rawatan kepada mangsa kejutan elektrik

72
Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik Posted by Urang Ulu at 10:55 PM BAGAIMANA KEJUTAN ELEKTRIK BERLAKU - Sentuhan serentak dua pengalir hidup. - Sentuhan serentak antara punca hidup dengan bumi. - Menyentuh punca bumi dan memegang litar yang hidup secara elektromagnet / elektrostatik. - Berdiri diatas bumi dimana arus mengalir disebabkan oleh keupayaan yang berlainan. KESAN KECEDERAAN AKIBAT KEJUTAN ELEKTRIK i.Kekejangan otot dada dan daiferam menyebabkan kesesakan pernafasan. Keadaan ini boleh membawa maut dalam masa yang singkat. ii.Kelumpuhan sementara pusat saraf. Ini akan menyebabkan terhenti pernafasan, menjadi lemas, boleh membawa maut kecuali mangsa dapat diselamatkan. LANGKAH MENYELAMATKAN RAKAN TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK i.Tutup suis bekalan utama jika diketahui tempatnya. ii.Jika tidak diketahui suis utama atau suis untuk ketempat berkenaan maka gunakan bahan penebat seperti baju dan seumpamanya untuk menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa tersebut daripada tempat

Upload: anggerikjingga

Post on 04-Jan-2016

327 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jgyf

TRANSCRIPT

Page 1: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Rawatan Kepada Mangsa Kejutan ElektrikPosted by Urang Ulu at 10:55 PM

BAGAIMANA KEJUTAN ELEKTRIK BERLAKU

- Sentuhan serentak dua pengalir hidup.

- Sentuhan serentak antara punca hidup dengan bumi.

- Menyentuh punca bumi dan memegang litar yang hidup secara elektromagnet / elektrostatik.

- Berdiri diatas bumi dimana arus mengalir disebabkan oleh keupayaan yang berlainan.

KESAN KECEDERAAN AKIBAT KEJUTAN ELEKTRIK

i.Kekejangan otot dada dan daiferam menyebabkan kesesakan pernafasan. Keadaan ini boleh membawa

  maut dalam masa yang singkat. 

ii.Kelumpuhan sementara pusat saraf. Ini akan menyebabkan terhenti pernafasan, menjadi lemas, boleh 

   membawa maut kecuali mangsa dapat diselamatkan.

LANGKAH MENYELAMATKAN RAKAN TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK

i.Tutup suis bekalan utama jika diketahui tempatnya. 

ii.Jika tidak diketahui suis utama atau suis untuk ketempat berkenaan maka gunakan bahan penebat seperti

   baju dan seumpamanya untuk menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa tersebut daripada tempat 

   berarus tetapi paada masa yang sama sentiasa berhati-hati supaya badan simangsa tidak tersentuh dengan 

   badan kita ketika arus elektrik masih mengalir ditubuhnya. 

iii.Jika mangsa tidak sedarkan diri gunakan rawatan pertolongan cemas atau pemulihan pernafasan. 

iv.Bawa si mangsa kehospital untuk bantuan perubatan seterusnya

Page 2: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

RAWATAN

i.Tanggalkan benda-benda yang mencerut seperti tali leher, tali pinggang atau kasut sebelum bahagian yang

  terbakar menjadi bengkak. 

ii.Bahagian anggota yang melecur hendaklah dibalut dengan pembalut kain anduh atau kain bersih. 

iii.Bahagian anggota yang melecur hendaklah jangan digerak-gerakkan. 

iv.Mangsa tersebut hendaklah dihantar segera kekelinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

KECEDERAAN ANGGOTA

i. Langkah segera yang perlu diambil perhatian 

ii. Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan simalang ditempat yang sesuai untuk diberi

   pertolongan tanpa menyentuh bahagian yang tercedera. 

iii. Jika anggota tangan yang patah maka tangan tersebut hendaklah digalas atau diampu dengan mengikat 

    keleher supaya tangan yang patah itu tidak terkulai. 

iv. Jika luka serius yang menyebabkanbanyak darah keluar seperti luka ditangan maka dibahagian atas   

     tangan perlu diikat dengan kain bagi tujuan menyekatmenyekat sementara pengaliran darah terus  

     mengalir. 

v. Simalang perlu dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kejutan elektrik boleh berlaku jika seseorang itu tersentuh punca bekalan elektrik yang bervoltan tinggi samada

semasa membuat projek, membaiki alat-alat elektrik atau sebagainya. Kejutan seumpama ini boleh merangsang dan

mengaktifkan denyutan jantung yang mengakibatkan penguncupan otot dan mungkin menghilangkan ingatan

sementara atau mungkinjuga pingsan dan terus mati.

Jangan menguji Voltan AC dengan tangan.     

Page 3: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Contoh cara menyelamatkan rakan yang terkena kejutan elektrik.

PEMULIHAN PERNAFASAN

- Kaedah mulut kemulut 

- Kaedah tekanan pemulihan jantung 

- Kaedah Holger Nielsen 

- Kaedah Silvester 

Kaedah Mulut Ke Mulut

Page 6: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

         Luka-luka kecil 

Dimana-mana bahagian luka yang berdarah tidak berhenti-henti, terutama dibahagian tangan atau jari-jari,

hendaklah dianggap sebagai kecederaan dan mesti menerima rawatan dengan sempurna. 

Untuk memberi pertolongan cemas bagi menghentikan darah mengalir : 

- Baringkan pesakit dengan sempurna. 

- Tinggikan bahagian yang cedera dari paras badan. 

- Tekan dan rapatkan bahagian yang luka. 

- Minta bantuan perubatan. 

- Sekiranya darah keluar dengan banyak dan merbahaya bawa pesakit kehospital. 

Terbakar atau melecur 

Sekiranya banyak bahagian yang terbakar, jangan memberi sebarang rawatan kecuali melindunginya dari terkena

udara. Tutup badan si mangsa dengan menggunakan kein atau kertas yang bersih. Ini membolehkan si mangsa

menggurangkan sakitnya. Sekiranya terbakar disebabkan bahan-bahan kimia seperti asid atau bahan pendingin,

pastikan badan atau bahagian anggota mangsa di lalukan dengan air bersih. Kemudian beri rawatan yang

sewajarnya.

TERBAKAR DAN MELECUR

Dibahagikan kepada tiga kategori: 

- Darjah pertama. 

Melibatkan lapisan permukaan kulit. Kulit nampak kemerahan, kering dan rasa sakit

yang amat sangat.

- Darjah kedua. 

Lapisan kulit pertama dan kedua terbakar. Kulit berwarna kemerahan gelap dan terdapat lepuhan(blister).

- Darjah ketiga. 

Lapisan kulit telah rosak.Kulit terbakar hitam atau putih kering.

Ketenatan mangsa bergantung kepada beberapa faktor :

- Luas permukaaan badan yang cedera. 

- Tempat mana yang terbakar 

Page 7: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

- Darjah terbakar 

- Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

DARJAH KEBAKARAN

Darjah Pertama

Darjah Kedua

Page 8: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Darjah Ketiga

                                      

Keadaan kecederaan mangsa boleh ditentukan menggunakan Prinsip 9

- Seluruh bahagian kepala dan leher. - 9% 

- Seluruh bahagian dada dan abdomen. - 9% + 9% 

- Seluruh bahagian belakang badan. - 9% + 9% 

- Kedua-dua bahagian tangan. - 9% + 9% 

- Kedua-dua bahagian kaki. - 9% + 9% + 9% 

- Anggota kemaluan. - 1% 

TINDAKAN

- Rendam atau siram anggota cedera. 

- Tanggalkan pakaian yang terbakar. 

- Tanggalkan segala bahan yang diperbuat daripada logam. 

- Tutup anggota terbakar dengan kain bersih. 

- Jangan guna plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera. 

- Jangan isi krim,mentega, ais dan sebagainya kepada anggota yang cedera. 

- Pastikan mangsa boleh bernafas. 

- Jika mangsa tak bernafas. Beri mangsa oksigen dengan kadar 8 – 10 liter seminit. 

- Kendalikan mangsa untuk renjatan. 

- Jika kecederaan agak teruk, bawa mangsa ke hospital.

Page 9: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

LUKA DAN BERDARAH

Rawatan Luka Kecil

Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.

Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun

atau antiseptik.

Balut dengan kain bersih atau pembalut.

Mengawal pendarahan

Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau

tangan.

Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.

Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut

sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.

Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan

tekanan.

Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.

Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.

KECEDERAAN TULANG (PATAH)

Rawatan Patah

Jangan gerakkan bahagian yang patah.

Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.

Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.

Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan

bawah sendi tulang yang patah.

Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.

Dapatkan rawatan lanjut.

PENGSAN

Rawatan Pengsan

Page 10: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.

Longgarkan pakaian yang ketat.

Pastikan udara bersih mencukupi.

Periksa lain- lain kecederaan jika ada.

Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.

TERCEKIK

Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba

bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu mangsa tersebut.

Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke atas dan orang

dewasa)

Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba

membantu.

Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.

Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah

tulang rangka (ulu hati).

Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu

keluar.

Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang

lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.

Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian

bawah tengah tulang rangka anda.

Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.

Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah

dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.

Jika Mangsa Pengsan

Baring dan terlentangkan mangsa.

Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.

Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.

Page 11: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan.

Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas

dari mangsa.

Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti

CPR).

Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang,

JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.

Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan

Awam untuk maklumat lanjut program ini.

 

TERBAKAR DAN MELECUR

Kecederaan Kecil

Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut

dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit.

Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera.

Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera.

Balut dengan kain bersih.

Kecederaan Teruk

Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit.

Periksa pernafasan dan nadinya.

Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat.

Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.

Balut tempat yang cedera dengan kain bersih.

Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Kecederaan disebabkan bahan kimia

Page 12: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit.

Balut kecederaan dengan kain bersih.

Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.

JANGAN SEKALI-KALI menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen, minyak

berangin dan sebagainya.

 

KERACUNAN

Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata.

Rawatan awal keracunan

Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.

Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.

Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.

Tunggu arahan dan bertindak segera.

Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.

Jangan muntahkan mangsa melainkan di arahkan.

TINDAKAN ANDA…!

HUBUNGI

Pusat Racun Negara USM

Waktu Pejabat

1-800-88-8099 atau 04-6570099

Lepas Waktu Pejabat – 012-4309499

(Termasuk hujung minggu dan cuti umum)

RENJATAN

Semasa dalam keadaan renjatan pesakit tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi yang

menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat dengan segera jantung mangsa akan menjadi

lebih lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang berterusan

boleh menyebabkan kematian.

Tanda-tanda

Page 13: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Pucat, sejuk dan kulit yang melekit.

Nafas pendek dan tidak teratur.

Nadi yang cepat tetapi lemah.

Anak mata yang membesar.

Lemah.

Kehausan.

Rawatan

Telefon ambulans jika perlu.

Baringkan pesakit jika ia muntah pusingkan kepala ke sisi.

Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran bernafas tinggikan kakinya

antara 8″ – 12″.

Longgarkan pakaian yang ketat.

Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.

Beri kenyakinan.

Jangan beri air atau alkohol.

RENJATAN ELEKRIK

Jika didapati mangsa terkena renjatan elektrik, berhati-hatilah. Pastikan arus elektrik telah dimatikan

atau suis utama telah ditutup sebelum memberi bantuan kecemasan. Jik tidak, alihkan wayar elektrik

dengan kayu kering atau objek yang bukan pengalir.

Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.

Periksa mangsa dan jika perlu lakukan CPR.

Beri rawatan terbakar dan melecur.

Jika mangsa tidak sedarkan diri berikan rawatan pengsan.

Berada disisinya sehingga bantuan tiba.

Page 14: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Cedera lutut menjadi hal yang ditakuti para olahragawan. Menyembuhkan cedera lutut akan sering dilakukan bila kita tidak mencegah cedera lutut. Gerakan-gerakan yang canggung, jatuh dan tabrakan, putaran secara tiba-tiba, kekuatan yang berlebihan dapat mengakibatkan berbagai cedera pada sendi lutut dan struktur-struktur yang menjadi pendukungnya. Cedera-cedera lutut umum meliputi ligamen, tendon dan tulang rawan yang robek, dan sindrom nyeri pada patello-femoral.

Jika anda ingin melompat ke bagian penyembuhan cedera lutut secara lengkap, silahkan baca : Cara Menyembuhkan Cedera Lutut Sendiri. Jika anda ingin membaca lebih mendalam khusus mengenai penyebab dan pertolongan ertama cedera lutut, silahkan baca : Penyebab dan pertolongan pertama cedera lutut, atau mari baca artikel ini sampai akhir untuk mengetahui selengkapnya

Perhatian medis yang dilakukan segera untuk setiap cedera lutut dapat meningkatkan kemungkinan untuk pemulihan penuh. Pilihan-pilihan pengobatan cedera lutut termasuk fisioterapi, operasi arthroscopic dan operasi terbuka. 

Struktur lututUntuk menyembuhkan cedera lutut kita perlu mengetahui struktur lutut. Lutut adalah sebuah sendi engsel, terletak di antara tulang paha (femur) dan tulang shin (tibia dan fibula). Kontraksi otot-otot di bagian depan paha (quadriceps) untuk meluruskan kaki, sedangkan kontraksi otot-otot di bagian belakang paha (hamstrings) memungkinkan kaki menekuk di lutut. Bagian akhir dari femur terletak pada cangkir dangkal dari tibia, dengan bantalan yang empuk yakni sebuah lapisan tebal dari tulang rawan.

