morfologi bandar seremban_negeri sembilan

99
MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN FASA PRA PENJAJAHAN SEHINGGA RMKe-9 J J A A B B A A T T A A N N P P E E R R A A N N C C A A N N G G A A N N B B A A N N D D A A R R D D A A N N D D E E S S A A S S E E M M E E N N A A N N J J U U N N G G M M A A L L A A Y Y S S I I A A ( ( K K E E M M E E N N T T E E R R I I A A N N P P E E R R U U M M A A H H A A N N D D A A N N K K E E R R A A J J A A A A N N T T E E M M P P A A T T A A N N ) ) J J A A L L A A N N C C E E N N D D E E R R A A S S A A R R I I 5 5 0 0 6 6 4 4 6 6 K K U U A A L L A A L L U U M M P P U U R R

Upload: rd-jpbd

Post on 22-Mar-2016

329 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

TRANSCRIPT

Page 1: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN FASA PRA PENJAJAHAN SEHINGGA RMKe-9

JJJAAABBBAAATTTAAANNN PPPEEERRRAAANNNCCCAAANNNGGGAAANNN BBBAAANNNDDDAAARRR DDDAAANNN DDDEEESSSAAA

SSSEEEMMMEEENNNAAANNNJJJUUUNNNGGG MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA (((KKKEEEMMMEEENNNTTTEEERRRIIIAAANNN PPPEEERRRUUUMMMAAAHHHAAANNN DDDAAANNN KKKEEERRRAAAJJJAAAAAANNN TTTEEEMMMPPPAAATTTAAANNN)))

JJJAAALLLAAANNN CCCEEENNNDDDEEERRRAAASSSAAARRRIII

555000666444666 KKKUUUAAALLLAAA LLLUUUMMMPPPUUURRR

Page 2: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan
Page 3: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

Perakuan Pengarah.docx

Page 4: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan
Page 5: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI

BANDAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

________________________________________________________________

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA (KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN)

JALAN CENDERASARI 50646 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Tel : 603 – 2698 9211 Faks : 603 – 2693 3964

Page 6: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan
Page 7: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

JPBD SM | i

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat

Isi Kandung i

Senarai Foto ii

Senarai Jadual iv

Senarai Rajah iv

1.0 MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN 1

1.1 PENGENALAN 1

1.2 SEMPADAN MASA KAJIAN MORFOLOGI 2

1.3 LATAR BELAKANG BANDAR SEREMBAN 5

2.0 FASA PRA PENJAJAHAN 9

( KURUN 14 – 1880 ) 9

2.1 PENGENALAN 9

2.2 PEMBENTUKAN AWAL SUNGEI UJONG 10

2.3 PENTADBIRAN AWAL SUNGEI UJONG 11

2.3.1 Sejarah Adat Perpatih 11

2.3.2 Pentadbiran Melalui Adat Perpatih 14

2.3.3 Pentadbiran Sungei Ujong 18

2.4 PETEMPATAN AWAL DI SUNGEI UJONG 20

2.5 AKTIVITI EKONOMI DI SUNGEI UJONG 21

2.6 PENGARUH ISLAM DI SUNGEI UJONG 22

3.0 FASA PENJAJAHAN BRITISH 2

3.1 PENGENALAN 2

3.2 CAMPURTANGAN BRITISH 2

3.3 PERKEMBANGAN SUNGEI UJONG 3

3.4 PENTADBIRAN BRITISH 4

3.5 PETEMPATAN 5

3.6 STRUKTUR BANDAR 2

3.7 EKONOMI 4

Page 8: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

ii | JPBD SM

3.8 REKA BENTUK BANDAR 5

3.8.1 Sistem Jalan Raya 5

3.8.2 Reka Bentuk dan Binaan Bangunan 8

3.8.3 Taburan dan Gaya Seni Bina Bangunan 10

3.9 Kawalan Pembangunan 13

4.0 FASA KEMERDEKAAN HINGGA RANCANGAN MALAYSIA KE-9 16

4.1 PENGENALAN 16

4.2 PENYUSUNAN SEMULA KERAJAAN TEMPATAN 16

4.3 PROSES PERBANDARAN 18

4.3.1 ERA DASAR EKONOMI BARU (DEB) 18

4.3.2 Melalui Dasar Pembangunan Negara 22

4.4 PERKEMBANGAN BANDAR SEREMBAN 32

4.5 PETEMPATAN 34

4.5.1 Dasar Perumahan Negara 34

4.6 EKONOMI BANDAR SEREMBAN 38

4.6.1. Penyusunan Semula Ekonomi 40

4.7 SISTEM PENGANGKUTAN 42

4.8 KAWALAN PEMBANGUNAN 46

4.9 KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR 48

4.9.1 Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti 48

4.9.2 Kemudahan Sosial dan Komuniti 49

4.9.3 Kemudahan Rekreasi 51

4.9.4 Kawasan Hijau dan Landskap 52

4.9.5 Zon Penampan 54

5.0 PENUTUP 56

Page 9: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | iii

Senarai Foto

Foto Muka Surat

Foto 1: D.Y.M.M. Tuanku Muhammad dan pembesar-pembesar Negeri Sembilan tahun 1897. Duduk dari kiri: Undang Sungei Ujong - Dato’ Ma’amor, Tuanku Muhammad dan Dato’ Bidin (Undang Rembau yang disahkan) ......................... 3

Foto 2: Pembesar Negeri Sembilan bersama dengan pegawai-pegawai British ......... 3

Foto 3: Masyarakat Minangkabau yang menjalankan aktiviti pertanian ....................... 9

Foto 4: Contoh reka bentuk rumah tradisional Minangkabau ............................................ 9

Foto 5: Rumah tradisional Orang Asli Jakun ............................................................................ 10

Foto 6: Surat perjanjian yang asal di antara Yam Tuan Seri Menanti dengan Undang Yang Empat - Perjanjian inilah yang memberi kuasa kepada Undang seperti yang ada sekarang. ............................................................................................................. 16

Foto 7 : Dato Shahbandar Kulop Tunggal .................................................................................. 19

Foto 8 : Syed Abdul Rahman bin Syed Ahmad al-Qadri; 1873-1881 ............................... 19

Foto 9: Sir Andrew Clarke; 1824-1902 ...................................................................................... 20

Foto 10: Keadaan Sungei Ujong yang masih belum dibangunkan pada era pra penjajahan .............................................................................................................................. 21

Foto 11: Aktiviti perlombongan awal ........................................................................................... 22

Foto 12: Majlis perasmian landasan keretapi Sungei Ujong–Port Dickson pada 4 November 1890 ..................................................................................................................... 4

Foto 13: Stesen Keretapi Seremban yang dibina oleh pihak British ................................... 4

Foto 14 dan Foto 15 : Rumah Residen British ........................................................................... 1

Foto 16: Taman Tasik Seremban pada zaman awal .................................................................. 1

Foto 17: Bangunan Mahkamah .......................................................................................................... 2

Foto 18: Rumah Kelab Rekreasi ........................................................................................................ 2

Foto 19: Bangunan Gereja dengan struktur gothic dan klasik .............................................. 3

Foto 20: Bangunan Stesen Keretapi Seremban ........................................................................... 3

Foto 21: Bangunan Majid Jamek, Seremban - reka bentuk Islam yang klasik. Konsep simetri digunakan dalam merekabentuk bangunan ............................................... 8

Foto 22: Taman Tasik Seremban. Sesebuah bandar yang dirancang tidak lengkap tanpa sebuah taman rekreasi untuk kegunaan pegawai dan keluarga pentadbiran British. Air sebagai salah satu elemen bagi memenuhi konsep reka bentuk .............................................................................................................................. 9

Foto 23 : Stesen keretapi yang telah diubahsuai. Direkabentuk menggunakan batu-bata, kayu dan elemen yang bercorak Moorish dengan kedudukan siling yang tinggi ................................................................................................................................ 9

Page 10: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

iv | JPBD SM

Foto 24 : Satu warisan yang dibina oleh pentadbiran Inggeris yang masih kekal di Bandar Seremban iaitu Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan deretan kedai ....... 10

Foto 25: Bangunan Majlis Perbandaran Seremban ................................................................. 17

Foto 26: Bangunan Mahkamah di Seremban 2 dengan senibina Minangkabau melambangkan budaya dan identiti tempatan dan merupakan bangunan warisan Negeri Sembilan ................................................................................................. 27

Foto 27: Bangunan Majlis Daerah Seremban dengan senibina Minangkabau menjadi bangunan warisan Bandar Seremban ......................................................................... 27

Foto 28: Pusat Bandar Seremban 2. Susunatur semasa sesuai dengan kualiti hidup penduduknya ........................................................................................................................ 29

Foto 29: Taman Bandar Seremban 2 yang bertemakan taman air. Ikon baru bagi bandar satelit ini harus dijadikan warisan masa hadapan Bandar Seremban 29

Foto 30: Kawasan perindustrian di Bandar Baru Senawang .............................................. 31

Foto 31: Pusat Bandar Senawang yang dihiasi landskap ..................................................... 31

Foto 32: Susunan bangunan perdagangan Taman Senawang ............................................. 31

Foto 33: Susunan bangunan perumahan dan kemudahan jalan raya .............................. 31

Foto 34: Contoh perumahan kos rendah yang dibina di Bandar Baru Ampangan ..... 37

Foto 35: Contoh bangunan rumah sesebuah di Bandar Baru Ampangan ....................... 37

Foto 36: Kawasan pejalan kaki yang dilanskapkan dengan penanaman pokok palma 46

Foto 37: Kawasan kaki lima yang diperlebarkan tanpa penyediaan landskap lembut 46

Foto 38: Contoh Kompleks Perniagaan Berskala Besar Yang dibina di Pusat Bandar 47

Foto 39: Contoh Kompleks Perniagaan Berskala Besar Yang dibina di Pusat Bandar 47

Foto 40: Contoh Kompleks Perniagaan Berskala Besar Yang dibina di Pusat Bandar 47

Foto 41: Contoh Kompleks Perniagaan Berskala Besar Yang dibina di Pusat Bandar 47

Foto 42: Aktiviti menjaja yang dijalankan di Pusat Penjaja ................................................. 48

Foto 43 dan 44: Pusat Bandar Seremban dan Pejabat Pos yang dibina untuk kemudahan awam di Seremban .................................................................................... 50

Foto 45 dan 46 : Kemudahan Komersial yang disediakan di Bandar Satelit Senawang 50

Foto 47 : Kemudahan pendidikan yang disediakan di Bandar Ampangan ..................... 51

Rajah 28: Kawasan Rekreasi di Pusat Bandar Seremban dan Kawasan Kejiranannya 52

Page 11: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | v

Foto 48 dan 49: Taman Tasik Seremban dikekalkan sebagai kawasan hijau (green lung) bagi Bandar Seremban ............................................................................ 53

Foto 50: Padang Golf Seremban yang terletak di Bandar Paroi ......................................... 54

Foto 51 dan 52: Jaluran Hijau dan Zon Landskap di Pusat Bandar .......................... 55

Foto 54: Zon Penampan di Jalan Senawang Berfungsi Untuk Menyerap Bunyi Bising 55

Rajah 53: Zon Penampan disediakan di antara Pusat Bandar dan Kawasan Pinggiran 55

Foto 55: Era Pra Penjajahan ............................................................................................................. 57

Foto 56: Era Penjajahan British ....................................................................................................... 57

Foto 57: Selepas Kemerdekaan ....................................................................................................... 57

Senarai Jadual

Jadual Muka Surat

Jadual 1 : Pecahan Keluasan Mengikut Mukim di Daerah Seremban 7

Jadual 6: Senarai Yang diPertua Majlis Perbandaran Seremban 17

Jadual 7: Zon Pembangunan Bandar Seremban Pada Era DEB 21

Jadual 8: Hierarki Pusat Komersial / Perniagaan di Kawasan MPS 26

Page 12: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

vi | JPBD SM

Senarai Rajah

Rajah Muka Surat

1 : Kajian Morfologi Bandar Seremban Mengikut Fasa 1

2 : Sempadan Masa Kajian Morfologi Bandar Seremban 5

3 : Peta Negeri Sembilan 6

4 : Mukim-mukim di Daerah Seremban 8

5 : Topografi Seremban dengan mukabumi berbukit-bukau 9

6 : Perkembangan Bandar Seremban di Kawasan Lembah 10

7 : Peta Migrasi Penduduk Dari Minangkabau ke Negeri Sembilan

13

8 : Asal Usul Pembentukan Sistem Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

15

9 : Struktur Pemerintahan dan Organisasi Sosial Mengikut Adat Perpatih

18

10 : Kawasan perlombongan bijih timah 25

11 : Rumah Residen sebagai titik tumpuan dan bangunan sokongan di pusat pentadbiran

32

12 : Pembangunan Komersial Yang Pesat Di Pusat Bandar Seremban Selepas Tahun 1896

36

13 : Sistem Jalan Raya Berbentuk Grid Iron di Bandar Seremban 37

14 : Rangkaian jalan raya grid iron di bawah pentadbiran Captain Murray

38

15 : Bangunan Yang Menjadi Ikon Bandar Seremban Kini Merupakan Bangunan-bangunan Warisan Bandar Seremban

43

16 : Carta Organisasi MPS 50

17 : Pembahagian kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kepada 7 zon pembangunan

53

18 : Struktur Pembangunan Perumahan Tahun 1970-1980 57

19 : Struktur Pembangunan Gunatanah Perumahan di Kawasan Kejiranan Baru

58

20 : Struktur dan Reka Bentuk Bandar Baru Seremban 2 Berkonsepkan Taman Serta Melaksanakan Doktrin Perancangan “Manusia dengan Pencipta, Manusia Dengan Manusia, dan Manusia dengan Alam”

61

21 : Struktur Pembangunan Semula Bandar Seremban Mengikut Mukim dan Kawasan Perindustrian

63

22 : Bandar Seremban selepas mencapai status kawasan pembangunan. Struktur Mukim Ampangan berubah - Pusat Bandar Senawang-Paroi berperanan bebagai Pusat Pertumbuhan Pekerja

65

Page 13: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | vii

Rajah Muka Surat

23 : Pembangunan Mukim Ampangan Sebagai Kawasan Pembangunan Baru Bagi Pusat Bandar Seremban Diwujudkan Dibawah DEB

71

24 : Menyelarakkan Keluar Pembangunan ke Kawasan Pinggir Pusat Bandar Melalui Paksi Jalanraya Utama

81

25 : Struktur Pengangkutan Jalan Utama Berkonsepkan Lingkaran Dari Pusat Bandar ke Kawasan Kejiranannya

82

26 : Struktur Sirkulasi Sistem Jalan Raya Bandar Seremban Dengan Unit- unit Kejiranannya Melalui Rangkaian Jalanraya Berhierarki

83

27 : Utiliti Yang Disediakan di Daerah Seremban 87

28 : Kawasan Rekreasi di Pusat Bandar Seremban dan Kawasan Kejiranannya

91

Page 14: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan
Page 15: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 1

1.0 MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN 1.1 PENGENALAN Kajian morfologi bandar bertujuan untuk memperlihatkan corak perubahan yang berlaku ke atas sesebuah bandar. Pada amnya, kajian ini mengambilkira beberapa sela masa yang panjang agar perubahan yang berlaku dapat dilihat dengan lebih jelas. Dalam menjalankan kajian morfologi Bandar Seremban, sela masa dibahagikan kepada fasa pra penjajahan, diikuti fasa penjajahan British dan akhir sekali fasa kemerdekaan negara hingga Rancangan Malaysia Ke-9.

