kertas kerja - cikguyanto82.files.wordpress.com · kertas kerja majlis anugerah kecemerlangan...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

Kertas Kerja
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
(MAKeP) TAHUN 2016
SMK BUKIT GARAM
Tempat
DEWAN SRI GEMILANG, SMK BUKIT GARAM ,
KINABATANGAN, SABAH.
Tarikh
20 JULAI 2017 (KHAMIS)

1.0 PENDAHULUAN
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah merupakan agenda tahunan SMK Bukit Garam bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.
2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang serta berpotensi dalam
bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan. 2.2 Memupuk emosi pelajar-pelajar agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan
dan setanding dengan orang yang telah berjaya. 2.3 Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat
positif. 2.4 Mengembangkan bakat pelajar dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri,individu
yang berpengetahuan , berkebolehan dan berkemahiran. 2.5 Mengeratkan kerjasama antara ibubapa atau penjaga pelajar dengan pihak pentadbir dan
guru-guru. 2.6 Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan, bersatu padu
dan muhibah antara rakan.
3.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
3.1 Tarikh dan Hari yang dirancang adalah pada 20 Julai 2017 (Khamis)
3.2 Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
3.3 Tempat : Dewan Sri Gemilang, SMK Bukit Garam
4.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
4.1 Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 SMK Bukit Garam.

5.0 JAWATAN KUASA
JAWATAN KUASA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2016
SMK BUKIT GARAM
Tarikh : 20 Julai 2017
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Gemilang, SMK Bukit Garam
Perasmi : -
JAWATAN KUASA INDUK
1. Penasihat Encik Albert Bayoi
2. Penyelaras
Encik Azmi Datu Tamboyong
Encik Abdullah Kadir
Encik Aniswandy Muhammad
Puan Kasmah Ramzali
Ustaz Mohd Ghazali Mohd zaid
3. Pengerusi Encik Haryanto Salamat
4. Naib Pengerusi Puan Samiah Azis
5.
Setiausaha I
Setiausaha II
Puan Pitria Amirullah
Cik Rasinah Rido
Mengedarkan surat-surat jemputan
mesyuarat
Menaip dan mengedarkan surat-
surat jemputan kepada pentadbir
sekolah, Pengerusi PIBG, AJK PIBG,
perasmi, para jemputan,dan
Pengetua / Guru Besar sekolah
berhampiran.
Menyediakan teks ucapan Perasmi
Menyelaraskan senarai nama
penerima hadiah untuk diserahkan
kepada :
- AJK Hadiah
- AJK Sijil
- AJK Buku Atur Cara
- Juru acara
- Pengurus peserta
Menampal senarai nama penerima
hadiah di papan notis pelajar
seminggu sebelum raptai.
Memaklumkan kepada SESB
tentang tarikh majlis berlangsung.
6.
Bendahari
Cik Nurul Idayu Makhtar Menyediakan surat-surat tuntutan
bagi AJK yang terlibat.
Menyediakan jumlah tuntutan
kepada AJK tersebut.
Memastikan setiap perbelanjaan
menggunakan resit.
Menyediakan satu rumusan bajet
keseluruhan (simpanan fail).

AJK PELAKSANA
1. Bacaan Doa
Ust. Ahmad Sihabuddin Mat
Salleh (K)
(dibantu seorang pelajar)
Mengatur selia bacaan doa semasa
majlis dijalankan.
2. Panel Pemilih
Puan Siti Noor Aini Ab.Hamid* (K)
Cik Jah Juhaini
Ustazah Saidah Nafisah
Puan Salmini Tahir
Puan Suhaimah Talitti
Pn. Hamidah Mat Jais*
Dibantu oleh:
PK Pentadbiran
PK Kokurikulum
PK Prauniversiti
Memilih pelajar yang layak mendapat
anugerah
- Kurikulum
Kehadiran 100%
Pelajar terbaik setiap Tingkatan
1, 2, 4 dan 6 Atas/Bwh.
Pelajar terbaik setiap mata
pelajaran Tingkatan 1,2,4 dan 6
Atas.
Pelajar cemerlang PT3
Pelajar cemerlang SPM
Pelajar cemerlang STPM
Tokoh pelajar
3. Juruacara
Encik Ismail Ahmad (K)
Cik Norazeana Basirun
(dibantu oleh 1 / 2 pelajar)
Menyediakan teks.
Mendapatkan atur cara majlis.
Mengendalikan majlis.
4. Sijil
Cik Nurul Busyra Hj Abdul
Rahman (K)
Puan Bernadette Jalil
Puan Hamidah Bagun
Puan Erma Aiza Zubir
Puan Noor Zehan Pamoji
Mengenal pasti kertas sijil yang sesuai.
Mendapatkan nama pelajar daripada
setiausaha.
Memastikan ejaan nama pelajar betul.
Melabel sijil supaya tidak salah.
Menyediakan bahan yang diperlukan
termasuk bilangan sijil.
5.
Bunga
Manggar/
Bunga
Sematan/
Cenderahati
Perasmi &
Kompang
Puan Nurul Ain Mohd Salleh (K)
Puan Norhana Awang
Puan Jumatia Djumarang
Menyediakan peralatan yang
diperlukan untuk jemputan VIP.
Menyediakan bajet termasuk bunga
manggar.
Menyediakan pasukan kompang.
6.
Banner/ Kain
Rentang dan
Backdrop
Encik Jumain Junaidi (K)
Encik Khamsah Salleh
Menyediakan 2 Banner (bajet).
Menyediakan Backdrop untuk hiasan
pentas.
7.
Buku Atur cara
Majlis [Booklet]
& Pamplet
Cik Jah Juhaini*(K)
Cik Amanda Paula Alexius
[Pelajar-pelajar MPV: Produksi
Multimedia]
Menyediakan buku atur cara majlis
(Bentuk Buku untuk VIP dan Pamplet
untuk ibu bapa.
Kandungan buku atur cara:
- Ucapan alu-aluan perasmi,
Pengerusi PIBG dan Pengetua
- Atur cara majlis
- AJK pelaksana MAKeP 2016
- Senarai penerima hadiah
- Menyediakan bajet

