motivasi intrinsik

5
Bersifat dalaman seperti keinginan untuk memperbaiki pencapaian peribadi, meningkatkan tahap kesihatan atau kerana faktor keseronokkan . FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI INTRINSIK Beberapa faktor yang mempengaruhi motivasi intrinsik adalah seperti berikut:- (i) Persepsi Kebolehan Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar. Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar, semakin besar kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan. Kebolehan yang dipersepsi ini mempengaruhi bagaimana pelajar itu rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran. ii) Persepsi kawalan

Upload: sivasanggari-ramasamy

Post on 05-Feb-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

XZCAS

TRANSCRIPT

Page 1: motivasi intrinsik

Bersifat dalaman seperti keinginan untuk memperbaiki pencapaian peribadi, meningkatkan tahap kesihatan atau kerana faktor keseronokkan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI INTRINSIK

Beberapa faktor yang mempengaruhi motivasi intrinsik adalah seperti berikut:-(i) Persepsi Kebolehan

Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar. Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar, semakin besar kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan. Kebolehan yang dipersepsi ini mempengaruhi bagaimana pelajar itu rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran.ii) Persepsi kawalan

Menurut Cole dan Chan (1987), pendapat pelajar berkenaan punca kawalan iaitu sebab-sebab kejayaan dan kegagalan adalah persepsi kawalan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls (1984) dan Weiner (1984) menunjukkan, pelajar menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah disebabkan oleh punca-punca dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan berupaya berusaha dalam keadaan sebenar.iii) Perasaan dalam pembelajaran

Page 2: motivasi intrinsik

Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu pada sesuatu benda, perkara ataupun orang. Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkait dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah. Seseorang pelajar mungkin mempunyai perasaan positif pada sesuatu mata pelajaran. Dia lebih sukakan mata pelajaran ini daripada mata pelajaran lain. Dia akan berusaha dengan giat bagi mendapatkan gred yang tinggi bagi mata pelajaran ini. Gred yang baik akan meyakinkannya yang dia betul-betul berkebolehan dalam bidang itu. Di sini, dapat dikatakan yang perasaan pelajar pada sesuatu mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini mempengaruhi motivasinya.

Kelakuan dan tugasan individu dipengaruhi oleh kebolehan dan caranya mengawal keadaan. Konsep kendiri positif memberi keyakinan kepada individu yang dia mampu melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, individu dapat menentukan sendiri tugasannya. Dia akan melibatkan diri dalam tugasan itu dan juga matlamat yang mendatangkan kejayaan kepadanya. Individu hanya akan mempunyai konsep kendiri yang dia berkebolehan dan dapat mengawal usahanya sekiranya dia mempunyai motivasi intrinsik untuk berusaha tinggi. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan bagi membantu pelajar dalam mempertingkatkan motivasi intrinsik mereka. Ramalan keadaan Rothaum, Weisz dan Synder (1982) berpendapat, cara bagi mempertingkatkan persepsi diri pelajar pada kebolehan dan kawalan usaha adalah dengan mewujudkan keadaan yang dapat diramalkan bagi membolehkan mereka belajar.

Tingkah laku produktif wujud sekiranya keadaan dapat diramal. Bandura (1986) pula mengatakan, individu mengalami ketegangan sekiranya dia bekerja dalam suasana yang dia tidak dapat mengawalnya dan dia tidak mempunyai kebolehan. Ini mendatangkan dua implikasi. Pertama, dia mungkin menarik diri iaitu tidak melakukan tugasannya. Kedua, dia mungkin menjadi terlalu bergantung pada orang lain dalam melakukan tugasannya. Guru dapat memainkan peranan dalam mengurangkan ataupun menangani ketegangan ini. Contohnya, dengan menganjurkan program orientasi kepada pelajar baru. Ini dapat mendedahkan mereka kepada situasi baru di sekolah itu.

