa faktor umur

Page 35: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

22

tidak memainkan peranan di dalam kajian mereka kerana penglibatan seseorang di

dalam aktiviti kesukarelawan adalah berdasarkan apa yang mereka mahukan dan

mengikut keperluan mereka.

Bastien (2015) di dalam kajiannya turut mendapati tidak ada hubungan yang

signifikan di antara umur sukarelawan dengan aktiviti kesukarelawan di antara

pelajar kolej dan sekolah tinggi. Beliau juga bersependapat dengan Davila (2009) di

mana setiap mereka yang terlibat di dalam aktiviti kesukarelawan mempunyai motif

yag tertentu tanpa mengira peringkat umur. Gage & Thapa (2012) pula menerangkan

bahawa setiap individu terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi dengan sebab yang

berbeza berdasarkan keperluan yang perlu mereka penuhi. Walaupun beigitu dapatan

kajian adalah tidak selari dengan kajian yang dijalankan oleh (Fauziah Ibrahim,

Aizan Sofia Amin & Tharshini A/P Sivabalan, 2015) yang mendapati terdapat

perbezaan jantina dalam aktiviti kesukarelawan.

2.4 Fungsi motivasi berdasarkan Volunteer Function Inventory (VFI)

Seorang tokoh pejuang hak kulit hitam Amerika Syarikat (AS) dan pemenang Hadiah

Nobel Keamanan 1964 , Dr. Martin Luther King Jr. (1929-1968) pernah menyebut:

"Kita cenderung untuk menilai kejayaan seseorang itu daripada tangga gaji atau saiz

kereta yang dimilikinya dan bukan berdasarkan kualiti perkhidmatan sukarela yang

diberikan kepada manusia". Melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan bukanlah

suatu kerja yang boleh menjana pendapatan, tetapi ia dapat memberikan tarikan yang

kuat kepada individu yang mempunyai motivasi dan kepercayaan dalaman bagi

menyempurnakan kepuasan diri untuk menghulurkan bantuan.

Program yang berunsurkan kesukarelaan dapat dilaksanakan dan hasrat dapat

dipenuhi seperti dinyatakan bagi individu yang bermotivasi sahaja. Dalam kajian ini,

pendekatan instrumen yang diperkenalkan oleh Clary et. al (1998) telah diadaptasi

untuk menentukan motif sukarelawan berdasarkan enam fungsi utama. Fungsi-fungsi

ini dikenali sebagai Volunteer Function Inventory (VFI) melibatkan nilai,

pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan.

Page 36: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

23

2.4.1 Nilai

Dalam konteks pendidikan, semakin ramai pelajar di era ini yang sedar tentang

kepentingan untuk berkhidmat secara sukarela dalam kehidupan sehari-hari. Ini

kerana terdapat banyak manfaat dan faedah yang dapat diperoleh dengan bersukarela

tanpa mengharapkan ganjaran. Apabila seseorang pelajar terlibat dengan aktiviti

sukarela, pelajar tersebut dengan sendirinya akan membentuk rasa simpati dan sifat

tolong-menolong sesama manusia. Nilai murni seperti inilah yang perlu ada dalam

diri setiap pelajar agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah

memiliki modal insan yang cemerlang. Marta dan Pozzi (2008) telah menyatakan

bahawa sejak kebelakangan ini, penglibatan golongan muda, terutamanya pelajar,

dalam aktiviti sukarela telah meningkat.

2.4.2 Kerjaya

Kajian oleh Caudron (1994) menjelaskan bahawa penglibatan individu dengan

aktiviti kesukarelaan tidak akan mengganggu keberkesanan tugas individu berkenaan

ditempat kerja malahan individu berkenaan dapat meningkatkan produktiviti dan

moral mereka. Selanjutnya beliau menambah penglibatan kesukarelaan sebagai

jawapan kepada bentuk latihan korporat yang menjimatkan belanja. Kemahiran yang

dperolehi seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja sebagai satu pasukan,

kebolehan menjanakan pendekatan yang lebih inovatif dalam menghadapi cabaran

dapat memberikan sumbangan kearah keberkesanan organisasi ditempat kerja.

2.4.3 Sosial

Sukarelawan dapat mengekalkan kepuasan bergantung kepada dua katogori iaitu

faktor kepuasan seperti pencapaian, pengiktirafan, kepercayaan kepada tugas yang

dipertanggungjawabkan dengan memberi lebih tanggungjawab dan faktor

Page 37: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

24

ketidakpuasan seperti perhubungan interpersonal yang lemah, kurangnya penyeliaan

dan keadaan tempat kerja yang kurang memuaskan akan meningkatkan

ketidakpuasan kerja. Justeru pihak pengurusan akan mengenalpasti punca yang

menjadi faktor kepuasan dan faktor ketidakpuasan sebagai landasan untuk

mengekalkan kesetiaan sukarelawan. McClelland (1985) dalam kajiannya

mengenalpasti keperluan untuk pencapaian, bersekutu dan peranan sebagai

penggerak. Individu yang bertindakbalas kepada kehendak untuk mencapai sesuatu

adalah digerakkan kepada penyempurnaan tugas.