Ads by google:

Pada bagian depan sendi lutut, tempurung lutut atau patela berada pada sebuah alur di ujung bawah tulang paha. Sendi ini lebih lanjut didukung pada setiap sisinya oleh tulang-tulang rawan tambahan, yang berada di antara sendi lutut. Tulang-tulang tersebut dijaga di tempat oleh pita keras dari jaringan terikat

Page 15: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

yang disebut ligament-ligamen. Seluruh sendi ditutup di dalam kapsul keras yang dilapisi dengan membran dan diisi dengan cairan pelumas sinovial. Kapsul-kapsul ekstra dari cairan, yang dikenal sebagai bursae, menawarkan bantalan ekstra. 

Cedera lutut - Ligamen yang keseleo

Sendi lutut dijaga secara bersama-sama oleh pita keras dari jaringan terikat yang disebut ligament-ligamen. Putaran secara tiba-tiba atau kekuatan yang berlebihan pada sendi lutut, sering disebabkan oleh melompat secara berulang-ulang atau berhenti secara cepat ketika sedang berjalan, dapat meregangkan ligamen di luar kemampuan mereka. Ligamen-ligamen yang robek dapat berdarah hingga ke lutut dan biasanya menyebabkan pembengkakan, nyeri dan kelemahan sendi. Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang berada di tengah sendi adalah ligamen lutut yang sering terluka. Sebuah ACL yang pecah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Mungkin memerlukan operasi rekonstruktif untuk menyembuhkan cedera lutut berupa ACL yang pecah.

Cedera lutut - Tendon yang robek

Otot-otot berlabuh di sendi dengan tendon-tendon. Tendon-tendon yang terlalu meregang dapat robek dan berdarah, namun cedera lutut ini cenderung dapat sembuh dengan sendirinya tanpa perlu operasi.

Cedera lutut - Tulang rawan yang robek

Page 16: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Sendi lutut didukung pada kedua sisinya dengan strip-strip tambahan dari tulang rawan, yang disebut dengan 'menisci' atau tulang rawan semilunar. Salah satu cedera lutut yang paling umum adalah sebuah robekan atau split dari meniskus. Dampak yang parah atau memutar, terutama selama latihan berat yang dialami oleh bantalan tersebut, dapat merobek tulang rawan ini. Robekan meniskus juga bisa terjadi pada orang tua karena keausan. Gejala-gejalanya termasuk pembengkakan, rasa sakit dan ketidakmampuan untuk meluruskan kaki. Menyembuhkan cedera lutut berupa tulang rawan yang rusak dapat dipangkas dengan operasi atau bahkan diangkat tanpa menimbulkan ketidakstabilan sendi.

Cedera lutut - Sindrom nyeri pada patello-femoral

Sindrom nyeri pada patello-femoralis ditandai dengan nyeri yang terasa di belakang tempurung lutut. Jongkok, berjalan naik dan turun bukit atau tangga, atau duduk diam untuk waktu yang lama dapat memperburuk rasa sakit itu. Penyebab umum adalah gerakan abnormal dari tempurung lutut karena lutut yang ditekuk dan diluruskan. Hal ini dapat menyebabkan cedera lutut berupa keausan tulang rawan yang terdapat di bagian belakang tempurung lutut. Ketidakseimbangan kekuatan otot, otot-otot tegang dan kelainan struktural dari ekstremitas bawah dapat berkontribusi pada masalah ini. Rasa sakit akibat cedera lutut ini biasanya datang secara bertahap dari waktu ke waktu.

Pertolongan pertama untuk cedera lutut pada 48 sampai 72 jam pertama

Page 17: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Menyembuhkan cedera lutut pada sesaat setelah terjadi. Saran-saran untuk pengobatan pertolongan pertama dari cedera lutut adalah sebagai berikut:

1. Segera hentikan aktivitas Anda. Jangan bekerja dengan rasa sakit.2. Istirahatkan sendi.3. Kurangi rasa sakit, pembengkakan dan pendarahan internal dengan balok-balok es,

terapkan selama 15 menit setiap beberapa jam.4. Balut lutut dengan rapat dan perpanjang balutan tersebut hingga kaki bagian bawah.

Naikan kaki yang terluka.5. Jangan menerapkan sesuatu yang panas pada sendi.6. Hindari alkohol, karena hal ini mendorong pendarahan dan pembengkakan.7. Jangan memijat sendi, karena hal ini mendorong pendarahan dan pembengkakan.

Bantuan profesional untuk menyembuhkan cedera lututMenyembuhkan cedera lutut dengan bantuan professional. Cedera lutut ringan dapat sembuh dengan sendirinya, tetapi semua luka harus diperiksa dan didiagnosis oleh dokter atau fisioterapis. Nyeri lutut persistent membutuhkan bantuan profesional. Perhatian medis yang segera untuk setiap cedera lutut dapat meningkatkan kemungkinan pemulihan penuh.

Pilihan-pilihan pengobatan cedera lutut yang termasuk adalah: 

Aspiration - jika sendi lutut terlalu bengkak, dokter dapat melepaskan tekanan dengan menngeluarkan dari beberapa cairan dengan jarum halus.

Fisioterapi - termasuk teknik untuk mengurangi rasa sakit, tempurung lutut yang taping, latihan-latihan untuk meningkatkan mobilitas dan kekuatan, dan teknik-teknik rehabilitasi yang terkait.

Operasi arthroscopic - atau operasi 'lubang kunci', di mana operasi lutut dilakukan dengan memasukkan instrumen ramping melalui sayatan kecil (cuts). Tulang rawan yang robek sering ditangani dengan operasi arthroscopic.

Operasi terbuka - diperlukan bila cedera-cedera yang dialami lebih parah dan keseluruhan dari sendi membutuhkan perbaikan.

EMPO.CO, Jakarta-Olahraga, bila dilakukan dengan salah, bisa berisiko cedera. Untuk mencegah cedera, Andi Kurniawan, dosen Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia menyarankan sejumlah hal berikut:

Pertama, cek kondisi tubuh sebelum berolahraga. 

Page 18: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Kedua, mulailah dari olahraga yang ringan, lakukan pemanasan peregangan juga pendinginan ketika selesai berolahraga. “Siapkan otot-otot, jangan langsung lari, dan ketika selesai jangan langsung diam,” katanya.

Ketiga, gunakan perlengkapan yang tepat. Jangan gunakan kaos gelap yang mudah menyerap panas ketika cuaca lagi terik. Demikian pula jangan gunakan kaos yang tipis saat dingin. Panas yang berlebihan bisa menyebabkan dehidrasi.

Keempat, cukup minum. Olahraga yang diforsir tanpa dibarengi minum yang cukup akan membuat otot menjadi mudah keram. “Jangan sampai menunggu haus, kalau sudah haus itu artinya dehidrasi,” katanya.

Andi mengatakanm cedera saat olahraga bisa disebabkan oleh faktor dari dalam maupun dari luar tubuh. Seseorang yang tidak pernah berolahraga lalu tiba-tiba latihan dengan intensitas tinggi, akan dengan mudah cedera.

Faktor usia juga berpengaruh. Pada usia belasan tahun, tulang masih dalam pertumbuhan, sambungan antar tulang belum sepenuhnya utuh. Demikian pula dengan usia yan sudah tua, otot melemah dan sendi-sendi termakan usia. “Otot yang kuat memperingan kerja sendi, sehingga mencegah cedera,” kata Chief Executive Officer Indonesia Sport Medicine Centre, Kelapa Gading ini,

Orang dengan berat badan berlebih juga rentan mengalami cedera saat berolahraga. Ini karena beban tubuh bertumpu pada lutut, sehingga ketika joging, lutut bekerja lebih keras. “Biasanya menimbulkan peradangan di lutut,” kata Andi.

Penggunaan perlengkapan olahraga yang tidak tepat juga bisa menimbulkan cedera. “Misalnya penggunaan sepatu olahraga yang tidak tepat,”  ujar Andi. Faktor luar lainnya adalah permukaan lapangan yang keras.

Cedera bisa terjadi pada jaringan lunak seperti otot, ligamen dan tendon, dan bisa juga pada tulang yang retak, bergeser,  hingga patah. “Ini juga bisa terjadi pada olahraga yang ringan seperti joging,” katanya.

Saat joging, cedera yang umum terjadi adalah pada lutut dan pergelangan kaki. Lutut berasa nyeri seperti tertusuk, nyut-nyutan, atau bisa saja nyerinya hanya terasa sesaat, namun tiba tiba langsung membengkak.

Untuk mendeteksi cedera pada lutut dan pergelangan kaki, selain rasa nyeri, adalah dengan melihat apakah kulit berubah menjadi kemerahan, terjadi keterbatasan gerak, seperti tidak bisa menekuk atau jongkok dengan sempurna, ketika digerakkan sakit, atau kaki tidak bisa lurus. “Kalau itu terjadi kita harus waspada,” katanya.

Page 19: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

IQBAL MUHTAROM

Renjatan Elektrik / Petir

Kata Utama / Keywords

Renjatan Elektrik - Electric Shock

Luka Terbakar – Burns Wounds

Kecederaan Akibat Terbakar - Electrical Burns

Pendahuluan dan Definasi

Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik. Arus elektrik yang melalui

tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan

pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan   dalaman pada otot atau organ dan

gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).

Seseorang yang terkena petir pula boleh ditakrifkan sebagai terkena percikan elektrik berkuasa tinggi dalam masa

sangat singkat. Dari segi fiziknya, kesan percikan petir tidak boleh dibandingkan dengan tenaga elektrik yang

dijanakan untuk kegunaan rumah atau industri. Dari itu, perbincangan mengenai kedua-dua tajuk ini akan

ditumpukan kepada kesan dari sudut perubatannya sahaja.

Epidemiology

Statistik di Malaysia :

Tiada perangakaan tepat untuk  menghuraikan berapa banyak kecederaan atau kematian yang berlaku di Malaysia

setiap tahun. Banyak cerita berkenaan renjatan elektrik atau panahan petir didedahkan melalui berita-berita akhbar

khasnya tentang kemalangan yang berlaku di tempat kerja1 atau kejadian kejadian kabel elektirk.2,3

Di Amerika syarikat, ditaksirkan seramai 1000 kematian berlaku akibat renjatan elektrik dengan kadar kematian

mencecah 3-5%.4

Punca Renjatan

Kebanyakan kes yang melibatkan warga dewasa belaku kerana terdedah kepada punca elektrik semasa kerja.

Kemalangan melibatkan remaja pula berlaku atas sifat ingin tahu dan aktiviti berisiko yang mendedahkan remaja ini

kepada bahaya renjatan elektrik. Bayi dan kanak-kanak kecil pula terdedah kepada sumber elektrik di rumah kerana

menganggap perkakasan elektrik sebagai mainan atau bahan untuk dimakan (gigitan).

Bahaya renjatan elektrik bergantung kepada faktor berikut:

1. Arus elektrik (lebih tinggi maka lebih tinggi risiko kematian)

2. Tempoh (lebih lama terkena renjatan, lebih tinggi risiko kematian)

3. Perjalanan arah arus dalam tubuh (jika melalui jantung, risiko kematian sangat tinggi)

4. Voltan (lebih tinggi voltan, lebih rendah rintangan dan lebih tinggi risiko kematian)

Page 20: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Gejala/Tanda

Seseorang yang terkena renjatan elektrik mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda luaran atau dengan jelas

mengalami gejala kecederaan akibat kesan terbakar. Ada mangsa renjatan yang  pengsan/tidak sedarkan diri  akibat

renjatan pada saraf ataupun jantung (cardiac arrhythmia). Secara umumnya, kecederaan akibat  elektrik terbahagi

kepada:

1. Kecederaan akibat bahagian tubuh yang terbakar (Electrical burns wounds)

Bahagian yang terbakar biasanya paling teruk pada tempat yang bersentuh (sumber elektrik dan

pembumian). Selain daripada kecederaan luaran, kontraksi otot boleh berlaku dan mengakibatkan

kecederaan pada tengkuk, tulang belakang atau organ dalaman. Sebarang perubahan bentuk (deformity)

mungkin berlaku akibat kepatahan tulang.

Keseriusan kecederaan bahagian tubuh yang terbakar bergantung pada sumber kuasa elektrik. Kecederaan

voltan tinggi (500-1000 volts) mencederakan tubuh badan melalui proses pemanasan dalaman. Hakikatnya

lebih ramai mangsa maut akibat luka terbakar berbanding kesan arus elektrik itu semata-mata.

2. Serangan Jantung (Venticular Fibrillation)

Bekalan elektrik AC di rumah-rumah di Malaysia (240 volts) pada kadar 50Hz. Jika terkena pada kawasan

dada, otot-otot jantung boleh menguncup serentak dan berlaku serangan jantung (ventricular fibrillation).

Manakalah untuk arus DC pula, arus sehingga 300 to 500 mA diperlukan.  Serangan jantung jika tidak

dirawat serta merta boleh mengakibatkan kematian.

3. Kesan kepada Sistem Saraf

Arus elektrik menganggu fungsi saraf terutamanya pada otak, jantung dan paru-paru. Pendedahan kepada

arus elektrik pada saraf pula berpotensi menyebabkan kerosakan saraf atau neuropati.

Arus elektrik yang melalui otak boleh menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri. Arus yang

melalui jantung pula menyebabkan serangan jantung seperti diterangkan di atas.

4. Kesan radiasi haba pancaran (Arc-flash Hazards)

Pancaran sinar cahaya (arc flash) yang terhasil daripada  renjatan elektrik atau panahan petir adalah

pancaran berhaba tinggi. Pancaran haba ini boleh menyebabkan kebakaran teruk pada bahagian tubuh

badan yang terdedah begitu juga pada persekitaran kawasan kulit yang berhampiran.