Rajah 1: Kajian Morfologi Bandar Seremban Mengikut Fasa

Sistem pentadbiran dan perundangan yang dijalankan akan turut diambilkira dalam kajian morfologi ini. Salah satu perubahan jelas yang dapat dilihat adalah struktur susunatur Bandar Seremban akibat daripada perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran dan perundangannya mengikut era sesebuah pentadbiran. Kajian juga akan memperlihatkan perubahan yang berlaku terhadap fungsi Bandar Seremban pada asalnya. Perkembangan lain yang akan diambilkira ialah perubahan terhadap sistem ekonomi, budaya, politik, sejarah awal pembentukan Bandar Seremban dan reka bentuk bandar. Memandangkan kajian morfologi ini melibatkan tiga (3) fasa pentadbiran atau pemerintah yang berbeza, aspek-aspek sejarah kewujudan serta pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap tinggalan sejarah juga akan dikaji. Selain itu, penekanan kajian juga akan diberikan pada dasar-dasar penting yang mempengaruhi corak perubahan dan perkembangan Bandar Seremban.

(1957 HINGGA 2007)

Page 16: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

2 | JPBD SM

1.2 SEMPADAN MASA KAJIAN MORFOLOGI Pada fasa pra penjajahan iaitu bermula dari kurun ke-14, morfologi ditumpukan terhadap latar belakang dan sejarah awal Bandar Seremban. Fasa ini akan menggambarkan keadaan awal Bandar Seremban yang pada ketika itu lebih dikenali dengan nama Sungei Ujong. Aspek kajian merangkumi sejarah petempatan awal di Sungai Linggi dan Kawasan Rasah, aktiviti ekonomi dan perdagangan serta migrasi (kemasukan) pendatang dari luar yang mempengaruhi sistem pentadbiran Sungei Ujong mengikut amalan yang dibawa oleh pendatang. Peranan Sungai Linggi yang menjadi laluan penting pengangkutan ketika itu dan juga nilai-nilai seni bina Minangkabau akan turut diutarakan. Disamping itu, peristiwa seperti perang saudara di Sungei Ujong, permohonan terhadap pentadbiran Pagar Ruyong di Negeri Sembilan dan penyerapan agama Islam juga akan diceritakan. Pada fasa penjajahan British pula, iaitu dari tahun 1880 hingga 1957 akan memperlihatkan perubahan yang berlaku ke atas Bandar Seremban, bukan sahaja dari segi sistem pentadbiran, malahan terhadap struktur fizikal, ekonomi dan sosial. Campurtangan British dalam sistem pentadbiran di Sungei Ujong yang bertujuan untuk menjaga kepentingan perdagangan mereka di Selat Melaka dengan mengambil peluang daripada perang saudara yang berlaku telah menampakkan corak atau pembentukan imej kolonial terhadap Bandar Seremban yang meninggalkan kesan hingga ke hari ini. Morfologi dalam fasa penjajahan British ini bermula dengan penerimaan seorang residen British, kemasukan Negeri Sembilan kedalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan pentadbiran selepas perang dunia kedua.

Page 17: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 3

Foto 1: D.Y.M.M. Tuanku Muhammad dan pembesar-pembesar Negeri Sembilan tahun

1897. Duduk dari kiri: Undang Sungei Ujong; Dato’ Ma’amor, Tuanku Muhammad dan Dato’ Bidin (Undang Rembau yang disahkan)

Sumber : Arkib Negara Malaysia, 2010.

Fasa penjajahan ini juga merangkumi perkembangan yang berlaku dalam sistem ekonomi, permulaan susunatur fizikal Bandar Seremban, perkembangan sistem pengangkutan dan penerapan ciri-ciri kolonial dalam reka bentuk bangunan.

Foto 2: Pembesar Negeri Sembilan bersama dengan pegawai-pegawai British

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 2010.

Page 18: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

4 | JPBD SM

Manakala, pada fasa selepas kemerdekaan iaitu memasuki era Rancangan Malaysia Lima Tahun bermula dari tahun 1957 hingga tahun 2007, morfologi Bandar Seremban akan memperlihatkan perubahan terhadap corak pentadbiran menerusi rombakan dan penyusunan semula pentadbiran daripada dasar kolonial ke sistem pentadbiran Malaysia, terutamanya kesan sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Bandar Seremban, pembangunan dan pentadbiran melalui era Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan juga fasa Dasar Pembangunan Negara bagi mencapai Wawasan 2020. Pengenalan dan penggunapakaian statut perundangan pula telah menyumbang ke arah perubahan terhadap corak susunatur, perancangan bandar dan dasar kawalan pembangunan di Bandar Seremban.

Rajah 2: Sempadan Masa Kajian Morfologi Bandar Seremban

Page 19: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 5

1.3 LATAR BELAKANG BANDAR SEREMBAN Negeri Sembilan terletak di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia dengan keluasan 6.645 kilometer persegi. Berdasarkan kedudukan geografi, Negeri Sembilan bersempadan dengan lima buah negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, dan Pahang. Negeri Sembilan terdiri dari tujuh (7) daerah iaitu Jelebu, Jempol, Tampin, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Seremban. Penduduk asal Negeri Sembilan pada awalnya merupakan orang-orang asli dari suku kaum Sakai, Semang dan Jakun yang hidup secara nomad iaitu berpindah randah dan menjalankan aktiviti memburu serta mengutip hasil hutan untuk kelangsungan hidup. Pada abad ke 14, perantau mulai datang ke Negeri Sembilan. Kebanyakan mereka adalah dari Minangkabau, Sumatera dan mereka masuk melalui Selat Melaka.

Rajah 3: Peta Negeri Sembilan

Bandar Seremban merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Negeri Sembilan. Bandar Seremban terdiri dari tujuh (7) mukim iaitu Mukim Bandar, Mukim Ampangan, Mukim Rasah, Mukim Seremban, Mukim Rantau, Mukim Pantai dan Mukim Labu. Keluasan keseluruhan Bandar Seremban ialah 14,355.32 hektar. Pada masakini, Pentadbiran Bandar Seremban adalah di bawah Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Bandar Seremban terletak lebih kurang 76m di atas paras laut dan 30km dari pantai, dalam kawasan Lembah Sungai Linggi di kaki Banjaran Titiwangsa. Dari segi topografi, sebahagian besar daerah Seremban

STRAITS OF

MALACCA

Page 20: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

6 | JPBD SM

adalah mendatar, di mana di kawasan inilah bermulanya pembangunan Bandar Seremban semenjak era British hingga ke pembentukan Dasar Pembangunan Negara yang mana Wawasan 2020 merupakan tunjang pembangunan Bandar Seremban sekarang dan menjelang tahun 2020. Bentuk muka bumi daerah Seremban yang berbukit-bukau menyebabkan perkembangan dan pembangunannya lebih tertumpu di kawasan lembah iaitu di Mukim Bandar, sebahagian Mukim Seremban, Mukim Rasah, Mukim Ampangan, Mukim Labu dan Mukim Rantau. Mukim Pantai pula kekal dengan aktiviti pertanian kerana ia merupakan kawasan berbukit. Tanah-tanihnya dari jenis laterit merah sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit, menjadikan Seremban pusat pertanian bagi Negeri Sembilan.

Rajah 4: Mukim-mukim di Daerah Seremban

Page 21: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 7

Rajah 5: Topografi Seremban dengan mukabumi berbukit-bukau

Pada ketika itu, peranan Sungai Linggi adalah sebagai laluan pengangkutan barangan dagangan dan jalan hubungan penduduk awalnya. Namun kini, peranan Sungai Linggi adalah membekalkan sumber air bersih untuk penduduk Bandar Seremban. Seremban menerima hujan pada bulan April hingga Oktober dan mengalami cuaca yang panas dan lembap dengan suhu antara 27-30°C. Jadual 1: Keluasan Daerah Seremban Mengikut Mukim

Mukim Keluasan (hektar)

Bandar 2,430.07

Ampangan (sebahagian) 4,235.38

Rasah (sebahagian) 3,064.82

Seremban (sebahagian) 1,799.78

Rantau (sebahagian) 1,873.87

Pantai (sebahagian) 336.58

Labu (sebahagian) 613.82

Jumlah keseluruhan 14,355.32 14,354.32

Sumber: ????

Page 22: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

8 | JPBD SM

Rajah 6: Perkembangan Bandar Seremban di Kawasan Lembah

Page 23: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 9

2.0 FASA PRA PENJAJAHAN ( KURUN 14 – 1880 ) 2.1 PENGENALAN Secara umumnya, dapat dikatakan bahawa fasa pra penjajahan ini merupakan peringkat awal pembentukan Bandar Seremban, yang ketika itu dikenali sebagai Sungei Ujong tetapi pengaruh pentadbiran pada waktu itu tidak banyak memberi kesan terhadap susunatur fizikal Sungei Ujong disebabkan suasana pentadbiran lebih tertumpu pada perebutan kuasa dan perasaan saling tidak berpuashati di antara para pemimpin dalam menjalankan pentadbiran mereka. Migrasi pendatang dari luar ke Negeri Sembilan turut memberikan kesan pada corak pentadbiran Sungei Ujong. Masyarakat Minangkabau merupakan peneroka awal di Negeri Sembilan. Kebanyakan mereka berasal dari kampung di daerah sekitar Pagar Ruyong, antaranya Sungai Tarap dan Sumanik. Mereka yang mendarat di kuala Sungai Linggi membuka petempatan di daerah Rembau dan Sungei Ujong serta Seri Menanti, manakala yang naik melalui Melaka mendiami kawasan di Naning, Johol dan sebahagian daerah Kuala Pilah.

Foto 3: Masyarakat Minangkabau yang menjalankan

aktiviti pertanian

Foto 4: Contoh reka bentuk rumah tradisional

Minangkabau

Page 24: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

10 | JPBD SM

2.2 PEMBENTUKAN AWAL SUNGEI UJONG Sungei Ujong dikatakan mendapat nama dari peristiwa penebangan pokok Merbau Tua di Rembau. Keluarga Jakun yang ingin membuka sebuah perkampungan baru telah disuruh untuk meniti hingga ke hujung pokok itu. Besarnya pokok itu dikatakan menaungi hampir 10 buah kampung dan mengambil masa sebulan untuk ditebang. Pangkalnya pula boleh memuatkan hampir 12 dulang. Setelah sampai di hujung pokok itu, mereka pun membina petempatan. Hujung pokok itu terletaknya di hujung sungai. Dari situlah nama Sungei Ujong diperolehi. Penduduk asal di Negeri Sembilan pada awalnya adalah terdiri dari orang asli atau dikenali sebagai Orang Asal dari suku kaum Sakai, Semang dan Jakun yang hidup secara nomad iaitu berpindah randah, memburu dan mengutip hasil hutan.

Foto 5: Rumah tradisional Orang Asli Jakun

Pada kurun ke 14, ramai perantau datang ke Negeri Sembilan dan kebanyakan mereka adalah orang-orang Minangkabau yang berasal dari Bukit Tinggi Padang, Sumatera. Mereka masuk melalui Selat Melaka dan petempatan mereka tertumpu pada mulanya di Rembau. Kemudiannya, mereka mewujudkan petempatan baru di Naning, dan juga Sungei Ujong.

Page 25: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 11

Rajah 7: Peta Migrasi Penduduk dari Minangkabau ke

Negeri Sembilan

2.3 PENTADBIRAN AWAL SUNGEI UJONG

2.3.1 Sejarah Adat Perpatih Pada peringkat awal, iaitu semasa era pemerintahan Portugis di Melaka, Sungei Ujong tertakluk kepada pemerintahan Sultan Johor. Sungei Ujong bebas daripada pemerintahan Sultan Johor pada tahun 1760. Pada tahun 1770, masyarakat Minangkabau yang menetap di Sungei Ujong telah memohon kepada keluarga Diraja Pagar Ruyong untuk menghantar seorang pemerintah. Raja Melewar telah diiring ke Negeri Sembilan dan telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pertama pada tahun 1773 dengan gelaran Yam Tuan Besar. Seperti daerah-daerah lain di Negeri Sembilan, sistem pentadbiran di Sungei Ujong adalah mengikut Adat Perpatih yang juga dikenali sebagai Sistem Nasab Ibu bermaksud jurai keturunan adalah mengikut sebelah ibu. Adat ini dibawa masuk oleh orang-orang Minangkabau yang berasal dari Bukit Tinggi Padang, Sumatera. Ini dapat dilihat melalui cara hidup dan adat resam yang mereka amalkan.

Page 26: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

12 | JPBD SM

Kebanyakan masyarakat di Negeri Sembilan berasal dari Tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Adat Perpatih di Negeri Sembilan bermula dari Rembau, dikenali sebagai Adat Rembau yang dibawa oleh orang-orang Minangkabau yang berhijrah ke Rembau. Sistem Adat Perpatih pada dasarnya berasal daripada tiga (3) sistem adat yang wujud di Minangkabau iaitu Adat Nan Tigo, Adat Elok Baleh dan Adat Tuah Disakato. Penghijrahan ke Negeri Sembilan membawa kepada pengenalan Adat Rembau iaitu gabungan antara Sistem Adat Minangkabau, Sistem Adat Tempatan Siak dan Sistem Adat Tempatan Rembau. Adat Siak merupakan adaptasi para peneroka Minangkabau yang telah menetap lama di Siak sebelum mereka berhijrah ke Rembau. Di Rembau, golongan peneroka Minangkabau telah bertemu dengan kaum orang asli atau Orang Asal yang merupakan penduduk asal Rembau. Orang Asal ini turut mempunyai adat mereka sendiri yang dikenali sebagai Adat Benar. Hasil pergaulan Orang Asal dan golongan peneroka Minangkabau melalui proses perkahwinan telah mewujudkan Adat Perpatih yang mana keturunan mereka dinamakan Biduanda. Adat ini dikatakan telah diasaskan oleh salah seorang pemimpin dari golongan peneroka Minangkabau iaitu Sutan Balun yang bergelar Dato‟ Perpatih Nan Sebatang. Adat ini boleh diketahui melalui lagu “Asal Usul Adat Perpatih”.