Selain itu, Individu yang respon kepada keperluan ingin bersekutu

disebabkan ingin meningkatkan perhubungan interpersonal. Terdapat juga individu

yang ingin memenuhi keperluan kuasa untu mengambil peluang menyerlahkan ciri-

ciri kepimpinan yang ada. Penglibatan individu yang bekerja dalam sektor swasta

mahupun dalam sektor kerajaan selalunya disalah erti sebagai mencuri masa

perkerjan dalam sektor berkenaan (Kanter, 1997), walaupun begitu kesan positif

kesukarelaan terhadap individu dan organisasi berkenaan tidak dapat dinafikan.

Penglibatan kesukarelaan sebenarnya dapat menyokong, memudahkan dan

memperkukuhkan persekitaran tempat kerja dalam sesebuah organisasi. Menurut

(Crouter, 1984) bahawa penglibatan individu dapat membantu meningkatkan tahap

kecekapan ditempat kerja dan ianya lebih berkesan.

2.4.4 Pemahaman

Kajian yang dilakukan oleh Gonzalez (2009) mendapati bahawa fungsi pemahaman

adalah penting sebagai sumber inspirasi individu terlibat dalam kesukarelawan.

Faktor ini merupakan satu proses pembelajaran jangka panjang dan ia dilihat menjadi

faktor individu penglibatan seseorang sukarelawan (Yoshioka et. al., 2007).

Golongan yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawan di Malaysia kebanyakkannya

adalah dari golongan pesara kerana generasi muda dan professional menghadapi

sedikit kesukaran untuk mencari waktu dalam melibatkan diri di dalam aktiviti

kesukarelawan (Yasmin Arif Shah et. al., 2015). Golongan muda dan profesional

mendapat kurang pendedahan dan penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan.

Page 38: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

71

Rujukan

Abdul Ghaffar. M.N (2001). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kedua.

Universiti Teknologi Malaysia

Abdul Ghafar. M.N (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kedua. Universiti

Teknologi Malaysia

Ajzen, I., & Fishbein, M. (1980). Understanding Attitudes and Predicting Social

Behaviour. Eaglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Astin & Sax. (1998). How Undergraduates Are Affected By Service Participation.

Journal of College Student Development, 39: 251-263.

Australian Bureau of Statistics 2001. Voluntary Work Australia 2000. Cat. No.

4441.0. ABS, Canberra. Australian Government Publishing Service.

Azizan Bahari (2011). Belia dan Kesukarelawanan. Majlis Belia Malaysia (MBM)

Azizi.Y, Abdul Ghaffar. M.N, Jamaluddin. R dan Nadarajah. K.R (2007) Faktor

yang mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar Sekolah dan Perhubungan

Pembentukan Personaliti Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.

Bastien, A.C. (2015). An Examination of Volunteer Motivations and Characteristics

between Requuired Volunteer Service and Non-required Service in College

Students: An Exploratory Study. Retrieved at

http://digitalcommons.georgiasouthern.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1103

&context=honors-theses on 6th December, 2016.

Batson, C. D., Ahmad, N., & Tsang, J. (2002). Four Motives for Community

Involvement. Journal of Social Issues, 58, 429-445.

Brown-Liburd, H.L. & Porco, B.M. (2011). It’s What’s Outside that Counts: Do

Extracurricular Experiences Affect the Cognitive Moral Development of

Undergraduate Accounting Students? ISSUES IN ACCOUNTING

EDUCATION American Accounting Association Vol. 26, No. 2 DOI:

10.2308/iace-10022 2011 pp. 439–454

Caudron, S. 1994. Volunteer Efforts Offer Low-cost Training Options. Personnel

Journal, 73(6), 38-43.

Page 39: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

72

Chacon, F., Perez, T., Flores, J. & Vecina, L.M. (2011). Motives for Volunteering:

Categorization of Volunteers’ Motivations using Open-ended Questions.

Psychology in Spain 15 (1): 48-56.

Chua, Y.P (2006). Kaedah Penyelidikan : Kaedah dan Statistik Penyelidikan

Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Clary, E. G., & Snyder, M. 1999. The Motivations to Volunteer: Theoretical and

Practical Considerations. Current Directions in Psychological Science, 8, 156-159.