5. Kesan Panahan Petir

Panahan petir pula menyebabkan kecederan melalui beberapa cara:

o Terkena renjatan elektrik dari petir secara langsung(jarang berlaku)

o Melalui renjatan elektrik apabila mangsa tersentuh bahan(pengalir letrik) yang terkena petir(contoh

talian telefon di rumah atau besi tempat berlindung dari hujan)

o Melalui renjatan elektrik dari bumi tempat berpijak

o Kecederaan akibat kesan sampingan objek-objek  berhampiran yang disambar petir

o Kecederaan akibat terpelanting apabila terkena dentuman petir atau kesan dari kesan

dentuman(barotrauma)

Page 21: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Majoriti kecederaan berpunca daripada kesan dentuman (barotrauma) kepada persekitaran seperti pada

bumi, dahan pokok dan lain-lain objek yang berhampiran. Kecederaan yang  berpunca dari panahan petir

secara langsung atau kecederaan  akibat kebakaran dalaman jarang berlaku. Kematian akibat  panahan

petir berpunca daripada kesan renjatan kepada sistem denyutan jantung atau kerosakan pada sistem saraf.

Komplikasi

Komplikasi kepada kecederaan akibat renjatan elektrik/petir bergantung kepada kecederaan yang dialami seperti

yang diterangkan di atas dan dihuraikan di bawah:

1. Akibat bahagian tubuh yang terbakar

a. Kulit – bergantung kepada keluasan kawasan yang terbakar(body surface area) dan di mana ianya

berlaku. (rujuk bahagian perawatan kecederaan akibat kebakaran)

b. Otot – kematian sel otot yang teruk  perlu dirawat melalui pembedahan membuang tisu-tisu yang mati

malah adakalanya amputasi diperlukan.

c. Organ dalaman – bergantung pada bahagian organ yang terbakar. Kecederaan sehingga melibatkan

organ dalaman biasanya berakhir dengan kematian kerana melibatakan renjatan bervoltan tinggi.

d. Jantung – Serangan jantung jika tidak diberi rawatan serta merta biasanya mengakibatkan kematian.

e. Sistem Saraf – Renjatan elektrik yang menyebabkan kecederaan otak boleh menyebabkan berlakunya

kerosakan otak/saraf yang kekal dan mengakibatkan mangsanya mengalami sawan, kelumpuhan,

atau  perubahan personaliti

Rawatan

Rawatan di rumah

Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekejap masa biasanya tidak menyebabkan sebarang kemudharatan atau

hanya luka sedikit yang boleh dirawat di rumah. Bagi semua renjatan bervoltan tinggi atau kecederaan yang

mengakibatkan bahagian tubuh terbakar, rawatan selanjutnya di hospital perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, jika rawatan di rumah ini tidak berhasil, sila dapatkan nasihat lanjut untuk rawatan atau

suntikan tetanus jika perlu.

Bagi semua kes ibu hamil yang mendapat renjatan elektrik, mereka perlu mendapat pemeriksaan susulan dan

rawatan di hospital.

Rawatan Doktor

Semua kes renjatan bervoltan tinggi (500 volts ke atas) perlu mendapat rawatan di Unit Kecemasan di Hospital

Perkara berikut perlu diberi perhatian:

Sebarang kecederaan atau kesan terbakar pada kulit

Sejarah pengsan sewaktu terkena renjatan

Sebarang aduan kekebasan, sesemut, kelumpuhan/kelemahan pada pergerakan, penglihatan, pendegaran atau

masalah bertutur

Semua kes ibu hamil terutamanya jika 20 minggu keatas

Page 22: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Lain-lain gejala yang serius

Ujian Klinikal

Semasa pemeriksaan dilakukan, keutamaan diberi kepada berlakunya sebarang kecederaan pada organ dalaman,

sistem otot/tulang, jantung dan  sistem saraf.

Pegawai perubatan akan menjalankan ujian-ujian berikut berdasarkan kepada sejarah insiden yang berlaku  dan

pemeriksaan fizikal yang dilakukan.

Ujian ECG bagi memeriksa jantung

Ujian Full Blood Count bagi mengenalpasti kepekatan darah (jika berlaku perdarahan atau kemungkinan

jangkitan)

Ujian air kencing UFEME bagi melihat kehadiran enzim otot (myoglobinuria) bagi kecederaan otot yang serius

Ujian X-ray sekiranya diperlukan bagi melihat sebarang kemungkinan berlakunya kepatahan  semasa terkena

renjatan

CT scan jika diperlukan apabila kecederaan kepala berlaku atau mangsa renjatan separa sedar

Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa terkena renjatan

1. Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah atau di tempat

kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik.

2. Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik

3. Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau

alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik. Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir

seperti alas kaki getah. JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku di

kawasan bervoltan tinggi.

4. Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan denyutan jantung. Jika tiada,

lakukan CPR .

5. Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir sederhana

sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan sepertimana biasa kepada luka terbakar.  Tunggu di

sisi mangsa sehinggalah bantuan tiba.

6. Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan elektrik, pastikan tengkuk

tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada saraf tunjang. Berikan rawatan kecemasan kepada

kecederaan luka atau kepatahan yang berlaku seperti biasa.

JANGAN LAKUKAN INI:

Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis dimatikan sepenuhnya atau ada

risiko letupan berlaku

Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar

Jangan buangkan kulit yang mati  atau memecahkan lepuh pada kulit

Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik

Rawatan Perubatan Seterusnya

Page 23: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Rawatan diberi bergantung kepada keterukan kecederaan akibat terbakar (burns wound) dan jika berlaku

kecederaan-kecederaan sampingan.

Kecederaan akibat terbakar (burns wound) :

o Minor: rawatan krim antibiotik dan dressing.

o Kecederaan lebih teruk mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tisu-tisu mati atau bagi

tujuan skin grafting.

o Kecederaan serius pada lengan, kaki atau tangan ada kalanya memerlukan pembedahan untuk membuang

otot-otot yang terbakar sehinggalah kepada amputasi sekiranya diperlukan

Lain-lain kecederaan yang memerlukan perhatian

o Kecederaan mata memerlukan pemeriksaan dan rawatan oleh doktor mata

o Kepatahan memerlukan rujukan kepada doktor otopedik bagi tujuan rawatan seterusnya (splinting,

casting atau pembedahan).

o Kecederaan organ dalaman memerlukan pemerhatian dalam wad atau pembedahan jika diperlukan.

Pencegahan

Langkah-langkah pencegahan daripada terkena renjatan elektrik bergantung kepada usia:

Kanak-kanak di bawah 12 tahun:

Kebanyakan renjatan berlaku kerana kerosakan pada alat atau kabel elektirk. Pastikan alat-alat elektrik dan

kabel elektrik dipantau untuk sebarang kerosakan dan jika perlu dibaiki atau digantikan.

o Jangan benarkan kanak-kanak bermain dengan kabel dan soket elektrik

o Hadkan penggunaan soket tambahan mengikut sukatan(diukur dalam amps) yang disyorkan oleh peralatan

elektrik tersebut

o Perbaharui kabel lama atau soket yang tiada pembumian kepada sistem terkini(grounded 3 pronged

system). Elakkan penyambungan elektrik berdekatan kawasan basah (sinki, bilik mandi) atau dapatkan

nasihat professional jika penyambungan di kawasan sebegini diperlukan.

Kanak-kanak 12 tahun dan ke-atas:

Kebanyakan kecederaan berlaku akibat perbuatan berisiko dan  ingin tahu kumpulan remaja. Kejadian melibatkan remaja

berlaku apabila mereka menceroboh masuk sistem janakuasa bervoltan tinggi TNB atau  di landasan tren elektrik

berkuasa tinggi. Pendedahan kepada bahaya kepada perbuatan ini perlu diterangkan kepada golongan remaja di rumah

ataupun di sekolah.

Warga Dewasa

Selalulah berhati-hati dalam mengelakkan kecederaan terkena renjatan semasa berurusan dengan peralatan elektrik.

Pastikan suis dimatikan sebelum melakukan sebarang aktiviti dengan sistem elektrik. Jika tidak pasti, libatkan

professional dalam sebarang sambungan di rumah. Elakkan penggunaan peralatan elektrik berhampiran kawasan basah

dan jangan berdiri di kawasan berair semasa mengendalikan peralatan elektrik.

Hentikan sebarang aktiviti luar rumah ketika ribut petir. Cari perlindungan di dalam bangunan atau jika terpaksa

berlindung di luar, elakkan berada di bawah pokok atau berhampiran objek besi. Besi itu sendiri bukan satu tarikan

kepada petir, tetapi ia berupaya mengalirkan arus elektrik kepada mangsa yang bersentuh dengannya.

Page 24: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Rehabilitasi

Pemulihan daripada renjatan elektrik bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan yang dialami. Bagi mereka

yang mengalami kecederaan pada bahagian kulit yang terbakar(superficial burns wounds), kepulihan bergantung

kepada peratusan tubuh yang terbakar (body surface area) dan tahap intensitinya.

Mereka yang  tiada sebarang kecederaan teruk pada bahagian yang terdedah atau  terkena renjatan elektrik, pesakit

akan pulih seperti biasa tanpa masalah dan tidak memerlukan rehabilitasi.Harus diingati bahawa jangkitan kuman

pada luka terbakar akibat renjatan elektrik adalah punca utama kematian bagi mangsa yang sempat dimasukkan ke

hospital.

Kecederaan pada otak baik kesan langsung daripada renjatan atau kerana terjatuh atau terhantuk  yang serius boleh

menyebabkan kecederaan kekal pada otak yang mengakibatkan sawan, lumpuh atau perubahan personaliti.

Kecederaan akibat kepatahan tulang kerana terjatuh, terhumban  dan sebagainya, dirawat seperti mana dijelaskan di

bawah tajuk rehabilitasi  kepatahan.

Rujukan

1. Estate worker in freak accident loses his hands: Wed, Jan 19, 2011-New Straits Times

2. Lelaki curi kabel TNB hampir hangus: 29 April 2011- Berita Harian

3. Rentung, Putus Dua Akibat Curi Kabel 26 Mei 2010 – Berita Metro

4. Electrical injuries. In: Tintinalli JE, Kelen GD, Stapczynski JS, Ma OJ, Cline DM, eds Emergency Medicine: A

Comprehensive Study Guide. 6th ed. New York, NY: McGraw-Hill; 2004: chap 201.

5. Sumber rujukan bacaan dan gambar yang disediakan:http://www.emedicinehealth.com/electric_shock.

6. Gambar-gambar

Rentung, Putus Dua Akibat Curi Kabel 26 Mei 2010 – Berita Metro

Page 25: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Lelaki curi kabel TNB hampir hangus: 29 April 2011- Berita Harian

4.1 TAKRIF PERTOLONGAN CEMAS* Pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatanyang diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secaratiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba.

.2 BANTUAN KECEMASAN4.2.1 MERAWAT LUKA DAN BERDARAH•Rawatan luka kecil- Alirkan air pada luka dan keringkandengan kain bersih.-Bersihkan kelilingan luka dengankapas atau kain bersih yangdibasahkan dengan air dan sabunatau antiseptik.- Balut dengan kain bersih atau pembalut.•Mengawal pendarahan - Hentikan pendarahan denganmeletakan kain bersih pada luka dantekan dengan jari atau tangan(Tekanan Tepat).- Apabila pendarahan berhenti, balutdengan kain bersih. -Jika terdapat objek asing sepertipaku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekelilingobjek itu-dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.6

Page 26: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

-Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras  

keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau pelvis.-Kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidakdapat bergerak langsung.-Luka dengan hujung tulang tertonjol.

 • Merawat Kepatahan Tulang.-Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan terlebih dahulu.-Berikan rawatan di tempat kejadian.-Elakkan pergerakan yang tidakperlu. Jangan gerakan bahagianyang patah.-Rawat dan hentikan pendarahanluka jika ada.-Jangan tekan pada luka sekiranyaada tulang terkeluar.-Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dansebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.-Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.-Dapatkan rawatan lanjut..4.2.3 MANGSA PENGSAN.• Tanda-tanda pengsan.-Hilangnya daya sedar yang singkat menyebabkan mangsa jatuh ke lantai.-Denyut nadi yang perlahan.-Pucat, kulit sejuk dan berpeluh.• Merawat Mangsa Pengsan.-Baringkan mangsa.-Longgarkan pakaian yang ketat.-Tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dansebagainya.-Pastikan udara bersih mencukupi.-Periksa lain-lain kecederaan jika ada.-Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih

Page 27: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

 4.2.4 MANGSA TERCEKIK.• Tanda-tanda tercekik.-Mangsa akan menunjukkan tangannya pada leher.-Mangsa akan cuba bercakap, tetapi tidak dapat.-Muka mangsa kelihatan kemerah-merahan.-Mangsa mengalami kesukaran bernafas.• Teknik Heimlich Manuver bagiMangsa sedar (Untuk kanak-kanak1 tahun dan orang dewasa).-Berdiri di belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunyayang anda cuba membantu.-Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.-Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antarapusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka(ulu hati, tulangSternum )-Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehinggaobjek yang tersekat itu terkeluar.- Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang bolehmenarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa sajayang boleh membantu.-Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya diantara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.- Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut terkeluar.* Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu. 10

Page 28: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik
Page 29: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

11

Tip-tip penting ketika berlakunya kemalangan jalan rayaTIDAK semua orang mampu atau mahir mengendalikan keadaan sesuatu kemalangan dengan sempurna lebih-lebih lagi ia melibatkan kemalangan yang kronik, justeru itu di sini terdapat beberapa maklumat asas untuk dilakukan apabila berhadapan dengan situasi kemalangan.