Rajah 8: Asal Usul Pembentukan Sistem Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Sumber: ????

Adat Perpatih, pada umumnya merujuk pada undang-undang atau peraturan yang merangkumi aspek kehidupan masyarakat; sama ada sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama serta lengkap

Page 27: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 13

dengan garis panduan meliputi Adat Sebenar Adat, Adat Yang Diadatkan, Adat Yang Teradat dan Adat Istiadat1. Di Negeri Sembilan, Adat Perpatih diamalkan oleh majoriti mereka yang berketurunan Melayu Minangkabau manakala mereka yang tidak mengamalkan Adat Perpatih dikenali sebagai pengamal Adat Temenggong. Di bawah Adat Perpatih terdapat tiga hierarki utama masyarakat iaitu Luak, Perut, dan Suku. Perlantikan pemimpin atau ketua dibuat melalui kaedah kebulatan atau mesyuarat dan bukan diwarisi mengikut keturunan dari bapa ke anak. Luak ialah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di bawah Adat Perpatih. Terdapat empat luak utama iaitu: i. Luak Rembau;

ii. Luak Sungei Ujong

iii. Luak Johol; dan

iv. Luak Jelebu.

Setiap Luak mempunyai bidang kuasa sendiri, di mana Undang atau Penghulu Luak memerintah dengan dibantu oleh Dato‟-Dato‟ Lembaga dan Buapak. Suku pula merupakan wilayah yang dibentuk oleh beberapa Perut dan telah diberikan nama-nama tertentu. Terdapat 122 puak atau pecahan kumpulan yang dipanggil suku, iaitu: 1. Suku Biduanda/Waris; 2. Suku Batu Hampar; 3. Suku Paya Kumbuh; 4. Suku Mungkal; 5. Suku Tiga Nenek; 6. Suku Semelenggang; 7. Suku Selemak; 8. Suku Batu Belang; 9. Suku Tanah Datar; 10. Suku Anak Aceh; 11. Suku Anak Melaka; dan 12. Suku Tiga Batu

1 Rencana Daya Tahan Adat Perpatih, 2009.

2 Buku Adat Perpatih; Keunggulan Merentas Zaman Himpunan Aspek-Aspek Adat Perpatih Diuca Pakai

Page 28: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

14 | JPBD SM

Ketua Suku atau Dato‟ Lembaga bertanggungjawab terhadap hal ehwal berkaitan harta pusaka dan pentadbiran tanah adat. Mengikut Adat Perpatih, sistem pembahagian adalah mendahulukan kaum wanita. Namun pada dasarnya, hanya harta pusaka iaitu tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita. Harta sepencarian adalah milik bersama yang dibahagi mengikut hukum Islam (faraid). Perut ialah unit sosio-politik terkecil yang berasal daripada satu moyang perempuan yang sama. Ketua Perut iaitu Buapak bertanggungjawab untuk menjaga maruah anak-anak buahnya, menguruskan istiadat keramaian serta urusan pembahagian harta pusaka.

2.3.2 Pentadbiran Melalui Adat Perpatih Adat Perpatih memperlihatkan Suku Biduanda atau Waris menggunakan sistem kekerabatan dalam pentadbiran. Dengan kata lain, hanya Suku Biduanda yang boleh dipilih sebagai pemimpin atau penghulu dan dikenali sebagai Undang. Jawatan ini hanya akan digilir di kalangan suku mereka sahaja bagi mengetuai empat Luak yang ada. Dalam perlantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pula, Undang Luak yang empat akan mengadakan mesyuarat dan hanya keturunan dari Raja Raden Ibni Raja Lenggang yang berhak dan sah dipilih sebagai Yam Tuan atau Yang Di-Pertuan Besar. Struktur Pemerintahan dan Organisasi Sosial Mengikut Adat Perpatih adalah seperti di Rajah 9.

Page 29: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 15

Bidang Kuasa Hierarki Pemimpin Hierarki Sosial

Yam Tuan Besar/Yang Di-Pertuan Besar

Memerintah Negeri.

Bertitah dari Istana.

Ketua Negeri

(Yam Tuan Besar / Yang Di-Pertuan Besar)

Wilayah Adat

Raja.

Dilantik oleh Yang Teramat Mulia Undang Yang

Empat.

Undang/Penghulu

Undang Yang Empat memilih, melantik dan

mengisytiharkan DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan

Besar.

Boleh memecat Dato’ Lembaga yang didapati

bersalah.

Ketua Luak

(Undang/Penghulu)

Luak / Negeri

Empat berundang dan lima berpenghulu di

bawah satu Wilayah Adat.

Mempunyai gelaran pesaka Adat dalam Luak

masing-masing iaitu Dato’ Kelana dan Dato’ Shahbandar.

Sungei Ujong tertakluk di bawah pentadbiran (Adat) Y.T.M. Dato’ Undang Yang Empat iaitu

Y.T.M. Dato’ Kelana Petra.

Berkuasa menolak calon Dato’ Lembaga yang dikemukakan oleh Buapak.

Lembaga

Digelar Dato’. Jawatan seumur hidup tapi boleh

dipecat jika melanggar aturan Adat.

Mentadbir Sukunya.

Mengetuai fungsi sosial Sukunya (perkahwinan, kematian dan pengagihan serta penerokaan tanah

baharu).

Menyelesaikan pertelingkahan tanah pusaka.

Pertelingkahan ahli Sukunya yang tidak dapat

diselesaikan oleh Buapak.

Menjatuhkan hukum ke atas penjenayah dalam

Sukunya.

Ketua Suku

(Dato’ Lembaga)

Kelompok Suku

Kelompok seketurunan terbesar.

Perhubungan darah sebelah ibu; atau anak

angkat melalui proses ‘berkadim’.

Pemilihan dan perlantikan ditentukan oleh Buapak mengikut bilangan Perut yang ada

dalam sesuatu Suku dengan persetujuan Undang.

Dato’ Lembaga baru harus dipilih sebelum

Lembaga sebelumnya dikebumikan.

Buapak

Berkuasa, berpengaruh dan berwibawa dalam

segala hal berkaitan hal-hal luka, conget dan pecah

berdarah dalam kelompok Perutnya, tidak termasuk kecacatan anggota badan.

Menentukan giliran Perut. Anak buah Perut berkenaan akan kemukakan calon Lembaga.

Kuasa yang terhad dalam pendakwaan sivil.

Harus jaga kepentingan anak buah dan tunjuk

teladan yang baik.

Ketua Perut

(Buapak)

Kelompok Perut

Seketurunan yang dikesan sehingga enam

generasi ke atas.

Buapak dipilih di kalangan saudara tertua

daripada ibu dan mengikut giliran di kalangan Perut.

Buapak dipilih oleh anak buah dan boleh dipecat.

Ahli Perut tidak boleh ‘melangkah Buapak’.

Besar/Tua Ruang

‘Besar/Tua Ruang’ dipegang lelaki tertua.

Kuasa terhad.

Hanya menyelesaikan pergaduhan kecil di kalangan ahli Ruang. Perselisihan serius diserah

kepada Buapak atau Dato’ Lembaga.

Bertugas sebagai pegawai di Balai Lembaga.

Mewakili Dato’ Lembaga dalam adat-istiadat dan penyelesaian nikah tidak lazim.

Ketua Kelompok Ruang

(Besar/Tua Ruang)

Kelompok Ruang

Mengandungi beberapa Rumpun.

Seketurunan yang dikesan sehingga empat generasi ke atas.

Boleh didenda dan dipecat jika didapati

mengumpat dan memfitnah.

Kadim/Tua Rumpun

Mengurus dan mengendali adat-istiadat

kelompoknya.

Pendamai dalam konflik di kalangan kekeluargaannya.

Memastikan ahli Rumpunnya hidup aman dan

damai.

Mewakili Rumpun dalam aktiviti luar dan pemilihan

‘Besar/Tua Ruang’.

Ketua Kelompok Rumpun

(Kadim/Tua Rumpun)

Kelompok Rumpun

Kelompok seketurunan paling kecil.

Dapat dikesan sehingga ke nenek.

Ketua adalah lelaki tua.

Rajah 9: Struktur Pemerintahan dan Organisasi Sosial Mengikut Adat Perpatih

Sumber: Diolah oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dari Buku Negeri Yang Sembilan, 2010.

Page 30: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

16 | JPBD SM

Foto 6: Surat perjanjian yang asal di antara Yamtuan Seri Menanti dengan Undang

Yang Empat tahun 1898- Perjanjian inilah yang memberi kuasa kepada Undang seperti yang ada sekarang.

Sumber : Arkib Negara Malaysia, 2010.

Page 31: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 17

Jadual 3: Senarai Undang Luak Sungei Ujong

Tahun Nama Undang Catatan

(Tiada maklumat) Dato' Sekudai, Dato' Bendahara

Menikahi wanita dari kaum Batin Sibu Jaya.

(Tiada maklumat) Dato' Muhammad Tumbu [To' Kelambu] bin Dato' Bendahara Sekudai

(Tiada maklumat) To' Musang bin Dato' Bendahara Sekudai

Adik kepada Dato' Muhammad Tumbu [To' Kelambu] bin Dato' Bendahara Sekudai.

(Tiada maklumat) Dato' Selat bin To' Musang

(Tiada maklumat) Dato' Danoh Buaya

(Tiada maklumat) Dato' Kadim

(Tiada maklumat) Dato' Pandak

(Tiada maklumat) Dato' Chantak

1760 - 1780 Y.A.M. Dato' Bador bin Dato' Penghulu Chantak [Waris Hulu]

Undang Luak Sungei Ujong Ke-7, Ujong. Dianugerahi gelaran Dato' Klana Petra Sri Jaya oleh Sultan Johor pada 1760.

1780 - 1800 Y.A.M. Dato' Leha [Waris Hulu], Dato' Klana Petra Sri Jaya

Undang Luak Sungei Ujong Ke-8.

1800 - 1824 Y.A.M. Dato' Bahi [Waris Hilir], Dato' Klana Petra Sri Jaya

Undang Luak Sungei Ujong Ke-9.

1824 - 1850 Y.A.M. Dato' Kawal [Waris Hulu], Dato' Klana Petra Sri Jaya

Undang Luak Sungei Ujong Ke-10.

1850 - 1873 Y.A.M. Dato' Sending [Waris Hulu], Dato' Shah Bandar, Dato' Klana Petra Sri Jaya

Undang Luak Sungei Ujong Ke-11.

1873 - 1881 Y.A.M. Tunku Syed 'Abdu'l Rahman bin Syed Ahmad al-Qadri [Waris Hilir], Tunku Klana Petra Sri Jaya.

Undang Luak Sungei Ujong Ke-12,

anak Syed Ahmad al-Qadri bin Syed Ibrahim, adik beradik Sultan Muhammad Shah bin Syed Ibrahim al-Qadri, Tunku Besar Tampin.

Menikahi adik Y.A.M. Dato' Bahi.

Dimasyurkan sebagai Dato' Laksamana pada 1850. Dilantik sebagai Undang Luak Sungei Ujong pada 1873.

1881 - 1889 Y.A.M. Dato' Muhammad Yusuf bin Hashim [Waris Hilir], Dato' Lela Setia and Dato' Shah Bandar, Dato' Klana Petra Sri Jaya

Undang Luak Sungei Ujong Ke-13.

Page 32: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

18 | JPBD SM

Tahun Nama Undang Catatan

1889 - 15 Disember 1945

Y.A.M. Dato' Ma'amor bin Inche Kasim [Waris Hulu], Dato' Shah Bandar, Dato' Klana Petra Sri Jaya

Undang Luak Sungei Ujong Ke-14.

Cucu salah seorang Dato' Andika.

Menikahi anak perempuan Dato' Shah Bandar iaitu anak Dato' Muhammad Yusuf bin Hashim.

1945 - 23 Oktober 1983

Y.T.M. Dato' Muhammad Kasim bin Dato' Andika Haji 'Abdu'l Rashid [Waris Hilir], Dato' Klana Petra Sri Jaya

Dimasyurkan sebagai Undang Luak Sungei Ujong Ke-15 dan Dato' Klana Petra Sri Jaya pada 27 Mac 1946. Perisytiharan dibuat di Balai Undang, Ampangan pada 25 Januari 1951.

1983 - 1993 Tidak diisi

1993 - kini Y.T.M. Dato' Haji Mubarak bin Dohak @ Thahak, Dato' Shah Bandar

Dimasyurkan sebagai Undang Luak Sungei Ujong Ke-16 dan Dato' Klana Petra Sri Jaya, pada 29 Disember 1993.

Anak Puan Lawiyah binti Dato' Amar Setia Alwi (anak Dato' Ma'amor), cucu kepada Undang Luak Sungei Ujong ke-8 yang menikahi Dohak @ Thahak bin Dato' Sutan Nara Haji Abu Samah, cucu kepada Undang Luak Sungei Ujong ke-7.

Sumber: Diolah oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia daripada laman sesawang http://www.royalark.net/Malaysia/sungai.htm, 2009.

2.3.3 Pentadbiran Sungei Ujong Pada awal 1840an Sungei Ujong diletakkan di bawah sistem pentadbiran yang diketuai oleh “chieftains” atau Undang dengan gelaran Dato‟ Klana Petra Sri Jaya iaitu gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan Johor pada 17603. Chieftain Sungei Ujong pada waktu itu ialah Dato‟ Kelana Sendeng, yang dilantik sebagai pemerintah bagi waris di darat manakala seorang lagi chieftain yang lebih berpengaruh iaitu Dato‟ Shahbandar Kulop Tunggal dipilih sebagai ketua waris di air. Walaupun berbeza gelaran, peranan mereka sebagai Undang di Sungei Ujong tetap sama dan masing-masing mempunyai hak untuk mentadbir. Pentadbiran awal Sungei Ujong adalah tertumpu pada hal ehwal kampung. Sungai Linggi yang digunakan sebagai laluan utama ke Negeri Sembilan dan Melaka telah membolehkan Dato‟ Kelana Sendeng memungut hasil cukai di laluan tersebut.

3 http://www.royalark.net/Malaysia/sungai.htm; Sungei Ujong Brief History.