8.
Protokol/
pengurus
perjalanan
majlis [Flow
manager]
Cik Rohana Idris (K)
Encik Ab Wahab Ab Rahman*
Encik Mahali Endalan
Puan Norliza Abdullah @Lau Lee
Lee
Menyediakan carta aliran kerja dan
makluman kepada semua AJK.
Menyediakan pelan kedudukan dalam
dewan.
Mengadakan raptai penuh sehari
sebelum majlis.
Menentukan VIP dan guru pengiring
semasa penyampaian hadiah.
Menetapkan dan melabel tempat
duduk VIP, penerima hadiah, ibu bapa,
guru-guru, pengacara majlis, meja
hadiah dan sijil.
Membuat tanda untuk menentukan
jarak penerima dan penyampai hadiah.
Menyediakan atur cara majlis dan
serahkan kepada bahagian buku atur
cara dan pengacara majlis.
Senaraikan barang yang diperlukan.
9. Fotografi
Encik Japri Kasran (K)
En. Joild John
Ahli Kelab Fotografi
Menyediakan kamera video jika ada.
Mengambil gambar.
Menyediakan peralatan yang difikirkan
bersesuaian dengan majlis.
10. Hadiah
Cik Noor Azreena Abdul Ahmad (K)
Puan Siti Sharifah Shahran
Cik Arsushiela Ayu Arshad
Puan Fitrisiah Somolu
Puan ST Hasma Hapi
Menyediakan bajet untuk hadiah.
Menyediakan dan menyusun hadiah
mengikut:
- Pelajar terbaik setiap mata
pelajaran Tingkatan 1,2,4 dan 6.
- Pelajar terbaik setiap Tingkatan 1, 2,
4 dan 6.
- Pelajar Terbaik PT3
- Pelajar Terbaik SPM
- Pelajar Terbaik STPM
- Pelajar terbaik keseluruhan
Menyediakan dulang dan alas meja.
11.
Promosi dan PA
system [alat
pandang
dengar]
Encik Muhammad Firdaus
Azahar (K)
En. Rahiah@Hafizs Nasir
Menyediakan PA system untuk
kegunaan majlis.
Memastikan PA system dalam keadaan
baik dan boleh digunakan.
Menyediakan mikrofon yang
mencukupi.
Menyediakan peralatan alternatif (jika
terputus bekalan elektrik).
Menghebahkan majlis di radio
Sandakan FM.
(Aktiviti seperti yang disediakan).
12. Kebersihan
Encik MD Hadafi Abu Mansor (K)
Cik Az Azlina Harun
(dibantu badan Pengawas
sekolah)
Menyediakan beg plastik bagi
memastikan kebersihan kawasan
sekolah dan dewan sebelum, semasa