Bagi yang tiada kemahiran asas dalam mengendalikan keadaan kemalangan, amatlah penting untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti menggerakkan lagi keadaan seperti menggerakkan mangsa. Apa yang perlu dilakukan ialah meminta pertolongan kepada pengguna jalan raya lain yang terdapat di kawasan kemalangan.

Kemudian, selamatkan tempat kejadian kemalangan daripada kenderaan lain dengan meletakkan apaapa tanda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya yang lain bahawa di situ berlakunya kemalangan jalanraya walaupun ketika berada di tengahtengah lebuhraya. Pantau keadaan kemalangan dengan menanda kawasan bahaya, kurang bahaya dan kawasan selamat (merah, kuning dan hijau.)

i) Kawasan bahaya (merah) Mungkin terdapat sesuatu yang bahaya seperti kawasan kemalangan yang bahaya atau mangsa yang cedera teruk.

ii) Kawasan kurang bahaya (kuning) Kawasan kurang bahaya dengan mangsa yang cedera ringan.

iii) Kawasan selamat (hijau) Kawasan selamat bermaksud terdapat mangsa di situ tetapi tidak terlalu teruk.

Perkara ini perlu dilakukan kerana apabila ada pihak penyelamat sampai, mereka akan terus ke kawasan merah dan melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa. Orang ramai yang terdapat di tempat kejadian perlulah bersikap matang dengan tidak menganggu keadaan trak jalan raya.

Ini kerana ada sesetengah pengguna jalan raya suka memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kawasan kemalangan sedangkan cara mereka ini sedikit pun tidak membantu mengawal keadaan kemalangan bahkan berisiko membahayakan lagi mangsa kemalangan seperti melambatkan lagi kerja-kerja menyelamat. Perlu diingatkan bahaya kawasan yang bertanda merah adalah kawasan yang perlu diberi perhatian serius dengan menyelamatkan mangsa secepat mungkin manakala kawasan yang bertanda kuning merupakan kawasan yang masih perlu diberi perhatian dengan pertolongan yang sederhana.

Sebagai individu yang melihat tempat kejadian atau yang berada di kawasan kemalangan, pergi ke arah mangsa dan jangan takutkan mangsa dengan memberitahu keadaan kecederaannya yang teruk. Sebaikbaiknya cuba tenangkannya dengan meyakinkannya bahawa mangsa selamat. Lihat jenis kecederaan, jika mangsa berdarah teruk, cuba hentikan pendarahan dengan melakukan teknik direct pressure, balut di bahagian yang berdarah untuk menghentikan pendarahan dan jangan gerakkan mangsa.

Bagi kecederaan yang melibatkan kawasan tulang belakang atau kepala mangsa, jangan cuba untuk menggerakkan mangsa kerana ini mungkin akan memburukkan lagi keadaan kecederaan mangsa. Jika kecederaan yang melibatkan patah tulang, sebaik-baiknya jangan

Page 30: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

gerakkan bahagian yang patah sebaiknya tenangkan mangsa dan perlu diingatkan bahawa jangan sesekali cuba memberi apa-apa minuman kepada mangsa walaupun diminta kerana ini boleh menyebabkan sistem saraf mangsa tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ketika pihak penyelamat sampai atau sedang melakukan kerja-kerja menyelamat, sebaik-baiknya kawal keadaan trak ditempat kejadian supaya tidak melambatkan kerjakerja menyelamat. Elakkan daripada mengangkat mangsa atau membawa mangsa sendiri ke hospital kerana situasi ini boleh memburukkan lagi keadaan atau kecederaan yang dialami oleh mangsa.

Berhadapan dengan mangsa yang tidak sedarkan diri seperti koma atau pengsan di tempat kemalangan atau sukar untuk membezakan sama ada mangsa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Justeru mangsa perlulah diberi perhatian dahulu seperti memanggilnya berulang kali bagi memastikan keadaan mangsa.

Sentuh pergelangan tangan mangsa untuk menentukan sama ada nadi mangsa masih berdenyut, periksa bahagian leher, sistem pernafasannya dan perhatikan dada mangsa sama ada ianya bergerak ataupun tidak. Seperti juga kanak-kanak, lakukan perkara yang sama seperti hentikan pendarahannya dengan selamat dan perlahan-lahan jika mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan periksa sistem pernafasannya jika mangsa berada dalam tidak sedarkan diri dan kanakkanak memerlukan lebih perhatian dan ketenangan jika mereka terlibat dalam apa-apa kemalangan.

Dalam apa-apa keadaan sekalipun, perkara pertama dan yang utama perlu diambil kira ialah mengawal keadaan kemalangan dan keadaan mangsa. Bagi mangsa yang berada dalam keadaan koma, tunggu sehingga pasukan penyelamat sampai untuk menyelamatkan mangsa. Jangan keluarkan apa-apa kenyataan yang tidak pasti seperti mangsa sudah meninggal dunia kerana ini akan memburukan lagi keadaan mangsa.

Bagi mangsa yang cedera ringan, keluarkan mangsa dari kawasan kemalangan dan rawat mangsa dikawasan anggota badan yang tercedera.

Jika anda adalah mangsa kemalangan, jauhkan diri dari tempat kemalangan dan lihat pada anggota badan yang mengalami kecederaan. Jika terdapat mangsa lain di kawasan kemalangan, hulurkan bantuan dengan menjauhkan mangsa dari kawasan kemalangan kerana ini dikhuatiri jika berada berdekatan dengan kawasan kemalangan akan membahayakan mangsa. Jangan sesekali melakukan perkara diluar kemampuan seperti menggerakkan mangsa yang tidak sedarkan diri kerana ini akan menyebabkan kecederaan mangsa bertambah serius.

Jika anda mengalami muntah-muntah lebih daripada 2 atau atau 3 kali 24 jam selepas kemalangan, segeralah dapatkan rawatan dengan melakukan pemeriksaan x-ray di hospital untuk memastikan keadaan anggota badan yang mengalami masalah seperti pendarahan dalaman.

Berhati-hatilah ketika memandu dan elakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Penyakit Sawan Tarik -Bahayanya Kepada BayiHati saya terasa sungguh sedih bila terbaca entry seorang sahabat blogger saya, Mawar Merah a.k.a Ramlah. Ramlah menceritakan tentang anak saudara

Page 31: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

kesayanganannya Israf terkena penyakit ini... Ya Allah... sembuhkanlah penyakit Muhammad Atif Isyraf . dan Jadikanlah dia seorang kanak2 yang sihat dan cergas amin... air mata saya mengalir tanpa henti apabila membaca entry Ramlah. Saya yang tiada kaitan pun terasa sangat sedih apatah lagi keluarga Isyraf yang paling dekat... Ramlah memberi peringatan kepada saya tentang penyakit ini, supaya sentiasa berhati2...

Saya google maklumat tentang Penyakit ini... dan kumpul a few info dan ingin share dengan kawan2 semua terutama yang mempunyai anak kecik termasuk saya . Info ini berguna untuk di baca dan di kongsi bersama... Saya sendiri pun kena lebih berhati apabila membaca info ini... Saya perlu berhati2 terutama jika Khalis demam...

Ya Allah... Berikanlah kesihatan dan kebahagian untuk anakku Muhammad Khalis Putra di dunia dan akhirat... amin...

Info untuk tatapan kita bersama...

APAKAH itu sawan tarik? Apakah puncanya? Adakah ia berpunca daripada keturunan atau daripada penyakit lain?Bagaimana cara mengubati atau mengatasinya daripada terus berlaku?SAWAN tarik atau sawan demam (febrile fit) kerap berlaku pada kanak-kanak berusia antara enam bulan dengan enam tahun.

Ia boleh berlaku jika kanak-kanak mengalami demam panas melebihi 38.5 darjah Celsius yang memuncak secara mendadak.

Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum lagi matang.Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan.

Demam itu sendiri selalunya berpunca daripada jangkitan kuman virus seperti demam flu, demam yang beruam dan kadangkala ekoran jangkitan air kencing.

Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis).Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.

Apakah langkah-langkah yang anda boleh lakukan di rumah apabila berlaku sawan tarik?

Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.

Page 32: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.

Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.

Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.

Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar. Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit.Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.

Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan seperti kerap meminum air putih dan memberinya ubat demam seperti paracetamol atau supplement-supplement yang dipercayai...

Sebab-sebab utama berlakunya kematian pada bayi dan kanak-kanak di negara ini ialah kerana serangan penyakit-penyakit sawan akibat demam panas.Penyakit sawan atau 'fits' ataupun tarik-tarik ini terjadi apabila kanak-kanak diserang demam panas yang terlalu tinggi. Penyakit ini hanya boleh dicegah sekiranya anda bertindak segera.

Sawan terjadi akibat dari beberapa sebab;1. Akibat demam panas.2. Kerana kerosakan otak semasa bayi masih dalam kandungan ataupun ketikadilahirkan.3. Tetanus (berlaku akibat memotong tali pusat bayi dengan alat-alat kotor atau karat).4. Atau sebab-sebab lain.

1. Akibat demam panasSebab-sebab berlakunya demam panas kepada bayi ini biasanya disebabkan oleh:1. jangkitan kuman virus2. jangkitan kuman bakteria3. sebab-sebab yang tidak dike-sanContoh-contoh demam akibat jangkitan kuman virus ini ialah selsema dan campak. Contoh-contoh bagi demam akibat jangkitan bakteria ialah jangkitan kerongkong, jangkitan saluran kencing, paru-paru bronchitis (sejuk paru-paru) dan lain-lain.Sekiranya demam ini tidak dikawal sawan akan menyerang. Bagaimana demam panas yang tidak terkawal mengakibatkan sawan dan akhirnya membawa kecacatan atau kemungkinan besar maut?Bila demam tidak dikawal atau tidak dirawat segera, anak itu akan diserang sawan atau 'tarik-tarik'.

Page 33: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Ketika sawan menyerang, kesesakan nafas akan berlaku. Sesak nafas ini mengakibatkan kurangnya penyaluran oksigen ke otak. Apabila ini terjadi otak akan rosak. Inilah yang mengakibatkan cacat otak seumur hidup kepada bayi.Sekiranya segala usaha untuk menyelamatkan bayi ini gagal maka bayi akan menjadi biru dan akhirnya maut.Tanda-tanda demam yang terlalu tinggi ialah apabila mata kanak-kanak itu mula liar dan bergerak-gerak tidak tentu haluan ataupun jari-jari tangan atau kaki juga bergerak-gerak. Ini adalah juga tanda-tanda awalan bahawa kemungkinan besar anak itu akan diserang sawan.

Langkah-langkah penting yang perlu diambil apabila anak-anak demam panas untuk mengelakkan sawan berlaku:1. Tanggalkan semua pakaian anak itu.2. Ambil tuala, basahkan dengan air sejuk dan demah badan kanak-kanak itu - khasnya di bawah ketiak, peha, lengan, kepala dan seluruh badan supaya suhu panasnya turun.Sekiranya anak itu menunjukkan tanda-tanda akan kena sawan seperti yang telah disebutkan tadi, apa yang ibu-ibu harus lakukan ialah mandikan anak itu dengan segera supaya demamnya turun.Suhu badan yang bahaya ialah 102 atau 39 darjah Celsius ke atas. Apabila saja suhu badan anak yang demam naik ke paras 100 darjah F. atau 38 darjah Celsius segeralah mendemahnya tubuhnya dengan air sejuk.3. Pastikan anak itu selain dari demam juga kena sakit sampingan. Pastikan sama ada dia batuk, susah kencing, kudis badan, tali pusat bernanah dll. Ibu-ibu perlu memeriksa keadaan anak-anak itu sendiri.4. Cepatlah bawa anak itu berjumpa doktor.5. Sekiranya sawan menyerang anak itu, ambil sudu dan sengkangkan ke mulutnya untuk mengelakkan anak itu dari menggigit lidahnya.Cara-cara mencegah sawan dan demamPenyakit sawan dan juga demam memang susah hendak dicegah kecuali para ibu menjaga kesihatan anak-anak dengan rapi serta memberi anak-anak makanan yang berzat lagi sempurna. Hanya dengan penjagaan kesihatan secara rapi dan juga pemakanan yang berzat sahaja anak-anak boleh beroleh daya tahan yang tinggi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.Kedua, ibu-ibu dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil ke tempat-tempat keramaian atau di mana ada ramai orang kerana di tempat-tempat tersebut bayi atau kanak-kanak terbuka kepada berbagai jenis jangkitan dan penyakit.Langkah yang ketiga yang paling penting ialah, anak-anak haruslah diberi suntikan pelalian untuk mencegah penyakit-penyakit yang boleh dikawal seperti campak, tetanus dan lain-lain.Cara keempat, pastikan apabila anak itu demam panas, suhu badannya dikawal dengan cara mendemah tubuh dengan air sejuk. Bahaya utama bukanlah demam itu tetapi sawan yang bakal menyerang apabila suhu meningkat ke paras yang tinggi.Kelima, bersalinlah dengan bidan-bidan yang terlatih untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kecuaian ketika menyambut bayi atau ketika mengendalikan potong tali pusat.2. Sawan akibat dari kecacatan otak

Page 34: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Kerosakan otak terjadi oleh beberapa sebab seperti jangkitan otak yang digelar 'Encephalatis' ataupun 'meningitis' ataupun kecederaan otak yang berlaku ketika bayi dilahirkan - misalnya ketika melahirkan anak songsang, 'forceps' atau akibat - jangkitan tertentu.3. Sawan akibat lain-lain sebabYakni sebab-sebab berlakunya sawan tidak diketahui seperti keadaan 'idiopathic' atau sawan babi atau 'epilepsi'.4. Sawan akibat tetanusIni boleh berteku akibat jangkitan kuman tetanus - yakni kuman yang menyerang luka. Sawan ini juga boleh berlaku kepada bayi apabila tali pusatnya dipotong dengan menggunakan alat-alat seperti gunting dan sebagainya yang tidak bersih.Sawan akibat tetanus ini sangat merbahaya dan boleh membawa kepada cacat otak seumur hidup.Jangkitan tetanus ini boleh dicegah sejak bayi itu masih berada dalam kandungan. Untuk melindungi bayi dari diserang sawan tetanus ini ibu-ibu dinasihatkan supaya mengambil suntikan tetanus sebaik sahaja bayi dalam kandungan mula bergerak.