Page 33: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 19

Dato‟ Shahbandar Kulop Tunggal pula mendapat banyak sokongan daripada penduduk tempatan dan juga imigran-imigran Cina yang bekerja sebagai pelombong. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Dato‟ Kelana Sendeng. Pertelingkahan diantara Dato‟ Kelana dan Dato‟ Shahbandar kerana perebutan kuasa bagi mendapatkan hak untuk mengutip cukai dan hak ke atas kawasan lombong bijih timah telah menyebabkan kekacauan sering berlaku yang pada akhirnya membawa campurtangan British di Sungei Ujong. Demi mengurangkan pengaruh Dato‟ Shahbandar, Dato‟ Kelana Sendeng telah bekerjasama dengan seorang lagi chieftain iaitu Syed Abdul Rahman bin Syed Ahmad al-Qadri, yang merupakan Laksamana Raja Laut bagi Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu. Pada awal 1873, Syed Abdul Rahman telah dilantik sebagai Dato‟ Kelana baru setelah kematian Dato‟ Kelana Sendeng (rujuk Jadual 2). Persengketaan menjadi semakin buruk di mana Dato‟ Kelana Syed Abdul Rahman yang bimbang akan kedudukannya telah mencari jalan untuk menghapuskan pengaruh Dato‟ Shahbandar.

Setelah pihak British menukar dasar tidak campur tangan pada tahun 1873, Sir Andrew Clarke yang tiba di Singapura pada November tahun yang sama telah dilantik sebagai gabenor baru Negeri-Negeri Selat bagi menggantikan Sir Harry Ord. Menyedari bahawa

pihak British dapat memperkukuhkan kedudukan beliau di Sungei Ujong, Dato‟ Kelana Syed Abdul Rahman telah bekerjasama dengan pihak British bagi mendapatkan sokongan mereka.

Foto 7: Dato Shahbandar Kulop Tunggal

Sumber: Jabatan Arkib Negara Malaysia.

Foto 8: Syed Abdul Rahman bin Syed Ahmad al-Qadri; 1873-1881

Sumber: http://www.royalark.net/Malaysia, 2010

Page 34: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

20 | JPBD SM

Pada April 1874, atas dorongan ekonomi dan sebagai langkah untuk menapak di Negeri Sembilan, amnya dan di Sungei Ujong, khususnya, pihak British telah bersetuju dengan permintaan Dato‟ Kelana dan memperakui Dato‟ Kelana sebagai ketua yang sah bagi Sungei Ujong melalui satu perjanjian yang ditandatangani bersama oleh Sir Andrew Clarke pada 23 November 1876. Dalam perjanjian tersebut Dato‟ Kelana dikehendaki memerintah dengan adil, melindungi para pedagang, dan menghalang sebarang tindakan menentang British. Dato‟ Shahbandar yang tidak terikat dengan perjanjian itu, dan penduduk tempatan tidak bersetuju dengan kehadiran pihak British di Sungei Ujong dan ini menjadikan Dato‟ Kelana semakin tidak disukai. Satu angkatan diketuai oleh William A. Pickering dari Protectorate China Negeri-Negeri Selat telah dihantar untuk menilai situasi di Sungei Ujong. Setelah menerima laporan, pihak British telah menghantar 160 orang askar ke Sungei Ujong bagi membantu Pickering mengalahkan Dato‟ Shahbandar. Pada penghujung 1874, Dato‟ Shahbandar yang sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan kubunya di Rahang telah menyerahkan kuasanya dan melarikan diri ke Kepayang, Singapura. Walaupun Dato‟ Shahbandar telah dikalahkan, pihak British tetap membayar pencen dan menyediakan tempat tinggal untuk beliau di Singapura. Sungei Ujong merupakan daerah pertama di Negeri Sembilan yang mendapat perlindungan British. Selepas itu, pengaruh British semakin berkembang di mana seorang residen telah diletakkan di Sungei Ujong bagi menasihati dan membantu Dato‟ Kelana dalam mentadbir-urus Sungei Ujong.

2.4 PETEMPATAN AWAL DI SUNGEI UJONG Sungei Ujong dibuka pada tahun 1840an di mana penduduk awal kawasan tersebut terdiri daripada golongan peneroka masyarakat Minangkabau yang datang dari Bukit Tinggi Padang, Sumatera. Kewujudan kampung-kampung kecil telah memperlihatkan petempatan yang didirikan secara berselerak oleh penduduk yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan di sekitar Rasah dan Sungai Linggi.

Foto 9: Sir Andrew Clarke; 1824-1902

Sumber: http://ms.wikipedia.org, 2010.

Page 35: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 21

Foto 10: Keadaan Sungei Ujong yang masih belum dibangunkan pada era pra penjajahan

2.5 AKTIVITI EKONOMI DI SUNGEI UJONG Pada peringkat awal, aktiviti perlombongan di Sungei Ujong tidak dititikberatkan kerana ia merupakan aktiviti yang tidak tersusun dan tidak ekonomik untuk dijalankan. Tumpuan lebih diberikan pada aktiviti pertanian yang merupakan komoditi utama pada waktu itu. Walau bagaimanapun, penemuan secara besar-besaran bijih timah di Lembah Sungai Linggi pada tahun 1870 telah mengakibatkan migrasi meningkat dan petempatan berkembang ke kawasan Sungai Linggi dan Rasah. Pada ketika itu, Negeri Sembilan dihubungkan dengan Melaka melalui Sungai Linggi yang terletak di dalam kawasan Sungei Ujong. Kedudukan Sungai Linggi yang strategik juga telah menarik ramai pedagang dari China dan Arab untuk berdagang di Sungei Ujong dan menjadikannya laluan utama pengangkutan barangan dagangan dan para pedagang untuk ke Selat Melaka. Keadaan ini menjadikan Sungei Ujong satu Luak yang kaya dengan hasil perlombongan dan cukai laluan yang dikutip daripada pedagang-pedagang yang menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan.

Page 36: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

22 | JPBD SM

Rajah 10: Kawasan perlombongan

bijih timah

Foto 11: Aktiviti perlombongan awal

2.6 PENGARUH ISLAM DI SUNGEI UJONG Pengaruh Islam mulai bertapak di Pagar Ruyong pada abad ke-16. Pada ketika itu, kerajaan Pagar Ruyong adalah di bawah pentadbiran orang Minangkabau sendiri iaitu Rajo Tigo Selo, yang dibantu oleh Basa Ampat Balai. Ulama pertama yang menyebarkan agama Islam di Pagar Ruyong ialah Syaikh Burhanuddin Ulakan dari Aceh. Pada abad ke-17, kerajaan Pagar Ruyong telah berubah menjadi kesultanan Islam di mana rajanya yang pertama beragama Islam dalam tambo adat Minangkabau dikenali sebagai Sultan Alif. Pengaruh Islam telah dibawa ke Sungei Ujong oleh para musafir serta guru agama yang kebanyakannya datang dari Acheh dan Melaka. Pada tahun 1773, Raja Melewar yang dihantar oleh Keluarga Diraja Pagar Ruyong sebagai pemerintah juga telah membawa bersama pengaruh Islam ke Sungei Ujong. Pepatah adat Minangkabau yang terkenal ialah "Adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah", yang bermaksud “adat Minangkabau bersendikan agama Islam, dan agama Islam bersendikan Al-Quran”.

Page 37: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

2 | JPBD SM

3.0 FASA PENJAJAHAN BRITISH ( 1880 – 1957 ) 3.1 PENGENALAN Fasa kedua kajian morfologi Bandar Seremban melibatkan era penjajahan British, bermula pada tahun 1880 hingga tahun 1957. Campurtangan pihak British melalui perjanjian dan penempatan residen pertama British di Sungei Ujong merupakan permulaan penjajahan mereka. Kajian morfologi pada fasa ini seterusnya meliputi pembentukan Sungei Ujong di bawah pentadbiran British sehingga kewujudan Bandar Seremban. Penekanan kajian juga dibuat terhadap penerapan konsep-konsep perancangan oleh British dalam menyusun dan merancang Bandar Serembanmelalui rekabentuk bandar yang memperlihatkan pengaruh dan penguasaan British menerusi imej kolonial pada Bandar Seremban. 3.2 CAMPURTANGAN BRITISH British mula campur tangan di Tanah Melayu pada kurun ke-19. Kesan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang menyebabkan peningkatan terhadap permintaan bahan mentah dan perluasan kawasan pasaran telah mendorong British untuk campurtangan di Tanah Melayu, termasuk di Sungei Ujong. Pihak British mengambil peluang untuk campurtangan di Sungei Ujong semasa berlaku perang saudara antara Dato‟ Kelana dan Dato‟ Shahbandar akibat perebutan kuasa. Pihak British telah menandatangani satu perjanjian dengan Dato‟ Kelana, melalui wakilnya iaitu Sir Andrew Clarke. Perjanjian antara Dato‟ Kelana dengan pihak British juga telah membawa kepada persetujuan penerimaan seorang residen British ke dalam pentadbiran Sungei Ujong, bermula dengan penempatan Captain P.J. Murray sebagai residen Inggeris yang pertama. Pemerintah yang telah bersetuju menerima residen Inggeris dikehendaki meminta dan mendapatkan nasihat daripada pihak British dalam segala aspek kecuali hal ehwal berkaitan agama dan adat resam orang-orang Melayu. Pemindahan kuasa pentadbiran daripada Raja-raja Melayu kepada pihak British berlaku di mana Sultan hanya menjadi ketua negeri tetapi sebagai tidak ketua kerajaan. Pihak British juga telah mengambil alih hak dan kuasa memungut cukai di Sungei Ujong.

Page 38: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 3

3.3 PERKEMBANGAN SUNGEI UJONG Sebelum Negeri-negeri di Tanah Melayu diletakkan di bawah perlindungan British, keadaan mereka adalah mundur dan tidak membangun. Tiada sistem pemerintahan kerajaan yang sempurna dilaksanakan kerana setiap ketua memerintah dengan cara tersendiri. Tiada infrastruktur dan kemudahan awam disediakan seperti jalan raya, bangunan awam, sekolah maupun mahkamah. Pada era penjajahan Inggeris, pentadbiran awal British telah menggunakan konsep jalan hubungan sebagai paksi bagi pembangunan di Sungei Ujong. Perkembangan ini dapat dilihat apabila pihak British mulai membina rangkaian jalan raya utama dan landasan keretapi. Jalan Channer telah dibina dan kawasan di situ dijadikan pusat pentadbiran dengan menempatkan bangunan residen Inggeris pertama. Pada peringkat awalnya, terdapat bantahan dan pelbagai masalah timbul tetapi dengan pertolongan penduduk tempatan, residen Inggeris telah beransur-ansur berjaya untuk mengatasinya dan pihak British telah membentuk struktur kerajaan yang efisien. Pergolakan yang berlaku antara Undang di Sungei Ujong juga telah mempengaruhi migrasi penduduk dari kawasan pedalaman dan kawasan petempatan di sekitar Rasah ke Jalan Channer bagi mendapatkan perlindungan di bawah pentadbiran yang lebih tersusun. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan aktiviti perniagaan dan perdagangan di kalangan penduduk yang membawa kepada kewujudan satu pusat bandar sebagai kawasan perdagangan di mana ianya memberi kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan, menjalankan aktiviti berniaga serta bersosial. Bagi menampung keperluan penduduk pula, pentadbiran British telah mendirikan rumah-rumah kedai, bangunan perdagangan dan pasar serta bangunan awam seperti pejabat pos, balai polis dan sekolah. Landasan keretapi pertama sepanjang 38 km atau 24¾ batu di antara Sungei Ujong ke pelabuhan yang terdekat iaitu Port Dickson (dahulunya dikenali sebagai Pulau Arang) pula telah mula dibina pada 28 Julai 1891 oleh Syarikat Keretapi Sungei Ujong atau Sungei Ujong (Malay Peninsula) Railway Company Ltd. dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari India. Landasan keretapi tersebut dibina bagi menampung keperluan pengangkutan bijih timah di Sungei Ujong oleh British. Selain dari itu, sistem pengangkutan keretapi tersebut juga membolehkan pihak British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera antara pedagang India dan China. Landasan keretapi itu kemudiannya dibeli oleh Keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 28 Julai 1908.

Page 39: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

4 | JPBD SM

Bangunan stesen keretapi Sungei Ujong yang dibina pada waktu itu masih kekal hingga kini.

Foto 12: Majlis perasmian landasan keretapi Sungei Ujong–Port Dickson pada

4 November 1890

Foto 13: Stesen Keretapi Seremban yang dibina oleh pihak British

3.4 PENTADBIRAN BRITISH Nama Sungei Ujong ditukar kepada Seremban pada tahun _______ iaitu semasa pemerintahan kolonial British. Nama ini dipercayai diambil bersempena satu permainan tradisional iaitu "Batu Sarimban" atau “Batu Seremban”; sejenis permainan yang dimainkan oleh kaum Cina berhampiran Stesen Keretapi Seremban pada waktu itu. Permainan ini menggunakan lima atau tujuh biji batu-batu kecil dan dimainkan secara individu atau berkumpulan. Di sesetengah negeri permainan ini dikenali sebagai “Selambut”.

Page 40: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 5

Pada tahun 1895 semua daerah disatukan dan dinamakan Negeri Sembilan dan Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antah telah ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Pada 1896, Seremban dijadikan ibu negeri dan memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Sebelum penjajahan Jepun, Seremban ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan yang diketuai oleh residen melalui perundangan Lembaga Kesihatan (Health Board) di bawah Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15 Januari,1899. Tugasnya adalah untuk memberi kemudahan asas kepada penduduk Seremban. Selepas Perang Dunia Kedua lebih banyak pembangunan telah berlaku dan memberi justifikasi yang kuat untuk digubal undang-undang yang lebih ketat dan berkesan untuk menjamin kesihatan penduduk Bandar Seremban. Pembangunan pesat berlaku di Seremban dan pentadbiran Lembaga Kesihatan perlu mengambilkira tanggungjawab baru dan memansuhkan tugas yang tidak lagi sesuai untuk dipikul. Justeru itu, Lembaga Kesihatan ditukar ke Lembaga Bandar Seremban (Seremban Town Board) melaului Warta Kerajaan No 143 bertarikh Januari12, 1946. Lembaga ini berkuasa hingga tahun 1953 dan selepas itu ia dipertingkatkan menjadi Majlis Bandar Seremban. 3.5 PETEMPATAN Dalam fasa pentadbiran British, perumahan awam berkait-rapat dengan penyediaan kediaman (Institutional Quarter’s) untuk pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat dengan institusi awam seperti sekolah, pejabat polis, hospital dan pejabat daerah. Tumpuan juga difokuskan pada bangunan-bangunan institusi seperti gereja, masjid, pejabat kerajaan, sekolah, stesen keretapi, hotel, rumah rehat dan monumen. Sistem Residensi juga merupakan prinsip perancangan masa itu yang mana pertempatan yang dirancang mempunyai ciri-ciri kolonial di seperti menara jam, padang, kelab dan kuarters kerajaan. Melalui sistem residensi, Rumah Residen dijadikan sebagai titik tumpuan dan kuarters untuk pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan adalah merupakan elemen pembangunan perumahan bandar. Sistem residensi juga memperlihatkan konsep petempatan dalam taman. Melalui konsep ini, wujudnya Taman Tasik Seremban yang merupakan salah satu elemennya.