dan selepas majlis.
13.
Penyelia Peserta
/ Penerima Sijil
dan Anugerah
Encik Redzuan Mohd Jukin (K)
Cik Alke Rozy Intang
Encik Malsone Medil
Cik Nurul Hayatul Mamat
Cik Easter Rovera
Mendapatkan senarai nama penerima
hadiah daripada SU.
Melabelkan tempat duduk peserta
seperti yang telah ditetapkan.
Hanya pelajar yang menghadiri raptai
sahaja yang dibenarkan mengambil
hadiah
Menyediakan wakil bagi pelajar (jika
perlu).
Mengatur kedudukan penerima /
peserta mengikut susunan.
14. Hiasan Pentas
dan Dewan
Cik Kathreena Bungkong (K)
Encik Janior Lin Yuk
En. Nizuan Omar
Cik Pazariah Shaharudin
Cik Siti Sutinah Bustaim
En. Mohd Azizul Asin
Menghias pentas dan dewan yang
akan digunakan semasa majlis.
Menyediakan peruntukan hiasan dewan
(jika perlu).
15. Susun Atur
Dewan
Encik Suhairie Nawi (K)
Encik Roling Bodong
Cik Neshnaresty Garangon
Puan Halizah Mohd Abbas
(dibantu pelajar asrama)
Memastikan kerusi meja disusun sebelum
dan selepas majlis.
Memastikan susunan mengikut pelan
kedudukan yang ditentukan oleh
bahagian protokol.
16. Disiplin dan
Keselamatan
Encik Mohammad Azizy Saad* (K)
Encik Che Engku Mursyid
Puan Aisah Kahar
Puan Jimit Kudumi@Gudumi
Pengawal Keselamatan
(dibantu Badan Pengawas
Sekolah)
Memastikan keadaan sekolah terkawal.
Menyediakan papan tanda dan ruang
tempat letak kereta untuk VIP.
Memastikan pintu pagar sekolah
sentiasa ditutup (memastikan pelajar
tidak keluar).
Menyediakan peralatan yang
diperlukan.
17. Jamuan dan
Minuman VIP
Ustz Suhaila Mohd Puziah (K)
Cik Syaziani Mohd Shah@Omar
Puan Fitriah Dahlan
Pn. Jovinia Inggam
Pn. Izawarni Tarajen
Menyediakan bilik gerakan sebagai
tempat jamuan VIP.
Menempah jamuan untuk tetamu VIP
dan ibu bapa pelajar yang hadir.
Menyediakan peruntukan.
18.
Penyambut
Tetamu/ Gimik
Perasmian
Encik Akmal Busri Mohamed* (K)
Encik Mohd Khairul Pupong*
Puan Armizurani Mahmod
Barisan pentadbir
Kenal pasti tetamu.
Mengiringi tetamu utama.
Menunjukkan tempat duduk kepada
tetamu seperti yang telah ditetapkan.
Merancang gimik perasmian.

19. Persembahan
Encik Mohd Saiful Azuan Mohd
Noor Saidi (K)
Encik Sobri Mara
Puan Fatimah Ega Amirudin
Menyediakan 2/3 persembahan yang
bersesuaian (persembahan harus
ringkas dan menarik).
Memastikan latihan dijalankan.
Memastikan pelajar hadir dan bersedia
semasa raptai dan majlis berlangsung.
20. Pengangkutan En. Mohd Alif Radi (K)
Ust. Mohd Zaidi Mustafa
Menyediakan pengangkutan (pergi –
balik) bagi peralatan yang diperlukan
semasa raptai dan majlis berlansung.
21. Montaj
Encik Rudy Lambau*(K)
Cik Satriani Dallin*
Cik Zaimah Hj. Mohd Daud
[Pelajar-pelajar SK Tg4]
Menyediakan montaj majlis.
Mendapatkan aturcara majlis daripada
SU.
Kandungan montaj (dapatkan
daripada SU)
22. Peralatan
Ust. Ruzaidi Abd Rashid (K)
Encik Munaji Noordanie
Menyediakan semua peralatan yang
diperlukan sebelum majlis bermula.
Memastikan semua peralatan
dikembalikan semula ke tempat asal
selepas majlis berakhir.
23. Pendaftaran Pn. Nurliena Ramli (K)
Pn. Hamidah Mat Jais Menyediakan borang pendaftaran
untuk ibu bapa yang dijemput.
24. Tajaan
Puan Kasmah Ramzali (K)
En. Aniswandy Muhammad
Barisan Pentadbir
Mendapatkan tajaan.