Tindakan doktor untuk mengatasi demam dan sawanPara doktor akan periksa seluruh anggota anak itu termasuk tekak dan sebagainya. Ujian makmal ke atas darah dan air kencing juga dibuat untuk memastikan sekira ada penyakit sampingan.Sekiranya terdapat penyakit sampingan doktor akan memberi antibiotik untuk diambil oleh kanak-kanak itu.Sekiranya tiada didapati sebarang jangkitan maka doktor akan bertanya akan riwayat ibu ketika melahirkan anak itu. Untuk memastikan sama ada anak itu ada mengalami sebarang kecederaan ketika dilahirkan ataupun memang dilahirkan begitu.Sekiranya didapati anak itu dijangkiti sawan tetanus maka anak itu akan diberi rawatan khas. Dan kalau sawan yang menyerang itu sawan babi, doktor akan memastikan latar belakang keluarga anak itu.Peringatan:1. Demam panas yang mengakibatkan sawan adalah penyakit yang serius dan merupakan pembunuh kanak-kanak yang utama.2. Jangan pakaikan anak anda pakaian yang terlalu tebal. Pakai pakaian yang ringan yang mudah serap peluh seperti yang dibuat dari kain kapas. Jangan bedung anak anda atau menyelimutkan anak anda ketika anak itu demam.3. Anda perlu bertindak cepat. Demahlah tubuh dan seluruh tubuh dan kepala anak anda dengan air sejuk apabila demam panas menyerang. Segera bawa berjumpa doktor.Ingatlah tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anak anda.

Berikut adalah pengalaman beberapa ibu yang menghidapi penyakit ini...

Page 35: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Salam,my doctor selalu tulis dlm report as 'febrise fits', tak tau le ade beza ke tak...  my 1st son  pun kena age 1+,   untill now, will be 6yrs by this sept.throughout the years.... mmmm 3/4 bln sekali akan admitted...   some people says one of the reason fits nie bcoz of keturunan.... my husband got it during his early childhood jugak...  I, ubat kampung pun gi jugak... alhamdullillah semakin membesar nie the gap tu lebih le skit... hopefully diizinkan Allah, ianya semakin hilang... 

doc tak galakkan kita jirus terus dr air paip bila terkena fits (as 'honey' wrote)... basahkan kain then tap kat badan jgn gosok kain basah tu kat kulit...  bila u gosok ianya akan menghasilkan lebih haba... tapi bila dah panik air paip tu je yg i terpikir.... just to ensure kita jirus sampai tak memudaratkan as advise by 'honey' earlier.   After the 1st fits experience, i akan treat kat rumah until fits hilang baru bwk gi clinic...to ensure fits tak lama...

my son bukan demam aje yg akan terkena fits, other things such as penat, lapar (if he skip meals), tonsil bengkak (yg boleh lead to demam) and cirit birit... or might be other things yg membuatkan badan dia lemah... which later can lead to demam...

Pengalaman kedua.Assalamualaikum. .Saya pun ada pengalaman macam tu. dalam awal tahun ni..my son (age 1+) kena sawan tarik tu. in english they call it "Febrile Seizure". masa anak saya kena tu memang la saya panik sangat...nasib baik saya still duduk ngan parents..so. .saya jerit kuat2 panggil my mom..and we both rushed my baby to the bathroom and jirus air kat kepala dia. 

tp bila saya bawak pegi jumpa pakar kanak2..doktor tu kata..kalau jadi lagi lain kali..jangan mandikan / basahkan anak tu terus. dia kata just biar je sawan tu reda sendiri..doktor tu kata..kalau jirus air dan termasuk kat tekak anak kita tu..takut lemas pulak..sebab masa anak tu tengah kena seizure tu..semua body function stop..but the doctor memang setuju la..parents memang akan panik dan terus nak jirus anak ngan air..but saya rasa...elok la jugak untuk kita kurangkan panas badan anak tu..tapi make sure air atau benda2 lain tak termasuk dalam mulut anak tu. My doctor pun cakap kalau seizure tu jadi dalam seminit dua..itu kira normal lagi..but if lama sangat..then takut ada effect lain kat anak tu..so kena buat check up secara menyeluruh. 

Masa bawak anak saya pegi jumpa doktor pakar kanak2 ni..saya tengok dia relax je..padahal saya ngan husband punya la panik..saya rasa macam bengang pun ada kat doktor tu..saya bawak anak pegi jumpa doktor pakar yang lain..sama jugak cerita diorang..and bila balik rumah..saya start surf internet cari info pasal seizure ni..so memang semua info yang saya baca sama macam apa yang doktor tu kata la...kat sini saya share link to website yang saya rasa banyak benefit untuk parents baca..banyak sangat info2 yg bagus2..saya memang selalu tengok 

Page 36: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

website ni dari tarikh saya tau saya pregnant sampai la sekarang anak saya dah umur 18 bulan. harap rakan2 lain ada masa untuk check this link: 

 http://www.babycent er.com/0_ febrile-seizures _1439542. bc

emm..lagi satu..doktor saya kata..sekali anak kita pernah kena seizure ni..possibility untuk kena lagi agak tinggi sampai la umur anak kita tu 5 tahun..lepas 5 tahun..tak kena dah..tp jenuh jugak nak tunggu sampai 5 tahun tu kan..sekarang ni fobia je bila ada orang sekeliling yang demam..takut jangkit kat my son..

ok la..harap sedikit info ni dapat membantu..wassalam.

Pengalaman Ke-3salam utk semua ,... saya dengar dari orang2 lama........ .depa kata bila kita bagi mandi(jirus) anak kita biar anak tu macam terlemas(tercungap sikit......penyakit sawan tu boleh hilang.wallahhualam ......... ......... ....(maaf sebab guna bahasa pulau pinang)

Pengalaman Ke-4salam saya pun pernah alami dgn anak saya bln 3/2008. betoi tu hanya tuhan saja yang tau. ceritanya lebih kurang saya yang diceritakan. ..skrng time anak saya demam jer terus saya beringat jgn sampai panas bdn dia mencecah 38 keatas.....

Pengalaman ke-5Ya Allah... jauhkan lah segala penyakit nih... saya juga pernah mengalami... . masa tu Tuhan je yg tahu... masa tuh bulan 12/2007.. saya n suami bwk adam ke HB.. ada rawatan susualan.. ain masa tuh setahun 2 bulan, saya tinggalkan ngan nenek dia.. g sekejap je...  ain demam..dah kasi makan ubat, saya pun bwk adam g chekup. masa balik dari HB tuh ain still merengek...saya buatkan bubuh....siap je bubuh saya n suami bawak ain g klinik pulak... suhu badan dia 38'C... dok kata demam biasa... dah ambil  ubat masa jalan nak balik tuh(sebelum sampai kat kereta) singgah jap kat pasaraya nak cari barang... masa tuh saya kasi ain pegang ubat dia sambil abahnye dokong. tetiba saya yang jalan di belakang nye nengok ubat tuh jatuh dari pegangan nya, bila saya ambil n nak kasi dia... saya nengok muka dia dah mula mengigil macam gigit sesuatu, macam ketakutan... bila saya ckp kat suami,dia pun terkejut dan cepat berlari 100m utk ke klinik yg kami kunjungi tadi...masa tuh... memang nak tercabut jantung rasa nye... bila sampai klinik terus masuk jumpa dok... dok basah kan kepala dia , lap badan n masukkan ubat punggunug... ..dok kata nih baru nak jadi sawan... lom serius sebab masih awal dan dia masih sedar masa tuh..apa pun dok kasi surat tok reffer HB..dok pun tak kasi ubat sawan... cuma kasi ubat punggung ..keadaan dia lemah sangat... sampai tak larat angkat mata, dan terus tertido ... dok kata bila benda sebegini berlaku pesakit akan menjadi begitu lemah...apa pun kejadian tuh banyak memberi pengajaran.. berlaku tak sampai 3 minit... nasib baik dekat ngan klinik. Tuhan maha kuasa..sejak dr pada tuh saya 

Page 37: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

beli sendiri meter yg utk baca suhu badan... tak kira ain or adam , bila deman susahnya hati Tuhan je yang tahu... ubat punggung sentiasa ada simpan di rumah...Nahuzubilla hin min zaliq... Ya Allah jauhi anak-anak kami dari segala penyakit...berikan rahmat dan hidayah agar anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha.. amin..

Pengalaman ke-6Assalamualaikum… .Just nak cerita dan pengajaran pada kawan2....

Anak aku yg no.2 Faiq pada 21/4/08 baru2 ne kena demam.Demam sawan tarik...nak kongsi dgn korang semua supaya hati2 bila anak kita demam. Selalunya aku baca dlm email tentang hal ne yg terjadi pada anak org lain..last2 berlaku pada anak aku sendiri....

Subuh tu..bdn dia panas 38'C aku kasi ubat demam..aku ingat boleh reda panas dia..aku dah siap2 nak g keja..tapi naluri aku kuat supaya jgn pegi keja pagi tu..so aku pun batal niat aku nak gi keja…selalu bila dia demam dia aktif tapi pagi tur dia tidor jer..aku hairan gak...

Dalam jam 8.30pagi dia muntah2....aku tuamkan dgn tuala...aku buatkan dia susu...tiba2 jer aku terkejut bila tgk botol susu yg dia pegang tercampak... .kaki dan tangan tersentak 2 kali...terus aku sambar dia...aku pegang bdn dia panas sangat....mata dah terbeliak... hanya nampak mata putih jer...aku dah meraung ketakutan... badan dah mula biru..tuhan jer tahu perasaan aku time tur....aku dah fikir mati ker anak aku ne...Ya Allah...panjangkanl ah umur dia...nasib baiklah aku tak panik hari tur...aku teringat email2 yg aku baca pasal demam panas ne......

Macam dah tak bernyawa….aku rasa sedih sgt..aku ingat anak aku dah tak der....Aku bukak baju,seluar. ...aku mandikan dari kaki dahulu hingga ke kepala....masih tak bersuara.... aku jadi takut sgt....hampir 5 minit aku mandikan barulah dia menagis..barulah aku dengar suara dia...syukur alhamdulillah. ...aku still mandikan dia dgn air sejuk sampai badan dia jadi warna asal....aku selubung kan terus....bila kau tgk keadaan dia sedih sgt..aku rasa menyesal sbb tak ambil berat pagi tadi....bergigil2 dia kesejukan... aku teruskan mandi...menagis2 anak aku..tapi aku tak boleh buat apa..terpaksa. ...

Call husband dalam perjalanan…lama sangat aku kejut Amirah tgh tido...terus bawak ke klinik....dlm perjalanan aku tgk Faiq lelapkan mata....aku kejut kan dia....aku takut dia lelapkan mata dia selamnya...tapi alhamdulillah dia saut panggilan aku....sampai kaw klinik aku bunyikan hon sekuat hati...semua org pandang....adalah hamba Allah ne yg perihatin dia tnya kenapa???... .tolong!! !!anak saya sakit...dia tolong aku...aku terpa doktor tolong rawat anak aku....dlm klinik dia menagis kesejukan... doktor bukak Aircond kuat biar dia sejuk.....doktor masukkan ubat punggung dgn ubat sawan....doctor kata dia kena sawan tarik..sbb demam terlampau panas...so.. dia sarankan aku terus ke Hospital yang berhampiran. ..laki aku pun sampai...... aku ingat nak bawak ke 

Page 38: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

PUSRAWI..tapi doktor kata ubat ne boleh tahan hanya 1jam...so dia suruh aku pegi Hospital Sg. Buloh....

Sampai je kat sana, terus ke emergency..doktor ambil darah menagis anak aku..tapi aku berdoa moga semuanya selamat....doktor tahan dia masuk wad...doktor monitor aje supaya suhu bdn tak naik....demam sawan ne boleh boleh menyebabkan hilang upaya otak berfungsi...

Apa yg aku nak samapikan ne buat pengajaran pada korang semua...kalau anak demam jgn pandang sambil lewa...cepat2 lah kasi ubat....aku sejak peristiwa tu berlaku aku jadi takut...bila dia nagis mlm cepat aku cek suhu bdn....so... .kalau terjadi mcm ne pada anak2 korang.....

1-  mandikan dia dengan air paip....dari kaki dahulu baru ke kepala....2-  mandikan sampai dia sedar berulang kali....3-  jgn sesekali masukkan ubat punggung ketika dia tidak sedarkan diri...4-  jgn goncang kan dia, urut atau lambung ...sbb otak dia tak ada oksigen time tur5-  cpt2 lah bawak ke klinik....

kiranya lambat bertindak... akan menyebabkan anak cacat kekal spt kekejangan.. dan anak jadi lembab...30% akan berlaku lagi kiranya demam pada suhu 37'C dan tidak dirawat...dan akan berlaku sehingga berusia 3 thn....

So...hati2lah. ..moga jadi pengajaran pada korang semua...Ne gambar dia kat Hospital Sg. Buloh..ptg tur dah aktif semula dah.....lega aku rasa...Alhamdulillah

2 PETUA MUDAH MERAWAT BAYI YANG DEMAM.

Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.