Page 41: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 1

Foto 14 dan Foto 15 : Rumah Residen British

Foto 16: Taman Tasik Seremban pada zaman awal

Page 42: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

2 | JPBD SM

Bangunan kolonial dibina pada 1893 dan diroboh pada 1962

Bangunan masih kekal

Rajah 10: Rumah Residen sebagai titik tumpuan dan bangunan sokongan di pusat pentadbiran

Page 43: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

2 | JPBD SM

3.6 STRUKTUR BANDAR Pada tahun 1893 hingga 1896, pentadbiran kolonial mula merancang dan merekabentuk struktur fizikal Bandar Seremban sejajar dengan dasar dan strategi pemerintahannya. Struktur dan reka bentuk Bandar Seremban dibahagikan pada zon-zon berikut: i. Zon pertama iaitu pusat bandar, perdagangan dan pentadbiran.

Bangunan kerajaan seperti rumah mahkamah, rumah polis, kelab rekreasi, pejabat pos, gereja St. Murray, stesen keretapi, hospital, padang, dan menara jam adalah antara struktur utama Bandar Seremban.

Foto 17: Bangunan Mahkamah

Foto 18: Rumah Kelab Rekreasi

Page 44: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 3

Foto 19: Bangunan Gereja dengan struktur gothic dan klasik

Foto 20: Bangunan Stesen Keretapi Seremban

ii. Zon kedua adalah kawasan perumahan untuk pekerja kerajaan.

Rumah atau kuarters kerajaan diwujudkan di bawah satu dasar perumahan iaitu Dasar Kuarters Kerajaan bagi menyediakan rumah untuk pegawai dan kakitangan kerajaan. Mercu tanda bagi zon perumahan adalah rumah Residen di mana perletakannya adalah lebih tinggi dari kawasan-kawasan lain dan berada di dalam taman.

Page 45: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

4 | JPBD SM

3.7 EKONOMI Perkembangan aktiviti perlombongan dan estet telah diambil alih oleh pentadbiran British setelah Dato‟ Kelana menandatangani perjanjian dengan pihak British. Perkembangan aktiviti perlombongan telah menjana aktiviti kedua penting iaitu perdagangan dan perniagaan. Masyarakat Melayu dipinggirkan daripada aktiviti perdagangan dan dialih ke aktiviti pertanian. Kawasan Sungei Ujong dijadikan sebagai pusat aktiviti industri bijih timah. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pusat bandar. Ekonomi Sungei Ujong mulai berkembang setelah pembinaan jalan raya dan sistem keretapi. Pada tahun 1840 hingga 1896, deretan rumah kedai mula didirikan sejajar dengan jalan raya utama bagi menampung aktiviti perdagangan di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama lain seperti Jalan Birch (Jalan Dato‟ Bandar Tunggal), Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Lemon (Jalan Tuanku Munawir) yang diberi sempena nama Residen-Residen British ketika itu. Pada tahun 1916, penduduk Seremban adalah seramai 20,000 orang dan pembangunan untuk aktiviti perdagangan dan komersial telah bertambah di sepanjang Jalan Cameron (Jalan Dato‟ Lee Fong Yee) dan Jalan Sentul (Jalan Tun Dr. Ismail).

Page 46: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 5

Rajah 12: Pembangunan Komersial Pesat di Pusat Bandar Seremban

Selepas Tahun 1896

3.8 REKA BENTUK BANDAR

3.8.1 Sistem Jalan Raya Sistem jalan raya berkonsepkan susunatur berpetak (grid) memberi imej yang sistematik, kemas dan modular. Apabila penduduk bandar mula bertambah kesan daripada perkembangan aktiviti ekonomi bandar, permintaan untuk memajukan guna tanah bagi menampung keperluan aktiviti di kawasan pusat bandar telah meningkat di mana pembinaan rumah-rumah kedai dan pembangunan perumahan diberi keutamaan.

Page 47: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

6 | JPBD SM

Rajah 13: Sistem Jalan Raya Berbentuk Grid Iron di Bandar Seremban

Page 48: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 7

Jalan Dato Bandar Tunggal Jalan Dato Lee Fong Yee

Jalan Kong Sang Jalan Dato Sheikh

Jalan Dr. Krishnan Jalan Tuanku Munawir

Jalan Dato Abdul Rahmah Jalan Yam Tuan

Jalan Tuanku Hassan

Rajah 14: Rangkaian Jalan Raya Grid Iron di Bawah Pentadbiran Captain Murray

Page 49: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

8 | JPBD SM

3.8.2 Reka Bentuk dan Binaan Bangunan Bangunan rumah kedai yang terdapat di Bandar Seremban berjumlah 437 buah, yang mana 98% daripada jumlah keseluruhan bangunan dibina antara tahun 1885 hingga 1940. Dari segi taburan, ia terletak di beberapa jalan utama, antaranya di Jalan Dato Bandar Tunggal dan Jalan Yam Tuan. Justeru itu, sistem kawalan pembangunan tanah (Land Development Control) dan kawalan binaan bangunan (Control of Buildings) bagi mencapai dasar selamat dari kebakaran telah digubal. Kaedah yang digunapakai adalah untuk mengawal keperluan pembinaan dan bahan binaan, khususnya bumbung bangunan yang dibina menggunakan daun atap.

Foto 21: Bangunan Majid Jamek, Seremban - reka bentuk Islam yang klasik.

Konsep simetri digunakan dalam merekabentuk bangunan

Page 50: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 9

Foto 22: Taman Tasik Seremban. Sesebuah bandar yang dirancang tidak lengkap tanpa sebuah taman rekreasi untuk kegunaan pegawai dan keluarga pentadbiran British. Air sebagai salah satu elemen bagi memenuhi konsep reka bentuk

Foto 23 : Stesen keretapi yang telah diubahsuai. Direkabentuk menggunakan batu-bata, kayu dan elemen yang bercorak Moorish dengan kedudukan siling yang tinggi

Page 51: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

10 | JPBD SM

3.8.3 Taburan dan Gaya Seni Bina Bangunan Senibina kedai dan bangunan individu yang didirikan mempunyai muka bangunan atau fasad yang istimewa reka bentuknya dengan beberapa ciri menarik di bahagian hadapan kedai, bumbung, dinding dan tingkap. Bangunan-bangunan ini jelas menggambarkan era pembinaannya.

Foto 24 : Satu warisan yang dibina oleh pentadbiran Inggeris yang masih kekal di

Bandar Seremban iaitu Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan deretan kedai

Jadual 4: Bilangan Bangunan Rumah Kedai Sebelum Perang di Bandar Seremban, Negeri Sembilan

Nama Jalan Gaya Awal Kolonial

Gaya Eclectic

Gaya Art

Deco Jumlah

Jalan Dato Bandar 12 60 16 88

Jalan Yam Tuan 8 80 13 111

Jalan Murray 4 30 - 34

Jalan Nunis - 21 - 21

Jalan Singapore - 16 7 23

Lorong Jawa 2 - 20 - 20

Jalan Tunku Hassan - 19 - 19

Jalan Dato’ Bandar Tunggal

5 12 - 17

Jumlah 39 258 36 323

Sumber: Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar.

Page 52: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 11

Jadual 5: Taburan dan Gaya Seni Bina Bangunan Sebelum Perang di Bandar Seremban, Negeri Sembilan

Bangunan / Lokasi Seni Bina

Masjid Jamek Seremban / Jalan Kapitan Tam Yeong

Islam Klasik

Kuil / 1 Jalan Nunis Eclectic

Kuil Hindu / Jalan Yam Tuan Eclectic

Gereja Katolik Visittation (1885) / Jalan Yam Tuan

India Klasik

Perpustakaan / Jalan Simpson -

Convent Girls School / Jalan Dato’ Bandar Tunggal

Awal Kolonial

Mahkamah Sesyen Awal Kolonial

Kediaman / 11 Jalan Campbell Awal Kolonial

Kediaman / 281 Jalan Murugesu Awal Kolonial

Sumber: Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar.

Page 53: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan
Page 54: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

12 | JPBD SM

Rajah 14: Bangunan Yang Menjadi Ikon Bandar Seremban Kini Merupakan Warisan Bandar Seremban

Bangunan–bangunan

Warisan:

Masjid Jamek

Mahkamah Syariah

Bank Simpanan Nasional

Taman Seni Budaya

Jabatan Bekalan Air

Istana Hinggap

Perbadanan Perpustakaan Negeri

Pejabat Daerah

Mahkamah Syariah

Kawasan Taman Tasik Seremban

Masjid Negeri

Vivekananda Hall

Sekolah Menengah King George V

Stesyen Keretapi

Perniagaan Ban Joo Loo

Page 55: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 13

3.9 Kawalan Pembangunan Pada tahun 1913 hingga 1917, struktur bandar telah diperincikan, meliputi pembentukan ruang antara bangunan dan jalan, ruang antara bangunan bersebelahan, dan pembinaan kaki lima di bahagian hadapan bangunan kedai untuk pejalan kaki. Bagi bangunan yang dibina terkeluar ke atas jalan, kaedah berikut digunapakai: i. Ruang hendaklah disediakan dalam sekitar bangunan bagi tujuan

pengudaraan/peredaran udara dan pergerakan serta kemudahan „scavengy‟.

ii. Mengadakan sistem perparitan.

iii. Garis bukaan dengan bangunan bersebelahan.

iv. Kualiti bahan yang digunakan.

v. Menggelakkan penggunaan atap atau jerami untuk bumbung atau kegunaan lain di kawasan-kawasan bandar.

Undang-undang kecil digubal, yang menetapkan peraturan dimensi (diamentional rules), untuk mencapai reka bentuk ruang Bandar Seremban dengan penyediaan langkah-langkah berikut: i. Pemaju perlu mengemukakan pelan pandangan sisi/hadapan

bangunan (elevational, longtudinal cross sectional), dan pelan tapak bagi semua bangunan untuk menunjukkan kaitannya dari segi struktur dan bentuk serta jalan di persekitaraan.

ii. Pemaju perlu membina laluan pejalan kaki di kaki lima bagi mengawal ruang sekitar kawasan bangunan.

Namun begitu susunatur ruang bandar masih menghadapi masalah kesesakan bangunan. Isu ini telah membawa pada pewujudan satu kaedah baru, iaitu: i. Mengambil alih kawasan yang tidak sihat.

ii. Mengawal kegunaan bangunan.

iii. Menanam pokok di tepi jalan dan kawasan awam.

Dari perspektif perundangan, perkara-perkara yang berkepentingan adalah seperti berikut: i. Peraturan mengenai bangunan dan operasi bangunan.

ii. Penanaman dan pemeliharaan pokok.

Page 56: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

14 | JPBD SM

iii. Pemuliharaan dan penambahbaikan bandar.

iv. Peraturan jalan. Bagi kawasan baru di bandar, beberapa langkah perundangan telah diambil dalam mengatasi masalah kesesakan, antaranya adalah: i. Mengelakkan susunan barisan rumah yang bersambung secara

berterusan (back to back).

ii. Menyediakan ruang tanah lapang awam.

iii. Menyediakan lorong di belakang bangunan. Dari segi persempadanan, Bandar Seremban dikawal melalui had perkembangan bandar (an extension plan of the town) yang tidak membenarkan rumah dibina di kawasan pusat bandar, menetapkan kepadatan rumah bagi setiap ekar dan keperluan penyediaan tanah lapang awam mengikut nisbah, dan memperluaskan rangkaian komunikasi serta jalanraya. Susunatur seperti ini dapat menyelesaikan masalah struktur bandar yang padat, dan tidak teratur serta pembangunan yang tidak sihat. Perkembangan Bandar Seremban juga meliputi perancangan skim pembangunan di kawasan-kawasan baru dan di kawasan yang telah dibangunkan (built up area). Petunjuk perbandaran (urban indicator) diperkenalkan dalam pelaksanaan konsep kawalan pembangunan. Pada tahun 1890, struktur dan reka bentuk Bandar Seremban dikawal di bawah Sanitary Board. Pada tahun 1896, apabila Seremban dimasukkan dalam senarai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu struktur Bandar Seremban diatur mengikut zon yang diperkenalkan sebagai sistem „four-quarters,‟ iaitu: i. Kawasan untuk pedagang dan pemilik kedai besar;

ii. Kawasan untuk pengilang dan tukang besi (blacksmiths);

iii. Kawasan untuk kedai opium; dan

iv. Kawasan bengkel. Bangunan kayu / papan dilarang dibangunkan dalam zon perdagangan sementara bilangan rumah kayu / papan dihadkan pada 12 unit dalam satu baris.

Page 57: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 15

Sekitar tahun 1947, undang-undang kecil yang dinamakan „Town Board Enactment 1947 FMS Cap 137‟ diperkenalkan. FMS Cap 137 telah digunapakai sehingga tahun 1976. Di bawah peraturan Cap 137, struktur dan reka bentuk Bandar Seremban adalah dikawal mengikut peruntukan berikut:

Semua bangunan dalam kawasan bandar perlu dibangunkan mengikut ‘the general plan of the town’ dari segi reka bentuk, bahan dan tidak dibina terkeluar dari garisan bangunan yang diluluskan oleh Gabenor yang berkuasa ke atas pentadbiran bandar. Penyediaan Building Scheme perlu menunjukkan laluan jalan, lorong belakang, tanah lapang awam, keadaan kebersihan (sanitary) dan kemudahan asas.

Setiap pelan pembangunan perlu dilengkapkan dengan perkara-perkara berikut:

i. Paras jalan / lorong belakang.

ii. Garisan bangunan dan bukaan bangunan.

iii. Mod perparitan bagi jalan dan lorong belakang.

iv. Melengkungkan (rounding) penjuru-penjuru jalan.