Clary, E. G., Snyder, M., & Stukas (1996). Volunteers Motivations. Nonprofit and

Voluntary Sector Quarterly 25: 485–505.

Clary, E. Snyder, M., Ridge R, Copeland, J., Stukas, A., Haugen, J. & Miene, P.

(1998). Understanding and Assessing the Motivation of Volunteers: A

Functional Approach. Journal of Personality and Social Psychology, 74 (6):

1516–1530.

Crouter, A., (1984) Spillover from Familyto Work: The Neglected Site of Worked

Family Interface. Human Relation. Vol 37.

Daily Express, 5 Oktober 2012 , p: 9

Davila, M.C. (2009). Age and Motive for Volunteering: Further Evidence. Europe’s

Journal of Psychology 2/2009, pp. 82-95 atwww.ejop.org

Dolnicar, S., & Randle, M., (2007), “What Motivates Which Volunteers?

Psychographic Heterogeneity among Volunteers in Australia” Voluntas:

International Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations, Vol. 18, No.

2, pp. 135-155.

Dorsch, K. D., Riemer, H. A., Sluth, V., Paskevich, D. M., & Chelladurai, P.

(2002).What Affects a Volunteer's Commitment? Toronto: Canadian Centre

for Philanthropy.

Edisi 1/2013 ISSN 2180 - 4044 www.ippbm.gov.my

Ekerdt, D.J. (1986). The Busy Ethic: Moral Continuity between Work and Retirement.

The Journal of Higher Gerontologist, 3: 239-44.

Ellis, S. J (1996). The Executive Role in Volunteer Program Success. International

Journal of Offender Therapy and Comparative Criminology, 26: 215-240.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988.

Page 40: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

73

Fauziah Ibrahim, Aizan Sofia Amin & Tharshini A/P Sivabalan, (2015). The

Involvement and Motivation of Volunteerism: Toward Nurturing the Spirit of

Volunteerism among Students. Journal of Social Sciences and Humanities

Vol. 10, No. 1 (2015) 084-096, ISSN: 1823-884

Finkelstein, M. A., & Brannick, M. T. (2007). Applying theories of Institutional

Helping to Informal Volunteering: Motives, Role Identity and Prosocial

Personality. Social Behavior and Personality, 35, 101-114.

Gage, R. L., & Thapa, B. (2012). Volunteer motivations and constraints among

college students: Analysis of the volunteer function inventory and leisure

constraints models. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly, 41(3) 405-430.

Gonyea, Judith G., and Bradley K. G (2006). "Expanding the boundaries of corporate

volunteerism: Tapping the skills, talent, and energy of retirees."Generations

30.4 (2006): 78-84.

Haski-Leventhal, D., Cnaan, R., Handy, F., Brudney, J. L., Holmes, K., & Hustinx,

L., (2008). Students’ Vocational Choices and Voluntary Action: A 12 Nation

Study. Vol. 19(1), 1-2.

Hassan Langgulung 1991. Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke-21. Shah Alam:

Penerbitan Hizbi

http://www.utusan.com.my/video/pakaian-dalam-terpakai-antara-disumbang-kepada-

mangsa-banjir-1.42379#sthash.BA9l7f1d.dpuf Retrieved May 12, 2016

Hutchison, S (2003). Group Processes and Volunteering: Enhancing Recruitment and

Retention. Administration in Social Work. 33: 23-33

IM4U. (2013). IM4U. Retrieved May 12, 2016, from 1M4U:

http://www.1m4youth.com.my/

Jago, L., Deery (2002). An Investigation of Volunteer Use in Tourism Organizations.

International Journal of Contemporary Hospitality Management, 5: 229-236.

Kamaruddin Hussin (1993). Pengajaran Lisan : Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kanter, R. (1997). Work and Family in the United States: A Critical Review and

Agenda for Research and Policy. Russell Sage Foundation. New York.

Katz, R. (1960). The Functional Approach to the Study of Attitude. Pub. Op. Qart.

Knauft, D (1992). Predicting the Retention of University Students. Research in

Higher Education. 10: 35-37.

Page 41: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

74

Laman Portal PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI Universiti

Putra Malaysia. Retrieved May 12, 2016

Marta, E. and M. Pozzi, (2008). Young People and Volunteerism: A model of

Sustained Volunteerism during the Transition to Adulthood. J. Adult Dev.,

15: 35-46. DOI: 10.1007/s10804-007-9033-4

Maškarin Ribaric, H., Radovic Nimac, K., Na, M. (2013). ˝Volunteering and

Competitiveness on the Labour Market in Times of Crisis: Students`

Attitudes˝, in 2nd International Scientific Conference Tourism in Southern

and Eastern Europe 2013, Proceedings, Faculty of Tourism and Hospitality

Management Opatija, May 15-18, 2013, 217-229.