Minat intrinsik dalam pelajaran dapat dikekalkan dengan memberi tugasan yang seimbang. Tugasan itu perlu seimbang iaitu ada soalan yang mudah dan ada soalan yang sukar. Yang penting, persepsi diri pelajar tidak terjejas. Pelajar perlu melahirkan kebolehan yang baru bagi mengekalkan motivasi intrinsik.iv) Bantuan pengajaran

Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar berkenaan kebolehannya adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan. Biasanya pelajar memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru biasanya memberitahu pelajar prosedur bagi menyelesaikan tugasannya. Guru jarang memberi peluang kepada pelajar memikirkan cara tersendiri bagi

Page 3: motivasi intrinsik

memperoleh kejayaan dalam tugasannya. Guru sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada kemahiran membuat keputusan sendiri. Biarkan pelajar membuat keputusan sendiri tetapi dengan bimbingan guru. Ini dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Cara lain yang dapat dilakukan adalah dengan memberi bantuan pengajaran kepada mereka. Ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara:1. Menunjukkan contoh

Guru perlu menunjukkan contoh berkenaan apa yang pelajar perlu lakukan. Ini lebih baik daripada memberitahu pelajar berkenaan apa yang mereka perlu buat. Ini membolehkan pelajar menghayati sifat-sifat yang terdapat dalam contoh itu. Dalam keadaan ini, guru memberi peluang kepada pelajar supaya berfikir, mengawal usaha dan menentukan bagaimana serta sejauh mana pelajar bergantung pada contoh-contoh yang diberi.2. Pembahagian tugas

Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar kepada pelajar. Tugasan dapat dibahagi kepada bahagian-bahagian kecil dan setiap bahagian dilakukan oleh beberapa orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta pelajar mengarang sebuah esei, guru akan meminta pelajar menyediakan rangka esei. Guru terlebih dahulu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan kecil seperti bahagian pengenalan, isi-isi penting dan penutup. Perbincangan diadakan sebelum setiap pelajar mengarang esei itu secara individu.3. Berkongsi tugasan

Pendekatan ini hampir sama dengan pendekatan pembahagian tugasan. Kedua-dua pendekatan ini memerlukan tugasan dibahagikan kepada tajuk-tajuk ataupun bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contohnya, dalam aktiviti menghasilkan dokumen berkenaan sejarah Malaysia. Tajuk ini dapat dipecahkan kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil pelajar hanya perlu membuat satu tajuk kecil. Kemudian, maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi menghasilkan satu dokumen yang lengkap.

2.3 Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran             Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap

pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain. Maka guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat dalam P&P.

            Bagi sesi sebelum memulakan P&P, guru-guru mesti membuat perancangan yang sistematik dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian dan mencukupi. Guru mesti membuat persediaan yang rapi supaya sepanjang penyampaian P&P guru berada dalam keadaan yang menyeronokkan.

Page 4: motivasi intrinsik

            Semasa proses P&P dijalankan pula, guru-guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memperkenalkan sesuatu topik. Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan motivasi murid. Sekiranya murid-murid dapat memahami tentang apa yang disampaikan, maka murid-murid akan mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran.

            Selepas proses P&P pula, dengan adanya penambahan motivasi, murid-murid patut diberi masa untuk membuat renungan atau refleksi. Ini kerana, proses refleksi ini dapat membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Antara motivasi yang boleh diwujudkan adalah seperti maklumbalas hasil daraipada penilaian kemajuan pembelajaran murid-murid, akitiviti lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran serta sikap keprihatinan guru-guru terhadap keperluan murid-murid.

Kesimpulan    Secara kesimpulannya, motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati

seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan. Motivasi juga bisa dikatakan sebagai rencana atau keinginan untuk menuju kejayaan dan menghindari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah sebuah proses untuk tercapainya suatu tujuan. Seseorang yang mempunyai motivasi bererti ia telah mempunyai kekuatan untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

Adalah dipercayai bahawa setiap manusia adalah lahir dari personaliti dan persekitaran yang berbeza. Maka sebagai pendidik yang berprofesional amatlah penting untuk mengenali teori-teori motivasi ini, agar dapat mengaplikasikan segala kemahiran dan ilmu yang berkaitan semasa penyampaian P&P. Saya percaya bahawa, sekiranya seseorang guru dapat memahami muridnya bukan dari segi fizikal bahkan juga dari dalaman, ini secara tidak langsung dapat membantu guru untuk membuat perancangan mengajar yang bersesuaian dan guru juga dapat menggunakan kaedah yang betul semasa berinteraksi dengan anak murid mereka.                      

Justeru, guru merupakan pembina bangsa negara yang penting, yang merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan hasrat negara iaitu melahirkan modal insan yang berguna demi mencapai Wawasan 2020.