Page 58: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

16 | JPBD SM

4.0 FASA KEMERDEKAAN HINGGA RANCANGAN MALAYSIA KE-9

(1957 - 2007) 4.1 PENGENALAN Bahagian ini akan ditumpukan pada perkembangan yang berlaku ke atas Bandar Seremban bermula dari fasa kemerdekaan hingga Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) iaitu dari tahun 1957 hingga tahun 2007. Kajian ini akan memperlihatkan perubahan dan penyusunan semula kerajaan tempatan Bandar Seremban selepas diambil alih daripada pihak British. Selain itu, penekanan kajian morfologi juga dibuat terhadap proses perbandaran Bandar Seremban yang melalui era Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Pada fasa kemerdekaan juga akan menampakkan perubahan yang berlaku ke atas pembangunan guna tanah dan corak reka bentuk Bandar Seremban. 4.2 PENYUSUNAN SEMULA KERAJAAN TEMPATAN Pada 1953, Lembaga Bandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja dan diganti dengan Majlis Bandaran Seremban (MBS). Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22 Ogos 1953. Namun, dasar pemilihan yang tidak sesuai dengan keadaan politik pada waktu itu menyebabkan pentadbiran Seremban menjadi tidak stabil dan pentadbir silih berganti. Pada 23 Julai 1965, pemilihan Presiden MBS melalui pilihanraya telah dimansuhkan dan pentadbiran Majlis Bandaran Seremban telah diambil alih oleh Menteri Besar sebagai Presidennya. Majlis Bandaran Seremban telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 [Akta 171] di mana Seremban telah dinaik taraf dan diisytihar sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1 Mac 1979. Menteri Besar Negeri Sembilan kekal selaku Yang DiPertua Majlis dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang DiPertua yang melaksanakan tugas eksekutif sepenuh masa.

Page 59: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 17

Pada 1 Ogos 1998, Kabinet telah memutuskan iaitu Presiden atau Pengerusi kerajaan tempatan ditentukan secara perlantikan oleh pihak kerajaan. Dengan itu, tanggungjawab serta tugas selaku Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban telah diserahkan secara rasmi oleh Y.A.B. Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato` Haji Abdul Samad; Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Dato' Haji Hassan @ Hasanni bin Mohd. Zain; seorang pegawai yang dilantik oleh Kerajaan sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.

Foto 25: Bangunan Majlis Perbandaran Seremban

Jadual 6: Senarai Yang diPertua Majlis Perbandaran Seremban

Yang diPertua MPS Tahun

Y.A.B. Dato’ Rais bin Yatim 1978 -1982

Y.A.B. Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato` Haji Abdul Samad

1982 - 1 Julai 1998

Dato' Haji Hassan @ Hasanni bin Mohd. Zain 1 Ogos 1998 - 7 Julai 2003

En. Mohd Jaafar bin Mohd Atan 1 Ogos 2003 - 15 Ogos 2004

Dato' Haji Abd. Halim bin Abd. Latif 1 September 2004 sehingga kini

Sumber: Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan; 2008.

Page 60: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

18 | JPBD SM

Rajah 16: Carta Organisasi Majlis Perbandaran Seremban

Sumber: Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan; 2008

4.3 PROSES PERBANDARAN

4.3.1 ERA DASAR EKONOMI BARU (DEB) Proses perbandaran Bandar Seremban selepas kemerdekaan dimulakan dengan menjadikan Dasar Ekomoni Baru (DEB) yang diwujudkan pada tahun 1972 sebagai rangka atau panduan pada penyediaan semua pelan pembangunan pihak berkuasa tempatan Seremban. Di bawah DEB, strategi Pelan Pembangunan Bandar Seremban ialah: i melaksanakan konsep bandar baru dengan mewujudkan

kawasan tambahan bertujuan untuk membangunkan pusat-pusat pertumbuhan perdagangan dan perindustrian serta perumahan baru bagi menstruktur semula masyarakat supaya lebih seimbang.

ii Membasmi kemiskinan penduduk bandar dengan

penambahan aktiviti ekonomi bandar. Proses ini telah membawa perubahan pada struktur Bandar Seremban. Ini melibatkan penggantian ruang dan bangunan lama yang dahulunya merupakan mercu tanda Bandar Seremban.

Page 61: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 19

Pada tahun 1976, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan dua statut perundangan; iaitu: Akta Kerajaan Tempatan, 1976 [Akta 171] bagi

menyelesaikan masalah pembahagian kawasan Kerajaan Tempatan di Semenanjung Malaysia; dan

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172] untuk

pihak berkuasa tempatan menyediakan rancangan pemajuan dalam usaha mengawal kegunaan tanah dan bangunan mengikut pelan pembangunan di kawasan pentadbiran masing-masing.

Penyediaan pelan pembangunan Bandar Seremban adalah untuk mengubah hala tuju Bandar Seremban kearah pembangunan berdaya maju bagi menampung keperluan DEB. Di peringkat ini, struktur dan reka bentuk Bandar Seremban telah melalui proses pembangunan semula. Di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS), pusat bandar telah dipertingkatkan sebagai pusat wilayah negeri. Pentadbiran MPS telah mewujudkan pembangunan gunatanah pusat bandar yang lebih terancang dan tersusun melalui penyediaan jalan raya mengikut berhierarki, dan susunatur blok bangunan berkonsep grid iron serta pemeliharaan bangunan-bangunan warisan yang dibina semasa era British. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172] digubal agar setiap bandar mempunyai Rancangan Struktur (RS) dan Rancangan Tempatan (RT). Kedua-dua rancangan pemajuan ini perlu meliputi aspek pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal. Falsafah juga telah berganjak daripada bentuk pelan pengezonan gunatanah ke pelan yang lebih komprehensif. RS pertama di negara ini iaitu RS Seremban telah disediakan pada tahun 1978 dan diwartakan pada 20 Disember 1989 di mana setiap pembangunan yang dirancang di Bandar Seremban adalah berasaskan Peta Cadangan Gunatanah Bandar Seremban. Aspek-aspek yang diambilkira dalam membentuk pembangunan Bandar Seremban adalah:- i. Menyediakan kawasan perumahan baru untuk penduduk

berpendapatan rendah / sederhana. ii. Menyediakan ruang untuk pembinaan kemudahan utiliti /

infrastruktur yang terbaik. iii. Menyediakan sistem pengangkutan jalan yang efisien.

Page 62: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

20 | JPBD SM

iv. Menggalakkan pembangunan di pinggir pusat bandar bagi mengurangkan tumpuan dan kesesakan di pusat Bandar Seremban.

v. Menaiktaraf rangkaian jalanraya dan sistem pengangkutan

untuk membantu pemajuan bandar. Melalui DEB, sempadan pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah diperluaskan dari 106.19 km² (40.9 batu persegi) ke 143.55 km² (55.0 batu persegi) dan dibahagikan kepada 7 zon pembangunan dengan keluasan 14, 3553.32 hektar dan meliputi 7 buah mukim.

Rajah 16: Tujuh Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban Yang

Dibahagikan Mengikut Zon Pembangunan

Page 63: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 21

Jadual 7: Zon Pembangunan Bandar Seremban Pada Era DEB

ZON PEMBANGUNAN

UTARA (SEREMBAN)

Dikekalkan nilai alam sekitar dan kawasan pembangunan dihadkan di kawasan Sikamat dan Temiang bagi pembangunan perumahan kos rendah.

SELATAN (RANTAU)

Kawasan sekitar Jalan Tok Ungku adalah kawasan setinggan yang terbesar, meliputi Kampung Abok dan Kampung Pasir yang telah dibangunkan semula. Kawasan Rahang adalah salah satu kawasan pertumbuhan bandar yang utama.

BARAT LAUT (LABU)

Pembangunan gunatanah dihadkan pada pembangunan fizikal, pemeliharaan alam sekitar dan penyediaan kawasan rekreasi bagi tujuan mengatasi masalah banjir kilat di pusat bandar dan meningkatkan keupayaan saliran Sungai Temiang.

BARAT DAYA (RASAH)

Struktur fizikal semasa dikekalkan dan Rasah Jaya dihadkan pembangunannya.

TIMUR LAUT &

TENGGARA (AMPANGAN)

Perubahan besar pada morfologi bandar berasaskan DEB adalah di Zon Timur Laut dan Zon Tenggara.

Sepanjang koridor Senawang - di Paroi banyak terdapat Kawasan Simpanan Melayu iaitu Sungai Landek dan Ampangan, Daun Nyior dan Kampung Sentosa. Justeru itu, kawasan Zon Timur Laut dan Tenggara sesuai untuk diwujudkan kawasan yang mampu menjana peluang pekerjaan dan dibangunkan perumahan kos rendah dan sederhana dalam konteks penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

TENGAH (BANDAR)

Kawasan ini ditumpukan pada pembangunan infrastruktur Jalan Lingkaran Dalam (Inner Ring Road), sistem pembentungan berpusat dan pengangkutan awam.

Corak pembangunan fizikalnya meliputi pembangunan semula dikawasan perniagaan utama dan pembangunan perumahan di kawasan pinggir bandar. Kawasan pembangunan utama adalah persekitaran Bukit Tembok.

Page 64: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

22 | JPBD SM

4.3.2 Melalui Dasar Pembangunan Negara Pada tahun 2000, Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Seremban telah diubah untuk menampung keperluan Wawasan 2020. Subseksyen 11(1) dan (2) Akta Perancangan Bandar & Desa, 1976 [Akta 172] digunapakai untuk kerja pengubahan berkenaan. Objektif pengubahan ini adalah untuk menstruktur semula pembangunan dan reka bentuk Bandar Seremban atas rasional berikut:- i. Pengaruh Pembangunan Wilayah Untuk menampung pertumbuhan penduduk dan pengaruh pembangunan Wilayah Lembah Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Salak Tinggi dan Bandar Baru Nilai serta Koridor Raya Multimedia (MSC). ii. Perluasan Sempadan Kawasan Pentadbiran MPS Sempadan pentadbiran MPS telah diperluaskan dari 106.19 km² (40.9 batu persegi) ke 143.55 km² (55.0 batu persegi) pada tahun 1989. Perluasan kawasan ini secara langsung memerlukan dasar-dasar dan strategi-strategi baru digubal bersesuaian dengan pertambahan keluasan kawasan dengan mengambilkira keperluan pembangunan kawasan-kawasan baru. iii. Perubahan Corak Guna Tanah dan Pola Pembangunan Dalam

Kawasan Pentadbiran MPS Pembangunan projek-projek baru seperti Seremban 2, Seremban 3, Bandar Seremban Selatan, projek-projek komersial dan institusi di Ampangan dan kawasan-kawasan perumahan di sekitar Senawang, Paroi, Panchor dan lain-lain lagi telah mempengaruhi corak gunatanah dan membentuk pola baru pada pembangunan setempat. Contohnya, Seremban 2 yang terletak 4 kilometer dari pusat bandar sedia ada dibangunkan sebagai bandar satelit baru dengan keluasan 2000 hektar, dimana ia diwujudkan bagi menempatkan kawasan perumahan dan perdagangan dan mengalih tumpuan dari pusat bandar. iv. Memandu Arah Pembangunan Mengikut Sektor Perancangan Bersesuaian dengan kehendak Akta 172, dan keperluan untuk mencorak dan memandu arah pembangunan setempat, perancangan gunatanah diperincikan menggunakan dasar-dasar

Page 65: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 23

yang ditetapkan untuk membentuk struktur dan reka bentuk mengikut zon dan sektor perancangan. v. Kesan Pembangunan Hasil dari Kemasukan Projek-projek

Pelaburan Kemasukan pelbagai projek pelaburan dari luar negara dan tempatan, khususnya di sektor perindustrian ke kawasan MPS dan juga kawasan sekitarnya seperti di kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, secara langsung turut mengubah corak pembangunan serta taraf sosio-ekonomi penduduk setempat. vi. Pembesaran Kawasan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Kedudukan geografi kawasan pentadbiran bagi dua (2) buah Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang terdapat dalam Daerah Seremban iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Daerah Seremban (MDS) agak mengelirukan dan menimbulkan kesulitan pentadbiran dari segi logistik dan penyaluran perkhidmatan yang berkesan. Keadaan ini memungkinkan keseluruhan Daerah Seremban mengalami proses pembahagian semula kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Perancang Tempatannya yang melibatkan kedua-dua Majlis tersebut. Jika keadaan ini berlaku, kemungkinan besar keluasan kawasan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) turut berubah. Kaedah pengezonan diubah di mana struktur bandar telah ditukar kepada mukim dan dibahagikan kepada 7 bahagian.

Page 66: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

24 | JPBD SM

Rajah 18: Struktur Pembangunan Perumahan Tahun 1970-1980

Page 67: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 25

1930

1985

1970

1990

1980

1995

Rajah 19: Struktur Pembangunan Gunatanah Perumahan di Kawasan Kejiranan Baru

Page 68: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

26 | JPBD SM

Sektor pembangunan disediakan mengikut zon: i) Zon Pembesaran Pusat Bandar Utama; dan ii) Pusat–pusat bandar dan pusat komersial seperti di Jadual

berikut.

Jadual 8: Hierarki Pusat Komersial / Perniagaan di Kawasan MPS

Pusat Bandar Utama

Pusat Komersial Utama

Pusat Komersial Sedia Ada

Pusat Bandar Seremban

Ampangan

Rasah

Oakland

Sikamat

Taman Tasik Jaya

Rahang

Mambau

Galla Industrial Park

Seremban 2

Panchor Jaya

Senawang

Rasah Jaya

Tuanku Heights

Kemayan

Temiang

Sikamat Baru

Arachis Corporat Heights

Seremban 3

Ikon Bandar Seremban masa kini adalah pusat-pusat komersial yang diwujudkan. Seremban 2 merupakan bandar satelit pada Bandar Seremban di mana ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran Majlis Daerah Seremban dan dibina dengan bangunan-bangunan kerajaan seperti Bangunan Mahkamah, Balai Bomba dan Taman Bandar. Bagi Bandar Senawang pula, estet perindustrian adalah ikonnya. Bangunan dan taman rekreasinya boleh dijadikan bangunan warisan yang perlu dipelihara untuk menggambarkan budaya Bandar Seremban yang perlu dikekalkan.

Page 69: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 27

Foto 26: Bangunan Mahkamah di Seremban 2 dengan senibina Minangkabau melambangkan budaya dan identiti tempatan dan merupakan bangunan warisan Negeri Sembilan

Foto 27: Bangunan Majlis Daerah Seremban dengan senibina

Minangkabau menjadi bangunan warisan Bandar Seremban

Page 70: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

28 | JPBD SM

Rajah 20: Struktur dan Reka Bentuk Bandar Baru Seremban 2 Berkonsepkan Taman Serta Melaksanakan Doktrin Perancangan “Manusia dengan Pencipta, Manusia Dengan Manusia, dan Manusia dengan Alam”

SEREMBAN 2

Page 71: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 29

Foto 28: Pusat Bandar Seremban 2. Susunatur semasa sesuai

dengan kualiti hidup penduduknya

Foto 29: Taman Bandar Seremban 2 yang bertemakan taman air.