1.Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.

2.Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan.

Page 39: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Semoga anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang sihat walafiat... amin...

Kecederaan Dalam Sukan Badminton 1.0      Pengenalan Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan pada masa kini amat memberangsangkan dan penyertaannya semakin meningkat sekaligus menjadi satu cabaran dalam dunia sukan. Sukan menjadi faktor penting dalam hidup dan menjadi satu keperluan utama bagi setiap individu. Dengan bersukan ianya sama sekali membantu meningkatkan tahap kecergasan setiap individu dan kecergasan juga menjadi faktor utama untuk mencapai kepuasan dalam bersukan. Penglibatan dalam sukan juga mempunyai banyak aspek positif ke atas kehidupan seseorang. Namun demikian seseorang itu harus mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan diri dari mengalami kemalangan semasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang diminati. Justeru, sebagai seorang guru PJ mahupun jurulatih sukan, anda perlu mengetahui prinsip bantu mula dan langkah-langkah penyelesaian masalah kecederaan sukan. Istilah "kecederaan sukan," merujuk kepada kecederaan yang paling biasa dan kerap berlaku semasa sukan atau senaman. Beberapa kecederaan sukan berpunca daripada kemalangan, namun kebanyakkannya adalah disebabkan oleh amalan latihan yang tidak berkesan, peralatan yang tidak betul, kurangnya latihan, atau tidak memanaskan badan dan regangan dengan teknik yang betul.             Justeru dalam tugasan ini, penulis akan memberi penerangan dan penjelasan berhubung tiga perkara iaitu yang pertama berkaitan dengan jenis-jenis kecederaan sukan yang sering berlaku dalam sukan badminton. Kedua, penulis juga akan menghuraikan secara terperinci berhubung prosedur bantu mula melalui pembentangan, tayangan video dan amali. Bagi perkara terakhir ialah penulisan refleksi merangkumi aspek-aspek yang telah digariskan. 2.0      Tugasan 1: Mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dalam sukan badminton

Page 40: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan.             Kenyataan di bawah merupakan antara pernyataan yang diambil berhubung jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku dalam sukan secara umumnya: Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Ezlan Merican kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada dua iaitu kecederaan tisu lembut dan kecederaan tulang. Kecederaan pada tisu lembut pula boleh dibahagikan kepada akut dan kronik. Bagi kecederaan tulang jarang berlaku kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat serta lumba kereta dan motor. Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba mengalami patah tulang atau stress fracture. Dr. Ezlan juga menyatakan bahawa keadaan ini berlaku akibat latihan yang berpanjangan menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak halus. (Utusan Melayu, 8 Julai 2012) Menurut CS Jayaprakash (2003) pula, sukan tenis, badminton dan skuasy memerlukan perubahan kerap dalam mengubah arah di tempat dan masa yang terhad. Ia juga melibatkan nyahpecutan yang mendadak dan pecutan yang cepat pada masa yang singkat yakni memerlukan tindak balas yang cepat. Jelas beliau lagi, pergelangan kaki, lutut dan paha merupakan bahagian yang kerap berlakunya kecederaan. Oleh kerana bahagian atas tubuh badan kerap digunakan dalam sukan raket, bahagian bahu dan siku adalah terdedah kepada kecederaan yang berlebihan. Justeru, sukan yang melibatkan penggunaan raket, bola atau sukan yang memerlukan pergerakan pantas secara mendadak boleh menyebabkan kecederaan pada mata dan muka.             Bagi memberikan penerangan yang lebih lanjut berkaitan kecederaan yang kerap berlaku dalam sukan badminton, CS Jayaprakash (2003) membahagikan kecederaan kepada tiga jenis kecederaan yang kerap berlaku dalam sukan badminton. Antara kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan pada mata dan muka, kecederaan pada bahagian hujung atas tubuh badan (upper extremity) dan terakhir ialah kecederaan pada bahagian hujung bawah tubuh badan (lower extremity). Rajah 1: Bahagian utama yang kebiasaannya cedera dalam sukan badminton. Diambil daripada http://www.physioroom.com/sports/badminton/1_badminton_injuries.php.             Rajah 1 menunjukkan bahagian-bahagian utama pada tubuh badan pemain

Page 41: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

badminton yang biasanya terdedah kepada kecederaan. Pertama ialah kecederaan pada pergelangan kaki iaitu “sprained ankle”. Kedua kecederaan pada bahagian “achilles tendon”. Bagi kecederaan yang dinomborkan nombor tiga ialah kecederaan pada bahagian siku iaitu “tennis elbow”, keempat kecederaan pada bahagian bahu iaitu “rotator cuff injury”. Akhir sekali, kecederaan kelima berdasarkan gambar yang ditunjukkan pada rajah 1 ialah kecederaan pada patella atau lutut kaki iaitu “patella tendonitis”. Kecederaan semasa badminton telah dilaporkan berlaku pada kadar 2.9 kecederaan setiap pemain bagi setiap 1000 jam semasa bermain badminton. Kecederaan dalam sukan badminton kebiasaannya cenderung disebabkan oleh lebih guna atau “overuse” kerana sukan badminton bukan sukan yang berbentuk sentuhan seperti ragbi dan bola sepak. Dalam badminton, pemain memerlukan kuasa letupan untuk menggerakkan pergelangan tangan, melakukan lakuan “lunges”, melompat dan perubahan pergerakan dengan cepat dan tindakan ini dilakukan berulang-ulang sehingga boleh meletakkan tekanan pada tisu dan menyebabkan kecederaan. Justeru, berdasarkan pernyataan yang telah dikemukakan di atas dapat dirumuskan bahawa kecederaan dalam sukan badminton boleh dibahagikan kepada dua jenis. Kedua-dua jenis kecederaan ini merupakan kecederaan yang biasa ditemui terhadap pemain badminton. Jenis kecederaan pertama ialah kecederaan akut “acute badminton injuries” dan jenis kecederaan kedua ialah kecederaan lebihguna “overuse badminton injuries”. Bagi memberikan gambaran secara jelas jadual di bawah menunjukkan antara jenis-jenis kecederaan bagi kedua-dua jenis kecederaan yang telah dinyatakan. Kecederaan Akut (Acute Injury) Kecederaan Lebihguna (Overuse Injury) Ankle sprain Tennis elbow (Lateral epicondylitis) Meniscus tear Achilles tendonitis Muscle strain Rotator cuff tendonitis Jadual 1: Antara jenis kecederaan yang sering berlaku dalam sukan badminton 2.1      Kecederaan Akut (Acute Injury) 2.1.1   Ankle Sprain Rajah 2: Anatomi kecederaan pada pergelangan kaki. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?q=Ankle+Sprain&newwindow=1&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=dm3_U5DuIY-yuAS5xIJo&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1280&bih=675 Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat. Sprain atau terseliuh pada pergelangan kaki adalah sebahagian daripada kecederaan dalam sukan yang paling biasa, dan sering berulang-ulang terutama dalam sukan badminton yang mana atlet sentiasa bergerak dengan pantas dan menukar pergerakan

Page 42: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

dengan kerap secara tangkas. Dalam kebanyakan kes buku lali itu digerakkan ke arah luar, menyebabkan kerosakan pada ligamen di luar buku lali. Adalah penting untuk mendapatkan rawatan yang betul secepat mungkin selepas kecederaan dan seterusnya mengikuti program pemulihan penuh untuk kembali ke kecergasan penuh dan memastikan kecederaan itu tidak berulang. Gejala sprain pada mungkin berbeza-beza bagi setiap atlet iaitu daripada menjadi sangat ringan hingga sangat teruk. Dengan terseliuh ringan atlet mungkin akan dapat meneruskan latihan atau pertandingan. Namun kecederaan yang sangat teruk atau parah akan menyebabkan atlet perlu mendapatkan rawatan di hospital dan mengambil masa yang lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan pergelangan kaki yang patah. Kecederaan yang biasanya berlaku daripada trauma secara tiba-tiba, berpusing atau ditukar ganti dari buku lali. Kesakitan akan dirasai pada sendi buku lali itu sendiri walaupun secara khusus akan dirasai di luar buku lali apabila menekan di atas ligamen yang rosak. Bengkak atau lebam boleh hadir tetapi tidak semestinya dalam kes yang lebih ringan. Sakit juga boleh dirasai di bahagian dalam pergelangan kaki hasil daripada pemampatan tulang dan tisu lembut. Sprain pada pergelangan kaki digredkan pada gred 1, 2 atau 3 bergantung kepada tahap kecederaan tersebut dan ahli terapi profesional akan menjalankan diagnosis dan penilaian yang akan merangkumi pelbagai ujian gerakan dan gerakan menentang ujian untuk menentukan struktur cedera dan tahap kecederaan. Rajah 3: Tahap-tahap sprain. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?newwindow=1&biw=1280&bih=675&tbm=isch&sa=1&q=muscle+strain&oq=muscle+strain&gs_l=img.3..0l10.75344.79545.0.79851.15.12.1.2.2.0.230.1618.2j8j2.12.0....0...1c.1.52.img..0.15.1641.IrQ_ul4NRI4 Bagi menjelaskan tahap kecederaan sprain, masa pemulihan akan bergantung kepada bagaimana buruk kecederaan itu. Bagi sprain gred 1 gejala hanya akan menyebabkan kesakitan sederhana dengan ketidakstabilan sedikit atau tiada. Mungkin akan ada beberapa kekakuan sendi dengan kesukaran berjalan atau berlari tetapi atlet itu mungkin dapat bermain badminton. Kemungkinan terdapat beberapa kesan regangan atau mungkin koyakkan kecil di dalam ligamen buku lali sisi mungkin telah berlaku menyebabkan bengkak ringan di sekitar tulang di luar buku lali. Justeru, pada tahap ini pemain badminton masih boleh bermain badminton namun terdapat kesukaran untuk bergerak dengan tangkas kerana ada rasa sakit ketika bergerak. Bagi gred 2 pula, tanda-tandanya adalah akan menyebabkan kesakitan yang sederhana hingga teruk dengan kesukaran berjalan. Atlet juga mungkin tidak dapat bermain badminton pada sesuatu

Page 43: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

tempoh dan mungkin tempang sementara. Lebam kecil mungkin jelas kelihatan bersama-sama dengan bengkak dan kekakuan pada sendi buku lali. Terdapat kemungkinan berlaku beberapa ketidakstabilan sendi akibat terkoyak sederhana beberapa gentian ligamen. Gred 3 sprain pada pergelangan kaki biasanya menyebabkan pecah keseluruhan atau hampir keseluruhan ligamen. Sakit yang teruk akan dirasai pada mulanya dengan bengkak dan lebam yang luas. Atlet akan mengalami ketidakstabilan kasar sendi. Pada tahap ini juga atlet sememangnya tidak dapat bermain badminton dan perlu menjalani rawatan atau pemulihan untuk memulihkan kecederaan. Atlet juga disarankan untuk berehat daripada melakukan sebarang pergerakan yang agresif.   Rajah 4: Kelihatan Datuk Lee Chong Wei yang mengalami kecederaan pada buku lalinya. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?q=lee+chong+wei+cedera&newwindow=1&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=i1UFVNLuJ4Hf8AXH4YGICw&ved=0CB0QsAQ 2.1.2   Meniscus Tear   Rajah 5: Anatomi kecederaan pada lutut. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?newwindow=1&biw=1280&bih=675&tbm=isch&sa=1&q=Meniscus+Tear&oq=Meniscus+Tear&gs_l=img.3..0l10.213981.216309.0.217952.12.6.0.0.0.0.145.247.0j2.2.0....0...1c.1j2.52.img..10.2.246.OhX6Ysv7AX8#imgdii=_ Koyakkan pada meniscus merupakan kecederaan sukan biasanya berlaku apabila menisci koyak. Menisci adalah cakera rawan yang membantu melindungi lutut dari pukulan atau sebarang hentakan. Semasa pergerakan lutut biasanya rawan bergerak dengan lutut yang bertindak sebagai penampan. Kadang-kadang kedua-duanya boleh terkoyak secara serentak dengan terseliuh. Pergerakan berhenti dan berpusing secara tiba-tiba biasanya antara penyebab menisci untuk terkoyak seperti dalam sukan badminton. Apabila daya yang tidak normal berlaku pada tulang lutut terhadap satu sama lain, ini meletakkan tekanan pada tulang rawan dan menyebabkan ia koyak atau berpecah. Jika lutut membengkak dengan serta-merta ia biasanya bermaksud mungkin berlakunya sprain. Jika bengkak berlaku kemudian atau selepas permainan ia mungkin hanya rawan yang koyak tetapi kecederaan ini biasanya memberikan kesakitan dengan segera. Lutut akan merasa lemah dan menyakitkan ke arah hadapan. Kadang-kadang cecair dari saluran darah terlepas ke dalam kawasan sekitarnya dan kelihatan lutut 'bengkak.' Kemungkinan juga lutut mungkin tidak dapat bergerak sama sekali dan ia adalah mustahil untuk meletakkan apa-apa berat di atasnya Justeru, meniskus yang terkoyak biasanya disebabkan oleh pergerakan berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki menyebabkan koyakkan pada