Maslow, A. H., (1970), Motivation and Personality. (2nd ed.) New York:

HarperCollin

McClelland, D. C, (1985), HumanMotivation. Glenview, Ill. Scott Foresman.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003) Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.

Universiti Teknologi Malaysia.

Musick, M., & Wilson, J. (2003). Volunteering and Depression: The Role of

Psychological and Social Resources in Different Age Groups. Social Science

and Medicine 56(2), 259-269.

Nichols, G, King. (1999). Redefining the Recruitment Niche for the Guide

Association in the UK. Leisure Sciences. 21: 307-320.

Okun, M. & Michel, J. (2006). Sense of Community and Being a Volunteer among

the Young_Old. Journal of Applied Gerontology 25, 173-188.

Omoto, A., & Snyder, M. (1995). Sustained Helping without Obligation: Motivation,

Longevity of Service, and Perceived Attitude Change among AIS Volunteers.

Journal of Personality and Social Psychology, 68, 671-687

Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved at

http://www.uthm.edu.my Jun 12, 2016

Points of Light Foundation (2011). Skill based volunteering. Retrieved at

http://www.pointsoflight.org/our-work/research/sbvon 6th December 2016.

Rehberg, W. (2005). Altruistic Individualists: Motivations for International

Volunteering among Young Adults in Switzerland. Voluntas: International

Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations , 16(2), 109-122.

Page 42: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

75

Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025

(Pendidikan Tinggi) © Kementerian Pendidikan Malaysia 2015

Saifuddin Abdullah, (1998). Strengthening Youth Development: Implementation

through Empowerment. Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia.

Sekaran. U (2000). Research Method for Business: A Skill Building Approach

(2nd .Ed.). New York: John Willey & Son Inc.

Sharififar, F., Jamalian, Z., Nikbakhsh, R., & Ramezani, Z.N. (2011). Influence of

Social Factors and Motives on Commitment of Sport Events Volunteers.

World Academy of Science, Engineering and Technology, 77, 1078-1082

Sidek Mohd Noah, Abdul Malek Abdul Karim, Wan Mrzuki Wan Jaafar, &

Jamaludin Ahmad (2009). Panduan Rasmi MEdSI .Shah Alam: Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

Stukas, A. A., Worth, K. A., Clary, E. G., & Snyder, M. (2008). The matching of

motivations to affordances in the volunteer environment: An index for

assessing the impact of multiple matches on volunteer outcomes. Nonprofit

and Voluntary Sector Quarterly, 38(5), 5-28.

Stukas, A., Worth, K., Clary, E., & Snyder, M. (2009). The Matching of Motivations

to Affordances in the Volunteer Environment: An Index for Assessing the

Impact of Multiple Matches on Volunteer Outcomes. Nonprofit and

Voluntary Sector Quarterly, 38(1), 5.

Taniguchi, H., (2006). “Men`s and Women`s Volunteering: Gender Differences in

the Effects of Employment and Family Characteristics”, Nonprofit and

Voluntary Sector Quarterly, Vol. 35, No. 6, 2006, 83-101.

Tasir, Z. & Abu, M.S. (2003) Analisis Data Berkomputer: SPSS 11.5 for Windows.

Kuala Lumpur: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Tee S. K (2006) Stress Kerja di Kalangan Guru Aliran Teknik di Sekolah Menengah

Teknik di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Universiti Teknologi

Malaysia.

Thapa, B. (1999). Environmentalism: The relation of environmental attitudes and

environmentally responsible behaviors among undergraduate students.

Bulletin of Science, Technology & Society 19: 432-444.

United Nations Volunteer. (2011). State of the World's Volunteerism Report. United

Nations. Voluntary Sector Quarterly 25: 485–505.

Page 43: MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9888/1/Rosmahalil_Azrol...mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan

76

Utusan.com.my/utusan/Johor/20121024/wj_01/UTHM-jadi-pelopor

Veeerasamy, C. & Singh, J. (2013). Relationships between Volunteerism, Academic

Performance and Self-esteem among Undergraduates in Malaysia. Retrieved

at https://www.researchgate.net/publication/259493004 on 6th December

2016.

Ward, L., Parr, J. (2006) Authority, Volunteerism, and Sustainability: Creating and

Sustaining an Online Community through Teacher Leadership, Leadership

and Policy in Schools, Volume 5, Number 2, June 2006, pp. 109-129(21)

Wymer, W. (2011). “The implications of Sex Differences on Volunteer Preferences”,

Voluntas: International Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations,

Vol. 22, No. 4, 2011, 831-851