Ikon baru bagi bandar satelit ini harus dijadikan warisan masa hadapan Bandar Seremban

Page 72: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

30 | JPBD SM

Rajah 20: Struktur Pembangunan Semula Bandar Seremban Mengikut Mukim dan Kawasan

Perindustrian

Sumber: Rancangan Struktur Seremban (Pengubahan 1998 – 2020)

Page 73: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 31

Foto 30: Kawasan perindustrian di Bandar Baru Senawang

Foto 31: Pusat Bandar Senawang yang dihiasi landskap

Foto 32: Susunan bangunan perdagangan Taman Senawang

Foto 33: Susunan bangunan perumahan dan kemudahan jalan raya

Page 74: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

32 | JPBD SM

Rajah 22: Bandar Seremban selepas mencapai status kawasan pembangunan.

Struktur Mukim Ampangan berubah - Pusat Bandar Senawang-Paroi berperanan bebagai Pusat Pertumbuhan Pekerja

Bandar Baru Senawang

Paroi Ampangan

Page 75: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 33

4.4 PERKEMBANGAN BANDAR SEREMBAN Secara teori, Bandar Seremban merupakan model zon berpusat kerana struktur Bandar Seremban merangkumi pelbagai aktiviti gunatanah iaitu pusat bandar, kawasan perumahan, komersial dan perindustrian. Konsep ini sejajar dengan strategi gunatanah pentadbiran Bandar Seremban iaitu untuk mengatasi masalah sosial kesan daripada susunatur pada era perindustrian dan era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pendekataan ini adalah sesuai kerana ia mengambilkira pembangunan dan perancangan sosial. Gunatanah Bandar Seremban secara umum dibahagikan kepada 4 kawasan iaitu :

i. Zon pertama

Pusat Perniagaan Daerah Seremban (Pusat Bandar Seremban ).

ii. Zon kedua

Zon peralihan iaitu merangkumi unit-unit kejiranan bagi pusat Bandar Seremban. Zon ini dahulunya merupakan kawasan perumahan kerajaan dan kini telah dibangunkan semula untuk menampung keperluan unit kejiranan yang berkepadatan lebih tinggi.

iii. Zon ketiga

Di kawasan ini gunatanah perumahan adalah berkepadatan sederhana dan dilengkapi dengan perkhidmatan pusat perniagaan sokongan. Gunatanah perumahannya lebih tersusun, menggunakan konsep perancangan yang diilhamkan oleh Clarence Perry (1872-1944), iaitu konsep kejiranan Bortamen dengan penyediaan 10% kawasan lapang, pewujudan sistem jalan raya mengikut hieraki, reka bentuk berdasarkan konsep susunatur Radburn dan sistem cul-de-sac.

Matlamatnya adalah untuk membaiki keadaan sosial dan fizikal bandar, melalui prinsip-prinsip berikut:

- Saiz satu unit kejiranan dapat menampung 5,000 penduduk di mana disediakan 1 sekolah rendah dalam jarak tidak lebih dari 15 minit berjalan kaki, dengan mengambilkira penduduk yang tidak mempunyai kenderaan.

- Sempadan ditentukan dengan jejari antara ¼ batu hingga ½ batu dari pusat kejiranan.

- Kawasan lapang diperuntukkan sebnayak 10% daripada jumlah keseluruhan keluasan unit kejiranan.

Page 76: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

34 | JPBD SM

- Kemudahan awam dan institusi disediakan di tengah-tengah unit kejirananmeliputi pejabat pos, balai raya dan pusat kesihatan.

- Kedai dibina mengikut kehendak pasaran dan lokasinya adalah di penjuru persimpangan, agar 4 unit kejiranan dapat berkongsi pusat yang sama serta disediakan ruang untuk berkembang dan seterusnya membentuk kawasan pusat perniagaan tempatan.

iv. Zon keempat

Kawasan ini merupakan unit kejiranan yang mewah yang mana penduduknya berpendapatan tinggi, contohnya unit kejiranan Oakland, di mana penduduknya bekerja di pusat bandar tetapi tinggal di kawasan pinggir bandar. Pertambahan penduduk menjadikan kawasan ini satu bandar satelit yang berfungsi sebagai pusat bandar kecil di pinggir bandar, contohnya Seremban 2. Di zon ini, gunatanah disusun dengan lebih terancang demi mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu kearah negara maju menjelang tahun 2020. 4.5 PETEMPATAN

4.5.1 Dasar Perumahan Negara

Mulai tahun 1970, proses perbandaran dan perindustrian pesat berlaku dan penduduk bandar semakin bertambah. Pihak Kerajaan Persekutuan mula menumpukan perhatian terhadap permintaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dengan mewujudkan dasar perkongsian rumah (home partnership) demi mencapai matlamat DEB yang bertujuan untuk melibatkan masyarakat Bumiputra dalam aktiviti komersial dan perindustrian melalui sektor binaan. Susulan daripada DEB juga, dasar perumahan kos rendah telah digubal dan semua pemaju sama ada agensi korporat mahupun swasta dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam membangunkan sesuatu skim perumahan sehingga kini. Di bawah DEB, inisiatif difokuskan pada pembangunan taman perumahan dan estet perindustrian di kawasan-kawasan yang diwujudkan sebagai bandar baru. Mukim Ampangan dimajukan sebagai kawasan kejiranan baru bagi pusat Bandar Seremban dan terletak dalam lingkungan 2 kilometer. Prinsip pembangunannya ialah untuk menyediakan rumah-rumah bagi pekerja dan penduduk Bumiputra di Bandar Seremban. Pada tahun 1980, bermula migrasi tempatan penduduk Bumiputra dari kawasan luar bandar ke bandar-bandar baru ini. Pada waktu itu, kelulusan kebenaran merancang bagi pembangunan perumahan telah diberi secara berleluasa dan melebihi keperluan sebenar. Maka timbul masalah ketidak-seimbangan antara permintaan dan penawaran, serta kesukaran untuk penyediaan infrastruktur dan

Page 77: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 35

kemudahan sosial lain kerana ketiadaan dasar kawalan pembangunan. Pembangunan skim-skim perumahan berskala besar seperti bandar satelit Pancor dan Taman Tuanku Jaafar merupakan halangan pada Bandar Seremban untuk mencapai matlamat DEB. Justeru itu, beberapa dasar perumahan diwujudkan antara tahun 1980–2000. Kemudiannya, kawasan perumahan baru yang mencukupi dibangunkan berhampiran tempat berkerja di mana disediakan kemudahan yang bersepadu dan komprehensif. Semua susunatur kawasan perumahan baru direkabentuk bagi menaiktaraf kualiti persekitaran hidup dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar dengan mengutamakan keselamatan, keselesaan, nilai-nilai estetik, dan membolehkan interaksi sosial yang optimum, mewujudkan pemisah di antara laluan pejalan kaki dan laluan kenderaan serta menyediakan kemudahan awam yang mencukupi. Promosi dasar perkongsian awam-swasta (public-private partnership) antara pihak kerajaan dan pihak swasta telah diperkenalkan melalui Dasar Penswastaan pada tahun 1983 dan ianya diterimabaik oleh kedua-dua pihak, khususnya dalam memperuntukkan 30% rumah kos rendah di setiap projek perumahan. Tiga (3) jenis perumahan kos rendah disediakan iaitu rumah pangsa atau flat, rumah kluster dan rumah teres. Sebanyak 238 unit rumah pangsa (flat) dibina di Jalan Templer, 442 unit rumah jenis kluster dibina di Jalan Jujur dan 901 unit jenis teres di Gedong Lalang. Pada tahun 1991, 50,348 unit rumah kos rendah telah didirikan terutamanya di Mukim Bandar, Mukim Ampangan dan Mukim Rasah. Tanah simpanan Melayu di Zon Timur Laut dan Zon Tenggara, iaitu di Sikamat, Sungai Landuk, Ampangan, Senawang adalah dikenalpasti sebagai kawasan perumahan baru. Pembangunan perumahan diberi keutamaan di Zon Tengah, Tenggara dan Timur Laut atas faktor–faktor berikut :

i. Kawasan di zon-zon ini mempunyai keluasan tanah yang berpotensi untuk menampung keperluan perumahan secara besar–besaran.

ii. Zon Tengah (Mukim Bandar) mempunyai rumah lama yang

memerlukan pembangunan semula. Zon Timur Laut dan Tenggara

(Mukim Ampangan) merangkumi keluasan tanah kerajaan dan

Tanah Simpanan Melayu yang boleh digunakan kearah mencapai

matlamat DEB.

Page 78: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

36 | JPBD SM

Rajah 23: Pembangunan Mukim Ampangan Sebagai Kawasan Pembangunan Baru Bagi Pusat Bandar Seremban Diwujudkan Dibawah DEB

Page 79: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 37

Foto 34: Contoh perumahan kos rendah yang dibina di Bandar Baru Ampangan

Foto 35: Contoh bangunan rumah sesebuah di Bandar Baru Ampangan

Page 80: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

38 | JPBD SM

Bagi membantu pencapaian DEB, pihak Kerajaan Persekutuan, melalui Pelan Pembangunan Lima Tahun Negara, iaitu di bawah Rancangan Malaysia Ke–3 (1976–1980), Rancangan Malaysia Ke–4 (1981–1985) dan Rancangan Malaysia Ke–5, telah menggubal strategi-strategi pembangunan berikut:

i. Menyelerak keluar pembangunan bandar di peringkat wilayah.

ii. Mengintegrasikan pembangunan pusat-pusat bandar dengan kawasan sekeliling untuk meningkatkan proses perbandaran dan perindustrian di kawasan berkenaan.

iii. Memperkukuhkan hubungan antara kawasan pembangunan perumahan baru, pusat perindustrian dan bandar-bandar baru melalui pembangunan sistem pusat bandar yang lebih pesat dan khusus.

Menjelang tahun 1986 iaitu dibawah Rancangan Malaysia Ke–5, program perumahan telah mula mengintegrasikan konsep bandar sejahtera (human settlement). Di bawah konsep ini, pemaju perumahan diwajibkan menyediakan kemudahan sosial seperti sekolah, klinik, dewan masyarakat, tanah lapang awam serta kemudahan asas dan infrastruktur di samping menyediakan peluang untuk perkembangan ekonomi. Pelaksanaan konsep ini diterima secara beransur-ansur, bermula dengan pembangunan perumahan yang dibina oleh pihak kerajaan di bandar-bandar baru dan diikuti oleh pihak swasta bagi projek perumahan yang berskala besar. Susunatur kawasan kejiranan bagi pusat Bandar Seremban menjadi lebih terancang dan prinsip bandar sejahtera telah digunapakai melalui penyediaan kemudahan sosial seperti sekolah, tempat ibadat, taman rekreasi, dewan orang ramai dan sebagainya dengan tujuan untuk mencapai konsep bandar selamat dan selesa didiami.

4.6 EKONOMI BANDAR SEREMBAN Pekerjaan dan pendapatan telah digunakan sebagai petunjuk utama ekonomi dan taraf hidup penduduk Bandar Seremban. Jumlah pendapatan isirumah menentukan jenis rumah mampu milik dan kemudahan sosial serta rekreasi yang perlu disediakan. Tren pertumbuhan ekonomi mengikut jenis pekerjaan telah membentuk struktur perumahan Bandar Seremban, di mana:

i. Gunatanah pertanian telah berubah kepada aktiviti bandar yang menggunakan teknologi.

ii. Sektor pekerjaan di pejabat mula wujud, tetapi masih lembab kerana kurang aktiviti perkhidmatan yang merupakan pemangkin kepada ekonomi bandar.

iii. Perniagaan runcit dan borong dimonopoli oleh keluarga.

Page 81: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 39

iv. Sektor pembuatan mewujudkan peluang pekerjaan dalam perusahaan barang-barang besi, tekstil, barang elektronik dan kejuruteraan am.

Page 82: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

40 | JPBD SM

4.6.1. Penyusunan Semula Ekonomi

a. Aktiviti Perdagangan

Aktiviti membeli-belah merupakan salah satu aktiviti yang penting yang menjana ekonomi Bandar Seremban. Ia juga berfungsi sebagai pusat bagi aktiviti sosial. Pusat Bandar Seremban merupakan pusat aktiviti perdagangan lama di mana masih terdapat perniagaan berskala kecil dijalankan di bangunan-bangunan lama yang mana aktiviti ini didapati sudah tidak sesuai lagi untuk terus kekal di situ. Aliran baru jualan runcit serta tekanan-tekanan ekonomi telah mempengaruhi corak perkembangan pusat-pusat perdagangan. Ianya telah membawa perubahan dalam reka bentuk bangunan disebabkan permintaan untuk ruang lantai yang lebih luas. Maka, keadaan sebegini telah membawa pada kewujudan kompleks perniagaan dan gedung-gedung besar yang menyediakan perkhidmatan layan diri dan juga menempatkan kedai-kedai runcit di dalamnya. Terdapat juga permintaan baru untuk ruang lantai runcit, ruang lantai barang, dan ruang lantai pejabat. Dasar pengagihan ruang-ruang tersebut adalah seperti berikut:

i. Pusat Bandar Seremban akan berfungsi untuk menyediakan ruang bagi barang tahan dan perkhidmatan peringkat tertinggi serta ruang pejabat.

ii. Pusat utama berfungsi untuk membekal barang-barang keperluan harian dan perkhidmatan awam seperti pejabat pos, klinik dan kemudahan-kemudahan sosial.

b. Aktiviti Perindustrian

Pada tahun 1950an hingga 1960an ekonomi Bandar Seremban bergantung pada sumber komoditi iaitu bijih timah dan getah tetapi memandangkan harganya yang tidak stabil, industri tersebut diganti dengan industri bercorak gantian import. Perkembangan sektor perindustrian bermula semasa berlakunya perubahan struktur ekonomi dari tahun 1970 hingga 1980. Pada tahun 1970an, dasar perindustrian negara telah dibentuk ke arah untuk menampung keperluan pekerjaan dan mencapai strategi DEB yang mana ianya ditumpukan pada industri berasaskan eksport dan menggunakan banyak tenaga buruh. Pada tahun 1980an, industri berat diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran rakyat dalam bidang teknologi yang lebih tinggi. Dua kajian utama dilancarkan pada tahun 1983 iaitu Kajian Dasar Perindustrian Negara bagi menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara sedia ada dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) bagi mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan strategi-strategi untuk meningkatkan eksport.