6. PERBELANJAAN
ANGGARAN PERBELANJAAN MAKeP 2016
SMK BUKIT GARAM
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH CATATAN
UNIT BANNER
1. BANNER 3’ X 7’ 1 RM100 RM100
2. BANNER 5’ X 10’ 1 RM200 RM200
JUMLAH RM300
UNIT PERSEMBAHAN
1. PERSEMBAHAN RM150 RM150
JUMLAH RM150
UNIT KEBERSIHAN
1. PLASTIK SAMPAH 4 RM5 RM20
JUMLAH RM20
UNIT JAMUAN
PIBG
1. VIP 20 RM15 RM300
2. PELAJAR 128 RM3 RM384
3. GURU 69 RM5 RM345
4. IBU BAPA 12 RM5 RM60
JUMLAH RM1089
UNIT BUNGGA MANGGAR, BUNGA SEMAT, CENDERAHATI PERASMI
1. CENDERAHATI PERASMI 1 RM100 RM100
2. BUNGA SEMAT 6 RM5 RM30
3. BUNGA MANGGAR 2 RM12.50 RM25
JUMLAH RM105
UNIT HIASAN PENTAS
1. HIASAN PENTAS RM150 RM150 RM150
JUMLAH RM150
UNIT GIMIK/PENYAMBUT TETAMU
1. GIMIK (ROBOTIK) RM50 RM50 RM50
JUMLAH RM50
BUKU ATUR
1. INK CANON MP145 1 RM100 RM100
JUMLAH RM100
UNIT HADIAH ( SUBJEK TERAS DAN ELEKTIF) [DIBERIKAN ALAT TULIS]
1. PELAJAR TERBAIK MATA PELAJARAN
TINGKATAN 1 10
TINGKATAN 2 10
TINGKATAN 4 17
TINGKATAN 6 17
JUMLAH ALAT TULIS 43 RM15 RM645 SPONSOR
JUMLAH RM645
2. PELAJAR TERBAIK SETIAP TINGKATAN [DIBERIKAN ALAT TULIS BERSERTA TROFI]
TINGKATAN 1 1
TINGKATAN 2 1

TINGKATAN 4 1
PRA U 1
ALAT TULIS 4 RM15 RM60 SPONSOR
TROFI 4 RM15 RM60
JUMLAH RM120
3. PELAJAR CEMERLANG PEPERIKSAAN KEBANGSAAN [DIBERIKAN ITEM HADIAH
BERSERTA TROFI]
PT3 15
SPM 8
STPM 18
TROFI 41 RM15 RM615
ITEM HADIAH (BENDA BERHARGA) 41 RM25 RM1025
JUMLAH RM1640
4. PELAJAR TERBAIK PEPERIKSAAN KEBANGSAAN [DIBERIKAN TROFI BERSERTA WANG
TUNAI]
PT3 1
SPM 2
STPM 1
TROFI/PLAT 4 RM25 RM100
WANG TUNAI 1(PT3)
3(SPM,STPM)
RM100
RM150
RM100
RM450
JUMLAH RM650
5. ANUGERAH KOKUM
TOKOH KOKUM SPM 1
TOKOH KOKUM STPM 1
TUNAS HARAPAN KOKUM 1
TROFI/PLAT 3 RM15 RM45
WANG TUNAI(BENDA BERHARGA) 3 RM50 RM150
JUMLAH RM195
6. ANUGERAH TOKOH PELAJAR
TERBAIK KESELURUHAN 1
TROFI/PLAT 1 RM30 RM30
WANG TUNAI/KAMUS
ELEKTRONIK/TABLET
1 RM200 RM200
JUMLAH RM230
7. PERBELANJAAN LUAR JANGKAAN
ANGGARAN RM250 RM250
JUMLAH RM250
JUMLAH KESELURUHAN RM 5690

7. ATURCARA MAJLIS
ATURCARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2016 SMK BUKIT GARAM [20 JULAI 2017]
7.00 pagi - Ketibaan guru dan para pelajar 7.30 pagi - Ketibaan ibu bapa 8.00 pagi - Ketibaan Yang Dipertua PIBG Pn.Hj Sarmiah Hj Mislong 8.30 pagi - Ketibaan Perasmi _____________________________________________ 8.45 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku 8.50 pagi - Majlis bermula (Bacaan Doa) 9.00 pagi - Ucapan Tuan Pengetua SMK Bukit Garam Encik Albert Bayoi 9.15 pagi - Ucapan Perasmian oleh 9.30 pagi - Persembahan 1 - Penyampaian Sijil dan Hadiah (sesi 1) - Persembahan 2 - Penyampaian Sijil dan Hadiah (sesi 2) - Persembahan 3 - Penyampaian Sijil dan Hadiah (sesi 3) - Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi - Nyanyian Lagu Sekolah 12.00 tengah hari - Jamuan

KESIMPULAN
Semoga majlis ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan dengan lancar serta mampu melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam merealisasikan matlamat dan harapan negara. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Disediakan Oleh, …………………………… (HARYANTO SALAMAT) Pengarah MAKeP 2016, SMK Bukit Garam.
Disemak oleh,
------------------------- (AZMI DATU TAMBOYONG) Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Bukit Garam.
Disahkan oleh, -------------------------------- (ALBERT BAYOI) Pengetua, SMK Bukit Garam.