Page 44: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa sakit pada sendi lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan kaki sepenuhnya. 2.1.3   Muscle Strain Rajah 6 : Antara contoh strain pada otot kuardisep. Strain merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya, berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan sebagainya Kecederaan otot (strain) berlaku apabila otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan ini berlaku apabila individu atau atlet tersebut menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang yang bermain atau bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat pemanasan badan terlebih dahulu, boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot.    Rajah 7: Datuk Lee Chong Wei mengalami strain otot kuardisepnya Diambil daripada https://www.google.com.my/search?q=lee+chong+wei+cedera&newwindow=1&tbm=isch&source=lnms&sa=X&ei=O18FVOSzAoro8AW9q4GoBg&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1280&bih=675&dpr=1 2.2      Kecederaan Lebihguna (Overuse Badminton Injuries) 2.2.1   Lateral Epicondylitis (Tennis Elbow)   Rajah 8: Anatomi kecederaan yang berlaku pada siku pemain. Diambil daripada http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/elbow-pain/tennis-elbow Kecederaan lebihguna yang kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang berulang-ulang, ketegangan tali yang terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan regangan merupakan antara punca kecederaan lateral epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada epicondyle sisi dan tendon extensor biasa. Mempunyai teknik yang betul dan saiz cengkaman yang betul adalah penting untuk mengelakkan kecederaan jenis ini dalam badminton. Ia juga penting bahawa seseorang atlet tidak meningkatkan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi atau meningkatkan intensiti permainan secara drastik. Rehat yang mencukupi adalah pilihan terbaik untuk sembuh daripada kecederaan ini. 2.2.2   Shoulder Injuries   Rajah 9: Anatomi kecederaan pada bahu. Diambil daripada http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/shoulder-pain/rotator-cuff-tendonitis  Kecederaan pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di dalam sukan badminton kerana permainan ini melibatkan banyak

Page 45: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan “overhead” kepada pihak lawan. Kebiasaannya tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau kecederaan pada bahagian “rotator cuff”. Rotator cuff adalah sekumpulan otot yang bekerja bersama-sama untuk menyediakan sendi bahu dengan kestabilan dinamik, membantu untuk mengawal sama semasa ia berputar. Apabila berlakunya kecederaan pada bahagian tersebut, seseorang pemain badminton akan mengalami kesukaran untuk bermain kerana sukar untuk melakukan pukulan mahupun menerima pukulan pihak lawan. Justeru, adalah disarankan untuk berehat dan lakukan pemulihan untuk mengelakkan otot tersebut daripada terkoyak. 2.2.3   Achilles Tendonitis   Rajah 10: Anatomi kecederaan pada “achilles tendon”. Diambil daripada http://www.badmintoncafe.com/?p=401 Achilles tendonitis adalah istilah umum untuk sakit di sekitar achilles tendon dan dilaporkan kerap dalam pemain badminton. Achilles tendonitis biasanya datang secara beransur-ansur, dan adalah lebih biasa di kalangan mereka yang berusia lebih 40. Akan berlakunya kesakitan, di mana diterukkan lagi apabila melakukan aktiviti, dan achilles tendon biasanya menyakitkan apabila disentuh. Tendon yang terjejas kebiasaannya kelihatan tebal berbanding dengan bahagian yang tidak terjejas. Ahli profesional perubatan merujuk kepada keadaan ini sebagai achilles tendinopathy, yang dicirikan oleh kemerosotan daripada achilles tendon. Degenerasi ini bermakna bahawa tendon tidak mempunyai kekuatan tegangan yang biasa dan boleh menyebabkan pecah apabila aktiviti sukan diteruskan. Tanda – tanda berlakunya achilles tendonitis dapat dikesan apabila berlakunya kesakitan pada tendon semasa latihan. Kedua, akan ada rasa sakit achilles secara beransur-ansur akan datang apabila melakukan senaman yang berpanjangan tetapi akan hilang apabila berehat. Selain itu, akan ada kesan bengkak pada tendon achilles. Selain itu, terdapat juga kesan kemerahan pada kulit. 3.0      Tugasan 2: Prosedur bantu mula 3.1 Kecederaan Akut (Acute Injury) 3.1.1 Ankle Sprain Sprain atau terseliuh pada pergelangan kaki adalah sebahagian daripada kecederaan dalam sukan yang paling biasa, dan sering berulang-ulang terutama dalam sukan badminton yang mana atlet sentiasa bergerak dengan pantas dan menukar pergerakan dengan kerap secara tangkas. Prosedur bantu mula bagi ankle sprain ini adalah menggunakan rawatan awalan (RICE). Selepas mendapatkan rawatan bantu mula, rawatan susulan akan dilakukan.                      i.        R (Rest) ·         Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan pendarahan dalaman.                     ii.        I (Ice) ·         Ais yang

Page 46: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. iii.        C (Compression) ·         Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas dan longgar.                    iv.        E(Elevation) ·         Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi. 3.1.2 Meniscus Tear             Koyakkan pada meniscus merupakan kecederaan sukan biasanya berlaku apabila menisci koyak. Justeru, meniskus yang terkoyak biasanya disebabkan oleh pergerakan berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki menyebabkan koyakkan pada meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa sakit pada sendi lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan kaki sepenuhnya. Prosedur bantu mula bagi kecederaan ini menggunakan kaedah  (P. R.I.C.E).    i. P (Protect) ·         Lindungi kecederaan yang berlaku daripada kecederaan yang selanjutnya. ii.        R (Rest) ·         Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. iii.        I (Ice) ·         Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera dalam setiap selang masa 20 minit dalam tempoh 48 jam selepas kecederaan.                    iv.        C (Compression) ·         Bahagian yang cedera harus dibalutkan dan gunakan pendakap lutut jika diperlukan. Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas dan longgar.                     v.        E(Elevation) ·         Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang cedera harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin.

Page 47: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi. 3.1.3   Muscle Strain Kecederaan otot (strain) berlaku apabila otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan ini berlaku apabila individu atau atlet tersebut menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Prosedur bantu mula yang digunakan untuk merawat pemain badminton yang mengalami kecederaan ini turut menggunakan kaedah yang sama seperti posedur bantu mula ankle sprain dan meniscus tear iaitu (RICE).                      i.        R (Rest) ·         Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan pendarahan dalaman.                     ii.        I (Ice) ·         Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. iii. C (Compression) ·         Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas dan longgar.                     v.        E(Elevation) ·         Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi. 3.2      Kecederaan Lebihguna (Overuse Badminton Injuries) 3.2.1   Lateral Epicondylitis (Tennis Elbow) Kecederaan lebihguna yang kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang berulang-ulang, ketegangan tali yang terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan regangan merupakan antara punca kecederaan lateral epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada epicondyle sisi dan tendon extensor biasa. Prosedur bantu mula bagi merawat kecederaan ini adalah dengan meluruskan pergelangan tangan dan jari terhadap rintangan untuk melihat sama ada ia menghasilkan sakit pada siku Kemudian, kedudukan tangan mangsa

Page 48: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

dengan anduh dan tuamkan ais pada tempat yang cedera. Pemeriksaan x-ray siku juga digalakkan dan seterusnya pemain dikehendaki berehat secukupnya pada lengan terbabit. 3.2.2   Shoulder Injuries Kecederaan pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di dalam sukan badminton kerana permainan ini melibatkan banyak melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan “overhead” kepada pihak lawan. Kebiasaannya tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau kecederaan pada bahagian “rotator cuff”. Maka, prosedur bantu mula unruk rawatan pemulihan untuk mengelakkan otot tersebut daripada terkoyak yang disarankan adalah dengan menggunakan kaedah (RICE).                     ii.        R (Rest) ·         Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan pendarahan dalaman.                    iii.        I (Ice) ·         Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. iii. C (Compression) ·         Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas dan longgar.                    vi.        E(Elevation) ·         Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. 3.2.3   Achilles Tendonitis Kecederaan ini melibatkan koyakan atau ketegangan yang berlaku pada tendon yang menyambungkan otot calf dengan tumit. ianya berlaku kerana ketegangan yang kuat pada otot calf dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian tumit semasa berlari dan melompat. Prosedur bantu mula bagi kecederaan ini adalah dengan menuamkan dengan ais selama 10 minit ke 30 minit. Kurang daripada 10 minit akan memberikan kesan kelegaan yang kurang dan lebih daripada 30 minit pula akan memudaratkan kulit. Ais tersebut hendaklah dibalut menggunakan kertas plastik ataupun tuala. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini

Page 49: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. Namun, sekiranya ia merupakan kecederaan yang teruk, maka ianya perlu terus dirujuk kepada pakar bagi mengelakkan kecederaan yang semakin teruk dan berlanjutan. 4.0      Kesimpulan Kesimpulannya, dalam sukan badminton antara kecederaan yang kerap berlaku dan dialami oleh atlet boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu pertama jenis kecederaan akut dan kecederaan lebihguna. Justeru, dalam aspek bantu mula seseorang ahli sukan mahupun ahli fisioterapi boleh mengamalkan princip RICE (Rest, Ice, Compression dan Elevation) semasa melaksanakan rawatan terhadap kecederaan tersebut sebagai langkah pertama untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk. Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Kemalangan! Apa Yang Anda Harus Buat Kalau Terlibat Dalam Sesuatu Kemalangan

Kemalangan! Sekiranya terlibat dalam satu-satu kemalanagan, apa yang

harus anda buat? Memandangkan jumlah kenderaan yang terdapat di

jalanraya kita hari ini, sudah pasti berlaku kemalangan.

Memandangkan terdapat begitu ramai pemandu-pemandu baru, khasnya

pemegang-pemegang kelas jenis “P” (Probationary Drivers) dan

pemegang-pemegang lesen lama yang tidak tahu bagaimana hendak

bertindak semasa terlibat dalam sesuatu kemalangan, maka artikel ini

dikaranglah.

Mula-mulanya, izinkan saya kategorikan jenis-jenis kemalangan yang biasa

berlaku di jalanraya kita hari ini. Kesimpulannya, ianya dijeniskan kepada:

Page 50: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

i) Kemalangan kecil-kecilan atau “minor accidents”. Biasanya kerosakan

tidak perlukan“repair” banyak lebih kurang katalah RM200 – RM300.

Umpamanya kerosakan dilinkungan yang anda dapat “settle” atau

selesaikan.

Umpama kerosakan-kerosakan lampu belakang, “signal”, cermin tepi (side

mirror) dan sebagainya. Ingat, kalau ke Balai Polis, akan memakan masa

dan leceh! Jangan lupa juga, kalau anda didapati salah, anda akan

kena “kompaun”, sekurang-kurang RM300. Berbaloi tidak? Pendek kata,

nasihat saya dalam kes kemalangan macam ini, “Settle” lah sahaja.

Faham?

ii) Jenis kemalangan kecil-kecilan atau “minor accidents” seperti di nombor

(i) atas tetapi melibatkan kerosakan lebih besar atau “serious”. Repair

memerlukan perbelanjaan yang lebih atau tinggi.

Di kes demikian, “insurans” main peranan besar. Semua kenderaan

mempunyai insurans – Kurnia, P&O, East West dan sebagainya.

Dalam kes demikian, anda dinasihatkan lapor kemalangan ini ke Balai

Polis saja. Apa yang anda harus buat ialah:

i) ambil / catat nombor kereta.

ii) jenis model kereta.

iii) warna kereta.

iv) catatkan “masa” kemalangan berlaku dan tempat kemalangan.

Page 51: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

v) kalau boleh, dapat butir-butir pemandu yang terlibat seperti kad

pengenalan, lesen pemandu dan jangan lupa kelasnya, alamatnya dan

bangsanya.

Anda harus diingatkan, tiada seorangpun mempunyai kuasa

untuk “menahan” atau “detain”(melarang) seseorang daripada

meninggalkan kawasan kemalangan tersebut.

Diperingatkan lagi, kuasa “detain” hanya ditangan polis sahaja!

Kemalangan jenis “minor”seumpama ini, di mana tiada orang yang

dicederakan, anda bebas meninggalkan kawasan itu berlaku.

Tapi ingat, anda hendak melaporkan ke Balai Polis berdekatan dalam tempoh 24 jam! Saya harap anda / pembaca akan mengkaji apa-apa yang dikarang dalam artikel ini dengan teliti.

Habis berbincang tentang “kes-kes kemalangan jenis minor atau kecil-

kecil”, tibalah kita ke kemalangan-kemalangan yang lebih serius pula.

“Kemalangan” adalah sesuatu peristiwa yang siapapun tidak harap berlaku.

Ianya sesuatu“nahas”. Tetapi blog ini terpaksa menyentuh topik ini

semata-mata.

Kemalangan “serius” biasanya berlaku di jalan-jalan besar

atau “highway” atau “lebuhraya”. Kenderaan-kenderaan berjalan lebih

110 km/j keatas.

Dalam kemalangan demikian diatas, pemandu-pemandu yang terlibat:

i) Cuba hantar yang cedera ke hospital atau klinik.

Page 52: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

ii) Telefon ke Balai Polis atau Hospital untuk bantuan cemas.

iii) Balai Bomba dihubungi.

iv) Kalau pemandu-pemandu tidak cedera parah, bolehlah tukar-menukar

butir peribadi.

v) Ingat / catat nombor kenderaan terlibat, butir-butir pemandu (lesen),

masa kemalangan, tempat terjadi kemalangan dan sebagainya.

vi) Anda tidak boleh ubah kenderaan-kenderaan dan tempat kemalangan.

Pendik kata, harus anda menunggu kedatangan Polis dan Ambulans untuk

membantu.

Seperti dikes kemalangan, anda haruslah buat Laporan Polis dalam

tempoh 24 jam! Kalau sudah capai salinan repot Polis, jangan lupa,

beritahu pihak Insurans dalam tempoh seminggu.

Dalam kes-kes kemalanagan “serius”, anda akan kehilangan N.C.B. (No

Claim Bonus) kereta. Sekiranya anda kurang faham istilah “N.C.B.” atau

“N.C.D.” (No Claim Discount) sila anda rujuk kepada agen insurans kereta

anda.