Page 83: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 41

Di bawah PIP, 12 sektor industri telah dikenalpasti untuk ditumpukan pada pengeksportan secara besar-besaran dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi, iaitu tujuh berasaskan sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam, manakala lima lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kerajaan juga mengamalkan dasar mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan memberi tumpuan pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan, memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dengan mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana, serta memperkukuhkan pembangunan sektor pembuatan. Perubahan struktur perindustrian telah memberi perubahan pada ekonomi dan sosial penduduk yang mana ianya menjadi sumber utama pekerjaan yang memerlukan banyak tenaga mahir untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi. Seluas 388.7 hektar telah diperuntukkan bagi pembangunan kawasan industri di kawasan-kawasan tertentu, seperti:

Estet Industri Senawang Taman Industri Senawang Industri di Jalan Tun Ismail Kawasan Perindustrian IKS Okland Kawasan Perindustrian Jalan Jelebu

Disamping itu, MPS turut mengenakan syarat bagi permohonan kebenaran merancang untuk pembangunan kawasan perindustrian iaitu 30% dari jumlah unit industri yang dirancang untuk pembangunan semula hendaklah dari jenis flatted / factory terraces berkembar. Kawasan perusahaan Senawang diberi status kawasan perindustrian pada tahun 1980 di mana ia menampung 64% dari jumlah pekerjaan penduduk di kawasan Bandar Seremban. Struktur ekonomi Bandar Seremban masa kini dan pada masa akan datang adalah dalam sektor perdagangan, perusahaan, pembuatan dan perkhidmatan. Dua kawasan yang distrukturkan untuk pertumbuhan sektor ekonomi ialah :

i. Pusat Bandar Senawang–Paroi: pusat utama yang dikenalpasti sebagai pusat pertumbuhan pekerjaan iaitu bagi sektor pembuatan.

ii. Pusat Bandar (?) memainkan peranan penting didalam sektor perkhidmatan dan digalakkan berkembang mengikut kesesuaian dengan keadaan semulajadi dan sistem lalulintas.

Page 84: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

42 | JPBD SM

4.7 SISTEM PENGANGKUTAN Menjelang tahun 1971, perluasan Dasar Ekonomi Baru memerlukan bandar sedia ada mewujudkan kawasan tambahan di kawasan pinggir bandar sedia ada sebagai unit-unit kejiranan kepada pusat Bandar Seremban. Fungsi rangkaian jalan utama telah dipertingkatkan untuk menghubungkan unit-unit kejiranan tersebut ke pusat bandar. Jalan-jalan terlibat ialah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Rahang, Jalan Kuala Pilah, dan Jalan Tun Dr. Ismail. Pusat Bandar Seremban berkembang sejajar dengan laluan jalan utama ke utara, iaitu dari Jalan Tun Dr. Ismail ke Jalan Zaa‟ba. Bahagian Selatan mengekalkan konsep paksi pembangunan berkenaan. (?) Apabila penduduk mula bertambah, unit-unit kejiranan dinaiktarafkan yang mana persekitaran kawasan-kawasan ini dijadikan lebih baik dan sesuai sebagai tempat kediaman. Jalanraya dibina sebagai penghubung ke pusat bandar, serta perkhidmatan bekalan air paip bersih, sistem pembentungan dan bekalan elektrik disediakan. Pusat di unit-unit kejiranan ini berperanan sebagai pusat perniagaan, manakala jenis aktivitinya bergantung pada saiz penduduk di unit kejiranan berkenaan. Pada tahun 1998, sistem rangkaian jalanraya telah menampakkan pembentukkannya yang berkonsep lingkaran di mana ia menghubungkan pusat bandar dengan kawasan-kawasan kejiranan yang meliputi kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan bandar-bandar baru. Walau bagaimanapun, pengangkutan keretapi telah terpinggir daripada sistem pengangkutan bandar dan tidak diintegrasikan dalam struktur rangkaian jalan utama berkenaan.

Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172], Bandar Seremban membentuk sistem pengangkutan bandar dan sistem sikulasi (?). Sistem pengangkutan awam adalah satu-satunya parameter penting di bawah Dasar Pengangkutan dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Bandar Seremban. Antara ciri-ciri sistem sirkulasi Bandar Seremban ialah:

i. struktur rangkaian jalanraya berbentuk lingkaran;

ii. Setiap daerah mempunyai akses jalanraya yang efisien; dan

iii. Kenderaan berat dilencongkan dari memasuki kawasan pusat bandar.

Paksi pembangunan Bandar Seremban melalui pengangkutan keretapi telah tidak diambilkira dalam pengstrukturan dan reka bentuk Bandar Seremban moden. Ia tidak dijadikan penghubung utama antara pusat bandar dan kawasan kejiranannya, contohnya bandar baru Senawang. Perkara ini perlu dikaji semula dalam merancang struktur dan konsep reka bentuk Bandar Seremban kerana asal perkembangan pembangunan Bandar Seremban dahulu adalah kerana wujudnya integrasi sistem perhubungan antara jalanraya dan laluan keretapi. Morfologi Bandar Seremban dahulunya menitikberatkan aspek pengangkutan kerana ia merupakan tumpuan pada pembentukan bandar. Jika aspek pengangkutan dirancang secara menyeluruh, pembangunan Bandar Seremban akan

Page 85: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 43

menjadi lebih seimbang dan setiap daerah dapat dihubungi dengan baik ke pusat bandar.

Rajah 24: Menyelarakkan Keluar Pembangunan ke Kawasan Pinggir Pusat Bandar Melalui Paksi Jalanraya Utama

Page 86: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

44 | JPBD SM

Rajah 25: Struktur Pengangkutan Jalan Utama Berkonsepkan Lingkaran Dari Pusat Bandar ke Kawasan Kejiranan

Page 87: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 45

Rajah 26: Struktur Sirkulasi Sistem Jalan Raya Bandar Seremban Dengan Unit-unit Kejiranannya Melalui Rangkaian Jalanraya Berhierarki

Page 88: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

46 | JPBD SM

4.8 KAWALAN PEMBANGUNAN Kawalan terhadap struktur pusat Bandar Seremban untuk menyokong pertumbuhan ekonomi meliputi perkara-perkara berikut:

i. Meningkatkan kualiti kawasan perdagangan

Pembaharuan dibuat di pusat perdagangan dengan mewujudkan persekitaran yang baik, melalui penanaman pokok, pelebaran ruang kaki lima dan penyediaan kawasan-kawasan pejalan kaki, contohnya di kawasan kejiranan pusat bandar Senawang dan Taman Senawang seperti di Foto 36 dan 37.

Foto 36: Kawasan pejalan kaki yang dilanskapkan dengan penanaman

pokok palma

Foto 37: Kawasan kaki lima yang diperlebarkan tanpa penyediaan

landskap lembut

Page 89: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 47

ii. Aktiviti Borong

Pembinaan bangunan gudang dan kompleks perniagaan berskala besar di pusat bandar dan kawasan kejiranannya iaitu di bandar Baru Senawang, Ampangan dan Seremban 2 mewujudkan peluang perkembangan ekonomi secara lebih pesat. Lihat contoh-contoh bangunan di Foto 38, 39, 40 dan 41.

Foto 38: Contoh Kompleks Perniagaan Berskala Besar Yang dibina di Pusat Bandar

Foto 39: Contoh Kompleks Perniagaan Berskala Besar Yang dibina di Pusat Bandar

Foto 40: Contoh Kompleks Perniagaan Berskala Besar Yang dibina di Pusat Bandar

Foto 41: Contoh Kompleks Perniagaan Berskala Besar Yang dibina di Pusat Bandar

Page 90: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

48 | JPBD SM

iii. Aktiviti Penjaja

Menjaja adalah satu aktiviti yang melambangkan budaya dan sosial penduduk. Pusat penjaja Ampangan merupakan ikon budaya dan aktiviti orang Melayu, terutamanya pada bulan Ramadhan. Lihat pada Foto 42.

4.9 KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR

4.9.1 Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti

Pembangunan infrastruktur dan utiliti adalah pelengkap bagi struktur Bandar Seremban. Justeru itu, penyelarasan antara pembangunan perindustrian, perumahan, pusat kejiranan, rangkaian jalan raya dan sistem pembentungan Bandar Seremban adalah penting dalam mengintegrasikan pembangunan infrastruktur dan utiliti supaya dapat dijadikan tanda aras bagi pembangunan masa hadapan. Pembangunan infrastruktur dan utiliti yang disediakan telah dapat memberi perkhidmatan yang baik ke kawasan-kawasan pembangunan. Sungai Linggi yang menjadi punca utama sumber bekalan air bersih semulajadi hendaklah dipelihara daripada tercemar supaya mampu menyediakan bekalan air bersih secara berterusan. Bekalan elektrik pula dibekalkan melalui pencawang di Jalan Kilat dan Senawang.

Foto 42: Aktiviti menjaja yang dijalankan di Pusat Penjaja

Page 91: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 49

Rajah 26: Utiliti Yang Disediakan di Daerah Seremban

4.9.2 Kemudahan Sosial dan Komuniti

Penyediaan kemudahan sosial dan komuniti adalah penting dalam merangka Pelan Pembangunan Bandar Seremban kerana ia mengambil kira secara menyeluruh tentang keperluan tanah, peruntukan kewangan dan mencorak struktur sosial penduduk. Dalam menyediakan kemudahan ini, faktor kemudah-sampaian dan keselamatan menjadi prinsip utama memandangkan ia berkait rapat dengan impak pembangunan kawasan perumahan dan hierarki pusat bandar. Jenis-jenis kemudahan atau perkhidmatan sosial dan komuniti yang dikenalpasti mengikut jenis dan hierarki pusat bandar adalah seperti berikut:

i. Pusat Bandar Seremban berfungsi sebagai pusat membeli-belah, dan pusat perkhidmatan dengan adanya pasar, stesen bas, taman bandar, balai bomba, balai polis dan pejabat pos.

Page 92: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

50 | JPBD SM

Foto 43 dan 44: Pusat Bandar Seremban dan Pejabat Pos yang dibina untuk kemudahan awam di

Seremban

ii. Pusat Kedua iaitu Bandar Satelit Senawang disediakan dengan kemudahan–kemudahan komersial sebagai sokongan kepada pusat Bandar Seremban. Lihat foto 45 dan 46.

Foto 45 dan 46 : Kemudahan Komersial yang disediakan di Bandar Satelit Senawang

iii. Pusat Tempatan iaitu Bandar Ampangan mempunyai kedai-kedai, sekolah, taman rekreasi tempatan, tempat beribadat, pejabat pos, pondok polis dan klinik.

Page 93: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 51

Foto 47 : Kemudahan pendidikan yang disediakan di Bandar Ampangan

4.9.3 Kemudahan Rekreasi

Kemudahan rekreasi ialah salah satu elemen yang dapat memperbaiki interaksi sosial masyarakat. Penyediaan kawasan rekreasi adalah mengikut hierarki petempatan. Aspek utama yang diberi penekanan ialah pembaikan kemudahan rekreasi di kawasan rekreasi di pusat bandar dan di kawasan yang mempunyai masalah alam sekitar bagi membaikpulih kualiti alam sekitar di kawasan–kawasan yang terlibat. Kearah ini, beberapa jenis kawasan lapang ditetapkan, antaranya:

i. Padang permainan kanak-kanak wajib disediakan di kawasan perumahan.

ii. Rizab sungai, rizab hutan dan bekas lombong dibenarkan untuk dijadikan taman rekreasi.

iii. Jaluran hijau disediakan di pusat bandar.

Page 94: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

52 | JPBD SM

4.9.4 Kawasan Hijau dan Landskap

Perancangan yang harmoni antara alam semulajadi dan pembangunan fizikal adalah penting dalam menentukan kualiti hidup penduduk bandar. Maka, penambahbaikan dan pemeliharaan ciri–ciri dan kualiti alam sekitar serta pembangunan fizikal perlu diberi pertimbangan utama dalam penyediaan pelan pembangunan. Justeru itu, aspek alam sekitar perlu dilihat secara menyeluruh, seperti gejala sosial di bandar, pencemaran air akibat daripada pembuangan kumbahan dari kawasan perumahan, pencemaran udara kesan daripada pembangunan kawasan industri dan asap kenderaan, kekurangan kawasan lapang dan kawasan hijau serta masalah kawasan setinggan. Pelan Pembangunan telah dapat membantu membaikpulih keadaan alam sekitar bandar melalui langkah-langkah memulihara dan menaiktaraf kawasan lapang dan penyediaan medan dan laluan pejalan kaki di kawasan–kawasan membeli-belah, pengekalan dan pemeliharaan bangunan–bangunan serta mercu tanda yang mempunyai reka bentuk dan nilai senibina sejarah di samping pengekalan dan pemeliharaan Taman Tasik dan Padang Negeri.

Rajah 28: Kawasan Rekreasi di Pusat Bandar Seremban dan Kawasan Kejiranannya

Page 95: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 53

Tebing sungai diperelokkan daripada hakisan, seperti Sg. Kepayang, Sg. Temiang dan Sg. Anak Air Gerun. Sementara pembersihan sungai dilakukan ke atas anak Sg. Linggi iaitu Sg. Kepayang, Sg. Paroi, Sg. Batang Penar, Sg. Kayu Ara , Sg. Anak Air Gerun, Sg. Senawang dan Sg. Bandar yang mana pembuangan air kumbahan disalurkan ke sistem pemprosesan kumbahan. Kawasan perumahan lama, dan kawasan setinggan pula dihadang pandangannya melalui penyediaan landskap.

Foto 48 dan 49: Taman Tasik Seremban dikekalkan sebagai kawasan hijau (green lung) bagi Bandar Seremban

Page 96: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

54 | JPBD SM

4.9.5 Zon Penampan

Zon penampan di antara kawasan perindustrian dan kawasan kediaman disediakan sebagai penebat bunyi bising dan mengelakkan pencemaran udara. Rizab jalan pula dilandskapkan untuk menyerap bunyi bising.

Foto 50: Padang Golf Seremban yang terletak di Bandar Paroi

Page 97: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 55

Foto 54: Zon Penampan di Jalan Senawang Berfungsi Untuk Menyerap Bunyi Bising

Rajah 53: Zon Penampan disediakan di antara Pusat Bandar dan Kawasan Pinggiran

Foto 51 dan 52: Jaluran Hijau dan Zon Landskap di Pusat Bandar

Page 98: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

56 | JPBD SM

5.0 PENUTUP

Kajian morfologi Bandar Seremban telah dapat menghasilkan beberapa perspektif dari aspek perancangan bandar, iaitu:

Pertama, ia telah menunjukkan bahawa dasar-dasar pembangunan adalah merupakan salah satu mekanisma penting yang dapat diterjemahkan dalam membentuk struktur bandar;

Kedua, kaedah perancangan adalah rujukan yang boleh digunakan dalam mengatur struktur dan reka bentuk bandar yang sering berubah; dan

Ketiga, statut perundangan adalah satu alat kawalan yang boleh membantu mencapai bandar bertaraf mampan.

Page 99: Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

JPBD SM | 57

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

Foto 55: Era Pra Penjajahan

Foto 56: Era Penjajahan British

Foto 57: Selepas Kemerdekaan