Katalah anda telah selesai buat laporan polis dan sebagainya, anda

haruslah ingat:

i) dapatkan salinan kemalangan dari Balai untuk rujukan diri.

ii) jangan lupa lapor kes kemalangan ini kepada pihak insurans (dalam 1

minggu) sebaik-baiknya.

Page 53: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Pada penghujung karya atau artikel ini, apakah yang saya dapat beri

sebagai “nasihat” ya! Antara nasihat-nasihat yang ingin saya beri adalah:

“Pada masa akan datang, memandu dengan lebih berhemat atau

defensive. Ingat, Pemandu Hemat, Jiwa Selamat”.

Untuk pengetuahuan pembaca-pembaca blog ini, harus diperingatkan

bahawa karya / artikel yang ditulis ini sebelum dikarang, banyak rujukan

telah pun dibuat buku-buku, majalah-majalah dan risalah-risalah.

Selain itu, jangan lupa pula pengalaman (experience) dicungkil juga.

Perbincangan juga dibuat dengan rakan-rakan yang sebaya dan

berpengalaman dan adakalanya nasihat-nasihat diperolehi daripada

perbincangan-perbincangan dengan K.Timbalan Pengurus institut saya

sendiri.

Mujurlah saya dapat memperolehi banyak “nasihat” dan “tunjuk-

ajar” daripada beliau. Beliau adalah seorang bekas pegawai J.P.J.

yang “penuh pengalaman”. Terima kasihlah kepada beliau! Saya ini

umpama mempunyai Lee Chong Wei sebagai juru-latih. Sekian dan

selamat memandu!

Page 54: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Penting dan Untungnya Sikap Berlapang Dada

Suatu hari dalam minggu yang lepas, saya mendapat maklumat mengenai satu kejadian kemalangan melibatkan m/sikal dan m/kar di pekan Sungkai, dimana penunggang m/sikal mengalami cedera patah kaki kanannya. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mengesan mangsa sama ada merujuk kepada pihak polis mahupun pihak hospital. Akhirnya saya berjaya mengesan mangsa dan menghubungi keluarga terdekat beliau untuk memberi nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini bagi menjamin kepentingan mangsa sama ada untuk tindakan sivil mahupun tindakan trafik tidak tergugat.

Lazimnya apabila berlakunya suatu kemalangan, jika pihak polis ada dihubungi ataupun ada laporan polis dibuat berkaitan kemalangan sama ada laporan oleh pemandu yang terlibat ataupun laporan maklumat pertama oleh keluarga mangsa yang terlibat, pihak polis akan secepat mungkin pergi ke lokasi kejadian untuk mengumpul bukti, mengambil data-data dan fakta yang relevan yang wujud di tempat kejadian, mengambil gambar tempat kejadian dan kesan peninggalan perlanggaran seperti pecahan kaca, kompenan kenderaan, calar ataupun kesan brek yang mungkin wujud di atas jalan. Bagaimanapun jika pihak polis tidak dihubungi mereka tidak dapat pergi ke lokasi dan mencatitkan fakta, data dan peninggalan bukti yang wujud di tempat kejadian dalam kertas siasatan mereka, dan ini memberi kesan yang tidak baik kepada hasil siasatan kes itu kerana pegawai penyiasat mungkin kekurangan bukti untuk mengambil apa-apa tindakan yang patut dan perlu ke atas pemandu yang cuai dalam kemalangan itu.

Berbalik kepada kisah tadi, sebaik sahaja talian disambungkan, seorang lelaki dengan nada kasar dan kurang mesra menyambut panggilan. Saya memahami keadaan ini mungkin disebabkan dia

Page 55: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

berasa panik, tertekan dan rungsing memikirkan keadaan dan nasib mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Saya memperkenalkan diri dan memaklumkan akan maksud mengapa saya menghubungi beliau. Saya menasihati beliau untuk membuat laporan maklumat pertama kepada pihak polis berkaitan kejadian, dimana dalam report ini beliau hanya perlu memaklumkan bahawa ahli keluarga beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya, memasukkan butiran kenderaan terlibat, lokasi kejadian dan dimana ahli keluarga beliau sedang dirawat.

Malangnya nasihat saya bukan sahaja tidak diterima, sebaliknya dipandang sinis, tetapi lebih buruk lagi beliau membuat pelbagai tuduhan yang tidak tepat dan negatif terhadap saya. Saya dikatakan penipu, cuba mengambil kesempatan atas keadaan mangsa, tetapi paling teruk beliau mencabar dan mempertikaikan kredibiliti sebagai paralegal yang mahir dalam undang-undang berkaitan kes kemalangan jalanraya. Pada mulanya saya tidak membalas tuduhan kesat beliau, bagi saya mungkin kepala orang ini ada gangguan akibat tekanan yang sedang beliau hadapi, tetapi apabila beliau mula melebih-lebih saya terus berbahas dengan beliau dan menyatakan kepada beliau, saya tiada kepentingan dan beliau tidak boleh buat tuduhan melulu tanpa bersemuka dan mengenali diri saya kerana tindakan beliau ini tidak adil tanpa asas yang kukuh dan dipengaruhi emosi yang keterlaluan. Saya menamatkan komunikasi telefon itu dengan memohon maaf kepada beliau jika saya ada tersalah cakap dengan beliau. Selepas itu saya langsung tidak mempedulikan kes tersebut.

Selang beberapa hari, saya dihubungi oleh pegawai penyiasat kes ini yang memaklumkan kes itu, pegawai itu juga meminta saya membantu mangsa jika boleh, tetapi beliau menyatakan siasatan kes ini agar longgar kerana beliau tidak dapat menemui apa-apa bukti, material dan peninggalan yang boleh membantu siasatan di tempat kejadian kerana pemandu m/kar dalam kejadian ini juga tidak membuat laporan awal, sebaliknya 5 hari selepas kejadian. Justeru itu siasatan beliau hanyalah berpandukan kepada keterangan dan maklumat daripada pengadu iaitu pemandu m/kar.

Sebenarnya saya berat hati bila memikirkan kata-kata dan tuduhan ahli keluarga mangsa tempohari, tetapi bila memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya menilai semula keperluan saya untuk membantu mangsa. Akhirnya saya menghubungi ahli keluarga mangsa itu dan menetapkan satu temujanji untuk membincangkan hal ini panjang lebar. Dalam pertemuan ini, saya bercakap panjang lebar, berterus terang akan perasaan saya dan menjelaskan kepada beliau apa rasionalnya mengapa saya menghubungi beliau meminta untuk membuat laporan polis maklumat pertama. Beliau terus terang kepada saya beliau tertekan, keliru dan rungsing memikirkan keadaan mangsa, disebabkan itu beliau terlepas cakap kepada saya. Saya memaklumkan kepadanya, jika pada hari kejadian beliau mendengar nasihat saya liabiliti kes ini semestinya pada tahap 100% terhadap pemandu m/kar disebabkan:-

1. Pegawai penyiasat (IO) segera datang melawat tempat kejadian;

2. IO akan dapat mengumpul maklumat dan keterangan daripada kedua-dua pihak yang terlibat

Page 56: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

dan keterangan ini masih segar tanpa olahan dan rekaan bagi menguatkan versi dan pembelaan masing-masing, biasa kedua-dua pihak seboleh-bolehnya menafikan kecuaian dan kesalahan mereka dalam kemalangan itu;

3. IO akan dapat mengumpul dan mencatitkan data dan fakta yang relevan di tempat kejadian;

4. IO akan dapat merakam visual yang wujud di tempat kejadian dimana kesan peninggalan kemalangan ini masih segar tidak terusik dan dialihkan, kesan yang paling penting adalah dimana letakkan taburan peca kaca dan kompenan daripada kedua-dua kenderaan, calar dan kesan brek di atas jalan;

5. IO dapat merakam dan mencatit kedudukan kenderaan terlibat selepas perlanggaran;

6. IO akan dapat mengumpul dan merakamkan percakapan dan keterangan daripada saksi yang mungkin melihat kejadian itu berlaku dan merekodkan keterangan diri mereka supaya saksi ini boleh dikemukan di hadapan Mahkamah sama ada untuk kes jenayah (trafik) ataupun kes sivil (tuntutan insuran).

Saya lihat selepas beliau mengetahui hakikat ini, beliau begitu sedih dan kesal mengenepikan nasihat saya tempohari kerana pada masa kini liabiliti kes ini pada hakikat telah terhakis menjadi 50% terhadap pemandu m/kar dan 50% terhadap penunggang m/sikal kerana disebabkan:-

1. Tempat kejadian adalah simpang 3, dimana kedua-dua arah utara-selatan mempunyai 2 lorong;

2. Arah perjalanan m/sikal dari lorong kiri menuju lorang kanan perlahan-lahan untuk bersiap sedia membelok ke kanan bagi memasuki simpang;

3. Arah perjalanan m/kar ialah sedang mengekori m/sikal tetapi beliau ingin bergerak terus;

4. Impak perlanggaran adalah bahagian sisi kanan m/sikal;

5. Tiada kesan dan bukti ataupun peninggalan daripada kemalangan ini di tempat kejadian kerana kedua-dua pemandu ataupun ahli keluarga lewat membuat laporan polis, ini menyukarkan siasatan polis kerana kekurangan bukti dan bukti yang ada hanyalah berdasarkan kepada data dan fakta neutral di tempat kejadian serta bersandarkan hanya kepada keterangan pemandu m/kar tersebut, tiada saksi bebas dalam kes ini.

Saya menasihati pembaca budiman dan juga diri saya sendiri untuk melakukan perubahan dan anjakan baru dalam set minda kita. Kita boleh berhati-hati dan berburuk sangka, tetapi jangan sampai kebodohan mengusai kita sehingga kita boleh melakukan tindakan yang lebih bodoh dari sepatutnya. Sebaik-baiknya kita perlu berlapang dada, memberi kesempatan untuk memberi dan

Page 57: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

menerima pandangan orang lain, sekalipun kita seorang yang berilmu kita tidak boleh takbur dan beranggapan semua nasihat orang lain tidak benar dan mempunyai muslihat, adalah lebih baik kita memberi kesempatan kepada otak dan fikiran kita untuk menilai nasihat itu, dimana rasional dan kebenarannya, jika curiga buat siasatan, jangan menolak mentah-mentah jika kita sebenarnya langsung tiada ilmu dalam hal tersebut, sentiasalah merendah diri. Semoga perubahan ini boleh membantu kita menjadi manusia yang budiman, berilmu dan berkredibiliti tinggi, ini akan memberi kesan kepada yang besar kepada masyarakat dan juga negara amnya. Paling penting kita mesti menerima hakikat bahawa kita tidak semestinya pandai dan mahir dalam semua perkara, kita mungkin pandai dan pakar dalam bidang kita, tetapi mungkin tidak pakar dan pandai dalam bidang orang lain, justeru dalam apa jua perkara berlapang dadalah dan serahkan hal tersebut kepada pihak yang berautoriti, berkebolehan dan mempunyai kepakaran dalam hal itu supaya hak anda terjamin dan tidak tergugat oleh kebodohan dan kesombangan anda sendiri.

KECEDERAAN

Kecederaan adalah salah satu punca masalah perubatan yang sering berlaku. Ia melibatkansemua kumpulan umur dan menjadi antara penyebab utama kemasukan ke hospital kerajaanserta penyebab kematian di negara kita.Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kecederaan akibat kemalanganyang tidak disengajakan disengajakan dan kecederaan yang disengajakan.

Penyebab utama kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang tidak disengajakan ialah :

• Kemalangan jalan raya• Terjatuh• Keracunan• Terbakar• Tenggelam dalam air

Penyebab utama kecederaan yang disengajakan ialah:• Pergaduhan/diserang/jenayah keganasan dan pembunuhan• Mencederakan diri sendiri seperti cuba membunuh diri

Kecederaan Kepala

Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:• Hentakan yang kuat secara langsung• Hentakan yang kuat secara tidak langsungKebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang

Page 58: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

teruk mengakibatkan• Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak• Bengkak pada tisu otak• Kerosakan otak yang teruk.Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dankematian.Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,terutamanya leher.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko terhadapkecederaan kepala.Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah• Pengguna jalanraya• Pekerja-pekerja binaan• Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.

Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?

Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:

• Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu• Bengkak atau luka pada kulit kepala• Sakit dan pening kepala• Kabur pandangan• Muntah• Hilang ingatan• Sawan• Tahap kesedaran berkurangan/pengsan

Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?

Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepalayang serius mungkin berlaku:• Tahap kesedaran yang berkurangan• Mengantuk yang teramat sangat• Muntah yang berpanjangan• Sakit kepala yang teruk• Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan• Tidak dapat bercakap dengan betul• Penglihatan semakin kabur

Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?

Page 59: Rawatan Kepada Mangsa Kejutan Elektrik

Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera kekemudahan kesihatan (hospital/klinik).Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengancermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggapmangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa kepapan yang keras.Ketika diangkat, gunakan ‘splint’ untuk mengelakkan pergerakan bahagiantubuh yang cedera.Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menantipetugas yang terlatih tiba.Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?

Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami.Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaankepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari.Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak,pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkankematian.Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?

1. Elakkan kemalangan2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya:

Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:

i) Motosikal – pakai topi keledar dengan betul.

ii) Kereta – pakai tali pinggang keledar.

Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.

3. Bagi pekerja-pekerja binaan:

Pakai topi keselamatan setiap masa

Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.

jawatankuasa keselamatan dan kebakaran pphk bangi selangor

KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA TANGGUNGJAWAB BERSAMA